Docstoc

PR-231106

Document Sample
PR-231106 Powered By Docstoc
					                            PERAK DARUL RIDZUAN

                     DEWAN NEGERI YANG KESEBELAS
                  MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,

            Persidangan Keempat pada hari Khamis, 23 November 2006


   di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh mulai jam 9.00 pagi


YANG HADIR

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Dato’ Haji Mat Isa bin Ismail, DPMP., KMN., PPT., JP.
(Kawasan Changkat Jering)

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan,
Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, SPSA., SPMP., DGSM., DPMP.,
AMP.
(Kawasan Pengkalan Hulu)

Yang Berhormat Dato’ Ramly bin Zahari, DPCM., KMN., AMP., PPT.
(Kawasan Manong)

Yang Berhormat Dato’ Ho Cheng Wang, DPMP., AMP. (Kawasan Pokok Assam)

Yang Berhormat Dato’ G. Rajoo (Kawasan Hutan Melintang)

Yang Berhormat Dato’ Chang Ko Youn, DPMP., PMP., KMN., PPT., PJK., JP.
(Kawasan Jalong)

Yang Berhormat Dato’ Tan Chin Meng, DPMP., PMP., AMP. (Kawasan Kepayang)

Yang Berhormat Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, DPCM., AMP., PJK.
(Kawasan Kota Tampan)

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Haji Abu Hassan, DPMP., AMP., PPT.
(Kawasan Belanja)

Yang Berhormat Dato’ Dr. Zambry bin Abd. Kadir, DPMP., AMS. (Kawasan Pangkor)

Yang Berhormat Dato’ Siti Salmah binti Mat Jusak, DPCM., PPT., PJK.
(Kawasan Chenderoh)
Yang Berhormat Dato’ Yik Phooi Hong, DPMP., PMP., AMP. (Kawasan Buntong)

Yang Berhormat Dato’ Hajjah Mazidah binti Haji Zakaria, DPMP., AMP., DSM.
(Kawasan Hulu Kinta)

Yang Berhormat Dato’ Dr. Abdul Malek bin Md. Hanafiah, DPMP., PPT.




                                        1
(Kawasan Kamunting)

Yang Berhormat Dato’ Haji Jamal Nasir bin Rasdi, DPCM., PMP., AMP., PPT.
(Kawasan Lubuk Merbau)

Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong, DPMP., AMP. (Kawasan Malim Nawar)

Yang Berhormat Dato’ Haji Hamdi bin Haji Abu Bakar, DPMP., PMP., AMP., PPT., JP.
(Kawasan Pengkalan Baru)

Yang Berhormat Dato’ Haji Nadzri bin Haji Ismail, DPMP., PMP., AMP., PPT.
(Kawasan Manjoi)

Yang Berhormat Dato’ Lee Kon Yin, DPMP., PMP., AMP. (Kawasan Tronoh)

Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Jaafar, DPMP., PMP., AMP., AMN., PPT.
(Kawasan Bukit Chandan)

Yang Berhormat Dato’ Chew Wai Khoon, DPMP., PMP., AMP., AMN.
(Kawasan Tebing Tinggi)

Yang Berhormat Dato’ Dr. Ho Wai Cheong, DPMP., PMP., AMP., PPT.
(Kawasan Teja)

Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Jafri bin Mohd Yunus, PMP.        (Kawasan Kubu Gajah)

Yang Berhormat Dato’ Chang Kon You, DPMP., AMP. (Kawasan Chenderiang)

Yang Berhormat Dato’ R. Ganesan, DPMP., PMP., AMN., AMP. (Kawasan Sungkai)

Yang Berhormat Dato’ Haji Hasbullah bin Osman, DPMP., AMP., JP.
(Kawasan Temenggor)

Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Tarmizi bin Idris, AMP., PJK. (Kawasan Kenering)

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd. Yusoff, DPMP., AMP., PJK.
(Kawasan Selama)

Yang Berhormat Kapt. (B) Tuan Haji Mohd. Najmuddin bin Elias (Kawasan Batu Kurau)

Yang Berhormat Encik Abu Bakar bin Mat Ali, PPT. (Kawasan Titi Serong)

Yang Berhormat Encik Mohd. Salleh bin Mat Disa, PPT. (Kawasan Kuala Kurau)

Yang Berhormat Encik Sham bin Mat Sahat, PPN., PJK.        (Kawasan Alor Pongsu)

Yang Berhormat Encik Abd. Muhaimin bin Abu Rahman Nazri, AMP., PPT.
(Kawasan Gunung Semanggol)

Yang Berhormat Encik Zaili bin Cha, PPT.       (Kawasan Selingsing)




                                           2
Yang Berhormat Encik See Tean Seng, AMP. (Kawasan Kuala Sepetang)

Yang Berhormat Encik Rosli bin Husin, AMP., PPT.   (Kawasan Trong)

Yang Berhormat Encik Ng Chii Fa (Kawasan Aulong)

Yang Berhormat Datuk Ahamad bin Pakeh Adam, DMSM., AMN., PPT., PJK.
(Kawasan Lintang)

Yang Berhormat Encik Vincent Hooi Wy-Hon (Kawasan Canning)

Yang Berhormat Encik Gooi Seng Teik, AMP., PPT.    (Kawasan Bercham)

Yang Berhormat Encik Che’ Ri bin Md. Daud, AMN., PPT. (Kawasan Bota)

Yang Berhormat Puan Hamidah binti Osman, PJK. (Kawasan Sungai Rapat)

Yang Berhormat Encik Chan Chin Chee, PJK. (Kawasan Simpang Pulai)

Yang Berhormat Dato’ Samsudin bin Abu Hassan, DPMP., AMP., PPT.
(Kawasan Ayer Kuning)

Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Katop, AMP., PKC. (Kawasan Sungai Manik)

Yang Berhormat Datuk Tajuddin bin Abdul Rahman, DMSM., AMP., JP.
(Kawasan Kampung Gajah)

Yang Berhormat Dato’ M. Ramachandran, DPMP. (Kawasan Pasir Panjang)

Yang Berhormat Encik Sha’arani bin Mohamad,    (Kawasan Rungkup)

Yang Berhormat Dato’ Mohd. Khusairi bin Abdul Talib, DPMP., BSK., PPT.
(Kawasan Slim)

Yang Berhormat Dato’ Appalanaidu a/l Rajoo, DPMP. (Kawasan Behrang)

Yang Berhormat Encik Ngeh Koo Ham (Kawasan Sitiawan)

Yang Berhormat Encik Nga Kor Ming (Kawasan Pantai Remis)

Yang Berhormat Encik Keong Meng Sing (Kawasan Menglembu)

Yang Berhormat Encik Seah Leong Peng (Kawasan Pasir Bedamar)

Yang Berhormat Encik Su Keong Siong   (Kawasan Pasir Pinji)



Yang Berhormat Puan Hee Yit Foong (Kawasan Jelapang)




                                        3
Yang Berhormat Encik Chen Fook Chye (Kawasan Keranji)


                     YANG TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

        Yang Berhormat Dato’ Mohamad Radzi bin Manan, DPMP., PJK., JP.
                           (Kawasan Tualang Sekah)

   Yang Berhormat Dato’ Ir. Onn bin Hamzah, DPMP.     (Kawasan Changkat Jong)



                              YANG TURUT HADIR


                    (Mengikut Fasal XLVIII, Bahagian Pertama
                  Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak)

                Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
                 (Y.B. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Hashim, PCM.

       Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri Perak Darul Ridzuan
           (Y.B. Dato’ Engku Nor Faizah binti Engku Atek, DPTJ., AMP.)

          Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan
        (Y.B. Dato’ Jamalludin Al Amini bin Haji Ahmad, DPMP., PMP., PPT.)



            SETIAUSAHA DEWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

                      Encik Abdullah bin Antong Sabri, ACM.




                                        4
        SETIAUSAHA: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
        Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keempat,
        Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Kesebelas Perak Darul Ridzuan
        pada hari Khamis, 23 November 2006, pukul 9.00 pagi dengan urusan perkara yang
        pertama iaitu Bacaan Doa.


I.      BACAAN DOA

              Setiausaha Dewan membaca doa.


II.     PENGUMUMAN TUAN YANG DIPERTUA

        Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Tiada pengumuman


 III.   SOALAN-SOALAN YANG TELAH DIBERI NOTIS

        SOALAN-SOALAN LISAN


        Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Dijemput Ahli Yang Berhormat Sungai Manik


              (1)    Y.B. TUAN HAJI IBRAHIM BIN KATOP (SUNGAI MANIK)

                     Pelan Strategik Perak Maju 2015 telah menggariskan beberapa
                     pendekatan yang perlu dicapai, antaranya untuk meningkatkan pendapatan
                     penduduk, menghapuskan kemiskinan tegar serta sifar setinggan:-

                     (a)    Perjelaskan perancangan dan pendekatan yang akan diambil oleh
                            Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah setinggan sebelum
                            tahun 2010, mengikut kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.

                     (b)    Sejauh manakah projek perumahan selesa yang dicadangkan oleh
                            Kerajaan Negeri berupaya membantu menyelesaikan masalah
                            setinggan?

                     (c)    Sejauh manakah dasar 30% perumahan kos rendah
                            dikuatkuasakan kepada semua pemaju perumahan di Negeri
                            Perak?

              (2)    Y.B. TUAN HAJI MOHD. JAFRI BIN HAJI MOHD. YUNUS                (KUBU
                     GAJAH)

                     Kerajaan Negeri meletakkan sasaran tahun 2010 sebagai tahun setinggan
                     sifar.




                                               5
              (a)     Nyatakan daerah-daerah yang telah mencapai setinggan sifar.

              (b)     Apakah langkah-langkah susulan yang akan diambil jika matlamat
                      setinggan sifar 2010 tidak dapat dicapai sepenuhnya


       (3)    Y.B. DATO’ HAJI HASBULLAH BIN OSMAN               (TEMENGGOR)

              Dalam tahun 2005 kerajaan telah mengumumkan Perak akan menjadi
              Negeri Maju menjelang 2015.

              (a)     Berapa peratuskah kejayaan yang telah dicapai sehingga kini
                      mengikut daerah dalam bidang-bidang yang berkaitan.

              (b)     Apakah langkah yang telah diambil bagi memastikan golongan
                      miskin tegar sifar menjelang 2009.

              (c)     Sejauh manakah isu setinggan dapat ditangani sehingga kini.

Y.A.B. MENTERI BESAR: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya ingin
menjawabsoalan yang dikemukan oleh Yang Berhormat dari Sungai Manik, Kubu Gajah
dan Temenggor secara serentak kerana isu yang dibangkitkan ini adalah sama dan
berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang berkenaan, Kerajaan Negeri
Perak telah mensasarkan untuk mencapai matlamat Setinggan Sifar iaitu menjadikan
negeri ini bebas daripada masalah setinggan menjelang tahun 2010.

Di bawah program setinggan sifar ini Kerajaan Negeri telah mengambil langkah untuk
mengumpul data dan maklumat mengenai setinggan yang ada di negeri ini.
Berdasarkan kerja-kerja bancian setinggan di seluruh Negeri Perak yang telahpun
selesai dijalankan pada 31 Mei 2006 jumlah setinggan yang ada di Negeri Perak ialah
sebanyak 14,282 keluarga iaitu dalam anggaran 0.57% daripada jumlah penduduk di
negeri ini. Maklumat dan profil setinggan ini boleh diperolehi melalui portal e-setinggan
Negeri Perak yang telahpun dibangunkan.

Berdasarkan profil setinggan yang telah dibanci di bawah program setinggan sifar ini
Kerajaan Negeri sedang merangka beberapa pendekatan untuk penyelesaian
setinggan.

Kaedah pertama adalah penempatan setinggan ke dalam Rancangan Perkampungan
Tersusun (RPT) yang dirancangkan khas untuk mereka termasuklah pengisian RPT
sedia ada. Penempatan RPT ini dibuat secara teliti berdasarkan kesesuaian tapak dan
kehendak setinggan itu sendiri.   Sekiranya kawasan setinggan tersebut sesuai
dibangunkan mereka akan ditempatkan secara in-situ di kawasan berkenaan dan
kerajaan akan mengeluarkan hakmilik mengikut ‘occupation’ rumah masing-masing.
Sebaliknya jika kawasan setinggan tersebut tidak sesuai mereka akan ditempatkan
semula di kawasan RPT baru yang berhampiran dengan              kawasan kediaman
setinggan mereka yang asal.




                                           6
Setakat ini kerajaan telahpun mengenalpasti kawasan RPT Khas di bawah program
setinggan sifar ini ini yang melibatkan kawasan seluas 2,278 ekar dan boleh
menyediakan 21,824 lot tapak rumah kediaman.
Kaedah yang kedua adalah dengan menempatkan setinggan yang kurang
berkemampuan di perumahan kos rendah yang dibina oleh kerajaan melalui peruntukan
Rancangan Malaysia Ke-9. Setakat ini Kerajaan Negeri telah merancang 20 projek
perumahan kos rendah yang boleh menampung setinggan di seluruh Negeri Perak.

Kaedah yang ketiga bagi setinggan-setinggan yang tidak berkemampuan dan
digolongkan sebagai setinggan miskin tegar mereka akan ditempatkan di kawasan
penempatan PPRT yang akan dibina oleh Pejabat-Pejabat Daerah melalui peruntukan
Pejabat Pembangunan Negeri Perak.

Kaedah yang keempat adalah dengan mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara
(TOL) keatas kawasan-kawasan setinggan yang tidak boleh dikeluarkan hakmilik
seperti penempatan setinggan di atas rizab sungai, rizab yang dikawal dan diselenggara
oleh agensi-agensi kerajaan dan kawasan penempatan bagan nelayan.

Di samping itu bagi mempercepatkan program penyelesaian setinggan di beberapa
projek perumahan swasta yang menglibatkan sebahagian kawasan setinggan, pemaju
yang diluluskan projek perumahan telah disyaratkan untuk menyediakan tapak-tapak
rumah kediaman ataupun pembinaan rumah kos rendah bagi menempatkan semula
setinggan yang sedia ada. Program ini telah dan sedang dilaksanakan disekitar
Bandaraya Ipoh.

Bagi memastikan program yang telah dirancangkan ini mencapai sasarannya semua
Pegawai Daerah telahpun diarahkan untuk merancang dan memantau pelaksanaan
tersebut secara terperinci melalui Jawatankuasa Kerja Setinggan di daerah masing-
masing.

Saya yakin Kerajaan Negeri akan berjaya mencapai cita-cita menjadikan negeri ini
bebas daripada setinggan menjelang tahun 2010 sekiranya semua pihak memberikan
kerjasama dan berkerja secara berpasukan. Sebarang tindakan yang berbaur politik
dan mempunyai kepentingan tertentu hendaklah dielakkan. Kita harus ingat adalah
menjadi tanggungjawab dan amanah bukan sahaja agensi Kerajaan bahkan Wakil-wakil
Rakyat untuk bekerja keras dalam usaha membantu golongan setinggan kerana mereka
merupakan sebahagian daripada rakyat negeri ini.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Sungai Manik.

Y.B. TUAN HAJI IBRAHIM BIN KATOP: Soalan tambahan saya. Selalunya bila kita
sebut setinggan kita selalu hanya memfokuskan kepada setinggan perumahan. Walau
bagaimanapun, kewujudan setinggan perniagaan dan juga industri sering menjadi
masalah kepada pihak-pihak Majlis Tempatan. Jadi, apakah langkah-langkah dan juga
perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah setinggan perniagaan dan
juga industri?

Y.A.B. MENTERI BESAR: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, mulai bulan ini dan juga
bulan depan saya akan berjumpa dengan semua Mesyuarat-Mesyuarat Majlis Daerah,
Majlis Perbandaran dan juga Bandaraya Ipoh akan saya hadiri sendiri dan pada bulan




                                          7
Januari yang akan datang semua Mesyuarat-Mesyuarat Tindakan Daerah akan diadakan
di Ipoh walaupun dipengerusikan oleh Pengerusi Mesyuarat Tindakan Daerah ataupun
Pegawai Daerah tetapi akan dihadiri oleh saya, semua Ahli EXCO dan semua Ketua
Jabatan. Mereka akan bermesyuarat secara biasa tetapi dengan kehadiran Menteri
Besar, Ahli EXCO dan juga Ketua-Ketua Jabatan. Ini untuk membolehkan Ketua-Ketua
Jabatan dan saya sendiri memahami masalah yang ada diperingkat bawah dan untuk kita
menyelesaikan masalah tanah juga saya berharap dalam masa kita mengadakan
mesyuarat ini semua Wakil-Wakil Rakyat kerajaan boleh membangkitkan perkara-perkara
yang tersirat dalam pemikiran mereka supaya diketengahkan dan kita akan cuba untuk
memberikan, mengesahkan tapak-tapak perindustrian ataupun perniagaan yang boleh
disahkan tapi bagi kawasan-kawasan yang tidak boleh disahkan maka kita akan beri
mereka notis yang bersesuaian dan mereka akan diberikan tempat atau pun tapak yang
baru. Tapi kalau kilang itu merupakan kilang yang agak berharga, kalau pun kita tidak
boleh luluskan, tidak boleh sahkan tapak yang berkenaan, kita akan cuba untuk
memberikan TOL dalam jangkamasa yang agak panjang.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Aulong.

Y.B. ENCIK NG CHII FA: Soalan tambahan saya. Adakah angka rumah setinggan yang
diberikan oleh Yang Amat Berhormat termasuk rumah setinggan di Tanah Simpanan
KDN. Adakah apa-apa rancangan untuk Kerajaan Negeri untuk menolong rumah setingan
di Tanah Simpanan Keretapi Tanah Melayu kerana Pejabat Daerah dan Tanah tidak ada
kuasa untuk menghalang rumah setinggan baru diganti Tanah Simpanan KDN. Terima
kasih.

Y.A.B. MENTERI BESAR: Semua setinggan-setinggan di Negeri Perak samada di atas
tanah kerajaan ataupun tanah perseorangan ataupun agensi-agensi lain, kita ambil kira.
Tetapi kalau mereka berada di atas tanah kerajaan yang boleh diluluskan untuk
pembangunan, maka mereka akan ditempatkan di tapak yang berkenaan. Tapi kalau
mereka berada di atas tanah kepunyaan KDN kita akan memberikan mereka untuk
berpinda ke tempat lain. Jika mereka enggan, apabila KDN nak bangunkan tanah ini,
bukan lagi menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memberikan mereka tapak atau
pun dipindahkan ke tapak yang lain. Jadi, mereka perlulah mengambil inisiatif ataupun
menerima tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri supaya masalah setinggan ini dapat
kita atasi dengan segera.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Kubu Gajah.

Y.B. TUAN HAJI MOHD. JAFRI BIN HAJI MOHD. YUNUS: Terima kasih Dato’ Yang
Dipertua memberikan ruang untuk saya mengemukakan soalan tambahan. Soalan saya
ialah ada kawasan-kawasan yang dibangunkan rumah-rumah setinggan ini di tanah-tanah
yang sepatutnya tidak digunakan untuk mereka bangunkan rumah. Tapi yang menjadi
masalahnya apabila rumah-rumah ini dibangunkan atau juga premis perniagaan
dibangunkan, mereka biasanya mendapat kemudahan-kemudahan daripada jabatan atau
agensi kerajaan seperti LAP, Tenaga Elektrik dan sebagainya dan ini seolah-olah
walaupun rumah itu atau kawasan itu, atau premis itu ialah setinggan atau rumah yang
dibina di tempat larangan tapi apabila mereka mendapat kemudahan-kemudahan begini,
seolah-olah ia satu galakan. Jadi apakah pandangan kerajaan, soalan saya masalah ini.
Adakah kita membenarkan agensi memberi kemudahan asas ataupun kita mengambil




                                         8
tindakan tegas, kalau rumah ini atau premis ini ialah setinggan maka kita tidak benarkan
kemudahan asas ini disalurkan. Terima kasih.

Y.A.B. MENTERI BESAR: Dato’ Yang Dipertua, di sinilah permasalahan yang dihadapi
oleh kerajaan. Kalau misalnya ada rumah setinggan dan kita tidak berikan bekalan
sementara ataupun air maka kerajaan akan dipersalahkan. Tetapi apabila bekalan
elektrik dan air sementara ini dibekalkan, maka ada pihak yang mengatakan kerajaan
seolah-olah mengesahkan bahawa kawasan setinggan itu boleh diberikan kepada
mereka. Sebenarnya ada dua permasalahan di sini. Ada setengah-setengah rumah
setinggan yang dibina di atas tanah yang bukan tanah kerajaan. Mungkin tanah agensi
kerajaan atau pun tanah orang-orang perseorangan ataupun syarikat-syarikat. Maka ini
bukanlah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan mereka akan dapat tanah
yang berkenaan. Tapi dalam banci setinggan yang kita buat, kita masukkan juga mereka
sebagai setinggan untuk kita selesaikan masalah mereka. Tetapi kalau tanah yang
mereka duduki itu merupakan tanah kerajaan dan tanah itu sesuai untuk diberikan kepada
mereka, maka kita akan bagi. Tapi ada juga tanah kerajaan yang mana dencity nya
melebihi tahap yang dibolehkan. Misalnya tanah dua ekar, rumah 40 biji. 40 buah. Maka
sudah tentu kita tidak boleh berikan mereka hakmilik kerana dencity nya terlampau
banyak. Maka kawasan-kawasan ini kita akan tawarkan kepada mereka untuk kita buat
flat dan mereka pindah sementara dan pembinaan flat ini apabila siap mereka akan
diberikan keutamaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi
merupakan soalan yang agak specifik, kalau boleh jumpa saya dan terangkan
sepenuhnya bolehlah saya bagi jawapan yang agak memuaskan.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Sungkai.

       (4)    Y.B. DATO’ R. GANESAN       (SUNGKAI)

              Kawasan Sungkai dan Bidor amat kekurangan dari segi industri kecil dan
              sederhana (IKS) walaupun ia mempunyai potensi yang baik untuk bidang
              IKS.

              (a)    Apakah usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk
                     menarik masuk perusahaan tersebut agar peluang pekerjaan dapat
                     dipertingkatkan?

Y.B. DATO’ RAMLY BIN ZAHARI: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya
menjawab soalan Yang Berhormat dari Sungkai. menurut Laporan Pemeriksaan
Rancangan Struktur Negeri Perak 2001-2020 yang dijalankan oleh Jabatan Perancang
Bandar dan Desa, Daerah Batang Padang mempunyai kira-kira 19 industri besar dan
sederhana besar dan 154 industri kecil dan sederhana, iaitu kedudukan kelima di Negeri
Perak.

Kerajaan Negeri sedar walaupun IKS bukan merupakan penyumbang utama kepada
ekonomi negeri, namun tidak dapat dinafikan kepentingannya kepada pembangunan.
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mewujud dan memajukan industri kecil dan
sederhana melalui usaha-usaha seperti berikut :-

(i)    Menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri khusus bagi meningkatkan
       penglibatan IKS dalam industri yang dikenalpasti berpotensi untuk dimajukan.




                                          9
(ii)    Menggalakkan pembangunan perindustrian di kawasan luar bandar terutamanya
        di kawasan-kawasan yang kurang maju. Tumpuan utama adalah bagi
        membangunkan aktiviti IKS di pusat-pusat pertumbuhan desa.

(iii)   Mempercepatkan pembangunan infrastruktur di kawasan perindustrian bagi
        menarik pelaburan terutamanya IKS.

(iv)    Menawarkan bimbingan dan khidmat nasihat serta insentif-insentif kewangan
        dan bukan kewangan bagi menarik minat bakal usahawan untuk menceburi
        bidang perniagaan terutamanya bagi IKS.

(v)     Melaksanakan aspirasi-aspirasi Kerajaan Persekutuan dalam pertumbuhan IKS
        contohnya seperti program Satu Daerah Satu Industri.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Tronoh.

        (5)   Y.B. DATO’ LEE KON YIN        (TRONOH)

              Saya difahamkan bahawa “Projek Naiktaraf Jalan Gopeng ke Siputeh Fasa
              2” sedang dilaksanakan.

              Bilakah projek-projek tersebut dapat disempurnakan dan berapa kosnya?

Y.B. DATO’ HO CHENG WANG: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya
menjawab soalan ini dari Yang Berhormat Tronoh. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang
Berhormat, mengikut perjanjian kontrak projek ini. Projek ini akan disiapkan pada bulan
Mac 2008 mengambil kos sebanyak RM85,745,436.10.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Tronoh.

Y.B. DATO’ LEE KON YIN: Projek ini sedang dijalankan untuk menjaga kepentingan
penduduk tempatan. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk air dan lumpur
masuk rumah semasa hujan dan berapakah jumlah Fasa dan apakah faedah daripada
projek ini jika disiapkan pada masa tepat.

Y.B. DATO’ HO CHENG WANG: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, projek ini
melibatkan dua fasa. Iaitu Fasa I dari Jalan Gopeng sampai persimpangan jalan
Clearwater dan sekarang Fasa II dari Clearwater ke Siputeh Jalan Ipoh-Lumut Highway.
Bagi Fasa I dia akan ambil kos, dia sudah siap ini pada tahun 2004 kosnya
RM26,550,583.60. Bagi Fasa II yang tadi saya sebut kos ini, jumlah kos untuk
keseluruhan projek ini iaitu Fasa I sampai Fasa II akan ambil kos RM114,266,019.70.
Jarak atau panjangan jalan ini 19 km. Walau bagaimanapun, projek ini bukan sahaja
untuk memendekkan masa dari Jalan Gopeng sampai ke Siputeh di Jalan Ipoh-Lumut
Highway. Tetapi dia juga akan menjadi satu perkhidmatan kepada KTM iaitu Station
Double-Tracking di Batu Gajah. Jikalau tiada Batu Gajah bypass ini penumpang-
penumpang KTM atau Double Tracking akan melalui jalan-jalan kampung dan ini adalah
satu masalah kepada kita. Di samping itu, bila projek ini siap dari Jalan Gopeng kita boleh
cepat sampai Siputeh di Ipoh-Lumut dan ini akan memendekkan masa 15 minit hingga 20
minit dan pada masa akan datang, bila masa Ipoh-Lumut Highway sudah dinaiktaraf




                                           10
menjadi siap, kita dari Jalan Gopeng boleh terus sampai Lumut dengan masa yang
pendek sekali.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Sungai Rapat.

Y.B. PUAN HAMIDAH BINTI OSMAN: Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Projek
naiktaraf Jalan Gopeng ke Siputeh Fasa II melibatkan 20 setinggan di sekitar Sungai
Resam Kg. Pisang dan juga berhampiran Batu Gajah jadi saya nak tahu apa tindakan
Kerajaan Negeri kepada setinggan-setinggan ini. Itu soalan yang pertama. Soalan yang
kedua projek ini juga merintangi di belakang Kg. Pisang yang kini dimajukan oleh pihak
Maju Perak dan disebabkan oleh pembangunan projek ini banyak masalah telah
ditimbulkan pada Kawasan Taman Tasik Damai. Jadi saya nak tahu lah apakah tindakan
yang diambil pada pihak kontraktor yang banyak mengorek longkang-longkang yang
setengahnya menutup longkang yang menyebabkan banjir kilat.

Y.B. DATO’ HO CHENG WANG: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman
Ahli Yang Berhormat sekelian, sila maafkan saya tidak berapa tahu bagaimana
kedudukan disitu atau masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tapi kita akan susun satu hari buat lawatan ke tempat
tersebut, tengok bagaimana kita selesai masalah rakyat disitu.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Simpang Pulai.

       (6)    Y.B. ENCIK CHAN CHIN CHEE        (SIMPANG PULAI)

              Soal Banjir Kilat Dijalan Jalan Gopeng Perhampiran Taman Pulai Height
              Simpang Pulai

              Apa yang saya difahamkan bahawa MBI telah diperuntukkan wang oleh
              Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada awal tahun ini
              untuk projek menaiktarafkan kawasan tersebut di atas yang sentiasa
              dilanda banjir kilat bila masa hujan lebat. Soalan:

              (a)    Apakah masalah atau yang kekurangan kepada rancangan projek
                     tersebut yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak MBI
                     oleh kerana masih terdapat banjir kilat apabila hujan lebat turun
                     mencurah-curah di kawasan tersebut sedangkan peruntukan yang
                     begitu banyak yang telahpun dibelanjakan

              (b)    Saya melihat bahawa longkang di tepi Jalan Gopeng perhampiran
                     kawasan Simpang Pulai selalu dipenuhi lumpur dan tanah liat,
                     pihak    mana    yang    sepatut  bertanggung   jawab   untuk
                     membersihkannya dan mengapa kerja pembersihan itu tidak
                     dijalankan dengan kerap?

Y.B. DATO’ CHANG KO YOUN: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya
menjawab soalan Yang Berhormat dari Simpang Pulai.           Dato’ Yang Dipertua,
Berhubung dengan isu ini, Majlis Bandaraya Ipoh tidak menerima sebarang peruntukan
dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tujuan yang
dimaksudkan.




                                         11
Pembangunan di kawasan berkenaan adalah dirancang dan dimajukan oleh tiga pemaju
swasta. Pihak Majlis hanya bertindak sebagai pihak berkuasa yang meluluskan
pembangunan, memantau, menyelia dan memastikan pihak pemaju mematuhi garis
panduan dan syarat-syarat pembangunan. Tiada peruntukan diterima bagi mengatasi
masalah banjir kilat yang berlaku di Jalan Gopeng.

Terdapat beberapa buah projek pembangunan skim perumahan yang dilaksanakan di
kawasan tersebut dan kerja-kerja tanah telah dijalankan tanpa pengawasan yang
berkesan. Apabila hujan lebat berlaku menyebabkan air dan tanah daripada kawasan
tinggi telah mengalir ke kawasan rendah khasnya di Jalan Gopeng.

Majlis Bandaraya Ipoh telah mengambil tindakan dengan mengarahkan pemaju-pemaju
terbabit mengatasi punca masalah tersebut. Ini termasuk pindaan susun atur dengan
mengubah kolam tadahan dan mengalir aliran air melalui tandas cyber dan RPT Sengat
dan secara langsungnya ke Sungai Sengat.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Simpang Pulai.

Y.B. ENCIK CHAN CHIN CHEE: Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan saya. Apa yang
jawapan diberi oleh pihak Kerajaan Negeri katakan bahawa projek-projek itu dijalankan
oleh syarikat swasta. Jadi saya nak tahu kalau dijalankan oleh syarikat swasta ,
berapakah duit yang telah dibelanja dan mengapa jalan itu jalan JKR, boleh dijalankan
secara swasta sahaja.

Y.B. DATO’ CHANG KO YOUN: Dato’ Yang Dipertua, longkang baru dibina di tepi jalan
Gopeng dan longkang berkenaan, maksudnya untuk air di Jalan Gopeng saja. Oleh itu
tak patutlah air dari skim perumahan mengalir ke dalam longkang JKR atau longkang di
depan Jalan Gopeng. Oleh itu, semua skim perumahan berkenaan telah diarah membina
kolam tadahan dan dua kolam tadahan telah dibina di atas skim perumahan yang
bernama Medan Lapangan Suria dan lagi satu pemaju namanya Skim Perumahan Taman
Pulai Mutiara. Air pun dialirkan ke Jalan Gopeng. Oleh itu mereka telah dapat arahan
untuk menukar kedudukan kolam tadahan dan ini bererti pindah kolam tadahan ke
belakang skim perumahan dan alirkan ke Sungai Sengat dan tidak masuk ke Jalan
Gopeng. Selain dari itu satu mesyuarat telah ditetapkan pada 30hb November ini yang
mana MBI telah menjemput ketiga-tiga pemaju mengadakan satu rundingan untuk
mengambil tindakan untuk jangkamasa pendek untuk meringankan masalah yang
dihadapi sekarang dan disini saya ucapkan tahniah kepada Y.B. yang sentiasa memberi
perhatian kepada isu ini dan Y.B. akan dijemput hadir ke mesyuarat juga.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Tronoh.

Y.B. DATO’ LEE KON YIN: Dato’ Seri Yang Dipertua...

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Lambat lagi. (GANGGUAN). Jangan main-main.




                                        12
Y.B. DATO’ LEE KON YIN: Soalan saya adalah banjir kilat bukan sahaja di Simpang
Pulai adalah banjir kilat di banyak tempat seperti di Menggatal, Falim. Setiap hujan, banjir
kilat telah datang banyak masalah untuk pekilang-pekilang dan penduduk-penduduk
tempatan dan masalah banjir di Taman Pasir Wang, Lahat juga. Setiap hujan, dua kaki
tenggelam. Saya harap pihak MBI akan ambil tindakan pada masa depan. Jangan saja
sini cakap puluh-puluh tahun pun tidak akan ambil tindakan. Sekian.

Y.B. DATO’ CHANG KO YOUN: Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri memang sedar
masalah yang dihadapi di beberapa tempat. Oleh itu tahun ini Kerajaan Negeri telah
menubuhkan satu tabung. Tabung Saliran yang mana setiap pembangunan skim
perumahan akan menyumbang sumbangan saliran oleh Kerajaan Negeri dan tabung
berkenaan akan menggunakan duit untuk menukar longkang-longkang yang sedia ada.
Satu masalah adalah kerana pembangunan pesat misalnya di Jalan Gopeng yang mana
tadi Yang Berhormat Simpang Pulai bangkitkan tadi. Kawasan berkenaan akan mendapat
lebih 1000 unit rumah baru. Oleh itu, longkang yang lama memang tidak cukup
menghadapi permintaan aliran air. Oleh itu, dengan kewujudan tabung berkenaan, kita
haraplah boleh mengatasi banyak masalah banjir kilat.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Sungai Rapat.

Y.B. PUAN HAMIDAH BINTI OSMAN: Masalah banjir kilat Jalan Gopeng. Ini merupakan
satu masalah yang melibatkan ramai orang oleh kerana itu merupakan jalan utama dan ia
bukan sahaja melibatkan orang tempatan, malah orang luar yang akan masuk. Jadi saya
rasa perkara ini adalah satu perkara serius yang perlu kita tangani segera. Masalahnya
bila wakil kerajaan membangkitkan akan mengarahkan pemaju-pemaju mewujudkan
takungan-takungan, ada kawasan-kawasan perumahan itu kita tidak tahu bila akan
dibangunkan. Jadi, saya tidak nampak dalam masa terdekat, kita dapat menyelesaikan
masalah ini sedangkan projek ini harus disegerakan. Jadi saya nak tahu mengikut
perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bilakah masalah ini dapat diselesaikan.

Y.B. DATO’ CHANG KO YOUN: Dato’ Yang Dipertua, masalah akan diselesaikan
mengikut masalah yang dihadapi. Kalau misalnya cyber jaya yang dibangkitkan oleh
Simpang Pulai tadi saya rasa untuk tahun depan kita boleh mengatasi masalah ini. Jadi
saya minta Y.B. lebih specific and I can give a specific answer.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Kuala Kurau.

Y.B. PUAN HAMIDAH BINTI OSMAN: (GANGGUAN) Gopeng tu yang sekarang tengah
banjir bukan cyber jaya. That’s jalan itself dengan izin. Bila kita jangkakan masalah itu
dapat selesai jangan bila ada banjir setengah jam saja boleh menaikkan air hingga sekaki.

Y.B. DATO’ CHANG KO YOUN: Dato’ Yang Dipertua, bahagian yang mana gelombong
Sungai Sengat melalui Jalan Gopeng, saya seperti Y.B. sedia maklumlah kerajaan telah
menukar gelombong yang lebih besar. Oleh itu, banjir kilat di Kampung Sungai Sengat
telah diatasi cuma projek yang baru adalah mengatasi masalah Persimpangan Cyber Jaya
yang saya rasa ini tempat yang Y.B. maksudkan. Bukan? Jadi, saya rasa tahun depan
kita boleh mengatasi masalah itu.




                                           13
Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Terima kasih Kuala Kurau.

       (7)    Y.B. ENCIK MOHD. SALLEH BIN MAT DISA           (KUALA KURAU)

              Negeri Perak, melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri
              telah memperkenalkan sistem pendaratan bot nelayan yang dikenali
              sebagai “e-landing“ bermula dari 1hb. Oktober 2006 yang lalu, yang
              bertujuan bagi membendung penyelewengan diesel subsidi oleh nelayan.
              Mohon penjelasan (dalam bentuk data dan statistik) sejauh manakah
              program ‘e-landing’ yang dilaksanakan oleh LKIM Negeri Perak ini telah
              berjaya membanteras penyelewengan diesel oleh nelayan dan segali gus
              meningkatkan hasil tangkapan.

