Soalan Dan Jawapan Bagi Subjek Teknologi Dan Masyarakat by wOv4kF

VIEWS: 631 PAGES: 28

									TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                          DPLI 2008




     Soalan Dan Jawapan Bagi Subjek Teknologi Dan Masyarakat


1. Bila ada yang menyebut kata teknologi, apa yang ada dalam minda anda tentang hal
   berkenaan. Jelaskan dengan rinci.
   Secara umum teknologi adalah gabungan ilmu, skill (kemahiran) dan teknik, atau
   peraturan membuat dan menggunakan sesuatu untuk tujuan atau kepentingan tertentu.
   Apa itu teknologi?
    Teknologi (Latin) – Texere (membentuk, menubuhkan)
    Hasil ciptaan manusia/masyarakat
      * utk hidup lebih selesa dan selamat
      * penciptaan dipengaruhi oleh 2 faktor:
           i) budaya setempat
          ii) alam sekitar
    Secara amnya - teknologi adalah cara, peralatan, bahan atau perisian untuk
       melakukan, membuat atau membina sesuatu.
    Adalah corak utk satu-satu tindakan yang bertujuan mengurangkan ketidakpastian
       dalam hubungan sebab dan akibat dalam usaha mencapai matlamat yang diingini.
       (Everett M. Rogers, 1991).


2. Can you elaborate more the term of technology in english.
       In general technology is the relationship that society has with its tools and crafts,
   and to what extent society can control its environment. The Merriam-Webster
   dictionary offers a definition of the term: "the practical application of knowledge
   especially in a particular area" and "a capability given by the practical application of
   knowledge".[1] Ursula Franklin, in her 1989 "Real World of Technology" lecture,
   gave another definition of the concept; it is "practice, the way we do things around
   here".[2] The term is often used to imply a specific field of technology, or to refer to
   high technology or just consumer electronics, rather than technology as a whole.[3]
   Bernard Stiegler, in Technics and Time, 1, defines technology in two ways: as "the
   pursuit of life by means other than life", and as "organized inorganic matter."[4]
       Technology can be most broadly defined as the entities, both material and
   immaterial, created by the application of mental and physical effort in order to
   achieve some value. In this usage, technology refers to tools and machines that may
   be used to solve real-world problems. It is a far-reaching term that may include
   simple tools, such as a crowbar or wooden spoon, or more complex machines, such as
   a space station or particle accelerator. Tools and machines need not be material;
   virtual technology, such as computer software and business methods, fall under this
   definition of technology.[5]
       The word "technology" can also be used to refer to a collection of techniques. In
   this context, it is the current state of humanity's knowledge of how to combine
   resources to produce desired products, to solve problems, fulfill needs, or satisfy
   wants; it includes technical methods, skills, processes, techniques, tools and raw
   materials. When combined with another term, such as "medical technology" or "space

                                                                                           1
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                           DPLI 2008


   technology", it refers to the state of the respective field's knowledge and tools. "State-
   of-the-art technology" refers to the high technology available to humanity in any
   field.
       Technology can be viewed as an activity that forms or changes culture. [6]
   Additionally, technology is the application of math, science, and the arts for the
   benefit of life as it is known. A modern example is the rise of communication
   technology, which has lessened barriers to human interaction and, as a result, has
   helped spawn new subcultures; the rise of cyberculture has, at its basis, the
   development of the Internet and the computer.[7] Not all technology enhances culture
   in a creative way; technology can also help facilitate political oppression and war via
   tools such as guns. As a cultural activity, technology predates both science and
   engineering, each of which formalize some aspects of technological endeavor.
   The word "technology" can also be used to refer to a collection of techniques. In this
   context, it is the current state of humanity's knowledge of how to combine resources
   to produce desired products, to solve problems, fulfill needs, or satisfy wants; it
   includes technical methods, skills, processes, techniques, tools and raw materials.
   When combined with another term, such as "medical technology" or "space
   technology", it refers to the state of the respective field's knowledge and tools.


3. Bila ada yang menyatukan kata teknologi dengan kata lain, sila anda jelaskan dengan
   baik :
   a. Teknologi informasi dan maklumat,
       Teknologi informasi dan maklumat merangkumi semua teknologi yang digunakan
       utk menghasilkan, menyimpan, bertukar-tukar dan menggunakan maklumat
       dalam berbagai bentuk (contoh: data perdagangan, musik, imej, video dll).
       Kemajuan teknologi informasi dan maklumat dalam era baru sesungguhnya
       merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah
       dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini.
       Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan
       cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada
       hari ini. Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka
       pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda
       pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti
       firman Allah s.w.t.: ''Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda
       (kekuasaan) Kami di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga
       ternyatalah bagi mereka bahawa (Islam) itu benar.'' (al-Quran Fussilat (41), ayat
       53). Proses globalisasi dan pensejagatan ilmu merupakan satu proses yang dapat
       menyerlahkan kebenaran dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang positif
       sesuai dengan tuntutan agama sendiri. Berdasarkan hal ini maka orang Islam tidak
       seharusnya menyisihkan diri dari perkembangan dan pembangunan teknologi
       maklumat pada hari ini, malah kita seharusnya dapat melibatkan diri secara aktif
       dan menjadi penyumbang utama untuk melahirkan satu masyarakat bertamadun
       bercirikan kebenaran seperti yang terkandung dalam agama kita.




                                                                                           2
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                   DPLI 2008


  b. Teknologi pemakanan,
          Makanan dan kehidupan tidak boleh terpisah. Makanan yang berkhasiat dan
     berkualiti tinggi bukan sahaja penting untuk pembangunan negara dengan rakyat
     yang sihat tetapi juga merupakan faktor persaingan dalam ekonomi global dan
     seterusnya memperingkatkan pendapatan negara. Teknologi juga memberi impak
     kepada pengeluaran dan kualiti serta daya pemasaran dalam industri makanan hari
     ini.
          Asas Sains Makanan memberi tumpuan kepada pengeluaran, pemprosesan,
     pengawitan, pemasaran dan pengambilan makanan. Pemakanan pula memfokus
     kepada proses perolehan makanan dan penggunaan atau aplikasi nutrien. Paduan
     kedua-dua aspek ini boleh menghasilkan produk makanan yang berkhasiat dan
     berkualiti secara terancang dan dinamik.
          Proses penyediaan makanan memerlukan peralatan dan teknik yang teratur
     dan tersusun.Penyediaan peralatan dan bahan makanan dalam tradisi kehidupan
     orang melayu dipengaruhi oleh persekitaran.
          Aspek ini penting dalam industri makanan yang melibatkan pemprosesan dan
     pengeluaran makanan serta aktiviti pengurusan yang merangkumi pengendalian
     pembelian dan pemasaran, peraturan dan undang-undang syarikat, pemantuan
     serta kawalam kos.

  c. Teknologi perubatan,
         Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam zaman
     pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar perubatan
     dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan perubatan yang
     besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan amalan perubatan
         Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan
     teori dan amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Di dalam dunia
     Islam zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota yang
     utama; umpamanya di Kaherah, Hospital Qalawun mempunyai kakitangan-
     kakitangan yang termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat, yang
     boleh merawat 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan
     penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahaman penyakit
     berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor
     Islam telah membuang katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun
     sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas ini.

  d. Teknologi pengangkutan, dan
         Teknologi pengangkutan telah banyak berubah dan berlaku dengan pesat.
     Kewujudan teknologi membolehkan jaringan pengangkutan dipertingkatkan
     mutunya bukan sahaja dari segi bilangan destinasi tetapi juga masa perjalanan.
     Dalam teknologi pengangkutan rel, pada masa dahulu pergerakan agak lambat
     menggunakan kuasa wap (arang batu), kemudian bertukar kepada teknologi desel
     dan sekarang elektrik dan magnetik. Adanya teknologi dan disokong dengan
     modal yang banyak maka jaringan pengangkutan akan semakin baik.
         Pengangkutan adalah medium penting dalam mempengaruhi letakan lokasi
     sektor pembuatan kerana ia merupakan agen pergerakan (movement) dan


                                                                                   3
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                       DPLI 2008


       pemindahan barangan dan juga manusia dari satu tempat ke tempat lain.
       Perkembangan pesat teknologi pengangkutan membantu mempercepatkan
       pergerakan seperti kapal terbang. Singapura contohnya adalah negara memproses
       petroleum utama di Asia Tenggara walaupun ia tidak mempunyai sumber tersebut
       tetapi dengan adanya kemajuan pengangkutan yang baik maka ianya tidak
       mustahil.

   e. Teknologi pengeluaran pertanian.
          Penggunaan kaedah kaedah atau cara menghasilkan produk atau sistem dalam
      sektor pertanian bermula sejak sekian lama tetapi ianya bersifat mudah dan tidak
      meluas Ketika itu hanya teknologi pertanian lebih kepada kelapa sawit dan getah
      dan koko kerana komoditi inilah yang menjadi sumber ekonomi sejak awal
      merdeka. Lebih awal daripada itu sesetengah pengusaha mula mencuba pelbagai
      spesies ikan untuk ditemak seperti ikan kap pada 1920an. Dalam tempoh lima
      dekad apabila Malaysia merdeka dan membina universiti serta institusi
      penyelidikan ramai samtis dan ahli teknologi serta pengurusan dikeluarkan dan
      mereka inilah yang menjadi penggerak kepada revolusi teknologi dalam
      pertanian. Teknologi telah berjaya membuat anjakan kepada wajah pertanian
      daripada kecil-kecilan kepada maju dan berskala besar.
          Teknologi tersebut sebenamya merangkumi pelbagai cabang sama ada
      mekanisasi dan automasi pada jentera teknologi maklumat dan komunikasi
      bioteknologi      pembiakbakaan     dan     nanoteknologi      serta   teknologi
      maklumat.Teknologi dan inovasi tersebut dimanfaatkan dalam tiga cabang utama
      pertanian iaitu penanaman, penternakan ikan dan haiwan.


