Embed
Email

PKJR TAHUN 2

Document Sample
PKJR TAHUN 2
Shared by: yante jafflie
Stats
views:
233
posted:
2/3/2012
language:
pages:
22
Unit 1: Pelbagai pengguna jalan raya



Tajuk 1: Mengenali Pengguna Jalan Raya

Kemahiran:

FU: 1.1 Aras 1(i)

FS: 7.1 Aras 1 (i)

PKJR: 1.7.1

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya yang ditunjukkan pada poster

dengan bahasa yang sesuai.

2. membaca perkataan yang disenaraikan dengan sebutan yang betul.

3. menyebut jenis-jenis pengguna jalan raya yang berbeza.

Aktiviti:

1. murid melihat poster jalan raya dan menyatakan perkara yang tedapat dalam poster

itu.

2. murid berbual tentang pelakuan pengguna jalan raya dalam poster dan

menyebutnya mengikut kad imbasan.

3. murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan membaca kad imbasan

mengikut kumpulan.

4. murid melengkapkan tugasan dalam buku aktiviti.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am

Kosa kata- pejalan kaki, penumpang kereta, pembonceng motosikal, penunggang

motosikal, pemandu kereta, penumpang pengangkutan awam, pengunggang basikal,

pengguna kerusi roda.

Refleksi:







Unit 1: Pelbagai pengguna jalan raya



Tajuk 2: Menjadi pengguna jalan raya yang berbeza

Kemahiran:

FU: 1.1 Aras 1(i)

FS: 7.1 Aras 1 (i)

PKJR: 1.7.1

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. bercerita tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.

2. menulis perkataan berkaitan pengguna jalan raya.

3. menjelaskan semua pengguna jalan raya ialah pejalan kaki pada sesuatu masa dan

keselamatan pejalan kaki adalah penting.

Aktiviti:

1. Murid melihat poster dan bersoal jawab berkaitan pengguna jalan raya yang

terdapat dalam poster.

2. murid bercerita pengalaman mereka menjadi pengguna jalan raya yang berbeza

dalam perjalanan ke sekolah.Cth: mereka berjalan kaki ke kereta dan menjadi

penumpang untuk ke sekolah. Kemudian setelah sampai ke sekolah keluar dari

kereta dan berjalan ke kawasan sekolah.

3. murid dengan bantuan guru menjelaskan bagaimana mereka boleh menjadi 3

pengguna jalan raya yang berbeza.

4. guru dan murid bersoal jawab mengenai aspek keselamatan yang perlu difikirkan

dalam setiap perjalanan berdasarkan peta minda.



Pejalan kaki -Pimpin tangan- minta bantuan org dewasa

-Lihat kereta yang mengundur-lihat kanan, kiri, hadapan

dan belakang.





-Pakai tali pinggan keledar

Penumpang -Masuk dari bebendul jalan

-Jangan ganggu pemandu





-Perhatikan kenderaan yang lalu-lalang sebelum keluar

Pejalan kaki -Tunggu orang dewasa untuk membantu anda keluar dari

kereta ke bebendul jalan



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am

Kosa kata- pimpin tangan, tali pinggang keledar, bebendul jalan.

Refleksi:





Unit 1: Pelbagai pengguna jalan raya



Tajuk 3: Semua orang pejalan kaki

Kemahiran:

FU: 2.2 Aras 1(i)

FS: 8.1 Aras 1 (i)

PKJR: 7.2.2, 7.2.3

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan lima langkah melintas dengan betul menggunakan perkataan dan frasa

yang jelas.

2. menulis perkataan dan ayat tunggal tentang langkah-langkah melintas jalan raya

yang betul dengan tulisan yang cantik.

3. menyatakan lima langkah melintas dengan selamat.

Aktiviti:

1. Murid menyanyikan lagu “Melintas Jalan”

2. Murid menyatakan lima langkah melintas dengan selamat berdasarkan lirik lagu.

3. murid melakukan simulasi prosedur melintas jalan dengan selamat.

a. Beberapa orang murid dipilih untuk menjadi orang dewasa dan kanak-

kanak yang hendak melintas jalan raya.

b. Murid lain boleh menjadi pemerhati dan menilai sama ada lima langkah

melintas dilakukan dengan betul.

4. murid menjawab soalan yang diberi oleh guru.

a. Mengapakah kita perlu melintas dengan orang dewasa?

b. Mengapakah kita berhenti sebelum melintas?

c. Di manakah kita perlu berhenti?

d. Apakah yang perlu kita lihat sebelum melintas?

e. Arah manakah yang perlu kita lihat?

f. Apakah yang perlu kita dengar sebelum melintas?

g. Bagaimanakah bunyi dapat membantu kita melintas dengan selamat?

h. Apakah yang kita fikirkan sebelum melintas?

i. Apakah yang perlu kita fikirkan sebelum mula melintas?

j. Mengapakah kita perlu berwaspada semasa melintas?

k. Apakah yang mungkin berlaku?

5. murid menulis ayat tunggal dengan tulisan yang cantik.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am

Kosa kata- pimpin tangan, tali pinggang keledar, bebendul jalan.

