Iklan Jawatan Kosong SME Corp Malaysia Oktober 2011 by pOopuvQm

VIEWS: 48 PAGES: 8

									                              PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
                                                (SME CORP. MALAYSIA)
                                   Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia

 A. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak
     sebagai Agensi Penyelaras Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memerlukan anda
     yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi
     membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan PKS di Malaysia
     meliputi semua sektor ekonomi.
     Jawatan-jawatan kosong adalah seperti berikut:

     1.          Pengarah, Gred 4 (Gred setara E54)
     2.          Timbalan Pengarah, Gred 5 (Gred setara E52)
     3.          Pengurus Kanan, Gred 6 (Gred setara E48)
     4.          Pengurus (Jurutera), Gred 7 (Gred setara J44)
     5.          Pengurus (Undang-undang), Gred 7 (Gred setara L44)
     6.          Pengurus, Gred 7 (Gred setara E44)
     7.          Penolong Pengurus, Gred 8 (Gred setara E41)
     8.          Pegawai Eksekutif Kanan, Gred 10 (Gred setara E32)
     9.          Pegawai Eksekutif, Gred 11 (Gred setara E27)
     10.         Pembantu Eksekutif (Kewangan), Gred 13 (Gred setara W17)
     11.         Pembantu Eksekutif, Gred 13 (Gred setara E17)



1.   PENGARAH, GRED 4 (Kekosongan : 2)

     Kumpulan Perkhidmatan                    : Pengurusan Kanan
     Gaji ditawarkan                          : Lingkungan RM8,270.10 – RM10,861.70
     Kekosongan                               : Bahagian Koordinasi Program

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan
             Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
             tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

     b)      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     c)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi
             dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).

     d)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

           i.       Menyelaras proses pengumpulan maklumat mengenai program-program
                    pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi;
           ii.      Menilai prestasi dan keberkesanan pelaksanaan program-program pembangunan
                    PKS yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi;
          iii.      Menyediakan laporan berkala berkaitan dengan program-program pembangunan
                    PKS untuk dimaklumkan kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan;
          iv.       Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan Kementerian-kementerian, Agensi-agensi
                    Kerajaan dan sektor swasta yang bertanggungjawab dengan pembangunan PKS
                    bagi menyelaras pelaksanaan program pembangunan PKS secara komprehensif;
                    dan
           v.       Memantau pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS
                    Kebangsaan.




                                                  1
2.   PENGARAH, GRED 4 (Kekosongan : 1)

     Kumpulan Perkhidmatan                   : Pengurusan Kanan
     Gaji ditawarkan                         : Lingkungan RM8,270.10 – RM10,861.70
     Kekosongan                              : Unit Pengurusan Strategik dan Transformasi

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Strategik (Strategic
             Management) / Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-
             institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

     b)      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     c)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi
             dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).

     d)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

           i.    Membantu Ketua Pegawai Eksekutif dalam menentukan dan memacu secara
                 keseluruhan hala tuju SME Corp. Malaysia melalui penetapan visi, misi, fungsi dan
                 budaya korporat organisasi;
           ii.   Bertanggungjawab dalam merangka teras dasar atau garis panduan aktiviti
                 transformasi (change management) yang menekankan kepada amalan tadbir urus
                 korporat yang betul;
          iii.   Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan inisiatif utama aktiviti
                 transformasi (change management) yang dikenalpasti; dan
          iv.    Bertanggungjawab dalam memastikan amalan terbaik korporat digunapakai secara
                 berterusan bagi menambahbaik operasi organisasi.



3.   TIMBALAN PENGARAH, GRED 5 (Kekosongan : 1)

     Kumpulan Perkhidmatan                   : Pengurusan Kanan
     Gaji ditawarkan                         : Lingkungan RM7,485.45 – RM9,856.61
     Kekosongan                              : Bahagian Koordinasi Program

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan
             Perniagaan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
             pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

     b)      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     c)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi
             dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).

     d)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

            i.   Bertindak sebagai Sekretariat bagi Mesyuarat Pembangunan PKS Kebangsaan;
           ii.   Memantau pentadbiran Sistem Pangkalan Data bagi Program Pembangunan SME
                 Corp. Malaysia;
          iii.   Memantau penyelarasan maklumat berkaitan program-program pembangunan PKS
                 yang digariskan di dalam Rangka Tindakan Pembangunan PKS Kebangsaan
                 tahunan; dan
          iv.    Menyediakan input/kertas cadangan berhubung penggubalan atau kajian semula
                 dasar-dasar pembangunan PKS untuk pembentangan di peringkat Perbadanan,
                 Kementerian, Pasca Kabinet, Kabinet dan sebagainya.