4. Pada rajah berikut sila jelaskan keterkaitan teknologi dengan culture, process, people
   and knowledge management.
       Budaya sesebuah masyarakat mempengaruhi cara penggunaan, pembinaan dan
   penguasaan terhadap teknologi bagi memenuhi keperluan serta keinginan mereka.
   Perubahan dalam corak kegiatan ekonomi dan persekitaran memerlukan masyarakat
   menyesuaikan diri dengan teknologi baru dari masa ke semasa dengan menyerap
   nilai-nilai baru yang sesuai bagi memajukan diri mereka. Proses ini dikenali sebagai
   pembudayaan teknologi yang merujuk kepada “satu proses penyesuaian dalam cara
   pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta
   persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat”. Pembudayaan teknologi
   melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang
   mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang
   teknologi.
       Nelson dan Clark (1994) mencadangkan bahawa penggunaan teknologi
   mempunyai komponen budaya yang kuat (Anandarajan et al., 2000: 299). Perlakuan
   manusia dalam penggunaan teknologinya terikat dan dipengaruhi oleh nilai-nilai
   budayanya. Budaya merupakan kuasa sosial yang membolehkan manusia bertindak.
   Malinowsky dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture” (1944) mendefinisikan
   budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Manusia melakukan
   berbagai aktiviti, peralatan serta cara-cara tertentu bagi memenuhi keperluan


                                                                                        4
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                   DPLI 2008


  hidupnya. Teknologi terhasil daripada amalan individu atau kumpulan yang bertindak
  balas terhadap keperluan mereka. Kepelbagaian yang terdapat dalam teknologi
  menggambarkan perbezaan persekitaran, keperluan serta kemampuan manusia yang
  berkait rapat dengan soal budaya. Teknologi menyediakan sumber-sumber di mana
  manusia boleh menggunakannya dan seterusnya meningkatkan kesan kepada tugas
  yang dilakukan (Jaafar Muhammad, 1997: 4).
      Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai
  yang disemai dalam sesebuah masyarakat berkaitan penggunaan teknologi. Budaya
  tersebut menentukan cara-cara bagi memahami sesuatu perkara berbentuk teknikal,
  menterjemahkan matlamat serta kegunaan teknologi, mengenal pasti masalah serta
  peraturan-peraturan dalam tindakan dan mencari pernyelesaian bagi setiap
  permasalahan berkaitan dengan teknologi. Pilihan terhadap teknologi bergantung
  kepada sikap seseorang sama ada bersikap terbuka atau sebaliknya dalam menerima
  teknologi baru. Penerimaan biasanya bergantung kepada sejauh mana teknologi
  berkenaan sesuai dan berfaedah untuk masyarakat. Kesedaran terhadap nilai dalam
  barang-barang budaya dan penggunaan peralatan untuk sesuatu pengeluaran
  memerlukan pengetahuan serta kemahiran menggunakannya. Dalam proses penilaian
  teoritikal, minda manusia mengenalpasti objek dan peristiwa yang berlaku dan
  memahami perhubungan antara keduanya. Imaginasi manusialah yang menghasilkan
  proses penilaian dan seterusnya membantu manusia mencipta. Proses mental,
  kepercayaan dan nilai merupakan elemen-elemen penting yang terdapat dalam
  budaya.
      Dalam mengharungi perubahan teknologi yang pesat ini, kecemerlangannya
  bergantung kepada budaya teknologi sesebuah masyarakat itu daripada segi amalan
  penggunaan teknologi serta penguasaan mereka tentang pengetahuan dalam perkara-
  perkara berkaitan dengan teknologi. Sejarah membuktikan bahawa budaya teknologi
  dapat memajukan sesebuah bangsa dengan kadar yang lebih cepat. Budaya
  memainkan peranan yang penting dalam menyediakan nilai serta sikap yang relevan
  dalam mempertingkatkan kemajuan sesebuah masyarakat melalui teknologi. Pengkaji
  berpendapat bahawa budaya dan keadaan sesetengah negara berupaya memupuk
  suasana yang menggalakkan sesuatu yang baru, praktikal dan berguna misalnya, di
  Amerika Syarikat manakala dalam sesetengah keadaan pula, peperangan atau
  ancamannya serta permusuhan dalam perdagangan antara bangsa mendorong kepada
  ledakan penciptaan atau minat kepada teknologi baru sebagaimana yang berlaku di
  Jepun. Berikut adalah kupasan yang dibuat ke atas beberapa aspek penting dalam
  budaya teknologi beberapa bangsa berdasarkan kepada perwatakan dan sifat diri,
  hubungan antara manusia, pengaruh agama, budaya ilmu dan pembelajaran serta
  amalan penyelidikan dan inovasi.
      Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai
  yang disemai dalam sesebuah masyarakat dalam penggunaan teknologi.
  Pembudayaan teknologi merupakan “satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran,
  tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang
  berlaku dalam sesebuah masyarakat”. Proses ini melibatkan peralihan minda kepada
  cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan
  kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi. Kajian-kajian lampau
  banyak membuktikan bahawa terdapat perkaitan positif antara budaya dengan


                                                                                   5
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


   perwatakan diri, gelagat organisasi, penguasaan ilmu, penguasaan IT, kemampuan
   inovasi, perlakuan yang berdaya saing dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.
   Kemajuan teknologi sesebuah bangsa ditunjangi oleh amalan serta nilai-nilai yang
   membentuk budaya teknologi bangsa berkenaan. Budaya ilmu dan pembelajaran,
   amalan penyelidikan serta inovasi perlu disemai dan diterapkan bagi mengukuhkan
   lagi pengetahuan dan pencapaian dalam bidang teknologi untuk kekal berdaya saing.

5. Apa yang anda ketahui tentang teknologi melayu – sejarah perkembangan dan hal-hal
   lain yang berkenaan dengannya.
    Dalam realiti kehidupan masyarakat melayu seharian, setiap orang adalah terlibat
       dengan teknologi, baik di peringkat yang memerlukan pengalaman seperti
       pembuatan, mahupun sebagai pengguna
    Dalam Masyarakat melayu masa lalu. orang ramai perlu mempelajari dan
       menguasai sebahagian dari pada teknologi tradisional, terutama dalam
       menghasilkan peralatan untuk kegunaan harian.
    Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk
       tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik
    Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg
       diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak
       bistari
    Bukti sejarah menyatakan keris hanya timbul pada zaman Islam dan besar
       kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan
       peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa
       beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik
    Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri
       yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8
       juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu
    Candi di Lembah Bujang Kedah (abad 1 EB), mengikut reka bentuk kuil Hindu
       selepas abad ke-2 SEB : serambi, dewan mandapa (kedua-dua drpd kayu) dan
       bilik suci yg ditutupi oleh Shikkara (mungkin drpd batu) seperti di India
    Candi Hindu Siva di Java mengikut reka bentuk yg sama
    Candi Buddha Borobodur yg dibina pada abad ke-8 EB oleh Sri Vijaya diperbuat
       drpd batu, pintunya terdiri drpd tiang dan palang, dan candi ini terdiri drpd
       banyak stupa kecil yg berakhir dgn Stupa terbesar di puncaknya
    Rumah Melayu diperbuat drpd kayu & bumbung asal rumah Melayu ialah
       bumbung lipat kajang yg berbentuk mengikut suku-kaum iaitu berbentuk tanduk
       di Minangkabau dan perahu di Batak
    Bentuk bumbung dipengaruhi oleh budaya luar seperti bumbung berpeleh dari
       Siam, bumbung berperabung lima dari India dan bumbung limas dari Belanda
    Masjid Melayu asli tidak mempunyai sebarang gerbang atau kubah contohnya
       Masjid Kampung Laut Kelantan & Masjid Agung Demak Java
    Ruang solat yg luas disediakan dengan menggunakan bumbung cangkup tiga lapis
       yg semakin luas ke bawah
    Rupa bentuk bumbung ini mirip gunung Meru di kuil Hindu & ini menjadi faktor
       dakwah untuk menarik penganut Hindu ke Masjid utk memeluk Islam dengan
       mudah

                                                                                      6
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                       DPLI 2008