Refleksi:





Unit 1: Pelbagai pengguna jalan raya



Tajuk 4: Berjalan dengan selamat di Tempat letak kereta

Kemahiran:

FU: 1.2 Aras 3(i)

FS: 8.2 Aras 3 (i)

PKJR: 1.7.2

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. bersoal jawab tentang sesuatu perkara berdasarkan topik yang diberi.

2. menulis ayat dalam bentuk perenggan berdasarkan gambar bersiri.

3. menyatakan perlakuan yang selamat di tempat letak kereta.

Aktiviti:

1. Murid melihat gambar kawasan tempat letak kereta dan bersoal jawab dengan

rakan berkaitan gambar tersebut dengan bimbingan guru.

2. murid dibawa keluar ke kawasan tempat letak kereta dan melakukan demonstrasi

keselamatan ketika berada di kawasan tempat letak kereta.

3. murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan dikehendaki berbincang cara

mereka menjaga keselamatan di kawasan tempat letak kereta.

4. murid dibimbing untuk menyusun pernyataan dan menulis ciri-ciri keselamatan

semasa berada di kawasan tempat letak kereta berdasarkan maklumat yang

diberikan.

5. murid membuat rumusan tentang pelajaran mereka.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- ayat tunggal dan ayat majmuk.

Kosa kata- mengundur, bernyala, kaki lima, tempat letak kereta.

Refleksi:







Unit 2: Peraturan jalan raya



Tajuk 1: Patuhi peraturan jalan raya

Kemahiran:

FU: 1.2 Aras 3(i)

FS: 4.1 Aras 2 (ii)

PKJR: 3..1.1

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Mengemukakan pendapat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya

dengan bahasa yang betul.

2. menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.

3. menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki,

pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti:

1. Guru berbincang dengan murid tentang kepentingan peraturan, contohnya:

a. Di sekolah

b. Di rumah

2. murid menyatakan kepentingan mematuhi peraturan dan mengaitkannya dengan

peraturan jalan raya:

a. memastikan semua selamat.

b. Memastikan kita tidak membahayakan orang lain.

3. murid menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan poster.

4. murid berbincang tentang kesan yang mungkin berlaku sekiranya peraturan tidak

dipatuhi berdasarkan poster.

5. murid menyenaraikan contoh peraturan jalan raya berkaitan dengan melintas.

6. murid menyenaraikan peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi oleh pembonceng

motosikal dan penumpang.

7. guru meminta murid menyiapkan tugasan dalam buku aktiviti.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- ayat perintah

Kosa kata- peraturan, situasi, berbahaya, memimpin.

Refleksi:





Unit 2: Peraturan jalan raya



Tajuk 2: Amalkan peraturan jalan raya

Kemahiran:

FU: 4.2 Aras 1(i)

FS: 10.1 Aras 3 (ii)

PKJR: 3.1.3

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan poster dengan menggunakan ayat

yang betul.

2. menulis karangan pendek berdasarkan tajuk.

3. membezakan peraturan jalan raya untuk pengguna jalan raya yang berbeza.

Aktiviti:

1. Guru mempamerkan poster dan meminta murid menyenaraikan peraturan jalan

raya berdasarkan poster tersebut.

2. beberapa orang murid melakonkan perlakuan yang selamat di jalan raya seperti

yang ditunjukkan dalam poster.

3. murid lain meneka lakonan tentang peraturan jalan raya yang ditunjukkan dan jenis

pengguna yang terlibat.

4. setiap kumpulan akan memilih set kad pernyataan berdasarkan kumpulan pejalan

kaki, penumpang kereta dan pembonceng motosikal.

5. wakil kumpulan diminta menyatakan maklumat yang diperolehi di hadapan kelas.

6. murid menyiapkan tugasan di dalam buku aktiviti.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- ayat majmuk

Kosa kata- pejalan kaki, penumpang kereta, pembonceng motosikal.

Refleksi:



Unit 2: Peraturan jalan raya





Tajuk 3: Kenal pasti peraturan jalan raya di kawasan kamu

Kemahiran:

FU: 1.2 Aras 3(i)

FS: 7.1 Aras 2 (ii)

PKJR: 3.1.4

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan jalan

raya.

2. membaca ayat dan memadankan gambar situasi peraturan jalan raya yang

dibincangkan dengan betul.

3. menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan

kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti:

1. murid bersoal jawab tentang peraturan jalan raya yang perlu diamalkan

berdasarkan kad imbasan gambar.

a. Tempat letak kereta/pusat beli-belah- tunggu sehingga orang dewasa

membuka pintu dan memimpin anda

b. Hentian bas-jangan melintas jalan sehingga bas telah meninggalkan

hentian bas.

c. Kawasan perumahan-jangan bermain di laluan kenderaan., beri

perhatian kepada kenderaan yang mengundur.

d. Perjalanan dari rumah ke Bandar- mematuhi peraturan jalan raya

e. Ketika membonceng-sentiasa memakai topi keledar walaupun jarak

perjalanan yang dekat.

2. murid menyenaraikan jawapan pada papan tulis mengikut kategori yang

telah dibincangkan.

3. murid membaca dan memadankan gambar situasi dengan peraturan yang

dibincangkan.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- ayat majmuk

Kosa kata- pejalan kaki, penumpang kereta, pembonceng motosikal.

