CONTOH KERTAS KERJA

Document Sample
CONTOH KERTAS KERJA Powered By Docstoc
					_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)




             UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


                    KERTAS CADANGAN
   PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN MAHASISWA
               KOLEJ KEDIAMAN CD 2008
                   (PLAK ’08 SIRI KE-2)


                          TEMPAT :
              KAMPUNG TAMPIOS, RANAU


                          TARIKH :
        13 SEPTEMBER – 14 SEPTEMBER 2008


                           ANJURAN:
JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA (JAKMAS)
                   KOLEJ KEDIAMAN CD


                      DENGAN KERJASAMA:
    JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
             UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
                                                                    1
       _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)




    JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA (JAKMAS) CD
                             UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


                    BORANG CADANGAN MENJALANKAN AKTIVITI


Nama Aktiviti         “Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK’ 08 Siri-2)”


Penyelaras Aktiviti Ust. Jisham Salani dan Ust. Mohd Nazrie Petir

    Semester
                      SEMESTER I Sesi : 2008/2009


   Tempat dan         Tempat: Kg. Tampios, Ranau
    Kumpulan
                      Kumpulan Sasaran : 50 orang residen Kolej Kediaman CD
     Sasaran                             75 orang penduduk Kg. Tampios, Ranau


   Jangkamasa
                      Mula : 13 September - 14 September 2008
     Aktiviti



                      HEP RM___3500.00__
   Bajet Aktiviti
                      Tajaan RM_600.00__

                      Jumlah Keseluruhan RM 4100.00

                             Pengarah                     Setiausaha                  Bendahari
                         (Nama & No. Matrik)          (Nama & No. Matrik)         (Nama & No. Matrik)
    Cadangan
  Jawatankuasa          MUHAMMAD FAWWAZ
                                                     MOHD. FAUZI SIDIN             KARMILA ILLANG
                           ZAINAL ABEDIN
                            BS07110164
                                                       BS07110484                   HA2006-6297
                        Ulasan:
  Diisi oleh MT
     Jakmas
                        Nama & Tandatangan:                                 Tarikh :

                        Cop & Tandatangan                                   Tarikh :
Diisi oleh Pejabat




                                                                                                        2
       _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)


Bahagian A

Ringkasan Cadangan Aktiviti : (Cadangan hendaklah merangkumi Latarbelakang, Objektif, Kumpulan
Sasaran, dan Justifikasi Ahli Jawatankuasa yang diperlukan. Cadangan Aktiviti ini hendaklah diselaraskan
bersama Jadual Kerja dalam bentuk Carta Gantt)




  PENGENALAN


  PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN (PLAK ’08 SIRI-2), merupakan salah satu daripada
  aktiviti kemahasiswaan yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi kolej kediaman CD.


  Program ini merupakan lanjutan daripada program Lawatan Kebajikan EKSAH (PLAK’ 08)
  yang diadakan pada bulan Februari yang lalu. Ianya bertujuan untuk menguji penglibatan
  mahasiswa dalam menyumbang bakti serta bantuan khidmat sosial kepada masyarakat
  luar bandar. Program sebegini akan menonjolkan potensi seseorang mahasiswa dan
  mahasiswi dalam mempamerkan kredibiliti dan usaha mereka bagi menganjurkan projek
  kebajikan seperti ini. Justeru itu, program ini dijangka dapat memupuk semangat para
  mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat.


  Bersesuaian dengan konsep “LAWATAN KEBAJIKAN”, program ini diharap dapat dijadikan
  suatu   anjakan    paradigma       buat   mahasiswa    untuk    meneruskan      perjuangan     dan
  memperlihatkan kesungguhan dalam usaha untuk membantu masyarakat luar bandar dalam
  meningkatkan motivasi mereka. Dalam usaha untuk menjayakan program ini, semangat
  setia kawan, semangat bekerjasama, ketabahan dari segi intelek dan emosi, semangat
  bertoleransi serta pelbagai lagi dugaan perlu ditempuhi bagi mencapai objektif PROGRAM
  LAWATAN KEBAJIKAN MAHASISWA (PLAK’ 08 SIRI-2).


