Embed
Email

kertas konsep

Document Sample
kertas konsep
Shared by: khosenulhan
Categories
Tags
Stats
views:
17
posted:
1/27/2012
language:
pages:
8
0.1 PENGENALAN



Kertas konsep / dasar ini memfokuskan kepada perancangan akan dijalankan oleh unit Hal ehwal

Murid (HEM) sekolah Kebangsaan Temin, untuk memantapkan pentadbiran dan pengurusan

HEM dalam usaha memastikan pengurusan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan betul .



Usaha ini akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh supaya segala bidang tugas yang telah

diamanah Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Falsafah Pendidikan Negara akan mencapai

kejayaan, sekali gus akan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi emosi.

rohani. jasmani dan intelek.





Dalam kertas ini juga penulis akan menghuraikan langkah-langkah yang proaktif bakal diambil

pihak Jawatankuasa HEM dalam usaha memantapkan unit-unit dalam HEM , dengan harapan

akan memberi impak yang baik selaras sebagai sekolah bertaraf berprestasi Tinggi (SBT)

menjelang tahun 2012/2013.





Beberapa akativiti yang telah dijalankan setakat ini akan diberi penjenamaan baru disusun dan

dikuatkuasakan bagi memastikan segala perancangan terhadap ruang lingkup pengurusan

pentadbiran Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Temin dapat diurus mengikut standard yang

menepati piawai sekolah bertaraf berfrestasi tinggi (SBT).





Sehubungan itu satu tranformasi dan inovasi akan dilakukan dengan menitiberatkan kepada

elemen-elemen penting dalam pengurusan HEM iaitu menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, hubungan maanusia, dan komunikasi yang efektif .





kertas konsep ini akan mencadangkan kaedah dan pelaksanaan tugas dalam kalangan guru-guru

melalui tranfomasi dan inovasi terhadap pentadbiran dan pengurusan peringkat jawatankuasa

kepimpinan Hal ehwal murid (HEM) di sekolah ini, ia akan melibatkan perkara-perkara berikut :





i. Perancangan kerja atau program bagi murid/pelajar

ii. Pengelolaan murid/pelajar dan program secara berkesan

iii. Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.

iv. Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti

v. Pengawalan dan penilaian prestasi murid/pelajar dan program

vi. Penyediaan anggaran belanjawan yang munasabah.





Sejajar dengan hasrat tersebut, fokus pengurusan Hal Ehwal Murid sekolah kebangsaan Temin

pada sesi persekolahan 2012 / 2013 adalah









1

1. Menjana pengurusan dan pentadbiran HEM selaras dengan visi dan misi sekolah bertaraf

SBT untuk membangunkan 'sekolah Bertaraf Dunia' menerusi program-program

terancang dan tersusun meliputi semua bidang yang dipertanggungjawabkan .





2. Memantapkan pentadbiran dan pengurusan dengan berkesan , efisyen dan bersistematik

bagi mengurangkan kes-kes kecuaian, kealpaan dan kegagalan mematuhi pekeliling

kerajaan semasa





3. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang selesa, bersih dan kondusif serta

selamat , ke arah menjadi bertaraf sekolah lestari terkemuka.





4. Mengurangkan kes-kes disiplin dengan mewujudkan program-program bagi pelajar

yang bermasalah.





MATLAMAT



Menambah-baik dan memperkasakan pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid dengan

menyediakan satu sistem kerja dalaman yang boleh digunapakai oleh jawatankuasa semasa dan

kepimpinan HEM pada masa depan.





OBJEKTIF



 Menyediakan kertas konsep pengurusan dan pentadbiran HEM yang tersusun dan member

kesan kepada perjalanan sekolah

 Menyediakan Kertas Kerja Pengurusan Hal Ehwal Murid

 Menyediakan Fail Meja Hal Ehwal Murid dan unit-unit yang berkaitan .

 Menyediakan semua borang dan dokumen berkaitan .





VISI



Ke arah melahirkan genarasi berketerampilan dan berkualiti serta gemilang bertaraf warga

sekolah berfrestasi tinggi (SBT) menjelang akhir 2012 / 2013.





MISI



 Menjenamakan semula pentadbiran dan pengurusan Hal Ehwal murid dengan lebih

tersusun, terarah dan berkesan.