Refleksi:





Unit 2: Peraturan jalan raya



Tajuk 4: Patuhi peraturan jalan raya

Kemahiran:

FU: 1.2 Aras 3(i)

FS: 8.1 Aras 1 (ii)

PKJR: 3.1.1

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan jalan raya

dengan ayat yang betul.

2. menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik.

3. menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki,

pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti:

1. murid meneliti poster dan bersoal jawab tentang hubung kait peraturan jalan raya

yang terdapat dalam poster dengan frasa yang diberi.

Contoh perkataan atau frasa adalah seperti:

a. warden lalu lintas (dengar dan patuhi)

b. jejantas (guna jika ada)

c. tali pinggang keledar (sentiasa pakai apabila berada di dalam kereta)

d. masuk dan keluar dari kereta (bebendul jalan)

e. melintas (gunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat)

f. orang dewasa (berpimpin tangan dengan orang dewasa untuk melintas)

g. menghadap lalu lintas (berjalan menghadap lalu lintas jika tidak terdapat

laluan pejalan kaki)

h. topi keledar (pakai dengan betul dan kancingkan)

i. lima langkah melintas dengan selamat (gunakan lintasan pejalan kaki)

j. hentian bas (jangan bermain di sekitar hentian bas)

2. murid berbincang tentang peraturan jalan raya yang diguna pakai semasa turun dan

naik dari kenderaan di sekolah.

3. murid menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik dalam aktiviti 12.

Contoh:

a. ikut arahan warden trafik.

b. Gunakan tempat melintas atau jejantas.

c. Jangan berlari semasa melintas.

d. Amalkan lima langkah melintas.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am, ayat perintah

Kosa kata- jejantas, tali pinggang keledar, kereta, topi keledar, bebendul jalan, lintasan

pejalan kaki, hentian bas.

Refleksi:





Unit 3: Papan tanda , isyarat dan penanda jalan.



Tajuk 1: Kenali papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Kemahiran:

FU: 7.1 Aras 1(i)

FS: 8.1 Aras 1 (ii)

PKJR: 1.4.1, 1.4.8

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.

2. menamakan papan tanda dan mewarnakan dengan betul.

3. menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan

penanda jalan.

4. menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Aktiviti:

1. murid menyatakan pelbagai papan tanda yag terdapat di kawasan sekolah.

2. Bersoal jawab tentang maksud papan tanda yang disebut oleh murid.

3. Murid membaca perkataan dan frasa yang ditunjukkan.

4. Murid berbincang tentang perbezaan antara:

 Papan tanda

 Isyarat

 Penanda jalan

5. murid diperkenalkan dengan papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang lain

seperti:

 lorong motosikal sahaja.

 Lampu isyarat di hadapan

 Jalur derum

 Bonggol

 Had laju

 Dibenarkan berpusing balik

 Selekoh

6. bersoal jawab tentang maksud dan tujuan papan tanda, isyarat dan penanda jalan

yang dipelajari:

 kepada siapa papan tanda, isyarat dan penanda jalan ditujukan?

 Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

7. murid mewarna dan menulis nama papan tanda jalan pada ruang yang disediakan.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am, ayat perintah

Kosa kata- jejantas, tali pinggang keledar, kereta, topi keledar, bebendul jalan, lintasan

pejalan kaki, hentian bas.

Refleksi:









Unit 3: Papan tanda , isyarat dan penanda jalan.



Tajuk 2: kategori papan tanda jalan

Kemahiran:

FU: 7.1 Aras 1(i), (ii)

FS: 8.1 Aras 1 (i)

PKJR: 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.

2. menulis ayat tunggal berdasarkan gambar dengan tulisan yang kemas dan cantik.

3. menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan

penanda jalan.

4. menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Aktiviti:

1. murid membaca dan menyatakan maksud perkataan dan frasa pelbagai pengguna

jalan raya yang terdapat dalam buku bergambar.

2. murid mendengar penjelasan guru tentang tanda jalan mengikut kategori

pematuhan (wajib dan larangan), amaran dan panduan.

3. murid dibahagi kepada kumpulan pengguna jalan raya yang berikut:

 pejalan kaki

 pemandu

 penunggang motosikal

 penunggang basikal

setiap kumpulan dikehendaki mengasingkan tanda jalan mengikut tiga kategori

tersebut berdasarkan bahan Buku Bergambar.

4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan

5. murid melakar satu papan tanda jalan bagi kategori pematuhan (wajib dan

larangan), amaran dan panduan.

6. murid menulis ayat tunggal berdasarkan frasa yang berkaitan papan tanda, isyarat

dan penanda jalan.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am, ayat tunggal/ ayat majmuk

Kosa kata- pematuhan, wajib, amaran, larangan, panduan, lintasan. Melintas, respons.

Refleksi:

Unit 3: Papan tanda , isyarat dan penanda jalan.



Tajuk 3: ambil langkah bijak

Kemahiran:

FU: 7.1 Aras 1(ii)

FS: 8.2 Aras 1 (i)

PKJR: 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. membaca dan menyatakan maksud perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.

2. membina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan frasa yang diberi.

3. menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan

penanda jalan.

4. menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Aktiviti:

1. murid menyenaraikan dan membaca nama dan maksud papan tanda, isyarat dan

penanda jalan yang telah dipelajari.

2. murid melakukan aktiviti permainan kotak beracun menggunakan buku bergambar.