     Pendapat lain yg mengatakan bentuk bumbung ini adalah pengaruh orang Islam
      dari Cina masih belum dapat dibuktikan dgn jelas
     Bentuk bumbung masjid Melayu berubah dengan kedatangan arkitek-arkitek
      British dari India pada zaman penjajahan British yg mereka- bentuk masjid-
      masjid besar Melayu mengikut bentuk Moghul India
     Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama
      hingga abad ke-15 EB, akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal
     Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 EB) di Nusantara,
      terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit
     Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina &
      Zaytun dekat Hong Kong
     Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi,
      dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta
      layar linggi depan dan pengapung
     Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan
      di Nusantara
     Catatan Cina abad ke-8 EB menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara)
      memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton
     Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti
      dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang
     Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang
     Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu
      (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar
      cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku
     Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu
      mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini
     Padi yg berasal dari Semenanjung Malaysia ditanam di sini sejak zaman purba
      lagi iaitu sejak revolusi pertanian
     Sampel padi tertua ditemui di Thailand
     Model tenggala kecil di Lembah Bujang
     Padi merupakan salah satu perkataan Melayu Asli
     Dua jenis tenggala; Tenggala Perlis/Siam &Tenggala Cina
     Pelombongan juga dijalankan sejak Zaman purba apabila semenanjung Malaysia
      dikenali sebagai the Golden Chersonese oleh Ptolemy; emas, perak & timah
      dihasilkan
     Keris dibuat oleh pandai keris dgn menempa beberapa lapis besi seperti cara
      menempa pedang Damsyik & menghasilkan ukiran “pamur” seperti ukiran
      “firind” yg terdapat di atas pedang tersebut
     Bukti sejarah menunjukkan keris hanya dipakai pada abad ke-14 EB iaitu pada
      zaman Islam
     Pandai keris mengetahui besi kharsani yg dikenali dalam al-kimia di Asia Barat
     Ahli al-kimia digelar hakim yg bermakna bijak bestari dan istilah pandai
      merupakan peMelayuan hakim
     Berdasarkan ini, ada kemungkinan teknologi pembuatan keris datang drpd Asia
      Barat

                                                                                        7
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                      DPLI 2008


      Teknologi senjata api juga diimpot dari Asia Barat
      Tome Pires, ahli sejarah Portugis, mendapati 3000 laras meriam gangsa di dalam
       kota Melaka dan hairan bagaimana Portugis boleh menang
      Meriam dicipta oleh orang Islam dan besar kemungkinan teknologi ini diimpot
       dari Asia Barat
      Meriam Melayu digelar lela dan rentaka dan bentuknya sama seperti bentuk
       meriam kecil Islam
      Istinggar (musket) juga berasal dari sana kerana cara membuatnya dengan
       mengimpal lilitan sekeping besi sama dengan cara pembuatan istinggar Turki dan
       tak sama dengan cara membuat istinggar di Barat dengan mengimpal kepingan
       besi lurus di sekeliling lubang
      Teknologi gangsa menggunakan teknik lilin lesap
      Penghembus angin utk rakmo (relau) digelar musang
      Tuangan tembaga dikemaskan dgn pelarik bindu kaki
      Teknologi emas & perak juga dikembangkan sejak purba kala lagi
      Perak lebur dituang ke dalam acuan kayu & dihiasi melalui titingan
      Penenun digelar kek di Kelantan & Terengganu dari Asia Barat
      Benang digantih dgn memintal kapas& menariknya melalui lubang utk membuat
       benang
      Benang lungsin diregang dgn menggunakan anian, karap digunakan untuk
       memisahkan benang lungsin selang-seli untuk memasukkan benang karap dengan
       menggunakan anak torak
      Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal
      Dengan Penghinduan pada abad pertama EB, sains dari India dikembangkan di
       Kedah dan Palembang
      I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang
       ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7 EB
      Dengan pemelukan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia
       (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak)
      Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah
       Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku
       tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP


6. Jelaskan keterkaitan dan perkembangan teknologi dengan islam.
       Semasa Zaman Keemasan Islam, para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-
   jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan
   ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan
   menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri.
   Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.
       Jika kita merenung kembali sejarah silam khususnya di sekitar abad Ke-5
   sehingga abad Ke-15, warisan Islam telah membukitkan bahawa masyarakat Islam
   pada masa itu telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi
   khususnya bidang matematik, astronomi, perubatan, kejuruteraan, pertanian, teori dan
   sains gunaan.

                                                                                       8
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


   Saintis-saintis terkenal dan para ilmuwan seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Razi, Al-
   Jazari dan Al-Khawarizmi telah berjaya menghasilkan penemuan dan inovasi penting
   di samping menyingkap misteri ilmu sains yang telah menyumbang kepada
   perkembangan keagungan empayar Islam tanpa menggugat keutuhan, kesucian dan
   akidah Islam.
       Penemuan-penemuan baru masyarakat Islam amat dikagumi oleh bangsa Eropah
   yang kemudiannya mengasimilasi dan menjadikannya sebagai sebahagian kehidupan
   harian mereka seperti penggunaan kopi, sabun, peralatan bedah, vaksinasi, algebra
   dan penerapan ciri senibina Islam.


7. Teknologi ternyata amat dekat dengan masyarakat. Jelaskan apa maksudnya. Silah
   beri contoh-contoh.
       Dalam mengharungi perubahan teknologi yang pesat ini, kecemerlangannya
   bergantung kepada budaya teknologi sesebuah masyarakat itu daripada segi amalan
   penggunaan teknologi serta penguasaan mereka tentang pengetahuan dalam perkara-
   perkara berkaitan dengan teknologi. Sejarah membuktikan bahawa budaya teknologi
   dapat memajukan sesebuah bangsa dengan kadar yang lebih cepat. Budaya
   memainkan peranan yang penting dalam menyediakan nilai serta sikap yang relevan
   dalam mempertingkatkan kemajuan sesebuah masyarakat melalui teknologi. Pengkaji
   berpendapat bahawa budaya dan keadaan sesetengah negara berupaya memupuk
   suasana yang menggalakkan sesuatu yang baru, praktikal dan berguna misalnya, di
   Amerika Syarikat manakala dalam sesetengah keadaan pula, peperangan atau
   ancamannya serta permusuhan dalam perdagangan antara bangsa mendorong kepada
   ledakan penciptaan atau minat kepada teknologi baru sebagaimana yang berlaku di
   Jepun.
       Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai
   yang disemai dalam sesebuah masyarakat dalam penggunaan teknologi.
   Pembudayaan teknologi merupakan “satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran,
   tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang
   berlaku dalam sesebuah masyarakat”. Proses ini melibatkan peralihan minda kepada
   cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan
   kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi. Kajian-kajian lampau
   banyak membuktikan bahawa terdapat perkaitan positif antara budaya dengan
   perwatakan diri, gelagat organisasi, penguasaan ilmu, penguasaan IT, kemampuan
   inovasi, perlakuan yang berdaya saing dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.
   Kemajuan teknologi sesebuah bangsa ditunjangi oleh amalan serta nilai-nilai yang
   membentuk budaya teknologi bangsa berkenaan. Budaya ilmu dan pembelajaran,
   amalan penyelidikan serta inovasi perlu disemai dan diterapkan bagi mengukuhkan
   lagi pengetahuan dan pencapaian dalam bidang teknologi untuk kekal berdaya saing.


8. Jelaskan pihak-pihak yang berhubung-kait dengan teknologi dalam kehidupan sehari-
   hari.
       DENGAN penggunaan teknologi, manusia mampu merentasi sempadan upaya
   deria serta kudrat diri. Dalam kata lain, teknologi membantu manusia melaksanakan


                                                                                      9
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


   sesuatu kerja dengan lebih cekap, pantas dan berkesan. Kebergantungan manusia
   terhadap teknologi dalam kehidupan seharian dilihat semakin bertambah sejajar
   dengan pengenalan teknologi terbaru. Baik komputer, telefon bimbit, mahupun kereta
   atau sebagainya merupakan antara teknologi yang tidak dapat dipisahkan dengan
   suasana hidup zaman moden hari ini. Obsesi terhadap teknologi kadang kala
   membuatkan manusia menganggap teknologi sebagai matlamat, lalu menjuruskan
   mereka ke arah kehidupan yang materialistik. Pembangunan teknologi menjadi
   agenda teras sedangkan pembangunan insani sering terpinggir.Pemilikan teknologi
   dirasakan dapat membawakan perasaan lebih hebat, lebih tinggi berbanding orang
   lain, dan kemudiannya mencetuskan rasa ego serta rasa ingin menguasai insan lain,
   atau mungkin negara lain. Justeru, teknologi perlu ditatang sebagai alat untuk
   mencapai sesuatu yang murni, sambil memelihara kemurnian yang sedia ada. Aspek
   budaya, bahasa, serta agama tidak seharusnya terhanyut akibat gelombang tsunami
   teknologi yang begitu deras. Sebaliknya, aspek-aspek tersebut perlu menjadi
   penampan arus agar gelombang kemodenan yang melanda tidak menghanyutkan
   elemen tradisi yang tetap kekal relevan dalam kehidupan seharian. Teknologi
   seharusnya membantu manusia mencapai sesuatu manfaat untuk dirinya, insan lain
   serta makhluk lain di dunia ini. Penggunaan teknologi yang mengabaikan hak orang
   lain atau makhluk lain tidak akan membolehkan manusia mencapai manfaat sebenar
   daripada teknologi tersebut. Dari satu segi, teknologi tetap penting untuk dikuasai
   kerana bersama teknologi, kita mampu mencapai kemandirian ekonomi, politik,
   pertahanan, sumber asli dan sebagainya. Dengan adanya teknologi, pembangunan
   negara akan dapat bergerak seiring kepesatan keperluan penduduk yang semakin
   meningkat dari semasa ke semasa. Secara objektifnya, kita perlu mengakui bahawa
   kebanyakan teknologi yang diguna pakai hari ini datangnya dari Barat, bermula
   daripada proses penyelidikan, disusuli dengan pembuatan, dan kemudiannya
   pemasaran serta pengedaran. Dan kita sebagai umat Islam mungkin hanya banyak
   berperanan sebagai pengguna akhir kepada teknologi tersebut. Melihat kepada
   perkara ini, kita perlu menginsafi bahawa secara keseluruhannya umat Islam masih
   lagi jauh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi berbanding umat lain. Kita
   masih lagi tidak mampu untuk membangunkan teknologi sendiri bertitik tolak
   daripada keadaan akar budaya ilmu kita sendiri yang masih belum subur bertunas.
   Sedangkan saintis-saintis Islam terdahulu banyak menghasilkan penemuan cemerlang
   dan terawal dan seterusnya menjadi asas kepada perkembangan bidang sains dan
   teknologi dewasa kini. Kemandirian teknologi yang berpaut kepada akar budaya,
   bahasa dan agama kita sendiri akan mampu mewujudkan masyarakat berteknologi
   yang masih utuh jati dirinya serta unik dan unggul khazanah ilmunya.


