PENGAWAL LOGIK BOLEH-ATURCARA (PLC)
PLC adalah singkatan bagi perkataan Programmable Logic Controller iaitu
Pengawal Logik Boleh-aturcara, dimana telah ditakrifkan oleh National Electrical
Manufacturer Association U.S (NEMA) sebagai :-
“Suatu peralatan elektronik yang beroperasi secara digital dimana, ia menggunakan
ingatan boleh-aturcara untuk menyimpan arahan di storan dalaman bagi melaksanakan
fungsi-fungsi tertentu seperti logik, penjujukan, pemasaan, pembilang dan arimatik
dengan cara mengawal menerusi modul/keluaran digital atau analog untuk berbagai jenis
mesin atau proses”
Pemgawal Logik Boleh-aturcara beroperasi secara asas iaitu dengan memeriksa
isyarat masukan dari suatu proses dan melaksanakan arahan logik (yang mana telah
diaturcarakan di dalam ingatannya) pada isyarat masukan ini dan mengeluarkan isyarat
keluaran untuk melaksanakan suatu proses yang lain.
KELEBIHAN PLC
1. Membuat atau mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah kerana tidak perlu
mengubah sistem pendawaian , cuma perlu mengubah aturcara.
2. Keboleharapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik
yang tidak melibatkan pergerakan fizikal
3. Penyelengaraan PLC adalah mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen
elektronik dan ia mempunyai aturcara diagnostik sendiri. Ini akan mengurangkan
down-time.
4. PLC boleh berantaramuka dengan PLC lain dan sistem komputer untuk
memproses penukaran maklumat.
5. Saiz PLC yang kecil menyebabkan ia hanya memerlukan ruang yang kecil dan
sesuai diletakkan dimana-mana sahaja.
6. PLC tahan lasak terhadap hingar elektrik , kelembapan yang tinggi dan
persekitaran yang tidak selesa.
PERBANDINGAN DI ANTARA LITAR LOGIK TERDAWAI KERAS DAN PLC
Litar logik terdawai keras Pengawal boleh-aturcara
Peranti kawalan (perkakasan) Untuk tujuan khusus Untuk tujuan umum
Skil kawalan Kecil dan sederhana Sederhana dan besar
Penukaran atau penambahan Sukar Mudah
pada spesifikasi
Masa pengagihan Beberapa hari Segera
Penyelenggaraan Sukar Mudah
Keboleharapan Bergantung pada reka bentuk Sangat tinggi
dan pengeluaran
Ekonomi Kelebihan pada tahap operasi Kelebihan pada operasi yang
yang kecil kecil, sederhana dan besar.
SATU SISTEM KAWALAN YANG BIASA
KOMPONEN DAN STRUKTUR DALAMAN SISTEM PLC
Komponen asas yang terdapat pada sistem PLC ialah :
1. Antaramuka masukan/keluaran ialah untuk menyediakan penyambungan atau
perhubungan dengan kelengkapan perindustrian yang hendak dikawal.
2. Unit pemprosesan pusat (CPU) ialah sistem mikropemproses yang berkemampuan
untuk membuat dan melaksanakan semua keputusan, logik dan fugsi matematik serta
menyelia semua isyarat masukan dan keluaran.
3. Ingatan ialah tempat dimana semua aturcara di simpan. Terdapat dua jenis ingatan
yakni ingatan data dan ingatan aturcara.
4. Bekalan kuasa untuk pengawal dan isyarat keluaran.
5. Peranti masukan aturcara, contohnya papan atau butang kekunci.
Pengawal Logik Boleh-aturcara boleh diperlihatkan sebagai satu siri komponen
yang dihubungi dengan talian bas data. Rajah di bawah menunjukkan struktur dalaman
sebuah Pengawal Logik Boleh-aturcara.
Bas masukan/keluaran
Ingatan
Bekalan Masukan dan
kuasa mikropemproses keluaran
Ingatan data
Unit pemprosesan pusat
Bekalan tenaga Masukan keluaran
luaran
OPERASI PENGAWAL LOGIK BOLEH –ATURCARA
Operasi Pengawal Logik Boleh-aturcara terbahagi kepada tiga fasa. Berikut
turutan fasa pengoperasian sebuah PLC :
Fasa 1 : Mikropemproses ‘memfoto’ paras logik masukan dan memindahkan imej
tersebut ke dalam ingatan data. Rajah sebelah menunjukkan operasi fasa 1 ini.
Fasa 2 : Melaksanakan operasi logik yang di aturcara tetap di dalam ingatan aturcara,
dari satu per satu. Ini dilakukan dengan menggunakan imej status masukan yang
tersimpan di dalam ingatan data. Hasil keputusan operasi logik ini akan disimpan di
dalam ingatan data (imej keluaran). Rajah di bawah menunjukkan operasi fasa 2 ini.
Fasa 3 : Salinan terhadap imej keluaran (dalam ingatan data) dari status logik di mana
dipindahkan ke modul keluaran. Rajah di bawah menunjukkan operasi fasa 3 ini.
JADUAL KATEGORI PLC
Saiz Bilangan masukan/keluaran Saiz ingatan (kata)
Mikro 512 >12 K
SPESIFIKASI UMUM NAIS SIRI FP1-C16
Spesifikasi untuk PLC jenis siri FP1-C16 adalah seperti berikut :-
Masukan : X0 hingga X7
Keluaran : Y0 hingga Y7
Pemasa : Nombor suruhan pemasa – TM (R,X,Y) 0 hingga TM (R,X,Y) 99
Nilai set pemasa - K0 hingga K32767
Pembilang : Nombor suruhan pembilang – CT 100 hingga CT 127
Nilai set pembilang - K0 hingga K32767
Geganti dalaman : R0 hingga R15F (256)
Voltan operasi : Voltan A.T 24 V, Voltan A.U 100 hingga 240 V.
SIMBOL – SIMBOL LOGIK