ALIAS BIN HASSAN
PT 20386 K , Taman Permint Perdana Fasa II
Seberang Takir
21300 Kuala Terengganu.
20 September 2010
YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said,
Menteri Besar Terengganu,
Tingkat 16, Wisma Darul Iman,
Jalan Sultan ismail
20503 Kuala Terengganu.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,
PERMOHONAN JAWATAN SECARA KONTRAK SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/PENOLONG
SETIAUSAHA POLITIK ATAU SETARAF KEPADA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR
TERENGGANU ATAU VIP (EXCO)
Berhubung perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.
2. Berhubung perkara tersebut saya yang bernama di atas dengan rendah hati ingin memohon
kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri untuk jawatan sebagai Pembantu Peribadi kepada VIP
atau Penolong Setiausaha Politik kepada Dato’ atau VIP atau jawatan yang setaraf dengan
kelayakan Akademik yang saya miliki. Bersama-sama ini disertakan Resume (kenyataan
peribadi) untuk rujukan.
3. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, saya telahpun menamatkan
perkhidmatan dengan swasta di Syarikat FELCRA Berhad (persaraan wajib ) umur 56 tahun pada
13 Januari 2010 lalu. Bersama-sama ini dikepilkan surat daripada FELCRA Berhad yang
menerangkan maksudnya Sehubungan itu dalam usia yang terkini saya masih mampu serta
berkeupayaan memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada pentadbiran yang diterajui oleh
Dato’ Seri sebagai Menteri Besar Terengganu.
2/-
- 2 -
4. Dengan penamatan di dalam perkhidmatan swasta insyaalah akan memberi kepada saya
ruang untuk menumpukan sepenuh masa kerjaya di dalam politik selepas selama 38 tahun
berkhidmat di swasta/kerajaan serta sedikit sebanyak dapat membantu Dato’ Seri dalam
jentera pentadbiran negeri yang berterusan.
5. Saya berjanji dengan YAB Dato’ seri sekiranya diterima permohonan saya di atas, akan
berkhidmat dengan dedikasi serta menunjukan komitmen yang bersepadu demi untuk
menjayakan wawasan dan pembangunan ke arah merealisasikan 1 Malaysia.
Sekian, sekali lagi saya berharap agar permohonan saya mendapat pertimbangan serta
perhatian daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,
Terima kasih.
Yang benar,
(ALIAS BIN HASSAN)
Kp : 540113-11-5195
LAPORAN BULANAN AKTIVITI PENGAWAL KESELAMATAN BAGI BULAN MARCH 2011
POST : PANDU ARAH (DCA 3)
Pengawal keselamatan yang terdiri daripada keanggotaan seramai 4 (empat) lelaki terbahagi
kepada tugas harian secara shiyt (Giliran) iaitu 2 anggota berkawal siang hari daripada 0800 am
sehingga 2000 pm dan anggota malam berkawal di post dari jam 2000 pm sehingga 0800 am
seramai 2 anggota.
Pembahagian tugas pengawal di waktu siang dan malam ialah bagi menentukan laluan pandu arah
dalam situasi selamat sentiasa daripada ancaman atau anasir yang tidak diingini. Pengawal keselamatan
dikehendaki mengawasi pandu arah dengan mengawal atau membuat rondaan selama 2 jam bergilir-
gilir dan membuat laporan di dalam buku laporan harian bertugas pengawal. Dalam pemerhatian saya
sebagai Pegawai Operasi di Syarikat Perisa Sepadu Security Sdn Bhd , pengawal berada di dalam
terkawal dan membuat laporan harian seperti mengikut procedure operasi.
Mengikut apa yang terjadi pada pagi 31 March 2011 yang mana didapati pintu pagar utama masuk ke
DIVOR tidak berkunci disebabkan kunci yang tidak berfungsi iaitu berkarat dan pihak kami telahpun
menggantikan kunci yang lama dengan kunci yang baru. Berkaitan dengan tindakan pengawal
keselamatan kami yang dilaporkan oleh pihak DCA semasa lawatan mengejut pada hari tersebut , kami
telah membuat peringatan keras terhadap kedua –dua pengawal berkenaan yang didapati tidur
sehingga selesai pemeriksaan oleh pihak DCA. Sekiranya perkara yang sama berlaku pihak kami akan
mengambil tindakan tegas dengan memberhentikan perkhidmatan pengawal berkenaan.
