MESY KALI 1 moral

Document Sample
MESY KALI 1 moral Powered By Docstoc
					              SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
                           BATU BERENDAM
                            75350 MELAKA


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI PERTAMA 2012
Tarikh    : 14 Januari 2012
Hari      : Sabtu
Tempat    : Kelas 3V
Masa      : 9.00 pagi

Kehadiran      : . Pn Lim Kim Chu          (KP Pendidikan Moral)
               : Pn Yong Siok Fang
               : Pn Jamilah Bt Sahid
               : En Zambri B. Abu
               : En Khoo Ah Seng
Turut Hadir    : Pn Lim Lay Neo            (GKMP Kemanusiaan)
               : Pn Abby Lim Sze Chia      (Guru B&K)
Urusetia       : Cik Aniha Bt Ahmad                (Setiausaha)
Tidak Hadir    : En Saiful Fazdli B. Mohamad      (Mesyuarat Panitia PJK)
               : Cik Nor Hafizah Ismail (Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris)
               : Pn Pon Sau Keng (Mesyuarat Panitia KH)
               : En Nor Hisham B. Zainuddin (Mesyuarat Panitia PJK)


AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan Pengerusi
    Pengerusi Pn. Lim Kim Chu mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
    guru Pendidikan Moral dan meminta semua bekerjasama menjayakan aktiviti
    panitia sepanjang tahun 2012.

2.0    Membentang Dan Mengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke 2/2011
       Minit mesyuarat disahkan oleh En Khoo Ah Seng dan disokong oleh Cik Aniha
       Ahmad.

3.0    Bangkitkan minit mesyuarat yang lalu
       Tiada

4.0    Perkara yang dibincangkan

4.1.   Dasar Panitia

       4.1.1. Pn Lim Kim Chu memberitahu bahawa Dasar Latihan Minimum Tahun
              2012 telah diperkenalkan. Semua guru yang mengajar Pendidikan Moral
               mesti mengikut dasar yang telah ditetapkan. Antara dasar yang telah
               ditetapkan ialah:

       i)      Bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 3 setiap murid wajib mempunyai 1 buku
               latihan dan 1 buku nota. Manakala guru perlu beri latihan kepada murid
               mengikut dasar yang telah dipersetujui iaitu 10 soalan objektif dan 5
               soalan struktur bagi setiap bab yang diajar.
                                      Tindakan: guru pendidikan moral ting. 1- ting. 3
       ii)     Bagi pasukan SPM iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 juga murid
               diwajibkan mempunyai 1 buku latihan dan 1 buku nota. Guru yang
               mengajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 perlu memberi 2 soalan struktur
               setiap minggu dan 3 soalan esei setiap bidang yang diajar. Modul
               cemerlang juga disediakan dari bulan Jan hingga November.
                                      Tindakan :guru pendidikan moral ting 4 dan 5
       iii)    Selain itu modul guru ganti juga perlu disediakan. Panitia akan
               menyediakan 1 set buku modul (mobile set)bagi setiap tingkatan yang
               akan disimpan oleh Penyelaras Tingkatan. Pengerusi juga melantik
               penyelaras bagi setiap tingkatan iaitu
               Tingkatan 1 : En khoo Ah Seng
               Tingkatan 2 : Pn Pon Sau Keng
               Tingkatan 3 : En Zambri Bin Abu
               Tingkatan 4 : Cik Aniha Bt Ahmad
               Tingkatan 5 : Pn Lim Kim Chu
                                                      Tindakan : penyelaras tingkatan

4.2.   Perancangan Aktiviti Panitia 2012
       4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat 2 program yang akan
              dikendalikan oleh panitia pendidikan Moral iaitu Program Hari Jumaat
              dan juga Program semasa Program Agama.

       4.2.2   Pengerusi juga memberitahu bahawa jadual bertugas program pagi hari
               Jumaat akan disediakan.
               (sila rujuk lampiran)
                                             Tindakan : ketua panitia pendidikan moral
       4.2.3   Selain itu, pengerusi juga memaklumkan bahawa terdapat 5 program
               pendidikan moral akan dilaksanakan semasa program agama berlansung
               sepanjang bulan Februari hingga November. Cadangan program adalah
               seperti berikut:
               a)       Ceramah Pengurusan Diri
               b)       Ceramah Polis
               c)       Ceramah Keselamatan Jalan Raya & Pameran daripada JPJ
               d)       Senamrobik dan senaman
               e)       Pendidikan Kesihatan (Pendidikan Seks)
               f)       Ceramah Pengaruh Internet
                                             Tindakan : semua guru pendidikan moral

4.3    Strategi Meningkatkan Keputusan
       4.3.1 Dasar Latihan Minimum.(sila rujuk lampiran)
       4.3.2 Pelajar dibekalkan dengan modul cemerlang.
      4.3.3   Calon-calon SPM akan diberi latih tubi menjawab set soalan percubaan
              SPM sebagai persediaan menduduki SPM pada bulan November 2011.
      4.3.4   Teknik Menjawab Soalan.

