Docstoc

Borang dan Syarat-syarat

Document Sample
Borang dan Syarat-syarat Powered By Docstoc
					EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                            2009




                                        1
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                         2009


                              PERTANDINGAN AZAN




1.0   Pengenalan

      Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan
      masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya
      berkumpul untuk mengerjakannya. Azan adalah dua perkara sunat dilakukan
      sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu. Azan disunatkan ketika
      hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’.
      Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini
      bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua
      ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan
      kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

      Azan terbahagi kepada 2 segi bahasa iaitu

      a)    “al-i`lam” (pemberitahuan) dapat dilihat di dalam Al-Qur’an sebagaimana
            firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

            “Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian
            manusia.”
                                                     (Surah at-Taubah: 3)

      b)    “an-nida” (seruan) dapat dilihat di dalam Al-Qur’an sebagaimana firman
            Allah s.w.t. yang bermaksud:

            “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”

                                                             (Surah al-Haj: 27)




                                                                                    2
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                         2009
2.0   Syarat-syarat Penyertaan Petandingan Azan

      2.1    Penyertaan adalah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
      2.2    Penyertaan adalah kepada peserta yang berumur bawah 16 tahun
             sahaja.
      2.3    Dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 sahaja untuk seorang.
      2.4    Hendaklah dengan bahasa Arab, dan hendaklah diperdengarkan dengan
             tertib dan muwalat.
      2.5    Masa yang diberikan adalah antara 5 - 7 minit sahaja.
      2.6    Pakaian hendaklah bersesuaian dengan pertandingan.
      2.7    Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak
             dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak

             empat kali dan lafaz kalimah tawhid            hanya sekali sahaja.


      2.10   Lafaz tersebut adalah seperti berikut:




3.0     Penghakiman

        Penghakiman dibuat dari segi :

        a)   Sebutan ayat                                  =         40 markah

        b)   Tarannum                                      =         40 markah

        c)   Tajwid (panjang dan pendek harakat)           =         20 markah




                                                                                     3
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                      2009
4.0   Hadiah


      Tempat pertama        :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00
                                  Sijil Penyertaan

      Tempat Kedua          :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 250.00
                                  Sijil Penyertaan

      Tempat Ketiga         :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 150.00
                                  Sijil Penyertaan


      Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.


5.0   Lain-lain

      5.1   Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
            ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak
            penganjur.

      5.1   Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
            boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
            Majlis Perbandaran Subang Jaya.

            Sila hubungi :

                     En. Hasan Abdullah      =     03-80264352
                     Cik Syazana             =     03-80264476




                                                                                  4
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                            2009




                                        5
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                        2009


                          PERTANDINGAN MARHABAN




1.0   Pengenalan

      Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat
      Datang“ satu cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Seni
      marhaban ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan
      mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka
      berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara
      yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian
      penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.
      Marhaban adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan
      Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah
      selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah Taala. Seiring dengan
      pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan masyarakat Arab,
      ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap
      Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala. Di
      Malaysia, seni marhaban ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul
      s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan
      majlis-majlis kesyukuran serta khatam Al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian
      kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia
      serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala.




                                                                                   6
        EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                         2009
2.0   Syarat-syarat Penyertaan


      Berikut adalah syarat-syarat penyertaan untuk pertandingan Marhaban. Syarat
      berikut menjadi garis panduan untuk para peserta yang menyertai pertandingan
      ini adalah seperti berikut ;

        i.    Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.
       ii.    Ahli kumpulan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 10 orang
              termasuk vokalis dan pemuzik (jika ada). Ahli kumpulan tidak boleh
              bercampur anggota antara lelaki dan perempuan.
       iii.   Penyertaan boleh terdiri dari wakil badan kerajaan, agensi swasta,
              sekolah, universiti, persatuan, kumpulan persendirian dan sebagainya.
              Wakil bagi organisasi boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
       iv.    Yuran penyertaan adalah RM 30.00 bagi setiap kumpulan.
       v.     Perbelanjaan dan segala kos yang berkaitan bagi tujuan ini adalah
              tanggungjawab masing-masing.
       vi.    Pakaian   peserta hendaklah      yang menutup aurat,     bersopan dan
              bersesuaian dengan nilai-nilai Islam.



3.0   Lagu, Muzik dan Persembahan


      3.1     Untuk lagu marhaban, bacaan rawi tidak diperlukan. Masa yang
              diperuntukkan adalah 8 minit. Tiada had umur untuk peserta marhaban.
      3.2     Persembahan diwajibkan menampilkan persembahan yang menarik dan
              menepati kesopanan ketimuran.