 Murid memilih sekeping gambar dan mempamerkannya kepada rakan

sekelas.

 Murid lain membaca dan menyatakan maksud papan tanda yang

dipamerkan.

 Murid bersoal jawab tentang tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan

papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dipamerkan.

3. beberapa orang murid menjalankan aktiviti simulasi di dalam bilik darjah.

 Sekumpulan murid akan melakonkan watak sebagai pengguna jalan raya.

 Beberapa orang murid memegang symbol dan berperanan sebagai papan

tanda jalan.

 Pengguna jalan raya akan bergerak melalui stesen-stesen yang mempunyai

papan tanda.

4. murid lain memerhati tindakan pengguna jalan raya yang melalui beberapa papan

tanda dan isyarat serta memberi respons terhadap aksi yang dilihat.

5. murid menyiapkan tugasan di dalam buku aktiviti.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata majmuk, ayat tunggal/ayat majmuk

Kosa kata- perlakuan, bijak, langkah, tindakan, berhemah.

Refleksi:









Unit 3: Papan tanda , isyarat dan penanda jalan.



Tajuk 4: jom, jalan-jalan

Kemahiran:

FU: 1.2 Aras 3(ii)

FS: 10.1 Aras 3 (i)

PKJR: 1.4.1,1.4.8

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. bersoal jawab tentang papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dilihat dengan

menggunakan ayat yang betul.

2. menulis karangan berdasarkan isi-isi yang diberi.

3. menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan

penanda jalan.

4. menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Aktiviti:

1. murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

 Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti luar bilik darjah dan

melengkapkan borang grafik yang diberi.

2. setiap murid diminta memerhati dan mencatat papan tanda, isyarat dan penanda

jalan yang dilihat.

3. murid bersoal jawab tentang penanda jalan yang dilihat semasa aktiviti lawatan

dan berbincang secara asas tentang fungsi penanda jalan tersebut.

Contoh:

 garis putus-putus

 garis lurus

 garis berkembar

 warna garisan putih dan kuning

4. murid menulis karangan berdasarkan aksi pengguna jalan raya yang dilihat semasa

melakukan aktiviti luar kelas dengan bimbingan guru.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am, ayat tunggal/ ayat majmuk

Kosa kata- penanda jalan, garisan kuning, jalur derum, lawatan, perhatikan.

Refleksi:









Unit 4: Kebolehlihatan di Jalan Raya



Tajuk 1: Boleh dilihat dan lebih selamat

Kemahiran:

FU: 1.1 Aras 1(i)

FS: 8.2 Aras 1(i)

PKJR: 2.1.5, 4.3.2

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. berbual tentang tajuk yang dipelajari dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

2. membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau frasa yang diberi.

3. menyatakan sebab-sebab mereka sukar dilihat di jalan raya.

Aktiviti:

1. seorang murid memakai baju kurung putih dan seorang murid memakai pinafore

diminta kehadapan.

2. kedua-duanya diminta berdiri dihadapan papan hitam. Murid ditanya dengan

soalan:

 siapakan yang lebih mudah dilihat?

 Mengapakah dia mudah dilihat?

3. murid diterangkan tentang konsep penyamaran yang bermaksud berpadu dengan

alam sekitar dan menyebabkan sesuatu objek sukar untuk dilihat.

4. murid berbual tentang faktor yang menyebabkan pejalan kaki sukar dilihat di

persekitaran jalan raya.

5. murid menyatakan kepentingan bagi pengguna jalan raya mudah dilihat supaya

mereka lebih selamat.

6. murid dipamerkan dengan poster dan bersoal jawab tentang kebolehlihatan

pemantul cahaya dalam poster yang dilihat.

7. murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau frasa yang diberi.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- ayat tunggal

Kosa kata- perabot jalan, jalur pemantul cahaya, pakaian pemantul cahaya, ves pemantul

cahaya, penyelenggara.

Refleksi:









Unit 4: Kebolehlihatan di Jalan Raya



Tajuk 2: cuaca dan waktu

Kemahiran:

FU: 2.2 Aras 2(i)

FS: 8.2 Aras 1(i)

PKJR: 4.3.2, 4.3.3, 2.1.5

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. mengemukakan pendapat berdasarkan eksperimen yang dilakukan.

2. membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan pemerhatian yang dilakukan.

3. menyatakan keadaan cuaca dan waktu yang berbeza mempengaruhi kebolehlihatan

melalui uji kaji.

Aktiviti:

1. murid dipamerkan dengan poster pejalan kaki melintas jalan pada hari hujan.

2. dengan bimbingan guru, murid membincangkan kesan cahaya dan cuaca terhadap

kebolehlihatan pejalan kaki.

Contoh:

 cuaca mendung, jerebu dan hujan

 awal pagi dan lewat petang

 pakaian berwarna gelap

 aspek keselamatan semasa hujan

 pemandu kurang jelas penglihatan pada waktu hujan.

3. murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan menjalankan uji kaji dengan

bimbingan guru.

 Ujikaji A- Objektif: untuk menunjukkan kesan hari hujan terhadap

kebolehlihatan pejalan kaki.

 Ujikaji B- Objektif: untuk menunjukkan kesan pencahayaan dan waktu

terhadap kebolehlihatan pejalan kaki.