CADANGAN /PANDANGAN:
Sebagai pandangan pihak DCA , disini kami ingin memberi cadangan iaitu diharap pihak tuan dengan
memasang lampu suar (spot light) di pondok pengawal yang mana menghala ke semak/belukar di
seberang jalan. Perkara ini telah disuarakan dalam mesyuarat pengurusan sebanyak 2 kali (semasa
pengarah lama ).
- 2 -
Lampu spot light ini perlu kerana pengawal dapat membuat pemerhatian dengan jelas dimana
buat masa kini keadaan dihadapan pondok agak gelap kerana lampu panjang sediada tidak dapat
member i cahaya yang terang dan jelas. Kami berharap pihak tuan mengambil tindakan perkara
berkenaan.
Sekian laporan kami untuk bulan March 2011 bagi pihak tuan member komen-komen yang dapat
membantu meningkatkan lagi perkhidmatan Syarikat kami kepada Syarikat Penerbangan Awam (DCA)
disamping menjalinkan hubungan dua hala dengan baik dalam erti kata membina satu rangkaian
perniagaan serta pengurusan yang berterusan.
PERISA SEPADU SECURITY SDN BHD
KUALA TERENGGANU
TARIKH : 02 MARCH 2011
LAPORAN TERHADAP PENGAWAL KESELAMATAN BERUNIFORM ILP KUALA TERENGGANU.
NAMA PENGAWAL KESELAMATAN : EN. AZIZ BIN DOLLAH
SELAMA HAMPIR 5 (LIMA) BULAN SYARIKAT KAMI IAITU PERISA SEPADU SECURITY SDN BHD DIBERI
TANGGUNGJAWAB UNTUK MENGAWAL DI PONDOK HADAPAN DAN BELAKANG SERTA MENGIKUT
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DI DALAM PERJANJIAN
KONTRAK DAN DISINI KAMI INGIN MEMBUAT LAPORAN TERHADAP SEORANG PENGAWAL
KESELAMATAN JABATAN ILP TUAN IAITU BERNAMA EN. AZIZ BIN DOLLAH. RASA KETIDAKPUASAN
SYARIKAT DIMANA LAPORAN DARI MASA KESEMASA DARIPADA PEGAWAI OPERASI KAMI DAN KETUA
PENGAWAL YANG SENTIASA MEMBERI KERJASAMA TENTANG PERLAKUAN PENGAWAL BERKENAAN.
UNTUK MAKLUMAN TUAN, SEJAK SYARIKAT KAMI DIBERI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MEMBERI
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI JABATAN ILP KUALA TERENGGANU SEHINGGA KINI
SERAMAI 18 ORANG PENGAWAL KESELAMATAN YANG DILANTIK OLEH KAMI TELAH SILIH BERGANTI
BERHENTI. SETELAH MEMBUAT ANALISIS DAN KAJIAN KE ATAS RESPONDEN KAMI (PENGAWAL YANG
TELAH BERHENTI) ADALAH DIRUMUSKAN, KEBANYAKAN PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN KAMI
TERTEKAN ATAU STRESS DIMANA PENGAWAL KESELAMATAN JABATAN ILP BERKENAAN MEMBERI
TEKANAN KE ATAS PENGAWAL KESELAMATAN KAMI. BELIAU JUGA DIFAHAMKAN TELAH
MENGELIRUKAN FAKTA-FAKTA DAN SERING MEMBUAT TOHMAHAN YANG BUKAN-BUKAN SEPERTI
MENYURUH PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN KAMI BERHENTI DENGAN GAJI RM 800.00
SEBULAN ADALAH RENDAH DAN MEMPELAWA SUPAYA PENGAWAL PENGAWAL KESELAMATAN KAMI
BEKERJA DITEMPAT-TEMPAT LAIN YANG MENAWARKAN GAJI YANG LEBIH SEPERTIMANA DI SEKOLAH-
SEKOLAH YANG TELAH MENAWARKAN GAJI PELAKSANAAN PENYELARASAN GAJI BARU PENGAWAL
KESELAMATAN YANG DIWARTAKAN AWAL JANUARI 2011. TETAPI APA YANG PEGAWAI KAMI TELAH
MENYIASAT PERKARA BERKENAAN SAMADA BETUL ATAU TIDAK DAKWAAN PENGAWAL KESELAMATAN
JABATAN TUAN ITU NAMUN SETAKAT INI TIDAK ADA SEKOLAH YANG MENAWARKAN GAJI PELARASAN
GAJI MANIMUN YANG DIUMUMKAN KERAJAAN ITU.