                                                  2
4.   PENGURUS KANAN, GRED 6 (Kekosongan : 1)

     Kumpulan Perkhidmatan                    : Pengurusan Pertengahan
     Gaji ditawarkan                          : Lingkungan RM6,785.77 – RM9,117.68
     Kekosongan                               : Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan
             Perniagaan / Sastera (pengkhususan dalam Ekonomi) yang diiktiraf oleh Kerajaan
             daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
             dengannya; dan

     b)      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     c)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi
             dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).

     d)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

           i.    Merangka dasar dan program PKS selaras dengan pelan pembangunan ekonomi
                 kebangsaan;
          ii.    Menyediakan kertas, rumusan, cadangan, ulasan serta menyelaras isu-isu berkaitan
                 dasar pembangunan PKS; dan
          iii.   Memantau pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan PKS.



5.   PENGURUS (JURUTERA), GRED 7 (Kekosongan : 1)

     Kumpulan Perkhidmatan                    : Pengurusan Pertengahan
     Gaji ditawarkan                          : Lingkungan RM4,648.76 – RM7,623.40
     Kekosongan                               : Bahagian Pembangunan Perniagaan

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan yang diiktiraf oleh
             Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
             diiktiraf setaraf dengannya; dan

     b)      Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     c)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi
             dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).

     d)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

                Membantu melaksanakan program berkaitan inovasi dan teknologi bagi pelbagai
                 sektor PKS seperti Program 1-InnoCERT.




                                                   3
6.   PENGURUS (UNDANG-UNDANG), GRED 7 (Kekosongan : 1)

     Kumpulan Perkhidmatan                    : Pengurusan Pertengahan
     Gaji ditawarkan                          : Lingkungan RM4,639.18– RM7,563.44
     Kekosongan                               : Bahagian Pengurusan Korporat

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Undang - undang yang diiktiraf
             oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
             diiktiraf setaraf dengannya; atau

     b)      Lulus peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan

     c)      Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     d)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi
             dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).

     e)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

           i.    Bertanggungjawab sebagai Pegawai Undang-Undang dalam aspek perundangan;
          ii.    Menggubal peraturan, garis panduan serta memberi nasihat dan pandangan
                 mengenai hal perundangan bagi SME Corp. Malaysia; dan
          iii.   Menyemak dan menyediakan draf-draf MoU dan perjanjian SME Corp. Malaysia.


7.   PENGURUS, GRED 7 (Kekosongan : 2)

     Kumpulan Perkhidmatan          : Pengurusan Pertengahan
     Gaji ditawarkan                : Lingkungan RM4,592.01 – RM7,465.89
     Kekosongan                     : Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar (Kekosongan : 1)
                                      Bahagian Koordinasi Program (Kekosongan :1)

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan
             Perniagaan / Sastera (pengkhususan dalam Ekonomi) yang diiktiraf oleh Kerajaan
             daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
             dengannya; dan

     b)      Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     c)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi
             dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).

     d)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

           Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar

            i.   Menganalisa ekonomi makro dan menjalankan penilaian ke atas prestasi PKS;
           ii.   Mengumpul dan menganalisa data bagi tujuan penilaian ekonomi; dan
          iii.   Mengenal pasti isu, tren dan risiko ekonomi yang memberi kesan kepada PKS.

