Minit Mesyuarat Kurikulum 1 2012 by hajizolkaply

VIEWS: 1,116 PAGES: 8

									                    SMK ISKANDAR SHAH, 77000 JASIN
                          MINIT MESYUARAT
                  JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM
                              BIL.1/2012
Tarikh     :   28 Disember 2011
Hari       :   Selasa
Masa      :    10.30 pagi -2.10 petang
Tempat    :    Bilik Tayang

Kehadiran: 30/34

1     Tn Hj Zolkaply Bin Yunus (Pengetua)
2     Puan Hamidah Binti Jasmani (GPK Pentadbiran)
3     En Zaid Bin Taib (GPK HEM)
4     En Mohd Amran Bin Mohd Ghazali (GPK KOKU)
5     Tn Hj Jalalludin Bin Ahmad (GPK Tingkatan 6)
6     Pn Norul Akmar Binti Alang (GKMP Bahasa)
7     Pn Hjh Jamilah Binti Ibrahim (GKMP Sains & Mat.)
8     Pn Hjh Suriyani Binti Madyudin (GKMP Kemanusiaan)
9     En Zainudddin Bin Abd Majid (GKMP Tek. & Vok.)
10    Pn Noradhilla Binti Ariff (Guru Media)
11    Tn Hj Abu Kasim Bin Md Jani (Ketua SPBT)
12    Pn Habibah Bt Abdullah (Setiausaha Koperasi)
13    Pn Vaijanthi a/p Mayandi (Penyelaras KW)
14    En Yazid Bin Abu (Pg. Panitia BM)
15    Pn Ong Voon Min (Pg. Panitia BI)
16    Pn Roidah Binti Jamal (Pg. Panitia Matematik)
17    Pn Aizawani Binti Jamsari (Wakil Pg. Panitia Sains)
18    En Nasarudin Bin Nasib (Pg. Panitia Muzik)
19    Pn Hjh Junaidah Binti Sulong (Pg. Panitia Sivik)
20    Pn Sri Haryani Binti Md Yunus (Pg. Panitia Geografi)
21    Pn Tey Siew Yong (Pg. Panitia Sejarah)
22    Cik Siti Nur Ba’ayah Bt Ayup (Pg. Panitia PJPK)
23    En M. Theigarajah (Pg. Panitia Bhs Tamil)
24    Pn Siti Norfaiza Binti Mohd Aris (Pg. Panitia PG/PA/EA)
25    Cik Mageswari a/p Nalliah (Pg. Panitia PSV)
26    En Mohd Fazil Bin Mohd Damin (Pg. Panitia MPV)
27    En Jasmi Bin Mohd Lizah (Pg. Panitia KH)
28    En Asrull Bin Seman (Pg. Panitia ICT)
29    Pn Lim Choon Fah (Pg. Panitia Bhs Cina)
30    En Neo Kok Theong (Setiausaha)

Tidak Hadir Bersebab:

1     En Mohd Sukri Bin Sharif (Ketua Unit Peperiksaan)
2      En Zulkifli Bin Ahmad (Pg. Panitia Pend. Islam)
3      Pn Rohana Binti Abd Hamid (Penyelaras RK)
4      Pn Zunairah Binti Mohd Noor (Pg. Panitia Pend. Moral)

Urusetia Mesyuarat:

1      En Neo Kok Theong - Setiausaha
2      Pn Noradhilla Binti Ariff – Pencatat
3      En Nor Syafiq Md Saat
4      Pn Siti Binti Sam


1      UCAPAN PENGERUSI

 1.1   Pengerusi mengalu-alukan kedatangan AJK kurikulum dan mengucapkan tahniah
       di atas lantikan baru AJK kurikulum bagi tahun 2012.Pengerusi menyatakan
       bahawa mesyuarat ini adalah mesyuarat kurikulum kali pertama bagi tahun
       2012.Pengerusi menegaskan semua AJK Kurikulum wajib hadir dalam setiap kali
       mesyuarat dan ketidakhadiran perlu dimaklumkan lebih awal.