9. Jelaskan apa yang dimaksud dengan fungsi teknologi ekspresif dan simbolik.
   Teknologi ekspresif merupakan perkembangan teknologi yang digunakan untuk
   melahirkan sesuatu maksud (bagi lukisan, drama dan sebagainya). Diantara contoh-
   contoh bagi teknologi ekspresif adalah seperti berikut :
    P2P (Peer to Peer)
    SSL (Secure Socket Layer)
    Eaverdropping

                                                                                    10
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


      AJAX (Asynchronous JavaScript and XML)
      Access Provider
      „Faceberry‟, Format Baru Facebook untuk BlackBerry

   Teknologi simbolik merupakan teknologi yang digunakan sebagai satu jambatan
   laluan yang beralih daripada pemikiran konkrit kepada pemikiran yang abstrak, bagi
   membolehkan mereka meneroka, memerhati dan menjana pelbagai bentuk
   persembahan idea matematik samada secara penomboran, grafik ataupun simbolik.
   Contohnya, pelajar boleh menggunakan perisian pembinaan geometri (GSP) untuk
   menyiasat hubungan di antara lilitan dan juga diameter bulatan. Mereka boleh
   mengukur sebanyak mungkin objek bulat dan mencatat ukur lilit serta diameternya
   bagi persembahan secara penomboran . Mereka juga boleh plotkan nilai dan
   menganggar padanan yang sesuai secara grarik, atau menentukan padanan persamaan
   yang sesuai secara simbolik.


10. Jelaskan mengapa teknologi sangat pesat perkembangannya pada negara-negara atau
    masyarakat yang persekitarannya sangat sulit sepeti Jepun.
    Amalan penyelidikan dan inovasi
    Dalam bidang industri, Jepun mempunyai ideologi kebangsaan yang mengutamakan
    pembaikan diri dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan yang lebih baik. Ideologi
    ini menjadikan Jepun berada jauh ke hadapan dalam mengeluarkan barangan
    berkualiti. Barang keluaran Jepun jarang sekali rosak atau cacat kerana syarikat-
    syarikat Jepun telah menanam sifat menganggap masalah seperti itu sebagai sesuatu
    yang memalukan dan mencerminkan ketidakjujuran syarikat. Tabiat kebangsaan
    inilah yang menyokong ketinggian mutu barangan Jepun. Penekanan terhadap kualiti
    sebagai teras budaya menjadikan barangan keluaran Jepun terus berdaya saing di
    pasaran antara bangsa. Teknologi Jepun mendapat nama baik kerana mengeluarkan
    barangan bermutu dengan kos yang rendah. Lebih 20 tahun dahulu, ahli perniagaan
    Jepun telah menyiasat keperluan pengguna untuk memenuhi permintaan mereka
    dengan memasang dan membina keluaran-keluaran baru (Masanori, 1985: 47).
    Tradisi mempertahankan diri telah lama meresapi cara berfikir orang-orang Jepun
    akibat daripada pemerintahan tentera sejak berabad-abad lamanya yang menyanjung
    ilmu mempertahankan diri lebih daripada pencapaian intelektual. Ia telah menerapkan
    sistem nilai yang telah menyerapkan ke dalam kelas pemerintah dan golongan
    masyarakat atasan bahawa peluh yang keluar dari dahi seseorang itu sebagai tanda
    kebolehan murni. Tradisi lama ini telah menyebabkan sebahagian besar siswazah
    baru yang memasuki syarikat Jepun telah awal-awal lagi ditugaskan ke beberapa
    bahagian pengeluaran dan pemasaran dengan separuh dari siswazah kejuruteraan
    ditugaskan di lini pengeluaran. Keutamaan ke atas semangat ini mencerminkan
    semangat mempertahankan diri. Rasa pencapaian kumpulan menjadi inti pati kepada
    semangat kumpulan yang sering dianggap sebagai satu ciri budaya Jepun. Perasaan
    ini merupakan kepuasan dan nikmat yang lahir dari pekerjaan yang sempurna serta
    kegembiraan atas kejayaan yang dicapai.




                                                                                     11
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                        DPLI 2008


   Perwatakan dan sifat diri.
   Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
   perlakuan manusia. Kekuatan utama orang-orang Jepun misalnya lahir daripada
   persekitaran Jepun dan perwatakan orang-orangnya. Iklim Jepun yang panas dan
   lembap serta bentuk muka buminya yang sesuai bagi penanaman padi menyebabkan
   tanaman ini menguasai sejarah dan peradaban Jepun sehingga perkataan Jepun bagi
   padi mempunyai simbol yang sama dengan makanan (Herbig and Jacobs, 1998: 4).
   Penerusan dan kejayaan budaya penanaman padi telah mempengaruhi sistem sosial
   dan gaya hidup masyarakat Jepun seperti kesabaran, ketekunan, kerajinan, kerjasama,
   sifat pasif, konservatif, fatalisme, bertenaga, berani, berdikari, ketabahan, merendah
   diri dan berpegang kepada undang-undang. Penanaman padi memerlukan sistem
   pengairan yang sukar dibina dan dikekalkan atau dilindungi oleh sesebuah keluarga
   tertentu sahaja. Seluruh komuniti perlu bekerjasama dalam satu unit yang besar bagi
   meneruskan kehidupan mereka. Herbig dan Jacobs (1998) menjelaskan bahawa
   orang-orang Jepun telah membentuk adat saling tolong menolong, penyelarasan
   kolektif, berkongsi risiko.

   Hubungan antara manusia
   Ningen kankei atau hubungan manusia merupakan inti pati dalam masyarakat Jepun
   dan orang ramai adalah komponen kepada Ningen kankei. Kumpulan dalam
   masyarakat tradisi Jepun terdiri dari satu keluarga atau kampong manakala pada masa
   kini, kumpulan adalah kerja berkumpulan atau organisasi perniagaan tempat
   seseorang itu bekerja. Perhubungan ini sering melibatkan emosi yang mendalam di
   mana identifikasi dengan kumpulan berkenaan semakin penting dalam kehidupan
   seseorang. Di Jepun, kejayaan dan matlamat syarikat dicapai melalui usaha kumpulan
   dan bukannya individu. Kojin shugi yang merupakan perkataan Jepun bagi
   individualisme mempunyai pengertian negatif dan secara tradisinya sering disamakan
   dengan ketamakan. Individu Jepun tidak mempunyai kebebasan menyeluruh tetapi
   merupakan sebahagian daripada keseluruhan. Kebajikan dan keselamatan kumpulan
   dianggap lebih penting daripada kebaikan dan kebebasan individu (Herbig and
   Jacobs, 1998: 5).


11. Jelaskan apa yang dimaksud dengan teknologi binaan melayu? Beri contoh-contoh
    teknologi binaan berkenaan dan jelaskan perkembangannya.