 Menyediakan satu sistem kerja dalaman yang merangkumi semua dokumentasi

berkaitan termasuk kertas kerja, carta alir dan fail meja setiap unit Hal Ehwal Murid

(HEM) .



 Menjadikan aset modal insan yang berminda kelas dunia dengan latihan atau kursus

kepimpinan, kemahiran dan kursus-kursus lain yang berkaitan yang terarah sifatnya.









2

0.2 BIDANG PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)



2.1 Pengurusan Displin

2.2 Pengurusan Bina Insan

2.3 Biasiswa dan Bantuan

2.4. Pinjaman Buku SPBT

2.5 Bimbingan dan Kaunseling

2.6 Rawatan / Kesihatan Murid

2.7 Keselamatan.

2.8 Lawatan

2.9 Kantin

2.10 RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

2.11 Program susu

2.12 Kedai buku sekolah .





Setiap bidang ini mempunyai objektif, dasar, pelaksanaan dan kumpulan sasaran masing-masing.

Berdasarkan senarai tugas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan, berbagai-bagai program

dan aktiviti akan digerakkan oleh GPK HEM bagi mencapai kecemerlangan dan keunggulan

sekolah .

0.3 INOVASI PENGURUSAN :



Beberapa keperluan telah difikirkan bagi menambah kewajaran dalam penambahbaikkan

pengurusan unit HEM yang sedia ada, terutama melibatkan pendispilinan murid sekolah ini.

Sehubungan itu, dicadangankan program-program seperti berikut :





3.1. PENEGASAN DISIPLIN :



3.1.1. Program Kerohanian.

a) Program “INSAF”



Merupakan satu bentuk aktiviti atau proses membantu murid yang

mempunyai tingkah laku atau akhlak buruk dan bersifat “tegar”, murid tersebut

akan menyertai program ini sehingga mereka memperlihatkan perubahan yang

ketara dan dipercayai tidak lagi mengulangi tingkah laku tersebut. Tingkah laku

yang dimaksudkan ialah seperti mencuri, mencuri, ponteng sekolah, melawan

arahan guru, suka bermain, dan sering membuat bising, di dalam kelas. Bergaduh,

menghisap rokok, tidak mematuhi peraturan sekolah. Kaedah pelaksanaan di

antaranya, memperbanyakkan zikir dan solat taubat, tazkirah, hafalan surat,

serta pemerhatian secara berjadual, (sistem parol). Tempoh program diantara

satu bulan hingga tiga bulan. dijalankan seminggu satu kali.









3

b) Program “AL-IHSAN ”



Semua pelajar akan terlibat, Ia merupakan satu sesi penerangan,

pemantapan, dan pengukuhan ilmu, dikuti dengan latihan dan bengkel, serta

kajian kes, Murid akan diberi penjelasan secara terperinci berhubung dengan

kesan dan akibat terhadap diri, keluarga , Sekolah dan Negara apabila melakukan

sesuatu perbuatan jahat . Beberapa agensi akan terlibat bagi menjayakan

rancangan ini antaranya polis, tentera, jabatan agama islam, serta badan

kauseling .





Selain itu maklumat berhubung dengan kesan atau akibat akan diiklan atau

diwujudkan di papan iklan atau di mana-mana kawasan yang strategit dalam

kawasan sekolah . contohnya “mencuri perbuatan berdosa”, “ bergaduh sikap

orang kafir” dan lain-lain lagi . Murid juga akan akan dilibatkan dengan solat

berjamaah zohor, bacaan yassin, solat hajat, dan solat taubat. dalam jadual

tertentu. Program tersebut akan dilakukan secara berkala dengan kekerapan

yang munasabah, contohnya dua bulan sekali, setiap penggal,





3.1.2 Rekod Sahsiah.

Semua pelajar/ murid Sekolah Kebangsaan Temin tahap dua (th 4,5,

dan 6) akan disediakan rekod akhlaq, rekod ini berperanan menyimpan segala

kes dan kesalahan tingkahlaku murid. Rekod ini akan mengikuti murid berkenaan

ke setiap kelas dan hingga ke sekolah menengah . Guru berperanan memberi

pertimbangan kepada segala kesalahan murid, bagaimanapun mana-mana murid

yang telah dirujuk kepada lembaga disiplin sekolah, kesnya akan dicatatkan

dalam rekok berkenaan, dan disahkan oleh guru kelas. Selain itu disetiap kelas

juga akan disediakan sebuah buku log disiplin yang mencatat kesalahan murid

kelas berkenaan, buku log ini diberi tugas kepada pengawas dan ketua kelas.