Y.B. DATO’ MOHD. ZAIM BIN HAJI ABU HASAN: Yang Berhormat Dato’ Yang
Dipertua, izinkan saya menjawab soalan wakil daripada Kuala Kurau.         Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia telah melantik Persatuan Nelayan Negeri Perak (PENGGERAK)
mulai 1hb September 2006 untuk melaksanakan E-Pendaratan bagi Negeri Perak.
Persatuan Nelayan Negeri Perak ditugaskan untuk membantu Kerajaan dalam mengesan
dan mengelakkan penyelewengan pemberian minyak diesel/petrol bersubsidi kepada
nelayan. Nelayan yang gagal mengisytiharkan kuantiti ikan melalui e-pendaratan tidak
boleh mendapat bekalan diesel bersubsidi dari Persatuan Nelayan Kawasan.

Sebelum e-pendaratan dibuat oleh LKIM, 14 kes salah guna kad e-diesel oleh nelayan
telah dapat dikesan oleh LKIM iaitu di Matang (1) Manjung Utara (2), Sg. Tinggi (8) dan
Krian (3). Di samping itu, terdapat 2 kes penyelewengan diesel bersubsidi di Kawasan
Matang telah dikesan oleh pihak Jabatan Polis dan KDN.

Semasa perlaksanaan e-pendaratan, tiada kes penyelewengan diesel bersubsidi di Negeri
Perak tetapi LKIM telah dapat mengesan salah guna kad e-petrol sebanyak 153 kes dari
nelayan yang membeli minyak petrol bersubsidi melalui pump station swasta iaitu di Hilir
Perak (17), Manjung Selatan (30), Kerian (91), Matang (12), Sg. Tinggi (1) dan Pangkor
(2).

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Pantai Remis.

Y.B. ENCIK NGA KOR MING: Terima kasih Dato’ Tuan Yang Dipertua, menyedari hasrat
kerajaan untuk melaksanakan ‘e-landing’, tujuannya adalah untuk membendung
penyelewengan diesel subsidi. Kita mengalu-alukan usaha tersebut. Tetapi
bagaimanakah, mengapa semua apabila nelayan-nelayan mengisikan Borang Hasil Ikan
mereka akan dicajkan kutipan borang yang sangat mahal setiap kali pam minyak ikut
vessel, zon A, B atau C. Bayarannya adalah RM2, RM3 dan RM5 dan adalah
dianggarkan di Pantai Remis satu bulan caj borang sahaja lebih daripada RM50,000.
Kuala Sepetang RM60,000. Ini wang adalah sepatutnya subsidi minyak yang disalurkan
kepada tuan punya vessel dan bukannya untuk caj borang. Sekiranya kita pakai nama e-
landing maksud elektronik landing, mengapa ada kertas-kertas yang patut diisi dan yang
kedua lagi vesselting sekarang sudah jadi e-beban. Saya pernah lihat borang-borang
yang perlu diisi. Ia sangat rumit dan sangat detail. Setiap lebih daripada 40 jenis ikan
perlu diisi dan ikut setiap kilogram. Ini merupakan satu usaha yang tidak membawa
manfaat kepada warga nelayan sebaliknya membebankan warga nelayan. Adakah




                                         14
rancangan kerajaan untuk mengkaji semula kutipan caj borang-borang isi minyak ini.
Terima kasih.

Y.B. DATO’ MOHD. ZAIM BIN HAJI ABU HASAN: Soalan yang dikehendaki oleh Yang
Berhormat tadi sebenarnya dalam kajian pihak jabatan yang berkaitan dan walau apapun
yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat usaha untuk e-pendaratan ini merupakan satu
usaha untuk menambah hasil ikan. Sebagai contoh umpamanya kita ambil pada bulan
September hasil tangkapan 5900 metrik tan dan nilainya ialah RM15,438,233. Bagi bulan
Oktober kuantiti tangkapan ialah 8154 metrik tan dan nilainya ialah RM63,221.14. Ini
menunjukkan bahawa dengan adanya e-landing ini telah dapat menambahkan
pendapatan tapi pada masa yang sama kerajaan bahawa akan berlaku penyelewengan
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ianya masih dalam kajian dan kerajaan sedang
meneliti perkara ini dan kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi
mengatasi masalah ini. Terima kasih.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Bota.

      (8)     Y.B. ENCIK CHE RI BIN MD. DAUD       (BOTA)

              Melihat kepada kegagalan Negeri Perak untuk berada tiga tangga teratas
              dalam SUKMA 2006 di Kedah baru-baru ini?

              (a)   Apakah persediaan Negeri Perak melalui MSN (Majlis Sukan
                    Negeri) untuk mengembalikan kegemilangan sukan Negeri Perak?

Y.B. DATO’ MOHD ZAIM BIN HAJI ABU HASAN: Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya
menjawab soalan daripada Bota. Memang disedari bahawa SUKMA 2006 Negeri Perak
telah mendapat tempat yang kelima. Jumlah pungutan pingat ialah emas (37), perak
(25) dan gangsa (33). Di antara faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan pungutan
pingat ialah oleh kerana ada di antara atlet-atlet kita yang telah tidak dibenarkan
bertanding setelah mereka mewakili negara. Yang kedua ada atlet kita yang telah
melepasi umur yang dihadkan. Bagi persediaan SUKMA 2008, Majlis Sukan Negeri
sedang menyusun langkah-langkah tertentu di antaranya ialah :-

      (i)     Mengenalpasti atlet-atlet yang berkelayakan.
      (ii)    Mengadakan klinik sukan
      (iii)   Penyelarasan atlet di luar Majlis Sukan Negeri seperti MSSPk, Sukan
              Teras dan Sukan Perak.

Selaras dengan hasrat Negeri Perak untuk menghadapi SUKMA 2008, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar telah mengambil langkah awal dengan melantik Yang
Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Persiapan
Kontinjen Negeri Perak bagi SUKMA 2008. Di antara program yang telah dirancangkan
ialah :-

      (i)     Penganjuran Kejohanan Dalaman yang diadakan khas bagi
              mengenalpasti atlet-atlet baru bagi sukan-sukan pilihan termasuk
              mengadakan Sukan Negeri Perak bagi 2007 di Taiping tahun hadapan.




                                        15
       (ii)    Penyertaan atlet Kejohanan Dalam Circuit Kebangsaan bagi memberikan
               pendedahan awal kepada atlet-atlet negeri.

       (iii)   Mengenalpasti atlet-atlet yang berpotensi menyumbang emas untuk
               diberikan perhatian khas dari segi latihan dan kebajikan.

       (iv)    Mengadakan Kem Motivasi bertujuan untuk membuka minda atlet tentang
               peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap negeri khususnya
               dalam bidang sukan serta memastikan semangat juang atlet sentiasa
               tinggi.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Trong.

Y.B. ENCIK ROSLI BIN HUSIN: Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, sukan memang
merupakan banyak peminat. Bukan sahaja di negeri kita malahan tempat-tempat lain.
Dengan sebab itu kita dapati bahawa penonton juga memainkan peranan dalam nak
mengimarahkan dan juga memberikan semangat kepada pemain-pemain kita ataupun
atlet-atlet kita dan baru-baru ini kita dikejutkan yang mana slogan Perak baru-baru ini
“Kejor Yop Kejor”. Tapi akhirnya bila kita ketinggalan, maka berubahlah penonton kita
menjadi “Kejorlah Yop, Kejorlah Yop”. Jadi, ini telah dipersendakan oleh orang lain
terhadap kita. Jadi, bagaimanakah pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini dengan
memotivasikan kita punya penonton dan juga peminat agar tidak berbelah bagi terhadap
pasukan kita. Dengan sebab itu kita berharap maknanya kalau kita nak peminat ataupun
kita tak lari, maka keberkesanan pemain atau atlet kita perlu dipertingkatkan. Terima
kasih.

Y.B. DATO’ MOHD ZAIM BIN HAJI ABU HASAN: Dato’ Yang Dipertua, Majlis Sukan
Negeri menyedari perkara ini tapi dari segi Kejor Yop Kejor tadi saya fikir itu satu yang
normal bahawa pada masa kita mendahului tentulah masing-masing akan rasa seronok
dan sebagainya tapi bila kita ketinggalan kita sendiri juga hati kita akan sedih. Dengan itu
dari segi Kejor Yop Kejor itu satu yang biasalah. Yang kedua dari segi penonton di
SUKMA di Alor Setar yang baru lalu, kita sebenarnya telah mendapat khidmat yang cukup
baik daripada Kumpulan Sorak daripada Hulu Perak dan Taiping menyemarakkan
semangat ahli-ahli sukan kita. Tapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun kita
punyai ahli kumpulan sorak yang cukup baik di Alor Setar tempoh hari tapi mungkin atlet
kita kurang berupaya untuk menandingi atlet-atlet negeri lain maka walau pun kumpulan
soraknya bagus tapi kita terus juga kalah. Walau bagaimanapun, usaha-usaha akan terus
dibuat di SUKMA akan datang bagi menentukan bahawa kumpulan-kumpulan sorak ini
akan terus dibentuk bagi membantu pasukan kita. Terima kasih.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Pasir Pinji.

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG: Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan
saya adalah selain daripada persediaan melalui Majlis-Majlis Sukan dan sebagainya satu
lagi isu yang amat penting adalah kemudahan sukan di dalam negeri kita patut dikaji
semula sebab setahu saya stadium-stadium dan tempat-tempat untuk berlatih amat
berkurangan. Seperti misalan di Bandar Ipoh, Stadium Ipoh kalau nak main badminton
saya difahamkan hanya satu kali seminggu dibuka untuk booking sahaja dan itupun kalau
datang awal. Datang lewat tak dapat booking di Stadium Ipoh untuk main badminton.
Jadi bagaimanakah sukan akan maju kalau kemudahan ini tidak dapat access, ramai tidak




                                           16
dapat access kepada kemudahan-kemudahan sukan. Ini adalah satu faktor yang amat
penting, adakah Kerajaan Negeri sudi mengkaji semula dan menjalankan satu rancangan
jangkamasa panjang demi kemajuan sukan negeri kita.

Y.B. DATO’ MOHD ZAIM BIN HAJI ABU HASAN: Dato’ Yang Dipertua, kerajaan
memang menyedari perkara ini dan sedang mengkaji dan tentulah ianya berkaitan dengan
masalah peruntukan. Jika peruntukan ada Insya Allah kita akan meluluskan pembinaan
kemudahan-kemudahan sukan di negeri ini termasuk di daerah-daerah. Terima kasih.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Ayer Kuning.

Y.B. DATO’ SAMSUDIN BIN ABU HASSAN: Terima kasih Yang Dipertua, soalan
tambahan saya. Kelab Sukan Komuniti yang dianjurkan oleh setiap ADUN baru-baru ini
memang berjaya dan dapat melahirkan pemain-pemain yang berwibawa. Soalan saya
adakah Majlis Sukan Negeri bercadang untuk mengambil, melatih dan juga memilih
pemain-pemain yang berwibawa ini untuk dijadikan pemain-pemain atau atlet-atlet Negeri
Perak.

Y.B. DATO’ MOHD ZAIM BIN HAJI ABU HASAN: Dato’ Yang Dipertua, tujuan
ditubuhkan Kelab Sukan Komuniti ialah bagi menyemarakkan kegiatan sukan di semua
peringkat termasuk di kampung-kampung, di mukim-mukim dan di daerah-daerah dan
Kelab Sukan Komuniti telah dapat mengadakan program-program mereka dengan
jayanya.    Pada masa yang sama ada satu committee yang mengambil atau
mengenalpasti mereka yang berbakat dan akan tonjolkan ke peringkat negeri dan negara.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Teja.

       (9)    Y.B. DATO’ DR. HO WAI CHEONG (TEJA)

              Penggunaan ‘broadband’ di Bandaraya Ipoh serta beberapa kawasan
              dalam negeri semakin popular akibat usaha serta galakan daripada
              Kerajaan Negeri.

              Minta Y.A.B. menjelaskan :-

              (a)    Maklumat yang lebih terperinci         berkaitan   dengan   liputan
                    ‘broadband’ dalam negeri.


              (b)    Kos pelaksanaan untuk liputan ‘broadband’ di negeri ini.

Y.B. DATO’ ZAMBRY BIN ABD. KADIR: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya
mohon menjawab soalan Yang Berhormat Teja. Soalan ini telahpun saya jawab dengan
mendalam pada dua, tiga hari lalu dan sebagai tambahan kepada soalan ini.
Perbelanjaan bagi menyediakan wireless broadband ini, saya ulangi sebanyak RM2.4
juta keseluruhannya melibatkan semua daerah. Manakala bagi soalan yang kedua,
yang melibatkan kawasan Bandaraya Ipoh, dia melibatkan kawasan-kawasan seperti
berikut :-




                                            17
       (i)     Kawasan Meru MSC, Meru Valley, Jalan Jelapang, Jalan Lapangan
               Terbang, Kampung Melayu, Jalan Lapangan Terbang, Taman Lapangan
               Terbang, Bandar Lama, Sungai Kinta, Perpustakaan Tun Abdul Razak,
               Padang Bandaran Ipoh, Stesen Keretapi, Medan Kidd, Masjid Negeri,
               SUK, Sekolah St. Michael, Bandar Baru dan banyak lagi sehinggalah
               kepada Kampung Simee dan sebagainya.

Untuk pemasangan di peringkat ini, untuk penyediaan WiFi Broadband ini telah
melibatkan beberapa kawasan di mana kita telah meletakkan BPS, atau Based Station
di kawasan-kawasan seperti berikut:-

       (i)     Perak Techno Trade Centre
       (ii)    Wisma Wan Mohamed
       (iii)   Casuarina Hotel
       (iv)    Bangunan Maju UMNO
       (v)     Megoplex
       (vi)    Mahkamah Syariah
       (vii)   Wisma Hasil

Ini sebahagiannya. Manakala dalam prosesnya ia melibatkan keseluruhan 25 based
station untuk dalam kawasan Lembah Kinta ini khususnya di Kawasan Bandaraya Ipoh
dan pemasangan ini melibatkan kalau tidak ada apa aral, maksudnya setiap kawasan
yang dipasang dengan based station itu dari segi coveragenya dengan izin ia akan
melibatkan 1 hingga ke 1.85 km radius. Ini yang disebut sebagai Line Of Sight ataupun
LOS. Kalau sekiranya kawasan-kawasan yang berkenaan itu mungkin mempunyai
sedikit halangan-halangan seperti mungkin ada bangunan-bangunan dan pokok-pokok
yang menghalang yang dipanggil sebagai Non Line of Sight atau NLOS ini, ia mungkin
dapat coveragenya sekitar 500 meter radius. Jadi dengan kapasiti sebanyak 3
MB/second setakat ini tapi dalam masa yang sama kita sedang melakukan ujian-ujian
untuk memastikan supaya tidak ada masalah-masalah dalam usaha kita untuk
memastikan supaya penetration dengan izin dapat dibuat dengan sebaik-baiknya.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Manjoi.

Y.B. DATO’ HAJI NADZRI BIN HAJI ISMAIL: Minta penjelasan dari wakil kerajaan
kerana Meru Raya adalah di dalam kawasan saya DUN Manjoi. Kita tahu bahawa Meru
Raya ini akan jadi pusat ICT maka sudah tentulah bila sistem broadband atau wireless ini
seluruh taman di situ akan dapat access internet. Malangnya, minta penjelasan wakil
kerajaan bahawa setakat ini di Meru Damai, Meru Permai di dalam kawasan Meru Raya
tu..bukan sahaja tidak ada wireless, tidak ada broadband malah kalau nak access internet
dengan wayar pun tak ada. Jadi minta penjelasan wakil kerajaan maknanya Telekom pun
tak masuk lagi di Meru Damai malah di Meru Permai itu. Jadi sejauh manakah kita nak
Meru Raya itu menjadi pusat ICT sedangkan internet ada wayar pun tak ada di sini.

Y.B. DATO’ ZAMBRY BIN ABD. KADIR: Perlu diperiksa balik tentang hal kenyataan itu
oleh kerana di kawasan Meru Raya sendiri sebenarnya sudah pun mempunyai cuma kita
ada dua perkara yang kena faham. Satu yang berkaitan dengan accessnya sama ada
ada keperluan access atau tidak. Yang access ini sangat penting sebab itu dalam konteks
apa yang kita lakukan sekarang ialah memastikan supaya kawasan-kawasan yang ada di
sekitarnya dapat dibekalkan dengan access yang terbaik sebab kalau access yang




                                           18
sebelum ini melibatkan mungkin streamyx, TMNet dan sebagainya tetapi usaha yang
kerajaan kita lakukan sekarang ini ialah memastikan supaya keseluruhan kawasan yang
berkenaan dapat diberikan perkhidmatan yang terbaik. Dalam usaha ini kerajaan
berusaha sedaya mungkin untuk memberikan bagi kawasan-kawasan lapang khususnya
dengan free internet access. Jadi ini yang kita kena...jadi saya minta Y.B. kalau ada
sekiranya di kawasan-kawasan perumahan yang ada di sekitar kawasan itu belum ada
maka dia berkaitan dengan based stationnya. Ia berkaitan dengan based station yang
ada. Sebab itu keseluruhan untuk bandaraya ini melibatkan sebanyak 25 based station.
Untuk setakat ini kita hanya dapat menyediakan dalam hanya 10. Tapi dalam sampai
tempoh bulan Disember nanti kita akan mempunyai keseluruhannya sebanyak 25 based
station di kawasan ini.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Temenggor.

Y.B. DATO’ HAJI HASBULLAH BINTI OSMAN: Berkaitan dengan broadband, dalam
dewan inipun kita dibekalkan dengan laptop dan dua, tiga kali yang kita tengok sistem
yang dibuat kalau kita nak cerita di daerah-daerah, nak bagi smart tetapi di dalam dewan
sini pun sampai hari ini, saya sendiri pun saya hantar boleh, terima tak dapat. Apakah
tindakan kita untuk menyelesaikan dahulu dalam dewan kita ini supaya dulu bertukar-
tukar, setiap kali sidang, sat dia pakai mesej pop tu hari ni tak, tak terperasan. I-Perak .
Jadi kita lagi banyak pakar dalam SUK ini dengan pekerja keliling ni..tak juga settle. Kalau
nak sembang dalam negeri, di dalam dewan ni..bagi selesaikan dulu. Minta jawab soalan
saya.

Y.B. DATO’ ZAMBRY BIN ABD. KADIR: Soalan itu saya tidak boleh jawab. Saya ambil
perhatian.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Sitiawan. Maaf, Pantai Remis.

Y.B. ENCIK NGA KOR MING: Terima kasih Dato’ Tuan Yang Dipertua. Menyedari
bahawa wakil kerajaan telah mengumumkan kepada pihak media, Kerajaan Negeri sedia
memperuntukkan RM100 juta untuk merealisasikan pelan K-State menjelang tahun 2010
dan Yang Berhormat Pangkor telahpun set up enam jawatankuasa untuk realisasikan
impian ini. Soalan saya adalah di teknologi broadband ini adakah kerajaan sedar
sebenarnya cable network yang dibekalkan dalam tanahair kita ini sudahpun jauh
ketinggalan zaman. Sekarang kita masih lagi pakai speed 100 MB ataupun tak sampai 1
GB per second. Tetapi apabila kerajaan memperuntukkan RM2.4 juta untuk memasang
broadband di bandaraya ataupun dalam negeri ini. Apakah kabel yang digunakan.
Adakah masih gunakan cable copling CAT 5 ataupun CAT 5E kerana tanpa CAT 6 cable
tidak dapat menyokong data movement sama ada dari segi suara, video ataupun
movement data. Kerajaan berwar-war ingin membawa syarikat multination company,
mendirikan pusat operasi rantau mereka ataupun ibupejabat rantau mereka dalam Negeri
Perak khususnya MSC dalam Meru Raya, mini MSC seluas 350 ekar. Tetapi saya
difahamkan cable yang dipakai itu sudah lama jauh ketinggalan zaman.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Terima kasih.

Y.B. ENCIK NGA KOR MING: (GANGGUAN) ingin membawa perhatian kepada wakil
kerajaan di negeri jiran kita walaupun seperti Singapura, Korea telah memakai kabel 10




                                           19
GB per second tetapi kita masih memakai 100 MB dan tadi saya lagi terperanjat yang
dipakai hanya 3 MB sahaja. Ini sudah jadi zaman kuno dari segi teknologi. Terima kasih.

Y.B. DATO’ ZAMBRY BIN ABD. KADIR: Saya tak tahu macamana seorang lawyer boleh
bercakap tentang soal-soal ini. Dia bercakap tentang...nanti dulu, nanti dulu..biar saya
bercakap dulu. Dia bercakap tentang 100 MB, mana dia dapat teknologi ini sebenarnya.
WiFi broadband yang kita bercakap ialah biasanya dari segi kapasitinya ialah technology
itself dengan izin ialah sebanyak 22 MB. Jadi dari segi kapasiti....

Y.B. ENCIK ABD. MUHAIMIN BIN ABD. RAHMAN NAZRI: Dato’ Yang Dipertua, saya
nak mencelah sikit tambahan.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Sapa tu..bagi wakil kerajaan jawab dulu. Sila jawab.

Y.B. DATO’ ZAMBRY BIN ABD. KADIR: Jadi kalau di seluruh tanahair kita pun pada
dasarnya kita menggunakan dari segi satu, ini sekadar 1 MB. Tapi kalau sekiranya
dengan kemampuan kita yang sedang kita usahakan sekarang ini bukan satu tapi kita
cuba untuk meningkatkan sampai tiga dan ini kalau kita lihat dalam konteks Negeri Perak
ini merupakan kapasiti yang sangat baik dengan jumlah penduduk yang ada. Jadi saya
tak tahu mana dia dapat yang 100 MB apa semua ni..terima kasih.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Chenderiang.

Y.B. ENCIK ABD. MUHAIMIN BIN ABD. RAHMAN NAZRI: Saya nak tambah satu Dato’
Speaker...

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Chenderiang. Sila.

       (10)   Y.B. DATO’ CHANG KON YOU           (CHENDERIANG)

              (a)    Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, apakah projek-projek penting
                     untuk membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli di Perak?

              (b)    Secara khusus, apakah rancangan yang diaturkan bagi
                     meningkatkan kemudahan asas Kampung Orang Asli di Tapah ?

Y.B. DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD: Dato’ Yang Dipertua, kerajaan melalui
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) akan terus merancang untuk membangun dan
meningkatkan masyarakat Orang Asli. Dalam RMK 9, JHEOA telah diperuntukkan
sebanyak RM130.5 juta untuk membiayai tiga program utama iaitu Program
Penempatan Tersusun, Program Pembangunan Ekonomi dan Program Pembangunan
Sosial.

Dalam usaha kerajaan untuk mensifarkan miskin tegar di kalangan masyarakat Orang
Asli, kawasan seluas 1,511 hektar akan dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit dan
getah yang akan memberi manfaat kepada 669 peserta.

Bagi memberi keselesaan hidup kepada masyarakat Orang Asli, sebanyak 2,000 buah
unit rumah PPRT akan dibina dalam RMK-9.




                                         20
Pentadbiran ini menyedari bahawa pendidikan juga merupakan salah satu cara untuk
mengeluarkan masyarakat Orang Asli dari kepompong kemiskinan. Oleh itu pelbagai
program pendidikan, latihan dan pembangunan minda turut dipergiat.

Bagi bahagian (b) kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli merancang untuk
meningkatkan kemudahan asas di Perkampungan Orang Asli. Usaha ini sejajar dengan
falsafah pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mahukan
Perkampungan Orang Asli diperlengkapkan dengan kemudahan-kemudahan asas.

Di Tapah, di antara kemudahan-kemudahan asas yang sedang dirancang untuk RMK 9
ialah :-

             (i)     Membina Perumahan Awam kepada penduduk miskin tegar
                     sebanyak 500 buah.

             (ii)    Pembinaan Balai Rawatan di 4 buah kampung

             (iii)   Pembinaan Dewan Serbaguna di 4 buah kampung

             (iv)    Pelaksanaan Bekalan Air Bersih di 10 buah kampung

             (v)     Pelaksanaan Jalan Kampung di 5 buah kampung

             (vi)    Bekalan Elektrik Luar Bandar di 9 buah kampung

             (vii)   Pembinaan jambatan di 7 buah kampung

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Chenderiang.

Y.B. DATO’ CHANG KON YOU:             Bolehkah saya dapatkan perincian tentang
penyebaran projek-projek seperti dewan orang ramai dan rumah PPRT dan lain-lain di
Tapah.

Y.B. DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya
perlukan notis sebab kita ada 102 buah kampung di Tapah. Jadi saya perlukan notis
dan kita akan jawab dalam soalan bertulis.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:         Lintang

Y.B. DATUK AHAMAD BIN PAKEH ADAM: Dato’ Yang Dipertua terima kasih saya
pun dah malas nak bercakap pasal Orang Asli ni. Tapi oleh kerana dah disentuh saya
timbulkan la juga sikit. Yang pertama tadi wakil kerajaan bercakap rumah awam.
Rumah awam ni bayo ke percuma. Biasanya rumah awam ni kena bayo. Kalau kena
bayo s.a.w. nabi la. Kemudian elektrik saya baru semalam balik dari Pos Piah. Wayar
atas rumah dia. Wayar tu atas rumah saya je Dato’. Wayar api tu. Kabel tu. Dia tak
cakap kabel wayar. Atas rumah saya je tapi apinya tak de. Macam mana ni kata nak
bagi kemudahan asas ni. Wayar atas rumah dia. Kita masuk pun malu. Yang ketiga
kata nak pendidikan. Nak modal insan. Bagi orang asli nak dimajukan tapi kebetulan
pulak wakil kerajaan sebagai menjaga luar bandar Orang Asli ni iaitu KEMAS. Saya
telah pun mewujudkan dua buah sekolah biasa-biasa je untuk melatihkan budak-budak




                                        21
ni. Carilah anak perempuan dia yang mana anak laki yang tak lulus SPM suruh
mengajar. Dia ajar. Enam bulan je dia lalu. Dato’ RM100.00 lagi Dato’ RM200.00 lagi.
Ini tanya pengarah tau. Saya tak tahan dah. Bila tanya KEMAS mengapa KEMAS tak
buat TADIKA. Gurunya tak layak. Nak layak macamana ke dalam. Sapa nak mengajar
dari luar ke dalam. Jadi minta KEMAS tolonglah bagi pertimbangan sikit tentang
kelulusan tu. Apa sangatlah nak layak sangat. Budak-budak tu dah berhingus tak
mengaji. Prasekolah ni yang penting. Tak boleh buat universiti-universiti kalau tak ada
prasekolah ni yang dididik baik-baik. Jadi, minta perhatian.

Y.B. DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD: Dato’ Yang Dipertua. Pertama sekali saya
mohon maaf kepada kenyataan tadi sebenarnya bukan Perumahan Awam, Rumah
PPRT. Yang kedua berkenaan dengan bekalan elektrik. Kita maklum maksud Yang
Berhormat dari Lintang tadi apabila wayar letrik di atas rumah Orang Asli. Ia bukanlah
bermakna boleh terus disambung daripada kabel berkenaan.

Y.B. DATUK AHAMAD BIN PAKEH ADAM: Minta laluan…

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Terbakar la tu.

Y.B. DATUK AHAMAD BIN PAKEH ADAM: Jawab ini tak ada. Duit tak ada. Kita
katakan nak memberikan kemudahan asas kepada dia. Janganlah cakap lagi.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Teruskan. Teruskan jawapan.

Y.B. DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Jawapan saya (b) tadi khusus untuk Tapah. Bukan untuk Sungai Siput. Sebab soalan
asal (b) adalah untuk kawasan Tapah. Jawapan saya tadi pembekalan elektrik luar
bandar ke 9 buah kampung tadi di Tapah. Bukan Sungai Siput. Walau bagaimanapun,
saya nak maklumkan dalam dewan yang mulia ini kita kena faham bahawa kedudukan
perkampungan Orang Asli ini jauh di pedalaman dan ia memerlukan peruntukan yang
sangat besar. Bila kita nak lalukan kabel letrik ia perlu dipasang tiang dan tiang ini perlu
melalui kebun-kebun orang, perlu melalui hutan, perlu melintasi sungai dan perlu dibina
jambatan. Wang untuk bina jambatan, bina jalanraya, jadi, ia sangat besar. Walau
bagaimanapun, kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk memberi bekalan
elektrik dengan menggunakan generator ataupun solar.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Bota.

Y.B. ENCIK CHE RI BIN MD. DAUD: Soalan tambahan dan penjelasan. Soalannya
bagi memantau rumah PPRT di perkampungan Orang Asli ini walau pun ini bukan
Tapah tapi saya merujuk soal padi di Perak Tengah. Tapi sebagai Yang Berhormat
merangkumi soal ini jadi, saya bangkitkan lah soal PPRT di sawah padi. Pertama
siapakah memantau rumah-rumah PPRT ini. Sama ada JHOAT atau pihak lain. Yang
kedua Orang Asli pun dah tahu complaint. Rumah PPRT ini tak sempurna buatannya.
Dia menjelaskan kepada saya “macam ini encik samalah macam rumah keme yang
dulu. Tak payah buat rumah pun tak apa, rumah kami lagi berangin”. Lagi lawas
macam rumah yang dibuat di bawah program PPRT. Jadi saya minta untuk memantau
ini supaya tidak berbangkitlah sehingga Orang Asli yang kita anggap kurang mahir pun
tahu complaint. Terima kasih.




                                            22
      Y.B. DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD: Terima kasih kepada Yang Berhormat.
      Pemantau kepada projek rumah PPRT Orang Asli adalah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
      Tentang kualiti rumah seperti saya sebutkan tadi oleh kerana kawasan tersebut
      kawasan pedalaman.      Mana-mana kontraktor yang kita berikan tugas untuk
      melaksanakan projek rumah PPRT ini akan mengambil kira kos pengangkutan ke
      kawasan pedalaman. Oleh kerana itu sudah tentulah kos atau nilai sebenar rumah yang
      mereka perolehi tidak akan sama sepertimana kita membina rumah PPRT di luar
      daripada kawasan pedalaman. Walau macamana pun kita ada satu masalah Yang
      Berhormat Dato’ Yang Dipertua oleh kerana memang Orang Asli kalaupun kita berikan
      rumah PPRT, dia akan cuba juga untuk membina rumahnya sendiri di belakang rumah
      PPRT tersebut kerana dia lebih selesa untuk hidup dengan rumah yang lebih mesra
      kepada dirinya.

      Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Ahli-Ahli Yang Berhormat masa untuk soalan lisan
      ditangguhkan dulu. Kita pergi ke urusan lain.

IV.   RANG UNDANG-UNDANG DAN USUL PERBELANJAAN

      (i)    ENAKMEN PERBEKALAN 2007

      (ii)   USUL KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN

      Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Masalahnya sekarang ialah Rang Undang-Undang
      yang bernama:

             “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah daripada Kumpulan Wang
             Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2007 dan bagi
             memperuntukkan sejumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

      dibaca bagi kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan yang berbunyi:

             “Bahawa butir-butir yang ditetapkan dari Penyata yang dibentangkan
             sebagai Kertas Dewan Bil. 25/2006 adalah dengan ini diumumkan menjadi
             tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh
             digunakan,      bahawa    perbelanjaan   sejumlah     wang     sebanyak
             RM249,909,000 yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan
             ini diluluskan bagi tahun 2007 seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan
             berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam pernyataan itu adalah dengan ini
             diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan”

      dan telah disokong. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan.

      Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Sungkai

      Y.B. DATO’ R. GANESON: Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih
      kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas
      budget Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2007.

      Dato’ Yang Dipertua, pertanian merupakan nadi penggerak ekonomi Negara, menyedari
      hakikat ini Kerajaan Barisan Nasional melalui RMK-9 bidang pertanian di peruntukan




                                              23
sejumlah peruntukan yang agak besar. Ini adalah untuk mempastikan sektor ekonomi
terus merentasi sosial budaya rakyat dipelbagai peringkat. Kerajaan Negeri Perak seia
sekata dalam usaha menjana ekonomi penduduk sebagai aspek utama permerolehan
pulangan pada tahap yang maksima. Langkah-langkah yang dibentangkan oleh Yang
Amat Berhormat Dato’ Seri Di Raja Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, sememangnya
menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk melihat pembangunan taraf rakyat yang
bergelar petani dan penternak. Justeru Kerajaan harus melihat dan melipat gandakan
usaha serta mencari jalan bagi mempastikan projek pertanian kelompok di wujud dan
diperkasakan. Satu kaedah penyelesaian harus dicari bagi mengatasi masalah
pertanian haram di tanah-tanah kerajaan.

Dato’ Yang Dipertua, isu petani-petani di Sungkai, Bidor, Kuala Bikam dan Bidor
Station yang menanam buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diselesaikan sebelum
timbul lain-lain isu sampingan, yang akan membebankan para pengusaha tanaman-
tanaman tersebut. Dalam hal ini, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada
Jabatan Pertanian yang melaksanakan projek Taman Agro Industri di Sungkai. Untuk
memperkasa dan memantapkan keberkesanan saya menyeru Kerajaan Negeri agar
memberi peluang kepada petani-petani haram tetapi ada kesungguhan dalam aktiviti
bercucuk tanam, Lebih-lebih lagi bagi petani-petani di Sungkai, Bidor, Bidor Station dan
Kuala Bikam. Melalui usaha-usaha yang murni dan berterusan oleh kerajaan hasil
pendapatan kaum petani dapat ditingkatkan disamping hasil tanaman mereka dapat
dipasarkan di dalam dan diluar Negara dengan lebih aktif. Buah-buahan tempatan
sememangnya mendapat pasaran yang luas di luar Negara.

Dato’ Yang Dipertua, apabila bidang pertanian berkembang pesat dan menerokai dunia
kemajuan dan bertekonoloji maka akan menjadi mudah untuk kerajaan memajukan Agro
Tourism. Dato Yang Dipertua, menyentuh tentang bio-teknologi asas tani, kerajaan
harus mencari satu mekanisma yang lebih praktikal dan berkesan untuk membangunkan
bidang biotek berasaskan pertanian dan pengeluaran hasil bumi hijau yang berkualiti
dan bermanafaat.

Dato’ Yang Dipertua, dalam soal ini DUN Sungkai difikirkan salah satu tempat yang
agak strategi disamping berpotensi untuk pengeluaran buah-buahan. Di samping
mewujudkan industri asas tani yang bertaraf dunia. Peluang pekerjaan juga dapat
diwujudkan untuk merealisasikan industri yang masih memerlukan anjakan dan suntikan
semangat. Para belia terutamanya lepasan kolej dan universiti harus dikerah dan
digembelingkan. Negara memerlukan pengganti dan pewaris yang jitu, berwawasan
dan berdaya saing dalam menangani kekurangan tenaga, pengusaha kebun dan ladang
serta kilang dan industri, juga secara tidak langsung bilangan penganggur dalam
kalangan siswazah dapat dikurangkan. Untuk menarik golongan ini kerajaan harus
mencari kaedah yang bertepatan serta bersesuaian termasuk tawaran pelbagai insentif
kepada golongan yang amat diperlukan negara. Golongan ini juga harus diberi
penerangan dan penjelasan yang tepat akan masa depan sektor ini disamping
keuntungannya bagi pelupornya.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Perak dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Di Raja Menteri Besar sejak dulu lagi tidak berhenti-henti merangka dan
melaksanakan pelbagai strategik serta program untuk membebaskan negeri ini daripada
belenggu setinggan.     Sasaran setinggan sifar menjelang tahun 2010 masih
mengegarkan nadi kita. Sehingga September tahun ini sebanyak 14,282 keluarga




                                          24
setinggan di rekod, direkodkan di negeri ini. Di samping tanah seluas 2,278 ekar
dikenalpasti untuk dijadikan RPT bagi setinggan. Jika usaha-usaha tidak diperkasa
angka dan unjuran ini mungkin tidak akan berubah. Angka tidak berubah bermaksud
masalah sosial ekonomi keluarga yang terlibat akan terjejas, ini juga kemungkinan
besar akan mengundang pelbagai masalah sosial.

