_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KERTAS CADANGAN
PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN MAHASISWA
KOLEJ KEDIAMAN CD 2008
(PLAK ’08 SIRI KE-2)
TEMPAT :
KAMPUNG TAMPIOS, RANAU
TARIKH :
13 SEPTEMBER – 14 SEPTEMBER 2008
ANJURAN:
JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA (JAKMAS)
KOLEJ KEDIAMAN CD
DENGAN KERJASAMA:
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
1
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA (JAKMAS) CD
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG CADANGAN MENJALANKAN AKTIVITI
Nama Aktiviti “Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK’ 08 Siri-2)”
Penyelaras Aktiviti Ust. Jisham Salani dan Ust. Mohd Nazrie Petir
Semester
SEMESTER I Sesi : 2008/2009
Tempat dan Tempat: Kg. Tampios, Ranau
Kumpulan
Kumpulan Sasaran : 50 orang residen Kolej Kediaman CD
Sasaran 75 orang penduduk Kg. Tampios, Ranau
Jangkamasa
Mula : 13 September - 14 September 2008
Aktiviti
HEP RM___3500.00__
Bajet Aktiviti
Tajaan RM_600.00__
Jumlah Keseluruhan RM 4100.00
Pengarah Setiausaha Bendahari
(Nama & No. Matrik) (Nama & No. Matrik) (Nama & No. Matrik)
Cadangan
Jawatankuasa MUHAMMAD FAWWAZ
MOHD. FAUZI SIDIN KARMILA ILLANG
ZAINAL ABEDIN
BS07110164
BS07110484 HA2006-6297
Ulasan:
Diisi oleh MT
Jakmas
Nama & Tandatangan: Tarikh :
Cop & Tandatangan Tarikh :
Diisi oleh Pejabat
2
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
Bahagian A
Ringkasan Cadangan Aktiviti : (Cadangan hendaklah merangkumi Latarbelakang, Objektif, Kumpulan
Sasaran, dan Justifikasi Ahli Jawatankuasa yang diperlukan. Cadangan Aktiviti ini hendaklah diselaraskan
bersama Jadual Kerja dalam bentuk Carta Gantt)
PENGENALAN
PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN (PLAK ’08 SIRI-2), merupakan salah satu daripada
aktiviti kemahasiswaan yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi kolej kediaman CD.
Program ini merupakan lanjutan daripada program Lawatan Kebajikan EKSAH (PLAK’ 08)
yang diadakan pada bulan Februari yang lalu. Ianya bertujuan untuk menguji penglibatan
mahasiswa dalam menyumbang bakti serta bantuan khidmat sosial kepada masyarakat
luar bandar. Program sebegini akan menonjolkan potensi seseorang mahasiswa dan
mahasiswi dalam mempamerkan kredibiliti dan usaha mereka bagi menganjurkan projek
kebajikan seperti ini. Justeru itu, program ini dijangka dapat memupuk semangat para
mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat.
Bersesuaian dengan konsep “LAWATAN KEBAJIKAN”, program ini diharap dapat dijadikan
suatu anjakan paradigma buat mahasiswa untuk meneruskan perjuangan dan
memperlihatkan kesungguhan dalam usaha untuk membantu masyarakat luar bandar dalam
meningkatkan motivasi mereka. Dalam usaha untuk menjayakan program ini, semangat
setia kawan, semangat bekerjasama, ketabahan dari segi intelek dan emosi, semangat
bertoleransi serta pelbagai lagi dugaan perlu ditempuhi bagi mencapai objektif PROGRAM
LAWATAN KEBAJIKAN MAHASISWA (PLAK’ 08 SIRI-2).
Matlamat ini selaras dengan matlamat Universiti Malaysia Sabah yang ingin melahirkan
graduan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Program ini pastinya
dapat memberikan peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi UMS khasnya,
menyumbangkan ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman dalam melaksanakan
program-program kemasyarakatan.