  Matlamat ini selaras dengan matlamat Universiti Malaysia Sabah yang ingin melahirkan
  graduan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Program ini pastinya
  dapat    memberikan      peluang     kepada   mahasiswa      dan    mahasiswi    UMS     khasnya,
  menyumbangkan ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman dalam melaksanakan
  program-program kemasyarakatan.




                                                                                                       3
        _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)




OBJEKTIF PROGRAM

   i.     Meningkatkan keyakinan pelajar terhadap potensi diri melalui aktiviti yang dijalankan.

  ii.     Memberikan kesedaran di kalangan mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan
          sikap prihatin terhadap masyarakat di luar bandar.

 iii.     Mewujudkan dan menanamkan nilai-nilai kepimpinan di kalangan mahasiswa dan
          mahasiswi kolej kediaman CD.

 iv.      Meningkatkan jati diri mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dari segi akademik
          malah dari segi sosial sebagai persediaan alam pekerjaan kelak.


KUMPULAN SASARAN (Mahasiswa/Pihak Luar)

  i.      50 orang Mahasiswa Kolej Kediaman CD
  ii.     75 orang penduduk Kampung Tampios, Ranau.


PENUTUP

         Dengan terlaksananya PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN (PLAK’ 08 SIRI-2) ini,
ianya akan mendorong golongan mahasiswa khasnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah
kepada kegiatan kesukarelaan, terutamanya dalam aktiviti berbentuk khidmat Sosial.
Penerapan nilai-nilai prihatin dalam masyarakat belia perlu digembeleng semula bagi mencapai
pembentukan masyarakat harmoni dan saling tolong-menolong.


         Diharapkan agar segala perancangan akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, segala
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung sangatlah ditekankan bagi melicinkan lagi perjalanan program ini agar dapat
direalisasikan dengan jayanya.


Sekian, terima kasih.



Disediakan oleh,


_____________________________


Pengarah,
MUHAMMAD FAWWAZ ZAINAL ABEDIN


                                                                                                   4
      _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)



AHLI JAWATANKUASA

Justifikasi Ahli Jawatankuasa (Sila rujuk bahagian lampiran)

Jawatankuasa Tertinggi


 Penaung                    : PROFESOR DR. AMRAN BIN AHMED
                              Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

 Penasihat                  : Cik Kamsia Budin
                              Pemangku Pengetua Kolej Kediaman CD

 Penyelaras                 : Ustaz Jisham Salani dan Ustaz Mohd Nazrie Petir
                              Felo Kolej Kediaman CD, Pegawai UHEIM UMS

 Pengerusi                  : Mohd. Samizul Samad
                              Naib Yang Dipertua 3 JAKMAS CD

 Pengarah                   : Muhammad Fawwaz Zainal Abedin

 Timbalan Pengarah          : Wan Mohd Qazim Wan Abdullah Sani

 Setiausaha                 : Fellino @ Mohd Fauzi Sidin Abdullah

 Timbalan Setiausaha        : Norazwinah Azreen Hussin

 Bendahari                  : Karmila Illang

 Timbalan Bendahari         : Nafiisah Ismail Mina

Ahli Jawatankuasa Pelaksana (Bahagian)


 Modul dan Pengisian                  : Hardianshah Salleh


 Penginapan                           : Surena Nuid


 Pengangkutan                         : Hedran Awang


 Makanan                              : Norfatmazura Che Wil


 Publisiti dan Tajaan                 : Mohammmad Hazmi Hamzah


 Tugas-tugas Khas                     : Mohd Ikhwan Jamaluddin


                                                                                    5
                                                       _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)



Bahagian B

Jadual Kerja ; (Jadual kerja ini adalah berdasarkan kepada jangka masa maksimum untuk perlaksanaan sesuatu aktiviti bermula daripada
pembentangan cadangan aktiviti oleh penyelaras aktiviti sehingga selesainya sesuatu aktiviti itu dilaksanakan )