Dato’ Yang Dipertua, apabila projek landasan keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh
dilaksanakan, program penempatan semula setinggan di tanah KTM melibat 68
keluarga pada peringkat awal di Sungkai. Kerajaan Negeri telah mengagihkan tanah
seluas 10 ekar untuk tujuan ini. Syarikat Perumahan Negara telah membina 68 rumah
dalam kawasan seluas 6 ekar, pun begitu kini sebanyak 17 buah keluarga yang terjejas,
tiada penginapan tetap semenjak bulan Julai tahun 2006 KTM pula telah berhenti
membayar sewa rumah bulanan RM 300.00 Kini keluarga-keluarga ini menghadapi
masalah. Memandangkan keluarga mereka yang masih kurang mampu, anak-anak
bersekolah dan ada juga orang-orang tua yang lanjut usia. Saya meminta agar kerajaan
negeri yang sememangnya mesra rakyat dan berkeperihatinan akan kebajikan
rakyatnya menyediakan rumah-rumah bagi keluarga-keluarga tersebut di Sungkai.
Begitu juga dengan lain-lain setinggan yang masih bertaburan di seluruh negeri Perak,
harus ditempatkan berdekatan dengan tempat tinggal mereka sekarang sebagai langkah
menyekat dan menggelakkan pelbagai masalah sampingan yang akan mengekang
keselesaan dan kebahagiaan hidup.

Dato’ Yang Dipertua, di kampung Chikedis, Buntung Ipoh, penempatan semula
sebanyak 900 buah keluarga setinggan telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Namun
hanya 400 keluarga daripada angka ini mendapat tempat baru dan selebihnya belum
mendapat apa-apa pun. Mereka juga golongan yang miskin, kurang berkemampuan
serta bilangan anak yang banyak. Untuk menjamin masa depan mereka sudah tentu
kerajaan mempunyai rancangan agar keluarga-keluarga ini juga dapat menikmati
suasana hidup seperti orang lain. Oleh itu besarlah harapan saya agar kerajaan negeri
turut mengambil perhatian dan tindakan serius untuk mengatasi masalah ini.

Dato’ Yang Dipertua, usaha Kerajaan Negeri yang telah membuat bancian setinggan
setiap daerah harus dipuji. Ini menunjukkan kerajaan berkomited sungguh untuk
membebaskan negeri ini daripada setinggan. Terima kasih daun keladi tetapi bancian
ini hanya melibatkan setinggan yang tinggal di tanah kerajaan. Ini bermakna setinggan
yang tinggal di tanah bukan kerajaan masih belum dibanci. Kita belum tahu bilangan
sebenarnya. Masalah hanya akan selesai jika setinggan dan pendudukan haram di
tanah bukan kerajaan mendapat perhatian. Biarlah hasrat murni Kerajaan untuk
mencapai sifar setinggan akan berjaya. Kerajaan Negeri harus membina lebih banyak
kediaman bagi golongan ini termasuk keluarga miskin di kawasan bandar yang masih
tinggal di rumah-rumah sewa.

Dato Yang Dipertua, walaupun kemiskinan sering dikaitkan sosial ekonomi sesuatu
masyarakat, namun isu kemiskinan harus diangkat lalu di terjemahkan untuk
membezakan antara pohon dan ranting. Pelbagai pihak membuat andaian terdiri
mengikut fenomena semasa tanpa peroleh fakta dan pendorong kearah
bermaharajalelanya isu ini. Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini
hampir setengah abad tidak perlu lena daripada mengorak langkah membaiki taraf hidup
rakyat, pun begitu masih ada ruang untuk dimasuki dan diisi dengan agenda-agenda
yang lebih berkesan dan produktif untuk mengurang dan seterusnya membasmi




                                         25
kemiskinan di negeri Darul Ridzuan ini khususnya. Setakat ini langkah dan angka
kemiskinan dan pembasmian kemiskinan hanya melalui dapatan daripada JKKK
Kampung tetapi timbul pula persoalan bahawa adakah dapatan daripada JKKK
Kampung sudah mencukupi untuk menyelesaikan isu ini. Bancian yang melibatkan
lokasi ladang-ladang dan tempat kediaman fragmental estate dengan izin belum secara
menyeluruh dibangkitkan diperingkat JKKK ataupun Pejabat Daerah. Ini kerana tidak
ada pihak yang mewakili tempat-tempat, tiada ketua ataupun Jawatankuasa untuk
menguruskan kawasan ini. Dan keadaan ini mereka terbiar. Golongan ini masih wujud
sebagai golongan dalam negeri dalam kategori miskin tegah tetapi tiada dalam rekod.
Saya yakin dan percaya, kerajaan yang dipilih rakyat dan kerajaan pilihan rakyat ini
mempunyai rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk membawa rakyat yang
kurang bernasib ini kearah kemajuan dan kebahagian. Justeru PPRT serta pelbagai
bantuan untuk rakyat termiskin perlulah diperkemas disamping diperbanyak dan
dipergiat agar usaha-usaha serius kerajaan mencapai matlamat sebenar. Penjelajahan
menyeluruh oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu disegerakan untuk
mengenalpasti punca dan mencari jalan untuk mengatasinya. Angka unjuran dan rekod
perlu sentiasa dikemaskinikan. Segala kandungan program pembasmian kemiskinan
dalam RMK 9 perlulah diterjemahkan untuk di manafaatkan oleh golongan yang nasib
masih memerlukan bantuan dan perhatian kerajaan.

Dato’ Yang Dipertua, pemimpin dan pentadbir sering memperkatakan modal insan,
human capital dengan izin, kita juga mahukan negeri Perak ini menjadi pusat
pendidikan yang berkemampuan dan berprestage dan untuk itu Kerajaan di bawah
pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Di Raja Menteri Besar sering menekankan
peri pentingnya usaha re engineering dalam wawasan pendidikan negeri dan negara.
Apabila dunia dalam proses pengubalan resepi pendidikan, negara kita turut terasa
bahangnya. Kita juga sedaya upaya menggubal dan memperkenalkan pelbagai misi
pendidikan untuk membangunkan tenaga manusia yang lebih berpengetahuan dan
berilmu. Minda manusia kelas pertama harapan semua pihak untuk mengacuankan
rakyat Malaysia sebagai rakyat yang berkemahiran tinggi serta berdaya maju lagi tahan.

Dato’ Yang Dipertua, untuk mengarcakan segala impian ini pengwujudan dan
penubuhan pelbagai institut pengajian sangat-sangat diperlukan di luar bandar.
Sasaran kerajaan untuk menubuhkan satu Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen
jangan dipandang remeh.           Lepasan sekolah semakin hari semakin bertambah.
Golongan ini tidak mempunyai halatuju selepas tamat dunia persekolahan. Hanya yang
mempunyai kelulusan cemerlang sahaja dapat melanjutkan pelajaran di institusi-institusi
pengajian tinggi di luar dan tempat mereka. Selebihnya tidak ada tempat untuk
mempelajari pelbagai kemahiran bagi mengisi keperluan sumber tenaga Negara.
Izinkan saya memohon kerajaan negeri supaya membuka sebuah kolej komuniti di DUN
Sungkai. Ini akan memberi peluang kepada anak-anak tempatan mempelajari pelbagai
kemahiran untuk keperluan masa depan mereka. Ini juga akan mengurangkan masalah
sosial seperti berlepak, berpeleseran dan lain-lain lagi dalam kalangan putera wawasan
kita. Disamping itu belia-belia juga harus diberi peluang seluas-luasnya untuk menerokai
bidang ICT. Mereka harus bebas menggerakkan kepakaran dalam bidang ini bagi
menyuburkan pelbagai peluang pekerjaan yang bakal terbabit daripada industri ini.
Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah di luar bandar harus dilengkapi dengan
kemudahan ICT yang terkini dan yang mustahak. Penampilan pelajar-pelajar yang lebih
berpengetahuan dalam bidang ICT. Justeru kerajaan negeri harus mengambil inisiatif
serius untuk membuka makmal-makmal komputer di sekolah-sekolah yang tidak




                                          26
mendapat peruntukan kerajaan persekutuan terutamanya sekolah-sekolah di ladang dan
kampung-kampung orang asli.

Dato’ Yang Dipertua, kaum belia di luar bandar juga harus diberi pendedahan tentang
ilmu ICT. Oleh itu adalah lebih berkesan jika kerajaan negeri mengwujudkan pusat-pusat
ICT di luar bandar samada di bangunan KEMAS atau pusat aktiviti Rukun Tetangga
Untuk membangunkan bidang sukan dan aktiviti-aktiviti kesukanan para belia harus
disediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Untuk tujuan ini kawasan seluas
30 ekar telah dikenalpasti di Bidor untuk mengwujudkan sebuah kompleks sukan.
Disebabkan tiada peruntukan daripada kerajaan negeri, maka rancangan ini masih
belum dapat dilaksanakan di daerah Batang Padang. Walaupun daerah ini mempunyai
Ahli-ahli sukan yang berpotensi.

Dato’ Yang Dipertua, kemudahan asas merupakan pemangkin ekonomi mana-mana
Negara. Pengeluaran dan penerokaan hasil bumi tidak akan menguntungkan mana-
mana pihak jika hasilnya hasil buminya tidak dipasarkan, jalan perhubungan darat juga
penting dalam era kemajuan pengangkutan darat Negara yang semakin rancak. Masih
terdapat sedikit kekurangan di sana sini yang memerlukan perhatian dan tindakan
kerajaan. Lanjutan daripada itu, saya berharap jalan dari Sungkai ke Jalan Besar Teluk
Intan terus ke Lumut melalui Kampung             Baru Kuala Bikam amat perlu untuk
membangunkan kawasan sekitarnya. Jalan perjalanan yang pantas dan bernaik taraf
dapat mengelakkan kesesakan. Ini juga dapat memudahkan pemasaran hasil pertanian
di situ. Dengan adanya jalan alternatif ini kesesakan di pekan Bidor juga dapat
dikurangkan disamping mengembangkan aktiviti ekonomi masyarakat.Isu ini pernah
saya bangkitkan di dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu tetapi tiada tanda-tanda di
RMK 9. Di DUN Sungkai masih terdapat beberapa jalan dan laluan di kawasan-kawasan
kampong yang masih tiada lampu-lampu jalan walaupun kerajaan berjaya menyiapkan
fasa pertama kemudahan ini masih banyak laluan di kawasan ini yang gelap.Ini akan
membahayakan para pengguna terutamanya pada waktu malam dan awal pagi.
Kerajaan haruslah menyegerakan fasa kedua. Selain daripada itu kemudahan asas
seperti jalan, air, letrik serta sistem perparitan masih belum lengkap di kampong
tersusun AAT tambahan dimana terdapat 750 lot perumahan dan di kampong Bikam
pula terdapat 180 lot untuk menghidupkan semula kampung-kampung tersusun ini
pembinaan TNB sub station dengan izin paip air, parit dan jalan sangat-sangat
diperlukan.Peruntukan diperlukan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.
Ini hanya akan dapat direalisasikan jika ada tindakan segera pihak kerajaan.

Dato’ Yang Dipertua, industri kecil dan sederhana sudah menjadi sebahagian sumber
penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:        Masa dah cukup.

Y.B. DATO’ R. GANESAN: Industri ini perlu diatur dan dibangunkan sejajar dengan
keperluan serta permintaan semasa masyarakat desa khususnya akan menikmati
pulangan jika perjalanannya mengikut piawaian. Sungkai dan Bidor merupakan dua
pekan kecil yang strategi tambahan pula dikedua-dua pekan ini terdapat susur jalan
masuk yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).Walau pun
demikian, belum ada industri seumpama ini dibangunkan di kawasan Sungkai, kerajaan
haruslah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk membuka IKS di Sungkai.
Jika ada IKS di sini sudah tentu peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan seperti




                                          27
diwujudkan pengaliran tenaga muda di luar juga dapat disekat.Saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang menjangka
pembukaan kilang prutus di Sungkai. Saya harap lebih banyak lagi kilang dibuka pada
masa-masa akan datang.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Terima kasih.

Y.B. DATO’ R. GANESAN: Sungkai memohon menyokong. Terima kasih.

DATO’ YANG DIPERTUA: Bota

Y.B. ENCIK CHE RI BIN MD DAUD: Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana saya
diberi laluan untuk memberi ucapan dan perbahasan bajet 2007 yang telah
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak yang
menganggarkan sebanyak RM 249,909,000. Bajet ini merupakan bajet tahun kedua
dalam RMK 9 dimana RMK 9 telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen
pada 31 Mac 2006 yang bertemakan membina tamadun dan menjulang martabat
bangsa.

Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya membina tamadun dan menjulang martabat ini
merupakan juga sebagai perjuangan keseluruhan rakyat di Negara ini hatta kerajaan
negeri-negeri. Jadi apabila dikatakan tamadun dimana satu-satu bangsa tegak sebagai
bangsa yang cukup tersohor di dunia ini, semuanya berasaskan tamadun dan juga
martabat. Apa yang saya faham berkenaan dengan tamadun ialah keadaan masyarakat
manusia yang dicirikan taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikirannya,
sosial budaya politik dan lain-lain adalah bertaraf tinggi. Jadi ini semuanya merupakan
satu fitrah kepada manusia yang hidup ini apatah lagi apa ia mendapati kedudukan yang
cukup hebat berdarjat berpangkat dan mempunyai tingkat-tingkat kemuliaan digelarkan
sebagai martabat. Jadi walau bagaimanapun, sehingga kali ini sehingga saat ini
tamadun dan martabat kita daripada Negara hinggalah ke negeri sudah pun memadai
sudahpun tersohor sudahpun dikenali dunia. Walau bagaimana pun ini semua belum
pasti akan berkekalan tetapi juga ia mungkin boleh berpatah balik menjadi keadaan
yang tidak tamadun tak bermartabat sehingga kita boleh dicela, dihina dan terbukti ini
berlaku di beberapa Negara di dunia. Jadi dengan bajet ini sebagai menyongsong apa
yang telah kita lakukan selama ini yang kita yang juga sudah mencapai taraf tamadun.
Kebimbingannya ialah takut dia reverse balik kepada keadaan ia kecundang dalam
perjuangannya kita hampir-hampir menemui ini pada tahun 69 dimana peristiwa
berdarah Mei yang tamadun ke arah kemercuan mula tergugat. Oleh yang demikian
kelangsungan urusan-urusan inilah yang kita buat di dewan yang mulia ini, kita bertemu
demi kesinambungan dengan cara bermesyuarah berhujah kadang-kadang panas,
kadang-kadang tegang walaupun di sindir oleh jiran kita disebelah sebagai ikhtiar yang
tidak bertamadun. Tapi tak apa inilah waktunya kita sama-sama mencurahkan pemikiran
selama yang mungkin sebelum ini kita telah berfikir panjang. Apa yang penting ialah
seperti imbasan pantun ini, burung murai burung kenari, bersama makan buah
berangan, berkampung kita di dewan negeri, Perak maju sepanjang zaman.Sehingga ini
kita mendapat pemimpin yang cukup berpengalaman di peringkat negeri.Dato’ Seri
Menteri Besar daripada usia remaja, masa muda telah menjalankan tanggungjawab
politik tanggungjawab diperingkat yang meningkat ke arah ke Parlimen menjadi
Timbalan Menteri menjadi Setiausaha Parlimen dan sekarang sebagai Menteri Besar
kita. Sehingga ini kita rasa yakin dengan keupayaan kalau dibandingkan dengan




                                          28
anggota dewan yang ada di sini beliau adalah yang lebih berpengalaman yang lebih
dewasa, yang lebih matang. Jadi sempena sambutan hari jadi Yang Amat Berhormat
pada bulan November lepas, saya lupa tarikhnya, jadi kita ucapkan selamat panjang
umur, murah rezeki dan ingin saya sumbangkan sedikit budi yang berbunyi, tepi laman
jadikan kebun, kebun selasih bersama maman, budi tuan setitis embun, walau setitis
segar setaman. Bagi memperhebatkan lagi RMK 9 ini saya cukup yakin gagasan Islam
hadhari sebagai paksi kepada ini yang menjaga kepentingan dan kelangsungan yang
saya percaya menepati apa yang dihajati oleh kita semua. Rakan-rakan dalam dewan
ini semalam telah bercakap perkara yang menyeluruh kepentingan bersama jadi oleh
yang demikian saya tidak mengulangi perkara-perkara yang sama saya lebih kepada
untuk mengkhususkan kawasan yang saya wakili sendiri. Saya mewakili DUN Bota N39
luasnya 280.95 km persegi. Kawasannya tak besar tapi semua ada. Sungai ada, hutan
ada, lombong ada, pulau ada, padang ragut ada, paya ada, kolam ikan ada, dusun-
dusun ada, ladang kambing bo pun yang akan dibuat akan ada, loji air ada dua, ada
bandar baru namanya cantik Seri Iskandar. Tapi kalau ada kawan nak buat bandar,
bandar-bandar baru, pilihlah nama-nama yang umph sikit, Janganlah nama daripada
buah-buahan, sayur-sayuran. Jadi kalau dia merintih tak dilayan, mungkin imej tu tak
munafik, tapi itu sekadar pandangan.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:           Trong ada.

Y.B. ENCIK CHE RI BIN MD. DAUD:             Masjid kita pun mahal, Masjid Bandar Seri
Iskandar ada, masjid dalam kampus ada, masjid yang paling mahal sekali masjid dalam
kampus. Kampus UTP, 26 juta dan di sinilah pada 23 haribulan hari itu pada 23.11. di
mana waktu khatib membaca khutbah memaklumkan pada hari Ahad 5 haribulan akan
berlangsung peristiwa pembabtisan di gereja Jalan Silibin. Jadi saya pun rasa kagum
juga bagaimana di atas mimbar keluar perkataan ini. Jadi saya percaya ini mestilah
lahir daripada Tok Katib yang mendapat pandangan atau maklumat atau saranan
daripada hiprahak profile mesti. Kalau sekadar daripada Raja Sherina, takkanlah Katib
di masjid yang begitu hebat di UTP boleh meyakinkan untuk menyebut di dalam masjid
di atas mimbar pada waktu Jumaat. Jadi saya harap Kerajaan Negeri, Jabatan Agama
Islam walaupun ini merupakan swasta sebagai universiti, swasta tetapi ia perlu juga
ditinjau tanya dan diselidiki perkara-perkara deperti ini. Kerana kalaulah misalnya di
masjid ini yang cukup besar dan jemaahnya lebih daripada 1000, kalau 500 orang
sahaja mengambil sikap bertindak dan hadir di Jalan Silibin, kalaulah satu mesjid 500,
dua masjid dah 1000, disekitar Ipoh ada berapa masjid. Kalau inilah berkumpul di Jalan
Silibin pada hari yang demikian, bukan ke cerita agama, cerita terpijak kaki pun kadang-
kadang boleh menjadikan kecoh, boleh jadikan apa nama huru hara dan mungkin ini
boleh jadi pergaduhan.

Kadang-kadang dengan atas sebab lain kerana perhimpunan yang seramai ini boleh
membawa akibat yang agak besar dan saya harap pada akhir dewan ini ada
perkembangan terbaharu berkenaan dengan kes di gereja Jalan Silibin ini. Kita ada
banyak lagi, kita ada universiti, dalm DUN Bota yang luasnya agak 280 kilometer
persegi, jadi kita universiti, kita ada sekolah menangah teknik, kita ada sekolah asrama
penuh, kita ada institut, kita ada pusat latihan, kita ada macam-macam raja. Berbelas
yang kita pun tak jelas, naka dikatakan dipelihara pun, nak dikata tak dipelihara pun
mungkin gamaknya tidak begitu disungguhkan. Kita ada kilang-kilang, kita ada ladang
ayam yang hampir 1 juta ekor yang bawa kesan baik dan juga tak baik, kita ada ladang
sayur, kita ada kompleks kerajaan, Cuma kompleks kerajaan di Seri Iskandar ini




                                          29
semuanya nampak ceria dan baru, ada satu yang sehingga ini sudah 3 Ketua Polis
Negara, masih tak siap-siap. Bermula Tan Seri Norain Mai, selepas itu, sekarang Tan
Sri Musa, dan sampai Tan Sri Musa tak siap-siap lagi, ibu pejabat daerah Seri Iskandar,
Tan Sri Bakri, Tan Sri apa Norain Mai, Tan Sri Bakri, Tan Sri Musa, sampai hari ini
belum ada cerita. Khabar-khabar angin konon bulan Disember, tapi kita tunggulah, tapi
begitulah yang sudah-sudah waktunya disebut kemudian berlalu, kosong. Jadi apa
yang hendak saya bangkitkan di sini apa yang ada pada DUN Bota ialah saya ingin
jelaskan beberapa perkara, dalam banyak-banyak perkara ini ada juga yang tak
sempurna, ada juga yang tidak begitu berjaya. Jadi tanggungjawab saya untuk
menjelaskan hal-hal yang berbangkit untuk kita, untuk kerajaan melaksanakan
tanggungjawab ini.

Pertamanya soal pendidikan, soal di mana saya sebutkan kita ada universiti, ada
sekolah teknik ada sekolah asrama penuh, ada institusi-institusi pengajian-pengajian
yang berbentuk lain. Walaupun ini satu jumlah yang banyak, kita harap mana-mana
pihak yang bertanggungwajab demi kelangsungan modal insan ini mereka ini boleh
berperanan situasi ini boleh berperanan, sehingga ini hanya ada satu yang betul-betul
membantu kita iaitu UiTM. UiTM dengan programnya bersama-sama pelajar sekolah
rendah.      Programnya bersama-sama pelajar yang akan mengambil peperiksaan
berbagai jenis peperiksaan telah bersama-sama memberikan wang dan kerjasama
kepada penduduk sekitar. Tetapi ada disebahagiannya langsung mungkin UTP,
sebagai universiti yang agak mahal dan universiti yang begitu berharga. Ikthiar kearah
kemasyarakatan kurang, oleh demikian saya berharap, mana-mana pihak yang
berkaitan yang mengikuti persidangan ini selepas ini mengikhtiarkanlah sesuatu untuk
sebagai yang saya sebutkan tadi ke arah modal insan yang cukup baik khususnya
kepada penduduk sekitar. Saya agak terkilan juga walaupun di Seri Iskandar ada IKBN
ada UTP ada UiTM ada sekolah menengah teknik ada giat mara dalam Bota ada juga
institut pertanian dan sebaginya di Titi Gantong, Kolej Professional Mara dan
sebagainya. Tetapi dari segi kepentingan tempatan tidak begitu memberikan kesan
yang besar.

Jadi kita harapkan kalau kemudahan-kemudahan, peluang-peluang ekonomi
maksudnya dari segi kerja-kerja kontrak dan sebagainya, sebagai katerar sebagai
membersihkan kawasan dan sebagainya, kita harap biarlah daripada syarikat-syarikat
yang didaftarkan khususnya dalam di sekitar Seri Iskandar. Jadi sekurang-kurangnya
walaupun anak Bota amnya anak Parit, tak dapat tempat mengaji di sini dalam bilangan
yang agak besar tetapi peluang-peluang lain harus dipertimbangkan supaya mereka
merasakan kehadiran ini adalah kejayaan bersama. Kalaulah misalnya dijumlahkan
pelajar dan penuntut yang ada di semua insitutsi ini seperti di IKBN ada 200 orang, UTP
4386 orang di UiTM ada 5800 orang di SMT ada 769 orang di giat Mara ada 44, di luar
dari Seri Iskandar pula institut pertanian ada 156, di Kolej Profesional MARA di Seri
Iskandar ada 324 , jumlahnya belasan ribu. Kalau saya ambil angka tepatnya 11,704
orang. Kalaulah kita ambil 10,000 sahaja yang berbelanja 10 ringgit sehari seorang. Ini
sudah ada bermakna 110 ribu sehari. Wang mengamlir dalam masyarakat Seri
Iskandar, kalau didharab dengan bulannya dan tahunnya angkanya jutaan juga.

Oleh demikian inilah yang kita harapkan yang saya sebutkan sebagai jutaan itu
sebahagiannya akan menjadi rezeki kepada penduduk-penduduk sekitar Seri Iskandar.
Di kawasan kita, kawasan Bota kilang pun ada, tetapi kilangnya ada 3 sahaja. 3 buah
kilang ini tentulah tidak memadai dari segi menampung jumlah pekerjaan yang




                                          30
sewajarnya untuk penduduk tempatan. Kilang yang ada ini pekerjanya 780 orang dan
kalau dihitung dari segi guna tenaga di kawasan Bota sekadar 2.8%, jadi kilang ini
menampung 2.8% dari segi guna tenaga kerja. Jadi kita tak hairanlah ramai diantara
remaja kita sekarang ini tercari-cari untuk mendapatkan tempat di mana peluang-
peluang pekerjaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekarang ini yang terbaharu ikhtiar untuk
ternakan 300 ekar akan diusahakan oleh Inovasi Permai sebagai usaha untuk ladang
kambing bor. Saya tidak mempertikaikan apa-apa tetapi cukup memberikan galakan
kepada ikhtiar ini, cumanya dalam dewan yang mulia ini, kalau ahli dewan akhir
persidangan ini menggulung nanti atau mendapat jawapan tentang kambing bor ini.
Secara rambang saya tak nampak kambing bor ini sebagai daging yang cukup tinggi
permintaannya ataupun daging kambing yang lain sama sahaja. Saya tak nampak satu
pasar sembelihan kambing yang cukup banyak, kuantitinya yang setiap hari berada di
pasaran dalam kuantiti yang besar, tak nampak. Kita bimbang, takut macam cerita
arnab dulu, saya pun pernah mencuba ternakan arnab, bangsal siap, perjanjian sudah
kita buat tiba-tiba perjanjiannya dimansuhkan kerana pasaran arnab tergendala. Jadi
kita tak tahu kalau arnab dulu dikatakan pemakannya tidak begitu berminat kerana irap-
irap kuching, tak jadi pasaran. Jadi begitu keadaannya, nak dijadikan burger pun tak
jalan, nak dijadikan apa-apa pun tak jalan sehingga hari ini arnab sudah tidak ada cerita.

Jadi cerita kambing bor, semalam kita tengok dalam surat khabar di Selama pelaburan
50 juta, ribuan ekor kambing, dia kata tempat begitu terpengaruh, begitu bersungguh,
berminat mendengar cerita kambing bor ini, saya pun ada kenalan buat projek kambing
bor, di Gunung Panjang, lepas itu keadaannya tidak begitu khusus dan mahir, berlaku
bencana dan berlaku kerugian. Jadi saya harapkan mana-mana yang patut, Jabatan
Haiwan dan sebagianya teliti ini bersungguh-sungguh jangan kita mengikut rentak
seperti yang disarankan oleh Kementerian walaupun itu bagus tetapi kita yang
melaksanakan di peringkat bawah ini tidak bersungguh dan meneliti tak “detail” dari segi
apa-apa ikhtiarnya nanti baik ceritanya macam cerita arnab. Jadi orang melayu ini dah
macam-macam dah, berdepan dengan kehidupan yang macam itu di luar bandar lah,
yang cerita rusa, cerita rusa dalam surat khabar hebatlah, tapi orang yang bela rusa kita
tak taulah apa dia punya penangannya. Kos tinggi ke tak tinggi sebab rusa dilepas
dipadang dia setahunpun dia ragut je kat padang jadi tak ketaralah dia punya kos. Jadi,
cerita dihebahkan ada pulak pertandingan. Bila pertandingan ditonjolkan pulak hebat-
hebat, yang lain terpengaruh ikut-ikut, sudah-sudahnya akhirnya buntu lama-lama
akhirnya tak yakin dah projek ini. Jadi, inilah yang berlaku dalam kehidupan kita bila nak
mengenengahkan satu-satu projek, satu-satu rancangan. Keraguan itulah yang kadang-
kadang menjadi hambatan untuk kita tidak meneruskan ikhtiar. Di kawasan saya, dan
seluruhnya di Perak Tengah, padang ragut luas. Ada 2,524.12 hektar. Kalau nak
disebut kata tak maju, maju ada ternakan. Tetapi tidak menyampai hasrat untuk
dibanggakan. Ini yang menjadi masalah. Masalahnya ialah masalah kemanusian,
bukan masalah binatangnya sebab bila saya kaji perlembagaan setiap padang ragut ni
ada perlembagaan. Padang ragut yang terkecil 25 ekar di kampung Pendian, yang
terbesar di Lambor Kanan 384 ekar. Mereka berusaha, berpakat ada padang ragut
yang ada perlembagaan. Perlembagaan padang ragutnya 95% cerita pasal manusia je.
Cerita macamana nak gotong royong, cerita macamana nak beragihan, macamana nak
menternak dan sebagainya. Yang mengenai binatang sedikit je. Satu fasal je sebab
binatang ni dia tak banyak perangai. Dia tak tahu baca pun. Jadi, pasal binatang dia
tak ada diatur, dia nak makan pukul berapa, nak makan duduk atau berdiri, tak ada tapi




                                           31
kebanyakan pasal manusia. Manusia culeh, manusia kecoh, manusia mengelat,
manusia khianat, manusia mungkir janji, manusia tak ikhlas. Oleh yang demikian, yang
pentingnya Jabatan Haiwan, dari segi melaksanakan tanggungjawab ini ialah fokusnya
pada manusia itu. Jangan kisahkan dulu pasal ternakan ini. “Settle” manusianya dulu.
Jadi tak manislah kalau kita katakan menternak manusia dulu. Jadi manusianya dulu
adalah ahli padang ragut inilah menjadi sasaran awal untuk kita berikan perhatian tak
payahlah fikir sekarang ni kecoh, ada peruntukan RM5,000 lepas itu secara
pemilihannya menimbulkan kurang kepastian, ungkit mengungkit, dengki berlaku tetapi
tempat ternakan dan cara ternakan ini dijalankan tak begitu kemas.

Di Bandar Sri Iskandar, perjalanan ekonomi bagus, bank sudah ada 2, bank Islam dan
bank rakyat. Terima kasih kepada pihak bank Islam dan bank rakyat yang telah
mengadakan cawangannya di Sri Iskandar. Dari segi jabatan-jabatan, pejabat-pejabat
sudah beroperasi secara yang terbaik, cumanya ada satu adalah satu dua tiga lagi yang
kurang sempurna iaitu pejabat pos di Sri Iskandar belum ada Pejabat Pos. Orang Sri
Iskandar dah mula bertanya bila ada pejabat pos. Kena adakan segera sehingga ini
urusan pos di Sri Iskandar di Tronoh ataupun di Bota. Orang di Sri Iskandar yang saya
dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa penduduk tempatan di taman-taman di
Sri Iskandar ini bila pilihanraya menggundinya di Tronoh. Mengundi di Tronoh kerana
alamat pos mereka ialah Tronoh. Tronoh itu bukan dalam zon Bota tetapi pekan Sri
Iskandar dalam zon Bota. Jadi penduduk Sri Iskandar mengundi di Tronoh bukan
menggundi di kawasan mereka tinggal. Kaitannya saya kurang pasti, apakah kaitannya
antara pejabat pos ini dengan kawasan penggundi menggundi.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Yang berhormat dah cukup.

Y.B. ENCIK CHE RI BIN MD. DAUD: cuma satu lagi Dato’ Yang DiPertua, tenggelam
bila Dato’ Yang DiPertua sebut. Yang akhirnya berkenaan dengan markam-markam.
Dulu saya dah jelaskan juga mengenai makam-makam di kawasan Bota ada berbelas-
belas makam. Saya mengharapkan kalau boleh didahulukan makam yang pertama
diceriakan iaitu makam Sultan Perak yang pertama, Sultan Muzzaffar Shah yang
pertama di Teluk Bakong. Jalan masuk semak, kecil dan medan sekitar makam ini
menjadi longgokan kelapa sawit. Jadi tak kanlah makam Sultan Perak yang pertama itu
darjatnya. Kalau kita melancong ke negeri-negeri lain, ini sebagai satu tempat ziarah
yang cukup mulia apatah lagi orang yang pertama membuka negeri menjadikan negeri
Perak ini. Satu lagi ladang ayam di kawasan saya ada melibatkan hampir 1 juta ekor.
Ladang ayam ini baik sebab ayam ini diekspot ke Singapura merupakan hasil negeri.
Tetapi masalahnya kepada penduduk tempatan lalat. Sudah banyak kali dibangkitkan.
Pasal lalat ini. Saya tidak tahu apa kaedah sebenarnya. Untuk mengatasi lalat. Kalau
dulu di kawasan Manjung, dengar cerita kawasan Manjung dah berkurangan lalat. Apa
kaedahnya, tetapi sekarang berlaku di kawasan saya. Kawasan yang hampir sekali
dengan ladang ayam ini lebih kurang 3 kilometer ialah perumahan yang agak besar,
kawasan perumahan awam Gelung Pepuyu, kawasan Taman Dahlia dan Sri Bayu.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Terima kasih....

Y.B. ENCIK CHE RI BIN MD. DAUD: Buat akhirnya, saya harap sangatlah ikhtiar ini
dibuat untuk pada masa akan datang tidak berbangkit lagi cerita lalat yang saya dengar
berbangkit di mana-mana peringkat dengan masalah lalat itu. Sekian, saya mewakili
ingin menyokong baget 2007. Sekian, terima kasih.




                                         32
Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Ahli-ahli Yang Berhormat, penggal ini menarik, ramai
yang nak bercakap, masih lagi ada hampir 20 yang semalam 14 kelmarin dulu 1,
maknanya sambutan bagus. Masing-masing bercakap pun 25, 30, 35, 40 minit, yang
nak balik dulu macam-macam. Chenderiang.

Y.B. DATO’ CHANG KO YOU: Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Saya akan sentuh
bidang pertanian, industri asas tani, bidang bioteknologi dan isu perlombongan bahan
batu dalam perbahasan saya. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua. Salah satu strategi
baget 2007 Negeri Perak ialah mencergaskan pertumbuhan ekonomi dengan
menekankan kepada sektor pertanian selaras dengan dasar pertanian nasional. Para
petani pada umumnya terkongkong dengan pemikiran bahawa mereka tidak akan
menjadi kaya dengan kebun, sawah padi atau kebun ikan yang mereka ada. Ini adalah
satu pemikiran yang tradisional yang penting bagi rakyat ialah untuk mengubah
“mindset” ini. Kerana sektor pertanian sebenarnya mampu memberikan satu anjakan
paradikma bagi para petani. Langkah-langkah yang harus diambil oleh Kerajaan untuk
mengubah nasib para petani dan memangkinkan pertumbuhan pertanian negeri Perak
adalah seperti berikut. Yang pertama, mendedahkan para petani kepada teknologi dan
cara penanaman yang lebih produktif melalui kursus dan latihan kemahiran. Yang
kedua menyediakan kemudahan pinjaman modal kepada petani yang berpotensi.
Ketiga, mengenalpasti dan membuka zon pertanian bagi jenis-jenis pertanian yang
berlainan misalnya bidang tanaman, perikanan, penternakan dan industri asas tani.
Dalam tiap-tiap bidang ini juga misalnya dalam bidang tanaman kita menentukan juga
apa kawasan spesifik bagi penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, padi herba dan
lain-lain lagi. Yang keempat, meningkatkan RMD iaitu penyelidikan dan pembangunan
dalam bidang pertanian untuk menambahkan produktiviti misalnya melalui bioteknologi.
Aspek pembungkusan, penjenamaan, pengedaran iaitu grading perlu juga ditekankan.
Yang kelima, membina prasarana dan logistik yang sempurna bagi mempercepatkan
khidmat sokongan dan sistem penyampaian.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Perak perlu menetapkan satu sasaran agar
Negeri Perak mencapai petani haram sifar katakan dalam tahun 2015. Banci harus
dibuat untuk mengetahui bilangan pengusaha yang haram di seluruh Negeri Perak bagi
ketiga-tiga kaum. Di manakah mereka berada? Berapakah luas kawasan pertanian
yang diperlukan untuk menempatkan mereka? Apakah jenis tanaman dan ternakan
yang mereka ceburi serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan? Mereka harus diberi
hak yang saksama agar mereka dapat menumpu dan menyumbang kepada agro
makanan secara lebih intensif, dinamik dan berdaya saing. Kita patut meningkatkan
kecekapan kumpulan sasaran ini melalui pemindahan kemahiran dan latihan.