SELAIN ITU, BELIAU JUGA SERING MEMPERLEKEH-LEKEHKAN PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN
KAMI DAN SELALU DIBANDINGKANKAN DENGAN SYARIKAT KESELAMATAN YANG SEBELUM INI DI ILP
KUALA TERENGGANU YANG MANA SEOLAH-OLAH PENGAWAL –PENGAWAL KAMI TIDAK BERETIKA
DENGAN PENGAWAL-PENGAWAL DI SYARIKAT SEBELUM INI. SELAIN ITU BELIAU JUGA TELAH SERING
MENEGUR PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN SYARIKAT KAMI DENGAN SUARA YANG AGAK KERAS
YANG TIDAK SEPATUTNYA SEBAGAI PEGAWAI KERAJAAN TUAN MELAKUKAN. SEPATUTNYA BELIAU
PERLU MEMBERI BIMBINGAN DAN MOTIVASI KEPADA PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN SYARIKAT
KAMI. KAMI SEBAGAI PELANGGAN JABATAN TUAN AKAN TERIMA DENGAN TEGURAN-TEGURAN
DARIPADA PENGAWAL KESELAMATAN JABATAN TUAN ITU, TETAPI PERLU DIINGATI PENGAWAL-
PENGAWAL KAMI MASIH MENTAH DALAM SOAL KESELAMATAN DI IPTS DAN MASIH BIMBINGAN,
NAMUN SOAL MARUAH SESEORANG INDIVIDU PERLU DIJAGAI .
DISINI JUGA INGIN KAMI KATAKAN, SELAMA 3 BULAN JANGKA MASA TEMPUH PERCUBAAN (TRIAL
PERIOD) TELAH SELESAI DAN SEDIA MAKLUM SEBELUM INI, DALAM MASA TEMPUH BERKENAAN IAITU
DARI 01 DISEMBER 2010 SEHINGGA 28 FEBRUARI 2011 SEMEMANGLAH SEORANG PENGAWAL
KESELAMATAN JABATAN PERLU BERADA DI PONDOK UTAMA BAGI MEMBERI BIMBINGAN DAN TUNJUK
AJAR SERTA MEMBERI PANDUAN TENTANG PERATURAN-PERATURAN DAN PROSEDUR YANG PERLU
DIIKUTI SEPANJANG BERTUGAS. APA YANG KAMI HAIRANKAN MASA PERCUBAAN 3 BULAN SUDAH
TAMAT NAMUN PENGAWAL KESELAMATAN JABATAN TUAN MASIH MEMBERI ARAHAN SERTA MASIH
BERADA DI PONDOK UTAMA PADA SIANG HARI SEOLAH-OLAH TIDAK ADA TUGAS BAGI BELIAU.
SEOLAH-OLAH PENGAWAL KAMI TIDAK TAHU BUAT KERJA SEBAGAI PENGAWAL. PADA HAL SYARIKAT
TELAH MELANTIK SEORANG KETUA PENGAWAL KESELAMATAN SIANG DAN MALAM BAGI MENENTUKAN
SERTA MENYELESAIKAN APA-APA MASALAH YANG BERBANGKIT DAN MEMAKLUMKAN KEPADA
PEGAWAI KAMI YANG JUGA SEBAGAI PENYELIA KESELAMATAN SYARIKAT.