                                                               Tindakan: Semua AJK

 1.2   Pengerusi menekankan bahawa dalam sistem SBPA yang akan dilaksanakan
       pada 2012, semua guru perlu mempunyai keazaman dan harapan yang tinggi
       untuk lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan merebut peluang untuk
       meningkatkan prestasi. Pengerusi mengingatkan dalam SBPA hanya ada satu
       laluan sahaja untuk guru, tiada lagi Guru Cemerlang dan Pengetua Cemerlang.
       Kenaikan gaji atau pangkat adalah berdasarkan prestasi kerja.

                                                               Tindakan : Semua AJK


 1.3   Pengerusi menerangkan ‘Blue Ocean Strategy’ (BOS) akan diterapkan dalam
       budaya kerja setiap guru SMK Iskandar Shah. Strategi ini diadaptasikan daripada
       dunia perniagaan yang menggunakan peluang secara optimum. Aplikasi BOS ini
       menyatakan tiada guru yang akan kekal cemerlang jika tidak merebut peluang
       yang terbentang luas dalam alam pendidikan.
                                                             Tindakan : Semua AJK

       1.3.1   Pengerusi berharap dengan pelaksanaan BOS ini dapat melahirkan ramai
               pakar pelbagai bidang di kalangan guru SMKIS. Setiap guru perlu ada
               daya kreativiti yang tinggi dan berinovasi.
                                                           Tindakan : Semua AJK

       1.3.2   Pengerusi menyarankan guru untuk membuka laman BOS di internet
               untuk melihat dengan lebih mendalam mengenai BOS. BOS mempunyai
              4 elemen penting iaitu: raise (meningkatkan), create (mencipta), reduce
              (mengurang) dan eliminate (menyingkirkan)
                                                             Tindakan : Semua AJK




2.    MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

      2.1 Pn Sri Haryani Bt Md Yunus mencadangkan minit mesyuarat 4/2011 disahkan
          dan disokong oleh En. Mohd Fazil b Mohd Damin.


3    PERKARA BERBANGKIT

     3.1 Pengerusi memaklumkan berkenaan perlaksanaan dasar MBMMBI yang akan
     dilaksanakan bagi tahun 2012 untuk matapelajaran Sains dan Matematik.
     Pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi Tingkatan 1 2012 adalah dalam
     dwibahasa.
                                         Tindakan:Panitia Sains dan Matematik

4 DASAR KURIKULUM SEKOLAH TAHUN 2012

      4.1 Mesyuarat membentangkan dasar kurikulum sekolah bagi tahun 2012.
          Kurikulum merupakan bidang utama bagi setiap guru dan murid yang belajar di
          sekolah ini selaras visi untuk menjadikan SMKIS sekolah gemilang negeri
          Melaka menjelang tahun 2015. Justeru, kurikulum yang dilaksanakan perlu
          selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua AJK diminta
          memahami dasar kurikulum sekolah serta mengambil tindakan yang perlu.
                                                            Tindakan: Semua AJK

      4.2 Pengerusi berharap setiap panitia juga menyediakan dasar panitia masing-
          masing.
                                                            Tindakan: Semua AJK

         4.2.1   Pengerusi memaklumkan mesyuarat jawatankuasa Kurikulum dan
                 Mesyuarat Panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya empat kali
                 setahun dan surat panggilan mesyuarat hendaklah disiarkan di dalam
                 portal sekolah atau blog panitia seminggu sebelum tarikh mesyuarat
                 diadakan. Salinan surat panggilan perlu difailkan disimpan dalam fail
                 mesyuarat kurikulum/panitia.
                                                               Tindakan : Semua AJK

         4.2.2   Pengerusi memberitahu minit mesyuarat yang disediakan oleh
                 setiausaha hendaklah disemak oleh GPK dan diemelkan kepada Tuan
                Pengetua. Dalam tempoh tujuh hari, minit mesyuarat perlu diemelkan
                pula kepada AJK untuk makluman dan tindakan.
                                                Tindakan: Setiausaha Kurikulum