Bil   Justifikasi Kerja                                              Bulan (   6   )       Bulan ( 7 )           Bulan ( 8   )       Bulan ( 9   )   Bulan ( 10   )
                                                                     1   2     3   4   1     2   3       4   1      2   3    4   1      2   3    4   1   2   3    4
1     Perbincangan awal antara Pengarah Projek dengan mana-
      mana Timbalan Pengetua.
2     Sediakan borang cadangan menjalankan aktiviti.
3     Perjumpaan penyelaras aktiviti bersama jawatankuasa
      (lantikan, mesyuarat pertama dan melengkapkan kertas kerja
      oleh jawatankuasa pelajar yang terlibat)
4     Semakan kertas kerja oleh penyelaras aktiviti dan pembetulan
      semula kerta kerja oleh jawatankuasa pelajar
5     Semakan dan kelulusan menjalankan aktiviti daripada
      Pengetua Kolej (Peringkat Kolej Kediaman)
6     Kertas kerja diajukan kepada Timbalan Naib Canselor (HEP &
      A) untuk mendapat kelulusan
7     Pembetulan semula kertas kerja dan diajukan semula kepada
      Timbalan Naib Canselor (HEP & A) (jika berkenaan)
8     Mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor (HEP &
      A) serta mula menjalankan aktiviti
9     Pemantauan berkala oleh Penyelaras aktiviti
10    Aktiviti dilaksanakan (Tarikh : 13 September – 14 September
      2008)
11    Mengajukan draf Laporan Kewangan kepada Jawatankuasa
      Audit Dalaman Kolej
12    Mesyuarat post mortem antara penyelaras aktiviti dengan
      jawatankuasa pelajar
13    Pengarah membentangkan laporan aktiviti beserta laporan
      kewangan kepada Pihak Pengurusan Kolej
14    Laporan lengkap aktiviti diajukan kepada Pihak Pengurusan,
      Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Bendahari (dalam
      jangkamasa 4 minggu selepas aktiviti dilaksanakan)



                                                                                                                                                                      6
     _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)



BAHAGIAN C


Jadual Perjalanan Program (Cadangan perjalanan program termasuk tarikh dan masa)


           HARI           MASA                              AKTIVITI
 TARIKH
                  7.00 pagi               AJK & para peserta berkumpul di JAKMAS CD
 SABTU
 13/09/2008       7.30 pagi               Bertolak ke Kg. Tampios, Ranau

                  11.30 pagi               Taklimat ringkas mengenai Program

                  12.30 petang            Rehat / Solat Jamak Qasar secara berjemaah
                  1.30 petang             Ziarah ke rumah-rumah penduduk kampung

                  4.00 petang             Gotong-royong bersama penduduk kampung

                  5.30 petang             Hemat diri / Jamuan berbuka puasa / Solat
                                          Maghrib, Isya’ & Tarawih berjemaah /
                                          Pembentangan Kertas Kerja 1 : AQIDAH

                  8.15 malam              Pembentangan Kertas Kerja 2 : IBADAH

                  9.30 malam              Kembara Mimpi
                  3.45 pagi               Sahur / Hemat diri / Solat subuh / Kuliah subuh
 AHAD
 14/09/2008       6.30 pagi               Persiapan Majlis Perasmian Penutupan
                  7.15 pagi               Majlis Perasmian Penutupan

                  9.30 pagi               Lambaian wida’ dan bertolak balik ke UMS




                                                                                            7
      _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)


Senarai penceramah

1) Ceramah 1

Tajuk          :       Aqidah Tunjang Jati diri Muslim
Pembentang     :       Ust. Jisham Salani
                       Felo Kolej Kediaman CD, UMS


2) Ceramah 2

Tajuk          :       Ibadah Teras Kekuatan Diri
Pembentang     :       Ust. Jisham Salani
                       Felo Kolej Kediaman CD, UMS



Atur Cara Majlis Perasmian dan Penutupan

Tarikh : 14/09/08
Masa : 7.15 pagi

7.15 pagi      Ketibaan AJK dan penduduk kampung

7.20 pagi      Ketibaan Ketua Kampung dan para jemputan

7.25 pagi      Ketibaan Yang Berbahagia Profesor Dr. Amran Bin Ahmed
               Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
               Universiti Malaysia Sabah

               Bacaan Doa oleh saudara Hardianshah Salleh
               Ketua AJK Modul dan Pengisian Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa, PLAK’ 08
               Siri-2

7.30 pagi      Ucapan saudara Muhammad Fawwaz Zainal Abedin
               Pengarah Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa, PLAK’ 08 Siri-2

7.45 pagi      Ucapan Encik Ulang Limon
               Ketua Kampung Tampios, Ranau

