Docstoc

Pilih_Urus_Niaga_Saham_Syariah

Document Sample
Pilih_Urus_Niaga_Saham_Syariah Powered By Docstoc
					Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara


            PILIH URUS NIAGA SAHAM SYARIAH

Ilmuwan Islam
MEGA : Apakah hukum asas bermain saham?.
ZAHARUDDIN         :  Kebanyakan      ulama     kontemporari
berpendapat tatkala kita membeli saham sesuatu syarikat,
kita sebenarnya akan memiliki sebahagian kepentingan ekuiti
syarikat tersebut, ini bermakna sebagai pemegang saham.
Dari sudut pandangan Islam, kita dikira sebagai rakan kongsi
syarikat terbabit.

Sebagai rakan kongsi, kita akan terdedah kepada risiko
kerugian ataupun kelebihan perolehan keuntungan. Dengan
ini, hukum asal pembelian saham adalah halal kerana ia
didasari akad „Shirkah‟.

Dalil kepada keharusan bersyarikat ini boleh dilihat di dalam
Al-Quran yang bermaksud : dan mereka berkongsi dalam
1/3...(an-Nisa : 12).

Dan juga hadis bermaksud : “Aku orang ketiga bersama dua
orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang yang
mengkhianati rakannya” (riwayat Abu Daud).

Pembelian saham juga harus dibuat melalui broker atau
remiser. Tugas mereka biasanya adalah menentukan nilai
pasaran dan coraknya, mengiklankan sebarang aset untuk
jualan, menayangkan beberapa aset kepada pembeli yang
berpotensi, menasihati pelanggan dalam tawaran yang
diterima, sebagai wakil untuk membeli dengan upah tertentu.

Urus niaga di bursa saham telah dibincangkan banyak kali
dalam pelbagai persidangan ulama dan pakar kewangan
sedunia. Keputusan Kesatuan Fiqh Antarabangsa (pada 9-14
Mei 1992) dan Majlis Kajian dan Fatwa Eropah dalam
keputusannya (7/1) 63 antara lainnya menyebut :



PUTP Excel Sdn Bhd                                          1
Perunding Pengurusan & Keusahawanan
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara


       “Hukum membeli saham pada asalnya adalah sama
       dengan hukum bersyarikat atau musyarakah atau rakan
       kongsi. Ia adalah harus menurut syariah daripada al-
       Quran dan hadis”.

Walaupun hukum asalnya harus, ia tetap mempunyai
beberapa syarat umum bagi memastikan yang harus tidak
berubah kepada haram.

Antara syarat umum yang telah diletakkan dalam hal
menyertai aktiviti urus niaga ini adalah :
     a) Penubuhan dan penyertaan sebuah syarikat yang
        patuh syariah di dalam bursa adalah harus.
     b) Tiada sebarang perbezaan pandangan bahawa
        menyertai atau membeli saham syarikat yang asas
        utama perniagannya adalah haram seperti institusi
        kewangan yang memberi pinjaman riba atau berniaga
        barangan yang diharamkan adalah tidak dibenarkan
        sama sekali.

Majoriti ulama dunia mengharuskan penjualan dan pembelian
di bursa
        Syarat ijab kabul telah terlaksana dalam pembelian
        dan penilikan saham.
        Majlis Pengarah syarikat telah mewakili seluruh
        pemegang saham dalam pengurusan syarikat mereka.

Sehubungan itu, para ulama besar mengharuskannya seperti
Sheikh Mahmud Syaltut, Sheikh Ali Khafif, Sheikh
Muhammad Abu Zahrah, Dr. Muhammad Yusof Musa dan
rasmi lagi. (At-Takaful Al-Ijtima‟ie, Abu Zahrah, 2/184, As-
Syarikat : Ali Khafif, hlm 96; Al-Muamalat Al-Maliah, Uthman
Syabir, hlm 206).

Namun terdapat sedikit pertikaian hukum berkongsi syarikat
dengan bukan Islam. Perbincangan dan pertikaian timbul
dalam isu membeli saham yang dianggap patuh syariah tetapi
majoriti pemilikannya adalah individu bukan Islam.