12. Jelaskan perkembangan teknologi mencari makan di Malaysia?


13. Jelaskan perkembangan teknologi penyediaan makanan pada masyarakat Melayu,
    India dan Cina di Malaysia.


14. Jelaskan apa yang anda ketahui tentang isu sekitaran dan teknologi hijau.



                                                                                       12
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


15. Jelaskan takrif teknologi menurut islam
    • Teknologi ialah satu cabang ilmu praktik (sina„ah), ilmu untuk mencapai tujuan
        praktik yang bertunjangkan tauhid, berimbang dan berseimbang dengan alam
        (wazan dan tawazana), terkekang dalam lingkungan had syariah (syar„ii),
        terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan („adl) dan
        dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba Allah di
        dunia ini. (Wan Ramli 1989, 1990, 1992) Takrif teknologi ini yang
        menggandingkan teknologi melalui epistemologi dengan fahaman agama (tauhid),
        terlaksana dengan adil mengikut sistem etika Islam dan dipertanggungjawabkan
        kepada manusia sebagai pelaksana. Syariah yang dimaksudkan bukanlah hanya
        hukum-hukum yang sedia ada, akan tetapi selain daripada perundangan jenayah
        yang jelas hukumnya seperti hudud dan qisos, syariah merupakan sistem
        perundangan dinamik yang mampu menyelesaikan masalah perundangan
        kehidupan moden yang ditimbulkan oleh perkembangan teknologi. Keimbangan
        (mizan) dan keseimbangan (tawazun) teknologi dengan alam sekitar memastikan
        dampak sebarang teknologi terhadap alam sekitar dikaji dengan terperinci supaya
        imbangan ekologi tidak pupus.
    – Takrif ini memastikan perkembangan teknologi terkekang dgn perundangan,
        terlaksana dengan adil mengikut sistem etika & dipertanggung jawabkan kpd
        manusia
    – Pentaskhiran (penggunaan) alam tabii dibenarkan dengan syarat tidak ada
        eksploitasi berlebihan sehingga mencabuli hak org lain dan alam sekitar
    – Keimbangan dan keseimbangan teknologi dgn alam sekitar memastikan kesan
        sebarang teknologi terhadap alam sekitar tidak merosakkan imbangan ekologi


16. Jelaskan mengapa kemajuan teknologi pengawetan mayat sangat signifikan di Mesir
    purba


17. Apa komentar anda tentang teknologi kapal lancang dan enjin perang di Yunani?


18. Jelaskan mengapa sistem kasta di India mengekang perkembangan teknologi di
    negara itu?


19. Jelaskan menurut pendapat anda mengapa nabi Muhammad saw mewajibkan kita
    menuntut ilmu walau ke negeri Cina?
        Kita tahu satu daripada Hadis Nabi yang sahih ialah "Tuntutlah ilmu walaupun
    sampai ke negeri China". Di masa itu ilmu yang boleh dipelajari dari negeri Cina
    bukanlah yang berkenaan agama Islam. Ilmu berkenaan agama Islam pada ketika itu
    boleh didapati daripada Nabi sendiri, sahabat-sahabat Baginda dan orang-orang lain
    yang memeluk agama Islam. Tetapi di masa itu pun negara Cina terkenal dengan
    perkembangan pelbagai ilmu termasuk berkenaan pemerintahan negara, cara-cara
    peperangan, bidang pertanian, pembuatan barangan kaca, kertas dan bahan letupan.


                                                                                     13
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


   Apa yang jelas ialah agama Islam, jauh daripada melarang, menyuruh umat Islam
   mempelajari pelbagai ilmu dan bukan semata-mata berkenaan agama. Tidak ada
   disebut tentang pelajaran yang sekular yang ditegah mempelajarinya. Tidak juga
   disebut apakah jenis pelajaran yang memberi pahala yang banyak dan apa yang
   kurang. Yang disuruh ialah membaca dan mengejar ilmu.
       Sepatutnya ajaran Islam berkenaan menuntut ilmu, berbagai-bagai ilmu, selain
   daripada yang khusus berkenaan dengan agama, diberikan penekanan dan galakan
   yang kuat oleh masyarakat Islam, oleh pemimpin-pemimpin Islam, oleh pendidik-
   pendidik Islam. Sepatutnya mengejar berbagai-bagai ilmu menjadi budaya umat Islam
   di mana-mana sahaja. Sepatutnya negara-negara Islam dan masyarakat Islam
   mengadakan segala kemudahan seperti sekolah, alatan pelajaran, makmal dan ujian
   serta institusi pelajaran tinggi untuk memudahkan tuntutan segala ilmu. Dan
   sepatutnya orang Islam mendahului orang-orang lain dalam semua ilmu; dalam sains,
   matematik, astronomi, geografi, geologi dan lain- lain.


20. Setujukah anda bahwa teknologi islam hanya mewarisi teknologi India, Rom, Cina
    dan Yunani? Bila tidak setuju apa pendapat anda?


21.Apa sumbangan utama sains islam kepada dunia yang berlaku sampai sekarang?
        Suatu kenyataan yang telah diakui oleh Barat sendiri ialah peranan yang
   dimainkan oleh Islam dalam memperkenalkan sains ke Eropah melalui universiti-
   universitinya di Andalus, Sepanyol pada abad ke-13M. Umat Islam cukup terkedepan
   dalam tamadun ilmuan, kebendaan dan kemanusiaan.Semasa Eropah masih dalam
   suasana malap di Cordova bandar Umat Islam sudah diterangi dengan lampu-lampu
   awam di jalan-jalan rayanya.Pencapaian ketamadunan peringkat tinggi oleh orang
   Islam amat jauh dihadepan ibarat langit dengan bumi kerana Eropah terlalu jauh
   tertinggal dibelakang. Orang Islam merupakan pengasas sebenar dalam kaedah
   percubaan sains dalam pengetahuan moden. Pakar-pakar Ilmuan Islam telah
   memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada sumbangan sains. Sejarah telah
   mencatatkan pada zaman kegemilangan tamadun Islam, masyarakat Islam sendiri
   telah membina satu tradisi sains yang merupakan salah satu faktor utama yang
   mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains moden di Eropah. Sains Islam telah
   memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains. "Hampir lapan
   ratus tahun mereka berada di bawah pemerintahan Islam, Umat Islam Sepanyol
   menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun
   tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak
   ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah. Penuntut-penuntut datang dari negeri
   Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada
   di bandar-bandar negara orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik,
   Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan undang-undang semuanya hanya
   dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja."Draper, 1979: Jil. 1)
   Bidang Biologi
        Sains biologi merupakan suatu bidang ilmu yang bersangkutan dengan benda-
   benda hidup. Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan


                                                                                     14
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


  dan tumbuh-tumbuhan telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman
  Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan
  unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas
  untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi biak-baka. Bidang botani
  telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana
  kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh
  masyarakat Islam ketika itu. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M), menulis
  mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi dari Cordava telah
  berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika dengan nama
  Latin dan Berber. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan
  dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain
  selepasnya. Al-Nabati menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol,
  Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang
  menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya. Murid beliau al-Baitar
  telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses
  daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi
  al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami'fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh
  dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin,
  Perancis dan Jerman. Di kota besar seperti Cordava, Baghdad, Kaherah dan Fez
  terdapat beberapa taman bunga yang cantik dan indah, menurut Sarton pencapaian
  umat Islam jauh lebih dari bangsa Yunani. Asma'i dari Basrah(739-783 M) telah
  menulis beberapa buah buku seperti "Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy,
  Kitab al-Sya' (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan" yang terakhir
  mendedahkan mengenai anatomi manusia. Al-Jahiz telah mengkaji lebih dari 350
  jenis haiwan, dan menghasilkan "Kitab al-Hayawan". Kitab ini menyentuh tentang
  psikologi haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi
  kepada alam sekitar. Al-Damiri telah menghasilkan "Hayat al-Hayawan" dan dicetak
  beberapa kali di Kaherah, sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh
  A.S.G. Jayakar.

  Astronomi
      Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains.
  Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam.
  Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab
  kepada ilmu ini menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang
  astronomi. Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-
  Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke
  Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula
  "Jadual Pahlavi" yang diberi nama"Zij". Diikuti pula penterjemahan karya-karya
  astronomi berbahasa Yunani. Antara saintis-saintis Islam yang berjaya menkaji ilmu
  astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-
  Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam. Balai cerap telah banyak dibina di
  kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat
  juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar-
  bandar Islam yang lain. Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan
  astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan jarak antara sesuatu


                                                                                     15
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                    DPLI 2008


  bintang diukur, pengukuran paksi bumi dan luas bumi. Alat ini juga boleh digunakan
  untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di galaksi. Hasil pembinaan balai
  cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau
  berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia. Khalifah al-Ma'mun
  telah membina sebuah balai cerap di Baghdad dan juga di Gunung Gasayun di Kota
  Damsyik. Para sarjana astronomi daripada pusat ini telah berjaya membuat perhatian
  yang sistematik terhadap pergerakan planet-planet di langit dan juga telah berjaya
  membuktikan secara tepat unsur-unsur yang terdapat di dalam "Algmest". Iaitu
  tentang garis gerak yang tidak berperaturan dari garis edar matahari, perubahan-
  perubahan yang menjadi penyebab equinoks muncul lebih cepat dan tepat. Nasiruddin
  al-Tusi merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau
  berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh
  Hulagu Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij
  al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan,
  karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China. Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya al-
  Zarqali juga adalah seorang ahli astronomi Andalus. Beliau menyusun Jadual Toledo
  (Table of Toledo) yang memuatkan singkatan-singkatan maklumat geografi yang
  berasal dari Ptolemy dan al-Khawarizmi. Beliau telah memberikan sumbangan yang
  amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab
  mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh
  Mohammad bin Ibrahim al-Fazari. Terdapat beberapa karya Abu Ma'syar dan al-
  Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 520H/1126M
  oleh Adelard of Bath dan telah dijadikan bahan rujukan asas di Timur mahupun di
  Barat dalam penulisan-penulisan ilmu bumi pada zaman selepasnya. Beliau telah
  berjaya mengambil alih peranan yang dimainkan oleh daftar-daftar astronomi yang
  pernah dibuat oleh orang-orang India dan Yunani. Tamadun Islam juga berkembang
  subur di sebelah Barat Andalus yang menjadi pusat kegiatan intelektual Islam di
  Barat telah menghasilkan ramai sarjana dalam pelbagai bidang. Ibn al-Zarqiyali mahir
  dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk
  menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.
  Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di
  laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat.
  Umar Khayyam seorang sarjana yang dikenali dunia luar sebagai penyair Parsi dan
  pemikir bebas, juga seorang ahli astronomi dan matematik yang menghasilkan
  taqwim "al-Tarikh al-Jalili". Karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada
  abad ke-11H/17M. Abu Jaafar al-Khasizin dari Khurasan berjaya menjelaskan
  ketidaksejajaran garis edar matahari di bumi ini. Demikian juga terdapat ramai lagi
  ahli astronomi Andalus (Sepanyol) seperti Jabir Ibn Aflah yang dikenali di barat
  sebagai Geber, berasal dari Seville dan merupakan penyusun "Kitab al-Hay'ah (buku
  astronomi). Nuruddin Abu Ishaq al-Bitruji yang dikenali di barat sebagai Alpatragus,
  beliau menghasilkan "Kitab al-hay'ah". Beliau termasyhur kerana berjaya
  mengubahsuai serta menghidupkan semula teori homosentrik (mempunyai pepusat
  yang sama). Islam hari ini yang juga memberi sumbangan seperti Kolej Ugama
  Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang telah membina balai cerap di Merang
  Terengganu. Persatuan Astronomi Islam yang di ketuai oleh Dr. Mohib. M. Durrani