8.00 pagi      Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Amran Bin Ahmed
               Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
               Universiti Malaysia Sabah

8.30 pagi      Penyampaian Cenderahati kenang-kenangan dan Sumbangan kepada penduduk
               kampung

9.00 pagi      Majlis dijangka tamat




                                                                                        8
      _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)


Bahagian D

Bajet Aktiviti; (Cadangan terperinci bajet bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan)

Anggaran Pendapatan

KATEGORI                                                      RM                JUMLAH

1. Pendapatan
1.1    Peruntukan Universiti                                                  RM3500.00
        : HEP & Alumni                                    RM2000.00
        : JAKMAS CD                                       RM1500.00

1.2     Peruntukan Luar                                                       RM600.00
        : Tajaan & Sumbangan                              RM600.00


Jumlah Keseluruhan Anggaran Pendapatan                                        RM4100.00


Anggaran Perbelanjaan

KATEGORI DAN ITEM                                             RM                JUMLAH

2. PERBELANJAAN
2.1 PENTADBIRAN                                                          RM400.00 (HEP)
       i. Percetakan bahan
             a. Risalah cenderamata (RM3.00 X 50)         RM150.00
             b. Kad jemputan / risalah dll                RM30.00
       ii. Telekomunikasi (RM20.00 X 5)                   RM100.00
       iii. Pentadbiran Urusetia
             a. Tag Nama
                 - AJK & Peserta (RM2.00 X 50)            RM100.00
       iv. Urusan Pos                                     RM20.00

2.2   LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN                                          RM400.00 (HEP)
        1. Sewa kenderaan (RM75.00 x 2 Hari)              RM150.00
        2. Minyak kenderaan (2 Hari)                      RM150.00
        3. Perjalanan ke kampung (Follow-up)              RM100.00

2.3   CENDERAHATI DAN SUMBANGAN                                          RM1650.00
       Cenderahati                                                       (HEP & Tajaan luar)
       1. Perasmi                                         RM100.00
       2. Penceramah jemputan (Honorium) (2 sesi)         RM150.00
       3. Ketua kampung                                   RM100.00

       Sumbangan kepada Kampung
       1. Penduduk (RM20.00 X 55 Keluarga)                RM1100.00
       2. Papan Tanda Peringatan (Sempena Lawatan)        RM200.00

2.4   PUBLISITI                                                          RM340.00 (HEP)
        1. Banner (RM170.00 X 2)                          RM340.00


                                                                                               9
          _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)




 2.5      MAKANAN DAN JAMUAN                                             RM1025.00 (HEP)
          Hari Pertama
          1. Jamuan berbuka puasa (RM5.00 X 125)           RM625.00
          2. JamuanTarawih (RM2.00 X 125)                  RM250.00

          Hari Kedua
          1. Sarapan Pagi-Sahur (RM3.00 X 50)              RM150.00


 2.6      KONTIGENSI                                                     RM190.75
          - 5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan    RM3815X5%

 Jumlah Keseluruhan Anggaran Perbelanjaan                                RM4005.75


 BAHAGIAN E


 Perakuan Penyelaras Aktiviti


 Ulasan Penyelaras
 Aktiviti


 Nama & Tandatangan

 Tarikh


Perakuan/Komen dan Kelulusan Pengetua

                           _____________          Diperakukan / Diluluskan
 Keputusan:                _____________          Tidak Diperakukan / Tidak Diluluskan

                           Ulasan / Komen :

                           Nama & Tandatangan

                           Tarikh
 Peruntukan
 diluluskan:               RM: ___________________


 Tempoh Masa
 diluluskan:               _______________________




                                                                                           10
       _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)



Perakuan/Komen dan Kelulusan TNC HEPA


 Keputusan:           _____________          Diperakukan / Diluluskan

                      _____________          Tidak Diperakukan / Tidak Diluluskan

                      Ulasan / Komen :

                      Nama & Tandatangan

                      Tarikh

 Peruntukan
 diluluskan:          RM: ___________________


 Tempoh Masa
 diluluskan:          _______________________




 LAMPIRAN:


 JUSTIFIKASI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

 PENYELARAS

    1. Bertanggungjawab sebagai menyelaras aktiviti/program yang dirancang dan ditetapkan.
    2. Membuat keputusan bersama-sama dengan ketua pengarah terhadap sesuatu perkara
       yang dirasakan sukar diputuskan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana lain.
    3. Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan sempurna seperti mana
       yang telah dirancang.
    4. Bersama-sama mengadakan perbincangan dengan pihak luar (sekiranya aktiviti tersebut
       melibatkan pihak luar)
    5. Sebagai bahan rujukan dan pemudah kepada AJK pelaksana dalam melaksanakan aktiviti
       yang ditetapkan.

