MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK KANAK by V28595

VIEWS: 2,336 PAGES: 42

									                        ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



TUGASAN   : 1) PEMBENTANGAN          24 FEBRUARI 2010

           2) PENULISAN ILMIAH       26 MAC 2010

TAJUK     : MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK

NAMA      : MOHD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB

          SITI KHATIJAH BT KASSIM

          SITI HIDAYU BINTI MOHAMAD

          MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD

          MUNIROH BT ZAKARIA

FAKULTI   : SENI DAN MUZIK

JABATAN   : TEKNIK DAN VOKASIONAL

TEMPAT    : BILIK KULIAH TAMAN BERNAM 1

SEMAKAN   : EN KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM




                                 1
                ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)




            FAKULTI SENI DAN MUZIK

                   SHV 4193

   ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

                    TUGASAN :
MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK

               NAMA AHLI KUMPULAN:
                       NAMA
       MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB
       SITI KHATIJAH KASSIM
       SITI HIDAYU BINTI MOHAMAD
       MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD
       MUNIROH BINTI ZAKARIA

                  PROGRAM :

       PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT31)

                  SEMESTER:

                2 SESI 2009/2010

                TARIKH HANTAR:
                24 FEBRUARI 2010

                  PENSYARAH:
        EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM




                        2
                              ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



1.0 PENDAHULUAN

‗ Tidak dilahirkan seseorang putera atau puteri melainkan atas fitrah yang bersih

murni. Maka orang tuanyalah yang akan mengislamkan, meyahudikan,

menasranikan atau memusyikkan putera atau puterinya itu‘ (Sufean Hussin

1993).

         Anak yang dilahirkan merupakan ciptaan terbesar yang melambangkan

keilmuan Tuhan dan menjadi kurniaan dan rahmat yang begitu besar nilainya

bagi ibu bapa. Tiada suatu pun yang dapat menandingi hakikat kebesaran dan

keilmuan Tuhan dalam hal ini. Anak yang dilahirkan itu dilengkapkan dengan tiga

perkara, iaitu jasad, roh dan akal. Oleh itu,tugas membentuk anak itu dalam tiga

perkara itu merupakan amanah ibu bapa. Baik asuhan dan didikan yang diterima

oleh anak itu, maka baiklah dia dan sekiranya hal yang sebaliknya diterima,

maka buruklah dia. Anak itu ibarat kain putih yang suci bersih dan terpulanglah

kepada ibu bapa untuk mencorakkannya (Sufean Hussin 1993).



         Di samping itu juga, pendidikan awal kanak-kanak mempunyai sejarah

yang panjang. Pengetahuan berkenaan sejarah pendidikan awal kanak-kanak

penting kerana ia dapat membantu pendidik supaya dapat mengaplikasikan

amalan baik daripada sejarah lampau dan menggunakan falsafah pemikir-

pemikir terkenal sebagai asas membina kerjaya pengajaran yang bermakna.

Idea-idea yang dilahirkan oleh pendidik terdahulu membantu pemahaman dalam

melaksanakan strategi pengajaran pada masa kini. Melalui sejarah, pendidik

dapat mempelajari teori-teori berkenaan pertumbuhan dan perkembangan



                                       3
                                ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



kanak-kanak yang membentuk amalan pendidikan. Meneroka, menganalisis dan

menemui sumber pendidikan awal kanak-kanak dapat memberi ilham kepada

professional sekarang (Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah 2003).



2.0 DEFINISI BERKAITAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Pelbagai   perkataan    atau    frasa   digunakan    merujuk   kanak-kanak     dan

hubungannya dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan ‗pendidikan awal

kanak-kanak‘ diberi pelbagai takrif oleh pelbagai penulis. Misalnya, menurut

Kostelnik dan rakan-rakan (1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che

Lah (2003) early childhood meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga

lapan tahun, iaitu kana-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu

kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah

rendah.

      Selain   itu,   menurut   Kamus    Dewan      edisi   keempat   tahun   2005

perkembangan merupakan perihal atau proses berkembang menjadi maju atau

tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan, kemajuan dan sebagainya. Kanak-

kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil biasanya

yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun.




                                         4
                              ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



3.0 MODEL MONTESSORI (1870-1952)

                             Model    Montessori     dipelopori     oleh      Maria

                             Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali

                             pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah

                             menamatkan      pengajiannya         dalam    bidang

                             perubatan sekali gus telah menjadikan beliau

                             seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria

                             Montessori terkenal kerana penglibatan beliau

                             dalam   pendidikan    kanak-kanak.      Beliau    juga

dicalonkan untuk anugerah ―Nobel Peace Prize‖ sebanyak 3 kali iaitu pada tahun

1949, 1950 dan 1951. Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya

masih diteruskan lagi melalui ―Association Montessori Internationale (AMI)‖ di

Amsterdam, Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan

perkembangan kanak- kanak diperingkat awal lagi.

         Menurut Montessori, kanak- kanak akan menunjukkan minat kepada

sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia

mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam

pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat awal. Antaranya konsep

yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:




                                      5
                          ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



3.1 Penggunaan sensori-deria

Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu

maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia

untuk diajarkan konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong

oleh Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz

(2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu

proses yang berkembang serentak dengan perkembangan seorang kanak-

kanak yang belajar melalui persekitaran dan mengaplikasikannya dalam

konteks kehidupan sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa

hadapan.

   Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang

kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal

kepadanya.



3.2 Penerokaan kepada persekitaran

Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran

yang menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran yang

lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan

konsep dan pengetahuan kanak- kanak apabila mereka memerlukannya. Di

samping itu, dalam ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak

adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah

disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu



                                   6
                           ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka

dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh

menjadi sesuatu yang tersembunyi dan tidak dirancang di mana kanak-kanak

belajar tanpa disedari.

   Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002)

dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang

diberikan terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak- kanak, mungkin akan

menyebabkan kanak- kanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih

berfaedah walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.



3.3 Belajar melalui aktiviti bermain

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan.

Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini

dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori,

apabila seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka

dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui

proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan

bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga

spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut

membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.

   Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pandapat yang hampir sama

dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak- kanak yang

membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka



                                       7
                            ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



akan membina beberapa sambungan pada otak kanak- kanak tersebut.

Pernyataan ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak-

kanak akan turut berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak-

kanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif.



3.4 Tempoh sensitif

Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia enam tahun dan

ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan

dengan kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa

ini dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa

yang sangat sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini,

kanak- kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan

berjaya jika mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga

persekitaran yang tepat. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai

untuk kanak- kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat

dikesan apabila kanak- kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi

mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan

sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pengajaran.

      Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952) dalam Azizah Lebai

Nordin (2002), turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh masa

sensitif, kanak- kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih

berkesan berbanding dengan tempoh masa biasa. Ahli pendidik awal kanak-

kanak menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness). Selain



                                     8
                                ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



      daripada model- model kurikulum Maria Montessori yang telah dibincangkan,

      terdapat juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori

      interaksi.



3.5      TEORI INTERAKSI

Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat dihasilkan

bukan sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama rakannya.

Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan

sosial kepada diri kanak- kanak tersebut. Selain itu, teori interaksi ini juga dapat

membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang penting bagi

pembelajaran tidak formal kanak- kanak.

          Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut mempunyai

pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak- kanak

belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai

orang yang kanak- kanak tersebut berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan

dipelajarinya.




                                         9
                             ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



4.0    FRIEDRICH WILHELM FROEBEL 1782-1852


                           Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai ‗father

                           of kindergarden‘ kerana telah mencipta ―GARDEN

                           OF CHILDREN‖ atau ―KINDERGARTEN‖ (Taman

                           Kanak- kanak) di Blakenburg, Jerman. Model

                           rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi

                           rancangan sekolah di seluruh dunia. Model ini

                           merupakan perluasan dari pandangannya terhadap

                           dunia dan pemahamannya terhadap hubungan

individu, Tuhan, dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu

perkembangan anak secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol

dari pendidikan anak. Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat, ia akan

berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri. Berikut merupakan

model yang dikemukan oleh Froebel:


      4.1   Main dan Kanak-kanak


       Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem

       pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar

       melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak

       mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat

       membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan,

       kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di

       dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar

                                     10
                        ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



 dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara

 kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh

 kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong

 perkembangan kanak-kanak.


      Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu

 adalah penting bagi kanak- kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri,

 Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu metode dari

 pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk meniru

 kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak

 berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan

 pengarahan    serta   perencanaan    lingkungan   yang    baik,   akan

 mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah. Bagi

 Froebel, guru bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan,

 dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung

 akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang lebih

 terancang dan sistematik.


      Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai

pendapat yang hampir sama dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau

percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain, mereka akan lebih

memahami diri mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan

kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak

bermain, semakin banyak yang dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik



                               11
                          ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran, aktiviti fizikal dan

juga interaksi.


4.2      Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi


Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan

manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas

sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik

perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya,

memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara

kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa

dalam kehidupan mereka.


       Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai

pandangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan

sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut Philip, kemahiran sosial

membawa      maksud   tingkah   laku   yang   prihatin   untuk   melakukan

perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) dalam

Vijayen Gopal (2003), pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai

keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam

situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk

perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah, Contohnya,

aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan

emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak

zaman Greek lagi.

                                 12
                           ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



       Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya

 yang menyokong Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak- kanak

 ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga

 diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru

 tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak

 balas yang belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu, cara kanak-

 kanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah

 dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling

 mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan

 sesuatu dengan paling mudah dan cepat.


4.3 Aspek Perkembangan Fizikal


 Bagi aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan permainan

 biasanya   melibatkan   aktiviti   fizikal   yang   berhubung   rapat   dengan

 perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus.


       Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam

 pendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi

 fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus,

 perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan

 Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie

 Suliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses

 gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau

 pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan

                                     13
                           ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance)

dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). Aspek perkembangan

fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah

dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh

dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:


   i.    Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar


         Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti

         pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain

         terutamanya     dalam      permainan     aktif,    kanak-kanak      belajar

         mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta

         melicinkan    perjalanan    sistem     dalam      tubuh   seperti   sistem

         pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang

         permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor,

         bergayut pada ‗monkey bar‘, bermain buaian dan sebagainya dapat

         membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.


   ii.   Aspek Perkembangan Motor Halus


         Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan

         kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta

         koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik

         adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan

         kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalbentuk



                                     14
                                 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



             permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan

             fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad

             berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk

             kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.


4.4 TEORI TINGKAH LAKU FOEBEL


Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan

tingkah laku. Teori pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian

dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing

dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan

antara ‗rangsangan‘ dan ‗gerakbalas‘ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan

pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanak-

kanak sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa

tingkah laku kanak- kanak boleh diperhatikan, dikawal dan juga diramal.


        Selain daripada itu, terdapat    pandangan atau    definisi pembelajaran

behavioris yang boleh diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961)

dalam   Ishak Othman         (2000), yang menyatakan pembelajaran         sebagai

perubahan potensi tingkah laku kanak- kanak yang agak tetap akibat daripada

latihan secara berterusan.




                                        15
                                  ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



5.0 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746-1827)

                             Johan Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12

                             Januari 1746 di Zurich, Switzerland. Bapanya

                             Johann Pestalozzi, telah meninggal dunia ketika

                             beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh

                             ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama

                             kakak serta seorang pembantu rumah. Beliau tidak

                             pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai

                             usia 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahannya,

beliau tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka

mengelamun.     Walaupun     demikian,      beliau   telah   Berjaya   melanjut   dan

menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich). Pestalozzi

juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat di dalam

bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal persekolahannya, keadaan ini

membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan. Beliau sangat

terpengaruh dengan idea-idea Rousseau dan bukunya Emile yang berkaitan

dengan kongsep semula jadi (nature). Beliau telah membeli sebuah ladang untuk

dijadikan sebuah pusat percubaan           kaedah pertanian. Semasa bekerja di

ladangnya ini timbul minat yang sangat mendalam terhadap pendidikan. Pada

tahun 1774, beliau telah membuka sebuah sekolah di ladang ini yang dikenali

sebagai    Neohof.   Pestalozzi    telah   memperkembangkan        ideanya   tentang

kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan

tulisan.



                                           16
                              ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



      Oleh kerana terlalu terpengaruh dengan Rousseau dengan konsep

semula jadi beliau telah mengasuh anaknya Jean Jacques dengan mengunakan

Emile sebagai panduan. Beliau menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya

berdasarkan idea Rousseau. Anaknya tidak boleh membaca dan menulis

walaupun usianya sudah menjangkau 12 tahun. Keadaan ini berlaku mungkin

kerana masalah fizikal (anaknya dikatakan mengidap penyakit gila babi

(Epileptic) dan juga mungkin kerana beliau tidak dapat menterjemahkan idea-

idea Rousseau yang abstrak. Guru yang paling diminati beliau ialah Johann

Jakob Bodmer yang merupakan seorang guru yang dikenali di dalam serta di

luar Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat. Dalam

tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan

Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat dan experimental dekat

Kirchberg.

      Setelah sekolah ini ditutup, Pestalozzi telah mengabdikan selama

beberapa tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan

tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikannya. Pada tahun 1871,

beliau telah mencetak buku pertamanya yang bertajuk „The Evening Hours Of A

Hermit‟ yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru. Antara

model dan teori yang dikemukakan oleh Pestalozzi ialah:




                                      17
                         ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



5.1 Anak- anak perlu dibimbing secara pelahan- lahan


   Anak- anak perlu dibimbing secara pelahan- lahan berdasarkan pontensi

  yang ada padanya. Bimbingan perlu bermula daripada pengalaman deria

  kepada idea yang abstrak. Seorang tokoh yang bernama Eric Erikson

  (1902) bersependapat    dengan pandangan Pestalozzi dimana menurut

  beliau kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang

  berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri

  berlawanan di antara tahap-tahap yang tertentu.

        Pada setiap peringkat iaitu peringkat bayi, peringkat kanak-kanak

  bermain, bersekolah, peringkat remaja, peringkat awal dewasa dan usia

  emas terdapat konflik-konflik        sosial yang akan di atasi untuk

  perkembangan seterusnya,     perkara yang paling jelas dari hasil kajian

  Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik

  dan dia mempunyai identiti tersendiri. Hal ini jelas   kelihatan di tahap

  pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan.

  Erikson berpendapat darjah kepercayaan kanak- kanak           bergantung

  kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang

  menjaganya. Jika kehendak kanak-kanak dipenuhi seperti mendapat

  makanan, minuman, perhatian dan kasih sayang, kanak-kanak itu akan

  memperoleh harapan untuk terus hidup, sebaliknya, jika kanak-kanak

  berkenaan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya, kanak-kanak

  berkenaan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi diri dari

  persekitaran yang tidak memberangsangkannya.


