Docstoc

Tugasan PMR Pendidikan Kesenian 2012 Sek Seni

Document Sample
Tugasan PMR Pendidikan Kesenian 2012 Sek Seni Powered By Docstoc
					TERHAD                                    1                                        60




                                  LEMBAGA PEPERIKSAAN
                             KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012                                                    60
PENDIDIKAN KESENIAN
Tugasan Pentaksiran Pusat
Februari – Julai




1.   Kertas ini mengandungi Tugasan Individu dan Tugasan Kumpulan bagi
     setiap bidang.
2.   Tugasan ini khusus untuk menentukan tahap kebolehan dan pencapaian calon dalam
     menguasai Bidang Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual.
3.   Calon mesti melaksanakan semua tugasan.




                         Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak.
                                                                [Lihat halaman sebelah
60 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                       TERHAD
TERHAD                                      2                                         60

ARAHAN KEPADA CALON

1.   Calon PMR yang mendaftar untuk Pendidikan Kesenian wajib melaksanakan Tugasan
     Individu dan Tugasan Kumpulan.

2.   Calon dikehendaki melaksanakan Tugasan Pendidikan Kesenian dari bulan Februari
     hingga bulan Julai tahun 2012.

3.   Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan.

4.   Calon hendaklah merujuk Standard Prestasi semasa melaksanakan tugasan.

5.   Semua maklumat dan bahan bukti laporan kajian hendaklah disimpan di dalam portfolio.

6.   Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk
     mencari dan mengumpul maklumat bagi tugasan Pendidikan Kesenian.

7.   Calon boleh menjalankan kajian dan proses pengumpulan maklumat secara individu
     dan berkumpulan.

8.   Calon mesti menyediakan laporan kajian bagi Tugasan Individu dan laporan
     produksi bagi Tugasan Kumpulan dalam bentuk hard copy dan soft copy. Bagi
     bidang Seni Visual, laporan kajian hendaklah dibentangkan selepas penghasilan karya.

9.   Laporan kajian hendaklah ditulis tangan atau ditaip menggunakan komputer dengan
     fon Times New Roman, saiz 12 dan langkau 2.0 menggunakan kertas saiz A4 sahaja.

10. Hasil karya calon mestilah hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada
    mana-mana sumber.

11. Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran calon hendaklah ditulis di halaman
    hadapan laporan kajian.

12. Penilaian proses semua aktiviti akan dilakukan sepanjang masa
    tugasan dilaksanakan.




60   © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                       TERHAD
TERHAD                                       3                                    60

                                    TUGASAN BIDANG TARI

TUGASAN INDIVIDU

1.   Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan koreografi sendiri tentang satu
     daripada jenis tarian Malaysia berikut:

     (a) Melayu Asli

     (b) India

     (c) Zapin

     (d) Orang Ulu

2.   Anda dikehendaki mempersembahkan tarian hasil koreografi anda berdasarkan
     kajian di atas.

3.   Anda dikehendaki memberi ulasan secara bertulis terhadap persembahan tiga orang
     rakan anda.

Perkara yang dinilai:

1.   Kandungan laporan kajian
2.   Kreativiti dalam koreografi
3.   Kemahiran amali dalam persembahan tarian
4.   Rumusan dan ulasan persembahan rakan anda
5.   Penghayatan nilai


                                           DAN


TUGASAN KUMPULAN

                    “Adat dikendong, budaya disanjung, agama dijunjung.”

Sekolah anda akan mengadakan sebuah produksi yang bertemakan Adat Budaya Warisan
Bangsa. Kumpulan anda dikehendaki membuat perancangan pengurusan produksi dan
melaksanakannya dalam persembahan tarian.

Perkara yang dinilai:

1.   Pengurusan produksi
2.   Penghayatan nilai


SKEMA PEMARKAHAN

Rujuk Standard Prestasi.

                                                               [Lihat halaman sebelah
60   © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                    TERHAD
TERHAD                                       4                                   60

                                    TUGASAN BIDANG MUZIK

TUGASAN INDIVIDU

1.   Anda dikehendaki membuat kajian tentang sebuah lagu kanak-kanak. Berdasarkan
     kajian tersebut, hasilkan melodi ciptaan sendiri.

2.   Anda dikehendaki membuat persembahan nyanyian atau permainan alat muzik:
     (a) hasil ciptaan berdasarkan kajian
     (b) sebuah lagu pilihan

3.   Anda dikehendaki memberi ulasan secara bertulis terhadap persembahan tiga orang
     rakan anda.

Perkara yang dinilai:

1.   Kandungan laporan kajian
2.   Kreativiti dalam lagu ciptaan
3.   Kemahiran amali dalam nyanyian atau permainan alat muzik
4.   Rumusan dan ulasan persembahan rakan anda
5.   Penghayatan nilai


                                            DAN


TUGASAN KUMPULAN

                    “Adat dikendong, budaya disanjung, agama dijunjung.”