 Ujikaji C-Objektif: untuk menunjukkan kesan pakaian berwarna gelap

terhadap kebolehlihatan pejalan kaki.

4. setiap kumpulan akan berbincang dan mengemukakan hasil uji kaji kepada kelas.

5. murid melengkapkan borang uji kajidalam buku aktiviti.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata adjektif, ayat tunggal/ ayat majmuk

Kosa kata- cuaca, waktu, cahaya, warna, objek, plastic lut sinar.

Refleksi:









Unit 4: Kebolehlihatan di Jalan Raya



Tajuk 3: perabot jalan

Kemahiran:

FU: 4.2 Aras 1(i)

FS: 8.2 Aras 1(i)

PKJR: 1.3.1, 1.3.2, 2.1.5, 4.3.2

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. memerihalkan tentang perabot jalan berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang

diterima.

2. membina ayat tunggal menggunakan rangkai kata yang diberi.

3. menyatakan perabot jalan yang boleh menghalang kebolehlihatan.

Aktiviti:

1. murid melihat dan menamakan gambar perabot jalan yang terdapat pada kad

imbasan.

2. murid dan guru bersoal jawab:

 apakah perabot jalan? (murid menyenaraikan)

 nyatakan kebaikan perabot jalan. Cth: keselesaan, kemudahan, perhiasan.

 Nyatakan keburukan perabot jalan. Cth:

-pejalan kaki akan terlindung jika saiznya hamper sama dengan saiz

perabot jalan.

-warna pakaian pejalan kaki seakan-akan sama dengan perabot jalan.

-perabot jalan juga boleh menghalang penglihatan pejalan kaki.

3. murid dibawa ke persekitaran kawasan sekolah dan menamakan perabot jalan yang

ada.

4. murid mengenal pasti perabot jalan yang mungkin menghalang pejalan kaki

daripada dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain atau sebaliknya.

5. simulasi:

Beberapa orang murid diminta berdiri di belakang mana-mana perabot jalan yang

mungkin menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna jalan raya yang

lain atau sebaliknya.

6. murid menjelaskan factor yang menyebabkan pejalan kaki sukar dilihat.

7. murid membuat kesimpulan daripada aktiviti simulasi.Cth: pejalan kaki tidak

boleh berada di belakang perabot jalan yang boleh menghalang mereka daripada

dilihat.

8. murid menyiapkan tugasan dalam buku aktiviti.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- ayat majmuk, ayat tunggal

Kosa kata- peti surat, pasu bunga, lampu jalan, tong sampah

Refleksi:









Unit 4: Kebolehlihatan di Jalan Raya



Tajuk 4: kebolehlihatan di antara dua buah kereta yang diletakkan.

Kemahiran:

FU: 1.1 Aras 1(i)

FS: 5.1 Aras 2(i)

PKJR: 2.1.5, 4.3.1, 4.3.2

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. berbual tentang perkara yang dipertontonkan dalam tayangan video dengan

menggunakan bahasa yang sesuai.

2. membaca ayat-ayat yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. menyatakan situasi yang bahaya yang boleh mempengaruhi kebolehlihatan di

antara dua buah kereta yang diletakkan.

Aktiviti:

1. murid dipertontonkan dengan tayangan video teknikal serta menyenaraikan bahaya

yang dapat dikenal pasti melalui tayangan video tersebut. Contoh:

 kanak-kanak melintas jalan di antara kenderaan.

 Warna pakaian kanak-kanak kelihatan berpadu dengan keadaan sekeliling.

 Pemandu tidak nampak pejalan kaki melintas di cerun bukit.

 Kanak-kanak kecil sukar dilihat.

2. secara berpasangan, murid diminta berbual tentang bahaya yang terdapat dalam

video yang dipertontonkan.

3. murid membaca kuat ayat-ayat yang telah disenaraikan di atas secara kelas dan

kumpulan.

4. murid dibawa ke tempat letak kereta dan mendemonstrasikan situasi berdiri di

antara 2 buah kereta yang diletakkan.

5. murid membuat pemerhatian utnuk memahami situasi yang menyababkan mereka

terlindung di antara dua buah kereta yang diletakkan.

6. dengan bimbingan guru, murid berbincang dan membuat kesimpulan berdasarkan

keadaan bahaya berdiri di antara dua buah kereta yang diletakkan.

7. murid menulis kata nasihat kepada pejalan kaki.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata adjektif

Kosa kata- cerun bukit, berpadu, but kereta, saiz

Refleksi:









Unit 5: Mengimbas lalu lintas



Tajuk 1: jalan raya adalah kompleks dan berbahaya

Kemahiran:

FU: 1.2 Aras 1(ii)

FS: 8.2 Aras 2(i)

PKJR: 1.1.1, 1.5.1, 7.1.3

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan jawapan yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan.

2. membina sekurang-kurangnya dua ayat majmuk berdasarkan kosa kata yang

diberikan.

3. menyatakan bahawa jalan raya ialah tempat yang kompleks dan berbahaya.

Aktiviti:

1. murid membaca serangkap pantun nasihat yang dipamerkan dengan sebutan dan

intonasi yang betul.

2. murid bersoal jawab tentang mesej pantun yang dibaca.