                                  18
                         ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)




5.2 Pendidikan Adalah Diasaskan Kepada Pengalaman- pengalaman

  Deria

  Pestalozzi Percaya bahawa pendidikan adalah berasaskan kepada

  pengalaman- pengalaman deria. Melalui pengalaman –pengalaman deria

  yang sesuai, kanak- kanak boleh mencapai pontensi mereka yang semula

  jadi. Montessori (1923) dalam pendapat beliau yang menyatakan bahawa

  membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain adalah penting

  dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau mengutamakan latihan, daya

  penglihatan, daya pendengaran dan daya sentuhan yang bertujuan bagi

  membolehkan     kanak-kanak    mendapat    pengalaman     dan   latihan

  menggunakan deria dengan cekap.



5.3 Membentuk Pengajaran-pengajaran Yang Berdasarkan Objek

  Berdasarkan kepercayaan di atas beliau membentuk pengajaran-

  pengajaran yang berdasarkan objek. Pestalozzi percaya bahawa cara

  yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan melalui manipulatif

  seperti membilang ,mengukur, merasa dan menyentuh. Menurut beliau

  juga, kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama

  tukang kebun, kindergarden pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu

  kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan

  berkembang berkembang melalui aktiviti    bermain. Beliau menekankan

  kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat atau



                                 19
                          ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



  menggunakan objek. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak

  perlu   menggunakan     objek    supaya    menimbulkan    minat   dalam

  pembelajarannya.



5.4 Kumpulan Pelbagai Umur (multiage grouping)


  Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur (multiage grouping).

  Pandangan beliau dalam perkembangan ini adalah dalam menyampaikan

  pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan

  kecil, kemudian seorang demi seorang yang berbeza dari peringkat

  umurnya. Kanak-kanak sentiasa aktif dan berhubung dengan keadaan

  persekitaran mereka. Kanak-kanak sejak bayi sehingga mencapai umur

  pra sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa aktif dalam aspek

  kognitif, fizikal, sosial dan seni kemahiran. Kanak-kanak di semua

  peringkat   umur berkebolehan,       berupaya   menunjukkan minat   dan

  berhubung mengikut cara mereka sendiri. Hal ini akan membangunkan

  sikap yang positif terhadap proses pembelajaran serta menyokong

  perasaan selamat, kompetensi emosi dan hubungan mereka dengan

  keluarga dan juga komuniti.



5.5 Ibu Adalah Orang Yang Terbaik Untuk Mengajar Anaknya


  Pestalozzi yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar

  anaknya. Menurut Mary Ainsworth (1988), emosi merupakan bahasa

  pertama yang memungkinkan orang tua dan bayi berkomunikasi sebelum

                                  20
                                ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



         mereka   menguasai    bahasa.    Manakala      menurut      pandangan

         Bronfenbrenner (1979) pula, keluarga terutamanya ibu bapa merupakan

         agen sosialisasi yang paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-

         kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan



5.6 TEORI DAN KAEDAH PESTALOZZI

Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan

kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia.

Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap

individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat menjadi bertambah maju dan

membantu kanak-kanak mencapai potensi yang penuh, Pestalozzi telah

mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi, Sains,

Lukisan dan Muzik. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar

dengan perkataan apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu

objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan dengan

melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan,

menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang di mana ahli-

ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain.

Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem

permulaan pendidikannya diguna pakai diserata dunia. Kehidupan seorang

kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-

kanak.




                                         21
                              ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



6.0 JEAN PIAGET

                            Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup

                            terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah

                            menggunakan model biologi untuk menghuraikan

                            perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan

                            Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan

                            dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila

                            berinteraksi     dengan   persekitaran.    Di   usia

                            remajanya beliau berminat dalam bidang biologi

dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak

membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia.

Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang

psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet

untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet,

Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh

kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola- pola yang

ditunjukkan   oleh   kanak-kanak   apabila   mereka   memberikan      sumbangan

pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di

kalangan kanak-kanak. Berikut merupakan model dan teori yang dikemukakan

oleh Jean Piaget:-




                                      22
                         ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



6.1 Pemikiran Kanak-kanak Berkembang Mengikut Tahap-tahap

Piaget (1983) percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang

menurut tahap-tahap yang terus bertambah kompleks. Menurut teori

perkembangan Piaget (1983), setiap individu akan melewati serangkaian

perubahan kualiti yang bersifat invarian, tetap, tidak melompat atau

mundur. Perubahan kualitatif ini terjadi kerana tekanan biologi untuk

menyesuaikan diri dengan lingkungan serta adanya pengorganisasian

struktur berfikir.

       Perkembangan      kanak-kanak      merupakan     2     faktor   kepada

penemuan objektif pendidikan, kepada perancanagan kurikulum dan

kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam pelbagai

peringkat perkembangan Perkembangan emosi, mental dan sosial

menjadi asas dimana ciri-ciri tingkah laku individu dibina.




                                  23
                          ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



6.2 Kanak-kanak       Memainkan     Peranan   Aktif   Dalam     Menyusun

   Pengetahuannya Mengenai Realiti


Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif

didalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti. Kanak-kanak tidak

pasif menerima informasi. Walaupun proses berfikir dalam konsepsi

kanak-kanak mengenai realiti telah dimodifikasi oleh pengalaman dengan

dunia sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalam

menginterpretasikan informasi yang di perolehinya melalui pengalaman,

serta dalam mengadaptasikannya pada pengetahuan dan konsepsi

mengenai dunianya.

        Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang,

konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan

ialah     kemahiran   paling   asas dalam   perkembangan      kognitif   iaitu

kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkan

objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenal pasti, ini diikuti dengan

kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan

urutan.




                                  24
                               ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



6.3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PADA SETIAP MASA MENURUT

PIAGET


1. Perkembangan Masa Bayi


Dalam pandangan Piaget (1983) tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat

dibezakan   atas   empat    tahap,   iaitu   tahap   pemikiran   sensoris-motorik,

praoperasional, operasional konkrit, dan operasional formal.

      Pemikiran bayi termasuk kedalam pemikiran sensoris motorik, Tahap

sensoris motorik berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun.

Selama tahap ini perkembangan mental ditandai dengan perkembangan pesat

dengan kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan

sensasi melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fizikal. Dalam hal ini

bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan

terhadap alat-alat pancainderanya, tetapi juga aktif memberikan respons

terhadap rangsangan tersebut, iaitu melalui gerak-gerak refleks. Pada akhir

tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun, pola-pola sensorik motoriknya

semakin kompleks dan mulai mengadopsi suatu sistem simbol yang primitif,

misalnya, anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan dan

memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar ada.

Anak juga dapat menggunakan kata-kata sederhana, seperti ―mama melompat‖

untuk menunjukan telah terjadinya sebuah peristiwa sensoris motorik.




                                       25
                                    ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



2. Perkembangan Masa Awal Kanak-kanak

Perkembangan          kognitif   pada   masa     awal     anak-anak      dinamakan    tahap

praoperasional (preoperational stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7

tahun. Pada tahap ini konsep yang stabil dibentuk, penalaran mental muncul,

egosentisme mulai kuat dan kemudian melemah, serta terbentuknya keyakinan

terhadap hal yang magis.

          Pemikiran praoperasional tidak lain adalah suatu masa tunggu yang

singkat     pada      pemikiran    operasional,    sekalipaun         label   praoperasional

menekankan bahwa pada tahap ini belum berpikir secara operasional. Dalam

tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak terorganisasi secara

baik.     Pemikiran     praoperasional    adalah        awal   dari    kemampuan      untuk

merekonstruksi pada level pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah

laku. Pemikiran praoperasional juga mencakaup transisi dari penggunaan

simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju.



3. Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-Kanak

Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasional konkrit

(concrete operational thought). Menurut Piaget (1983) operasi adalah hubungan-

hubungan logis diantara konsep-konsep atau skema-skema, sedangkan operasi

konkrit adalah aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek atau peristiwa-

peristiwa nyata atau konkrit yang dapat diukur.

        Pada masa ini anak sudah mengembangkan pikiran logis, ia mulai mampu

memahami operasi sejumlah konsep, dalam upaya memahami alam sekitarnya,



                                            26
                                 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



mereka tidak lagi terlalu mengandalkan informasi yang bersumber dari panca

indra,hal ini karana ia mulai mempunyai kemampuan untuk membezakan apa

yang nampak oleh mata dengan kenyataan sesungguhnya, dan antara yang

bersifat sementara dengan yang berasifat menetap.

       Anak-anak pada masa konkrit operasional ini telah mampu menyadari

konservasi, iaitu kemampuan anak untuk berhubung dengan sejumlah aspek

yang berbeza secara serentak. Hal ini karena pada masa ini anak telah

mengembangkan tiga macam proses yang disebut dengan operasi-operasi iaitu

negasi, resiprokasi, dan identiti.



4. Perkembangan Masa Remaja

Ditinjau dari perspektif teori kognitif Piaget (1983), maka pemikiran masa remaja

telah mencapai tahap pemikiran operasional formal (formal operational thought),

iaitu suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11 atau 12 tahun

dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa. Pada tahap ini

kanak- kanak sudah mulai berfikir abstrak dan hipotesis dan pada masa ini juga

kanak- kanak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin

terjadi, iaitu sesuatu yang abstrak.

       Di samping itu, pada tahap ini juga remaja juga sudah mampu berfikir

secara sistematik, mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik

untuk memecahkan masalah.




                                        27
                            ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



7.0 PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH ATAU PAKAR DARI DALAM

ATAU LUAR NEGARA MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-

KANAK

7.1 TOKOH LUAR NEGARA

    7.1.1 JEAN PIAGET

    Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan

    mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu

    darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga

    berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat

    bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat

    dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan

    peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih

    awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya.



    7.1.2 ERIC ERIKSON

    Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa

    kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang

    berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri

    berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-

    kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat

    konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang

    paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu

    yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini



                                    28
                              ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



    jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan

    ketidakpercayaan.   Erikson     berpendapat   darjah     kepercayaan     bayi

    bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang

    lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti

    mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan

    memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi

    berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan

    menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak

    memberangsangkannya. Pendapat          Ini bercanggah dengan pendapat

    Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap

    mempunyai perkembangan tertentu.