3.1.3. Peraturan kelas.

Semua murid akan diberi penekanan supaya mematuhi peraturan kelas

yang akan disediakan oleh jawatankuasa disiplin sekolah. Peraturan ini akan

ditegaskan kepada murid melalui penglibatan semua guru yang bertugas di

kelas berkenaan. Di antara peraturan yang dicadangankan ialah kelas senyap

atau “kelas tanpa suara”, “ berdiri dengan buku diatas meja ketika menanti

guru masuk”, memberi ucapan seperti, “maafkan kami cikgu”, “doakan

kejayaan kami cikgu” dan lain-lain lagi. Peraturan ini akan diberi penghargaan

oleh pihak pentadbiran sekolah jika kelas berkenaan berjaya mengamalkannya,

dan Ia juga akan dimasukkan dalam pertandingan kelas ceria.









4

3.1.4 Kepimpinan pengawas :

Pengawas sekolah akan diberi tumpuan khas dengan memastikan mereka

dipilih berasaskan akademik, penglibatan dalam kokurikulum, mempunyai siasah

yang baik serta berkebolehan dalam mengelolakan majlis sekolah dan bidang

teknologi, seperti menyediakan alat siaraya. Mereka akan diberi latihan yang

secukupnya melalui kursus-kursus kepimpinan, teknik mengawal dan mengawas,

membuat laporan, memberi penjelasan menjadi hakim dan lain-lain .semua

pengwas akan diberi kad kuasa yang wajib dipakai ketika bertugas (di sangkut

pada baju )





3.1.5. Kelas Sains Tahfiz.

Kelas ini ditawarkan kepada murid/pelajar tahun satu 2011, Pelajar akan

dipilih melalui satu ujian kelayakan khas, kelas akan beroperasi pada waktu

petang selama satu jam, bermula jam 2.00 hingga 3.00, petang, jumlah hari

beroperasi adalah sebanyak 3 kali seminggu. ( Isnin, selasa dan Rabu ). Tenaga

pengajar terdiri dari kalangan Guru Pendidikan Islam jQaf Sekolah Kebangsaan

Temin, kelas ini merupakan kelas perintis, pengambilan pelajar adalah terhad

kepada 15 orang dan akan dikendalikan oleh tiga orang guru.



3.1.6 Tindakan Disiplin :



Pelajar yang melakukan kesalahan disiplin samaada ringan atau berat

akan melalui prasedur atau langkah-langkah penyelesaian. Langkah-langkah

tersebut adalah seperti berikut :

1. Siasatan badan disiplin,

Mengisi borang report / buku log dan diikuti dengan tindakan soal

siasat . Report dicatat dalam buku tersebut.

2. Bimbangan & Kauseling,

Proses pemulihan melalui sesi pemutihan dan pemantapan sikap

terhadap kesalahan yang telah dilakukan murid. Aku janji tidak

mengulangi tingkah laku berkenaan.

3. Pemulihan Bina insan,

Bimbingan rohani melalui amalan islam seperti zikir, tahmid

solat taubat, akujanji dan sumpah taatsetia kepada Allah dan

pemantauan harian

4. Punisment .

Tindakan tegas bagi pelaku kesalahan yang mengulangi

kesalahan yang sama atau lain setelah peringkat tersebut di

atas di ambil, mereka akan dirotan atau dimaklumkan kepada

ibubapa/ penjaga murid.







5

3.2 PEMANTAPAN UNIT .

Terdapat 12 unit yang mesti diurus oleh jawatankuasa HEM di sekolah ini, pihak

jawatankuasa akan menjalankan tugas dengan betul dan sempurna dan akan

memastikan ia dijalankan mengikut presudur dan menepati masa dengan pekeliling pihak

kerajaan. Langka-langkah kearah kesempurnaan tersebut adalah seperti berikut :

1. Semua unit HEM akan mengemaskini dan memantapkan fail pengurusan

dan pentadbiran masing-masing .

2. setiausaha dipastikan akan menjalankan atau mengerakkan program

mengikut perancangan dan mematuhi jadual pelaksanaan.

3. menguatkuasaan pemantauan dan pemerhatian serta mengadakan

perbincangan dan mesyuarat rasmi atau tidak rasmi terhadap unit-unit

berkenaan .