Sekolah anda akan mengadakan sebuah produksi yang bertemakan Adat Budaya
Warisan Bangsa. Kumpulan anda dikehendaki membuat perancangan pengurusan
produksi dan melaksanakannya dalam persembahan muzik.

Perkara yang dinilai:

1.   Pengurusan produksi
2.   Penghayatan nilai




SKEMA PEMARKAHAN

Rujuk Standard Prestasi.




60   © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                    TERHAD
TERHAD                                       5                                      60

                                   TUGASAN BIDANG TEATER

TUGASAN INDIVIDU

1.   Anda dikehendaki menghasilkan naskhah lakon satu adegan yang bertemakan
     Kekeluargaan berdasarkan kajian terhadap naskhah lakon yang telah diterbitkan oleh
     Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.   Anda dikehendaki membuat persembahan lakonan daripada hasil naskhah lakon anda
     berdasarkan kajian di atas.

3.   Anda dikehendaki memberi ulasan secara bertulis terhadap persembahan lakonan tiga
     rakan anda.

Perkara yang dinilai:

1.   Kandungan laporan kajian
2.   Kreativiti dalam penulisan naskhah lakon
3.   Kemahiran amali dalam persembahan lakonan
4.   Rumusan dan ulasan persembahan rakan anda
5.   Penghayatan nilai


                                           DAN


TUGASAN KUMPULAN

                    “Adat dikendong, budaya disanjung, agama dijunjung.”

Sekolah anda akan mengadakan sebuah produksi yang bertemakan Adat Budaya Warisan
Bangsa. Kumpulan anda dikehendaki membuat perancangan pengurusan produksi dan
melaksanakannya dalam persembahan teater.

Perkara yang dinilai:

1.   Pengurusan produksi
2.   Penghayatan nilai




SKEMA PEMARKAHAN

Rujuk Standard Prestasi.




                                                               [Lihat halaman sebelah
60   © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                    TERHAD
TERHAD                                          6                                        60

                               TUGASAN BIDANG SENI VISUAL

TUGASAN INDIVIDU

1.   Anda dikehendaki memilih satu daripada tiga tugasan berikut:

     (a) Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu arca binaan yang
         bertemakan Kasih Sayang.

          Arca binaan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
           Bahan       : Fibre glass / dawai mata punai / polly putty / bahan terbuang
           Media       : Bebas
           Saiz        : Tinggi 30 cm
                         Lebar mengikut kesesuaian
           Teknik      : Binaan
           Hasil kerja : Hendaklah dibuat kekemasan

     (b) Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk ilustrasi
         kalendar yang bertemakan Pakaian Tradisional Malaysia.

          Reka bentuk ilustrasi kalendar anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

           Bahan     : Kertas yang sesuai
           Warna     : Bebas
           Saiz      : 60 cm × 42 cm (kalendar dinding)
                       30 cm × 21 cm (kalendar meja)
                       8.5 cm × 5 cm (kalendar poket)
         Teknik      : Bebas
         Hasil kerja : Hendaklah dibuat kekemasan
     (c) Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu catan yang
         bertemakan Futuristik.

          Catan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

           Media          :   Media campuran
           Warna          :   Bebas
           Saiz           :   70 cm × 50 cm
           Teknik         :   Bebas
           Hasil kerja    :   Hendaklah dibuat kemasan dan dibingkaikan

2.   Anda dikehendaki membentangkan proses penghasilan karya anda setelah dihasilkan
     berdasarkan kajian di atas.

3.   Anda dikehendaki memberi ulasan secara bertulis terhadap hasil karya tiga orang
     rakan anda.




60   © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                           TERHAD
TERHAD                                         7                                  60


Perkara yang dinilai:

1.   Kandungan laporan kajian
2.   Kreativiti dalam hasil karya
3.   Kemahiran amali dalam penghasilan karya
4.   Rumusan dan ulasan hasil karya rakan anda
5.   Penghayatan nilai


                                              DAN


TUGASAN KUMPULAN

                    “Adat dikendong, budaya disanjung, agama dijunjung.”

Sekolah anda akan mengadakan produksi yang bertemakan Adat Budaya Warisan
Bangsa. Kumpulan anda dikehendaki membuat perancangan penyediaan set dan prop bagi
persembahan dan menguruskan pameran Seni Visual.

Perkara yang dinilai:

1.   Pengurusan produksi
2.   Penghayatan nilai




SKEMA PEMARKAHAN

Rujuk Standard Prestasi.


                                          TUGASAN TAMAT




                                                               [Lihat halaman sebelah
60   © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia                                    TERHAD

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:1293
posted:2/4/2012
language:
pages:7
Description: Tugasan PMR Pendidikan Kesenian 2012 Sek Seni