                                                                                    16
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


   telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan berpusat di Colombia Amerika ianya dikenali
   sebagai ISNA (Islamic Societi of North America)


22. Apa sumbangan lain yang penting daripada sains islam kepada dunia?
       Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan
    tamadun manusia. Antara sumbangan yang penting daripada sains islam kepada dunia
    adalah seperti berikut :
     Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti
       kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan.
       Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari
       daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-
       Ghafiqi.
     Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-
       Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah
       dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina
       berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.
     Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar
       Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada
       Eropah.
     Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke
       Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi
       pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard
       telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-
       Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik.
       Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi
       tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah
       mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau
       antaranya Liberab‟ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah.
       Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M
       banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn
       al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.
     Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma‟syar dan al-
       Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of
       Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam
       bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah
       menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn
       al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta
       sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara
       bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah
       astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan
       nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan
       dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan
       telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta
       astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur
       bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang

                                                                                     17
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                   DPLI 2008


      dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.
   Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di
      kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga
      yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang
      botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa
      Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani.
      Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-
      tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut
      menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuhtumbuhan. Ibn al-
      Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang
      menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-
      tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-
      Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam
      bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan
      perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah
      Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan
      tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan.
   Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan
      teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina
      kincir air dan kincir angin.
   Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting
      yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa
      Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of
      Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik.
      Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang
      mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik
      Arab.
   Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sastera
      dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-istilah
      Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyak lagi
      telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu
      pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal
      antaranya ialah al-Mas‟udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.
   Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera
      Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan
      strategi peperangan pada zaman moden.
     Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah
  sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun
  begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan
  oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun mereka, malah mereka
  menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era
  penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.




                                                                                  18
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                      DPLI 2008


23. Jelaskan sumbangan penting ahli al-kimia kepada dunia?
    Melalui bidang alkimia misalnya berbagai teknik, peralatan dan proses telah
    digunakan untuk membangunkan kaedah untuk mengolah bahan logam. Mereka cuba
    menukarkan bahan-bahan logam yang kurang berharga kepada emas dan perak
    dengan menggunakan ilmu alkimia tadi. Mulai awal abad ke-9, sekumpulan ahli
    alkimia berkembang. Mereka kemudiannya wujud sebagai kumpulan yang
    berasingan, lain daripada pengamalan seni merawat. Selepas itu mereka mula
    merahsiakan amalan mereka dan kesudahan menjadi taksub sehingga ramai yang
    mengesyaki usaha-usaha yang mereka lakukan. Al-Kindi misalnya (meninggal sekitar
    874) meragui tuntutan ahli alkimia sedemikian dan menganggap hasil kerja mereka
    sebagai palsu dan memperdayakan. Namun melalui seorang tokoh bernama al-Razi
    (865-925) aktiviti bersangkutan alkimia mula mendapat restu semula dan menjadi
    petanda mercu bagi bidang tersebut. Malah al-Razi mampu menafikan keraguan yang
    dilemparkan oleh al-Kindi tentang alkimia. Al-Razi, merupakan seorang ahli
    perubatan yang disanjung tinggi dalam sejarah Islam. Beliau merupakan penulis yang
    berkaliber dan banyak menghasilkan karya dalam berbagai bidang. Beliau juga
    meletakkan alkimia pada peringkat yang lebih saintifik lagi rasional. Kebanyakan
    hasil penulisannya mempunyai hubungan rapat bukan sahaja dengan bidang alkimia,
    tetapi juga farmasi dan perubatan malah boleh dikatakan bahawa beliau banyak
    mempengaruhi perkembangan alkimia, farmasi dan perubatan sepanjang zaman
    pertengahan. Dua penulisannya tentang alkimia yang lebih mendapat perhatian adalah
    al-Asar dan Sirr al-Asrar. Kedua-dua buku ini dianggap karya terbaik pada zaman
    tersebut khususnya Sirr al-Asrar. A-Razi juga membuat beberapa pengkelasan
    bahawa bahan-bahan galian serta peralatan dan radas yang digunakan; begitu juga
    dengan arahan yang begitu terperinci. Semua ini menunjukkan bahawa beliau
    mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan tatacara, bahan serta teknologi yang
    terlibat. Ada sumber yang mengatakan bahawa al-Razi mempunyai lebih daripada
    100 penulisan, kebanyakan melibatkan sains tabii dan seni perawatan. Ini termasuk
    komentar abstrak dan penafian berkaitan bidang tersebut. Malah beliau berani
    memperbetulkan serta menegur pendapat handalan berkaitan seperti Galen, walaupun
    beliau banyak menghargai sumbangannya. Dalam bukunya Shukuk ala Nazariyat
    Jalinus beliau menyatakan kesangsiannya tentang ketepatan beberapa konsep, teori
    dan tatacara baik dari segi perubatan, fisiologi maupun terapeutik yang diutarakan
    oleh Galen. Selama ini ramai pengikut yang mengikut sahaja teori Galen secara
    membuta tuli. Penulisan Masayah tentang pemakanan yang terdahulu daripadanya
    juga tidak terlepas daripada kritikan al-Razi. Beliau juga meneylar kepalsuan tindak
    tanduk sesetengah doktor dan pengamal perubatan yang sering mengaburi mata orang
    baik di kota ataupun di desa. Oleh itu mengikut al-Biruni, sumbangan al-Razi pada
    zamannya terserlah dalam bidang farmasi, farmakologi dan terapi perubatan bukan
    sahaja di tanah wilayah Islam, tetapi juga Barat dan Byzantium. Sumbangan terakhir
    beliau dan paling besar adalah ensiklopedia perubatan, al-Hawi fi al-Tibb yang
    memuatkan semua ilmu perubatan terdapat pada zamannya.




                                                                                      19
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                         DPLI 2008


24. Jelaskan apa yang anda ketahui tentang perkembangan teknologi melayu purba
    • Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk
        tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik
    • Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg
        diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak
        bistari
    • Bukti sejarah menyatakan keris hanya timbul pada zaman Islam dan besar
        kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan
        peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa
        beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik
    • Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri
        yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8
        juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu
    • Candi di Lembah Bujang Kedah (abad 1 EB), mengikut reka bentuk kuil Hindu
        selepas abad ke-2 SEB : serambi, dewan mandapa (kedua-dua drpd kayu) dan
        bilik suci yg ditutupi oleh Shikkara (mungkin drpd batu) seperti di India
    • Candi Hindu Siva di Java mengikut reka bentuk yg sama
    • Candi Buddha Borobodur yg dibina pada abad ke-8 EB oleh Sri Vijaya diperbuat
        drpd batu, pintunya terdiri drpd tiang dan palang, dan candi ini terdiri drpd
        banyak stupa kecil yg berakhir dgn Stupa terbesar di puncaknya
    • Rumah Melayu diperbuat drpd kayu & bumbung asal rumah Melayu ialah
        bumbung lipat kajang yg berbentuk mengikut suku-kaum iaitu berbentuk tanduk
        di Minangkabau dan perahu di Batak
    • Bentuk bumbung dipengaruhi oleh budaya luar seperti bumbung berpeleh dari
        Siam, bumbung berperabung lima dari India dan bumbung limas dari Belanda
    • Masjid Melayu asli tidak mempunyai sebarang gerbang atau kubah contohnya
        Masjid Kampung Laut Kelantan & Masjid Agung Demak Java
    • Ruang solat yg luas disediakan dengan menggunakan bumbung cangkup tiga lapis
        yg semakin luas ke bawah
    • Rupa bentuk bumbung ini mirip gunung Meru di kuil Hindu & ini menjadi faktor
        dakwah untuk menarik penganut Hindu ke Masjid utk memeluk Islam dengan
        mudah
    • Pendapat lain yg mengatakan bentuk bumbung ini adalah pengaruh orang Islam
        dari Cina masih belum dapat dibuktikan dgn jelas
    • Bentuk bumbung masjid Melayu berubah dengan kedatangan arkitek-arkitek
        British dari India pada zaman penjajahan British yg mereka- bentuk masjid-
        masjid besar Melayu mengikut bentuk Moghul India
    • Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama
        hingga abad ke-15 EB, akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal
    • Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 EB) di Nusantara,
        terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit
    • Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina &
        Zaytun dekat Hong Kong
    • Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi,
        dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta
        layar linggi depan dan pengapung