7.2 TOKOH DALAM NEGARA

    7.2.1 PROF MADYA DR. MASTURA BADZIS

    Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar

    perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun

    pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan

    mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang

    lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan

    psikologi   kanak-kanak     berpendapat   bahawa       lebih   separuh   dari

    perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat

    tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya

    ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh pakar



                                     29
                        ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



neurologi mendapati bahawa 80—85% perkembangan otak manusia

berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak

dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur

yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh

dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal

seseorang    kanak-kanak     merupakan      asas    kepada    keseluruhan

perkembangannya yang akan datang.



7.2.2 DR. MAHANI RAZALI

Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi sebenar

kanak-kanak yang diketogorikan dalam ―Pendidikan Awal Kanak-Kanak‖

atau “Early Childhood Education”. Beliau cuba menjawab persoalan ini

dengan memetik sedikit penulisan berhubung dengan perkara dalam tesis

PhD beliau. Berikut adalah petikan yang dapat kita kongsi bersama:

“There is some variation across countries in the ages of children

considered to be in early childhood education. According to Swiniarski,

Breitborde, & Murphy (1999), the definitions of early childhood care and

education differ around the world. The more industrialized nations

consider early childhood to be the period from birth through to age 8

(Essa, 1999; Wortham, 2000), while developing nations focus on birth

through to age 6 (Eville-Lo & Mbugua, 2001; UNICEF, 2002). Graves et al

(1996) stress that regardless of such determinations the increased interest

in early childhood education around the world reflects respective nations'



                                30
                        ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



and/or societies' particular philosophical beliefs about children. In the

United States and Canada, children start school at age 6. Nursery schools

generally cater for children aged 3–5 years old, and kindergartens cater

for children aged 4–5 years old. In England, Scotland, and Wales, children

in nursery schools are normally aged between 3 and 5 years, and in

Northern Ireland, between 2 and 4 years. In England and Wales, some

schools have classes called “reception” classes for children who have not

yet reached the compulsory school age (5 years old). Sweden has pre-

schools for children aged 0–5 (förskola) and another pre-school for 6-year-

olds (föreskoleklass) (Mahani, 2006).




                                31
                               ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)




8.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN

TEORI YANG BERKAITAN             DENGAN PERKEMBANGAN AWAL KANK-

KANAK

8.1 KAJIAN SURAYAH ZAIDON

Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada perubahan kuantitatif iaitu

perubahan yang boleh diukur seperti ketinggian dan berat; dan perubahan

kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang abstrak dari satu tahap ke

tahap yang lain contohnya kemahiran berfikir dan bersosial. Perkembangan

kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan berterusan , hasil daripada

tindakan yang saling berkait antara proses kematangan dan pembelajaran

mengikut aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat. Pengaruh baka dan

persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang

berbeza-beza.    Interaksi   pengaruh-pengaruh     tersebut   membantu      dalam

menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee

1995;Rohani 2001).

      Tahap     perkembangan     kanak-kanak     berlaku   dengan   pesat   pada

lingkungan umur empat hingga enam tahun. Kajian Bloom (1964) membuktikan

80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat

umur prasekolah. Pada usia ini kanak-kanak bertindak aktif kepada ransangan,

berinteraksi bebas dengan orang sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling.

Roopnarine dan Johnson (1997) menegaskan kanak-kanak menempuh waktu

perkembangan yang paling sensitif justeru perlu diberi pendidikan seawall



                                      32
                                 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



mungkin. Sehubungan itu, adalah penting kanak- kanak mengalami pengalaman

pembelajaran prasekolah yang berkesan, bermakna dan menggembirakan

supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap

yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal (Rohaty 2003).

         National Association for the Education of Young Children (NAEYC) 1991

mendefinisikan      penilaian   perkembangan    kanak-kanak     sebagai   proses

mendokumentasi apa yang dilakukan oleh kanak-kanak dan bagaimana mereka

melakukannya bertujuan membuat keputusan-keputusan berkenaan kanak-

kanak. Garis panduan Penilaian Selaras Perkembangan Kanak-kanak Berumur

Tiga hingga Lapan Tahun (1991) yang dikeluarkan oleh badan tersebut

menjelaskan bahawa penilaian yang dijalankan perlu berterusan, bersesuaian

dan boleh membantu perkembangan. Perancangan, strategi dan instrumen

penilaian perlu berbeza-beza bersesuaian dengan setiap tujuan penilaian dan

matlamat 164 pembelajaran. Kriteria penilaian perkembangan kanak-kanak perlu

bersesuaian dengan objektif dan kandungan pembelajaran (Schweinhart 1993).

         Skop penilaian tidak terhad kepada bahasa dan matematik tetapi

termasuk inisiatif, hubungan sosial, persembahan kreatif, muzik dan pergerakan.

Penilaian yang dijalankan perlu bersesuaian dengan aktiviti kanak-kanak serta

bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak dan dilaksanakan secara tidak

formal     semasa    kanak-kanak    mengalami    proses   pembelajaran    melalui

pemerhatian dan dokumentasi.