3
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
OBJEKTIF PROGRAM
i. Meningkatkan keyakinan pelajar terhadap potensi diri melalui aktiviti yang dijalankan.
ii. Memberikan kesedaran di kalangan mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan
sikap prihatin terhadap masyarakat di luar bandar.
iii. Mewujudkan dan menanamkan nilai-nilai kepimpinan di kalangan mahasiswa dan
mahasiswi kolej kediaman CD.
iv. Meningkatkan jati diri mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dari segi akademik
malah dari segi sosial sebagai persediaan alam pekerjaan kelak.
KUMPULAN SASARAN (Mahasiswa/Pihak Luar)
i. 50 orang Mahasiswa Kolej Kediaman CD
ii. 75 orang penduduk Kampung Tampios, Ranau.
PENUTUP
Dengan terlaksananya PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN (PLAK’ 08 SIRI-2) ini,
ianya akan mendorong golongan mahasiswa khasnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah
kepada kegiatan kesukarelaan, terutamanya dalam aktiviti berbentuk khidmat Sosial.
Penerapan nilai-nilai prihatin dalam masyarakat belia perlu digembeleng semula bagi mencapai
pembentukan masyarakat harmoni dan saling tolong-menolong.
Diharapkan agar segala perancangan akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, segala
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung sangatlah ditekankan bagi melicinkan lagi perjalanan program ini agar dapat
direalisasikan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
_____________________________
Pengarah,
MUHAMMAD FAWWAZ ZAINAL ABEDIN
4
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
AHLI JAWATANKUASA
Justifikasi Ahli Jawatankuasa (Sila rujuk bahagian lampiran)
Jawatankuasa Tertinggi
Penaung : PROFESOR DR. AMRAN BIN AHMED
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Penasihat : Cik Kamsia Budin
Pemangku Pengetua Kolej Kediaman CD
Penyelaras : Ustaz Jisham Salani dan Ustaz Mohd Nazrie Petir
Felo Kolej Kediaman CD, Pegawai UHEIM UMS
Pengerusi : Mohd. Samizul Samad
Naib Yang Dipertua 3 JAKMAS CD
Pengarah : Muhammad Fawwaz Zainal Abedin
Timbalan Pengarah : Wan Mohd Qazim Wan Abdullah Sani
Setiausaha : Fellino @ Mohd Fauzi Sidin Abdullah
Timbalan Setiausaha : Norazwinah Azreen Hussin
Bendahari : Karmila Illang
Timbalan Bendahari : Nafiisah Ismail Mina
Ahli Jawatankuasa Pelaksana (Bahagian)
Modul dan Pengisian : Hardianshah Salleh
Penginapan : Surena Nuid
Pengangkutan : Hedran Awang
Makanan : Norfatmazura Che Wil
Publisiti dan Tajaan : Mohammmad Hazmi Hamzah
Tugas-tugas Khas : Mohd Ikhwan Jamaluddin
5
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
Bahagian B
Jadual Kerja ; (Jadual kerja ini adalah berdasarkan kepada jangka masa maksimum untuk perlaksanaan sesuatu aktiviti bermula daripada
pembentangan cadangan aktiviti oleh penyelaras aktiviti sehingga selesainya sesuatu aktiviti itu dilaksanakan )
Bil Justifikasi Kerja Bulan ( 6 ) Bulan ( 7 ) Bulan ( 8 ) Bulan ( 9 ) Bulan ( 10 )
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Perbincangan awal antara Pengarah Projek dengan mana-
mana Timbalan Pengetua.