                                           Tindakan : semua guru pendidikan moral
4.4   Penilaian Berasaskan Sekolah
      4.4.1 Pengerusi memberitahu bahawa pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 terlibat
             dengan kerja kursus dan bagi pelajar tingkatan 5 kerja kursus perlu
             disiapkan sebelum bulan Mei manakala bagi pelajar tingkatan 4 boleh
             mula dengan kerja amal dan bidang perkembangan diri dan alam sekitar.
             (sila rujuk lampiran)
                                   Tindakan: guru pendidikan moral ting 4 & ting 5

5.0   Laporan Kewangan
      5.1  Pengerusi memaklumkan bahawa duit peruntukan panitia sebanyak
            RM3,000.08 akan dibelanjakan untuk:
                 a)      Fotostat Bahan
                 b)      Modul (1 set bagi setiap tingkatan)
                 c)      Hadiah untuk Aktiviti moral
                 d)     Membeli peralatan ABM seperti CD berunsurkan
                        pengajaran dan nilai
                 e)     Peruntukan kewangan bagi setiap tingkatan untuk P&P dan
                        aktiviti moral yang akan dijalankan.

6.0   Program Inovasi Panitia
      6.0   En Khoo Ah Seng mencadangkan supaya mengadakan satu lawatan bagi
            pelajar tingkatan 1 dan gabungan dengan pelajar Pendidikan Khas.
      6.1   Pn Yong Siok Fang mencadangkan supaya mengadakan satu sketsa
            pendek berkaitan nilai yang terdapat dalam pendidikan moral yang akan
            dikendalikan oleh pelajar manakala pelajar yang lain akan meneka nilai
            yang berkaitan dengan situasi yang dipersenbahkan. Hadiah akan
            disediakan bagi pelajar yang berjaya menjawab dengan betul.
                                   Tindakan : En Khoo Ah Seng & Pn Yong Siok Fang



7.0   Hal-hal lain

      7.1     Pn Lim Kim Chu memberitahu bahawa jadual penggubal soalan
              peperiksaan telah disediakan dan guru-guru dikehendaki menyediakan
              soalan mengikut giliran yang telah ditetapkan.
      7.2     Cik Aniha memaklumkan bahawa bagi kelas moral 4SN2 beliau tidak
              mempunyai kelas kerana kelas 4SN1 digunakan oleh Pn Lim Kim Chu
              manakala kelas 4SN2 digunakan bagi pelajar agama. Beliau memberitahu
              bahawa beliau menggunakan bilik tayang atau peepustakaan dan akan
              sesekali meggunakan kelas sekiranya pelajar agama berada di surau.
                                                                  Tindakan : Cik Aniha
      7.3     Pn Lim Lay Neo mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir
              ke mesyuarat panitia kali 1 bagi tahun 2012 dan berharap semua guru
        dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada segala program
        atau aktiviti panitia.
7.4     Beliau juga memaklumkan kepada semua guru bahawa pencerapan akan
        dilakukan oleh pentadbir sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Mac dan bulan
        Julai serta meminta guru menghantar buku palajar untuk disemak oleh
        pentadbir sebanyak 10 buah buku iaitu 4 buku yang baik, 3 sederhana dan
        3 yang lemah dan latihan yang diberikan mestilah mengikut dasar yang
        telah ditetapkan.
7.5     Beliau juga mengingatkan semua guru supaya mesti berada di tapak
        perhimpunan bagi program budaya membaca dijalankan setiap pagi.
7.6     Beliau turut memberitahu bahawa bahan-bahan pengajaran yang hendak
        direxo mestilah disemak dan diluluskan oleh GKMP Kemanusiaan.
7.7     Beliau seterusnya meminta panitia mengemaskini blog dan menambah
        maklumat terkini dalam blog panitia.




Mesyuarat ditangguhkan pada 10.30 pagi.

Disediakan oleh,                                   Disemak oleh,

..................................                 ......................................
(Cik Aniha Bt Ahmad)                               Pn. Lim Kim Chu,
Setiausaha,                                         Ketua
Panitia Pendidikan Moral.                           Panitia Pendidikan Moral.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:106
posted:2/2/2012
language:
pages:4