                                        33
                               ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



8.2 KAJIAN LIHANNA BORHAN

1. Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai aspek yang setiap satunya

seharusnya boleh, dan perlu dinilai. Pendidikan awal kanak-kanak juga tiada

bezanya. Kanak-kanak, guru, kurikulum, pentadbiran, ini semua adalah antara

elemen yang perlu dinilai dari semasa ke semasa. Kajian ini akan melihat aspek

penilaian kanak-kanak, yang merupakan aspek penting dalam organisasi

pendidikan di tahap ini, yang secara ringkasnya akan dirujuk sebagai TADIKA.

Antara tujuan penilaian di TADIKA ialah untuk menentukan kemajuan dalam

pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan,

membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam

membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam

membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam

menilai kemajuan dirinya sendiri (Katz, 1997).

      Tujuan penilaian ini perlu difahami dengan jelas oleh mereka yang terlibat

dalam pendidikan di tahap ini kerana ia boleh memastikan bentuk penilaian

yang wajar digunakan. Dalam pendekatan kurikulum berintegrasi atau pun

mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan, mengenal pasti

tahap perkembangan setiap kanak-kanak merupakan salah satu tugas utama

guru TADIKA kerana ini membolehkan perancangan pembelajaran sewajarnya

dilakukan (Beaty, 1992). Satu objektif am atau pun satu strategi pengajaran am

tidak wajar diguna pakai bagi semua kanak-kanak atau dalam setiap keadaan

kerana tahap dan kadar perkembangan kanak-kanak adalah pelbagai dan



                                       34
                              ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



berbeza antara individu. Keputusan penilaian mengenai tahap perkembangan

beserta dengan penilaian yang memberikan maklumat tentang minat, kehendak

serta keperluan kanak-kanak dijadikan sandaran untuk merancang objektif dan

strategi pengajaran dalam rangka kerja kurikulum yang ada.



2. Penilaian Autentik

Satu isu yang sering dibangkitkan dalam penilaian ialah kejituan (authenticity)

sesuatu bentuk penilaian itu. Ramai yang berpendapat peperiksaan atau ujian

bertulis yang diberikan secara berkumpulan, seperti mana diamalkan dalam

sistem pendidikan rendah dan menengah di Malaysia ini, tidak sesuai digunakan

dalam pendidikan awal kanak-kanak,          biar dari segi item ujian yang

bersandarkan kepada norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam

masyarakat juga boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman &

Pearson, 1990). Tambahan lagi, lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih

cenderung untuk mereka membua kesilapan disebabkan kekeliruan atau

kegusaran akibat suasana ujian (Ratcliff, 1995;Reynolds, 1982). Ini boleh

menjadikan keputusan serta kebolehgunaan penilaian itu diragui.

      Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati

garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz,

1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995). Walaupun

ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di TADIKA

dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak

betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan penilaian diadakan dalam pendidikan



                                      35
                                ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



awal kanak-kanak. Untuk itu, konsep penilaian autentik telah diunjurkan.

Penilaian autentik merujuk kepada bentuk penilaian yang berdasarkan

pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bilik darjah setiap

hari (Pert, 1990). Ia juga suatu yang realistik dan sesuai dari segi pengajaran.

Penilaian autentik merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara

realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri (Grace, 1992). Ia melibatkan

penilaian yang dilakukan secara berterusan dan          membawa implikasi kanak-

kanak diberikan peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

yang ada pada mereka dalam cara yang berkaitan dengan kehidupan seharian

mereka dan tidak terhad kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja.

Untuk menjalankan penilaian autentik yang menepati garis panduan, amalan

bersesuaian    perkembangan,      pelbagai    kaedah     telah   diutarakan,    selain

pemerhatian yang merupakan tunjak penilaian di TADlKA, portfolio individu

kanak-kanak    adalah    satu   pendekatan    yang     baik   dan   praktikal   dalam

merealisasikan penilaian autentik di peringkat ini.




                                         36
                                 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



8.3 KAJIAN MARIANI MD. NOR

Tiga kategori menjadi asas utama perbincangan dalam mengupas artikel ini.

Antara fokus perbincangan ialah elemen:

a) kesan sosial,

b) kesan kurikulum dan

c) persediaan tenaga akademik



Dalam    proses    pengajaran     dan   pembelajaran        serta   kesan    terhadap

perkembangan       kanak-kanak    secara     holistik.   Teori   Ekologi    oleh   Urie

Bronfenbrenner (1977) dipilih oleh penulis untuk perbincangan seterusnya.



   1. Elemen Sosial dan Kesan terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa

individuyang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di

dalam sistempersekitaran yang mementingkan interaksi antara satu sama lain.

Dalam konteks artikel ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran

kanak-kanak itudipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama

ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang

berada dalam ruang lingkup mikro(berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh

faktor persekitaran dan dalam konteks di prasekolah khususnya, apa dan

bagaimana kesannya harus diteliti terutama dalam hal yang menyumbang

kepada proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.