2 Sediakan borang cadangan menjalankan aktiviti.
3 Perjumpaan penyelaras aktiviti bersama jawatankuasa
(lantikan, mesyuarat pertama dan melengkapkan kertas kerja
oleh jawatankuasa pelajar yang terlibat)
4 Semakan kertas kerja oleh penyelaras aktiviti dan pembetulan
semula kerta kerja oleh jawatankuasa pelajar
5 Semakan dan kelulusan menjalankan aktiviti daripada
Pengetua Kolej (Peringkat Kolej Kediaman)
6 Kertas kerja diajukan kepada Timbalan Naib Canselor (HEP &
A) untuk mendapat kelulusan
7 Pembetulan semula kertas kerja dan diajukan semula kepada
Timbalan Naib Canselor (HEP & A) (jika berkenaan)
8 Mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor (HEP &
A) serta mula menjalankan aktiviti
9 Pemantauan berkala oleh Penyelaras aktiviti
10 Aktiviti dilaksanakan (Tarikh : 13 September – 14 September
2008)
11 Mengajukan draf Laporan Kewangan kepada Jawatankuasa
Audit Dalaman Kolej
12 Mesyuarat post mortem antara penyelaras aktiviti dengan
jawatankuasa pelajar
13 Pengarah membentangkan laporan aktiviti beserta laporan
kewangan kepada Pihak Pengurusan Kolej
14 Laporan lengkap aktiviti diajukan kepada Pihak Pengurusan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Bendahari (dalam
jangkamasa 4 minggu selepas aktiviti dilaksanakan)
6
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
BAHAGIAN C
Jadual Perjalanan Program (Cadangan perjalanan program termasuk tarikh dan masa)
HARI MASA AKTIVITI
TARIKH
7.00 pagi AJK & para peserta berkumpul di JAKMAS CD
SABTU
13/09/2008 7.30 pagi Bertolak ke Kg. Tampios, Ranau
11.30 pagi Taklimat ringkas mengenai Program
12.30 petang Rehat / Solat Jamak Qasar secara berjemaah
1.30 petang Ziarah ke rumah-rumah penduduk kampung
4.00 petang Gotong-royong bersama penduduk kampung
5.30 petang Hemat diri / Jamuan berbuka puasa / Solat
Maghrib, Isya’ & Tarawih berjemaah /
Pembentangan Kertas Kerja 1 : AQIDAH
8.15 malam Pembentangan Kertas Kerja 2 : IBADAH
9.30 malam Kembara Mimpi
3.45 pagi Sahur / Hemat diri / Solat subuh / Kuliah subuh
AHAD
14/09/2008 6.30 pagi Persiapan Majlis Perasmian Penutupan
7.15 pagi Majlis Perasmian Penutupan
9.30 pagi Lambaian wida’ dan bertolak balik ke UMS
7
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
Senarai penceramah
1) Ceramah 1
Tajuk : Aqidah Tunjang Jati diri Muslim
Pembentang : Ust. Jisham Salani
Felo Kolej Kediaman CD, UMS
2) Ceramah 2
Tajuk : Ibadah Teras Kekuatan Diri
Pembentang : Ust. Jisham Salani
Felo Kolej Kediaman CD, UMS
Atur Cara Majlis Perasmian dan Penutupan
Tarikh : 14/09/08
Masa : 7.15 pagi
7.15 pagi Ketibaan AJK dan penduduk kampung
7.20 pagi Ketibaan Ketua Kampung dan para jemputan
7.25 pagi Ketibaan Yang Berbahagia Profesor Dr. Amran Bin Ahmed
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaysia Sabah
Bacaan Doa oleh saudara Hardianshah Salleh
Ketua AJK Modul dan Pengisian Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa, PLAK’ 08
Siri-2
7.30 pagi Ucapan saudara Muhammad Fawwaz Zainal Abedin
Pengarah Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa, PLAK’ 08 Siri-2
7.45 pagi Ucapan Encik Ulang Limon
Ketua Kampung Tampios, Ranau
8.00 pagi Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Amran Bin Ahmed
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaysia Sabah