        4.2.3   Pengerusi memaklumkan setiap kali mesyuarat tidak semestinya
                setiausaha yang akan membuat minit mesyuarat, AJK lain boleh juga
                menjadi pencatat minit mesyuarat.
                                                         Tindakan : Semua AJK

4.3 Pengerusi membuat teguran agar pengurusan fail mempunyai tatacaranya yang
    selari dengan kualiti sistem fail arkib Negara. Ini memudahkan fail dikawal,
    sistematik dan dapat dicapai dengan mudah.
                              Tindakan : Setiausaha Kurikulum/Pengerusi Panitia

 4.3.1 Pengerusi mencadangkan semua fail kurikulum/panitia disimpan di rak fail
       yang terdapat di bilik guru dan minit mesyuarat bagi tiga tahun yang lepas
       perlu disimpan untuk pemantauan pihak Nazir/KPM/JPM/PPD. Setiap fail
       disusun mengikut spesifikasi kod yang ditetapkan.
                              Tindakan : Setiausaha Kurikulum/Pengerusi Panitia

4.3.2 Pengerusi memberitahu fail yang digunakan adalah fail putih dan bukan berkulit
      keras , fail perlu ditutup sekiranya sudah cukup kandungan 100 helai.
                                Tindakan : Setiausaha Kurikulum/Pengerusi Panitia

4.4 Pengerusi memaklumkan pakej matapelajaran yang ditawarkan untuk Tingkatan 4
    dan 5 adalah aliran sains Tulen, aliran Sastera Ikhtisas/Kemanusiaan dan Katering
    &Penyajian. Tanaman makanan telah dimansuhkan mulai 2012. Pelajar yang ingin
    mengambil mata pelajaran di luar pakej yang ditawarkan hendaklah mendapat
    kebenaran Tuan Pengetua.
                                                        Tindakan:GPK Pentadbiran

4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa sukatan pelajaran perlu dihabiskan pada tarikh
    berikut:

             Tingkatan 3                   : 30 Jun
             Tingkatan 5 dan 6 atas        : 31 Julai
             Tingakatan 1,2,4 dan 6 rendah : 30 September
                                                             Tindakan: Semua AJK

4.5.1 Dimaklumkan setiap guru perlu menyimpan Sukatan Pelajaran, Huraian
      Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan terkini di dalam buku
      rekod mengajar . Guru-guru juga boleh menyimpan bahan tersebut
      menggunakan kemudahan ICT terkini. Pengerusi mencadangkan panitia
      memuat turun dalam blog panitia masing-masing.
                                            Tindakan : Semua Pengerusi Panitia
 4.6 Pengerusi memaklumkan Jadual waktu minima bagi setiap guru adalah 24 waktu
     pengajaran seminggu dan bagi guru yang dikhaskan sedikit waktu pengajaran perlu
     menghantar buku rekod mengajar kepada Tuan Pengetua.
                                                        Tindakan: AJK Berkenaan

 4.7 Pengerusi menegaskan perlu ada peningkatan kualiti penilaian dan pembinaan
     kertas soalan bagi setiap subjek.
                                                        Tindakan: Semua AJK

    4.7.1 Pengerusi memberitahu ujian/peperiksaan perlu diadakan empat kali setahun
          dan setiap guru yang menyediakan kertas soalan hendaklah menyediakan Jadual
          Spesifikasi Item (JSI). Setiap JSI perlu difailkan dan aras kesukaran soalan
          perlulah mengikut format PMR/SPM iaitu dalam nisbah 5 : 3 : 2.
                                                               Tindakan: Semua AJK

 4.8 Pengerusi menyatakan penentuan dasar hanya boleh diubah mengikut keputusan
     melalui mesyuarat jawatankuasa pengurusan atau mesyuarat jawatankuasa
     kurikulum sekolah.
                                                         Tindakan: Semua AJK