                                        37
                              ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



Berdasarkan teori ini, keluarga khususnya ibu bapa merupakan agensosialisasi

paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu

terdekat    atau   berhampiran       dengan    komuniti   kanak-kanak,     mereka

mempunyaipengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh,

kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran

seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas

semua aspek perkembangan kanak-kanak (MacNaughtori, 2005). Dalam kajian

yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar

berada di tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui

kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa

untukmembantu proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah tetapi meluas

kepada aspek pemilihan tempat untuk anak itu belajar, terutama di peringkat

prasekolah. Justeru itu, peringkat pembelajaran prasekolah adalah sasaran

utama ibu bapa kini. Menyentuh tentang pendidikan prasekolah, kesedaran telah

ditunjukkan bukan sahaja oleh masyarakat malah di peringkat atasan juga.

Seperti dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998)

Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan

kanak-kanak. Oleh itu, program yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran,

meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-

kanak yang berumur antara 4hingga 6 tahun. Pembangunan minda, penyuburan

fizikal,   pengukuhan   kestabilan     emosi    dan   persediaan   untuk    hidup

bermasyarakat, oleh itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak

dan agensi untuk mengendalikan pusat prasekolah.



                                        38
                                ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



Dengan kewujudan pelbagai model prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan

akan wujud pula paradigma 'rumah tiang seribu atau infinit' disebabkan

kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di prasekolah.

Pemerhatian penulis ke tadika-tadika semasa penyeliaan pelajar praktikum

menunjukkan kebanyakan tadika swasta memberi penumpuan yang lebih

kepada aspek kognitif, iaitu kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, aspek lain

juga dititikberatkan seperti aspek sosial,moral dan keagamaan serta berbagai

lagi penekanan yang berbeza. Dapatan dari kajian penyelidikan oleh beberapa

pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah penyeliaan penulis

menunjukkan situasi di mana apa yang dipelajari oleh bakal guru prasekolah di

universiti kadang-kadang sukar untuk dipraktikkan di prasekolah kerana ideologi,

pendekatan dan falsafah yang berbeza di antara kedua-dua pihak ini. Secara

tidak langsung keadaan ini boleh menjejaskan pula kualiti prasekolah (Nik Asiah,

2005; Rohana Musa, 2005). Malah menyentuh tentang infrastruktur fizikal

prasekolah, tidak perlu bukti tertulis, jika dibuat lawatan lokasi untuk setiap tapak

prasekolah di sesebuah kawasan bandaraya, didapati jarak antara satu

prasekolah dengan satu yang lain harus berada dalam jarak 1 km. Bagaimana

pun, peraturan ini tidak begitu dipatuhi memandangkanpertambahan bilangan

penduduk yang memerlukan perkhidmatan sedemikian atau adakah ini trend

masa kini dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak? Jika ini berlaku, adakah

memang sepatutnya atau adakah ianya dalam tuntutan bersama oleh ibu bapa

dan pengusaha tadika itu. Secara umumnya komuniti prasekolah harus




                                         39
                                   ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



memikirkan perkara berikut dalam memastikan trend dan isu menjadi suatu

realiti.

a) Keluarga (The family):

           Isu pemilihan prasekolah. Apa ciri prasekolah berkualiti yang

           Menjadi pilihan?



b) Jaringan sosial (Social network)

           Harapan ibu bapa: kanak-kanak mempunyai kebolehan mengambil berat

           tentang orang lain, berkongsi, memahami dan empati terhadap orang lain

           (Essa, 1996).



c) Kepercayaan masyarakat (Society's belief)

           Persoalan pengurangan perlakuan kanak-kanak terhadap amalan

           negatifatauanti-sosial atau sebaliknya dengan keuntungan cost-benefit

           (Schweinhart &Weikart, 1993).



d) Perkembangan (Development)

           Adakah perkembangan boleh berlaku mengikut peredaran masa dan jika

           ya adakah disebabkan oleh faktor biologi semata-mata atau persekitaran

           infrastruktur yang wujud dalam komuniti kanak-kanak itu. Kajian di dalam

           dan di luar negara banyak meneliti faktor yang mempengaruhi proses

           pendidikan di prasekolah dari isu persediaan awal hinggalah kepada




                                           40
                        ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



aspek lain. Dalam satu kajian ke atas faktor yang mempengaruhi transisi

dari prasekolah ke sekolah rendah terhadap 177 orang ibu bapa dari 18

buah prasekolah dari seluruh Malaysia      (Mariani Md. Nor et al., 2006)

mendapati     faktor seperti bahan pembelajaran, persekitaran yang

merangsang pembelajaran kanak-kanak, aktiviti yang sesuai serta guru

adalah antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi proses

perkembangan kanak-kanak dalam aspek penyesuaian diri. Komunikasi

yang baik antara guru dan ibu bapa serta kemudahan sesuai di dalam bilik

darjah adalah antara faktor persekitaran yang penting.




                                41
                              ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)



9.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya,    teori dan model-model perkembangan awal kanak-

kanak ini adalah penting kerana ia sedikit sebanyak akan memberi panduan

kepada ibu bapa dan guru-guru tentang perkembangan yang            dilalui oleh

seorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi

perkembangannya kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka,

persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya.

      Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, ―sesungguhnya anak-

anak kita adalah permata‖. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini

suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian

yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang

kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar

yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang

pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses

mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan

mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan amarah akan

membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah

kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di

persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang

ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan

(Mastura Badzis).




                                     42

								
To top