8.30 pagi Penyampaian Cenderahati kenang-kenangan dan Sumbangan kepada penduduk
kampung
9.00 pagi Majlis dijangka tamat
8
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
Bahagian D
Bajet Aktiviti; (Cadangan terperinci bajet bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan)
Anggaran Pendapatan
KATEGORI RM JUMLAH
1. Pendapatan
1.1 Peruntukan Universiti RM3500.00
: HEP & Alumni RM2000.00
: JAKMAS CD RM1500.00
1.2 Peruntukan Luar RM600.00
: Tajaan & Sumbangan RM600.00
Jumlah Keseluruhan Anggaran Pendapatan RM4100.00
Anggaran Perbelanjaan
KATEGORI DAN ITEM RM JUMLAH
2. PERBELANJAAN
2.1 PENTADBIRAN RM400.00 (HEP)
i. Percetakan bahan
a. Risalah cenderamata (RM3.00 X 50) RM150.00
b. Kad jemputan / risalah dll RM30.00
ii. Telekomunikasi (RM20.00 X 5) RM100.00
iii. Pentadbiran Urusetia
a. Tag Nama
- AJK & Peserta (RM2.00 X 50) RM100.00
iv. Urusan Pos RM20.00
2.2 LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN RM400.00 (HEP)
1. Sewa kenderaan (RM75.00 x 2 Hari) RM150.00
2. Minyak kenderaan (2 Hari) RM150.00
3. Perjalanan ke kampung (Follow-up) RM100.00
2.3 CENDERAHATI DAN SUMBANGAN RM1650.00
Cenderahati (HEP & Tajaan luar)
1. Perasmi RM100.00
2. Penceramah jemputan (Honorium) (2 sesi) RM150.00
3. Ketua kampung RM100.00
Sumbangan kepada Kampung
1. Penduduk (RM20.00 X 55 Keluarga) RM1100.00
2. Papan Tanda Peringatan (Sempena Lawatan) RM200.00
2.4 PUBLISITI RM340.00 (HEP)
1. Banner (RM170.00 X 2) RM340.00
9
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
2.5 MAKANAN DAN JAMUAN RM1025.00 (HEP)
Hari Pertama
1. Jamuan berbuka puasa (RM5.00 X 125) RM625.00
2. JamuanTarawih (RM2.00 X 125) RM250.00
Hari Kedua
1. Sarapan Pagi-Sahur (RM3.00 X 50) RM150.00
2.6 KONTIGENSI RM190.75
- 5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan RM3815X5%
Jumlah Keseluruhan Anggaran Perbelanjaan RM4005.75
BAHAGIAN E
Perakuan Penyelaras Aktiviti
Ulasan Penyelaras
Aktiviti
Nama & Tandatangan
Tarikh
Perakuan/Komen dan Kelulusan Pengetua
_____________ Diperakukan / Diluluskan
Keputusan: _____________ Tidak Diperakukan / Tidak Diluluskan
Ulasan / Komen :
Nama & Tandatangan
Tarikh
Peruntukan
diluluskan: RM: ___________________
Tempoh Masa
diluluskan: _______________________
10
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
Perakuan/Komen dan Kelulusan TNC HEPA
Keputusan: _____________ Diperakukan / Diluluskan
_____________ Tidak Diperakukan / Tidak Diluluskan
Ulasan / Komen :
Nama & Tandatangan
Tarikh
Peruntukan
diluluskan: RM: ___________________
Tempoh Masa
diluluskan: _______________________
LAMPIRAN:
JUSTIFIKASI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PENYELARAS
1. Bertanggungjawab sebagai menyelaras aktiviti/program yang dirancang dan ditetapkan.
2. Membuat keputusan bersama-sama dengan ketua pengarah terhadap sesuatu perkara
yang dirasakan sukar diputuskan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana lain.
3. Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan sempurna seperti mana
yang telah dirancang.
4. Bersama-sama mengadakan perbincangan dengan pihak luar (sekiranya aktiviti tersebut
melibatkan pihak luar)
5. Sebagai bahan rujukan dan pemudah kepada AJK pelaksana dalam melaksanakan aktiviti
yang ditetapkan.