                                                                                     7
         EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                      2009
4.0   Penghakiman
      Penghakiman akan diadili jawatankuasa penghakiman yang berkuasa
      memberikan keputusan muktamad. Penghakiman berdasarkan pada :

      i.     Vokal                =        (40 Markah)
      ii.    Nahu/Lahjan          =        (20 Markah)
      iii.   Persembahan          =        (20 Markah)
      iv.    Keterampilan         =        (20 Markah)


4.0   Hadiah

      Tempat pertama        :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00
                                  Sijil Penyertaan

      Tempat Kedua          :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00
                                  Sijil Penyertaan

      Tempat Ketiga         :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00
                                  Sijil Penyertaan

      Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.


5.0   Lain-lain

      6.0    Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang
             akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi
             mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada
             semua pihak.
      6.1    Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
             ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak
             penganjur.
      6.2    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
             boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
             Majlis Perbandaran Subang Jaya.

             Sila hubungi :
                     En. Hasan Abdullah         =       03-80264352
                     Cik Syazana                =       03-80264476

                                                                                  8
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                            2009




                                        9
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                      2009


                           PERTANDINGAN KOMPANG




1.0   Pengenalan Mengenai Asal Usul Kompang

      Kompang merupakan salah satu warisan Melayu yang dikatakan berasal dari
      Negara Arab dan dikenalpasti dibawa ke Malaysia semasa Zaman Kesultanan
      Melayu Melaka pada kurun ke-14 oleh pedagang-pedagang India-Muslim.
      Kompang biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu untuk perarakan
      pengantin dalam sesuatu majlis perkahwinan, perarakan tetamu kehormat dalam
      sesuatu majlis rasmi, majlis marhaban, majlis berkhatan, perasmian sesuatu
      program atau acara yang melibatkan ”gimik” dan boleh juga digunakan oleh
      kelab penyokong untuk memeriahkan acara sukan seperti kelab bolasepak,
      kumpulan orkestra, nasyid dan kumpulan-kumpulan muzik Melayu yang lain.


2.0   Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Kompang.

      2.1   Peserta

            2.1.1   Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.
            2.1.2   Setiap pasukan bebas menentukan bilangan lelaki dan perempuan.
            2.1.3   Setiap pasukan mestilah mempunyai ahli di antara 12 - 16 orang.
            2.1.4   Hanya kompang sahaja yang dibenarkan dan hendaklah
                    disediakan oleh pasukan masing-masing.

      2.2   Tema, Lagu & Persembahan

            2.2.1 Setiap kumpulan WAJIB menyampaikan dua buah lagu.
            2.2.2 Masa persembahan adalah diantara 10 - 12 minit.
            2.2.3 Markah akan dikira berdasarkan 5 minit untuk pukulan rawi (tanpa
                  lagu) dan 5 minit untuk pukulan kreatif (serta lagu).
            2.2.4 Bendera HIJAU akan diangkat oleh penjaga masa bagi
                  menunjukkan persembahan dan masa bermula.
            2.2.5 Bendera KUNING akan diangkat oleh penjaga masa menunjukkan
                  masa 10 minit telah berlalu.
            2.2.6 Bendera MERAH akan diangkat menunjukkan masa telah tamat
                  (12 minit) dan peserta dikehendaki menamatkan persembahan
                  mereka.
            2.2.7 Markah tidak akan dikira setelah masa tamat.




                                                                                 10
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                         2009
      2.3   Fokus Pemarkahan


            2.3.1 Pemarkahan adalah dibahagikan seperti berikut:
                   a.    Pukulan                    40 %
                   b.    Lagu/Selawat               30 %
                   c.    Kreativiti                 20 %
                   d.    Disiplin/ Pakaian          5%
                   e.    Masa                       5%


                         Jumlah                    100 %


3.0   Penghakiman


      3.1   Para juri terdiri daripada golongan profesional dan mereka yang arif dalam
            bidang kompang.
      3.2   Tiga orang atau juri/hakim akan mengadili pertandingan ini dan dibantu
            oleh seorang penjaga masa.
      3.3   Segala keputusan juri adalah muktamad.
      3.4   Sebarang bantahan berhubung keputusan pertandingan hendaklah dirujuk
            kepada Ketua Juri berserta bayaran sebanyak RM 100.00. Wang tidak
            akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.


4.0   Hadiah

      Tempat pertama     :      Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00
                                Sijil Penyertaan

      Tempat Kedua       :      Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00
                                Sijil Penyertaan

      Tempat Ketiga      :      Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00
                                Sijil Penyertaan


      Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja

                                                                                   11
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                    2009
5.0   Lain-lain


      5.1   Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (‘LIVE’)
            tanpa mikrofon.
      5.2   Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dibatalkan
            penyertaannya.
      5.3   Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
            ini adalah dibawah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat
            sebarang tuntutan.
      5.4   Segala perbelanjaan pakaian dan persediaan termasuk peralatan adalah
            dibawah tanggungan pasukan masing-masing.
      5.5   Yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 untuk setiap pasukan.
      5.6   Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang
            akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi
            mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada
            semua pihak yang terlibat
      5.7   Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
            boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
            Majlis Perbandaran Subang Jaya.