SYARIKAT KAMI JUGA TELAH MEMPUNYAI SEORANG PENGURUS DAN PEGAWAI OPERASI DIMANA
TUGASNYA ADALAH SEBAGAI PENYELIA KESELAMATAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS SEPERTI
MENEGUR DAN MEMBERI PANDUAN PENUGASAN APA YANG PERLU KEPADA PENGAWAL-PENGAWAL
KESELAMATAN KAMI. BELIAU JUGA SERING BERJUMPA DENGAN PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN ILP
BAGI MENDAPAT KOMEN-KOMEN SERTA PERLAKUAN YANG TIDAK BETUL TERHADAP PENGAWAL
KESELAMATAN KAMI. SELAIN MEMBUAT LAWATAN ATAU TINJUAN KE POST-POST KAMI, PEGAWAI KAMI
JUGA AKAN (KALAU PERLU) BERJUMPA DENGAN TUAN BAGI MENDAPAT PEMAKLUMAN TERBAHARU
DARI MASA KESEMASA DALAM MEMPERTINGKATKAN MUTU KERJA SEBAGAI SEORANG PENGAWAL
KESELAMATAN. UNTUK MAKLUMAN TUAN, PEGAWAI KAMI TERSEBUT ADALAH BEKAS PEGAWAI
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TERLATIH, PENUH BERKHIDMAT DI LUAR NEGARA DAN SYARIKAT
MEMBERI KEPERCAYAAN PENUH TENTANG SOAL KESELAMATAN /SEBARANG ANCAMAN SEKIRANYA
BERLAKU DAN TIDAK PERLU LAGI PENGAWAL KESELAMATAN TUAN ITU MEMBERI SEBARANG TEGURAN
(SELEPAS 3 BULAN TEMPOH PERCUBAAN).
APA YANG KAMI DENGAR SEBELUM INI DARIPADA SYARIKAT-SYARIKAT KESELAMATAN YANG
TERDAHULU YANG MEMBERI KHIDMAT KAWALAN KESELAMATAN DI JABATAN TUAN , MEMANGLAH
BENAR DAKWAAN MEREKA YANG MENGATAKAN PENGAWAL KESELAMATAN TUAN ITU SEOLAH-OLAH
INGIN MEMBUAT SOBATAJ TERHADAP SYARIKAT KAMI AGAR SEGERA DITAMATKAN KONTRAK. KAMI
FIKIR FAKTOR-FAKTOR UTAMA PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN KAMI YANG BERHENTI BUKAN
DISEBABKAN SOAL GAJI MANIMUN SEKARANG, TETAPI SELAGI PENGAWAL KESELAMATAN TUAN
BERTUGAS DI ILP KUALA TERENGGANU (EN.AZIZ BIN DOLLAH) SELAGI ITULAH RAMAI LAGI PENGAWAL-
PENGAWAL KESELAMATAN KAMI ATAU SYARIKAT LAIN-LAIN YANG DILANTIK OLEH PIHAK ILP NANTI
TIDAK AKAN KEKAL SEBELUM TEMPOH KONTRAK SEBENARNYA.
SEBAGAI CADANGAN KE ARAH KEPENTINGAN ANTARA SYARIKAT KAMI DENGAN PIHAK ILP KUALA
TERENGGANU, SEWAJARLAH PIHAK TUAN HARUS MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA AGAR PENGAWAL-
PENGAWAL KESELAMATAN KAMI DAPAT MENJALANKAN OBLIGASI SECURITY DENGAN TENANG DAN
TIDAK BERADA DALAM KEADAAN STRESS SERTA TIDAK ADA ‘ BATU API ‘ DARIPADA PENGAWAL
KESELAMATAN JABATAN TUAN SENDIRI. TIDAK SEPATUTNYA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN
KERAJAAN DI ILP TUAN MEMPUNYAI SIKAP ’ MEMPERLAGAKAN’ ANTARA SESEORANG PENGAWAL
KESELAMATAN KAMI. PIHAK SYARIKAT SEDAR SELAMA INI SYARIKAT YANG TERDAHULU TIDAK MEMBERI
LAPORAN SALAH LAKU SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN JABATAN TUAN , TETAPI KAMI SEBAGAI
SYARIKAT KESELAMATAN PERISA SEPADU SECURITY SDN BHD YANG BERPEJABAT DI KUALA
TERENGGANU INGIN MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TELUS, JUJUR SERTA INGIN MEMBERI
PERKHIDMATAN SEBAIK-BAIK DAN CEMERLANG KEPADA JABATAN TUAN.