PENGERUSI
1. Membantu Penyelaras Program.
2. Membuat keputusan bersama-sama dengan Penyelaras dan ketua pengarah terhadap
sesuatu perkara yang dirasakan sukar diputuskan bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana
lain.
3. Sebagai bahan rujukan dan pemudah kepada AJK pelaksana dalam melaksanakan aktiviti
yang ditetapkan.
11
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
PENGARAH
1. Melengkap, menghantar, dan membuat tindakan susulan terhadap Borang Cadangan
Menjalankan Aktiviti Kolej.
2. Mempengerusikan mesyuarat.
3. Membuat keputusan mesyuarat.
4. Bertanggungjawab dalam menyemak perjalanan program dan tugas AJK.
5. Memastikan segala kerja yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
6. Berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi UMS.
7. Memantau hal ehwal kesetiausahaan dan kewangan.
8. Membuat pengesahan terhadap laporan akhir aktiviti.
9. Melaporkan keputusan mesyuarat dan perkembangan projek kepada penyelaras projek.
TIMBALAN PENGARAH
1. Membantu Pengarah Program
2. Memangku tugas-tugas Pengarah semasa ketiadaannya.
3. Mengetuai dan merancang hal ehwal protokol.
4. Memantau semua jawatankuasa yang ada.
SETIAUSAHA
1. Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.
2. Memaklumkan kepada ahli tentang panggilan mesyuarat.
3. Menyediakan kertas kerja dan surat-surat rasmi yang berkaitan.
4. Menyediakan laporan akhir aktiviti untuk dihantar kepada Pejabat Kolej dan Jabatan HEP.
TIMBALAN SETIAUSAHA
1. Memangku tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.
2. Membuat tempahan bilik mesyuarat.
3. Memastikan minit mesyuarat diedarkan kepada Penyelaras Program dan Pejabat Kolej.
4. Membantu tugas setiausaha.
5. Menyediakan dan menyerahkan 2 salinan fail lengkap program kepada Pengurusan Kolej
dan JAKMAS.
BENDAHARI
1. Merangka dan merancang belanjawan program.
2. Menerima wang daripada Bendahari Universiti / Sumber Kewangan Lain dan
memasukkan kepada akaun kolej dengan mengisikan borang khas.
3. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada setiap jawatankuasa yang terlibat.
4. Mengawal, menyimpan dan merekod kemasukan dan pengeluaran wang (setiap
pengeluaran wang disertakan dengan resit rasmi).
5. Menyediakan dan membentangkan laporan kewangan program setiap kali mesyuarat
program diadakan.
6. Menyediakan laporan kewangan akhir program untuk diserahkan kepada Jawatankuasa
Audit Dalaman Kolej.
12
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
7. Memastikan sebarang tuntutan yang dibuat oleh AJK dengan menggunakan borang khas
berserta resit.
8. Menyimpan dokumen-dokumen / resit kewangan.
9. Meyerahkan 2 salinan laporan kewangan akhir program yang telah disahkan oleh
Jawatankuasa Audit Dalaman kepada Jabatan HEPA dan Pejabat Kolej.
TIMBALAN BENDAHARI
1. Memangku tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaannya.
2. Membantu tugas Bendahari.
3. Menyediakan dan menyerahkan 2 salinan fail lengkap
4. Menyediakan laporan kewangan akhir program untuk diserahkan kepada Jawatankuasa
Audit Dalaman Kolej.
5. Memastikan sebarang tuntutan yang dibuat oleh AJK dengan menggunakan borang khas
beserta resit.
6. Menyimpan dokumen-dokumen / resit kewangan.
AJK MODUL DAN PENGISIAN
1. Memastikan semua penceramah jemputan telah diberikan surat jemputan dan follow-up
sentiasa.