Dato’ Yang Dipertua, jumlah eksport sayur-sayuran bagi Malaysia bagi tahun 2004 ialah
sejumlah RM462.8 juta kebanyakannya dieksport ke Singapura, Thailand dan Indonesia.
Malaysia juga mengekspot bahan-bahan tropika buah-buahan tropika seperti betik,
durian, pisang, tembikai, belimbing dan nenas bernilai jumlah RM247.1 juta ke
Singapura, Hong Kong dan lain-lain. Mestilah diakui bahawa petani-petani haram tanpa
tanah yang sah telahpun menyumbang sebahagian besar terhadap pengeluaran agro
makanan bagi pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa. Sudahlah tiba
masanya Kerajaan membuat ketetapan bahawa pengusaha-pengusaha tanah yang
haram ini diberikan satu pengikhtirafan dan diserap masuk dalam pelan pembangunan
pertanian di negeri ini. Pengusaha-pengusaha tanah haram ini tak kira kaum melayu,




                                         33
cina atau india patutlah diambil masuk untuk sama-sama menyertai program ladang-
ladang tanaman. Penternakan, perikanan dan industri asas tani.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Perak harus juga mensasarkan kepada
pembangunan usahawan industri asas tani. Kerajaan Pusat telah menetapkan bahawa
di bawah RMK9, 10,000 usahawan asas tani hendaklah diwujud dan dibangunkan.
Pada masa kini, negara kita mempunyai 3,000 syarikat kecil dan sederhana yang
terbabit dalam pemprosesan agro makanan seperti buah-buahan, sayur sayuran, produk
ikan dan ternakan. Mereka yang berkecimpung dalam industri asas tani telah dapat
menjana hasil kasar sebanyak RM20.4 billion setahun dan nilai ditambah sebanyak
RM484.7 juta.        Memandangkan ini Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan perlu juga
memasukkan matlamat dan strategi untuk melahirkan usahawan asas tani yang baru
bagi negeri dalam RMK9. Misalnya kita targetkan kepada 1,000 orang usahawan
tersebut. Yang merangkumi semua kaum. Rancangannya menyeluruh serta
perlaksanaan yang efektif dari peringkat atas hingga ke serata bawah haruslah dipantau
secara rapi agar matlamat ini tercapai. Dato’ Yang DiPertua, Malaysia telah dikurniakan
telah dianugerahkan dengan biodiversiti iaitu keperlbagaian tumbuhan yang antara
paling kaya di dunia ini. Jumlah spesis tumbuhan dianggarkan kepada 12,000 jenis dan
ini merupakan 5% daripada jumlah di seluruh dunia.Dalam erti kata lain, Malaysia
menduduki tempat ke 12 terkaya dalam jumlah spesies tumbuhan.                      Berlatar
belakangkan kepada kekayaan sumber petani dan herba ini. Maka negara kita
memberikan satu persekitaran yang paling sesuai untuk menjalankan kaji selidik biologi
iaitu bio-tech, bio-teknologi. Bagi Negeri Perak juga, sektor bio-teknologi boleh dijadikan
pemangkin kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan seterusnya
memacu Perak ke Wawasan Perak Maju 2015. Jika dibandingkan dengan pulangan
daripada teknologi maklumat iaitu ICT, saya percaya bahawa bidang bio-teknologilah
yang dapat memberikan hasil yang lebih menyeluruh kepada seluruh rakyat Negeri
Perak.

Oleh yang demikian, di samping kita merealisasikan objektif Care State tahun 2010.
Kerajaan perlu mengambil tindakan proaktif dan agresif dalam bidang bio-teknologi.
Sekiranya kita hendak mentransformasikan Negeri Perak kepada negeri yang termaju
dan memberikan nafas baru kepada corak ekonomi sekarang maka bio-teknologi dan
industri asas tanilah merupakan jalan keluar, dengan izin, viable and achievable.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebagaimana kita semua maklum bio-teknologi
melibatkan kegiatan huluan dan hiliran. Dimana kegiatan huluannya ialah seperti kaji
selidik tentang kegunaan herba dan bahan-bahan semulajadi yang lain. Kaji selidik ini
dapat dibantu dengan pengalaman serta pengetahuan tradisional dan asli dikalangan
orang ramai dan juga pengalaman perubatan tradisional. Kegiatan hiliran pula ialah
seperti usaha menghasilkan ubat herba baru jenis, tanaman baru yang memberikan
hasil yang lebih tinggi dan pengklonan (cloning), pengklonan haiwan dan stam…
Kegiatan hiliran juga merangkumi perlindungan harta intelek seperti Britian. Boleh
dikatakan bidang bio-tech melibatkan hampir segenap lapisan masyarakat. Pasaran
herba di dunia sekarang dijangka mencecah angka USD200 billion pada tahun 2008.
Malaysia hanya menyumbang kira-kira RM2 billion sahaja kepada pasaran herba
sekarang.

Oleh yang demikian, potensi dan peranan Malaysia dalam bidang ini adalah amat
memberangsangkan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, walaupun negara kita




                                            34
mempunyai bio-diversity yang terkaya di dunia ini, tetapi tidak mempunyai satu taman
botani, Botanical Garden atau herbarium nasional. Perkara ini amat menghairankan,
Taman Botani dan Herbarium Nasional amatlah relevan dalam arus pembangunan
bidang bio-teknologi sekarang. Malah ia sepatutnya sudah wujud lama, sebelum ini.
Saya cadang supaya Negeri Perak, berusaha meminta kepada Kerajaan Pusat
mendirikan taman tersebut di Negeri Perak. Saya ingin tanya sama ada projek Taman
Botani di sekitar kawasan Bidor akan menjadi satu realiti di bawah RMK-9. Adakah itu
Taman Botani Negara atau Taman Botani yang biasa sahaja? Pendek kata kita mahu
projek ini dijadikan satu kenyataan realiti di Negeri Perak dan bukan sekadar di awang-
awangan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, satu isu lain yang saya ingin bentangkan di sini
ialah berkaitan dengan rayuan daripada pengusaha-pengusaha bahan batu dan kilang
simen. Atas kadar royalti yang dikenakan kepada mereka. Mengikut Warta Kerajaan
PU5-1996 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1996, kadar bayaran royalti atas bahan
batu telah dinaikkan daripada RM2 bagi satu ela padu, cubic yard kepada RM1.50 bagi
satu metrik tan. Saya ingin terangkan bahawa isipadu bagi satu metrik tan adalah kira-
kira separuh sahaja daripada satu ela padu. Dan kemudian mengikut Warta Kerajaan
PK.PU10 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2005, kadar royalti RM1.50 bagi satu metrik
tan tersebut telah dinaikkan lagi kepada RM2 satu metrik tan. Melalui cara pengenaan
kadar royalti sebuah syarikat simen di Negeri Perak iaitu Tasek Corporation Berhad
telah dikenakan amaun tunggakan lebih daripada RM5 juta bagi tempoh lapan tahun
yang lalu.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pengusaha-pengusaha bahan batu dan kilang
simen telah mengemukakan rayuan mereka supaya menangguhkan perlaksanaan kadar
royalti baru. Namun mereka berharap agar Kerajaan Negeri mengekalkan kadar royalti
yang lama, iaitu RM2 bagi satu ela padu. Permohonan mereka telahpun ditolak.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam persekitaran ekonomi global yang
diselubungi dengan ketidak ketentuan dan peningkatan harga minyak mentah, tekanan
inflasi, kenaikan kadar faedah serta persaingan yang semakin sengit, saya fikir adalah
wajar bagi Kerajaan Negeri Perak untuk mempertimbangkan permohonan dan rayuan
sektor perlombongan bahan batu dan pemprosesan simen atas sebab-sebab yang
berikut. Pertama, kadar royalti baru merupakan kenaikan sebanyak 34% bagi batu
kapur, iaitu limestone dan 50% bagi tanah liat iaitu clay. Kedua, oleh kerana batu kapur
dan tanah liat adalah bahan komponen utama bagi pembuatan simen. Kenaikan kadar
royalti ini akan menyebabkan kenaikan kos yang mendadak bagi industri simen. Yang
ketiga, selain daripada kenaikan kadar royalti, kenaikan harga minyak dan kenaikan tarif
elektrik dan air telah menyumbang menambahkan lagi tekanan kos pengeluaran bagi
sektor perlombongan bahan batu dan kilang simen. Bagi pengusaha simen pula, simen
adalah satu bahan kawalan dan tidak boleh dinaikkan harga mengikut permintaan
pasaran. Di bawah akta kawalan barangan 1961, harga simen belum pernah dikaji
semula sejak Ogos 1995 iaitu selama 11 tahun. Oleh kerana, pasaran yang lembap,
permintaan terhadap bahan batu dan simen telah mencatat pertumbuhan yang negatif
pada tahun 2005. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, pengeluaran bahan
batu dan simen di Negeri Perak menyumbang sebahagian besar kepada jumlah output
bahan batu negara. Oleh itu Kerajaan Perak harus mengambil langkah yang
bersesuaian untuk menyelamatkan sektor perlombongan bahan batu. Salah satu




                                          35
langkah daripadanya ialah mempertimbangkan rayuan sektor ini supaya kadar royalti ini
dikekalkan dengan kadar yang lama atau dikurangkan lagi. Sekian saya menyokong.

Y.B. DATO’ TIMBALAN YANG DIPERTUA:            Yang Berhormat Kawasan Sungai Manik.

Y.B. TUAN HAJI IBRAHIM BIN KATOP:             Terima kasih, Yang Berhormat Dato’
Timbalan Yang Dipertua.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum. w.b.t dan salam sejahtera.     Yang
Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan
pertamanya ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar atas pembentangan bajet 2007. Sebuah bajet yang dilihat mampu
menjana pertumbuhan negeri dengan mengambil kira kepentingan semua aspek
pembangunan yang meletakkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri sebagai
sasaran utamanya. Hari ini diberi peluang untuk berbincang, berbahas dan
mengemukakan usul dan cadangan berhubung dengan Bajet 2007 iaitu Bajet Mengurus
dan Bajet Pembangunan sebelum diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Meskipun kita
tidak boleh lari dari pembentangan bajet yang berbentuk defisit sifatnya, namun
hakikatnya Kerajaan Perak masih berjaya mengemukakan sebuah belanjawan tahunan
yang mantap, menyakinkan dan amat memberangsangkan dalam usaha menggerakkan
agenda pembangunan negeri. Strategi Bajet 2007 yang meletakkan 5 asas utama
sebagai sasaran dan kekuatannya itu, sudah cukup untuk membuktikan bahawa
Kerajaan Negeri begitu komited dalam meneruskan agenda kecemerlangannya
sekaligus menjadikan Perak Maju 2015 sebagai matlamat akhirnya.

Saya percaya dasar berjimat-cermat dan berhemah dalam menguruskan perbelanjaan
disamping usaha-usaha lebih proaktif dalam menambahkan hasil pendapatan adalah
faktor terpenting dalam menentukan kejayaan dasar pengurusan kewangan kita. Begitu
juga penekanan yang diberikan dalam Bajet 2007 ke arah mencergaskan pertumbuhan
ekonomi dengan penekanan kepada sektor pertanian, usaha memastikan kesejahteraan
rakyat, dan pendekatan kualiti kehidupan luar bandar dan bandar, penyediaan sistem
penyampaian sektor awam yang efisien bagi membantu sektor swasta menjana
pertumbuhan ekonomi negeri, disamping meningkatkan pembangunan ICT untuk
menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi. Kelima-lima asas strategi ini dilihat sebagai
satu tonggak kekuatan yang lebih menyakinkan, khususnya dalam konteks kita hendak
melaksanakan dua agenda serentak, iaitu Perak Maju 2015 serta RMK-9 yang kini
sudah memasuki fasa kedua perlaksanaannya. Bak kata pepatah, perahu sudah diair,
pendayung sudah ditangan, kita tidak ada pilihan kecuali meneruskan agenda
pembangunan ini meskipun pelbagai halangan dan rintangan bakal kita tempuhi
sepanjang pelayaran ini.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, walau pun kita sudah meletakkan
sebuah bahtera yang kukuh di atas air, serba canggih malah haluan yang hendak kita
tuju juga telah kita tetapkan. Namun tempoh waktu dan jangka masa pelayaran itu juga
patut diambil kira. Cepat atau lambatnya pelayaran itu bergantung kepada nakhodanya.
Ia bergantung kepada kepintaran nakhodanya mengemudi bahtera, kepintarannya
memilih team dalam pelayarannya dan kebijaksanaan nakhodanya menangani segala
badai dan halangan. Ini cumalah sebagai kiasan semata tentang perihal pentingnya
peranan bahtera dan nakhodanya. Anak-anak kapal pula lainlah ceritanya. Biasanya
mereka ikut kepala. Kalau kepala terjun ke laut maka terjunlah mereka. Tapi yang




                                         36
terjun itu tak semua. Begitu juga dengan bahtera yang kita bina itu. Di luar sahaja
nampak canggih tetapi di dalamnya ada anai-anai. Itu pun tak ada gunanya kerana
kalau dibiarkan anai-anai ini kelak akan telan bahtera kita. Bahtera jadi reput haluan
entah kemana. Perkara ini sengaja saya bangkitkan sebagai mengingatkan diri saya
dan rakan-rakan dan yang paling khususnya kakitangan awam yang terlibat secara
langsung dalam aspek sistem penyampaian. Sistem penyampaian disektor awam dilihat
masih terlalu banyak ruang kong kalikongnya. Bukan sahaja berada ditahap kelas
ketiga malah setengah jabatan langsung tidak ada kelas langsung. Saya tidak berniat
langsung untuk menuding jari kearah mana-mana jabatan dan agensinya. Walau pun
pahit untuk ditelan, namun ini adalah hakikat yang masih berlaku. Ditelah mati emak
diluah mati bapak. Begitulah, kononnyalah. Disesetengah jabatan atau agensi misalnya
kita letakkan kakitangan yang begitu tip top sebagai nakhodanya. Dari segi kemudahan
juga serba canggih semua sudah computerize. Cuma masih dikalangan kelasinya
masih ada yang bermentaliti asal buat kerja tidak efisien langsung tidak produktiviti,
tidak ada wawasan sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru
itu perlu ditegaskan di sini bahawa budaya bekerja sekadar bekerja bukanlah suatu
amalan yang sihat. Budaya kerja cemerlang hari ini menuntut setiap organisasi dan
kakitangannya melipat gandakan produktiviti. Buat kerja secara fokus serta memberikan
mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, sebelum ini kita dapat melihat setiap jabatan ada
menyenaraikan piagam pelanggan tersergam indah tergantung diruang legar pejabat
masing-masing. Memaklumkan senarai tugasan dan perkhidmatan kepada pelanggan
masing-masing. Tapi ada kalanya piagam tersebut hanya tergantung indah didinding
pejabat sahaja. Kerana apa yang dapat kita perhatikan banyak perkara dan masalah
dapat kita lihat banyak perkara jadi rungutan dan banyak persoalan masih tertinggal
tidak terjawab. Saya ucapkan tahniah kerana Kerajaan Negeri mengambil pendekatan
awal melaksanakan KPI bagi mengukur prestasi jabatan. Walau bagaimana pun saya
mencadangkan supaya setiap jabatan mewujudkan audit dalaman masing-masing bagi
memastikan piagam pelanggan yang telah sediakan dipatuhi dan melaporkan kepada
ketua jabatan untuk diambil tindakan. Kalau sebelum ini kita boleh menyelesaikan cuma
10 kes sehari mungkin ia boleh dipertingkatkan lagi menjadi 15 umpamanya. Kalau
sebelum ini ketua-ketua jabatan hanya menunggu hasil maklumat yang disampaikan
oleh kakitangan bawahan apalah sesekali turun padang buat pemantauan lakukan
penelitian sendiri terhadap kes-kes tertentu agar maklumat yang diperoleh itu tepat bagi
memudahkan urusan penyelesaian. Inilah yang sebenarnya membimbangkan kita. Kita
khuatir kalau haluan pelayaran kita tidak kesampaian ke destinasinya.            Hanya
disebabkan oleh nakhoda yang tidak cekap. Cerita pasal nakhoda ini wajar kita
renungkan bersama dalam memperbetulkan sedikit compang camping yang masih
wujud di sektor perkhidmatan awam. Saya melihat sebab organisasi itu sebagai satu
kumpulan pemuzik orkestra. Setiap orang mempunyai tanggungjawab memainkan
peralatan muziknya masing-masing. Barulah sebuah lagu dan rentak dapat dimainkan.
Sekiranya sumbang rentak yang dimainkan maka rosaklah lagu yang dipersembahkan.
Sebagai contoh alat muzik sitar merupakan sebuah alat muzik India yang sukar untuk
dimainkan dan memerlukan seorang yang pakar yang dapat memainkan alat muzik
tersebut. Dan begitulah juga dengan kita sebagai orang yang dipertanggungjawabkan
bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Kita perlu tahu bagaimana hendak memainkan
sitar kerana sitar itu adalah sikap kita, inisiatif kita, telus, amanah dan juga rasa
tanggungjawab kita. Dengan adanya kelima-lima aspek ini barulah operasi dan
pemantauan bajet ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan dengan sendirinya




                                          37
rayuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melihat komitmen dan dedikasi kita
dapat direalisasikan.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, dewasa ini kebejatan sosial masih diperkatakan.
Keruntuhan moral juga makin berleluasa menjalar menjadi amalan yang amat
membimbangkan. Khususnya dikalangan generasi muda, belia dan remaja. Kita tolak
tepi dulu pasal penyalahgunaan dadah.               Ia dilihat kian parah malah yang
menghairankan statistiknya makin bertambah. Susah dah lidah. Bukan menurun
meskipun langkah-langkah penguatkuasaan terus dilakukan. Tangkap, simpan, keluar
dan kembali menagih, inilah yang berlaku. Sudah terlalu banyak kerajaan berbelanja
untuk menggantinya, menanganinya, biarlah Agensi Dadah Kebangsaan mencari jalan
namun dalam perkara ini kita tidak seharusnya lepas tangan, kita ada peranannya juga.
Hari ini dalam kekalutan kita mencari formula penyelesaian bagi memerangi
penyalahgunaan dadah, timbul pula fenomena yang lebih mengharukan iaitu mat rempit.
Mat rempit ini dilihat makin bermaharajalela, kian ganas dan buas, malah tidak takut
undang-undang. Saban hari kita lihat di media massa, baik surat khabar mahu pun
televisyen tentang kisah mat rempit yang terus diburu bagai penjenayah walau gelagat
mereka yang makin melampau. Saya percaya seluruh negara kini sedang dilanda
fenomena mat rempit. Sebut jalan mana sahaja semuanya sudah mereka gezetkan
sendiri sebagai gelanggang atau pun trek untuk lumba haram dan juga mempamerkan
aksi-aksi liar yang tidak pernah kita fikir sebelum ini. JPJ dan polis juga kita lihat sudah
semacam tenggelam punca. Sudah putus idea untuk menangani gejala ini. Langkah-
langkah pemantauan serta penguatkuasaan juga kita lihat sudah menjadi rutin harian
agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan khususnya dihujung-hujung minggu.
Malangnya bilangan mat rempit yang beraksi liar di atas jalanraya makin bertambah,
bukan makin berkurang. Bilangan mereka yang tumpas juga makin meningkat dan
catatan kadar kematian yang semakin bertambah. Inilah antara kebejatan sosial terbaru
yang melanda generasi kita. Apakah kaedah terbaik kita untuk menanganinya, makin
kita berkeras mereka menjadi semakin buas. Semakin kita bertegas semakin mereka
tak dapat dibatas. Jika dengan cara keras kita gagal melembutkan jiwa mereka apalah
salahnya agensi-agensi yang rapat dengan kolompok generasi ini mengambil sikap
beralah. Dampingi dan dekati mereka secara professional, selami jiwa dan perasaan
mereka dalam mencari punca sebenar kenapakah gejala sebegini boleh menular begitu
pantas sekali. Kaedah seumpama itu mungkin dianggap lebih berhemah dari kita terus
hendak konfrontasi dengan kelompok mat rempit ini. Pun begitu sebenarnya wujud
kemusykilan kepada kita tentang kewujudan kelompok mat rempit ini dalam masyarakat
hari ini. Kemunculan mereka secara mendadak seolah-olah mendapat pengiktirafan
malah ada sesetengah pihak pula cuba menginstitusikan kewujudan mat rempit sebagai
satu kaedah yang difikirkan paling sesuai bagi mengatasinya.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kewujudan pusat-pusat hiburan yang bertopengkan
pusat hiburan keluarga juga menjadi masalah kepada kita. Di sinilah sebenarnya lubuk,
malah tidak keterlaluan jika disebut syurga kepada ramai anak-anak muda yang mula
berjinak-jinak dengan judi dan sebagainya. Kerana sebelum inipusat hiburan keluarga
yang kita tahu hanya Jublee Park sahaja dipanggil pusat hiburan keluarga. Kalau di
Kuala Lumpur dulu BB Park. Tapi sekarang ni mereka gunakan nama pusat hiburan
keluarga. Di sinilah tempat mereka melepak, belajar merokok, berkelakuan sumbang
dan macam-macam lagi gejala songsang yang saya nak sebut pun malu. Hasil dari
pemantauan yang saya lakukan dibeberapa premis pusat hiburan keluarga, tak payah
sebut nama ye, tapi yang berlaku adalah suatu yang membimbangkan. Malah di




                                            38
sesetengah premis berkenaan kita dapat lihat begitu ramai generasi yang sudah
berumur, lingkungan umur lebih kurang macam saya juga le. Yang berjudi sepuas-
puasnya termasuk bermain mesin kuda, jack-pot dan sebagainya. Di sini saya nak
bertanya, siapakah yang memberi kelulusan lesen dan apakah syarat-syarat yang perlu
dipatuhi? Pihak berkuasa tempatan atau pun pihak lain. Adakah sering dijalankan
pemantauan agar pengusaha pusat hiburan keluarga tidak menyalahgunakan lesen atau
premis perniagaan yang diusahakan. Saya yakin dan amat percaya kewujudan pusat-
pusat hiburan keluarga ini didalangi oleh sendiket tertentu yang sengaja mengaut
untung disebalik nama pusat hiburan keluarga. Apa tidaknya, hari ini kita serbu, semua
mesin kita rampas, esok mereka beroeprasi semula. Kalaulah benar ada sendikit, tonto
juga pastinya wujud. Sebab itulah kalau pihak penguasa melakukan serbuan hasilnya
amat mengecewakan. Yang kena tangkap bukan tuan punya tapi pekerjanya sahaja.
Saya berharap pihak berkuasa tempatan mengkaji semula pengeluaran lesen-lesen
kepada pengusaha-pengusaha pusat hiburan keluarga ini. Apa gunanya kita rugi seguni
hanya cuma hendak untung sekarung. Pengeluaran lesen-lesen sebegini lebih banyak
buruk dari baiknya. Kewujudan pusat hiburan keluarga juga kita lihat tidak menepati
matlamat dan asal tujuannya ke arah pembentukan sebuah keluarga yang harmoni.
Kerana disebaliknya kebejatan sosial kian bermaharaja lela. Saya juga berharap agar
pihak berkuasa tempatan atau agensi-agensi penguatkuasa lain tidak sengaja tutup
sebelah mata terhadap fenomena tidak sihat ini.

Dato’ Timbalan Yang        Dipertua, menyentuh sedikit tentang usaha memerangi
kemiskinan tegar pula, saya ingin mencadangkan agar pendekatan yang diambil
mestilah lebih bersepadu dan menyeluruh. Gerak kerja yang hendak dilakukan juga
perlulah dibuat secara muafakat membabitkan seluruh agensi terbabit. Setelah bancian
dan kajian dilakukan ke atas sasaran yang dikenalpasti sebagai kelompok miskin tegar,
langkah susulan selanjutnya adalah merekodkan jumlah yang tepat. Menerusi angka
yang tepat sajalah baru boleh kita merangka strategi yang lebih mampan termasuk soal
bantuan PPRT, pembangunan minda, latihan vokasional dan juga kemahiran,
menyalurkan peluang-peluang ekonomi baru sebagai sumber pendapatan dan input-
input lain yang difikirkan sesuai untuk mengeluarkan kelompok tersebut dari paras
kemiskinan. Kita tidak nafikan peranan yang dimainkan oleh pelbagai agensi termasuk
jabatan Kebajikan Masyarakat, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri, Jabatan
Agama Islam, RISDA, FELCRA, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan beberapa agensi
lain dalam usaha membasmikan kemiskinan. Di sini saya ingin cadangkan agar semua
agensi yang terbabit supaya membentuk rangkaian kerja yang lebih bersepadu,
bertujuan memudahkan urusan pengumpulan data yang tepat, mengelakkan berlakunya
sebarang pertindihan maklumat. Tanpa angka serta maklumat tepat mengenai jumlah
sebenar kumpulan miskin tegar ini, saya percaya agak sukar bagi kita untuk menangani
masalah ini. Kalau angka pun susah kita nak selaraskan, bagaimana pula dengan soal
hendak menyelaraskan bantuan. Sekiranya percanggahan angka dan maklumat masih
wujud, jadi apa maknanya usaha yang telah kita buat selama ini. Perlu kita ingat
mencapai sasaran kemiskinan sifar dan setinggan sifar adalah antara indikator
terpenting bagi melayakkan Perak mendapat status negeri maju tahun 2015. Meski pun
menjelang tahun 2015 nanti kita sudah berjaya membina landskap pembangunan yang
amat cemerlang kita juga sudah berjaya menyediakan infrastruktur asas yang serba
serbinya canggih, sudah berjaya membina asas perekonomian yang mantap, pendek
kata kita dah nampak macam negeri maju pada waktu itu. Namun hanya masih ada
rakyat yang dibelenggu kemiskinan hidup dalam kedaifan maka kita terpaksa tekan
brek. Kita terpaksa berhenti dulu atau mengundur balik kerana hendak selesaikan




                                         39
dahulu masalah kemiskinan ini. Kalau lah kemungkinan sebegini berlaku pasti kita
kecewa, semua orang tentu kecewa kerana hajat kita untuk melihat Perak Maju pada
tahun 2015 terpaksa kita tangguh. Puncanya kita tidak melihat soal kemiskinan ini
sebagai suatu yang penting pada peringkat awalnya.             Kita tidak mempunyai
perancangan strategik ke arah itu. Dan akhirnya apa yang kita lakukan selama hampir 9
tahun bagi membasmi kemiskinan ini tidak ubah seperti mencurah air ke daun keladi.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan berhubung
kemiskinan pesawah mungkin di Sungai Manik ataupun di Kerian. Kita percaya
sekiranya kajian terperinci dilakukan mungkin ramai dikalangan mereka yang boleh
dikategorikan sebagai miskin tegar. Dan kalau besar miskin nasib mereka wajar kita
bela. Saya ambil contoh pesawah di Sungai Manik, majoriti pesawah jelapang padi di
Sungai Manik mengusahakan kawasan seluas 3 ekar bagi satu lot. Purata hasil
pengeluarannya lebih kurang 5 tan dan pada waktu ini hasil yang dijual satu tan
berharga RM650.00 satu tan, bermakna pendapatan kasar pesawah RM3,250.00 satu
musim dan pihak kerajaan memberi subsidi sebanyak lebih kurang RM280.00 satu tan,
bermakna dapat lebih kurang dapat RM840.00 untuk 3 tan. Jika kita campurkan
pendapatan padi dan juga subsidi, bermakna setiap pesawah dapat lebih kurang RM
4,100.00 satu musim dan kalau kita lihat pada mata kasar pendapatan mereka adalah
besar tapi kita tolak dengan upah kerja bagi mengusahakan sawah iaitu lebih kurang
RM 600.00 satu ekar iaitu RM1,800.00 jadi yang tinggal hanya RM2,300.00 bagi satu
musim. Jadi kalau satu musim maknanya 6 bulan jadi kita bahagikan 6 bulan , jadi
maksudnya disini setiap pesawah hanya dapat lebih kurang RM380.00, RM350.00
ataupun RM360.00 jadi dengan sendirinya mereka ini dibawah kategori kemiskinan.
Walau bagaimanapun apa yang dapat kita lihat kalau kita ambil data ini mengikut
keluarga mungkin ada setengah keluarga itu bergantung harap dengan pendapatan
sumbangan anak-anak yang membuat mereka ini melepasi garis kemiskinan yang telah
kita tetapkan, dan saya sentuh balik di kawasan Sungai Manik pada hari ini mungkin
tuan-tuan,Ahli Dewan baca dalam suratkhabar jadi sekarang ini musim untuk menuai
padi di Sungai Manik tapi sebahagian petani di Sungai Manik hari ini menghadapi
masalah kerana sebahagian pesawah mereka dilanda bencana rebut dan padi-padi itu
tumbang dan apabila tumbang mesin tuai dah tak boleh masuk dah pasal airnya dalam.
Jadi inilah masalahnya dan saya berharap agar pihak Kerajaan dapat membantu
menyalurkan sedikit bantuan daripada tabung bencana alam membantu lebih kurang
100 petani yang dikenalpasti tapi belum diperincikan lagi dan begitu juga sebahagian
pesawah di kawasan Sungai Tunku yang mana sebahagian bendang mereka banjir
kerana air daripada sungai-sungai Tunku mengalir keluar tidak dapat dikeluarkan jadi air
melimpah dan akhirnya padi-padi itu tenggelam. Nampak pucuk aja dan buahnya pun
dah tenggelam dah.        Jadi diharapkan pihak Jabatan Saliran dapat membantu
mempercepatkan air nya keluar daripada bendang. Jadi itu dua perkara.

Saya tak hendak sebut masalah lain yang turut melingkari kehidupan pesawah-pesawah
ini. Soal bam pecah, bekalan air tak cukup kemudahan jalan-jalan ladang penyakit,
serangan penyakit, baja, racun dan sebagainya, pihak Jabatan Pertanian dan juga
Jabatan Saliran Pengaliran tentunya lebih maklum macam di Sungai Manik hari ini
bukan sahaja pesawah mengeloh kerana pendapatan yang tak seberapa tapi Penyelia
Kemas pun turut merintih tentang soal gaji yang tak seberapa walaupun kerja kena
kerja lebih. Saya difaham gaji setengah Pemaju Masyarakat lebih besar dari Penyelia
Kemas. Walaupun dari segi rangking Pemaju Masyarakat duduk di bawah Penyelia
Kemas. Jadi bila ada tawaran kenaikan pangkat, Pemaju Masyarakat ini pakat-pakat




                                          40
tak nak naik pangkat sebab kalau naik pangkat kena buat kerja lebih tapi gaji pula
kurang kerana statusnya berbeza sikit daripada kakitangan lain. Kalau kita naik pangkat
ini , bukan aja pangkat naik, gaji pun naik. Jadi macam guru besar, guru menjadi guru
besar ada setengah itu, setengah guru dia tak hendak jadi guru besar pasal gaji dah
habis dah. Kata orang dah sampai ke dinding gaji dia, jadi itulah masalah dia jadi
diharapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat bawa lah perkara ini ke atas supaya dapat
bantu pemaju-pemaju masyarakat ini mendapat imbuhan yang lebih.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai
Jawatankuasa Pemantuan RMK 9.            Kalau diperingkat Negeri dan Daerah ada
Jawatankuasa Pemantauan, kalau boleh dipanjangkanlah sedikit di peringkat mukim,
maka bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat, Tok-tok Penghulu, Ketua-ketua Kampung dan
juga Jabatan-jabatan yang terlibat di mukim itu duduk dalam satu Jawatankuasa
Pemantauan, Jawatankuasa Pembangunan diperingkat Mukim. Saya masih teringat
Yang Amat Berhormat Menteri Besar bercakap dalam satu progam bersama rakyat di
Daerah Batang Padang, kata Yang Amat Berhormat Dato Seri, kita perlukan maklumat
dari bawah dalam apa juga perancangan pembangunan yang hendak kita laksana,
laksanakan. Kalau tak salah sistem pyramid terbalik, terbalik, di terbaliknya pyramid,
jadi daripada bawah ke atas. Disebabkan RMK 9 ini agenda penting maka apa
salahnya kalau semua peringkat dilibatkan dalam soal perancangan dan juga
pemantauannya. Sedikit tentang Wilayah Ekonomi Koridor Utama seperti yang telah
dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan lain, walaupun Sungai Manik tidak termasuk
dalam lingkaran projek mega itu, namun saya turut berasa bimbang. Saya bimbang
takut nanti Perak tak dapat apa-apa dari projek yang besar ini. Saya berharaplah agar
Kerajaan Negeri dapat mengutarakan pelan-pelan pembangunan, hal tuju perancangan
yang lebih komprehensif, projek-projek strategik yang berdaya maju, projek-projek yang
boleh memberi kesan pembangunan yang tinggi atau dengan izin, high impact yang
boleh menggerakkan sosial ekonomi setempat sebelum pelan induk Wilayah Ekonomi
Koridor Utara dibentangkan dan juga dihasilkan. Jadi diharapkan semua Jabatan-
jabatan yang terlibat dapat duduk semeja supaya kita dapat merangka hala tuju hasrat
dan juga keperluan Negeri Perak di dalam pelan Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Kita
juga mahukan agar agensi-agensi pelaksana diperingkat perancangan menjadikan
kewujudan Wilayah Ekonomi Koridor Utara ini satu kesempatan yang terbaik untuk
mewujudkan wilayah permohonan yang baru yang hari ini kita lihat lebih tertumpu di
Lembah Kinta. Di samping itu saya disini juga ingin mengucapkan terima kasih pada
Yayasan Perak yang sanggup mengeluarkan sedikit peruntukan untuk menyediakan
program-program tuisyen untuk anak-anak kita di kawasan masing-masing. Kalau di
Daerah Hilir Perak saja 450 pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR terlibat dalam
program tuisyen yang dianjurkan oleh Yayasan Perak dan hasilnya 344 pelajar
mendapat 5A daripada 450. Tapi apa yang saya harapkan di dalam Dewan yang mulia
ini supaya Yayasan Perak dapat menumpukan kepada pelajar-pelajar di luar bandar.
Kerana pelajar-pelajar dalam bandar ini dia banyak kemudahan jadi yang diluar bandar
ini dia memerlukan sokongan yang bantuan terutama dari segi tenaga dan juga wang
dan begitu juga dengan keperluan di Sungai Manik kerana saya bukannya hendak
memohon projek baru tapi nak minta pulangkan balik projek yang ditarik balik daripada
Perpustakaan yang sepatutnya dibina di Langkap tetapi malangnya pihak Perpustakaan
dia tarik balik untuk guna kan wang tersebut untuk kegunaan membeli perolehan bagi
Perpustakaan Negeri jadi dengan sendirinya projek itu tak dapat dijalankan pada tahun
2006 ini. Jadi saya berharapkan pada tahun 2007 itu pulangkan balik peruntukan yang
telah diluluskan untuk dapat membina semula Perpustakaan di Langkap. Begitu juga




                                          41
dengan keperluan membina Mini Komplek Sukan di Langkap di harapkan kerajaan
negeri dan Majlis Perbandaran Teluk Intan dapat menyediakan peruntukan, sedikit
peruntukan dalam 2007 ini untuk membina kompleks sukan ini kerana pada hari ini apa
yang ada di Langkap hanyalah padang sekolah yang digunakan oleh penduduk dan juga
dewan sekolah yang digunakan oleh penduduk. Jadi sebagai sebuah pekan kecil yang
mempunyai penduduk seramai 10 ribu orang kita tidak ada Dewan Awam dan juga
Dewan Besar dan juga Padang Awam untuk digunakan.

Jadi Dato’ Timbalan Yang Dipertua, akhirnya marilah kita sama-sama membulatkan
tekad untuk bergerak dengan lebih pantas melangkah ke depan dengan penuh
keyakinan, melangkah seiringan, berkerja secara berpasukan dalam melaksanakan
agenda yang kita rancang.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya Sungai Manik menyokong.

Y.B. DATO’ TIMBALAN YANG DIPERTUA:                 Dijemput Ahli Yang Berhormat Kuala
Sepetang.