BERTARIKH : 09 HB MEI 2011
Tarikh : 10 hb April 2011
Bersamaan : 10 jamadi’awal 1432
EN. MOHD MAZLIN BIN HAJI. MAMAT
2920 KAMPUNG BANGGUL TUAN MUDA,
21200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN.
Tuan,
PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS DARI POST ISTANA BARU KE
POST INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU.
Pekara di atas adalah dirujuk.
2. Berkuatkuasa mulai 15 April 2011 ini (Jumaat) tuan diarahkan bertukar tempat
bertugas daripada post Istana Baru, Chendering ke Institut Latihan perindustrian, Gong
Badak Kuala Terengganu sebagai pengawal keselamatan (Ronda malam)
3. Syarikat berharap kepada tuan agar menerima dan sila lapordiri di ILP Kuala
Terengganu jam 1845 petang hari berkenaan. Kegagalan mematuhi arahan pertukaran
ini, tuan boleh dikenakan tindakan di perkara 4 (a) dan (c).
4. Dengan penempatan baru ini diharapkan tuan dapat menjalankan tugas dengan lebih
komited dan bertanggungjawab demi kepentingan syarikat dan pelanggan kita ke arah
meningkatkan kualiti kerja yang cemerlang.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(KAPT. YUSUFF BIN YUNUS (B)
Pengarah Eksekutif
Perisa Sepadu security Sdn Bhd
s.k.
Bahagian Pentadbiran - sila kemaskinikan rekod
Tarikh : 01 April 2011
Bersamaan : 04 jamadil awal 1432
CHE AZLIHISSAM BIN CHE ADRI
A-51, Taman Perumahan Wakaf Tengah,
Batu Rakit,
21030 Kuala Terengganu.
Tuan,
PERLANTIKAN SEBAGAI PEN.KETUA PENGAWAL KESELAMATAN
DI POST INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, KUALA TERENGGANU.
Perkara di atas sukacitanya dirujuk.
2. Berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan di atas dengan ini tuan adalah
dilantik sebagai penolong ketua pengawal keselamatan bagi menggantikan En.
Zalamidin bin Hussin. Dengan perlantikan tuan seperti jawatan tersebut tuan
mempunyai tanggungjawab ke atas pengawal keselamatan shiyt malam sahaja.
3. Pihak syarikat berharap sangat kepada tuan agar dapat menerima serta
menjalankan tugas sebagai pen.ketua pengawal keselamatan dengan baik dan ber-
tanggungjawab demi kepentingan syarikat dan pelanggan amnya.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(KAPT.YUSUFF BIN YUNUS (B)
Pengarah Eksekutif
Perisa Sepadu Security Sdn Bhd
s.k.
Bahagian Gaji - sila buat pelarasan gaji pk berkenaan.
En. Zalamidin bin Hussin - sila buat serah tugas
LAPORAN HUJAN PELAKSANAAN KUNCI JAM RONDA MALAM
UNTUK BULAN MARCH 2011
Di sini saya sebagai pegawai operasi syarikat sepadu sekuriti sdn bhd ingin memberi
laporan hari /masa hujan atas pelaksanaan kunci jam ronda malam pengawal
keselamatan untuk bulan march 2011 sepertimana tertera di bawah ini.