 PENGERUSI

    1. Membantu Penyelaras Program.
    2. Membuat keputusan bersama-sama dengan Penyelaras dan ketua pengarah terhadap
       sesuatu perkara yang dirasakan sukar diputuskan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana
       lain.
    3. Sebagai bahan rujukan dan pemudah kepada AJK pelaksana dalam melaksanakan aktiviti
       yang ditetapkan.




                                                                                       11
       _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)



PENGARAH

  1. Melengkap, menghantar, dan membuat tindakan susulan terhadap Borang Cadangan
     Menjalankan Aktiviti Kolej.
  2. Mempengerusikan mesyuarat.
  3. Membuat keputusan mesyuarat.
  4. Bertanggungjawab dalam menyemak perjalanan program dan tugas AJK.
  5. Memastikan segala kerja yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
  6. Berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi UMS.
  7. Memantau hal ehwal kesetiausahaan dan kewangan.
  8. Membuat pengesahan terhadap laporan akhir aktiviti.
  9. Melaporkan keputusan mesyuarat dan perkembangan projek kepada penyelaras projek.


TIMBALAN PENGARAH

  1.    Membantu Pengarah Program
  2.    Memangku tugas-tugas Pengarah semasa ketiadaannya.
  3.    Mengetuai dan merancang hal ehwal protokol.
  4.    Memantau semua jawatankuasa yang ada.


SETIAUSAHA

  1.    Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.
  2.    Memaklumkan kepada ahli tentang panggilan mesyuarat.
  3.    Menyediakan kertas kerja dan surat-surat rasmi yang berkaitan.
  4.    Menyediakan laporan akhir aktiviti untuk dihantar kepada Pejabat Kolej dan Jabatan HEP.


TIMBALAN SETIAUSAHA

  1.    Memangku tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.
  2.    Membuat tempahan bilik mesyuarat.
  3.    Memastikan minit mesyuarat diedarkan kepada Penyelaras Program dan Pejabat Kolej.
  4.    Membantu tugas setiausaha.
  5.    Menyediakan dan menyerahkan 2 salinan fail lengkap program kepada Pengurusan Kolej
        dan JAKMAS.


BENDAHARI

  1. Merangka dan merancang belanjawan program.
  2. Menerima wang daripada Bendahari Universiti / Sumber Kewangan Lain dan
     memasukkan kepada akaun kolej dengan mengisikan borang khas.
  3. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada setiap jawatankuasa yang terlibat.
  4. Mengawal, menyimpan dan merekod kemasukan dan pengeluaran wang (setiap
     pengeluaran wang disertakan dengan resit rasmi).
  5. Menyediakan dan membentangkan laporan kewangan program setiap kali mesyuarat
     program diadakan.
  6. Menyediakan laporan kewangan akhir program untuk diserahkan kepada Jawatankuasa
     Audit Dalaman Kolej.

                                                                                             12
        _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)


   7. Memastikan sebarang tuntutan yang dibuat oleh AJK dengan menggunakan borang khas
      berserta resit.
   8. Menyimpan dokumen-dokumen / resit kewangan.
   9. Meyerahkan 2 salinan laporan kewangan akhir program yang telah disahkan oleh
      Jawatankuasa Audit Dalaman kepada Jabatan HEPA dan Pejabat Kolej.


TIMBALAN BENDAHARI
   1. Memangku tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaannya.
   2. Membantu tugas Bendahari.
   3. Menyediakan dan menyerahkan 2 salinan fail lengkap
   4. Menyediakan laporan kewangan akhir program untuk diserahkan kepada Jawatankuasa
      Audit Dalaman Kolej.
   5. Memastikan sebarang tuntutan yang dibuat oleh AJK dengan menggunakan borang khas
      beserta resit.
   6. Menyimpan dokumen-dokumen / resit kewangan.


