Embed
Email

Manual Pinjaman MARA

Document Sample
Manual Pinjaman MARA
Description

Manual Pinjaman MARA

Shared by: Hapizi Mohamed
Stats
views:
1655
posted:
1/27/2012
language:
pages:
4
SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA eEduloan



GARIS PANDUAN PERMOHONAN









Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA eEduLoan hanya terbuka kepada pengguna

yang berdaftar sahaja. Pengguna perlu mendaftar dengan menggunakan skrin yang

disediakan.





Klik pada pautan untuk muat turun Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran

MARA. eForm ini adalah sebagai alternatif kedua jika anda memilih untuk tidak memohon

secara atas talian.





1) Daftar Pengguna Baru



a) Untuk mendaftar, klik butang dan skrin

::PENDAFTARAN PENGGUNA BARU (PEMOHON):: akan dipaparkan.



b) Isikan maklumat dalam tab MAKLUMAT PENGGUNA (PEMOHON) dan tab

MAKLUMAT PENGAJIAN.



Nota:

- * menunjukkan medan tersebut mesti diisi atau dipilih.

- Sila pastikan Nombor KP Baru yang dimasukkan betul. Nombor KP Baru akan

digunakan sebagai Login ID dan Kata Laluan semasa mengemaskini permohonan

anda.

- Anda dimestikan mempunyai alamat emel.

- Maklumat Pengajian adalah maklumat pengajian anda semasa permohonan

dilakukan.

- Tarikh Mula Pengajian tidak boleh melebihi tarikh semasa.



c) Klik butang untuk mendaftar sebagai pengguna baru dan butang

untuk padam data.



d) Jika anda klik butang DAFTAR, skrin :: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AM :: akan



dipaparkan, klik pada check box yang disediakan, klik butang jika anda



memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dipaparkan atau butang

untuk terus keluar dari sistem.



e) Jika anda klik butang SETUJU, skrin :: MEMERIKSA KELAYAKAN AKADEMIK ::

akan dipaparkan. Maklumat Pengajian yang telah dimasukkan diawal skrin akan

dipaparkan.



f) Pilih salah satu Kelulusan Tertinggi yang disenaraikan dalam ‘dropdown list’ pada

medan Kelulusan Tertinggi.



g) Masukkan gred bagi setiap subjek kelulusan tertinggi yang diperolehi dan klik butang









Bahagian Pengurusan 1 Version 2.0

Maklumat MARA 1/3/2009

SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA eEduloan



GARIS PANDUAN PERMOHONAN









Nota:

- Jika anda Tidak Layak, mesej Tidak Layak kerana Tidak Memenuhi Syarat

Kelayakan Akademik yang ditetapkan akan dipaparkan dan klik butang

untuk keluar dari sistem.

- Jika anda Layak, mesej Layak untuk Dipertimbangkan Permohonan Pinjaman



akan dipaparkan dan klik butang dan skrin ::PENGESAHAN

PENGGUNA BARU:: akan dipaparkan.



h) Masukkan kod yang tertera untuk pengesahan pendaftaran dan klik butang .

Jika kod yang dimasukkan sah, mesej Pendaftaran Anda Telah Berjaya. Sila Semak

Email Anda untuk Mendapatkan Login ID dan Kata Laluan. .



i) Klik pautan dan skrin utama eEduloan akan dipaparkan.





2) Login Pengguna Berdaftar



a) Untuk tujuan akses ke Laman Utama Kemaskini Permohonan, masukkan Login ID

dan Kata Laluan dan klik butang



Nota: Login ID dan Kata Laluan adalah No. KP yang telah dimasukkan semasa

Daftar Pengguna Baru diawal permohonan.





b) Setelah klik butang , skrin Status Permohonan akan dipaparkan. Status

adalah berbeza berdasarkan kelengkapan maklumat pemohon. Klik pada pautan

berwarna biru bagi tujuan mengemaskini bahagian permohonan yang tidak lengkap.



c) Laman utama Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA eEduloan akan dipaparkan. Di

skrin ini anda boleh melakukan proses Tukar Kata Laluan, kemaskini Maklumat

Pengajian, Maklumat Peribadi, Hantar Permohonan dan Semak Status

Permohonan anda.





2) Kemaskini Permohonan



a) Tukar Kata Laluan



i) Klik pautan untuk menukar kata laluan anda.



ii) Masukkan Kata Laluan Semasa, Kata Laluan Baru dan masukkan sekali lagi

Kata Laluan Baru untuk mengesahkan kata laluan anda.



iii) Klik butang HANTAR untuk kata laluan baru disimpan atau butang BUAT

SEMULA untuk memasukkan kembali data.