Y.B. ENCIK SEE TEAN SING: Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua kerana
memberi peluang kepada Kuala Sepetang membahaskan Enakmen Perbekalan 2007
dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2007. Syabas saya ucapkan kepada Yang
Amat Berhormat Menteri Besar kerana menyediakan sebuah budget yang kemas dan
mampu merangsang pertumbuhan ekonomi. Walaupun budget 2007 merupakan
sebuah budget deposit, tiadalah perlu kerana Kerajaan Negeri ingin merangsang
ekonomi negara kita yang lemah. Dengan izin, to spear the economy, serta mencapai
kadar pertumbuhan ekonomi yang diingini seperti kata-kata Alan Green Spain, Defisit
adalah wajar apabila keadaan ekonomi tidak menentu malah tanda-tanda ekonomi yang
tidak begitu merangsangkan telah ada seperti jualan di Change Store dan kenderaan
bermotor yang sederhana. Malah laporan professor Direct Cheng daripada Department
Public Economic University of California Davis, pada tahun 2000 menyatakan bahawa
pertambahan dalam kadar pertumbuhan ekonomi yang dijangkakan dan juga jangka
hayat yang warga tua ataupun genie confusion yang semakin meningkat, mendesak
budget deposit. Namun Dato’ Timbalan Yang Dipertua, semalam Dewan yang mulia ini
telah disalah maklum oleh wakil pembangkang dari Pantai Remis bahawa budget defisit
akan membebankan Kerajaan Negeri. Penerangan itu ternyata ketinggalan masa dan
secucuk dengan pandangan Temping, see spared bird stain yang masih cuba
menghidupkan semula teori usangnya pada tahun 80 an. Bahawa semakin besar nilai
budget defisit semakin besarlah nilai defisit perdagangan. Pakar Ekonomi Alan
Renours pada tahun 2004, dalam tulisanya, budget deficit old theory versus new facts
dengan izin, telah menunjukkan bahawa statistik dalam The Economist mendedahkan
bahawa Negara Perancis, Jerman dan Jepun rata-rata mengamalkan budget defisit
tetapi mempunyai current account young sapless sebaliknya Australia yang
mengekalkan budget sapless nya semenjak tahun 1998 current accountnya defisit,
malah lebih besar defisitnya dari nilai Amerika Syarikat. Jadi disini kita ada pilihan. Kita
hendak account yang balance ke atau kita hendak defisit supaya ekonomi kita
meningkat dengan baik.

Y.B. ENCIK NGA KOR MING:      Tuan Yang Dipertua, saya meminta laluan. Kuala
Sepetang itu membuat dakwaan yang bukan-bukan, bagaimana dengan Wawasan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ingin mengurangkan budget defisit tidak




                                            42
melebihi 3% setahun supaya kita mencapai imbangan pada 2010. Ini bermaksud Kuala
Sepetang tidak selari, selaras dengan Yang Amat Berhormat. Perdana Menteri. Telah
pun tidak mengikut arahan Boss, tetapi telah mewar warkan defisit budget, bagaimana
dengan standard European union yang menetapkan sustainable development tidak
melebihi 3.3% sebab itu Kuala Sepetang pandai pakai teori orang lain tapi tak nampak
fakta sebenar, sebab ini

Y.B. ENCIK SEE TEAN SING: Saya bercakap berdasarkan fakta sebab ini adalah
kajian yang terkini, direct chair ini , dia kajiannya mula daripada tahun 1962 sampai
tahun 2000. Is a long term study. Ini bukan saya cakap, ini dari the economist, dari
Universiti yang terkenal, University California Devis. Jadi yang keduanya mereka
sedang

Y.B. ENCIK NGA KOR MING: Tuan Yang Dipertua, boleh minta laluan.

Y.B. DATO’ TIMBALAN YANG DIPERTUA: Pantai Remis izin beliau jawab dulu.

Y.B. ENCIK SEE TEAN SING:              Selain daripada itu di Amerika mereka sedang
mengadakan budget defisit juga dan ini perlu mendapat kelulusan daripada congress
dan mereka sedang berbahas juga di atas isu ini. Kebanyakan orang membangkang
sebab dia nampak defisit dia takut tapi pada hal kita dapati bahawa defisit ini bukan
untuk jangka masa panjang, that is right, yang keduanya mungkin kita kena, kena
dengan ada sesuatu lagi, tadi saya tak cakap mengikut Prof. David Cheng “we must has
also text move thing a mature” ertinya kita punya tacs kita tidak naik tapi kita kurangkan.
Ini dapat dilihat dalam komponi tacs tahun ini yang merupakan 27% is what do you
thing.

Y.B. EN. NGA KOR MING: Tuan Yang DiPertua, boleh minta laluan.

Y.B. EN. SEE TEAN SENG: walaupun saya bukan pelajaran tinggi, tapi ada baca sikit.
(GANGGUAN)

Y.B. EN. NGA KOR MING: sekiranya berani bahas, kita bahas tak apa kita bahas.
Kuala Sepetang tadi kata defisit jangka pendek o.k. melalui system expanses.
Bagaimana dengan defisit berturut-turut 10 tahun diperingkat kebangsaan sekarang.
Amerika kerana defisit …gangguan

Y.B. ENCIK SEE TEAN SENG: We are debating a state budget dengan izin, Kita
sedang berbincang mengenai ‘state’ sahaja bukan. (GANGGUAN) Kita jangan jaga..

Y.B. DATO’ TIMBALAN YANG DIPERTUA: Ya Yang Amat Berhormat

Y.B. ENCIK NGA KOR MING: Negeri Perak pada mulanya semua ada involve
gangguan….. kita memberikan pandangan

Y.B. DATUK AHAMAD BIN PAKEH ADAM: Mintak lalu, jangan kacau orang lain nak
cakap banyak lagi..(GANGGUAN)

Y.B. DATO’ TIMBALAN YANG DIPERTUA: Yang Amat Berhormat




                                            43
Y.A.B. MENTERI BESAR: Dato’ Yang Dipertua, Saya ingin bertanya kepada Kuala
Sepetang samada Presiden Bush kalah kerana bajet defisit yang bertrillion-trillion ringgit
dollar ataupun kerana dasarnya di Iraq.

Y.B. ENCIK SEE TEAN SENG: Dasar di Iraq bukan kerana bajetnya. …

Y.B. ENCIK NGA KOR MING: Ini memanglah ini sedang sandiwara.             Mana dia berani
nak langgar bos. Ini sandiwara wayang kulit Kuala Sepetang.

Y.B. ENCIK SEE TEAN SENG: Tadi dia kata nak fakta, kita bagi fakta lepas bagi fakta
dia tak boleh argue dia kata sandiwara, sedikit pun Menteri Besar tidak bercakap
dengan saya mengenai isu ini dia tak suruh saya depend tapi saya balik sebab semalam
saya tidur selepas dengar cerita daripada Pantai Remis dia kata kita akan ada
menghadapi masa depan susah dan sebagainya. Anak saya semua tinggal di Perak
saya juga risau dengan masa depan mereka. Kalau kaji dalam internet saya kaji dalam
buku semua itu dia dapat jawapan macam ini.

Y.B. ENCIK ABD. MUHAIMIN BIN ABD. RAHMAN NAZRI: Dato’ Yang Dipertua, Saya
mohon laluan, saya juga ingin bertanya Kuala Sepetang, Kuala Sepetang ini setuju tak
dengan proved English dengan izin “a lawyer never ghost to law inside” setuju tak.

Y.B. ENCIK SEE TEAN SENG: Setuju, seterusnya.. (GANGGUAN)

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Ok meneruskan.

Y.B. ENCIK SEE TEAN SENG: Dato’ Seri Menteri Besar akan terus maju,jadi dengan
adanya perancangan yang rapi kadar pembangunan akan lebih pesat lagi. Tahun 2000
kita mencapai 5.1, 2006, 5.7 saya berharap tahun 2007 kita akan mencapai 6% ataupun
lebih tinggi lagi dan masih lagi banyak ruang untuk kemajuan,jadi lebih banyak lagi
kerja kita kena selesaikan. Bagaimanapun saya berharap bajet yang besar itu lebih
diberikan dalam pembangunan moden dan bukan pembangunan dan bukan
perbelanjaan pengguna. Saya yakin Dato’ Timbalan Yang Dipertua, bagi mereka yang
posimis mereka akan mengadu setiap kali angin bertiup dia kata angin itu tak tiup
mengikut arah mereka. Bagi mereka yang optimis mereka akan pandai mengikut tiupan
angin tapi bagi mereka yang lebih cerdik lagi apa jua tiupan angin mereka dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan. Jadi kita jangan harapkan dunia menyesuaikan diri
dengan kita tapi kita menyesuaikan diri dengan perubahan di dunia. “So not every time
we can do what we like.”

Y.B. ENCIK NGA KOR MING: Boleh minta pandangan. Boleh minta pandangan. Tadi
Kuala Sepetang menyanjung tinggi dengan belanjawan defisit saya amat berminat sekali
memandangkan beliau merupakan perjuang diri defisit bajet, boleh beritahu rancangan
Kuala Sepetang bagaimana nak langsaikan hutang Negara sekarang 238.4 billion
macamana bayar sila beritahu dewan ini.

Y.B. ENCIK SEE TEAN SENG: Yang pertama saya tidak memperjuangkan defisit bajet
tapi saya rasa ini adalah perlu kerana keadaan kita sekarang ini. Jadi kita kena buat
perancangan mengikut keadaan Negara dan juga negeri jadi saya dah kata tadi bukan
untuk jangka masa yang panjang. Kalau saudara dari Pantai Remis ingin tahu secara
lebih mendalam mungkin saya boleh, boleh cetakan kajian, laporan kajian, pada




                                           44
profesor-profesor tadi dan saudara sendiri boleh, boleh kajinya. Apa lagi ini satu salah
satu daripada kenyataan Gris Pend, kalau Gris Pend cakap tak laku lagi siapa lagi, dia
tak laku, jadi Pantai Remis kalau Gris Pend archieve pasaran saham boleh jatuh tapi
kalau Pantai Remis jerit-jerit pun pasaran saham itu boleh jatuh tak. Seterusnya saya
mengalu-alukan hasrat kerajaan memberi tumpuan terhadap pembangunan ICT. Jadi
seperti kata-kata “from tine mines to mines industries” ini satu caps yen yang cukup
merangsangkan. Ini elemen menentukan halatuju yang jelas dan menjanjikan pulangan
yang lumayan. Tapi seperti kata-kata orang kalau nak merancang untuk setahun kita
tanamlah jagung,kalau nak merancang untuk satu dekad kita tanamlah koko. Tapi kalau
nak merancang untuk sepanjang hayat kita kena mendidik manusia. Oleh itu
pembangunan ICT tidak dapat tidaklah dapat membangun tanpa pembangunan modal
insan dalam bidang ICT dan juga teknologi cyber. Oleh itu saya cukup berharap,
berharap institusi pengajian tinggi termasuk juga dari swasta memberi pertolongan dari
segi memerhati pakar-pakar IT begitu juga ICT seperti UiTM, UNITAR, UTP dan
sebagainya. Dan saya juga bercadang supaya, supaya kita manfaatkan Pusat Latihan
Telekom di Taiping seperti mereka berkerjasama dengan MMU dalam bidang ICT. Jadi
saya cukup berharap kalau sekiranya ini berlaku jadi MMC at Meru bukan sahaja
menjadi MMC at Meru tetapi juga MMC at Taiping. Jadi haraplah sedikit sebanyak kita
dapat manfaat daripada ICT ini dan Taiping juga tidak ketinggalan. Saya kata Taiping
kerana kawasan saya terletak berhampiran Taiping. Selain dari itu anak-anak muda kita
cukup berbakat terutamanya dalam bidang, bidang lukisan dan juga lukisan kreatif
dengan itu saya mencadangkan kita memberikan sedikit tumpuan dalam bidang “virtual
art”. Jadi bidang ICT ini banyak bidang, jadi salah satunya kita manfaatkanlah bidang
ini “virtual art.”    Kerana anak-anak muda kita memang ada banyak bakat. Dan
permainan game dalam komputer dan sebagainya itu boleh mendatangkan pulangan
yang lumayan, malah saya ada bekas pelajar yang menjadi penulis program tapi
masalahnya orang Malaysia kalau dia nak pasar kepada Malaysia dia tak jadi, dia kena
pergi ke Amerika, Amerika punya cop baru dia laku. Itu menjadi masalah ye. Pada hal
mungkin penulisnya orang Malaysia. Jadi Perak High Tech Park di Meru, Chemor, saya
mengucapkan syabas kerana ini merupakan satu lonjatan jadi kita dah ada kemudahan
di sana jadi kita berharaplah segala kemudahan yang lain seperti “broadband” dan
sebagainya dilengkapkan. Cuma saya rasa saya bersetuju dengan wakil dari Manjoi
bahawa, bahawa kita juga berhati-hati dengan pemindahan petani sayur-sayuran, kalau
boleh kita ambil mereka juga dalam bidang ICT ini ataupun mereka akan menjadi,
menjadi petani “biotech” supaya tanaman mereka akan menjadi keluaran lebih baik lebih
berhasil malah saya baca dari akhbar bahawa penanaman strawberi di Cameron
Highland semakin berjaya tetapi pengeluaran itu masih tidak cukup lagi. Setiap minggu
kita import satu tan dari luar negeri untuk strawberi, jadi nampaknya Negara kita masih
ada pasaran untuk segala tanaman yang ‘hightec’ ini. Selain daripada itu, tahun 2007
akan menjadi tahun melawat Malaysia. Jadi saya berharap Negeri Perak turut mendapat
manfaat daripada ini. Kita menjangkakan bahawa tahun melawat Malaysia akan
membawa masuk RM 71.2 juta ke negeri Perak. Bagi saya akan ini terlalu sedikit
berbanding dengan bidang-bidang yang lain.         Misalnya, Industri Ikan Hiasan sendiri
mendatangkan RM 48.24 juta, jadi kalau kita kuat sikit lagi ikan hiasan boleh mengatasi
industri pelancongan. Jadi di Malaysia ini saya rasa kita tak kurang, tak kurang daya
tarikan pelancong, Cuma kita mesti ada sedikit sebanyak cara untuk menarik pelancong.
Salah satunya kita kekurangan “key signature” ataupun sesuatu acara yang boleh
menarik pelancong, jadi saya mengucapkan syabas kepada wakil, dia tak ada di sini
Changkat Jering kerana mengadakan pesta Jom Makan Durian di Bukit Gantang.
Cuma pesta sedemikian janganlah dilakukan dalam sehari mungkin seminggu, dua




                                           45
minggu supaya menjadi suatu pesta yang boleh menarik pelancong. Tapi pesta durian
bukan semua orang suka, jadi kita gunakan nama sahaja, nama pesta jom makan
durian, di sana kita mungkin menyajikan, menyajikan makanan tempatan, kita adakan
acara kebudayaan, jadi Selendang Perak ini tak kurang daya tarikannya. Kita adakan
bermacam-macam lagi kegiatan yang lain kalau boleh kita melibatkan penyertaan
rakyat, jangan setiap kali penganjurnya mesti kerajaan dan kerajaan banyak
menghabiskan wang untuk menjayakan acara yang demikian. Misalnya kita boleh
menjemput persatuan-persatuan, rakyat untuk pementasan tarian, untuk silat, untuk seni
mempertahankan diri, muzik, nyanyian dan sebagainya. Jadi bermacam-macam acara
ini akan menjadikan Perak menjadi terkenal. Perak juga kekurangan landmark misalnya
di Kuala Sepetang kita ada hutan bakau yang paling baik pengurusannya di dunia.
Akan tetapi selain daripada dua baris pokok bakau itu kita tak ada sesuatu landmark
yang menonjol. Saya mencadangkan supaya kita letakkan, letakkan kepala keretapi
yang pertama,kalau tak ada pun mungkin replikanya di luar hutan bakau itu supaya
menjadi satu landmark dan sebenarnya keretapi itu ada hubungan yang rapat dengan
hutan bakau dengan pengurusan hutan bakau. Jadi ini akan menjadi satu daya tarikan,
satu landmark untuk Kuala Sepetang. Jadi sebenarnya ada banyak lagi, banyak lagi kita
boleh, boleh lakukan misalnya Muzium Matang semakin dimajukan, semakin kemas tapi
tak cukup publisiti. Sebenarnya di luar sana ada seekor gajah, patung gajah dan ada
beberapa orang di sana dan ramai yang tak tahu apa simboliknya gajah itu.
Sebenarnya, perjumpaan, perjumpaan timah kerana kaki gajah itu ada timah.          Jadi
perjumpaan itu berasal di sana. Ini merupakan sesuatu yang cukup menarik sebenarnya
cukup baik untuk didikan anak-anak muda kita. Cuma kita kena ada lebih banyak
publisiti terutamanya kita bagi publisiti itu ke sekolah, menjemput mereka datang
melawat. Dan saya juga mencadangkan sekarang kita nampak ada gerai makanan ada
di sana ada tempat jualan apa dia cenderahati di sana mungkin kita kena ada kan ini
kita boleh letakkan pejabat Pelancongan di sana supaya kita juga hendaklah
memberitahu kepada pelancong di dalam internet dan sebagainya bilakah masa yang
sesuai datang ke Perak terutamanya untuk mengelakkan musim hujan.            Mengenai
musim hujan ini saya cukup risau setiap kali hujan lebat mesti ada panggilan kerana
kawasan saya rendah dan sentiasa banjir. Namun demikian saya ingin berkata bahawa
kalau kita berikhtiar kita melakukan sesuatu, kita mungkin “complain” sungutan dari
rakyat berkurang. Misalnya di kawasan Air Putih berterima kasih kepada JKR kerana
telah membina parit monsun di sana. Jadi walaupun tetap banjir tapi ia kurang daripada
dahulu dan rakyat pun dah sedikit lega dan berpuashati terutamanya kalau wakil rakyat
ada turun ke padang. Begitu juga di kawasan Jebong, sungai dikorek, tapi saya rasa di
sana dia tak cukup kerana, punca asalnya ialah Sungai Larut belum cukup dalam lagi.
Jadi saya cukup berharap bahawa tahun hadapan ini Sungai Larut ini boleh didalamkan
lagi. Akan tetapi, dalam usaha kita membangunkan industri terutamanya kawasan
industri di kawasan saya yang sering berlaku banjir, masalahnya ialah kerana paritnya
terlalu sempit, parit yang berukuran 1 kaki mana cukup untuk sekarang. Jadi ini akan air
banjir itu akan merosakkan mesin pengusaha. Saya cukup berharap kalau kita dah
salurkan ini gas asli ke kawasan Kamunting, mungkin kita kena tingkat kemudahan
asasnya, infrastrukturnya.

Saya difahamkan bahawa tahun hadapan kita diperuntukkan 4 juta untuk menaiktaraf
sistem saliran , peparitan di kawasan perindustrian di Kamunting. Saya harap ini akan
menjadi kenyataan, dilakukan segera, kalau tidak ia menakutkan pelabur-pelabur
tempatan mahupun luar negeri. Selain dari itu saya juga bersetuju bahawa negara kita
masih menghadapi banyak masalah sosial. Mengikut teori lebihan tenaga, belia kita,




                                          46
anak remaja kita banyak tenaga, tapi mereka tak tahu macam mana menyalurkan
tenaga lebihan mereka. Terutamanya mereka yang lepas mengambil peperiksaan.
Lebih-lebih lagi tidak mempunyai prestasi terbaik dalam peperiksaan. Mereka frust,
mereka nak lepaskan kekecewaan itu, jadi mereka terlibat dalam perlumbaan haram.
Negara kita kita jaga budak dengan cukup baik, kita ada taman kanak-kanak, tapi kita
tak ada taman belia, yang ada satu sahaja di Penang. Saya berharaplah bahawa
Taman DR mungkin ditukar temanya kepada Taman Belia DR. Sebenarnya Taman DR
sekarang sudah banyak digunakan untuk lawan bola dan sebagainya kegiatan belia,
mungkin dengan adanya tema Taman Belia DR kegiatan itu boleh dilipat gandakan.
Dan mungkin ada Pegawai-pegawai Masyarakat, Kebajikan Masyarakat ataupun sukan
mengendalikan program-program tertentu terutamanya pada musim-musim cuti. Jadi
jangan biarkan mereka melepak disana, sebenarnya mereka melepak di sana bukan
salah mereka semata-mata, jadi saya juga berharap bahawa mereka yang tidak begitu
berminat dalam pengajian ini , akademik diberikan latihan kemahiran , kalau dahulunya
kita ada sekolah vokasional, kenapa kini mesti dijadikan sekolah teknik. Mungkin kita
kalau nak nama itu hebat kita jadikan institusi, institut vokasional untuk latihan
kemahiran. Tetapi kerajaan telah membuat sesuatu misalnya Pusat Giat Mara dan
sebagainya, saya rasa itu adalah usaha yang patut dipuji dan patut diteruskan dan patut
diperbanyakkan lagi. Selain daripada itu, di kawasan saya kalau kita nak mengatasi
setinggan sifar dan kita nak mencapai setinggan sifar itu bukan senang, kerana di sana
terdapat banyak rumah dibina atas kawasan tanah KTM. Jadi ini, masalah ini bukan
senang diselesaikan. Jadi kawasan Kuala Sepetang sangat berkurangan tanah untuk
perumahan. Mungkin kita kenalah bersifat lebih “flexibal” supaya sedikit daripada
kawasan hutan yang telah rosak dibuka untuk kediaman. Saya cukuplah berharap
Jabatan Hutan untuk mungkin boleh memberikan sedikit kelonggaran dari segi ini.
Selain dari itu saya perhatikan bahawa penangkapan laut dalam di negara kita masih
kurang terutamanya di Negeri Perak. Jadi, ramai daripada nelayan ini tidak bersedia
untuk menangkap di laut yang dalam kerana risikonya yang terlalu tinggi. Satunya
kekurangan teknologi, kekurangan bot yang besar tetapi apa yang lebih
membimbangkan mereka ialah marin asing sering mencerobohi air kita dan mendakwa
bahawa nelayan kita mencerobohi kawasan mereka. Saya rasa itu tuduhan yang tidak
benar kerana nelayan kita telah dilengkapi dengan GPS. Jadi mereka tahu sempadan
tapi sentiasa, jadi mereka ditankap oleh tuduhan yang bukan-bukan, jadi saya
berharaplah ya, pasukan marin kita dan juga tentera laut kita dapat menjaga perairan
kita dengan baik supaya tentera asing tidak masuk ke kawasan kita dan menangkap
nelayan kita dan lepas itu macam-macam jadi. Dan masalah ePendaratan, eLanding
itu, telah dibincang dan saya cukup berharap bahawa bayaran itu dapat diketepikan.
Kerana nelayan sudah terpaksa membayar untuk caj untuk pengangkutan. Laporan
untuk pengangkutan, jadi sekarang pendaratan pun kena caj, satu hasil kena 2 kali caj.

Y.B. DATO’ TIMBALAN YANG DIPERTUA: Yang Berhormat sudah bercakap ½ jam.

Y.B. ENCIK SEE TEAN SENG: “Last” sekali, saya rasa itulah akhir kata seperti dalam
permainan bowling, “a good follow through”, adalah sama penting dalam pentabdiran
negeri. Tegasnya “follow through” ini merupakan jambatan diantara perancangan yang
baik dan hasil yang baik. Saya cukup berharap kita, baik anggota-anggota kerajaan,
mahupun yang lain, mahupun wakil rakyat yang lain-lain lagi akan bekerja keras, bekerja
bertungkus lumus untuk menjayakan segala rancangan kita dan kita semua kena “follow
through”. Dengan ini Kuala Sepetang memohon menyokong.




                                          47
Y.B. DATO’ TIMBALAN YANG DIPERTUA: Yang Berhormat Selama.

Y.B. DATO’ HAJI MOHAMAD DAUD BIN HAJI MOHD. YUSOFF: Terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk
membahaskan bajet Kerajaan Negeri Perak 2007. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar yang telah membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2007 dan usul
Wang Kumpulan Wang Simpanan 2007 di dewan yang mulia ini pada hari Isnin yang
lepas. Pada dasarnya bajet 2007 yang dibentangkan adalah mencerminkan dasar serta
halatuju sebenar visi Kerajaan Negeri dalam mengurusskan agenda pembangunan
dengan mengambil kira terutamanya dalam melibatkan kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negeri ini secara total. Meskipun iklim dunia berada dalam iklim tidak
menentu akibat pelbagai faktor semasa dan perkembangan ini sedikit sebanyak turut
menjejaskan kadar pertumbuhan pembangunan, namun kejayaan menyediakan satu
asas peruntukan pembangunan yang mantap sudah tentu boleh dianggap satu kejayaan
yang amat membanggakan. Dalam uacapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar
dalam membentangkan bajet 2006 kadar sasaran KDNK bagi negeri perak tahun 2006
adalah pada 5.5%. Dengan pengurusan yang mantap Yang Amat Berhormat Menteri
Besar barisan exco dan kakitangan kerajaan pertumbuhan yang dicapai adalah 5.7%.
Saya percaya dengan pengurusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan
pasukannya pada kadar yang dijangka pada paras 5.9% pasti dapat dicapai, insyaAllah.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kita mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mempunyai kekuatandan
keberanian dalam menggariskan 4 cabaran di mana perak mencapai sasaran Negeri
Maju 5 tahun lebih awal daripada sasaran negara maju nasional. Empat cabaran
tersebut ialah yang pertama, setinggan sifar 2010. Yang kedua, kemiskinan sifar 2010,
yang ketiga, kState 2010 yang keempat Perak Maju 2015. Saya percaya dengan
semangat serta kesungguhan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bekerja keras
dan kita semua insyaAllah kita akan mencapainya. Didalam konteks stinggan sifar
dalam menempatkan, menyelesaikan 14,282 keluarga setinggan satu crash program
yang terperinci harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini 4 tahun dari sekarang.
Perancangan menempatkan mereka di perkampungan tersusun, rumah kos rendah
penempatan PPRT atau secara pinjaman, rumah mesra rakyat oleh SPN adalah antara
langkah penyelesaian. Langkah penyelesaian. Satu perkara yang harus diingat
mengenai masalah setinggan berulang harus ditangani dengan penguatkuasaan
undang-undang yang tegas. Didalam kontek pembasmian kemiskinan sifar 2010
walaupun kini terdapat 5639 ketua isi rumah termasuk orang asli yang berada dalam
kategori miskin tegar. Saya percaya dengan berusaha bersunggugh-sungguh seperti
yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar program pembasmian
kemiskinan tegar dan kelompok kecil miskin dapat dikurangkan secara “substanceal”,
dengan izin, masalahnya pengawalan kepada mereka yang sengaja menempa menjadi
miskin harus ditangani secara berhikmah. Bagi mereka yang miskin tapi produktif,
kalau dulu kita bercakap mengenai memberi ikan dan dalam paradigma baru kita
bercakap memberi pancing, saya merasakan kini miskin yang produktif ini harus diberi
kolam. Di mana mereka boleh menternak ikan, boleh memancing ikan, memakan ikan
dan mengusahakan hiliran ikan. Ini akan menyelesaikan masalah kemiskinan ini secara
jangka panjang dan sudah pasti jika mereka berjaya mereka akan keluar daripada
kategori miskin. Bagi mereka yang miskin tidak produktif apabila melihat rakan mereka
yang miskin produktif ini berjaya maka sudah pasti akan memotivasikan mereka menjadi




                                         48
miskin yang produktif. Satu kelompok lagi masyarakat yang harus diberikan perhatian
yang serius oleh kerajaan ialah ibu tunggal miskin yang dibawah paras kemiskinan.
Seharusnya ada satu usaha dan satu mekanisma pengawasan dan penyelarasan
dengan apa sahaja usaha serta bantuan agar dapat menjadikan mereka ini ibu tunggal
yang produktif yang boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Y.B. ENCIK ABD. MUHAIMIN BIN ABD. RAHMAN NAZRI: Yang Berhormat Dato’
Yang Diertua, mohon saya bagi laluan boleh tak, nak tanya. Daripada apa yang
dibangkitkan oleh wakil Selama tentang ibu tunggalk daripada tak produktif jadi
produktif, apakah maksud daripada tidak produktif kepada produktif, sama ada menjadi
ibu tunggal lagi atau itu tak tunggal lagi.

Y.B. DATO’ HAJI MOHAMAD DAUD BIN HAJI MOHD. YUSOFF: Dia kalau ibu tunggal
yang tua tu saya rasa tak produktif dalam kategori yang Yang Berhormat maksudkan
tulah, tapi kalau segi produktif yang maksud saya ini ialah mereka diberikan kolam
seperti yang saya sebutkan tadi supaya mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Saya sambung Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Pujian harus diberikan
kepada kerajaan di dalam meingkatkan pembangunan ICT bagi menjadi pemangkin
kepada pertumbuhan ekonomi yang menyasarkan Kstate 2010.               Pelan indusk dan
strategi yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah satu
usaha yang bersungguh-sungguh yang dijalankan oleh kerajaan negeri amat
meyakinkan kita di mana sasaran Kstate 2010 akan tercapai. Saya amat tertarik tema
yang dikemukakan “from tin mines to mines industries”, dengan izin, kepentingan
pengetahuan modal insan adalah merupakan sumber asli pertumbuhan ekonomi yang
sering kali diperkatakan dalam Kekonomi. Kemajuan pesat teknologi maklumat dan
komunikasi ICT telah membuka ruang baru bagi ekonomi negara. Ekonomi tidak lagi
didorong oleh sumber asli dari perut bumi sahaja. Ini dibuktikan dengan kemunculan
negara-negara industri baru khususnya di Asia Timur seperti Korea Selatan, Taiwan,
Hongkong dan Singapura yang maju dalam ICT dan teknologi yang membuktikan
bahawa kemajuan ekenomi tidak terhad kepada isi bumi. Sifat lazim ekonomi sumber
asli bumi ialah semakin banyak digunakan semakin berkuranglah jadinya. Bagi
merealisasikan segala-segala yang disebut di atas di mana kita mempunyai 4 tahun lagi
ke aras setinggan sifar dan kstate serta 9 tahun lagi ke arah Perak Maju 2015 kita mesti
mempunyai indikator tahap mana kita berada sekarang. Dan berapa peratus lagikah
harus kita kejar di hadapan. Penilaian kepada indikator ini harus telah dijalankan secara
“periodical”, dengan izin, yang mana darip peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat
yang serendah-rendahnya.        Pengamatan sejarah dan evolusi tamadun ekonomi
mengesahkan bahawa titik permulaan dan pendorong paling utama dalam pembinaan
sebuah tamadun kewujudan modal insan berwibawa. Berkualiti tinggi dan “competative”
menjiwai nilai etika yang murni. Ini adalah pra syarat untuk menjadi sebuah negara
maju. Pelancaran RMK 9 pada tanggal 31 Mac 2006 yang lalu mencatat satu era baru
perancangan pembangunan negara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan
sahaja mengumumkan perincian RMK 9 untuk tempoh 5 tahun akan datang 2006 dan
2010 malah yang lebih khusus beliau telah membina satu landasan yang kukuh dan
mantap bagi Malaysia menempa nama sebagai negara maju menjelang 2020. Lima
teras misi nasional kini menjadi tanda aras utama agenda Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri untuk kita sama-sama menggorak langkah bagi membina tamadun dan
menjulang matlamat negara. Ianya juga menggaris keutamaan dan tindakan yang harus
diambil oleh semua termasuk Kerajaan, swasta, komuniti dan juga seluruh warga




                                           49
Malaysia. Kefahaman dan semangat mendokong misi nasional perlu diterap dalam
setiap sanubari warga Malaysia agar kita sama-sama dapat menyumbang ke arah
pembinaan tamadun ini. Usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi
meningkatkan kapasiti modal insan negara mencerminkan kesungguhan beliau bahawa
kita hanya mampu menafaatkan pembangunan infrastruktur sediada yang sedang dibina
jika kualiti modal insan negara dipertingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang.
Kekuatan sebuah negara maju amat berkait rapat dengan kecemerlangan modal
insannya. Ini terbukti dengan intisiatif lonjakan modal insan oleh Kementerian Pelajaran
dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi yang mana selama tidak terkecuali dengan mendapat satu projek import besar
iaitu Kolej Tinggi Kemahiran Mara di Selama. Penjenamaan semula kolej komoditi dan
peningkatan inrolment UiTM kepada 200,000 pelajar mulai Disember ini seperti yang
diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merupakan langkah
besar Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan seramai mungkin modal insan
digilap. Negeri Perak bertuah kerana di Tapah kita telah mendapat tempiasan daripada
mendapat satu cawangan baru UiTM. Saya percaya dengan peningkatan pelajar
sedemikian satu lagi cawangan UiTM boleh didirikan di Negeri Perak. Selama
menawarkan tanah yang luas bagi tujuan ini. Kolej Komuniti semenjak ia diperkenalkan
pada tahun 2000 di seluruh negara telah melatih seramai lebih 40,000 orang pelajar
berkemahiran yang sebahagian besarnya merupakan lepasan SPM. Dengan konsep
pendidikan bersepadu dwisistem kuliah dan latihan industri yang mengutamakan “hands
on” (dengan izin) prestasi lepasan Kolej Komuniti boleh dibanggakan dengan hampir
60% lepasannya mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian dan 90%
daripadanya bekerja di sektor swasta. Penjenamaan semula Kolej Komuniti bakal
melihat 25 Kolej Komuniti dan 30 buah cawangan baru akan dibina di seluruh negara.
Usaha agresif Kerajaan Negeri menarik sebanyak mungkin projek tersebut ke negeri ini
amat diharapkan seterusnya akan membangunkan kapasiti modal insan pada setiap
tahap di negeri ini. Sudah semestinya peruntukan Kerajaan Pesekutuan sebanyak
RM719.7 juta bagi pembangunan UPSI, Kolej Komuniti UiTM, Politeknik dan RM254.9
juta untuk pelbagai progam latihan dan pendidikan daripada MARA akan menyerlahkan
lagi pembangunan modal insan di Negeri Perak yang dicinta ini. Agenda modal insan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah agenda untuk semua tiada siapa
terkecuali, semua berpotensi bagi menyumbang kepada tamadun negara. Semua
berfungsi menjulang martabat negara. Tamadun yang dibina adalah untuk semua.

