Panduan Permohonan Pinjaman MARA

					                      SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA eEduloan

                      GARIS PANDUAN PERMOHONAN




Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA eEduLoan hanya terbuka kepada pengguna
yang berdaftar sahaja. Pengguna perlu mendaftar dengan menggunakan skrin yang
disediakan.


Klik pada pautan           untuk muat turun Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran
MARA. eForm ini adalah sebagai alternatif kedua jika anda memilih untuk tidak memohon
secara atas talian.


1) Daftar Pengguna Baru

   a) Untuk  mendaftar, klik butang                                           dan     skrin
   ::PENDAFTARAN PENGGUNA BARU (PEMOHON):: akan dipaparkan.

   b) Isikan maklumat dalam tab MAKLUMAT PENGGUNA (PEMOHON) dan tab
      MAKLUMAT PENGAJIAN.

        Nota:
        - * menunjukkan medan tersebut mesti diisi atau dipilih.
        - Sila pastikan Nombor KP Baru yang dimasukkan betul. Nombor KP Baru akan
           digunakan sebagai Login ID dan Kata Laluan semasa mengemaskini permohonan
           anda.
        - Anda dimestikan mempunyai alamat emel.
        - Maklumat Pengajian adalah maklumat pengajian anda semasa permohonan
           dilakukan.
        - Tarikh Mula Pengajian tidak boleh melebihi tarikh semasa.

   c) Klik butang            untuk mendaftar sebagai pengguna baru dan butang
      untuk padam data.

   d) Jika anda klik butang DAFTAR, skrin :: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AM :: akan

        dipaparkan, klik pada check box yang disediakan, klik butang             jika anda

        memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dipaparkan atau butang
        untuk terus keluar dari sistem.

   e) Jika anda klik butang SETUJU, skrin :: MEMERIKSA KELAYAKAN AKADEMIK ::
      akan dipaparkan. Maklumat Pengajian yang telah dimasukkan diawal skrin akan
      dipaparkan.

   f)   Pilih salah satu Kelulusan Tertinggi yang disenaraikan dalam ‘dropdown list’ pada
        medan Kelulusan Tertinggi.

   g) Masukkan gred bagi setiap subjek kelulusan tertinggi yang diperolehi dan klik butang




Bahagian Pengurusan                        1                                 Version 2.0
Maklumat MARA                                                                 1/3/2009
                        SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA eEduloan

                        GARIS PANDUAN PERMOHONAN




        Nota:
        - Jika anda Tidak Layak, mesej Tidak Layak kerana Tidak Memenuhi Syarat
               Kelayakan Akademik yang ditetapkan akan dipaparkan dan klik butang
               untuk keluar dari sistem.
        -      Jika anda Layak, mesej Layak untuk Dipertimbangkan Permohonan Pinjaman

               akan dipaparkan dan klik butang                 dan skrin ::PENGESAHAN
               PENGGUNA BARU:: akan dipaparkan.

   h) Masukkan kod yang tertera untuk pengesahan pendaftaran dan klik butang       .
      Jika kod yang dimasukkan sah, mesej Pendaftaran Anda Telah Berjaya. Sila Semak
      Email Anda untuk Mendapatkan Login ID dan Kata Laluan. <Klik disini untuk
      keluar>.

   i)   Klik pautan <Klik disini untuk keluar> dan skrin utama eEduloan akan dipaparkan.


2) Login Pengguna Berdaftar

   a) Untuk tujuan akses ke Laman Utama Kemaskini Permohonan, masukkan Login ID
        dan Kata Laluan dan klik butang

        Nota: Login ID dan Kata Laluan adalah No. KP yang telah dimasukkan semasa
        Daftar Pengguna Baru diawal permohonan.


   b) Setelah klik butang         , skrin Status Permohonan akan dipaparkan. Status
      adalah berbeza berdasarkan kelengkapan maklumat pemohon. Klik pada pautan
      berwarna biru bagi tujuan mengemaskini bahagian permohonan yang tidak lengkap.

   c) Laman utama Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA eEduloan akan dipaparkan. Di
      skrin ini anda boleh melakukan proses Tukar Kata Laluan, kemaskini Maklumat
      Pengajian, Maklumat Peribadi, Hantar Permohonan dan Semak Status
      Permohonan anda.


2) Kemaskini Permohonan

   a) Tukar Kata Laluan

        i)        Klik pautan                   untuk menukar kata laluan anda.

        ii)       Masukkan Kata Laluan Semasa, Kata Laluan Baru dan masukkan sekali lagi
                  Kata Laluan Baru untuk mengesahkan kata laluan anda.

        iii)      Klik butang HANTAR untuk kata laluan baru disimpan atau butang BUAT
                  SEMULA untuk memasukkan kembali data.