           Bahagian Koordinasi Program

           i.    Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan kapasiti dan
                 keupayaan yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan agensi; dan
          ii.    Menilai dan menganalisa prestasi keberkesanan program-program pemasaran dan
                 promosi, penjenamaan, pembungkusan dan rekaan, pembangunan produk dan
                 penambahbaikan kualiti yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan agensi.
                                                4
8.   PENOLONG PENGURUS, GRED 8 (Kekosongan : 5)

     Kumpulan Perkhidmatan               : Pengurusan Pertengahan
     Gaji ditawarkan                     : Lingkungan RM2,726.04 – RM6,946.56
     Kekosongan                          : Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar (Kekosongan: 2)
                                           Bahagian Koordinasi Program (Kekosongan: 1)
                                           Bahagian Komunikasi Korporat (Kekosongan:1)
                                           Bahagian Khidmat Nasihat dan Sokongan Perniagaan
                                           (Kekosongan: 1)

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Pengurusan
             Perniagaan / Sastera (pengkhususan dalam Ekonomi) yang diiktiraf oleh Kerajaan
             daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
             dengannya; dan

     b)      Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     c)      Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi
             dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).

     d)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

           Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar

           i.    Memantau dan menganalisa ekonomi makro dan menjalankan penilaian ke atas
                 prestasi PKS;
           ii.   Menganalisa data bagi tujuan penilaian ekonomi; dan
          iii.   Mengenal pasti isu, tren dan risiko ekonomi yang memberi kesan kepada PKS.

           Bahagian Koordinasi Program

           i.    Mengumpul maklumat mengenai program-program pembangunan PKS yang
                 berkaitan dengan program pengukuhan infrastruktur, pembangunan kapasiti dan
                 keupayaan seta meningkatkan akses kepada pembiayaan; dan
          ii.    Membantu tugas-tugas Sekreteriat Mesyuarat Pembangunan PKS Kebangsaan;

           Bahagian Komunikasi Korporat

           i.    Menyediakan input dalam penulisan bahan-bahan penerbitan seperti Laporan
                 Tahunan SME Corp. Malaysia, Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
                 buku-buku panduan, brosur, direktori EKS, SME Newslink, E-News, MITI Weekly Buletin
                 dan lain-lain bahan penerbitan khas;
          ii.    Mereka, menerbit dan menyelaras kerka-kerja percetakan bahan-bahan promosi
                 seperti risalah, brosur, E-News, borang-borang dan lain-lain bahan percetakan yang
                 diperlukan dari masa ke semasa; dan
          iii.   Melakukan kerja-kerja ‘proof reading’, suntingan dan menyelaras penyediaan
                 ‘artwork’ untuk bahan penerbitan serta bertanggungjawab menyediakan jadual dan
                 menyelaras kerja-kerja percetakan yang dijalankan.

           Bahagian Khidmat Nasihat dan Sokongan Perniagaan

           i.    Melaksanakan penilaian dan pemantauan PKS melalui kaedah SME Competitiveness
                 Rating for Enhancement (SCORE) dan Micro-Enterprise Competitiveness Rating for
                 Enhancement (M-CORE);
          ii.    Melaksanakan bengkel Training of Trainers (TOT) mengenai SCORE/M-CORE kepada
                 Agensi-agensi Kerajaan yang berpotensi dan berminat untuk menjadi Rakan
                 Strategik SCORE.


                                                   5
9.   PENOLONG PENGURUS, GRED 8 (Kekosongan : 1)

     Kumpulan Perkhidmatan                   : Pengurusan Pertengahan
     Gaji ditawarkan                         : Lingkungan RM2,726.04 – RM6,946.56
     Kekosongan                              : Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar

     Syarat-syarat Lantikan :

      a)         Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi / Matematik dengan
                 pengkhususan dalam bidang ekonometriks atau statistik yang diiktiraf oleh Kerajaan
                 daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
                 dengannya; dan

      b)         Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
                 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      c)         Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran
                 komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in
                 English).

      d)         Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

           Bahagian Ekonomi dan Perancangan Dasar

            i.    Mengumpul dan mengurus data bagi tujuan penilaian ekonomi;
           ii.    Memantau dan mengemaskini pangkalan data yang berkaitan dengan statistik PKS; dan
          iii.    Membangunkan kaji soal selidik berkaitan PKS.



10. PEGAWAI EKSEKUTIF KANAN, GRED 10 (Kekosongan : 1)

     Kumpulan Perkhidmatan                       : Eksekutif
     Gaji ditawarkan                             : Lingkungan RM3,333.13 – 5103.45
     Kekosongan                                  : Bahagian Pengurusan Korporat

     Syarat-syarat Lantikan :

     a)      Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
             Kerajaan; atau

     b)      Diploma dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan
             daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
             dengannya; dan

     c)      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
             Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     d)      Mempunyai pengalaman berkaitan dengan tugas-tugas yang dinyatakan.