Dato’ Timbalan Yang DiPertua, di dalam mencapai sasaran-sasaran yang saya
sebutkan sudah semestinya kakitangan Kerajaan merupakan tunjang kejayaan. Saya
mengucapkan tahniah dan menyokong penuh pelaksanaan kursus dan latihan anggota
awam dapat mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Ini bagi menjamin elemen
dan sistem penyampaian berada di tahap yang cemerlang. Dengan mengikut carta
piagam yang diwujudkan oleh setiap jabatan. Dengan kewujudan petunjuk-petunjuk
prestasi utama atau “keyformance indicator” (KPI) akan menambahbaik serta mutu
perkhidmatan awam. Penyalahgunaan kuasa dan keterlibatan dalam rasuah segelintir
pegawai kerajaan tidak seharusnya mencalar khidmat perkhidmatan awam pada
keseluruhannya. Dan usaha harus dibendung bagi mengatasi permasalahan yang
disebutkan. Apa sahaja untuk menaikkan prestasi, meninggikan mutu perkhidmatan
yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri amat-amat dihargai dan dialu-alukan. Bagi
sebuah negeri Unit Perancang Ekonomi adalah merupakan nadi kepada kemajuan dan
pembangunan keseluruhan negeri. Di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat
Menteri Besar yang agresif dan dengan sasaran Perak Maju 2015 Unit Perancang




                                          50
Ekonomi Negeri mestilah diperkasakan. Dengan meletakkan sejumlah peruntukan yang
sewajarnya dan sekurang-kurangnya menggandakan bilangan pegawai yang sedia ada
sebanyak 8 orang daripada kalangan pelbagai disiplin yang diperlukan dan memberikan
pendedahan kursus dan latihan yang optimum sesuai dengan tugasan yang sesuai bagi
setiap kakitangan di Unit Perancang Negeri.    Saya juga ingin menyarankan supaya
seorang Pengarah sepenuhnya diletakkan di Unit Perancang Negeri bukannya seperti
sekarang yang mana Pengarah sekarang terpaksa menanggung pelbagai kerja selain
UPEN dan berbagai kerja yang lain. Adalah diharapkan Kerajaan Negeri
memperkasakan Unit tersebut dan menambah baik elemen perancangan di dalam unit
tersebut. Perancangan adalah amat penting bagi mana-mana organisasi. Amerika
Syarikat sebagai sebuah negara yang paling majupun meletakkan perancangan sebagai
satu agenda penting di mana bagi baget Amerika bagi 2007 memperuntukkan 137 billion
USD bagi tujuan RMD Persekutuannya. Tambahan pula, kita haruslah meletakkan
elemen dan perancangan yagn sewajarnya bagi membantu kejayaan yang kita
harapkan. Saya juga berharap supaya pihak kerajaan Negeri dapat terus
memperkasakan IDR iaitu supaya ia dapat mengkomplimen dengan Unit Perancang
Ekonomi Negeri. Difahamkan bahawa setakat ini IDR hanya mempunyai 2 kakitangan
sebagai sebuah institusi bagi mengkaji dan menyelidik, merangka dasar dan strategi
selaras dengan pembangunan wawasan negeri dan untuk meng”komplemen” (dengan
izin) dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri adalah satu perkara yang amat
menyedihkan.      Saya menyarankan pengambilan kakitangan yang disiplin dan
professional bersesuaian harus dilakukan oleh IDR dengan segera. Dato’ Timbalan
Yang DiPertua, kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri di dalam pembentangan RMK9. Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri telah memperuntukkan RM8.39 billion peruntukan Pembangunan Persekutuan
kepada Negeri Perak dan RM1.69 billion di bawah inisiatif kewangan swasta ataupun
PFI. Rupa-rupanya selama 3 tahun kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
yang agak perlahan pembangunannya ia dipenuhi dengan perancangan yang teliti dan
sekarang letusan demi letusan pembangunan projek berlaku di seluruh negara tidak dan
semasa berterusan dan dalam rancakkan ekonomi iaitu tidak terkecuali di Negeri Perak
yang mendapat 7 projek besar infrastruktur naik taraf jalan pembinaan jejambat
termasuk landasan berkembar Rawang –Ipoh dan yang terbaru sebuah pembinaan jalan
Banting – Taiping. Ianya sudah tentu mengukuhkan lagi prasaran Negeri Perak dengan
peningkatan dan perkembangan ekonomi serta produktivitinya yang secara automatik
akan merancakkan ekonomi. Dalam strategi pembangunan ekonomi oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri ialah pembangunan wilayah. Negeri Perak tidak terkecuali
mendapat hadiah yang amat berharga ini iaitu kewujudan projek mega Wilayah Ekonomi
Koridor Utara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah
tanah bagi Jambatan kedua Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 3 billion. Ini adalah
sebagai satu penyataan awal bahawa Kerajaan Pusat sudah menghidu potensi
pembangunan yang wujud di wilayah ekonomi koridor utara.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, projek mega ini adalah peluang yang terakhir bagi
wilayah utara Perak terlibat di dalam pembangunan arus perdana. Selama dan Larut
terlibat sepenuhnya di dalam pembangunan ini begitu juga Kerian sebahagian besar,
Larut Matang dan Hulu Perak. Walaupun ianya di peringkat kajian oleh Unit Perancang
Ekonomi satu jawatankuasa khas haruslah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri khusus
untuk mengkaji keperluan di dalam projek ini. Kita mesti bersedia dan mengenalpasti
potensi-potensi dan sumber perekonomian baru bagi memastikan kita antara pemain
utama dan mendapat pulangan yang maksimum. Difahamkan Perlis, Kedah dan Pulau




                                        51
Pinang telah bersiap sedia dan memberi perancangan-perancangan Projek Mega yang
bernilai lebih RM80 billion ini. Saya ingin mencadangkan satu kolej Universiti Pertanian
diwujudkan di kawasan ini kerana ia bersesuaian kerana terletak di Jelapang padi
berdekatan dengan laut, bukit bukau, hutan, sungai dan sebagainya. Sudah pasti kolej
Universiti pertanian ini akan menjadi pusat rujukan yang ulung di negara kita seperti
fakulti Pertanian, Universiti of Lincoln yang terletak di tengah-tengah ‘frairy” telah
menjadi pusat rujukan yang terulung di “Mid West America”. Saya ingin menyarankan
agar Kerajaan Negeri dengan perancangan teliti tidak telepas peluang-peluang dari
projek-projek yang mega berjalan seperti limpahan ekonomi, pembinaan jambatan
kedua Pulau Pinang dan mengagihkan peluang-peluang ekonomi ini kepada usahawan-
usahawan dan kontraktor-kontraktor tempatan khususnya bumiputra dengan adil dan
meliputi semua. Dengan adanya pembangunan koridor utara pembangunan negeri
Perak akan berlaku dengan penuh seimbang bagi setiap zon di negeri ini. Kita
sewajarnya menjadikan projek pembangunan wilayah ekonomi koridor utara ini sebagai
agenda baru di samping menjayakan 2 agenda besar serentak iaitu Perak Maju 2015
dan RMK9. Adalah diharapkan penyertaan wakil-wakil rakyat setempat yang terlibat
mesti dilibatkan secara total dan oleh Kerajaan Negeri dan bersama-sama dilibatkan
dalam setiap aspek perancangan pembangunan koridor wilayah utara ini.
Pembangunan wilayah ini disokong dengan pembentukan agropolitan sebagai strategi
yang berintergrasi bagi pembangunan luarbandar dan usaha ke arah pembasmian
kemiskinan khususnya kemiskinan tegar menjelang tahun 2010.             Pembangunan
Agropolitan yang berteraskan kewujudan kegiatan ekonomi, pembangunan fizikal dan
pembangunan insan secara serentak membolehkan kemajuan luar bandar
dipertingkatkan.

Dato’ Timbalan Yang DiPertua, di dalam 5 strategi baget 2007 Negeri Perak sektor
pertanian adalah di tempat kedua. Yang berbunyi mencergaskan pertumbuhan ekonomi
dengan penekanan kepada sektor pertanian selaras dengan dasar Kerajaan
Persekutuan. Malangnya dalam agihan sektor pertanian, hanya mendapat RM8.9 juta
atau 3.6% ini tidak mencerminkan hasrat hendak mencergaskan sektor pertanian
walaupun Kerajaan Negeri secara aktif mewar-warkan pembangunan pertanian adalah
satu perniagaan program ODOI dan lain-lain lagi. Saya juga mengambil kesempatan
mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri melalui EXCO Pertaniannya yang
mengadakan program “retreat plan” pembangunan strategi di Pangkor baru-baru ini
yang mana ianya telah banyak menghasilkan resolusi yang efektif kepada
pembangunan pertanian negeri ini khususnya di luar bandar tetapi memerlukan
peruntukan yang agak besar. Penekanan yang diberi kepada tanah-tanah terbiar dan
elemen pengkomersialan aktiviti pertanian. Saya mengucapkan terima kasih kepada
Kementerian pertanian yang akhirnya menafaatkan tanah yang diperuntukkan di
kawasan larut iaitu di Pondok Tanjung iaitu lebih kurang 2,700 ekar bagi pembangunan
ternakan kambing bor kebangsaan. Adalah diharapkan penyertaan usahawan tani
tempatan dilibatkan dalam program ini dan mereka tidak hanya jadi penonton program
besar pembangunan pertanian di kawasan setempat.

Dato’ Timbalan Yang DiPertua, baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kenyataan
yang cukup menakutkan iaitu 100,000 orang umat Islam telah murtad dan baru-baru ini
kenyataan yang serupa penyebaran maklumat seperti SMS yang hampir menyebabkan
peristiwa buruk berlaku. Dan alhamdulillah, dengan kecekapan pihak polis malapetaka
ini dapat dielakkan. Isunya apabila ia dibangkitkan oleh Sahibus Samahah Mufti apakah
yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam dalam menangani isu ini? Bagi




                                          52
mengawal gejala ini? Dalam konteks “damage control” (dengan izin) “turning around
and rehebilitation”. Sebagai badan yagn mengawasi agama ianya telah turut mendapat
perhatian ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Pihak JAIP harus
proaktif dan mengambil tindakan sewajarnya jika ianya tidak benar, ianya seharusnya
menjadi iktibar kepada kita agar ianya dijadikan ditangani agar isu yang sedemikian rupa
dibincang atau ditangani secara hikmah dan hasanah di dalam forum yang tertutup. Kita
tidak mahu mana-mana pihak mempergunakan pihak-pihak lain bagi kepentingan mana-
mana kumpulan ataupun sebagai isu-isu politik kepartian. Semua kita sebagai
pemimpin wajib melakukan segala usaha dalam menangani masalah ini kerana isu
agama adalah satu isu yang sensitif bagi semua orang terutamanya orang-orang Islam.
Kerana agama orang Islam sanggup mati kerana disifatkan sebagai mati syahid. Dalam
perkara ini,

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya amat berharap pihak JAIP
mengambil langkah proaktif dalam mengawasi perkara ini jika ianya berlaku, haruslah
diadakan satu program yang komprehensif di dalam menangani masalah ini supaya
ianya tidak menjadi satu perkara yang dihebahkah.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, dalam konteks GLC negeri saya ingin
mengucapkan syabas kepada dua GLC negeri yang cukup terserlah dan yang dilihat
membuat untung iaitu LAP dan SADC. Bagi GLC yang lain seharusnya usaha lebih
gigih dilakukan supaya dapat mengikuti contoh dua GLC yang disebutkan tadi dan amat-
amat saya harapkan mendapat pemerhatian khusus daripada Yang Amat Berhormat
Menteri Besar bagi memantau agar GLC-GLC ini menjadi berdaya saing, viable,
manfaat dan akhirnya membawa keuntungan dan membawa kebaikan kepada seluruh
rakyat Negeri Perak. Bagi PKNP diharapkan ianya agar menjadi satu agensi yang
terkedepan dalam menyediakan ruang pelaburan yang kondusif, kompetetif, kelulusan
yang cepat, proaktif dan tiada elemen birokrasi.       Seharusnya pegawai-pegawai
mempunyai elemen-elemen entrepreneurship dalam menjalankan tugas memasarkan
Negeri Perak di dalam dan di luar negeri. Bagi kawasan Perindustrian Kamunting, saya
amat berharapkan agar pihak SADC ataupun PKNP memberi penekanan kepada
pembangunan infranya di mana ada jalan-jalan yang rosak, ada difahamkan ada
bekalan air yang masih tidak dapat dan masalah saliran yang tersekat, seperti yang
dibangkitkan oleh Kuala Sepetang tadi.         Di dalam sektor pelancongan, saya
mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang aktif dalam mempromosikan
Negeri Perak di bidang pelancongan. Seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar di dalam Belanjawan pada hari Isnin yang sudah. Di Negeri
Perak ini terdapat terlalu banyak tempat yang menarik boleh dipromosi di negeri ini. Di
mana di dalam tahun melawat Malaysia pada tahun 2007 sasaran pelancong untuk
datang ke Malaysia melebihi 24 juta. Saya amat berharap satu strategi dapat dilakukan
agar pelancong-pelancong ini dapat datang ke Perak sekurang-kurangnya bermalam
satu dua hari supaya ia dapat memberi pulangan kepada tukaran matawang di negeri
kita.

Apabila kita bercakap mengenai pelancongan, kita tidak boleh terlepas pandang
daripada perkara mengenai landasan kapal terbang. Saya amat berharapkan Yang
Amat Berhormat Menteri Besar di dalam sewaktu menjawab soalan lisan kelmarin saya
ingat Yang Amat Berhormat Menteri Besar teruskan pembinaan landasan kapal terbang.
Kita sekarang berdepan dengan situasi telur ataupun ayam, kalau kita buat, takut tak
dapat kebenaran mendarat, maka kita takut rugi. Tapi Yang Amat Berhormat perkara ini




                                          53
telah kita bincangkan sewaktu, seawal saya menjadi wakil rakyat pada tahun 2004 dan
saya nampak Yang Amat Berhormat mempunyai minat yang mendalam didalam
mempastikan pembinaan landasan kapal terbang ini, yang penting kalaupun tak dapat
peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, guna peruntukan negeripun Yang Amat
Berhormat buatlah. Tetapi untuk mendapatkan kebenaran mendarat kita serahkan
kepada Yang Berhormat Pokok Assam untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri
Pengangkutan untuk mendapatkan kelulusan. Saya percaya Yang Berhormat Pokok
Asam boleh menyahut cabaran ini. Akhirnya saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa bekerja keras dan
sentiasa memberi keadilan kepada pembangunan semua tanpa meninggalkan Selama.
Selama tidak terkecuali didalam mendapat projek-projek pembangunan di mana dua
fasa iaitu dari fasa 1 Ulu Sepetang, Selama telah disiapkan dan Fasa 3 dan Fasa 4 akan
dilaksanakan tahun depan dan projek jalan Fasa 3, Rantau Panjang ke Ulu Teras juga
akan dilaksanakan pada tahun depan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kita
berikan kepada JKR yang telah menjalankan program pembangunan tersebut.
Walaupun begitu, kita berharapkan agar pihak JKR mengambil inisiatif untuk menangani
masalah yang dikemukakan iaitu jalan daripada Ulu Sepetang ke Selama yang mana
keadaan permukaannya yang agak beralun dan boleh membahayakan kepada
pengguna.

Janji Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi pemasangan paip ke Kampung Bukit
Torak dan Batu Tiga sedang berjalan dan orang-orang kampung mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Walaupun
begitu, saya ingin terus memohon bagi mendapatkan peruntukan bekalan air bersih bagi
kawasan yang belum dibekalkan di Selama. Yang mana sekali lagi saya memohon dan
saya keutarakan lagi di dalam dewan ini iaitu supaya kenaikan taraf jalan daripada Kubu
Gajah ke Selama yang telah disiapkan yang terhenti di Balai Polis Selama dapat terus
disambung lebih kurang 1 km lagi sehingga ke persimpangan Pekan Selama dan juga
Kedah.

Akhirnya, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya mengucapkan terima
kasih kepada semua terutamanya kepada Y.A.B. Menteri Besar, barisan EXCO, Ketua-
ketua Jabatan dan seluruhnya yang telah memberikan khidmat yang terbaik di dalam
pembangunan Kerajaan Negeri dan kita berharapkan semua berganding bahu untuk
mencapai satu hasrat kita iaitu Perak Maju pada 2015. Sehubungan dengan itu, saya
ingin terus merayu agar pertimbangan diberikan bagi pembinaan Jalan Teluk Mas ke
Grik yang telah dua kali saya sebut dalam dewan ini. Akhirnya saya ingin menutup
ucapan saya dengan dua pantun dua kerat iaitu:

Buah durian biji selasih,
Sekian terima kasih.
Sarang tempua dipokok dokong,
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Selama menyokong.

Y.B. DATO’ TIMBALAN YANG DIPERTUA:             Ahli Yang Berhormat Pengkalan Baharu.

Y.B. DATO’ HAJI HAMDI BIN HAJI ABU BAKAR: Yang Berhormat Dato’ Timbalan
Yang Dipertua, terima kasih. Saya perhatikan juga ADUN Pengkalan Hulu, tak bangun
jadi saya bangunlah. Saya bangun untuk menyokong Usul Kumpulan Wang
Pembangunan 2007 yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar




                                          54
Perak. Bajet yang telah dibentangkan mengambarkan dengan jelas bahawa Kerajaan
Negeri Barisan Nasional melaksanakan tanggungjawab untuk kepentingan, kemajuan
dan kemakmuran serta kesejahteraan rakyat. Kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’
Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli yang dipuji oleh ADUN Barisan Nasional dan Barisan
Pembangkan sebagai sabar, berhemah dan toleransi saya yakin telah disampaikan
dengan begitu ikhlas.

Bayu pagi bertiup lembut,
Meniup segar pohon melati,
Kalau manis bibir menyebut,
Biarlah sama di dalam hati.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya simpati dengan ADUN Jelapang,
tapi dia dah keluar. Yang melafazkan rasa takutnya ketika perbahasan hari yang
pertama. Itulah yang saya kata keturunan Dato’ Maharajalela memanglah begitu.

Mari dipetik bunga sekuntum,
Bunga kembang di pagi hari,
Ribut kencang, petir berdentum,
Kadang-kadang hujan tak jadi.

Peribahasa ada menyebut, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
Dalam membahaskan banyak perkara Allah berikan kita satu mulut, dua telinga mungkin
sebagai iktibar untuk kita sedikit bercakap, banyak mendengar. Dan bila kita bercakap,
lidah kita kena pelihara, supaya apa yang kita bicarakan itu tidak menyentuh atau
menyinggung mana-mana pihak yang boleh menyebabkan apabila tersinggungnya
perasaan dan sensitiviti seseorang, reaksi kita tak dapat duga bagaimana yang akan
berlaku. Dalam kehidupan kita, tanah, air, api, angin adalah merupakan perkara-
perkara yang selalunya dirujuk untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan. Soal
tanah, adalah soal yang sangat penting dalam kehidupan, soal air juga adalah soal
penting, begitu juga api merupakan perkara yang penting. Kalau soal tanah tidak dijaga,
soal air diuruskan, soal api tidak ditadbirkan dengan baik. Akibatnya, mungkin rakyat
akan berangin. Jadi kita berusaha untuk memastikan masalah pengurusan pentadbiran
tanah, pengurusan pentadbiran api dan air dapat dilaksanakan dengan baik, bagi
mempastikan kesejahteraan hidup rakyat.

Negara sedang berusaha untuk menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu sektor
yang boleh meningkatkan kehidupan dan ekonomi negara. Tanah adalah merupakan
sebagai salah satu daripada faktor utama bagi mempastikan untuk merealisasikan
hasrat menjadikan pertanian ini adalah sebagai sektor yang berdaya saing dan boleh
menyumbang kepada pendapatan negara.

Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telahpun
memberikan peruntukan kira-kira RM16 juta untuk kedua-dua sektor yang menyangkut
dengan tanah iaitu pertanian, Jabatan Pertanian dan Haiwan bagi memacu, dua-dua
sektor ini dapat menyumbang kepada meningkatkan produktiviti pertanian, sekaligus
untuk mengurangkan pergantungan import kepada makanan. Dan pada masa yang
sama Kerajaan berusaha melalui sektor ini untuk menjadikan ia sebagai sektor yang
boleh meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk yang terlibat di sektor luar
bandar, sektor pertanian dan haiwan.




                                          55
Saya melihat ada peruntukan yang disusun untuk menjadikan mereka yang terlibat
dalam sektor ini iaitu petani-petani dan penanam-penanam di luar bandar melalui
kursus-kursus yang dapat diaturkan. Saya melihat bahawa ini adalah merupakan
perkara yang penting, sebelum kita hendak menjadikan petani sebagai pertanian dan
penternakan sebagai salah satu sektor penting bagi memajukan pertanian. Sudah
tentulah manusia yang hendak dibina itu harus di ubah sikap mereka. Telah begitu lama
soal merubah sikap diperkatakan.Telah begitu lama soal revolusi mental telah
diperkatakan, berbagai-bagai usaha telah dilakukan, berbagai-bagai tindakan yang telah
dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin dan jabatan-jabatan yang bersangkutan. Namun
masalah sikap masih merupakan masalah penting. Kita hendaklah memberikan selain
daripada bercadang hendak menjadikan sektor pertanian bukan sahaja sebagai sektor
cukup hidup tapi hendak menjadikan mereka ini yang berada di dalam sektor ini
melaksanakannya untuk tujuan komersial. Perkara ini bukan baru, daripada revolusi
hijau daripada usaha hendak meningkatkan pertanian melalui gerakan Buku Hijau,
perkara ini telah berlarutan hingga sekarang.Dan sekarang kita masih berhadapan
dengan masalah yang sama hendak memajukan sektor pertanian mestilah dimajukan
sikap petani-petani itu sendiri. Kerana umumnya mengetahui bahawa sektor pertanian
ini, sektor dimana orang-orang miskin berada. Oleh itu, beberapa perkara hendaklah
dilakukan. Kalau kita melihat bahawa petani-petani yang daripada kaum Cina, ataupun
penternak-penternak India yang menternak dengan cukup banyak lembu di kawasan-
kawasan kita sehingga kita mengaitkan bahawa menanam sayur Orang Cina, kalau
menternak lembu kena Orang India.Maka perkara-perkara ini telah berlaku secara
tradisi.Jadi sewajarnya kita menjadikan pendekatan bahawa yang baik di jadikan
teladan. Kita seharusnya dapat membina sikap untuk menjadikan orang-orang Melayu
yang berada dalam sektor pertanian ini dapat berusaha dan diberikan bukan sahaja
input-input untuk ternakan dan pertanian, bagi lembu, bagi baja, bagi benih dan
sebagainya. Tetapi juga mesti mempastikan bahawa mereka dapat menjadi penternak
yang betul-betul hendak meningkatkan taraf hidup dan menjadikan sektor ini sebagai
sektor yang memberikan mereka pulangan yang baik. Oleh itu, kepada petani-petani
yang telahpun berusaha tetapi hak milik mereka belum dapat ditentukan seperti yang
selalu disuarakan oleh ADUN Pembangkang dan juga ADUN Manjoi kerana terdapat
penanam-penanam sayur di kawasan mereka yang belum tentu hak miliknya. Saya juga
ingin mengesyorkan kepada kerajaan supaya mengambil tindakan untuk menyelesaikan
segera masalah milikan atau pun masalah yang menyangkut dengan tanah. Di daerah
Manjung juga masalah ini tidak ketinggalan. Di dalam kawasan daerah-daerah Manjung
terdapat kira-kira 6400 ekar tanah yang diusahakan secara haram oleh penternak-
penternak udang harimau. Ini juga merupakan perkara yang menimbulkan masalah
kepada masyarakat. Setengahnya mereka jalankan penternakan udang ditengah
kawasan Bandar. Setengahnya menceroboh dalam masa tiga bulan kita pergi lihat
tanah itu masih kosong, tapi selepas tiga bulan semua tanah dah berkorek. Mereka
laksanakan ini seolah-olah kerajaan, tanah itu tidak bertuan, seolah-olah tak ada orang
yang nak memerintah dan menjaga tanah-tanah tersebut. Di Mukim Pengkalan Baru
sahaja 1359 ekar, di Mukim Sitiawan 879 ekar, Mukim Lekir 1476, dan Mukim Lumut
2704 ekar. Di tanah-tanah yang berpotensi yang diusahakan oleh mereka ini sekarang
ini sedang diusahakan dan mereka belum lagi mendapat hak milik dan mereka
meneroka secara haram. Persoalan ini juga ditimbulkan, meneroka tanah kerajaan
secara haram telah ditimbulkan oleh ADUN pembangkang daripada Sitiawan. Dikaitkan
bahawa ada sebuah kedai tapi mereka ni bila kita bercakap depa tak nak dengor itu le
masalahnya, depa lari. Ada sebuah kedai di Ayer Tawar yang beroperasi di depan




                                          56
kedai gunting, itu memang le seorang peniaga cina yang dah berpuluh tahun. Dia
mencabar pihak Majlis Bandaran Manjung untuk ambil tindakan. Kalaulah kita beri
tender kepada dia, bagi tawaran untuk merobohkan kedai itu, hendak dak dia terima,
soalannya. Sebab di situ, kalaulah diroboh oleh pentadbir daerah, tentulah orang cina di
situ marah. Baru orang cina ni berniaga kecik aje udah nak dirobohkan. Inilah kerajaan
Barisan Nasional, yang meniaga tu cina, yang merobohnya melayu, Yaakob. Jadilah
timbul sentimen bahawa pegawai melayu pergi roboh kedai cina. Timbullah kerajaan
Barisan Nasional tidak adil kepada peniaga cina. Entah-entah pulak kawan tu DAP lagi
mampus. Maka timbullah bahawa double-standard. Yang ini dia suruh … disuruh
robohkan satu kedai cina. Dia suruh ambil tindakan kepada Nasir seorang budak
melayu yang baru nak berusaha dalam sektor pertanian nak menternak ikan supaya
ikan-ikan itu boleh dipasarkan, bukan sahaja dalam negara malah keluar negara. Dua
isu ini disuruh kita ambil tindakan. Sedangkan bila Pentadbir Tanah Daerah Manjung
nak ambil tindakan luasnya tanah yang saya sebutkan tadi, kolam-kolam penternakan
udang, merekalah yang menjadi juara. Merekalah yang datang kedepan untuk
menghalang pentadbir tanah supaya jangan ambil tindakan terhadap penternak-
penternak udang haram ini. Saya sekali lagi juga minta kalaulah pejabat tanah boleh
keluar tender untuk nak menutupkan lubang-lubang lombong ini, bagi tender tu kat
ADUN Pantai Remis dan kat ADUN Sitiawan, mau tak mereka mengambil kerja untuk
menutup lubang-lubang ini. Sekali lagi mungkin mereka akan tertimbus dilubang itu
bersama-sama dengan udang. Jadilah mereka makanan udang. Ini lagi satu double-
standard yang mereka lakukan. Disatu pihak mereka mengecam kerajaan kerana
membiarkan tanah digunakan secara tidak mengikut peraturan. Disatu pihak lagi
mereka menjadi pembela. Saya tidak berhajat untuk nak menyentuh perkara-perkara
kecil seperti seorang penternak melayu, seorang usahawan melayu yang baru sahaja
berpeluang untuk berniaga. Kalaulah dia bersalah, ambillah tindakan terhadap apa
yang .. apa kesalahan yang dilakukan. Tetapi janganlah dihalang usaha murni untuk
menjadikan mereka seorang usahawan. Kita tahu bahawa dalam bidang perdagangan
perusahaan terutamanya dalam IKS terdapat 60 ribu pengusaha IKS di negara ini. Baru
berapa keratkah pengusaha IKS ini terdiri daripada kalangan melayu dan bumiputera.
Dan di sinilah pihak-pihak yang bertanggungjawab termasuk agensi-agensi kerajaan
dan bank untuk mempastikan bahawa selagi usaha untuk meningkatkan pencapaian
ekonomi warga bumiputera dan melayu untuk mencapai tahap 30% malah lebih
sewajarnya, bukan setakat 30% malah lebih daripada itu kalau mampu dilakukan dan ini
harus dilakukan. Ini baru yang nak berusaha secara kecil-kecilan, barulah sampai
ketahap merangkak, kalau sudah nak dinafikan hak dan usaha mereka itu saya
menganggarkan ini satu tindakan yang tidak wajar. Oleh itu, tindakan memberhentikan
usaha pengusaha-pengusaha udang harimau di dalam kawasan yang mereka telah
terokai atau pun yang telah meneroka dengan tanaman kelapa sawit sebab di dalam
kawasan Pengkalan Baru sampai ke Segari tu setengahnya usahakan untuk buat
udang haram, setengah tu buat kelapa sawit haram. Jadi kalaulah kita robohkan kita
bunuhkan semuanya ini bererti kita menyebabkan mereka rugi. Kita harus ada pilihan.
Takkanlah rakyat kita sendiri, baik mereka cina atau melayu atau India, kita nak rugikan
mereka, sedangkan mereka melabur dan gunakan duit beratus ribu berjuta ringgit,
tentulah tak munasabah kalau kita hendak musnahkan usaha mereka sedangkan disatu
ketika mereka juga menjana ekonomi negara.Tetapi mereka juga menyebabkan
Kerajaan Negeri tak dapat hasil daripada usaha tanah yang mereka lakukan. Saya ingin
mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya satu langkah diambil bagi mengatasi
masalah ini dan ia tidak berlarutan. Tanah ini memang hak kerajaan. Kerajaan ada hak
di atas tanah ini. Ada tuannya, ada pentadbirnya. Oleh itu, saya ingin mencadangkan




                                          57
supaya tanah yang luas ini haruslah diserahkan kepada satu agensi yang boleh
menguruskan. ADUN Selama menyebutkan agensi yang paling sesuai dalam sektor ini
adalah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau pun mana-mana agensi
lain yang difikirkan oleh kerajaan. Beri mereka hak dan pengusaha-pengusaha haram
ini dijadikan rakan kongsi dengan agensi kerajaan. Biarlah kita mengiktiraf pengusaha
haram ini boleh dijadikan rakan kongsi. Jarang geng-geng haram ini boleh kita buat
kawan. Tetapi oleh kerana mereka pengusaha haram yang ada potensi untuk
menyumbang kepada ekonomi negeri dan ekonomi negara. Salah satu agensi
kerajaan berkongsi dengan mereka dan hasil daripada pendapatan yang diperolehi oleh
pihak kerajaan boleh kita sumbangkan kepada usaha meningkatkan pendapatan
penduduk yang di dalam warga PPRT. Ia boleh membantu kerajaan dalam usaha untuk
meningkatkan pendapatan … pendapatan rakyat di negeri Perak ini. Pada pendapatan
itu dimasukkan ke dalam tabung PPRT dan Kerajaan Negeri boleh menguruskan untuk
menyelesaikan masalah kemiskinan tegar di Negeri Perak ini. Saya juga mengucapkan
tahniah kepada Kerajaan Negeri yang berusaha untuk menjadikan tahun 2010 sebagai
satu garis bagi mempastikan tidak ada setinggan lagi di dalam negeri ini. Ini adalah
merupakan satu usaha yang saya sebutkan tadi menyangkut dengan tanah juga apabila
masalah tanah selesai banyak masalah-masalah asas dalam kehidupan mereka boleh
selesai.     Memberikan tempat tinggal kehidupan adalah merupakan salah satu
tanggungjawab kerajaan. Namun banyak, ramai diantara mereka yang masih duduk di
tanah-tanah kerajaan. Ada setengahnya duduk ditanah kerajaan, ada setengah duduk
ditanah-tanah rizab hutan, ditanah-tanah forest reserve. Ini merupakan satu perkara
biasa terutamanya penduduk-penduduk ditepi laut. Kalau dah tak ada tanah, tanah
bakau tu ditebang deme, dibuatnya le rumah, dia duduk le disitu. Kita harus mencari
jalan bagaimana menyelesaikan masalah mereka. Di Pantai Remis misalannya, di
dalam DUN Pantai Remis, terdapat ramai lagi penduduk-penduduk cina, nelayan-
nelayan yang duduk ditanah-tanah yang bukan milik mereka di tanah-tanah kerajaan.
Saya harap pentadbir tanah daerah Manjung dapat menyegerakan urusan
menyelesaikan masalah tanah bagi penduduk-penduduk cina, nelayan cina di dalam
kawasan Pantai Remis. Sebab wakil rakyat mereka tak pernah cakap hal ni. Jadi kita
tolong cakapkan bahawa di Pantai Remis, walau pun mereka boleh cakap tetapi mereka
tak boleh buat apa-apa, dia boleh bising aje. Dan kata Yang Berhormat Kuala Sepetang
tadi, kalau dia menjerit pun tak ada apa pun yang berubah. Tetapi kalau Perdana
Menteri bersin pasaran saham akan berubah, tetapi kalau ADUN daripada DAP menjerit
13 hari 134 malam pun takkan ada apa yang berubahnya. Dan kalau dia menjerit pun
soal tanah dan soal-soal lain yang menyangkut dengan pentadbiran negeri tidak akan
berlaku apa-apa. Jadi saya minta pentadbir tanah daerah untuk mempastikan bahawa
mereka yang selayaknya mendapat tempat tinggal. Nelayan di Pantai Remis itu juga
diselesaikan masalah dengan segera. Begitu jugalah tanah-tanah lain yang
penempatan-penempatan lain seperti di Tanjung Ara, di Pengkalan Damar dan di
Sungai Batu, yang masalah Kampung Tersusun dan penempatan mereka masih lagi
belum diselesaikan. Saya harap tindakan segera dapat diselesaikan sebab setengah-
setengahnya saya dah janji tiga empat penggal dahulu belum dapat diselesaikan. Di
Pengkalan Baru, di dalam DUN Pengkalan Baru, terdapat kira-kira 1200 ekar lebih tanah
Hutan Simpan Kerajaan yang di dalam tanah hutan simpan Tanjung Burung. Di dalam
kawasan Beruas, Manjung sebahagian dalam sebahagian daripada Manjung, memang
tak banyak lagi dah tak ada lagi tanah untuk diusahakan oleh rakyat untuk memajukan
sektor pertanian. Sebab kebanyakan tanah di dalam kawasan itu telah pun diusahakan
oleh agensi-agensi. Sebut sahaja agensi-agensi yang ada, semuanya ada tanah di
dalam kawasan Parlimen Beruas. Jadi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan




                                         58
negeri untuk berusaha untuk meninjau kalau mungkin tanah hutan simpan yang sudah
tidak lagi ada kayu bakaunya yang berpaya itu yang sebahagiannya boleh digunakan
dijadikan tanah kerajaan dan kita cari jalan untuk memberi peluang kepada penduduk-
penduduk, nelayan-nelayan, petani-petani sebab orang pengkalan baru ni itu je le
jenisnya. Jenis menangkap ikan, jenis kelapa sawit, jenis bertani. Jadi kalau nak
tangkap ikan kena ada laut dan sungai, kalau nak bertani kena ada tanah, nak
menternak juga kena ada tanah jadi mungkin kita dapat merancangkan satu usaha
intergrated farming, disitu yang boleh memberi peluang kepada penduduk-penduduk
kampung itu meningkatkan pendapatan mereka sejajar oleh kerana mereka ini baru, kita
dapat terapkan segala ilmu baru, cita-cita baru, rancangan-rancangan baru yang telah
lama disebut oleh pegawai-pegawai jabatan pertanian dan haiwan dan mungkin disitu
dapat dilaksanakan. Dalam soal meningkatkan kehidupan masyarakat, meningkatkan
taraf kehidupan, Yang Amat Berhormat ada menyebut bajet ini adalah bajet untuk
membela nasib, bajet untuk membela nasib ia adalah membela nasib rakyat. Rakyat tak
kiralah melayu ke, cina ke, India ke itu semua rakyat kita. Sebab kita bertanggungjawab
kepada semua. Jadi apabila hendak membela nasib tentulah lebih banyak nasib orang-
orang yang susah nak kita bela. Kalau nasib orang senang dibela cara orang senang
tapi nasib orang susah di dalam pejabat pentadbiran Islam, unutk membela nasib ni ada
satu jabatan iaitu bahagian baitul-mal dan pungutan zakat yang salah satu daripadanya
yang boleh memainkan peranan untuk membela nasib. Saya mengucapkan tahniahlah
kepada bahagian ini yang telah pun menyumbang kira-kira 2.4 juta untuk memberikan
peluang kepada pelajar-pelajar di Negeri Perak melanjutkan pelajaran di dalam dan di
luar negara. Sudah tentulah kalau berdasarkan pungutan pada tahun ini iaitu yang kira-
kira 35 juta kita hanya mampu menyumbang 1/8 daripada jumlah itu untuk pendidikan
dan kalaulah sekiranya kita dapat meningkatkan lagi jumlah pungutan zakat di negeri
Perak ini sudah tentulah lebih besar lagi sumbangan yang kita berikan dalam untuk
peruntukan kepada pelajar-pelajar bagi mempastikan bukan sahaja 754 orang pelajar
yang dapat kita bantu sudah tentulah kita dapat mengandakan lagi jumah yang kita
bantu pelajar-pelajar yang kita bantu. Yang baik kita jadikan teladan. Beberapa negeri
telahpun mewujudkan, mencari outsource, menwujudkan satu badan lain untuk
berusaha menjalankan pungutan zakat ini. Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pulau
Pinang telahpun menjalankan pungutan zakat melalui badan-badan pusat pungutan
zakat, lembaga zakat Selangor bagi mempastikan bahawa kerancakkan mendekati
masyarakat Islam dibuat secara holistic. Di Selangor mereka ada pegawai-pegawai
yang pergi dengar ada je orang kaya baru, pergi jumpa bersembang, bercakap tentang
ibadat, bercakap tentang kena zakat untuk membersihkan, jadi tergeraklah hati orang-
orang yang ada duit ini untuk membayar, kalau dia tahun itu berjuta duitnya tentulah
banyak yang sanggup di laksanakan. Pendekatan ini mendekati pembayar-pembayar
zakat harus di laksanakan. Kita tidak harus tunggu di pejabat, duduk di pondok untuk
orang datang cari kita,nak bagi duit ini bukan kerja senang. Nak minta duit betul,
kadang-kadang SMS aja boleh dapat duit tetapi nak bagi ini susah, kita kena pergi cari,
jadi kita kena ada pendekatan untuk mendekati orang-orang ini yang setengahnya ada
duit tapi tak faham. Jadi dengan membuat pendekatan mendekati ini, sudah tentu
satunya kita dapat duit, satu lagi kita dapat membantu menyelesaikan masalah orang
Islam yang tak faham tentang wajibnya menyelesaikan urusan zakat dan membersihkan
harta mereka dan sebagai salah satu amal. Jadi saya ingin mencadangkan kepada
kerajaan negeri sebab kalau kita bandingkan dari segi di Wilayah pusat pungutan
zakatnya sebelum dijalankan oleh outsourcing ini untuk membuat pungutan ,
pendapatannya hanya RM 7 juta tetapi tahun pertama sudah dapat RM 11 juta
sehinggalah 15 tahun selepas itu, pungutannya RM130 juta setahun. Ini merupakan




                                          59
perbezaan yang sangat besar. Begitu juga di Selangor, daripada pungutannya tahun
pertama setelah dilantik agen untuk memunggutnya, pungutannya RM 16 juta tetapi 10
tahun selepas itu RM 133 juta. Di Pulau Pinang tahun pertama sebelum RM 212 ribu
tetapi tahun pertama RM4.5 juta. Jadi daripada RM 200 ribu naik RM 4 juta sudah
tentulah satu perbezaan yang sangat besar. Jadi kita berusaha, kita bercakap tentang
hendak berfikir di luar kota, bertindak secara holistic tetapi kita masih berada di tahap
lama mungkin ini salah satu saranan yang mungkin dapat dimunafaatkan kalau tak
salah jadi semoga usaha-usaha yang dapat kita lakukan ini mungkin dapat
memunafaatkan lagi usaha-usaha untuk nak membantu masyarakat dan meningkatkan
taraf kehidupan masyarakat Islam di Negeri ini, kita lihat Wilayah Persekutuan bukan
saja nak bagi biasiswa nak bagi ini tapi mereka buat kolej mereka sendiri duit yang
diperolehi, wang diperolehi yang mungkin kira-kira RM 20 juta setahun yang boleh
diperuntukkan untuk asnaf pendidik pelajaran pendidikan mereka boleh buka kolej
sendiri dan mereka mampu untuk menguruskannya dan lebih ramai lagi orang
mendapat munafaat di dalam negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang telahpun sentiasa mengambil berat tentang
urusan sekolah agama rakyat. Sebab sekolah agama rakyat ini adalah merupakan
salah satu daripada tempat dimana kita dapat membantu mendidik anak-anak kita
dikampung-kampung, didikan agama dan bacaan al-quran. Dan terima kasih saya
adalah kerana kerajaan telahpun menyumbangkan RM 6 juta bersama-sama RM 11 juta
kerajaan persekutuan kepada semua sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini yang
menjadi jumlah RM 17 juta. Dan Yang Amat Berhormat Sendiri telah menyampaikannya.
Dengar khabarnya dalam masa menyampaikan bantuan ini, tidak ada liputan telah
diberikan, tidak ada media yang datang membuatkan liputan. Satu program yang besar
seperti ini yang harusnya rakyat tahu sebab kadang-kadang rakyat kena tahu yang RM
17 juta ini bukan sedikit, bukan sedikit yang kerajaan keluarkan untuk membantu
sekolah agama rakyat kadang-kadang mereka tak tahu, mereka ingat duit itu datang
sendiri daripada mana-mana, tetapi tidak ada liputan. Jadi saya ingin mencadangkanlah
kepada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab pastikanlah bahawa perkara-
perkara besar seperti ini yang melibatkan kerajaan negeri yang melibatkan duit yang
banyak, bagi tahulah kepada rakyat, janganlah Menteri Besar dan dema aja tahu, kita
pun nak tahu juga tentang perkara ini, rakyat-rakyat juga hendak tahu, ini penting kerana
setiap yang dilakukan oleh pemimpin negeri seharusnya dapat difahami, diketahui,
dihayati mungkin, mungkin alasannya mudah kerana staff tak cukupke. Betul juga staf
di dalam pentadbiran pendidikan ini hanya yang saya maklumkan ada 7 orang sahaja,
seorang penolong pengarah, 4 pegawai kontrak, 3 orang pegawai tetap hendak
menguruskan kira-kira 197 ribu pelajar-pelajar sekolah agama rakyat. Jadi perkara ini
juga kita kena ambil kira bahawa telah begitu lama bukanlah jabatan ini baru, jabatan ini
telah begitu lama dan seharusnya untuk mentadbir soal-soal pendidikan ia harus
diuruskan dengan baik. Kita tidak mahu membazirkan duit dan tidak dapat dilaksanakan
pemantauan terhadap apa yang berlaku di sekolah agama rakyat dikampung-kampung.
Wakil rakyat kena terima saja peruntukan nak minta buat apa buat sekolah agama
rakyat, nak itu, nak ini, kita kena bagi sebab yang minta itu rakyat tetapi bagaimanakah
pelaksanaanya. Dan sudah tentulah pihak yang paling wajar memantau perkara ini
daripada Jabatan sendiri. Tetapi kalau dengan 7 orang apa yang hendak dipantau.
Dema sama dema pun tak lalu nak mantaunya, macamana nak mantau yang lain yang
diluar yang 197 ribu yang entah berapa banyak sekolah lagi. Jadi ini lah yang kita
katakan dalam usaha untuk nak meningkatkan kualiti, kualiti perkhidmatan kita juga




                                           60
kena mempastikan bahawa sumber yang hendak mempastikan perkhidmatan itu dapat
dilaksanakan juga kita kena ambil kira. Saya juga maklum bahawa Sekolah Izzuddin
Shah bahawa guru-guru mereka masih bertaraf kontrak. Saya amat sedih mendengar
ini sebab saya pun Cikgu. Jadi kalaulah sekolah yang begitu baik melahirkan ulamak,
melahirkan ramai cendiakawan, CEO-CEO pun ada tetapi masih lagi guru-gurunya
bertaraf kontrak. Jadi macamanakah mereka ini sebagai seorang kakitangan guru yang
hendak mendidik walaupun memanglah guru itu kena didik bersungguh-sungguh tetapi
kebajikan mereka kenalah ada orang lain fikir, tak kan setiap hari depa nak kena
bercakap dengan dinding, bercakap dengan meja nak ngabokan apalah hal saya ini.
Sudah tentulah yang begitu lama sekolah tu dah kute tua dah, kalau dibiarkan lama tak
diganti, dah ruput agaknya, tidak adakah pihak-pihak yang hendak memikirkan soal
guru-guru di sekolah ini tentang kebajikan mereka, tentang hal-hal yang menyangkut
dengan kesihatan bila mereka bersara dan sebagainya. Perkara ini bukan perkara kecil,
perkara ini perkara kehidupan yang amat penting. Kita bercakap tentang soal-soal
besar ataupun soal-soal kecil seperti ini yang amat penting akibatnya harus juga kita
fikirkan.
Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:          Banyak lagi ke?