3.3. PENGHARGAAN :

3.3.1 Unit Successful



Satu tawaran khusus kepada unit-unit dalam Hal ehwal murid yang telah

Berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam menjalankan tanggungjawab unit

mereka. Unit tersebut akan ditawarkan Anugerah Khas HEM dan ahli

jawatakuasanya akan di kurniakan sijil penghargaan Anugerah Guru Besar.





Bagi memilih unit yang Berjaya , beberapa aspek akan diambil kira, diantaranya,

kesempurnaan aktiviti, kesefahaman jawatankuasa, penggunaan wang yang

berhemah, meninggalkan kesan kepada murid, dan aktiviti dijalankan oleh murid

.Tawaran ini tidak terhad kepada jumlah kumpulan, sebaliknya ia akan

dikurniakan kepada mana-mana kumpulan yang Berjaya mencapai tahap yang

ditetapkan oleh jawatankuasa penilai.





3.3.2 Murid Executive



Beberapa orang murid akan dinobatkan sebagai “ murid executive”

apabila didapati tidak melakukan sebarang kesalahan. Ia juga dikenali sebagai

murid yang bertaraf murid cemerlang meliputi sahsiah akdemik dan kokurikulum.

Mereka akan dikesan melalui pemerhatiaan oleh semua guru. Mendapat

pengiftirafan dari 80 peratus guru di sekolah ini . penghargaan diberi secara

anugerah sijil dan cendermata iringan. Terhad seramai 2 orang bagi setiap kelas.









6

0.4 PERLAKSANAAN



Untuk mencapai visi dan misi ini, dokumen perlaksanaannya digariskan seperti

berikut :









BIL PERKARA / TINDAKAN TARIKH



1 Menyediakan Modul bertajuk “Pentadbiran dan Pengurusan HEM Sekolah 15 Oct

Berprestasi Tinggi (SBT) ”





2 Membentuk satu kumpulan kerja profesional (exco) yang berwibawa, Nov 2012

ikhlas, sedia bekerja dan berdidikasi .





3 Menyediakan Fail Meja setiap unit HEM dan perincian fail meja 18 Oct





4 Menyediakan dokumentasi, seperti borang-borang yang akan digunakan

oleh setiausaha dalam melaksanakan tugas mereka. 20 Oct





5 Menyediakan contoh-contoh laporan rasmi, kertas kerja, carta alir, kertas

konsep dan dokumentasi lain yang diperlukan dalam memantapkan 25 Oct

sistem dokumentasi dan fail unit HEM





6 Menjalankan kaji selidik berasaskan masalah (kajian lapangan) untuk 30 Oct

pemantapan perlaksanaan pengurusan dan organisasi dari semasa ke

semasa





7 Melaksanakan tugas dan program atau aktiviti sekolah, serta murid Jan 2012

mengikut fail meja terkini





8 Melaksanakan program-program pemantapan tugasan dan organisasi Feb / Mac

dikalangan setiausaha unit HEM dan guru-guru. 2012





Unit-unit HEM bergerak dan melaksanakan program tanpa prasangka,

9 tekanan dan arahan, sebaliknya mematuhi pelaksanaan program Jan 2012

berasaskan mandat musyawarah dan keputusan masyuarat semasa.









7

0.5 PENUTUP





Semuga Kertas konsep ini dapat dilaksanakan supaya visi dan misinya dapat dicapai

dengan baik. Ia penting dalam memperkasakan kepimpinan sekolah amnya dan khasnya

bidang Hal Ehwal murid (HEM) . Kertas konsep / dasar ini juga diharapkan akan dapat memberi

satu ilham dan panduan kepada jawatankuasa bagi memenuhi hasrat kepimpinan sekolah

menjadikan sekolah Kebangsaan Temin mampu bersaing, berwibawa, dan bermarwah serta

disegani oleh semua pihak di negara Malaysia ini.









Disediakan oleh





………………………………



(KHOSENULHAN AB. RAHMAN)

Penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Sekolah Kebangsaan Temin,

27000 Jerantut.

Pahang.









Diluluskankan oleh





………………………………



(HAMIDON BIN ABU BAKAR AMP, AMN )

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Temin,

27000 Jerantut.

Pahang. Tarikh : ………………









8


Related docs
Other docs by khosenulhan
kertas konsep
Views: 17  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!