Tarikh Masa Rekod Hujan Catatan
08.3.2011 2100 – 2300 pm Keadaan cuaca gelap dan hujan lebat
11.3.2011 2300 – 0010 am Hujan turun dengan lebat
12.3.2011 0100 – 0300 am Hujan lebat dan ribut petir
23.3.2011 2100 – 2200 pm Hujan yang berterusan turun
24.3.2011 2100 – 0700 am Hujan turun berterusan hingga pagi
26.3.2011 2100 - 2300 pm Hujan lebat /ribut petir
27.3.2011 2100 – 2300 pm Hujan lebat
28.3.2011 2100 – 0700 pm Hujan lebat yang berterusan hingga pg
30.3.2011 0300 – 0500 am Hujan lebat
30.3.2011 2100 – 0300 am Hujan turun dengan lebat
2. Dalam masa jangka tempoh di atas didapati hujan hujan yang turun dengan tidak
henti-henti dengan lebat, dan menyukarkan pengawal-pengawal keselamatan syarikat
kami untuk menjalankan tugas ronda serta kunci/ketip jam di setesyen yang telah
ditetapkan sebanyak 13 unit. Dengan cuaca dan hujan yang begitu lebat sekali pada
bulan akhir bulan Mac lalu ekoran kesan di jepun baru-baru ini memberi kesan kepada
keadaan jam pengawal ronda dimana air hujan akan memasuki ke dalam lubang kunci
dan ini menyebabkan kunci tidak berfungsi serta tidak dapat membaca hasil kunci jam
di kertas pencetak di dalamnya.
3. Pohon pihak tuan dapat mempertimbangkan dengan teliti untuk membuat penalti
atas item kunci jam ronda dan mohon dikecualikan masa-masa yang di atas untuk
dikira penalti sebagaimana sebahagian terma kontrak antara syarikat dengan ILP.
Syarikat juga berjanji akan mematuhi sebagaimana dalam terma kunci jam pada hari-
hari dan waktu yang baik (tidak hujan) demi kepentingan dua hala untuk tujuan
bersama.
Sekian, laporan kami untuk pertimbangan tuan.
PERISA SEPADU SECURITY SDN BHD
Bertarikh pada : 2 April 2011
Lampiran 1
TUGAS-TUGAS SEORANG PENOLONG KETUA PENGAWAL KESELAMATAN
DI PERISA SEPADU SEKURITI SDN BHD (MALAM)
i. Menentukan pengawal keselamatan berada dalam sedia setiap masa.
ii Menentukan pengawal cukup anggota dan berpakaian kemas dan lengkap
iii. Memastikan pengawal mengunci pagar di Asrama Wanita pada jam 8.00 malam
iv. Memastikan semua lampu-lampu di premis pelanggan dibuka jam 6.30 pagi
v. Memastikan pengawal –pengawal mengunci /mengetip jam di setesen yang telah
ditetapkan di 13 tempat.
vi. Sentiasa meletakan pengawal keselamatan berada di post 2 dan post 3 antara jam
1900 sehingga 2100 malam.
vii. Memastikan jadual pengawal malam yang mengunci/mengetip jam bermula jam
2100 malam sehingga 0700 pagi keesokan hari.
viii. Memastikan setiap masa 2 orang pengawal malam wajib berada di post utama.
Ix Memastkan sekurang 2 pengawal malam ada semasa pertukaran shyit siang
Pengawal siang sehingga cukup anggota seramai 3 pengawal siang.
x. Menentukan keadaan keselamatan terkawal dan terjaga di premis ILP sepanjang
malam dan sekiranya terdapat perkara-perkara yang luar biasa seperti kecemasan
iaitu terbakar, pergaduhan pelajar-pelajar, cerobohan orang luar lapor segera ke-
pegawai keselamatan ILP serta mengambil tindakan bijak.
xi. Sentiasa menjaga harta benda pelanggan serta syarikat seperti ‘ watchman clock’
dan dokumen-dokumen lain yang perlu.
xii. Memastikan buku-buku laporan malam di post 2 dan post 3 ditulis oleh pengawal
bertugas dan membuat semakan sebelum menyerah tugas kepada shiyt siang.
xiii. Memastikan pelajar-pelajar tidak berkumpul di hadapan pagar depan pintu utama.
xiv. Memastikan buku-buku ‘outing’ keluar pelajar-pelajar di tandatangani oleh Worden
terlebih dulu dan juga pelajar-pelajar dilarang memakai seluar pendek walau ber-
ada urusan dengan keluarga atau membuat withdraw di ATM di post hadapan.
xv. Arahan-arahan seterusnya berkaitan dengan keselamatan pelajar dan premis
pelanggan sentiasa dipantau.