2. Menyiapkan jadual tindakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan dan pastikan mereka
yang bertugas telah diberitahu.
3. Memastikan modul LDK telah disiapkan dan menjalankan T.O.T bersama fasilitator.
4. Menyediakan laporan akhir AJK Modul dan Pengisian.
AJK PUBLISITI DAN TAJAAN
1. Merancang strategi promosi program (Memo dan Banner)
2. Membuat hebahan media cetak dan elektronik dalam dan luar universiti.
3. Bertindak selaku jurukamera program.
4. Mendapatkan maklumat penaja.
5. Mendapatkan surat dan tandatangan melalui Pengetua Kolej untuk mendapatkan tajaan
dan sumbangan.
6. Menghubungi dan membuat tindakan susulan untuk mendapatkan sumbangan dan
tajaan.
7. Menyediakan laporan akhir AJK Publisiti dan Tajaan.
AJK PENGINAPAN DAN URUSETIA
1. Merancang tentatif program dan memastikannya berjalan seperti yang dirancang.
2. Menguruskan perjalanan majlis.
3. Memastikan perjalanan program mengikut protokol yang telah ditetapkan.
4. Menyediakan surat jemputan (VIP dan Jemputan Luar)
5. Menentukan Pengacara majlis bagi setiap aktiviti.
6. Menyediakan buku program lengkap untuk makluman para peserta dan VIP (termasuklah
kelengkapan yang diperlukan seperti ucapan VVIP, pengetua, ketua pengrah dan
sebagainya).
7. Menyediakan senarai penceramah dan tajuk kepada penceramah dan memastikan
penceramah hadir pada setiap program.
8. Menyediakan cenderahati untuk semua penceramah, perasmi dan lain-lain.
13
_________________Program Lawatan Kebajikan Mahasiswa (PLAK ’08 Siri-2)
9. Mengurus dan mengendalikan pendaftaran peserta.
10. Menyediakan tanda nama AJK program.
11. Menyediakan buku dan tentatif program.
12. Menyediakan laporan AJK Penginapan dan Urusetia.
AJK PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK
1. Merancang dan membuat pinjaman peralatan yang diperlukan dalam aktiviti.
2. Menentukan peralatan teknikal yang diperlukan.
3. Menyelenggara, menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan teknikal.
4. Menentukan tempat yang sesuai bagi peralatan dan perjalanan aktiviti.
5. Memastikan semua peralatan dikembalikan.
6. Menyediakan laporan AJK Pengangkutan dan Logistik.
AJK MAKANAN
1. Merancang dan menyelaras aktiviti jamuan.
2. Mendapatkan sebut harga jamuan bagi memastikan perbelanjaan mengikut bajet yang
diluluskan.
3. Menyediakan rawatan kecemasan kepada peserta dan AJK program (jika diperlukan).
4. Menyediakan laporan akhir AJK Makanan dan Kebajikan.
AJK TUGAS-TUGAS KHAS
1. Mendapatkan surat membuat tempahan pengangkutan.
2. Menguruskan dan mengendalikan jadual pengangkutan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Memastikan dan menyelaras pemandu, kenderaan, dan pegawai pengiring (jika ada)
berjalan dengan baik
4. Membantu AJK-AJK lain yang memerlukan bantuan.
5. Melaksanakan tugas mengikut keperluan mengikut keperluan program dari masa ke
semasa.
6. Menyediakan laporan AJK Tugas-tugas Khas.
Senarai Semak (sila tandakan √):
Perincian kewangan berdasarkan keperluan progam.
Justifikasi kerja setiap ahli jawatankuasa.
Komen dan ulasan daripada JAKMAS .
Pengesahan Penerimaan daripada Pejabat Pengurusan Kolej.
Ulasan dan tandatangan Penyelaras Program.
Ulasan dan pengesahan daripada Pengetua Kolej CD.
Carta Alir kerja disediakan.
14