Y.B. DATO’ HJ. HAMDI B. HJ. ABU BAKAR:                Kita dengar semua Ahli Dewan
bercakap tentang kebanyakkannya bercakap tentang Mat Rempitlah, itu ini dan terbaru
sekali Mat Rempit dah boleh berkelahi dengan Polis, itu handailah itu, kalau dah sampai
tahap Mat Rempit boleh dah pukul orang mati , dah ada dah, pukul orang mati di Taman
Meru dua tahun lalu seorang manager minyak dipukul dema, mati itu dah ada, Ini boleh
berkelahi dengan polis, jadi kita macam-macam lah disebut begitu begini, tentulah
banyak alasannya tetapi segala-galanya bermula daripada rumah. Saya mengucapkan
tahniahlah kepada salah satu Kementerian lah iaitu Kementerian Kebajikan Wanita dan
Hal Ehwal Keluarga dan saya dengar hendak memperuntukan sejumlah wang bagi
program keibubapaan. Jadi saya fikir kerajaan negeri harus menggunakan peruntukan
ini bersama-sama dengan agensi pelaksananya supaya kita dapat betul-betul munafaat.
Memanglah ibubapa kahwin ini bukan ada kursus, tak ada kursus nak buat apa pun jadi
ibu bapa, tak ada, tiba-tiba dia jadi ibubapa, itu dia langgarlah serba serbi, dia buatlah
apa yang baik. Tetapi kalaulah sebelum mereka jadi bapa atau dah ada anak-anak
yang kecil ini sebelum jadi ibubapa kita boleh memberikan mereka pendidikan
bagaimana menjadi ibubapa yang terbaik melalui contoh-contoh ibubapa mithali, kita
berikan mereka kesedaran bahawa kalau tak dijaga baik-baik anak ini memanglah
mereka merempit disamping itu bila dah jadi masalah baru nak serahkan kepada
masyarakat, barulah kita nak bersidang, nak berbincang, nak berbahas tentang mat
rempit sedangkan semuanya itu bermula daripada rumah. Dan yang paling sedih
memanglah kita tahu yang itu semuanya daripada kebanyakkannya daripada anak-anak
muda Melayu jadi kita dah duduk dalam keadaan ini, dalam keadaan ini dalam mana
benda itu sudah ada, mahu atau tidak mahu kita kena cari jalan untuk
menyelesaikannya. Kita tidak boleh berpatah balik untuk nak jadikan budak-budak ini
kecil tak boleh dah kita berundur untuk menjadikan mak bapa ini tak kahwin tetapi yang
boleh kita lakukan ialah mendekati ibubapa khususnya ibubapa muda untuk
memberikan mereka pengajaran, pengetahuan, keinsafan, kesedaran agar kesedaran
ini dapat membantu membimbing anak-anak Islam ini Melayu ini supaya mereka tidak
memalukan kita ditengah di dalam kehidupan yang di mana kita sedang berusaha
menjadikan negara ini maju tetapi sebahagian besar daripada anak-anak muda ini
tertinggal dalam arus pembangunan.




                                           61
Dato’ Yang Dipertua, kita mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai kerajaan
yang berkerja dengan bersungguh-sungguh dalam membantu melaksanakan misi besar
negara memajukan negara memaju kejayaan hingga menjadi sebuah negara maju
pada tahun 2020 walaupun dalam hati kecil kita, kita bertanya mungkinkah ini akan
tercapai siapakah yang akan maju. Dalam pada itu tentulah ada kecacatan kecelaannya,
jadi saya juga ingin terpanggil untuk ada untuk nak respond kepada salah seorang
daripada pembangkang yang menyebutkan balik-balik sebutkan ada pegawai kerajaan
yang mengeluarkan geran palsu, itulah yang disebutkan nak cari salah, memanglah
kalau dah salah itu salahlah. Kalau dah dihukum, hukumlah tapi tak kan lah tiap-tiap
tahun tiap-tiap kali bercakap nak cari salah kerajaan, sebut ada pegawai kerajaan keluar
geran palsu. Seolah-olah itulah kesalahan itu mengambarkan tindakan semua pegawai
kerajaan. Saya tidak setuju dengan apa yang disebut oleh wakil rakyat pembangkang
itu kerana yang baik kita katakan baik, yang tak baik memang telah ambil tindakan.
Kalau sekali cakap pun orang dah faham, berbisik orang faham, padalah dengan
berbisik dan cakap sekali. Kita mengharapkan pegawai-pegawai kerajaan yang seperti
disebutkan oleh Yang Berbahagia Ungku Aziz selepas pembentangan Rancangan
Malaysia Ke 9 beliau telah menyebut bahawa Rancangan Malaysia Ke 9 dan semua
dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan amat baik. Persoalannya bolehkah kita deliver.
Maka persoalan, penyampaian masih merupakan perkara penting dan yang kerja kita
untuk memenangkan pilihanraya untuk membentuk kerajaan kita buat daripada setiap
waktu dan kerja menyampaikan harus dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan
dengan cukup baik juga.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Terima kasih.

Y.B. DATO’ HAJI HAMDI B. HAJI ABU BAKAR: Jangan susahkan “political master”,
jangan susahkan pegawai-pegawai di bawahnya, jangan susahkan rakyat, inilah yang
saya harapkan bahawa dalam sistem penyampaian ini biarlah semuanya melaksanakan
tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin supaya cita-cita untuk menjadikan Negara ini
sebagai sebuah Negara maju dan rakyatnya maju dan orang-orang Melayu juga dapat
sama-sama mencapai kenikmatan dan kemajuan bersama dengan kaum-kaum lain di
negeri ini.

Tuan Yang DiPertua, dengan harapan itu dengan harapan agar kakitangan awam
bersama-sama dengan rakyat dan bersama-sama dengan “political master” dan ahli-ahli
politik bekerjasama supaya kita dapat mencapai cita-cita bangsa dan Negara. Saya
ADUN Pengkalan Baru mohon menyokong.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Pasir Panjang.

Y.B. ENCIK RAMACHANDRAN A/L MOOKIAH: Terima kasih Dato’ Yang DiPertua,
kerana diberi peluang untuk berbahas bajet 2007 yang melibatkan RM 249, 909,000.
yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada 20
November 2006 di dewan yang mulia ini. Bajet ini disediakan sewaktu perkembangan
ekonomi global lebih sederhana. Dalam suasana yang penuh cabaran saya yakin
bahawa kerajaan negeri juga mendokong hasrat agar setiap rakyat Perak menikmati
kehidupan sejahtera dalam suasana harmonis. Pembangunan sektor pertanian, dan
industri asas tani, merupakan antara projek-projek utama yang diberi tumpuan di bawah
RMK 9. Prospek bagi pertumbuhan ekonomi negeri Perak dalam tahun 2007 dijangka
akan terus kukuh selari dengan kukuhan ekonomi Negara. Kita memang sedar kerajaan




                                          62
negeri sedang menyediakan pelan strategik Perak Maju 2015 yang akan membawa
Negeri Perak ke arah yang lebih cemerlang. Dalam kita bergerak lancar ke arah
mencapai wawasan Perak Maju 2015 harus kita berhenti sejenak untuk mengimbas
kembali kejayaan Negeri Perak mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan dan juga
menganalisa semula masalah-masalah yang belum ditangani lagi.

Dato’ Yang Dipertua, memang jelas dimata semua Negeri Perak sudah pasti berada di
landasan yang betul ke arah Perak Maju 2015. Dan tidak dapat dinafikan kemajuan
Negeri Perak yang kita semua nikmati selama ini adalah hasil titik peluh kepimpinan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Diraja. Belanjawan baru bagi Negeri
Perak sudah pasti akan menjadi satu “impetes” dengan izin untuk terus memajukan
negeri demi kesejahteraan rakyat jelata. Apa yang penting sekarang ialah untuk
memastikan segala apa yang telah diperuntukkan digunakan secara berkesan dan
membawa manfaat kepada semua. Masih banyak lagi yang boleh diusahakan industri
automatif umpamanya kita semua bergembira cadangan-cadangan untuk menjadikan
negeri Perak selatan satu pusat automatif sudah mula mendapat perhatian serius.
Sudah pasti penduduk selatan Perak dan penduduk negeri Perak secara am akan
mendapat manfaat dari segi kewangan dan juga perancangan ini akan jadi kenyataan
secepat mungkin. Industri pendidikan mempunyai potensi yang tinggi di Negeri ini. Ia
merupakan satu industri yang “resencesif improve” dengan izin kerana ia suatu
keperluan banyak lagi yang boleh dibuat untuk menarik kolej-kolej, universiti-universiti
tempatan dan antarabangsa supaya bertapak di sini. Hasrat Kerajaan Persekutuan
dalam industri ini memang jelas. Malaysia ingin dikenali sebagai “the education hard”
dengan izin bagi rantau ini. Universiti terkemuka dari luar Negara sudah mula bertapak
di sekitar Lembah Kelang. Negeri Perak yang mempunyai kemudahan pelbagai harus
mengambil kesempatan untuk merebut peluang ini. Untuk mengambil langkah yang
sepatutnya untuk memperkembangkan industri ini. Insiatif-insiatif harus ditawarkan dan
aktiviti permasaran harus dipertingkatkan. Saya percaya jika segalanya dirancang dan
dipraktikkan secara efektif industri pendidikan boleh menjadi salah satu penjana
pendapatan yang terpenting bagi Negeri Perak. Pendek kata, industri ini mampu
membawa pulangan yang berbillion ringgit. Industri pelancongan satu lagi industri yang
mampu diperkembangkan. Perak bumi bertuah mempunyai banyak daya tarikan.
Pantai yang cantik, pulau-pulau yang indah hutan tropika yang penuh dengan flora dan
fauna dan banyak lagi ini merupakan daya tarikan. Pelancong asing bukannya bagi
pelancong asing. Bukan bangunan-bangunan yang tinggi atau kompleks membeli belah
yang besar. Negeri Perak dikurniakan kesemuanya. Saya pastikan sidang hadirin
sekalian akan bersetuju sekiranya saya nyatakan di sini bahawa masih banyak lagi yang
boleh dilakukan untuk majukan industri pelancongan di Perak. Tahun 2007 adalah tahun
melawat Malaysia kerajaan Persekutuan sudah mula menjalankan kempen untuk
menarik pelancongan dari luar negeri. Selain daripada memberi kerjasama kepada
Kementerian Pelancongan, Negeri Perak juga harus merancang kempennya sendiri.
Kerajaan harus mengatur strategi dan bekerjasama dengan mereka yang terlibat dalam
industri pelancongan tempatan untuk menjadikan kempen ini lebih efektif. Apa gunanya
jika dunia luar hanya mengenali Pulau Pangkor sahaja sedangkan ada banyak lagi daya
tarikan di negeri ini. Selain daripada daya tarikan semula jadi perhatian, perhatian dan
tumpuan harus diberikan kepada cabang-cabang baru rancangan yang kini menjadi
popular. Apa yang saya maksudkan di sini ialah industri seperti “agro tourism dan
health tourism” dengan izin. Kini kita sering terbaca mengenai Negara yang mula
menonjol dalam mempelopor cabang baru pelancongan ini. Harus juga kita ingat
kemudahan infrastruktur mesti dipertingkatkan,kemudahan penginapan harus diperbaiki




                                          63
dengan chalet yang baik dan bertaraf. Jalan-jalan raya harus juga dibetulkan dan
dinaiktarafkan kita mesti ingat selain daripada membawa masuk matawang asing
industri-industri sampingan seperti industri kampung akan juga menikmati manfaatnya.
Pelancongan akan menjadi “catalyst” dengan izin kepada pembangunan kawasan
sekitar. Lebih ramai pelancong ke Pulau Pangkor bermaksud lebih ramai akan singgah
di Lumut. Jadi Lumut juga akan turut maju.

Dato’ Yang DiPertua, dalam kita berhujah panjang lebar mengenai penjanaan
pendapatan kita tidak harus leka dalam mengambil langkah-langkah untuk menangani
masalah-masalah sedia ada. Yang paling penting ialah penghapusan kemiskinan
walaupun Kerajaan Negeri Perak telahpun mengambil usaha untuk menangani isu ini,
namun masih ada lagi rakyat yang terjerumus dalam kesengsaraan. Di kampung-
kampung, estet-estet, malah di bandar pun kita masih boleh melihat rakyat dalam
kemiskinan. Kawasan Perak Maju 2015 hanya tinggal 9 tahun lagi. Kita harus
melipatgandakan usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Belanjawan baru beri
penekanan kepada industri pertanian. Justeru kita harus merancang untuk
mempertingkatkan usaha dalam membantu petani-petani dan penternak. Di Pasir
Panjang contohnya, saya percaya mereka yang terlibat dalam penternakan unggas
umpamanya, saya pasti akan dapat meningkatkan produktiviti dan seterusnya
pendapatan jika mereka diberi bantuan sewajarnya. Tidak mustahil jika Perak pada satu
hari kelak menjadi pengeksport penting hasil pertanian ke luar Negara.

Dato’ Yang Dipertua, kita semua sedia maklum, tinggal hanya 14 tahun lagi sebelum kita
menjangkau tahun 2020. Tahun dimana Negara kita dijangka menjadi Negara maju
sepenuhnya. Rancangan Malaysia ke 9 berpandangan jauh dan realistik. Satu anggaran
yang besar telah diperuntukkan untuk kepentingan dan pembangunan belia-belia kerana
golongan belia adalah harapan Negara. Rata-rata pelan termasuk aktiviti kelab sukan
komuniti dirangka untuk kepentingan rakyat keseluruhan. Syabas dan tahniah diucapkan
kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana dapat memperkenalkan Program Liga
Sukan Komuniti. Melalui program ini diharap menyediakan platform yang seluas
mungkin kepada segenap lapisan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi terlibat
dalam aktiviti sukan kecergasan, dan rekreasi melalui penubuhan kelab sukan komuniti.
Melalui ini juga kita dapat menyediakan ruang yang lebih banyak kepada kemunculan
atlit-atlit sukan dalam berbagai bidang diperingkat akar umbi untuk diketengahkan ke
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dan juga menjadikan kelab sukan komuniti
sebagai saluran dalam membantu menyemarakkan lagi semangat budaya sukan di
kalangan masyarakat. Melalui Liga Sukan Komuniti harapan juga untuk mengeratkan tali
persaudaraan di kalangan penduduk di DUN masing-masing khususnya di kalangan
remaja. Dan untuk memastikan kalangan remaja dapat menggunakan masa lapang
mereka bagi tujuan yang berguna dan berfaedah dan ini juga akan mengelakkan
mereka dari melibatkan diri dalam berbagai gejala sosial. Kementerian Belia dan Sukan
dengan penuh harapan memperkenalkan projek Kelab Sukan Komuniti dan akhirnya
“the end result” dengan izin tidak mengalakkan. Penglibatan dari kaum belia
keseluruhannya tidak begitu memuaskan. Memang ada sebab-sebab yang tertentu. Di
DUN Pasir Panjang walaupun kita dapat menjalankan program ini dengan jayanya
masih ada ruang untuk diperbaiki dan mengalakkan lebih ramai belia menyertai dalam
sukan komuniti ini. Saya memang berhasrat untuk membawa permainan ini ke kawasan
pendalaman di DUN Pasir Panjang. Oleh kerana masalah kemudahan asas seperti
gelanggang dan padang permainan kami terpaksa meneruskan program ini di beberapa
tempat yang dipilih sahaja. Oleh yang demikian, saya mencadang kepada Kerajaan




                                         64
Negeri Perak supaya dapat menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang saya
maksudkan tadi di kawasan pendalaman seperti kawasan Kayan, Lekir, Sungai Wangi
dan Kampung Telaga Nenas di DUN Pasir Panjang. Rancangan Malaysia Ke 9 dengan
teras misi nasional dilancarkan bagi memaju Negara menuju wawasan 2020. Fokus
Rancangan Malaysia ke 9 adalah kepada pengetahuan, kreativiti, inovasi dan usaha
memupuk minda kelas pertama. Teras misi nasional ini pada pendapat saya akan
menjadi satu pedoman dan mekanisma yang berkesan bagi membolehkan negeri Perak
mencapai status Perak Maju menjelang tahun 2015.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Banyak lagi ke.

Y.B. ENCIK RAMACHANDRAN A/L MOOKIAH: Masa depan yang lebih cerah kepada
rakyat negeri Perak.

Dato’ Yang Dipertua, DUN Pasir Panjang sedang mengalami dan menikmati
pembangunan yang pesat serta kedudukannya yang strategik. Daerah Manjung telah
diisytiharkan sebagai daerah pelancongan dan maritim. Apabila telah diisytiharkan
sebagai daerah pelancongan dan maritim serta telah dikenali sebagai pintu masuk ke
Pulau peranginan iaitu Pulau Pangkor melalui laluan darat, maka sudah tentu ianya
menjadi tumpuan umum. Kedudukan Lumut di tengah-tengah, di antara Bandar Taiping,
Seri Iskandar dan Teluk Intan dan juga di antara Pelabuhan Pulau Pinang dan
Pelabuhan Kelang boleh menjadikannya sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang baik
bagi masyarakat setempat khasnya bagi penduduk di DUN Pasir Panjang. Hasil asas
tani,kelapa sawit, getah, ternakan udang, ikan air tawar dan lain-lain boleh dijadikan
bahan eksport dan import melalui Pelabuhan Lumut ianya sejajar dengan hasrat Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, ia mahukan pertanian sebagai suatu
sumber yang utama di masa akan datang. Justeru, adalah harapan dan permintaan
seluruh warga Pasir Panjang khsusunya dan warga daerah Manjung umumnya supaya
Pelabuhan Lumut diperbesarkan atau dijadikan sebagai pusat import eksport yang maju
bagi Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, permohonan pembangunan jambatan dari
Kampung Baru ke Kampung Teluk menyeberangi Sungai Air Tawar di Dun Pasir
Panjang. Masyarakat beberapa buah kampong dan ladang seperti Kampung Telor,
Telaga Nanas, Tun Sambanthan, Kampung Baru, Ladang Keshud, Ladang Haruf dan
juga sekitar Air Tawar. Semuanya bersetuju dan berharap supaya jambatan merentasi
Kampung Baru ke Kampung Teluk di bangunkan segera. Dalam persidangan politik
setiap badan seperti UMNO, MCA dan MIC di bawah Barisan Nasional telah
bermuafakat dan bersetuju sebulat suara supaya kerajaan melaksanakan projek ini.
Antara faedahnya kita dapat meningkatkan ekonomi penduduk dengan membawa
banyak perubahan dan peluang pekerjaan di sekitar sektor swasta dan kerajaan. Dan
juga merapatkan jurang perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar dalam
pelbagai aspek kehidupan dan juga taraf kehidupan masyarakat tempatan terus
meningkat.      Masyarakat luar bandar tidak lagi berhijrah ke bandar dan juga
menggalakkan sektor pelancongan luar dan dalam negeri memandangkan perjalanan
dan penggunaan masa oleh penduduk setempat di pendekkan. Dan juga membuka
peluang perniagaan hasil kampung. Saya mencadang agar pembangunan jambatan
dari Kampung Baru Kampung Teluk diberi kelulusan dalam Rancangan Malaysia ke-9
demi kepentingan rakyat sekitar dan perkembangan ekonomi. Perak maju 2015 adalah
inspirasi kita semua. Memang sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-




                                         65
sama berusaha ke arah mencapai matlamat ini, Kerajaan Negeri Perak sudah pun ada
blue printnya ke arah pencapaian ini. Dalam kita berusaha ke arah perak maju 2015 ,
saya ingin menekankan di sini bahawa Perak Maju tidak bermakna sekiranya rakyat
Negeri Perak tidak berada dalam posisi untuk menikmati faedahnya. Apa gunanya
penyediaan infrastruktur setanding dengan negara maju, apa gunanya pembinaan
kawasan-kawasan perindustrian baru dan sebagainya jika rakyat tidak berada didalam
posisi untuk menikmatinya. Aset utama dalam kemajuan sebuah negeri atau negara
ialah rakyat berkualiti, rakyat berkualiti di sini bermaksud rakyat yang berpengetahuan,
berpendidikan yang mampu bersaing dengan rakyat negara lain di segi kemahiran,
disegi intelektual, mahu pun dari segi kemahiran kerja.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:           Terima kasih

Y.B. DATO’ RAMACHANDRAN A/L MOOKIAH: Seminit lagi Yang Berhormat Dato’
Yang Dipertua, rakyat berkualiti di sini bermaksud rakyat yang sihat yang bebas dari
penyakit ataupun gegajala penggunaan “kontraben” dengan izin dadah dan sebagainya.
Rakyat berkualiti di sini bermaksud mereka yang mendapat segala kemudahan asas
seperti perumahan, kemudahan beribadat dan sebagainya. Pendekkata hasrat Perak
Maju yang sebenarnya hanya akan dicapai sekiranya rakyat sudah bersedia untuk
memikul tanggungjawab menerajui Perak Maju, dengan itu Pasir Panjang memohon
menyokong. Terima kasih.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:           Teja.

Y.B. DATO’ DR. HO WAI CHEONG: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terlebih
dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada dewan kerana berikan
peluang kepada saya untuk membahas Bajet Negeri Tahun 2007 yang dibentangkan
oleh Yang Amat Berhormat 3 hari yang lalu. Saya juga tidak lupa mengucapkan syabas
kepada kerajaan negeri yang dibawah pimpinan yang amat berhormat Y.A.B. Menteri
Besar kerana telah membawa kemajuan berterusan kepada negeri Perak. Saya
berharap semuga negeri yang tercinta ini akan mencapai kejayaan yang lebih
menggalakkan pada tahun yang akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Pembangunan Ekonomi Negeri ini boleh
menghadapi banyak rintangan atau halangan sejak kemerosotan perlombongan bijih
timah pada satu ketika yang lalu. Kerajaan negeri terpaksa mengamalkan strategi yang
“flexible” demi memastikan pembangunan ekonomi negeri tidak terjejas. Untuk
meningkatkan lagi pendapatan negeri kerajaan negeri tidak harus semata-mata
bergantung kepada sektor perindustrian atau pelancongan. Dan sebaliknya sektor-
sektor lain seperti perikanan pertanian dan sebagainya patut diberikan keutamaan
dalam aspek pembangunan ekonomi di negara. Sebagai contoh, penternakan ikan
hiasan merupakan salah satu industri penternakan yang mempunyai aspek yang cerah
serta masih ada ruangan untuk pembangunan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 1998 kerajaan negeri telah
meluluskan pajakan sebidang tanah seluas 300 hektar untuk 30 tahun di Lawan Kuda
pada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau SADC untuk
dibangunkan sebagai pusat penternakan ikan hiasan terbesar di negara ini. SADC
berhasrat membangunkan kawasan tanah seluas 300 hektar ini untuk penternakan ikan
hiasan.   Kalau projek ini berjaya dilaksanakan Lawan Kuda akan terkenal dengan




                                            66
pengeluaran ikan hiasan pada masa yang sama pengusaha kilang akan digalakkan
melibatkan diri dalam industri kecil menghasilkan produk sampingan untuk industri
penternakan ikan hiasan. Ikan hiasan yang beratus-ratus jenis serta bermutu tinggi
tentu akan menjadi satu tarikan kepada pelancong untuk melawat kawasan ikan hiasan.
Kesimpulannya pembangunan industri ikan hiasan Lawan Kuda bukan sahaja
menyediakan peluang untuk rezeki kepada pengusaha, pengusaha yang sedia ada
malahan ia juga dapat menggalakkan perkembangan industri kecil serta pelancongan di
kawasan ini. Setelah mendapat maklumat bahawa institusi telah berjaya memperolehi
tanah seluas 300 hektar di Lawan Kuda peneroka yang sedia ada di kawasan tersebut
yang terdiri dari penternakan ikan hiasan pekebun petani dan sebagainya mula
menyuarakan bantahan serta perasaan tidak puashati terhadap tindakan SADC.
Penduduk terbabit telah mengusahakan aktibiti penternakan atau pertanian di kawasan
ini sejak beberapa puluh tahun yang lepas. Oleh itu mereka amat bimbang kehilangan
rezeki apabila projek pembangunan SADC dimulakan pada satu masa yang akan
datang. Pada peringkat permulaan, SADC menawarkan pajakan tanah termasuk
infrastruktur sebanyak RM1000 saekar dan tempoh pajakana selama 30 tahun.
Peneroka tanah menganggap premium pajakan adalah terlalu mahal dan tidak ada
seorang pun yang menerima tawaran. Sebagai wakil rakyat saya telah memainkan
peranan sebagai orang tengah di antara SADC dan peneroka tanah.           Saya telah
mengaturkan banyak kali dailog dan perjumpaan di antara kedua-dua pihak. Setelah
SADC memperolehi persetujuan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar, premium
pajakan tanah telah dikurangkan ke 4000 saekar. Sungguhpun premium pajak tanah
sudah turun ke RM4000 saekar, tapi peneroka masih tidak setujudengan kadar premium
ini sebaliknya mereka ini pohon Kerajaan Negeri supaya dapat meluluskan pajakan
tanah kepada mereka tanpa melalui SADC. Mereka juga berharap Kerajaan Negeri
akan dapat mengenakan premium berdasarkan premium untuk tanah pertanian seperti
biasa yang diamalkan oleh kerajaan negeri untuk di kawasan pertanian lain. Peneroka
tanah juga merayu kepada Kerajaan Negeri agar bentuk pajakan boleh dilanjutkan
hingga ke 60 tahun dengan tempoh pajakan 60 tahun mereka boleh memohon pinjaman
yang lebih banyak untuk keluasan industri penternakan ikan hiasan atau aktiviti
pertanian yang lain.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, memandangkan penternakan ikan hiasan yang
sedia ada ini merupakan golongan penternak ada pengalaman dan pengetahuan yang
luas dalam bidang itu saya berhap Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan rayuan
mereka dan seterusnya mencapai satu penyelesaian secara “winwin situation”, dengan
izin,

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG:        Boleh saya minta laluan,

Y.B. DATO’ DR. HO WAI CHEONG: Nantilah bagi saya habis dulu.

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG:         Minta laluan sebab saya hendak penjelasan
mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh yang berhormat Teja.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:          Pasir Pinji dia tak bagi. Teja tak bagi jalan saja.

Y.B. DATO’ DR. HO WAI CHEONG: Sila duduk. Dalam tempoh 8 tahun ini saya tidak
pernah putus asa dengan abaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Saya berjanji
tetap memainkan peranan yang diamanahkan untuk membantu kedua-dua pihak




                                         67
terbabit. Saya juga berharap kedua-dua pihak ini harus berkompromi di antara satu
sama lain supaya persefahaman yang di capai akan membawa pembangunan serta
kemajuan kepada kawasan Lawan Kuda khasnya dan juga kepada negeri perak amnya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipetua, pemberhentian penerbangan Air Asia dari Johor
Bahru ke Ipoh atau dari Ipoh ke Johor Bahru pada pertengahan bulan September amat
memeranjatkan kita. Tanpa kemudahan sedemikian di negeri ini telah membawa kesan
atau pengaruh negatif terhadap pembangunan ekonomi negeri. Negeri Perak telah
kehilangan satu tarikan untuk menggalakkan pelabur asing membuat pelaburan di sini.
Saya juga difahamkan bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mendapat balik
kemudahan penerbangan di negeri ini. Pada pendapat saya kerajaan negeri boleh
tengok balik terhadap cadangan untuk memanjangkan landasan di lapangan terbang
Ipoh supaya kapal terbang yang berkapasiti besar dapat mendarat di lapangan ini.
Rakyat jelata negeri memang berharap kemudahan pengangkutan jenis ini akan hidup
balik dalam tempoh yang terdekat demi kepentingan pertumbuhan ekonomi negeri.

Menerusi pembuangan sampah sarap, merupakan satu perkara yang tidak boelh
dipandang ringan. Sampaha sarap yang semakin menambah pada setiap hari di
merata-rata tempat dalam negeri ini akan mendapatkan masalah baik dari segi
kesihatan rakyat mahupun dari segi ekonomi. Kerajaan Negeri terpaksa menggunakan
jumlah bahagian yang besar pendapatan untuk melupuskan pembuangan sampah
sarap. Satu perancangan jangka panjang serta sempurna harus diadakan. Cara
pelupusan sampah sarap perlu dipertingkatkan seperti menggantikan pelupusan
sampah sarap secara terbuka di tanah lapang dengan cara pelupusan yang tertutup
yang serba moden untuk mengurangkan wujudnya sampah sarap agensi-agensi
kerajaan lain serta badan sukarela digalak membantu kerajaan negeri mempromosikan
program kitar semula. Jika program ini mendapat sambutan yang baik dan rakyat jelata
sudah tentu sampah sarap ini, di negeri ini akan menjadi kurang.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, baru-baru ini Kerajaan Negeri telah
mengumumkan bahawa terdapat banyak tanah kosong akibat luput tempoh pajakan
perlombongan. Saya berharap kerajaan negeri boleh memberi pertimbangan kepada
peneroka tanpa izin untuk memperolehi pajakan sementara melakukan aktiviti pertanian
di tanah bekas lombong itu. Dengan cara sedemikian, ia bukan sahaja dapat mengatasi
pembaziran tanah malahan ia akan dapat membantu peneroka tanpa izin mendapatkan
rezeki hidup.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sungguhpun negeri ini menghadapi banyak
kegagalan dalam pembangunan ekonomi tetapi jika pihak memerintah negeri ini dapat
melaksanakan segala projek dengan hati ikhlas serta sentiasa perihatin terhadap
perasaan rakyat negeri maka, saya yakin rakyat negeri ini sudah tentu tidak akan seperti
kacang lupakan kulit. Dan sebaliknya mereka akan terus memberi sokongan kepada
Kerajaan Negeri. Kita juga berdoa semoga 2004, 166 projek RMK9 di Negeri Perak
akan dapat dilaksanakan dengan licin dan sempurna dan seterusnya membawa
manafaat kepada setiap rakyat di negeri ini. Dengan ini saya menyokong bajet tahun
2007. Sekian.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Pasir Pinji.




                                          68
Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG:                Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.      Saya
mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua atas peluang untuk
membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2007 dalam Dewan yang
mulia ini. Pertamanya, saya ingin menyatakan sebagai seorang wakil rakyat kita patut
menyuarakan hasrat rakyat yang diwakili oleh seseorang wakil rakyat tersebut. Jadi
saya ingin bangkitkan meminta laluan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat
Teja.    Pada hakikat sebenarnya peneroka-peneroka tidak membantah premium
RM4,000 yang dikenakan. Mereka sudi membayar premium tersebut bukan mereka
kata premium ini terlalu tinggi. Tapi apakah yang mereka bantah adalah hakikatnya apa
yang mereka akan beri hanya satu pajakan kecil iaitu yang merupakan satu sewaan
sahaja. Ia memang sewaan 30 tahun tapi itu hanya satu sewaan mereka tidak memiliki
tanah itu walaupun membayar premium RM4,000 tersebut. Itulah bantahan mereka,
mereka bukan membantah RM4,000 mereka membantah kenapa tanah tersebut tidak
boleh diberikan kepada mereka dan dimiliki oleh mereka. Terdapat satu pajakan yang
berada di tepi mereka diberi pajakan 99 tahun. Mereka bukan membantah pemberian
tersebut. Tapi kenapa boleh diberi kepada sesuatu pihak, peneroka-peneroka tidak
boleh diberikan pajakan untuk dimiliki dan bukan untuk disewa itulah isu yang sebenar.
Saya rasa kita patut menyuarakan hasrat dan apa permintaan mereka yang sebenarnya.
Itu amat penting dalam Dewan yang mulia ini.

