*HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
*1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan
mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua .
*HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
*1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang dihirup adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana
mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan
dunia yang fana ini .
*HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
*1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita
kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia .
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk
mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT.
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat , umpama seorang
yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS. Dan mereka yang
sengaja melalaikan solat , umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ( pranko
) apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya lalu dia pun berkata setem (
pranko ) nya akan dihantar kemudian .
*Ada 2 penyelesaian dalam kesimpulan ini :
*1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah .
Oleh itu , tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita
? Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah
setiap detik dan ketika , hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang , lalu
masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Bersyukurlah atas segala nikmat Allah yang dilimpahkan kepada hamba-hamba-Nya,sungguh tidak
terhingga kiranya dan beberapa nikmat Allah yang dilimpahkan kepada hamba-hamba-Nya
terdapat pada surah Ibrahim juz 13 ayat 32-34.
Yang artinya,
(32) Allahlah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit,
kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu;
dan Dia telah menundukan bahtera itu, berlayar dilautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah
menundukan (pula) bagimu sungai-sungai.
(33)Dan dia telah menundukan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar
(dalam orbitnya); dan telah menundukan bagimu malam dan siang.
(34) Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan
kepadanya.Dan jika kamu menghitung ni-mat Allah, tidaklah dapat kamu
menghinggakannya.Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni’mat
Allah).