AJK MODUL DAN PENGISIAN

   1. Memastikan semua penceramah jemputan telah diberikan surat jemputan dan follow-up
      sentiasa.
   2. Menyiapkan jadual tindakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan dan pastikan mereka
      yang bertugas telah diberitahu.
   3. Memastikan modul LDK telah disiapkan dan menjalankan T.O.T bersama fasilitator.
   4. Menyediakan laporan akhir AJK Modul dan Pengisian.

AJK PUBLISITI DAN TAJAAN

   1. Merancang strategi promosi program (Memo dan Banner)
   2. Membuat hebahan media cetak dan elektronik dalam dan luar universiti.
   3. Bertindak selaku jurukamera program.
   4. Mendapatkan maklumat penaja.
   5. Mendapatkan surat dan tandatangan melalui Pengetua Kolej untuk mendapatkan tajaan
      dan sumbangan.
   6. Menghubungi dan membuat tindakan susulan untuk mendapatkan sumbangan dan
      tajaan.
   7. Menyediakan laporan akhir AJK Publisiti dan Tajaan.


AJK PENGINAPAN DAN URUSETIA

   1. Merancang tentatif program dan memastikannya berjalan seperti yang dirancang.
   2. Menguruskan perjalanan majlis.
   3. Memastikan perjalanan program mengikut protokol yang telah ditetapkan.
   4. Menyediakan surat jemputan (VIP dan Jemputan Luar)
   5. Menentukan Pengacara majlis bagi setiap aktiviti.
   6. Menyediakan buku program lengkap untuk makluman para peserta dan VIP (termasuklah
      kelengkapan yang diperlukan seperti ucapan VVIP, pengetua, ketua pengrah dan
      sebagainya).
   7. Menyediakan senarai penceramah dan tajuk kepada penceramah dan memastikan
      penceramah hadir pada setiap program.
   8. Menyediakan cenderahati untuk semua penceramah, perasmi dan lain-lain.
                                                                                      13
        _________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)


   9.    Mengurus dan mengendalikan pendaftaran peserta.
   10.   Menyediakan tanda nama AJK program.
   11.   Menyediakan buku dan tentatif program.
   12.   Menyediakan laporan AJK Penginapan dan Urusetia.


AJK PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

   1.    Merancang dan membuat pinjaman peralatan yang diperlukan dalam aktiviti.
   2.    Menentukan peralatan teknikal yang diperlukan.
   3.    Menyelenggara, menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan teknikal.
   4.    Menentukan tempat yang sesuai bagi peralatan dan perjalanan aktiviti.
   5.    Memastikan semua peralatan dikembalikan.
   6.    Menyediakan laporan AJK Pengangkutan dan Logistik.


AJK MAKANAN

   1. Merancang dan menyelaras aktiviti jamuan.
   2. Mendapatkan sebut harga jamuan bagi memastikan perbelanjaan mengikut bajet yang
      diluluskan.
   3. Menyediakan rawatan kecemasan kepada peserta dan AJK program (jika diperlukan).
   4. Menyediakan laporan akhir AJK Makanan dan Kebajikan.


AJK TUGAS-TUGAS KHAS

   1. Mendapatkan surat membuat tempahan pengangkutan.
   2. Menguruskan dan mengendalikan jadual pengangkutan mengikut masa yang ditetapkan.
   3. Memastikan dan menyelaras pemandu, kenderaan, dan pegawai pengiring (jika ada)
      berjalan dengan baik
   4. Membantu AJK-AJK lain yang memerlukan bantuan.
   5. Melaksanakan tugas mengikut keperluan mengikut keperluan program dari masa ke
      semasa.
   6. Menyediakan laporan AJK Tugas-tugas Khas.


Senarai Semak (sila tandakan √):

         Perincian kewangan berdasarkan keperluan progam.

         Justifikasi kerja setiap ahli jawatankuasa.

         Komen dan ulasan daripada JAKMAS .

         Pengesahan Penerimaan daripada Pejabat Pengurusan Kolej.

         Ulasan dan tandatangan Penyelaras Program.

         Ulasan dan pengesahan daripada Pengetua Kolej CD.

         Carta Alir kerja disediakan.
                                                                                    14

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:875
posted:2/5/2012
language:
pages:14