Arahan Melaksanakan Khutbah Multimedia JAWI by 6NaX84

VIEWS: 33 PAGES: 1

									        Arahan Melaksanakan Khutbah Multimedia
        Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Perisian Dan Perisiapan Yang Diperlukan :

1.   Microsoft Office Powerpoint 2007 ( Minimum : Microsoft Office Powerpoint 2003).

2.   Perisian Setup Quran in Word (Sila install perisian ini bagi membolehkan ayat al-
     Quran di dalam Khutbah Multimedia dipaparkan).

3.   Manual Khutbah Multimedia ( Teks khutbah bernombor).

4.   Slaid Khutbah Multimedia ( Mengikut tajuk teks khutbah yang akan dibaca).

Panduan Pengendali Khutbah Multimedia :

1.   Pengendali hendaklah memastikan semua peralatan khutbah multimedia seperti
     komputer riba, projektor dan layar putih dipasang sekurang-kurangnya setengah
     jam sebelum khutbah Jumaat bermula.

2.   Pengendali hendaklah menyemak slaid khutbah multimedia dan manual khutbah
     yang dibekalkan dan membuat latihan sekurang-kurangnya sekali bagi
     memastikan kelancaran ketika pelaksanaan Khutbah Multimedia.

3.   Pengendali hendaklah merujuk manual khutbah multimedia ketika khatib membaca
     khutbah dan menukar slaid mengikut turutan nombor yang telah ditetapkan bagi
     memastikan slaid yang dipaparkan selari dengan teks yang dibaca oleh khatib.

4.   Slaid pertama khutbah multimedia yang mengandungi tajuk khutbah dan tarikh
     hendaklah ditayangkan selewat-lewatnya ketika azan kedua solat Jumaat.

5.   Pengendali juga digalakkan untuk menambah sebarang info seperti nama khatib
     dan bilal bertugas, aktiviti yang akan dijalankan di masjid dan surau atau maklumat
     kepada para jemaah sebelum solat Jumaat bermula.

								
To top