            Sila hubungi :

                 En. Hasan Abdullah    =   03-80263184
                 Cik. Syazana          =   03-80264476




                                                                               12
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                             2009




                                        13
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                          2009


                             PERTANDINGAN NASYID



1.0   Pengenalan

      Permulaan nasyid didendangkan di tanah Arab khususnya di tanah Syam, dalam
      bentuk rakaman kaset, adalah pada sekitar akhir 1960-an. Pada ketika ini, hanya
      terdapat munsyid-munsyid secara solo, yang biasanya bernasyid di majlis-majlis
      tertentu seperti hari kebesaran Islam, dan majlis-majlis perkahwinan. Munsyid
      pertama yang dikesan sekitar akhir tahun 1960-an sehingga ke tahun 70-an,
      adalah beberapa orang antaranya Abu Mazen (bukan Mahmoud Abbas
      ya!), Abul Jud atau nama penuhnya Muhammad Munzir Sarmini. Kedua-dua
      mereka dari Syria, yang banyak mendendangkan nasyid-nasyid sufi diiringi
      kompang                atau            duff             yang              biasa.


2.0   Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Nasyid.

      2.1   Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja.
      2.2   Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Terbuka MPSJ
            diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta,
            menjalankan pertandingan dan menentukan pemenang melalui proses
            pengadilan yang tersusun dan adil.
      2.3   Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30.00 untuk satu kumpulan.
      2.4   Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada 6-8 orang ahli.
      2.5   Sesuatu kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini
            sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri daripada penyanyi
            professional. (Penyanyi professional ialah mereka yang telah membuat
            album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat baik
            secara solo mahupun berkumpulan).

      2.6   Setiap persembahan hendaklah secara ‘live’ / langsung dan bagi
            kumpulan yang menggunakan kaedah ‘Minus One’ hendaklah diserahkan
            kepada pihak penganjur 2 hari sebelum pertandingan.

      2.7   Setiap kumpulan dikehendaki menyertakan lirik lagu semasa menghantar
            borang peryertaan dan lirik lagu hendaklah berunsurkan nilai – nilai Islam.

      2.8   Pakaian bagi peserta lelaki hendaklah bersopan dan sesuai dengan
            kehendak nilai-nilai Islam manakala wanita adalah baju kurung.


                                                                                    14
           EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                          2009
3.0   Lagu

      3.1    Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan satu lagu sahaja samada
             lagu tradisional atau lagu moden. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah :

             a) Lagu Tradisional
                - berunsurkan Bayati, Nahwan, Sikah, Ras, Sobah dan Hijjaz.

             b) Lagu Moden
                - berunsurkan selain dari lagu tradisional tidak termasuk rentak Rock,
                  Heavy Metal, Jazz dan Rap.

      3.2    Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu
             nasyid dan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 6 minit.

      3.3    Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk
             memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan
             sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai
             kemanusiaan sejagat dan seumpamanya.

      3.4    Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan lirik lagu.



4.0   Peralatan Muzik

      Alat – alat muzik untuk Nasyid adalah :

      a)    Yenkee (Gendang Turki)
      b)    Kompang
      c)    Bonggo
      d)    Tamborin
      e)    Marakas
      f)    Congga
      g)    Rebana
      h)    Shaker




                                                                                    15
       EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                                                                      2009
5.0   Penghakiman

      5.1   Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik
            oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad. Penghakiman
            berdasarkan pada aspek-aspek berikut :
            i.    Vokal             -      40 markah
            ii.   Persembahan       -      30 markah
            iii.  Pakaian           -      15 markah
            iv.   Penyampaian       -      15 markah

      5.2   Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam.
            Manakala pakaian bagi peserta wanita adalah baju kurung.

6.0   Hadiah

      Tempat pertama        :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,500.00
                                  Sijil Penyertaan

      Tempat Kedua          :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00
                                  Sijil Penyertaan

      Tempat Ketiga         :     Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00
                                  Sijil Penyertaan


      Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja

7.0   Lain-lain

      7.1   Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan
            ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak
            penganjur.
      7.2   Semua peraturan wajib dipatuhi.
      7.3   Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan
            boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan,
            Majlis Perbandaran Subang Jaya.
            Sila hubungi :

                     En. Hasan Abdullah      =     03-80264352
                     Cik Syazana             =     03-80264476



                                                                                 16
EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ
                                             2009




                                        17

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:144
posted:2/10/2012
language:
pages:17