     Tugas Utama :

                   Membantu dalam merangka dasar dan strategi pembangunan sumber manusia
                    bagi SME Corp. Malaysia yang meliputi pembangunan organisasi, perancangan
                    kerjaya serta penyediaan pelan strategik sumber manusia.




                                                      6
11. PEGAWAI EKSEKUTIF, GRED 11 (Kekosongan : 2)

   Kumpulan Perkhidmatan                 : Eksekutif
   Gaji ditawarkan                       : Lingkungan RM1,881.39 – RM4,508.07
   Kekosongan                            : Bahagian Pengurusan Korporat

   Syarat-syarat Lantikan :

   a)   Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
        Kerajaan; atau

   b)   Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-
        institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

   c)   Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
        Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

   Tugas Utama :

             Membantu dalam hal-hal pentadbiran pejabat seperti pengurusan stor dan
              pengurusan aset/inventori pejabat.


12. PEMBANTU EKSEKUTIF (KEWANGAN), GRED 13 (Kekosongan : 2)

   Kumpulan Perkhidmatan                  : Bukan Eksekutif
   Gaji ditawarkan                        : Lingkungan RM1,362.26 – RM3,238.59
   Kekosongan                             : Bahagian Pengurusan Korporat

   Syarat-syarat Lantikan:

   a)       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
            serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

   b)       Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
            Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

   Tugas Utama :

             Membantu dalam melaksanakan hal-hal kewangan seperti memproses dan
              menyediakan baucer-baucer bayaran, menyediakan bayaran rekupan wang runcit
              serta merekodkan terimaan di dalam sistem kewangan (SAGA).


13. PEMBANTU EKSEKUTIF, GRED 13 (Kekosongan : 4)

   Kumpulan Perkhidmatan               : Bukan Eksekutif
   Gaji ditawarkan                     : Lingkungan RM1,362.26 – RM3,238.59
   Kekosongan                          : Bahagian Khidmat Nasihat dan Sokongan Perniagaan
                                         (Kekosongan : 1)
                                         Bahagian Pengurusan Korporat (Kekosongan : 2)
                                         Pejabat Negeri Sembilan (Kekosongan : 1)

   Syarat-syarat Lantikan:

   a)       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
            Kerajaan; dan

   b)       Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
            Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

   Tugas Utama :

   Membantu dalam melaksanakan hal-hal pentadbiran.




                                              7
B.     SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
       Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan ini adalah tertakluk kepada syarat
       Skim Perkhidmatan SME Corp. Malaysia yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang
       dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. Pegawai-pegawai yang dilantik akan menjalani
       tempoh percubaan sebelum diserap ke jawatan tetap.

C. UMUR
          Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
           tutup iklan jawatan.
          Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada
           54 tahun pada tarikh lantikan.


D.     CARA MEMOHON

 i.    Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh
       didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web
       SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my
 ii.   Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik,
       kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.
iii.   Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan
       Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui
       Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
       kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang
       dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
iv.    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di
       sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah
       dihantar kepada :-

       KETUA EKSEKUTIF
       PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
       (SME CORP. MALAYSIA)
       Level 6, SME 1, Blok B, Lot E
       Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
       50470 Kuala Lumpur
       (u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Modal Insan)


v.     Penghantaran borang permohonan dalam bentuk salinan soft copy juga boleh dihantar
       melalui emel ke alamat : hr@smecorp.gov.my tanpa perlu disertakan salinan dokumen-
       dokumen yang berkaitan (seperti sijil kelayakan akademik, kad pengenalan dan sijil-sijil lain
       yang berkaitan). Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen ini perlu dibawa bersama
       semasa sesi temuduga.
vi.    Tarikh tutup permohonan : 8 November 2011 (Selasa)



E.     CATATAN AM
          Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan dan
           dianggap tidak berjaya.
          Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
          Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan
           dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
           Tiada makluman bertulis akan dikeluarkan oleh pihak SME Corp. Malaysia.




                                                8

								
To top