3. murid menjawab soalan berkaitan mesej yang terdapat dalam pantun.

4. murid dipamerkan dengan ilustrasi persimpangan “Blok pertengahan” yang ada

garisan lorong. Murid diminta membayangkan mereka berdiri di X dan hendak

melintas ke Y. murid bersoal jawab dengan guru tentang:

 arah datangnya kenderaan?

 Sebelum dan semasa melintas jalan, arah mana pejalan kaki perlu

perhatikan kenderaan?

5. murid diperkenalkan dengan jenis-jenis jalan raya berdasarkan kad perkataan.

6. murid menjalankan aktivit permainan “Tag” dengan bimbingan guru.

7. Di dalam kelas, kesimpulan permainan dan cabaran melalui jalan dibincangkan.

8. murid membuat rumusan dalan buku aktiviti.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata adjektif, ayat majmuk.

Kosa kata- jalan lurus, jalan sempit, lalu lintas sehala, lalu lintas dua hala, jalan lebar,

pembahagi jalan.

Refleksi:









Unit 5: Mengimbas lalu lintas

Tajuk 2: mengimbas lalu lintas

Kemahiran:

FU: 1.2 Aras 1(ii)

FS: 8.1 Aras 2(i)

PKJR: 7.3.1

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan maklumat kenderaan yang ditayangkan menggunakan ayat yang betul.

2. menulis perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat yang diberikan.

3. menyatakan tujuan mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko dan bahaya.

Aktiviti:

1. murid melihat dan memerhatikan kenderaan yang terdapat dalam video teknikal

tahap 1 yang menggambarkan pergerakan lalu lintas.

2. murid menjawab soalan-soalan yang berikut:

 berapa banyakkah kenderaan yang kamu nampak?

 Apakah jenis kenderaan yang kamu nampak? (cth: kereta, lori, bas,

motosikal)

 Adakah kenderaan tersebut bergerak laju atau perlahan.

3. murid menulis hasil pemerhatian ke dalam buku.

4. video ditayankan beberapa kali untuk membantu murid menjawab soalan.

5. murid berbincang samada mereka dapat melihat perkara lain apabila memberi

tumpuan dengan memerhatikan kenderaan.

6. murid diterangkan bahawa perkataan lain untuk melihat kenderaan ialah

mengimbas kenderaan.

7. bincangkan akibat jika mereka tidak “nampak” lalu lintas semasa sedang „melihat‟.

8. murid menyiapkan tugasan di dalam buku aktiviti.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata arah

Kosa kata- video, mengimbas, memerhati, kenderaan, melihat.

Refleksi:









Unit 5: Mengimbas lalu lintas



Tajuk 3: mencari petunjuk

Kemahiran:

FU: 1.2 Aras 1(ii)

FS: 10.1 Aras 2(i)

PKJR: 7.2.6

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan petunjuk untuk mengenal pasti situasi sesebuah kenderaan dengan

bahasa yang betul.

2. membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.

3. menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera untuk mengumpul maklumat

tentang lalu lintas.

Aktiviti:

1. murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru:

 bagaimanakah kamu tahu sesebuah kenderaan sedang bergerak?

 Bagaimanakah kamu tahu sesebuah kenderaan itu berada dalam keadaan

melahu (enjinnya hidup tetapi kenderaan tidak bergerak) atau sedang

bergerak?

 Mengapakah penting mengetahui arah pergerakan kenderaan?

2. murid melakukan demonstrasi (melihat mata ke mata dengan rakan). Lakukan

aktiviti melontar dan menyambut objek secara berpasangan.

3. murid diterangkan bahawa objek tersebut sukar untuk disambut sekiranya tiada

komunikasi mata ke mata.

4. murid berbincang tentang kepentingan komunikasi mata ke mata yang melibatkan

semua pengguna jalan raya.

5. murid membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am

Kosa kata- pemelahuan, laluan, deria, petunjuk, komunikasi.

Refleksi:









Unit 5: Mengimbas lalu lintas



Tajuk 4: pemerhatian lalu lintas

Kemahiran:

FU: 10.1 Aras 2(i)

FS: 1.2 Aras 1(ii)

PKJR: 7.2.6

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan dengan ayat

yang gramatis.

2. menjelaskan tentang lalu lintas yang ditunjukkan dengan menggunakan ayat yang

betul.

3. menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera untuk mengumpul maklumat

tentang lalu lintas.

Aktiviti:

1. murid dibawa ke luar bilik darjah untuk membolehkan mereka memerhatikan lalu

lintas.

2. murid diminta memilih pasangan dan membuat catatan pemerhatian lalu lintas dan

melengkapkan tugasan dalam buku.

3. murid pulang ke kelas selepas memerhatikan lalu lintas selama 10 minit dan

mengadakan perbincagan berkaitan dengan pemerhatian yang telah dilakukan.

4. murid merekodkan jawapan berdasarkan soalan yang berikut:

 dimanakah pejalan kaki perlu melihat dan memerhatikan lalu lintas?

 Bilakah jalan raya lebih selamat?

 Bilakah jalan raya paling tidak selamat?

-apabila lalu lintas darang dari segenap arah

-apabila awal/lewat hari dan semua orang sedang melakukan perjalanan

pergi/balik ke tempat kerja atau sekolah pada waktu yang sama.