5      PEMBENTANGAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN TAKTIKAL

 5.1      Panitia Sains telah dipilih untuk membentangkan Perancangan Strategik dan
         Taktikal. Pengerusi menegur di bahagian SWOT di mana bahagian kekuatan dan
         kelemahan adalah perkara dalaman manakala peluang dan ancaman pula adalah
         perkara luaran. Pengerusi menegaskan semua strategi yang dihasilkan di dalam
         TOWS tidak semestinya digunakan semua, ia boleh digunakan dari masa ke
         semasa. Perancangan Strategik panitia sains boleh dijadikan contoh untuk panitia
         lain.
                                                                 Tindakan: Semua AJK


6       PEMBENTANGAN KPI 2012

 6.1     Pengerusi memaklumkan mengenai KRA (Bidang Keberhasilan Utama) dan KPI
         (Petunjuk Prestasi Utama) yang akan diambilkira untuk menilai prestasi guru.
         Pengerusi mengharapkan semua guru akan berkerja berpandukan kepada
         KRA dan KPI sekolah/panitia/unit. Untuk ini setiap panitia mesti mempunyai KPI
         masing-masing untuk dilaksanakan.
                                                                Tindakan: Semua AJK

 6.2     Pengerusi memaklumkan dan berharap KPI bagi setiap panitia/unit tercapai pada
         suku tahun terakhir.
                                                             Tindakan: Semua AJK
 6.3     Pengerusi memberitahu KPI bagi pencerapan P&P, iaitu setiap guru akan dicerap
         sekurang-kurangnya sekali oleh pentadbir. Beliau menambah, pencerapan boleh
         dibuat oleh rakan sejawat.
                                                             Tindakan : Semua AJK

    6.3.1   Pengerusi memberitahu KPI P&P berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan
            Malaysia 2010 boleh dimuat turun di laman web Jemaah Nazir. Untuk
            mendapat markah 5 dan 6 guru perlu ada kreativiti dan inovasi dalam
            pengajaran.
                                                          Tindakan: Semua AJK


7      PEMBENTANGAN PERBELANJAAN PANITIA

 7.1     Pengerusi membuat teguran agihan perbelanjaan bagi panitia sains dan berharap
         teguran tresebut dapat dijadikan panduan kepada panitia yang lain. Perbelanjaan
         mesti adil kepada semua murid mengikut tingkatan
                                                                Tindakan: Semua AJK

    7.1.1   Pengerusi menjelaskan jika ada panitia yang ingin mengadakan program
            kecemerlangan, sumber kewangan tidak perlu diambil dari kewangan panitia,
            sebaliknya boleh dipohon dari PIBG.
                                                             Tindakan: Semua AJK

    7.1.2   Pengerusi juga mengingatkan guru, supaya tidak menggunakan buku kerja
            dalam P&P , selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/1993. Adalah
            dicadangkan ahli-ahli panitia berkerjasama untuk membina set-set modul yang
            boleh digunakan sama ada di dalam dan luar P&P mahu pun kelas tambahan.
                                                                Tindakan: Semua AJK

    7.1.3   Pengerusi menegaskan sebarang pembelian buku tambahan ,bahan cetak atau
            untuk tujuan riso perlu mendapatkan kelulusan beliau. Untuk tujuan riso dan
            fotostat perlu direkodkan dalam buku rekod bahan cetak bagi mengelakkan
            pembaziran atau penyalahgunaan kemudahan.
                                                               Tindakan : Semua AJK


8      PEMBENTANGAN ANALISIS PMR 2011

    8.1 Pengerusi memaparkan secara “online” Melaka Hari Ini bertarikh 28 Disember
        2011, SMK Iskandar Shah cemerlang dengan 65 orang pelajar mendapat sempurna
        A dalam PMR. Beliau juga berharap SMKIS akan selalu menjadi bahan berita
        media dalam setiap keputusan peperiksaan awam.
                                                           Tindakan: Semua AJK
    8.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan berharap bilangan pelajar yang mendapat
        semua A dapat ditingkatkan pada tahun 2012. Berikut merupakan analisis PMR
        2011.
                                                              Tindakan : Semua AJK