Bahagian Pengurusan 2 Version 2.0

Maklumat MARA 1/3/2009

SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA eEduloan



GARIS PANDUAN PERMOHONAN









b) Maklumat Pengajian



i) Kemaskini maklumat pengajian anda pada medan-medan yang perlu

dikemaskini.



ii) Klik butang untuk simpan data.



iii) Klik mana-mana pautan menu utama di atas untuk tujuan kemaskini

permohonan anda yang seterusnya.



c) Kemaskini Permohonan



Nota :

- * menunjukkan medan tersebut mesti diisi atau dipilih.



- Klik butang untuk simpan data dan mesej “Data Anda

Berjaya Dikemaskini” akan dipaparkan setiap kali anda mengemaskini

permohonan.



- Klik butang untuk ke tab/skrin seterusnya bagi tujuan

kemaskini data.



i) Klik pautan dan skrin ::BAHAGIAN I:: - MAKLUMAT

PERIBADI PEMOHON >> MAKLUMAT PERIBADI akan dipaparkan.

Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang KEMASKINI untuk

simpan data. Kotak mesej Data Berjaya Dikemaskini akan dipaparkan. Klik

butang SETERUSNYA>> dan skrin MAKLUMAT SUAMI/ISTERI akan

dipaparkan.



Nota : * menunjukkan medan tersebut mesti diisi atau dipilih.

Jika pemohon masih Bujang, tab Maklumat Pengalaman Pekerjaan dan

Perkhidmatan akan terus dipaparkan.



ii) Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>

dan MAKLUMAT PENGALAMAN PEKERJAAN DAN PERKHIDMATAN akan

dipaparkan.



iii) Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>

dan skrin ::BAHAGIAN II:: – MAKLUMAT KELUARGA >> MAKLUMAT IBU

DAN BAPA akan dipaparkan.



iv) Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>

dan skrin MAKLUMAT PENJAGA DAN WARIS/KENALAN akan dipaparkan.



v) Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>

dan tab MAKLUMAT TANGGUNGAN akan dipaparkan.







Bahagian Pengurusan 3 Version 2.0

Maklumat MARA 1/3/2009

SISTEM PINJAMAN PELAJARAN MARA eEduloan



GARIS PANDUAN PERMOHONAN









vi) Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>

dan skrin ::BAHAGIAN III:: – MAKLUMAT AKADEMIK >> KELULUSAN

AKADEMIK akan dipaparkan.



vii) Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>

dan tab KOKURIKULUM akan dipaparkan.



viii) Klik butang SETERUSNYA>> dan tab MAKLUMAT BIASISWA akan

dipaparkan. Setelah memasukkan maklumat semua biasiswa yang anda

terima, klik butang SETERUSNYA>> dan skrin ::BAHAGIAN IV::

MAKLUMAT PENJAMIN & BANK akan dipaparkan.



ix) Kemaskini data di medan yang disediakan dan klik butang SETERUSNYA>>

dan skrin akan dipaparkan.



d) Hantar Permohonan



i) Klik pautan dan kotak Mesej Informasi akan dipaparkan.



ii) Anda boleh menyemak maklumat yang dimasukkan dengan klik pada pautan





atau

iii) Klik butang untuk mencetak permohonan anda. Skrin Acrobat

Reader yang memaparkan Borang Permohonan akan dipaparkan. Anda

dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan dokumen-dokumen yang

diperlukan untuk serahan.



atau





iv) Klik butang untuk menghantar permohonan anda.



e) Status Permohonan



Selepas menghantar permohonan pinjaman MARA, pemohon boleh menyemak status

permohonan mereka melalui kemudahan ini.



i) Pada Skrin utama Permohonan Pinjaman, klik dan skrin

Status Permohonan akan dipaparkan. Bergantung pada status permohonan

pinjaman anda, skrin akan dipaparkan mengikut kelengkapan maklumat yang

diberikan dan status terkini permohonan anda. Klik pada pautan berwarna

biru untuk mengemaskini bahagian permohonan anda yang tidak lengkap jika

perlu.









Bahagian Pengurusan 4 Version 2.0

Maklumat MARA 1/3/2009


Related docs
Other docs by Hapizi Mohamed
Tarikh penting UPU 2012
Views: 306  |  Downloads: 12
Kekosongan Jawatan Hospital Fatimah
Views: 36  |  Downloads: 0
UTM Vacancy 2012
Views: 98  |  Downloads: 0
Kelas Agama Aplication form
Views: 14  |  Downloads: 0
Borang IKBN Miri
Views: 58  |  Downloads: 0
Job Vacancy Open University
Views: 29  |  Downloads: 0
ILKA information July 2012
Views: 7  |  Downloads: 0
Hospital Fatimah
Views: 0  |  Downloads: 0
Upsi Registration example
Views: 6  |  Downloads: 0
Pembayaran Gaji 31 Januari 2012
Views: 44  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!