-apabila cuaca buruk.

-apabila awal/lewat hari kerana keadaan pencahayaan.

5. murid menjelaskan tentang lalu lintas yang ditunjukkan.

6. murid membina perenggan berdasarkan gambar.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata adjektif

Kosa kata- pemerhatian, terang, gelap, sibuk, lengang

Refleksi:









Unit 6: menjadi penumpang yang selamat dan bertanggungjawab



Tajuk 1: tali pinggang keledar

Kemahiran:

FU: 4.2 Aras 3(i)

FS: 8.2 Aras 1(ii)

PKJR: 6.1.1, 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan memakai tali

pinggang keledar.

2. membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan frasa yang

diberi.

3. menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.

Aktiviti:

1. murid menonton tayangan video segmen tali pinggang keledar.

2. murid berbincang dengan guru tentang video yang ditonton dan menyatakan

kepentingan memakai tali pinggang keledar.

3. murid menjalankan uji kaji untuk mendemostrasikan fungsi tali pinggang keledar.

4. murid mengaplikasi simulasi sebagai penumpang kereta.

5. murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan frasa

yang diberi.

 Tali pinggang

 Keselamatan

 Memakai

6. murid membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk yang ditulis.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am

Kosa kata- tali pinggang keledar, pita pelekat, keselamatan

Refleksi:

Unit 6: menjadi penumpang yang selamat dan bertanggungjawab



Tajuk 2: menjadi penumpang yang bertanggungjawab

Kemahiran:

FU: 4.2 Aras 3(i)

FS: 8.2 Aras 1(ii)

PKJR: 6.1.1, 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan menjadi

penumpang yang bertanggungjawab.

2. membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan frasa yang

diberi.

3. menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar dan mengetahui

perlakuan sebagai penumpang yang selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti:

1. guru menayangkan video kemahiran asas keselamatan jalan raya tahap 1. Guru dan

murid bersoal jawab tentang tayangan video berkaitan dengan perkara-perkara

yang dilakukan oleh penumpang yang bertanggungjawab.

Cthnya:

 sentiasa memakai tali pinggang keledar

 pakai tali pinggang keledar dengan betul

 tidak mengganggu pemandu (tidak bermain dan berdiri di dalam kereta,

bercakap dan berbual dengan suara yang kuat dan meminta pemandu

menguatkan bunyi muzik)

2. murid mengemukakan pandangan berdasarkan soalan-soalan yang diberikan guru.

3. murid membina ayat menggunakan perkataan dan frasa yang diberikan.

4. guru merumuskan isi pelajaran yang telah dibincang dalam aktiviti33. murid

menyemak hasil kerja untuk membuat pembetulan.

5. murid mewarnakan gambar yang memaparkan penumpang memakai tali pinggang

keledar ketika berada di dalam kereta.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- ayat tunggal, ayat majmuk, imbuhan apitan

Kosa kata- perlakuan, kecederaan, pamakaian.

Refleksi:









Unit 7: menjadi pengguna jalan raya yang berhemah

Tajuk 1: pengguna jalan raya yang berhemah

Kemahiran:

FU: 4.1 Aras 1(i)

FS: 10.1 Aras 2(ii)

PKJR: 1.6.3, 1.6.4

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan perasaan berdasarkan topic dengan struktur ayat yang betul.

2. membina satu perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.

3. menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya menjadi

pengguna jalan raya yang berhemah.

Aktiviti:

1. murid bersoal jawab dengan rakan tentang pengalaman seharian dalam pelbagai

situasi sebagai pengguna jalan raya.Cth:

 apakah yang berlaku semasa kamu menaiki bas?

 Apakah perasaan kamu jika kamu ditolak semasa menaiki bas?

2. murid menonton rakaman iklan televisyen “Upih”. Murid menanda nilai murni

pada senarai semak berdasarkan rakaman yang dilihat.

3. murid menyatakan nilai murni yang telah dikenal pasti berdasarkan rakaman video

iklan televisyen “Upih”.

4. murid menyatakan cirri-ciri pengguna jalan raya yahng berhemah. Murid bersoal

jawab tentang kepentingan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

5. murid membina ayat berdasarkan situasi dan nilai yang diberi pada lembaran kerja

dengan bimbingan guru.

6. murid membaca lirik lagu yang dipaparkan dan menyanyikan lagu “Berhemah di

jalan raya”.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata nama am

Kosa kata- berhemah, berebut-rebut, kerjasama, memberi laluan, menghormati, berkongsi.

Refleksi:









Unit 7: menjadi pengguna jalan raya yang berhemah



Tajuk 2: berhemah di jalan raya

Kemahiran:

FU: 4.1 Aras 1(i)

FS: 10.1 Aras 2(ii)

PKJR: 1.6.3, 1.6.4

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan perasaan berdasarkan topik dengan struktur ayat yang betul.

2. membina satu perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi dengan ayat

yang gramatis.

3. menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya menjadi

pengguna jalan raya yang berhemah.

Aktiviti:

1. murid bersoal jawab tentang kepentingan menjadi pengguna jalan raya yang

berhemah berdasarkan bahan rangsangan.