                                                                                         20
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                   DPLI 2008


  •   Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan
      di Nusantara
  •   Catatan Cina abad ke-8 EB menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara)
      memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton
  •   Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti
      dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang
  •   Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang
  •   Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu
      (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar
      cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku
  •   Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu
      mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini
  •   Padi yg berasal dari Semenanjung Malaysia ditanam di sini sejak zaman purba
      lagi iaitu sejak revolusi pertanian
  •   Sampel padi tertua ditemui di Thailand
  •   Model tenggala kecil di Lembah Bujang
  •   Padi merupakan salah satu perkataan Melayu Asli
  •   Dua jenis tenggala; Tenggala Perlis/Siam &Tenggala Cina
  •   Pelombongan juga dijalankan sejak Zaman purba apabila semenanjung Malaysia
      dikenali sebagai the Golden Chersonese oleh Ptolemy; emas, perak & timah
      dihasilkan
  •   Keris dibuat oleh pandai keris dgn menempa beberapa lapis besi seperti cara
      menempa pedang Damsyik & menghasilkan ukiran “pamur” seperti ukiran
      “firind” yg terdapat di atas pedang tersebut
  •   Bukti sejarah menunjukkan keris hanya dipakai pada abad ke-14 EB iaitu pada
      zaman Islam
  •   Pandai keris mengetahui besi kharsani yg dikenali dalam al-kimia di Asia Barat
  •   Ahli al-kimia digelar hakim yg bermakna bijak bestari dan istilah pandai
      merupakan peMelayuan hakim
  •   Berdasarkan ini, ada kemungkinan teknologi pembuatan keris datang drpd Asia
      Barat
  •   Teknologi senjata api juga diimpot dari Asia Barat
  •   Tome Pires, ahli sejarah Portugis, mendapati 3000 laras meriam gangsa di dalam
      kota Melaka dan hairan bagaimana Portugis boleh menang
  •   Meriam dicipta oleh orang Islam dan besar kemungkinan teknologi ini diimpot
      dari Asia Barat
  •   Meriam Melayu digelar lela dan rentaka dan bentuknya sama seperti bentuk
      meriam kecil Islam
  •   Istinggar (musket) juga berasal dari sana kerana cara membuatnya dengan
      mengimpal lilitan sekeping besi sama dengan cara pembuatan istinggar Turki dan
      tak sama dengan cara membuat istinggar di Barat dengan mengimpal kepingan
      besi lurus di sekeliling lubang
  •   Teknologi gangsa menggunakan teknik lilin lesap
  •   Penghembus angin utk rakmo (relau) digelar musang
  •   Tuangan tembaga dikemaskan dgn pelarik bindu kaki
  •   Teknologi emas & perak juga dikembangkan sejak purba kala lagi


                                                                                  21
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                      DPLI 2008


   •   Perak lebur dituang ke dalam acuan kayu & dihiasi melalui titingan
   •   Penenun digelar kek di Kelantan & Terengganu dari Asia Barat
   •   Benang digantih dgn memintal kapas& menariknya melalui lubang utk membuat
       benang
   •   Benang lungsin diregang dgn menggunakan anian, karap digunakan untuk
       memisahkan benang lungsin selang-seli untuk memasukkan benang karap dengan
       menggunakan anak torak
   •   Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal
   •   Dengan Penghinduan pada abad pertama EB, sains dari India dikembangkan di
       Kedah dan Palembang
   •   I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang
       ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7 EB
   •   Dengan pemelukan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia
       (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak)
   •   Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah
       Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku
       tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP


25. Jelaskan apa-apa saja teknologi islam yang berkembang secara pesat di Spanyol?
    SEPANYOL terkenal sebagai negara yang mempunyai seni bina silam yang cantik di
    dunia. Keindahan itu boleh dilihat dan dihayati di beberapa bandar yang suatu ketika
    dulu pernah dikuasai oleh kerajaan Islam seperti Cordoba, Toledo dan Madrid.
    Ketiga-tiga bandar ini terletak dalam kawasan wilayah selatan yang lebih dikenali
    sebagai Al-Andalus. Al-Andalus meliputi dua pertiga muka bumi Sepanyol dan
    antara kawasan paling ramai dikunjungi pelancong dari seluruh dunia. Kemasyhuran
    wilayah ini disebabkan beberapa faktor dan paling tepat, ia berpunca daripada
    pengaruh Islam yang bertapak di situ hampir 500 tahun. Ia ditambah pula dengan
    budaya lain seperti Iberian, Greek, Phoenician, Yunani, Korthaginian, Rom, Visigoth,
    dan Kristian. Difahamkan, pada era pemerintahan Visigoth sekitar 414 Masihi,
    budaya dan kefahaman masyarakat tempatan agak berbeza dengan kerajaan. Justeru,
    bagi menyamakan budaya dan kefahaman itu dengan budaya tempatan, di samping
    mahu mengelak kemarahan rakyat, Visigoth yang ketika itu menganut fahaman
    Kristian Arian turut menganut fahaman Katolik. Pada ketika itu, sebahagian besar
    rakyat Sepanyol menganut fahaman Khatolik. Antara budaya yang masih dipegang
    dan popular di kalangan rakyat Sepanyol adalah laga lembu yang mempamerkan
    sikap dan ketangkasan Matador dalam menumpaskan lawan. Pengaruh Islam juga
    meluas di Sepanyol. Hingga kini, banyak masjid dan sekolah beroperasi di beberapa
    wilayah dalam negara itu. Di Madrid, Pusat Kebudayaan Islam yang dibina kerajaan
    Sepanyol adalah antara kawasan tumpuan umat Islam. Ia adalah sebuah kompleks
    menempatkan masjid, perpustakaan, kelas pengajian, restoran dan kedai.
    Pembukaannya dirasmi Raja Sepanyol, Juan Carlos pada 24 Rabiulawal 1413 Hijrah
    bersamaan 21 September 1992. Bagi masyarakat Islam Madrid, fungsi masjid cukup
    penting dalam pembentukan ummah, lebih-lebih lagi mereka adalah rakyat minoriti di
    Sepanyol. Kini, Pusat Kebudayaan Islam Madrid dibuka untuk kunjungan orang
    ramai sejajar dengan usaha memperkenalkan Islam kepada masyarakat agama lain.


                                                                                      22
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                    DPLI 2008


  Bandar lain yang banyak menyimpan sejarah dan peradaban Islam adalah Toledo
  yang terletak hampir 70 kilometer ke selatan Madrid. Dulu Toledo dikenali sebagai
  Tolatitola. Berdasarkan catatan sejarah, wilayah di Semenanjung Iberia ini ditakluk
  Islam selepas enam bulan Tariq Bin Ziyad menyeberangi Gibraltar. Sebelum berjaya,
  Tariq terpaksa berperang dengan tentera Roderick berjumlah 100,000 orang,
  sedangkan pada ketika itu, tentera Islam hanya berjumlah 12,000 orang. Difahamkan,
  pada 19 Julai 711 Masihi, kedua-dua pasukan tentera itu bertempur di Guadalete dan
  peperangan mengambil masa hampir seminggu. Akhirnya, tentera Islam berjaya
  mengalahkan tentera musuh. Dalam peperangan itu juga, Roderick terbunuh,
  manakala sebahagian besar tentera melarikan diri. Sepanjang pemerintahan Islam di
  Toledo, penduduk berbilang kaum dan agama bebas mengamalkan kepercayaan
  masing-masing tanpa sebarang gangguan. Bagaimanapun, kebebasan itu terkubur
  selepas wilayah berkenaan ditakluki oleh Alfonso ke-4. Selain Islam, Toledo berada
  dalam pemerintahan Rom pada 192 sebelum Masihi. Sementara, Visigoth menguasai
  Toledo pada 570 hingga 711 Masihi. Salah satu industri yang masih menjadi tradisi
  masyarakat Toledo adalah membuat pedang. Industri itu dipercayai beroperasi sejak
  zaman Rom dan Visigoth. Bagaimanapun, jika dilihat kaedah pembuatan yang
  digunakan, ia sebenarnya menyingkap sejarah teknologi Islam yang bertapak di situ
  lebih 900 tahun lalu. Antara pedang menjadi tarikan adalah Pedang Busahaja. Sejak
  zaman silam, pedang dipercayai digunakan untuk berperang dan menjadi simbol
  kekuasaan sesebuah kerajaan. Pembukaan kawasan Gibraltar dan ditambah pula
  kejayaan mengalahkan Roderick memberikan semangat kepada tentera Islam. Justeru,
  dalam beberapa siri peperangan, tentera Islam berjaya mengalahkan musuh dan
  membuka beberapa wilayah baru. Selepas Toledo, tentera Islam berjaya menawan
  Cordoba. Wilayah itu walaupun pernah dikuasai Rom dan Visigoth, namun
  kegemilangan bandar ini hanya dicapai ketika dikuasai Islam. Cordoba juga dijadikan
  pusat pemerintahan kerajaan Islam Sepanyol. Menjelang kurun ke-10, wilayah
  Cordoba masyhur ke seluruh dunia. Ketika ditadbir Islam, Cardoba mencapai zaman
  kegemilangan terutama pada era pemerintahan Abdul Rahman Al-Dakhil. Beliau
  membina banyak masjid dan yang terkenal adalah Masjid Cordoba. Rekaan masjid itu
  dipercayai idea Abdul Rahman. Pembinaannya melalui tiga fasa iaitu pada zaman
  pemerintahan Abdul Rahman 11, Al-Hakam 11 dan Al-Mansur. Kesenian Islam
  terserlah pada reka bentuk masjid dan ia diibarat sebutir permata dunia seni bina
  Islam. Kecantikan masjid ini amat dikagumi masyarakat Eropah yang
  memperlihatkan nilai dan kehalusan seni bina menjangkaui kemampuan akal
  manusia. Kos pembinaan masjid ini pada peringkat awal dianggarkan mencecah
  80,000 dinar. Masjid Cordoba disokong beribu-ribu tiang batu yang bertatahkan
  permata. Mimbar masjid pula diperbuat daripada gading dan kayu yang tinggi
  nilainya. Ia pula dilekatkan pada dinding menggunakan paku yang diperbuat daripada
  emas. Bahagian mihrab pula dilitupi kulit telur yang dipercayai dijadikan alat untuk
  memudahkan jemaah mendengar khutbah dengan lebih baik. Ketika pemerintahan
  Abdul Rahman al-Dakhil, masjid Cordoba dijadikan pusat perkembangan ilmu,
  kesenian dan kesusasteraan benua Eropah. Berikutan itu, beliau menjemput ramai
  ilmuwan dari kalangan ahli fikah, ulama, ahli falsafah dan penyair ke Cordoba untuk
  mengembangkan ilmu masing-masing. Pada era pemerintahan Abdul Rahman 11
  pula, universiti didirikan bersebelahan masjid. Pada zaman pemerintahan Al-Hakam