Bahagian Pengurusan                         2                                Version 2.0
Maklumat MARA                                                                 1/3/2009
                        SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA eEduloan

                        GARIS PANDUAN PERMOHONAN




   b) Maklumat Pengajian

       i)         Kemaskini maklumat    pengajian   anda    pada   medan-medan       yang    perlu
                  dikemaskini.

       ii)        Klik butang             untuk simpan data.

       iii)       Klik mana-mana pautan menu utama di atas untuk tujuan kemaskini
                  permohonan anda yang seterusnya.

   c) Kemaskini Permohonan

              Nota :
              - * menunjukkan medan tersebut mesti diisi atau dipilih.

              -   Klik butang            untuk simpan data dan mesej “Data Anda
                  Berjaya Dikemaskini” akan dipaparkan setiap kali anda mengemaskini
                  permohonan.

              -   Klik butang               untuk   ke     tab/skrin   seterusnya   bagi    tujuan
                  kemaskini data.

       i)         Klik pautan                      dan skrin ::BAHAGIAN I:: - MAKLUMAT
                  PERIBADI PEMOHON >> MAKLUMAT PERIBADI akan dipaparkan.
                  Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang KEMASKINI untuk
                  simpan data. Kotak mesej Data Berjaya Dikemaskini akan dipaparkan. Klik
                  butang SETERUSNYA>> dan skrin MAKLUMAT SUAMI/ISTERI akan
                  dipaparkan.

                  Nota : * menunjukkan medan tersebut mesti diisi atau dipilih.
                  Jika pemohon masih Bujang, tab Maklumat Pengalaman Pekerjaan dan
                  Perkhidmatan akan terus dipaparkan.

       ii)        Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>
                  dan MAKLUMAT PENGALAMAN PEKERJAAN DAN PERKHIDMATAN akan
                  dipaparkan.

       iii)       Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>
                  dan skrin ::BAHAGIAN II:: – MAKLUMAT KELUARGA >> MAKLUMAT IBU
                  DAN BAPA akan dipaparkan.

       iv)        Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>
                  dan skrin MAKLUMAT PENJAGA DAN WARIS/KENALAN akan dipaparkan.

       v)         Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>
                  dan tab MAKLUMAT TANGGUNGAN akan dipaparkan.



Bahagian Pengurusan                          3                                      Version 2.0
Maklumat MARA                                                                        1/3/2009
                      SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA eEduloan

                      GARIS PANDUAN PERMOHONAN




       vi)     Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>
               dan skrin ::BAHAGIAN III:: – MAKLUMAT AKADEMIK >> KELULUSAN
               AKADEMIK akan dipaparkan.

       vii)    Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>
               dan tab KOKURIKULUM akan dipaparkan.

       viii)   Klik butang SETERUSNYA>> dan tab MAKLUMAT BIASISWA akan
               dipaparkan. Setelah memasukkan maklumat semua biasiswa yang anda
               terima, klik butang SETERUSNYA>> dan skrin ::BAHAGIAN IV::
               MAKLUMAT PENJAMIN & BANK akan dipaparkan.

       ix)     Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>
               dan skrin                  akan dipaparkan.

   d) Hantar Permohonan

       i)      Klik pautan                    dan kotak Mesej Informasi akan dipaparkan.

       ii)     Anda boleh menyemak maklumat yang dimasukkan dengan klik pada pautan


               atau
       iii)    Klik butang           untuk mencetak permohonan anda. Skrin Acrobat
               Reader yang memaparkan Borang Permohonan akan dipaparkan. Anda
               dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan dokumen-dokumen yang
               diperlukan untuk serahan.

               atau


       iv)     Klik butang         untuk menghantar permohonan anda.

   e) Status Permohonan

   Selepas menghantar permohonan pinjaman MARA, pemohon boleh menyemak status
   permohonan mereka melalui kemudahan ini.

       i)      Pada Skrin utama Permohonan Pinjaman, klik                     dan skrin
               Status Permohonan akan dipaparkan. Bergantung pada status permohonan
               pinjaman anda, skrin akan dipaparkan mengikut kelengkapan maklumat yang
               diberikan dan status terkini permohonan anda. Klik pada pautan berwarna
               biru untuk mengemaskini bahagian permohonan anda yang tidak lengkap jika
               perlu.




Bahagian Pengurusan                       4                                  Version 2.0
Maklumat MARA                                                                 1/3/2009

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:51
posted:1/29/2012
language:Malay
pages:4