2. murid menonton rakaman iklan televisyen “Potong Q”.

 murid mengenal pasti perlakuan yang dilihat dan menyatakan akibat

daripada perlakuan yang ditunjukkan dalam iklan tersebut.

3. murid dipamerkan dengan poster dan bersoal jawab berdasarkan situasi berikut:

 apakah yang berlaku?

 Di manakah situasi ini berlaku?

 Siapakah yang perlu memberi laluan dahulu?

 Mengapa?

 Apakah yang akan berlaku jika kedua-duanya tidak bertolak ansur?

4. murid menyatakan perasaan dan cadangan untuk mengelak risiko dan bahaya di

laluan pejalan kaki.

5. murid menulis karangan dalam perenggan pada lembaran kerja yang diberi dengan

bimbingan guru.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- imbuhan awalan, kata adjektif

Kosa kata- berhemah, bersopan santun, berdisiplin, cermat, laluan

Refleksi:









Unit 8: melintas dengan selamat



Tajuk 1: melintas dengan selamat

Kemahiran:

FU: 3.1 Aras 1(i)

FS: 7.1 Aras 2(ii)

PKJR: 4.2.1, 7.1.1, 7.1.2, 7.1.3, 7.1.5

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyampaikan maklumat menggunakan frasa dan ayat yang sesuai.

2. membaca ayat yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.

3. menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian-bahagian jalan raya yang

selamat digunakan untuk melintas.

Aktiviti:

1. murid diterangkan bahawa jalan raya ialah tempat yang berbahaya dan perkara

yang tidak dijangka boleh berlaku walaupun di kawasan yang biasa dilalui.

2. murid bersoal jawab untuk menyatakan arah yang selamat untuk berjalan kaki.

Contohnya:

 berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan kenderaan.

3. murid diberi penerangan dengan jelas oleh guru tentang kepentingan berjalan

menghadap lalu lintas.

4. murid melakukan sumbang saran tentang bahagian-bahagian jalan raya yang boleh

meningkatkan keselamatan untuk melintas. Contoh:

 lintasan pejalan kaki (lintasan belang, lintasan berlampu isyarat dan

lintasan undan)

 jejantas

 pembahagi jalan

 bebendul

 persimpangan yang diselia/dikawal

 blok pertengahan yang membolehkan keadaan lalu lintas dilihat dengan

jelas dari semua arah..

5. murid dipamerkan empat kad imbasan.

6. murid menyusun kad imbasan untuk melengkapkan langkah melintas dengan

selamat dan membaca langkah melintas dengan selamat yang telah dilengkapkan.

7. murid melengkapkan tugasan dalam buku aktiviti.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata kerja

Kosa kata- bebendul jalan, orang dewasa, langkah, berwaspada, bunyi

Refleksi:









Unit 8: melintas dengan selamat



Tajuk 2: langkah cermat, jiwa selamat

Kemahiran:

FU: 3.1 Aras 1(i)

FS: 10.1 Aras 3(ii)

PKJR: 7.2.1, 7.2.2, 7.2.3, 7.2.4

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan sesuatu maklumat mengikut keutamaan berdasarkan lima langkah

melintas jalan raya dengan selamat.

2. menulis karangan berpandukan isi-isi yang diberi.

3. menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian-bahagian jalan raya yang

selamat digunakan untuk melintas.

Aktiviti:

1. murid meneliti poster “Aliran melintas dengan selamat” dan menyenaraikan lima

langkah melintas dengan selamat.

 Berhenti

 Melihat

 Mendengar

 Berfikir

 Berwaspada

2. murid membaca carta dengan sebutan yang jelas.

3. murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan simulasi cara

melintas dengan selamat.

4. murid meneliti dan berbincang tentang langkah-langkah dalam 2 situasi:

 sekiranya tiada tempat selamat untuk melintas

 sekiranya tiada kemudahan untuk melintas

5. aktiviti luar kelas: murid dibawa ke bahagian jalan raya untuk mengaplikasikan

situasi sebenar melintas jalan raya di bawah pengawasan guru dan petugas jalan

raya.

6. murid melaksanakan prosedur melintas jalan dengan guru atau petugas jalan raya.

7. murid diminta menyatakan perkara yang perlu dilakukan sewaktu hendak melintas

jalan dan sebabnya.

8. murid diminta mencatat hasil simulasi aktivit di luar bilik darjah dengan

bimbingan guru dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan gambar.



Sistem Bahasa:

Tatabahasa- kata kerja

Kosa kata- berhenti, melihat, mendengar, berfikir, berwaspada

Refleksi:


Related docs
Other docs by yante jafflie
ACID AND ALKALI [2.1_1_]-COVER
Views: 51  |  Downloads: 0
RPH unit 7
Views: 131  |  Downloads: 0
PRESERVATIONSTHURSDAY
Views: 11  |  Downloads: 0
kssr english year 1
Views: 674  |  Downloads: 4
YEARLY LESSON PLAN
Views: 445  |  Downloads: 10
ACID AND ALKALI [2.1_1_]-STEPS
Views: 13  |  Downloads: 1
PKJR TAHUN 2
Views: 233  |  Downloads: 0
9n10
Views: 20  |  Downloads: 0
kumpulan 8
Views: 114  |  Downloads: 0
KKBI ilmu pendidikan KPLI
Views: 13794  |  Downloads: 372
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!