    8.2.1 Analisis peringkat matapelajaran
                           BIL         A            B             C            D         A+B+C+D  E
   MATA PELAJARAN
                         AMBIL BIL       %    BIL    %      BIL        % BIL        %    BIL % BIL %
BAHASA MELAYU              199 156 78.4       42    21.1     1        0.5  0       0.0   199 100 0 0.0
BAHASA INGGERIS            199 111 55.8       68    34.2    18        9.0  2       1.0   199 100 0 0.0
SEJARAH                    199 120 60.3       51    25.6    27        13.6 1       0.5   199 100 0 0.0
GEOGRAFI                   199 107 53.8       48    24.1    40        20.1 4       2.0   199 100 0 0.0
PEND. ISLAM                153 109 71.2       42    27.5     2        1.3  0       0.0   153 100 0 0.0
MATEMATIK                  199 138 69.3       42    21.1    14        7.0  5       2.5   199 100 0 0.0
SAINS                      199 116 58.3       53    26.6    28        14.1 2       1.0   199 100 0 0.0
KHB-KT                      81    76 93.8      5    6.2      0        0.0  0       0.0   81 100 0 0.0
KHB-ERT                     62    52 83.9      7    11.3     3        4.8  0       0.0   62 100 0 0.0
KHB-PK                      56    27 48.2     21    37.5     8        14.3 0       0.0   56 100 0 0.0
BAHASA CINA                 21     6 28.6     13    61.9     0        0.0  2       9.5   21 100 0 0.0
BAHASA TAMIL                17    12 70.6      3    17.6     2        11.8 0       0.0   17 100 0 0.0

8.2.1 Analisis mengikut bilangan A

      BIL          2010            2011
                                             BEZA
      A'     BIL       %     BIL       %                          CATATAN
      8A     63       25.5   58       23.5   -2.0
      7A     23       9.3    28       11.3   2.0        7 org calon mengambil 7 m/p
      6A     18       7.3    20       8.1    0.8
      5A     14       5.7    14       5.7    0.0
      4A     22       8.9    17       6.9    -2.0
      3A     22       8.9    18       7.3    -1.6
      2A     25       10.1   21       8.5    -1.6
      1A     18       7.3    15       6.1    -1.2
      0A     11       4.5     8       3.2    -1.2



9     PENGURUSAN AM PANITIA

    9.1 Pengerusi menjelaskan pada tahun 2012, tiada lagi soalan selaras oleh Jabatan
        Pelajaran Melaka, bertujuan mengurangkan bilangan guru yang keluar sekolah.
     Justeru, panitia perlu menetapkan lebih awal guru yang akan menyediakan kertas
     soalan bagi setiap peperiksaan.
                                                       Tindakan : Pengerusi panitia

 9.2 Pengerusi menegaskan setiap ujian /peperiksaan perlu ada perlarasan analisis item
     dan ‘post-mortem’.
                                                            Tindakan : Semua AJK


10 PROGRAM KECEMERLANGAN

 10.1Pengerusi menjelaskan mulai tahun 2012, program kecemerlangan akademik akan
     diselaraskan oleh Jawatankuasa Program Kecemerlangan Sekolah dan tidak lagi
     melibatkan Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
                                Tindakan : AJK Program Kecemerlangan Sekolah

 10.2Pengerusi memaklumkan panitia perlu mengemukakan kertas kerja yang relevan
     untuk program peningkatan prestasi akademik.
                                              Tindakan : Semua Pengerusi Panitia

11 HAL-HAL LAIN

 11.1Pn .Noradhilla Arif memberitahu cadangan pembelian buku perlu dibincangkan
     dalam mesyuarat panitia dan pembelian buku hanya akan dibuat dengan
     persetujuan Jawatankuasa Induk Pusat Sumber ( Ketua panitia dan AJK Kurikulum
     yang lain)
                                  Tindakan : Jawatankuasa Induk Pusat Sumber

12 PENUTUP

 12.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang.


Disediakan oleh:                                     Disemak oleh:
Pn Noradhilla Bt Arif                                Pn Hamidah Bt Jasmani
Tarikh : 29 Disember 2011                            GPK Pentadbiran
                                                     SMK Iskandar Shah, Jasin

								
To top