PUTP Excel Sdn Bhd                                         2
Perunding Pengurusan & Keusahawanan
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara


Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan
ada juga yang menganggapnya sebagai makruh. Ia
berdasarkan riwayat Ibnu Abbas r.a yang bermaksud :
Berkata Ibnu Abbas, “Jangan kamu bersyarikat dengan
Yahudi, Nasrani atau Majusi”, maka aku (Ibnu Hamzah)
bertanya “mengapa tidak?” Jawab Ibnu Abbas : “Kerana
mereka melakukan riba dan tidak halal”. (Al-Mughni, Ibnu
Qudamah, 5/3; Al-Muhazzab, 1/345).

Hadis di atas menjadikan Imam As-Syafie menganggap
bermusyarakah dengan bukan Islam adalah makruh. Imam
Ahmad, Awzaie dan Hasan al-Basri menganggapnya harus.

Imam Ibnu Quddamah juga mengatakan kata-kata Ibnu
Abbas tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak
pula tersebar di kalangan sahabat lain.

Khalifah Umar al-Khattab berpandangan harusnya dengan
iktikad ia daripada pendapatan mereka yang halal
sebagaimana Nabi SAW diriwayatkan membeli makanan
daripada Yahudi dan mencagarkan baju besi baginda SAW.

Pandangan mengharuskan dengan melihat kepada perincian
aktiviti syarikat ini disokong kuat oleh ulama besar
kontemporari seperti Sheikh Mustafa Az-Zarqa. Beliau
menolak pengharaman umum ke atas penyertaan di bursa
saham.

Justeru selagi mana urus niaga syarikat adalah menepati
syariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi bukan
Islam yang sama ada diketahui atau tidak bahawa modalnya
daripada yang haram. Ia juga dikuatkan oleh riwayat berikut :

Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Athar
berkata : Rasulullah SAW melarang daripada bermusyarakah
dengan Yahudi dan Nasrani kecuali jika jual belinya di tangan
orang Islam (menuruti syariah). (Al-Kafi fi Fiqh al-hanbali,
2/257; Al-Mubdi‟, Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif
sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556).

PUTP Excel Sdn Bhd                                          3
Perunding Pengurusan & Keusahawanan
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara


Ada yang bagi alasan, saham-saham yang mematuhi
syariah itu kurang menguntungkan berbanding saham
bukan syariah. Adakah tanggapan ini betul?

ZAHARUDDIN : Saya kurang bersetuju dengan tanggapan
tersebut. Setakat semakan saya, kebanyakan blue chips atau
saham-saham syarikat-syarikat besar, terkenal dan yang
mempunyai keuntungan konsisten di Malaysia telah disahkan
patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Oleh yang demikdian tidak timbul persoalan kurang
menguntungkan. Cuma jika ingin dibandingkan dengan
beberapa syarikat yang tidak patuh syariah seperti perjudian
dan kewangan riba.

Mungkin dakwaan itu ada sedikit kebenarannya, namun
demikian tidak tepat untuk mendakwa kaunter tidak halal ini
sentiasa lebih menguntungkan berbanding yang patuh
syariah.

Ada pelbagai jenis orang yang main saham. Apa hukumnya
bagi yang main kontra?

ZAHARUDDIN: Jualan kontra adalah apabila pembeli saham
mengambil peluang daripada tempoh penangguhan bayaran
saham yang dibeli untuk membeli sesuatu saham dan
kemudian menjualnya sebelum tempoh „wajib‟ bayar tiba.

Sebagai contoh di Malaysia wujud undang-undang T+3. Ia
bererti urus niaga pembelian saham dibuat sebagai contoh
pada hari Isnin, tetapi pembayaran bagi pembelian tadi mesti
diselesaikan dalam sebelum atau pada hari Khamis (dalam
masa tiga hari).

Pemilikan saham akan bertukar milik sejurus          selepas
transaksi walaupun pembayaran belum dibuat.