                                                                                    23
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                    DPLI 2008


   Al-Muntasir pula, Cordoba mencapai era kegemilangan dalam pelbagai bidang ilmu.
   Bersesuaian kedudukan Cordoba sebagai pusat perkembangan dan kecemerlangan
   ilmu, ramai ilmuwan terkenal muncul, antaranya Isa Bin Dinor dan Yahya Bin Yahya
   al-Laithi.


26. Jelaskan apa yang dimaksud dengan sains?
     Sains drpd perkataan Inggeris science drpd perkataan Latin scientia yg
        bermaksud ilmu
     Scientia drpd perkataan Arab „ulum yg bermaksud ilmu yg mencakup ilmu wahyu
        /naqli/fard „ain seperti ilmu tawhid, syari‟ah & ilmu bukan wahyu/akli/fard
        kifayah seperti matematik, sains, perubatan dsb.
     Sains ialah pengetahuan bersistem yg diperolehi melalui cerapan, kajian &
        eksperimen
     Sebarang disiplin atau kegiatan intelek yg melibatkan alam jasmani &
        fenomenon, cerapan yg tidak berat sebelah, & uji kaji yg bersistem (New
        Encyclopedia Britannica)
     Sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, bermantik & objektif dengan
        kaedah khusus yg diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yg
        boleh dipercayai (Shaharir Mohamad Zain, 1987)


27. Beri contoh beberapa takrif sains?
     Ralf Ross dan Ernest Van Den Haag - Sains ialah yang empirik, yang rasional,
       yang umum dan bertimbun-susun dan keempat-empatnya serentak
     Mohammd Hatta - Pengetahuan yang teratur hasil pekerjaan sebab-munasabab
       dalam satu golongan yang sama tabiatnya mahupun kedudukkannya, yang tampak
       dari luar mahupun dari dalam.
     Karl Pearson (1857-1936) - Sains ialah lukisan atau keterangan yang lengkap dan
       konsisten tentang pengalaman dengan istilah yang sederhana sesedikik mungkin.
     Herbert L Searles – Sains pengetahuan yang tepat, disahkan secara paling cermat
       dan paling umum yang diperoleh oleh manusia.
     Shahrir Mohd Zain - Sains berupa analisis fenomena secara bersistem, logik,dan
       objektif khusus yang diperantikan (alat) untuk mengwujudkan pengetahuan yang
       boleh dipercayai.
     Ensaikopedia Indonensia sains ialah suatu sistem dari pelbagai pengetahuan yang
       masing-masing mengenai bidang pengalaman tertentu disusun demikian rupa
       menurut asas-asas tertentu hingga menjadi kesatuan, suatu sistem dari pelbagai
       pengetahuan yang masing-masing didapatkan sebagai hasil pemeriksaan yang
       dilakukan secara teliti dengan memakai kaedah tertentu.
     Pengetahuan Sains ialah pengetahuan yang mempunyai ciri, tanda, syarat dan
       kumulatif (bersusun tindan;lukisan dan keterangan yang lengkap dan konsisten
       mengenai hal-hal yang dipelajari dalam ruang dan waktu sejauh jangkauan
       pemikiran dan penginderaan manusia.



                                                                                   24
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                         DPLI 2008


28. Revolusi matematik dunia dimulakan dengan penemuan kalkulus. Jelaskan
    maksudnya?
     Revolusi matematik terpenting ialah penemuan kalkulus
     Newton dan Leibniz menemui kalkulus secara berasingan
     Sejak 1666 EB, Newton menggunakan istilah fluxion bagi terbitan x (fluent)
       terhadap t dgn simbol x bertitik atas untuk menentukan halaju jasad & jarak jasad
       bergerak pada halaju & masa tertentu, & menentukan tangen, normal & luas
       dengan menggunakan siri terutama siri kuasa
     Pada 1684 EB, Leibniz pula menggunakan istilah differential bagi terbitan y
       terhadap x dan simbol dy/dx utknya
     Mereka juga menyelesaikan salingan terbitan iaitu kamiran
     Meskipun demikian, peristilahan dan simbol Leibniz menjadi lebih popular
       kerana karyanya diterbitkan secara meluas & Newton pula enggan menerbitkan
       karyanya secara meluas
     Tokoh matematik seperti Leonard Euler, Joseph Lagrange dan Pierre Laplace
       mempekuatkan lagi kalkulus dan geometri analisis dengan pertemuan matematik
       masing-masing


29. Anda kenal nama Pascal? Jelaskan apa sumbangan Pascal terhadap revolusi fizik?


30. Apa maksudnya bahwa kemuncak revolusi sains terjadi pada zaman Isaac Newton?


31. Jelaskan apakah yang dimaksud dengan revolusi industri berhubung-kait dengan
    kelahiran kilang di Eropah.


32. Jelaskan mengapa terjadi penghijraan besar-besaran dari desa ke kota/bandar pada
    abad ke-19?


33. Jelaskan asal kata jurutera dalam bahasa Inggeris dan siapa yang dimaksud?


34. Jelaskan kesan positif dan negatif teknologi komunikasi dan maklumat?
    Antara kesan-kesan positif:
     Memudahkan komunikasi
     Meluaskan pandangan dan pengetahuan
     Memudahkan proses pendidikan
     Memudahkan aktiviti perdagangan
     Membentuk masyarakat yang peka kepada keadaan semasa.
     Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia
        pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya
        teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung

                                                                                        25
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                     DPLI 2008


      elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan
      memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui
      perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan
      komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya
      alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di
      suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika
      anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke
      rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit
      menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke
      sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.
     Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif
      dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh
      tentang „e-niaga‟ atau „e-commerce,‟ cara perniagaan melalui elektronik.
      Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir
      semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta
      alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai
      emel!). Kini „www.sesuatu.com.my‟ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai
      barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari
      dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia
      juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita
      di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil
      pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi
      media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
     Kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran
      industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu
      meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat,
      tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya
      emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan
      negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di
      pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman.
      Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada
      pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft
      Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang
      paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di
      luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar
      didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia
      “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang
      lain.
     Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan
      antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara
      atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat
      berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel
      elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat,
      berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan
      yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan
      sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih

                                                                                     26
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                       DPLI 2008


      pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara
      terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui
      internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat
      pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum.

      Antara kesan-kesan negatif:
     Pengaruh budaya asing
     Menerapkan sifat dan amalan kebendaan
     Mempercepatkan proses kedewasaan kanak-kanak
     Menjejaskan kesihatan
     Salah guna oleh pihak tertentu
     Melebarkan jurang maklumat
     Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di
      Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan
      kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya khabar
      angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala
      Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-
      burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus
      berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.
     Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di
      kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi
      kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan
      pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini.
      Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan
      perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga
      RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-
      pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala
      para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada
      ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan
      lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian
      maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti
      negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme
      mula bertapak di sanubari anak-anak.
     Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih
      buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu
      perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti
      mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini
      boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat
      boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat
      pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan
      tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki
      mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif
      multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum
      wajiblah dielakkan.



                                                                                       27
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT                                                  DPLI 2008


35. Jelaskan kesan positif dan negatif teknologi pengangkutan moden berbanding
    tradisional?


36. Jelaskan kesan positif dan negatif teknologi pengeluaran pertanian?


37. Jelaskan kesan positif dan negatif teknologi perubatan?




                                                                                 28

								
To top