Walau bagaimanpun, jangan disangka bahawa diantara
tempoh tiga hari itu, seseorang mempunyai masa untuk

PUTP Excel Sdn Bhd                                         4
Perunding Pengurusan & Keusahawanan
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara


membatalkan urus niaga. Urus niaga telah termeterai pada
hari urus niaga iaitu hari Isnin dalam contoh di atas. Cuma
proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum
dibuat. Hukum transaksi kontra seperti ini boleh datang
dalam dua keadaan :
   a) Jika pembeli punyai wang secukupnya dari awal; Jika
      pembeli membeli sebuah saham patuh syariah dengan
      kontra dengan cara pembayaran
      T-3, dan beliau sememangnya telah mempunyai wang
      cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian
      sahamnya dari hari pertama lagi. Namun sebelum tiba
      tempoh penyelesaian pembayaran tiba, harga sahamnya
      melonjak naik, menyebabkan dia dengan segera
      menjualnya agar dapat perolehi keuntungan. Urus niaga
      seperti ini halal.

Keharusan ini dikuatkan lagi apabila keterangan di dalam
web bursa Malaysia menjelaskan setiap individu yang ingin
membeli mestilah mempunyai wang yang mencukupi untuk
menampung harga saham yang dibeli dan juga semua kos
transaksi.

Jika demikian peraturannya, saya berpendangan bahawa hak
milik sekuriti yang dibeli telah sempurna. Ia juga memang
mempunyai wang yang mencukupi bagi tujuan pembelian itu
walaupun belum sampai hari wajib bayar, tatkala itu, belian
dan jualannya adalah sah.

   b) Tidak punyai wang cukup. Sekiranya, pembeli tidak
      mempunyai wang yang cukup di dalam akaunnya pada
      waktu pembelian, tetapi hanya dipinjam daripada wang
      broker dengan adar faedah tertentu dengan harapan
      harga akan menjadi lebih tinggi daripada apa yang dibeli.
      Ia adalah haram.

Ini dilakukan bagi membolehkannya menjual sekuriti yang
dibelinya sebelum sampai masa perlu bayar dan membuat
keuntungan atas angin kerana membeli tanpa modal sebenar.


PUTP Excel Sdn Bhd                                            5
Perunding Pengurusan & Keusahawanan
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara


Bagi saya urus niaga seperti ini (jika berlaku) ia tidak syak
lagi mempunyai unsur riba (jika modal yang dipinjam punyai
faedah).

Sekiranya tiada punyai sebarang faedah, ia masih mempunyai
elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung kepada
nasib dan harapan harga akan naik. Pembeli pula tiada
sebarang wang yang mencukupi, ia hanyalah bergantung
kepada wang broker yang mengabuinya. Tatkala itu transaksi
tetap tidak halal.

Apa pula hukumnya melibatkan diri dengan pelaburan di
Internet?

ZAHARUDDIN : Islam menerima transaksi kewangan sama
ada jual beli dan juga pelaburan yang dilakukan melalui
internet. Cuma syarat-syarat bagi jual beli dan pelaburan
mestilah dipastikan terlebih dahulu.

Secara ringkasnya, pelaburan melalui Internet hanya akan
menjadi halal sekiranya :
  a) Tiada unsur gharar (tidak tentu status) berkenaan latar
     belakang syarikat yang menguruskan pelaburan itu.
     Justeru mesti dipastikan syarikat itu benar-benar wujud
     dan diketahui lesen serta perincian pengurusan syarikat.
  b) Diketahui dengan jelas jenis pelaburan atau perniagan
     yang dilaksanakan oleh syarikat terbabit dan status
     halalnya.
  c) Cara pelaburan dilakukan secara halal tanpa sebarang
     jaminan untung tertentu dan jaminan selamat modal,
     jika terdapat unsur jaminan sebegini, ia disepakati
     ulama sebagai haram kerana riba.
  d) Memastikan syarikat yang dilaburkan dana kita melalui
     Internet itu disahkan kewujudannya oleh Suruhanjaya
     Sekuriti Malaysia.




PUTP Excel Sdn Bhd                                          6
Perunding Pengurusan & Keusahawanan
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara


Dalam Islam, yang penting bagi rezeki kita ialah
keberkatan walaupun ia sedikit. Boleh ustaz terangkan
dalam konteks saham ini.

ZAHARUDDIN : Islam tidak menyekat umatnya untuk
memperoleh keuntungan. Namun beberapa hukum haram
diletakkan bagi apa-apa transaksi yang menyumbang kepada
mudarat kepada diri sendiri atau zalim kepada sebelah pihak
lain.

Dalam urus niaga saham, kita tahu terdapat banyak teknik
pembelian saham yang wujud, dan sebahagiannya telah saya
ulas di dalam buku saya „Wang, Anda dan Islam‟.

Ringkasnya, terdapat cara yang haram dan ada pula yang
halal. Bagi mereka yang mendambakan keuntungan lumayan
mereka mungkin akan melibatkan diri sam ada melalui
pinjaman riba dengan broker bagi menambahkan kemampuan
modalnya, atau membeli saham tidak patuh syariah yang
dikira stabil dan untung, atau memasuki alam urus niaga
saham sebagai tempat berjudi.

Nabi pernah mengingatkan bahawa riba itu walau banyak
pada kiraan fizikalnya, ia bakal membawa kepada sedikit.
Maksud „sedikit‟ itu adalah kerana individu terbabit akan
sentiasa merasa tidak cukup, „sedikit‟ juga bermaksud
perolehan itu hanya akan mendorongnya kepada sedikit dan
kurang rahmat dan belas Allah terhadapnya.

Tiada berkat ini akhirnya, mengotorkan jiwa, hati dan
pemikiran individu terbabit sehingga sifat tamaknya terus
membuak dan sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada.

Lebih teruk, ketiadaan berkat dalam pendapatan mendorong
individu kepada lebih banyak dosa dan liat dalam melakukan
amal soleh. Atas sebab itu, Islam sentiasa mengajak umatnya
memastikan status halal dalam pendapatan walau sedikit
kerana keberkatan itu sumber kebahagiaan dan ketenangan
hati.

PUTP Excel Sdn Bhd                                        7
Perunding Pengurusan & Keusahawanan
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara




Apa guna harta yang banyak dengan hati yang sentiasa
tertekan dan tidak tenteram.

Apakah status urus niaga yang dilakukan selepas azan
pertama dikumandangkan pada hari Jumaat?

ZAHARUDDIN : Solat Jumaat wajib hanya ke atas lelaki
baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urus niaga diantara
wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua
dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus.

Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-
empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat
jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan
sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki,
sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya
sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang
maksud-Nya : Wahai orang yang beriman, apabila telah diseru
untuk solat pada hari Jumaat, bersegeralah kepada mengingati
Allah dan tinggalkanlah jual beli.

Menurut majoriti mazhab seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali,
berjual beli selepas azan kedua (iaitu azan semasa khatib
telah duduk di atas mimbar) hari Jumaat adalah haram,
akadnya tidak sah.

Hasil perolehan daripada akad itu juga adalah haram dan
pemilikan barang yang dibeli juga tidak sah. Ulama Mazhab
Syafie menganggap jual beli pada waktu itu hanya makruh
dan masih sah.



PUTP Excel Sdn Bhd                                         8
Perunding Pengurusan & Keusahawanan
Kursus Kecemerlangan Usia Emas Untuk Bakal Pesara


Jual beli yang dilakukan setelah azan pertama iaitu sebelum
imam atau khatib duduk di atas mimbar, ulama seperti At-
Tohawi mengatakan ia adalah sah dan dibenarkan. Cuma
tidak digalakkan kerana dibimbangi akan menyibukkan
kedua-dua pembeli dan penjual dari kewajipan solat Jumaat.

Perlu difahami bahawa azan di zaman Nabi SAW, Abu Bakar
as-Siddiq dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, manakala di
zaman Uthman, bilangan umat islam bertambah lalu
diperkenalkan azan kedua dan seterusnyua ketiga (berfungsi
sebagai iqamah).

Imam Al-Bukhari melaporkan bahawa azan Jumaat di zaman
Nabi dilaungkan hanyalah sekali iaitu di waktu imam
mengambil tempat di atas mimbar.

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila :
   a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di
      atas mimbar.
   b) Dilakukan oleh lelaki yang wajib solat Jumaat.
   c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini.


Dipetik dari akhbar UTUSAN MALAYSIA, Selasa 29 September 2009.




PUTP Excel Sdn Bhd                                               9
Perunding Pengurusan & Keusahawanan

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1
posted:1/24/2012
language:
pages:9