Y.B. ENCIK HO WAI CHEONG: saya rasa Yang Berhormat Pinji mendapat maklumat
yang tidak betul. Saya ingat bagi bukti sikit.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Yang Berhormat Pinji sila teruskan.

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG: Kalau Yang Berhormat Teja nak tenguk perjanjian itu
saya boleh bekalkan sekarang juga. Sesiapa nak tengok perjanjian itu boleh, ada di sini
yang dihantar oleh Peguam SADC pada peneroka tersebut. Perjanjian itu ditolak
mereka tak nak kerana itu adalah perjanjian untuk sewaan dengan harga RM4,000 itu.
Kalau nak boleh jumpa dengan saya, saya akan bekalkan.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Jangan buang masa lagi.

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG: Di dalam enakmen perbekalan 2007 kita boleh lihat
lebih kurang 60 juta telah diperuntukkan untuk Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah dan
juga Pejabat Pengarah PTG dalam Negeri Perak ini adalah satu jumlah yang cukup
agak besar tapi saya berharap Pejabat-Pejabat Tanah ini menjalankan tugas-tugas dan
projek-projek yang dilaksanakan mereka dengan saksama dengan secara tulusnya dan
mestilah seharusnya bertanggungjawab saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
menanya Kerajaan Negeri samada langkah-langkah pemantauan diambil untuk
memastikan bahawa projek-projek yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan PTG ini
memang membawa manafaat kepada warga negeri Perak. Saya ingin memberitahu
Dewan yang mulia ini bahawa cara atau kriteria Pejabat Tanah dalam pelaksanaan
Rancangan Kampung Tersusun terdapat kelemahan amat ketara di mana peserta-
peserta telahpun menjadi mangsa kes penipuan oleh Pemaju di dalam projek ini Dato’
Yang DiPertua, ada segolongan peserta projek perkampungan tersusun Simpang
Seputih Mukim Sg. Terap telah mengalami kerugian di mana Syarikat Pembinaan Sri
Bangsawan yang telah dilantik oleh Pejabat Tanah Daerah Kinta telah melaksanakan
projek RPT tersebut mengambil kesempatan untuk mengutip dan menerima wang
daripada peserta-peserta sebelum kelulusan diberikan oleh Pejabat Tanah. Malahan




                                          69
pemaju ini telahpun mengutip RM25,000 setiap lot tanah, padahal harga yang telah
ditetapkan oleh Pejabat Tanah hanya 15,000 satu lot. Dengan cara penyelewengan
telahpun menerima wang dari peserta-peserta dan resit-resit telah dikeluarkan oleh
pemaju tersebut. Dengan jelasnya tertulis lot-lot peserta kononnya akan dibagi dengan
pemberian RM25,000 tersebut. Tapi setelah menunggu selama lebih 3 tahun, barulah
peserta ini sedar mereka telah ditipu oleh pemaju tersebut kerana lot-lot tersebut
kononnya dibeli oleh mereka tidak diluluskan oleh Pejabat Tanah keseluruhannya lebih
kurang 450,000 telahpun diambil oleh pemaju ini untuk lot tanah yang tidak wujud.

Dalam kes yang sebegini Dato’ yang DiPertua, saya rasa Pejabat Tanah patut dan
haruslah bertanggungjawab ke atas penyelewengan yang telah berlaku kerana projek ini
adalah projek Pejabat Tanah dan dikendalikan oleh Pejabat Tanah kenapakah Pejabat
Tanah tidak boleh bertanggungjawab bila kes begini berlaku. Walaupun laporan polis
telah dibuat terhadap pemaju tersebut pada 17 Jun 2006 saya difahamkan bahawa tiada
sesiapa daripada syarikat tersebut telahpun disiasat oleh pihak polis, beliau masih
berada di Ipoh dan seringkali memberi alasan-alasan remeh untuk tidak membayar balik
atau bertanggungjawab ke atas wang yang dikutip oleh beliau.

Dato’ Yang DiPertua, kenapakah kes-kes sebegini boleh berlaku? Sedangkan ini adalah
projek Kerajaan Negeri?

Y.B. DATO’ RAMLY BIN ZAHARI: Dato’ Yang Dipertua., boleh mencelah?

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Silakan.

Y.B. DATO’ RAMLY BIN ZAHARI: Boleh sebutkan peruntukan yang mana yang boleh
digunakan oleh Pejabat Tanah untuk menahan dan menangkap penyelewengan ini?

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG: Saya bukan kata untuk menangkap mereka tapi
sekurang-kurangnya daripada pihak Kerajaan Negeri tindakan diambil terhadap pemaju
sebegini. Membenarkan mereka menjalankan...

Y.B. DATO’ RAMLY ZAHARI: Di bawah peruntukan mana tindakan itu, tindakan yang
penyelewengan mengutip wang....

Y.B. ENCIK NGEH KOO HAM: Beri laluan saya nak tolong..

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Pinji... Pinji bagi laluan...

Y.B. ENCIK NGEH KOO HAM: Dato’ Yang DiPertua, ini kes...

Y.B. DATO’ RAMLY BIN ZAHARI: Dato’ Yang DiPertua, saya bertanya Pinji...

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Ok, sila Pinji jawab...

Y.B. ENCIK NGEH KOO HAM: kita minta lalu, kita DAP..kalau boleh tolong..saya
pengerusi badan peguam DAP jadi saya tolonglah..kalau pihak Kerajaan nak dapat
nasihat peguam kita sudi memberi khidmat percuma dalam kes yang telah dijelaskan
oleh Yang Berhormat Pasir Pinji jelaslah penipuan dan di bawah kanun keseksaan jelas
siapa-siapa yang (dengan izin), “miss are percent” ataupun menyamar diri bagi pihak




                                         70
Kerajaan sudah tentunya menjadi satu kesalahan dan banyak lagi seksyen-seksyen
yang boleh kita guna jadi kalau ada penipuan, mereka yang menyamar mewakili
Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri mesti mengambil tindakan supaya polis tangkap
mereka dengan segera.

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG: Terima kasih Yang Berhormat Sitiawan, itulah yang
saya ingin nak jelaskan. Bila ada kes ini berlaku Pejabat Tanah atau Kerajaan Negeri
mesti bertanggungjawab sekurang-kurangnya buat laporan polis atau tindakan apabila
kejadian telah dimaklumkan kepada Pejabat Tanah. Saya telah pergi ke Pajabat Tanah
2 tiga kali tiada apa-apa....

Y.B. DATO’ NADZRI BIN HJ. ISMAIL: Minta Laluan. Yang menjadi mangsa pada
kejadian tersebut adakah mereka membuat laporan kepada polis? Nak tanya..

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG: Sekiranya Yang Berhormat Manjoi dengar dengan
teliti saya telah beri tarikh tersebut 17 Jun 2006 telahpun membuat laporan polis.

Y.B. DATO’ NADZRI BIN HJ. ISMAIL: Kalau macam itu apa masalah lagi? Maknanya
apabila telah dibuat kepada laporan polis maka tindakan boleh dikenakan, apa kena
mengena dengan Pejabat Tanah..tak ada kena mengena..Pejabat Tanah tak ada
kuasa..

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG:            Itulah masalah saya bawa ke Dewan ini.        Kita
menyuarakan...

Y.B. DATO’ NADZRI BIN HJ. ISMAIL: Hanya tidak ada kena mengena dengan Pejabat
Daerah dan Tanah itu sahaja..

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG:           Pejabat Tanah bertanggungjawab sebab mereka
berhak dalam projek ini...

DATO’ YANG DIPERTUA: OK. Pinji teruskan...

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG: terima kasih Dato’ Yang DiPertua, ini menunjukkan
sangsian yang telah timbul terhadap imej Kerajaan. Ini patut diperbetulkan adakah
sesiapa akan mempercayai projek Kerajaan jika perkara ini berlaku dan tiada apa-apa
tindakan diambil, apakah mesej kita akan hantar kepada pelabur asing? Kita war-warkan
pelabur asing datang ke sini, kejadian ini berlaku kepada warga sendiri ini tidak boleh
berlaku kalau kita nak satu negeri Perak maju menjelang 2015. Saya berharap
Kerajaan Negeri menyiasat kes ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya dan
sekurang-kurangnya mengambil membuat laporan polis terhadap pemaju ini, adakah
pihak Kerajaan terlibat dalam penipuan ini? Kita nak tahu, kita nak tahu peserta-peserta
nak tahu yang telahpun mengalami kerugian lebih kurang setengah juta...mereka nak
tahu ini semua orang-orang tua bukan pemuda-pemuda yang masih bekerja. Dah 60-70
tahun Nak beli tanah untuk persaraan mereka, kini ditipu mereka. Harap Kerajaan akan
bertanggungjawab atas isu ini, saya ada satu cadangan untuk mengelakkan kes ini
berlaku pada masa depan samada pihak Pejabat Tanah mengambil alih kontrol dalam
transaksi seperti ini sebab kalau Pejabat Tanah yang mengambil “the whole project”,
mungkin kejadian ini tak akan berlaku. Sebab pejabat tanah akan terlibat secara
langsung. Sekarang mereka katakan ini projek Pejabat Tanah bolehlah beli jangan




                                          71
khuatir tak apa geran akan dikeluarkan dalam 2 bulan atau 3 bulan. Sebab nama
Kerajaan negeri digunakan. Tak ada sebab alasan kenapa peserta-peserta patut
mencurigai projek-projek Kerajaan. Oleh itu, saya berharap tindakan mestilah diambil
dalam kes sebegini janganlah kita katakan oh..ini kes swasta melibatkan tindakan civil
tidak terlibat dengan kami. Itu satu anggapan ataupun tindakan yang tidak betul.

Dato’ Yang DiPertua, dalam sektor ICT, Yang Amat Berhormat telah mengumumkan
bahawa untuk tahun depan Kerajaan Negeri akan membelanjakan RM20 juta untuk
perkembangan ICT dalam negeri kita. Ini adalah amat perlu untuk kita mengembangkan
sektor ICT memandangkan dunia sedang dalam proses globalisasi dan tiada ICT kita
tidak akan maju, itu satu hakikatnya. Tapi apa yang saya khuatir usaha Kerajaan Negeri
sendiri sahaja tidak akan berjaya sebab faktor utama yang akan menghindarkan kita
adalah servis “providor”. Kerajaan Pusat hanya membenarkan satu servis “providor”
iaitu tiada syarikat lain yang dibenarkan untuk menjalankan ataupun membenarkan
syarikat lain menjalankan servis “providor” internet ini. Monopoli ini adalah tidak baik
seperti apa yang kita tahu dalam Dewan ini dari hari Isnin hingga hari ini kebanyakan
komputer tidak dapat “acsess to internet”. Kita tidak dapat “connect” ke “Internet
because sevice providor”......jadi itu satu fakta yang penting saya harap Kerajaan negeri
akan berusaha untuk “to convince” dengan izin Kerajaan Pusat bahawa untuk
memajukan ICT kita tidak boleh buat dengan sendiri. Semua agensi-agensi Kerajaan
juga perlu bekerjasama sebagai misalannya Pejabat Tanah ada komputer dan
ICT...saya nak tanya bolehkah kita buat carian tanah geran tanah dengan komputer?
Secara online? Ini semua boleh kita lakukan adakah kita melakukannya? Kita masih
pegi ke pejabat tanah dan kalau di Sitiawan kita kena datang ke Ipoh untuk buat carian.
Kalaulah Jabatan Insolvensi boleh buat carian online pada masa kini, kenapa Pejabat
Tanah tidak boleh? Kita telah belanjakan wang berjuta-juta untuk kemudahan internet
dan komputer ini. Apakah masalah untuk kita bergerak lebih cepat ke depan. Ini saya
harap Kerajaan Negeri dapat mengkajikannya dan agar satu langkah ataupun tindakan
yang diambil untuk menyenangkan proses urusniaga dengan Pejabat Tanah ataupun
PTG. Semua banyak perkara-perkara kita boleh buat secara online sekarang tapi
adakah kita menggunakannya ataupun menggalakkannya saya rasa kita tidak. Seperti
contoh, Majlis Bandaraya Ipoh pada tahun 2004 telah melancarkan Program I-demos.
Ini satu program yang bagus. Di mana dikatakan, program ini adalah untuk interaksi
dengan Majlis Bandaraya. “So an active and healthy interaction with MBI”. Program ini
telah dilancarkan oleh Datuk Bandar sendiri ketika beliau sebagai seorang Setiausaha di
Majlis Bandaraya pada Julai 2004 tapi pada hari ini apa terjadi pada program ini? Kalau
program ini dapat dilaksanakan warga kota Ipoh, boleh berinteraksi dengan DBI dengan
senangnya bila-bila masa. Tapi kenapa program ini terhenti, sekarang kalau nak
“search online website” ini sudah berhenti. Jadi apa yang saya hendak katakan, kita
patut melonjak ke depan dari segi sektor ICT tapi kita tidak boleh semata-mata
mengatakan oh kita sudah ada kemudahan itu sudah. Tidak boleh, kita semua mesti
bertekad untuk menjadikan Perak sebenarnya-benarnya satu K-State menjelang 2010.
Tanpa kerjasama kesemua pihak yang terlibat dan penekanan daripada Kerajaan
Negeri, saya rasa usaha kita untuk menjadikan K-State menjelang tahun 2010 tidak
akan berjaya.      Banyak lagi masalah-masalah yang perlu kita mengkajikannya,
pertimbangkannya. Sebab kalau agensi persekutuan seperti Mahkamah, adakah kita
boleh berurusniaga dengan Mahkamah secara online? Tidak. Jadi bagaimana kita
boleh jadi K-State, kita ada kemudahan “wirelesslah, broadbandlah”, sedangkan ada
agensi kerajaan kita tidak boleh berusaha. Di negara-negara maju seperti Singapura,
mereka telah “online” semua. Nak dapat boring pun boleh muat turun dalam “website”




                                           72
mereka, senang saja. Jadi haraplah kita ambil iktibar ini untuk menjayakan Negeri
Perak sebagai satu negeri yang betul-betul K-State menjelang 2010.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
menimbulkan satu isu yang amat penting untuk keselamatan awam di dalam negeri kita.
Pada 7 November yang lalu di Km 40, Jalan Simpang Pulai, Cameron Highland terdapat
satu kejadian tanah runtuh yang amat membimbangkan. Sebab kenapa ia amat
membimbangkan adalah kerana tanah runtuh ini bukan akibatkan kerana alam
semulajadi, ia dipercayai, saya difahamkan terjadi kerana kerja-kerja yang dijalankan
oleh JKR di tempat tersebut tidak mengikut ciri-ciri keselamatan yang patut diambil.
Dalam kejadian tersebut, sebuah traktor telahpun tertimbus dalam landskap ataupun
tanah runtuh itu dan tanah runtuh itu saya dipercayai berlaku kerana bukit yang dipotong
itu, dipotong dari bawah dan bukannya dari atas. Memang tidak logik apabila awak
memotong dari bawah, apa yang ada di atas akan runtuh. Saya faham itulah kejadian
yang menyebabkan tanah runtuh di KM40 pada 7 November ini. Jadi berharap pihak
Kerajaan Negeri menyiasat kes ini dan saya percayai, sedangkan kerja-kerja ini
dijalankan di situ, jalan raya tersebut, ataupun tempat tersebut tidak ditutup. Kenderaan
awam masih berulang lalu, berulang-alik di kawasan tersebut dan ini agak amat
membahayakan sekiranya berlakunya tanah runtuh ketika seperti kalau ada bas awam
yang berlaku disitu, imagine dengan izin, bayangkanlah apa yang akan terjadi. Ada
gambar, tengok gambar bas sedang berlaku di kawasan itu, tiada halangan. Kenapa
ciri-ciri keselamatan ini tidak diambil? Saya ingin menanya wakil Kerajaan Negeri dan
harap wakil Kerajaan Negeri dapat menjawab isu yang dibangkitkan ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan ialah,
menjelang tahun depan iaitu Malaysia Visit 2007 adalah Visit Malaysia 2007 ia hanya
satu bulan dari sekarang. Saya hendak tanya adakah kita sedia, adakah apa-apa
persiapan dibuat untuk menyambut, menyahut cabaran ini. Saya rasa kita perlu meneliti
semula, banyak perkara-perkara kita hanya sebut sahaja. Oh tahun depan ialah Golden
Celebration, kita ada Visit Malaysia 2007, tapi apakah tindakan yang diambil untuk
mempromosikan Perak sebagai satu destinasi pelancongan? Sebelum kita
mempromosikan destinasi pelancongan Perak sebagai destinasi pelancongan, kita juga
meneliti apa yang kekurangan dalam negeri kita seperti Bandar Ipoh, pusat
perkhidmatan bas awam di kawasan Ipoh adalah amat memalukan. Saban hari kita
boleh lihat bas rosak, bas mengeluarkan asap hitam. Adakah apa-apa tindakan untuk
membaikikan keadaan itu? Bas-bas yang menjalankan perkhidmatan awam di dalam
kawasan Ipoh ini saya percayai bolehlah dibaiki dengan banyaknya. Ada banyak ruang
untuk membaikinya. Jadi berharapkan ke semua ini, kita perlu membaikikan terlebih
dahulu sebelum menarik pelancongan ke negeri kita. Saya rasa adakah masa untuk
kita berbuat demikian? Satu lagi adakah kita mempromosikan keunikan Ipoh ataupun
Negeri Perak ini. Seperti di Ipoh, Gunung Batu Kapur adalah satu keunikan, adakah kita
mempromosikan itu? Apa yang boleh kita lihat, gunugn-gunung ini telahpun apa itu
“being cut, in English” dengan izin “it being raped”.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:            Dipotong.

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG:        Jadi haraplah kita mengambil langkah-langkah
yang positif untuk mempromosikan kita negeri kita untuk menyahut “Visit Malaysia Year”
2007. Taman-taman rekreasi sepertimana Kuala Sepetang mengatakan Taman D.R.
sebelum menukar namanya kita harus lihat keadaan tersebut. Lampu-lampu di




                                           73
kawasan tersebut tidak berfungsi malam. Banyak, kenapa tidak ada penyelenggaraan
yang baik?     Ada Taman Jepun kita ada di Jalan Tambun dulu, adakah kita
selenggarakan dengan baik.        Ini adalah tempat-tempat yang boleh menarik
pelancongan. Seperti Sam Poh Tong, seperti Y.B. Simpang Pulai telah menimbulkan
dalam soalannya, jalan raya “leading to” kepada tempat tersebut amat berkeadaan
buruk, amat buruk. Kenapa tidak ada langkah untuk menjadikan ianya satu tempat di
mana kita boleh berbangga dan rakyat asing boleh datang tengok keunikan Ipoh.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan di sini
adalah kebajikan ataupun keadaan Orang Asli di negeri kita, terutamanya di kawasan
Kg. Sejam, Simpang Pulai. Kemudahan asas, walaupun ianya hanya 2 km daripada
tiang elektrik yang terakhir tiada langkah untuk menyediakan kemudahan elektrik
kepada Kg. Sejam tersebut? Aduan-aduan telahpun dibuat, tiada langkah diambil. Ada
kes di mana Kg. Ulu Beruntung telahpun saya bangkitkan dan saya jumpa dengan wakil
kerajaan. Mereka telahpun dieksploitasikan, bagaimana caranya hanya sebab kerana
ketua JKKK tidak berminat untuk menjaga atau membela nasib mereka. Dia telahpun
menandatangani satu memorandum dengan satu syarikat yang lain, yang mana syarikat
ini, syarikat “2 dollar company”, dengan izin telah memasuk perjanjian untuk menoreh
getah harta pusaka mereka dan bayangkanlah mereka hanya dibayar RM0.25 sen satu
pokok sebulan. Dan daripada RM0.25 sen ini Ketua JKKK mengambil RM0.10. Adakah
ini membela ataupun menjaga kepentingan nasib orang-orang Asli ini. Saya rasa
Jabatan Hal Orang Asli bolehlah mengambil tindakan yang lebih aktif untuk membantu
mereka. Ada kejadian sebegini mereka patut bertindak. Saya percaya ada undang-
undang yang melindungi Orang-orang Asli ini sebab sebarang perjanjian seperti saya
difahamkan antara Orang Asli dengan orang luar tidak boleh berkuatkuasa. Hanya
orang Asli atau JHEOA boleh membuat perjanjian. Kalau perjanjian ini tidak sah kenapa
JHEOA tidak membantu Orang Asli di Kampung Ulu Beruntung untuk memberhentikan
kegiatan penorehan ini? Bantuan perlu diberikan kepada mereka.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:           Panjang lagi ke?

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG:            bangkitkan saya sini akan mendapat perhatian
Kerajaan Negeri dan tindakan yang sewajarnya diambil. Dan sebelum saya mengakhiri
perbahasan saya sini, saya ingin mengambil kesempatan hari ini untuk meluahkan rasa
sedih, takut pun ada sedikit tapi tidak begitu takut seperti Y.B. Jelapang. Sedih kenapa
sebab kita semua adalah wakil-wakil rakyat dalam dewan ini perbahasan kita adalah
terbuka. Ada apa yang tidak menyenangkan kita bahaslah dengan budi bahasa dan
jangan bertindak secara kasar. Kita ada Perintah Tetap ini, apa gunanya untuk to
ensure, memastikan persidangan ini berjalan dengan lancar. Buat apa kita nak
mengamuk nak jadi hero, nak jadi hero pergi luar jangan di dewan yang mulia ini.
Mengamuk ini buat apa? Apa boleh dicapai, hanya memalukan kita sendiri. Saya rasa
kita semua harus bersama dalam mengutuk tindakan yang tidak boleh kita terima ini.
Oleh yang demikian, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya berharaplah
terutamanya seorang yang lebih senior daripada saya, tunjuklah satu teladan kepada
kita. Jangan mengamuk dan menjerit-jerit, melompot-lompat macam apa.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:           Jangan jolok sarang tebuan.

Y.B. ENCIK SU KEONG SIONG:        Kita tidak, apa isu yang kita bangkitkan adalah
demi rakyat, kalau yang pihak sebelah nak balas boleh. Tadi seperti Y.B. Teja tidak




                                          74
memberi peluang kepada saya tak apa saya tak jerit. Ambillah peluang sendiri. Kita
haruslah menghormati Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dan juga Perintah Tetap
ini dan sekian terima kasih.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:            Ok, Temenggor.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN:               Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua,
terima kasih kerana memberi kebenaran untuk saya bersama membahas Belanjawan
2007 pada tahun ini. Belanjawan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri
Besar sebenarnya pada tahun ini berbeza daripada tiga tahun yang sudah. Kerana
pada tahun ini belanjawan yang dibentangkan bersamaan dengan sumbangan RMK-9
yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan juga peruntukan yang dibuat oleh Kerajaan
Negeri. Cuma yang saya pertikaikan sedikit ialah pada tahun ini kita defisit. Dalam
menggambarkan defisit yang dibuat oleh Kerajaan Negeri, sama ada kerajaan kita
cekap ataupun tidak cekap. Dari segi cekap, konon-konon kita hendak membantu
rakyat tetapi duit tak ada tapi kita tunjuk jugak belanjawan, peruntukan belanjawan, ha
itu kita nampak cekap. Yang tak cekap, seolah-olah kita nak tutup, dalam masa yang
sama kita hendak membangunkan negeri. Cuma saya mintak, pihak Kerajaan Negeri
lihat semula, walaupun dari segi isi kandungan amat baik, lihat semula dari segi bajet
yang dibuat pada tahun ini, pengiraan macam-macam, saya kira saya nampak defisit
RM37 juta. Tapi walau bagaimanapun, cadangan saya supaya Kerajaan Negeri
pertimbangkan juga bagaimana hendak menambahkan hasil iaitu sebahagian besarnya
hasil yang boleh dikutip oleh Kerajaan Negeri ialah melalui Pejabat Tanah dan Galian.
Dimana kita ada sembilan Daerah dan kita dapati, mesyuarat tanah akan ditunjuk
perkembangan-perkembangan yang mana hasil tertunggak banyak tak dibayar. Maka
setiap pejabat tanah perlu mencari jalan supaya hasil-hasil yang tak dapat dikutip untuk
dikutip. Kerana dengan ini boleh menambah hasil pendapatan Kerajaan Negeri. Dalam
masa yang sama Kerajaan Negeri melalui EXCO telah meluluskan banyak Rancangan
Kampung-kampung Tersusun. Saya berpendapat kerana saya nampak ada dua tiga
kes. Di pejabat-pejabat tanah masih ada Rancangan Kampung Tersusun, rancangan
tanah-tanah yang dianugerahkan kepada rakyat masih belum dibuat proses, yang
akhirnya kerajaan rugi dari segi kutipan pembayaran premium dan juga hasil tiap-tiap
tahun. Saya boleh bagi satu contoh kes tanah di Gerik, diluluskan pada tahun tak silap
saya 1991 sehingga bila kita tengok tahun ini maknanya rugi 800 ekar kita boleh bagi
pada peserta berapa kutipan yang kita boleh masuk pada pejabat tanah. Pada
sebahagian besar kita tengok belanjawan ini, pendapatan untuk Kerajaan Negeri Perak
sebahagian besar datangnya daripada hasil yang dipungut oleh pejabat Tanah dan
Galian Negeri di Perak. Maka di sini, kerajaan negeri mesti bagi penumpuan kepada
pejabat Tanah dan Galian. Timbul pelbagai persoalan, ada kata geran palsu, dan
bermacam-macam benda lagi. Maka kerajaan kena selesaikan masalah-masalah ini.
Hasil pasir ini yang kita dengar orang ini dapat tanah tiba-tiba bila pergi tengok tanah,
tanah tadi telah jadi kolam kerana orang curi pasir jual ke negeri lain. Kita buat dasar
ketat, tak boleh jual pasir keluar negeri, tetapi rakyat-rakyat yang berada dalam negeri
ini agak bijak pandai nak mendapat mudah keuntungan, mudah dapat wang, mereka
jual pasir keluar. Sebab, bila kita bagi tau penguatkuasa tak ramai. Kalau di daerah
takut kena tunggu daripada penguatkuasa dinegeri baru boleh dibuat tindakan. Maka
saya mencadangkan supaya satu tindakan samada kekurangan penguatkuasa di PTG
ini kita tambahkan samada tetap atau kontrak, dan juga pelaksanaannya. Kerana kita
rugi banyak. Pengeluaran hasil batuan dan pelbagai lagi, jadi kerana itu saya mohon
tindakan daripada Kerajaan Negeri supaya memikirkan bagaiman hasil melalui PTG tadi




                                           75
boleh ditambah. Satu lagi, hasil Kerajaan Negeri yang saya nampak merugikan ialah
pembalakan. Pembalakan bila nak dibangunkan satu kawasan baru pembangunan
kawasan baru, hasil pembalakan tadi dapat pada kompeni-kompeni yang memohon
kawasan pembalakan. Apa salah kerajaan memikirkan cara kalau dah kita tunjuk defisit
perbelanjaan mana kekurangan hasil dalam Kerajaan Negeri apa salahnya kita buat
sistem tender peruntukan hasil jual kayu tadi kita masuk balik kepada pembangunan di
kawasan di mana kita keluarkan kayu tadi.               Sebagai contoh, saya pernah
mencadangkan pembangunan di mana keluarga tertinggal di Kg Ganda bersama
dengan ADUN Kenering dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang mendapat
hasil pembalakan tadi wang dalam pembalakan tadi masuk balik kepada tabung
pembangunan tanah tersebut. Maka mulai daripada sekarang, saya mencadangkan
kepada Kerajaan Negeri setiap kawasan pembukaan ladang-ladang rakyat atau mana-
mana kawasan hutan simpan yang ditukar kepada pembangunan pastikan hasilnya kita
masuk dalam tabung tadi untuk pembangunan setempat. Bukan kita bagi kepada orang
lain mereka seolah-olah cuma dapat sekeping kertas menjadi kaya raya tapi lupa diri tak
nak membangun negeri kita balik. Dalam pada itu, tambahan pegawai penguatkuasa
tadi sama juga di hutan. Berlaku di Hulu Perak. Adalah NGO dan pelbagai pihak buat
lawatan ke hutan Temenggor. Buat report kepada hutan, pencemaran sungai,
pengawalan apa semua ini pada saya kalau ditanya pandangan saya. Segala masalah
kemusnahan yang berlaku ini datang kesalahan itu datang daripada kita. Kerana kita
ada penguatkuasa. Pembalak dia dapat tanah anugerah, tetapi penguatkuasaan kita
macam mana. Di sinilah saya minta kalau PTG kurang penguatkuasaan, di pejabat
hutan juga kita tambah pegawai penguatkuasa dengan harapan mereka yang menjadi
penguatkuasa ini akan memantau dan memastikan supaya hasil-hasil kayu tadi dapat
dijalankan dengan baik dan kita tak mau terjadi macam di Taman Temenggor, di hutan
Temenggor, bunga apa tu yang nak sebut pun payah, bunga bakawali ke apa tu,
bunganya saya dah terlupa namanya tu … bunga pakma. Wakil daripada Larut lebih tau
daripada saya … bunga pakma. Jadi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 juga, tak
nampak banyak yang datang ke Negeri Perak juga. Tapi satu yang ditekan,
Pembangunan Koridor Utara, yang kita nampak pembinaan jambatan yang kedua di
Pulau Pinang dan konon-konon nak bagi sedap kata, pada rakyat Negeri Perak,
pembangunan ini menguntungkan di Utara Negeri Perak. Persoalannya sehingga ke
hari ini, saya yakin semua ahli dewan pun tak nampak. Apa perancangan daripada kita
kerajaan negeri daripada UPEN ke di Bagan Serai, di Parit Buntar di Utara katanya, di
tempat saya, Hulu Perak, Kroh, Gerik, Lenggong, di Padang Rengas tak nampak. Kita
mintak. Saya mencadangkan dalam dewan pada hari ini pegawai-pegawai kita
bersama-sama dengan kita wakil rakyat fikirkan peruntukan yang banyak daripada
Rancangan Malaysia Yang Ke-9 ini bagaimana boleh dimanfaatkan di utara kita ini.
Dalam pada itu, saya juga nak bercakap pasal pembangunan di Gerik. Saya berterima
kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan 50 juta untuk menyudahkan jalan
daripada Gerik ke Kulim. Kalau saya rujuk balik pada tahun sudah, wakil kerajaan bagi
tahu jalan ini akan siap awal tahun ini. Bila saya tanya JKR hujung tahun ini atau tahun
depan. Bila saya perhatikan tak tahulah. Sape klentong sape. Jadi saya minta dengan
peruntukan 50 juta ini jalan Gerik – Kulim sekurang-kurangnya pada hujung tahun ini
atau pun awal tahun depan akan disiapkan. Satu permasalahan, saya pun tak faham.
JKR bila bawak pemantauan projek di Gerik, saya bagi contoh, pembesaran jalan
daripada Gerik lebih kurang dalam dua kilometer, projeknya dibuat dengan tak berapa
elok. Jalan beralun. Kalau naik kereta dia rasa macam naik kuda. Begitu juga jalan
Gerik – Kulim ni tak berapa elok. Apakah Hulu Perak ini duduk dikawasan hulu maka
JKR pun agak ah tak apelah cincai je dengan orang Hulu Perak. Saya minta JKR




                                          76
pantau, kalau ditempat lain jalan cukup elok, maka pembinaan di Hulu Perak khususnya
di Gerik, di Keroh pun mesti elok macam tempat-tempat lain. Waktu cuti baru ini, saya
berkesempatan pergi ke Selama, kampung orang rumah saya. Jalan yang buat di
Selama start di Kubu Gajah nak masuk ke Jalan Selama cukup elok. Sedap kita naik
kereta. Walau pun Y.B. Jefri daripada Kubu Gajah rasa tak elok tapi saya rasa cukup
elok pasal rasa di Gerik lagi tak berapa elok.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:          Taman Selama buat kot?

Y.B. TUAN HJ. MOHD. TARMIZI BIN IDRIS:               Minta laluan.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN:            Boleh.

Y.B. ENCIK ABD. MUHAIMIN BIN ABD. RAHMAN:            Yang Berhormat, adakah
berpuashati dengan laluan jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik khususnya di pekan
simpang ke pekan Lenggong?

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:           Nanti eloklah.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN: Terima kasih. Jalan Sauk ke Lenggong
duduk dalam Hulu Perak. Macam itu juga tak elok. Seminggu sebelum raya satu bas
ekpress tak tau, saya pun pelik macam mana engineer punya terror di jalan Sauk –
Lenggong tak nampak jalan. Eksiden, drebar dia mati. Masa tu saya ada di Gerik
bersama Y.B. Kenering. Kami ingatkan Perak Roadway, rupanya bas daripada Betong,
Bentong Pahang. Dia tak berapa tahu nasib baik drebar dia mati, penumpang tak mati.
Bermakna, pasal apa gelak pulak tu? Penumpang-penumpang tak mati, meninggal
dunia le. Tapi maknanya jalan ceritanya ialah pembinaan jalan tadi tak elok. Tak tahu
le tuan-tuan, ADUN-ADUN, tuan-tuan yang berada di dalam dewan boleh tengok jalan
ke sana. Boleh kita nilai. Kadang-kadang itu saya buat kesimpulan. Jalan daripada
Sauk ke Lenggong, jalan Gerik dulu, ni sekarang pulak dia mari jalan Gerik – Kulim.
Mula-mula saya berperang dengan kontraktor Indrapuri. Saya kata kontraktor gengstar.
Jadi ikut dan je. Dia nak sodok rumah Majlis Daerah dulu gerai

Y.B. ENCIK ABD. MUHAIMIN BIN ABD. RAHMAN:                    Dato’ Yang Dipertua, minta
laluan , boleh.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN:            Boleh

Y.B. ENCIK ABD. MUHAIMIN BIN ABD. RAHMAN:         Bagi dia rehat sikit. Antara
Kenering dan Temengor ni dia bertanya, bertanya ni, last last dapat kat Gerik
semuanya.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:… pandai … pandai…

Y.B. ENCIK ABD. MUHAIMIN BIN ABD. RAHMAN:                Tanya wakil Temenggor
setuju atau tidak sistem jalan tu. Yang kita cadangkan lebuh raya persisiran pantai ni
melalui Kuala Gula, Bagan Tiang, Kuala Kurau dan terus ke Kepala Batas.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN: Saya amat setuju sekali. Kerana saya
berkeyakinan jalan yang baik dibina di dalam Negeri Perak menyebabkan Negeri Perak




                                         77
akan dapat dibangunkan dan akan maju dengan lebih sempurna. Sambung lagi. Jalan
jugak. Ini dah kebetulan ada 50 juta, saya mintak JKR tengok baru ini di sepanjang
jalan tak ada bajet konon bila nak sambungkan dengan .. daripada jalan utama masuk
ke kampung-kampung. Ke Kampung Simpang Perah, ke Kuala Ruei, ke base camp,
jadi janganlah bagi alasan kata tak cukup bajet. Buat kita boleh adjust di mana batu
hitam tadi boleh kita sambung takkan kita buat jalan baru tak ada pertimbangan untuk
kita buat. Benda ni dah saya cakap dua tiga kali di dalam tindakan daerah. Kalau tidak
saya dah malas nak cakap dalam dewan ini. Tapi rasa-rasa tak puas hati bila tengok
jalan tu teruk, dah dua tiga kali kita cakap, jadi kita sambung balik dalam sini, maka
kerana bila saya tanya JKR Gerik JKR ini dijaga oleh JKR jalan di Ipoh. Jadi tolong,
simpang tu. Ni satu cerita katun lagi. Daripada Simpang Perah, jalan Felda Bersia tu
dibuat simpang. Yang boleh melakukan .. ada dua … satu dekat simpang Kuala Ruei,
satu lagi simpang antara Sekolah Menengah Teknik nak pergi jalan baru. Kalau kita
tengok pun dia akan boleh menjadi masalah. Begitu juga jalan daripada bulatan
kampung baru Batu 2 ke Kg. Kerunai, itu lagi kartun. Dulu jalan tu elok sekarang ni dia
tengah tu macam kawah jadi kalau datang kereta daripada depan, tak nampak. Jadi
saya minta JKR tolong perbaiki, perbetulkan benda ini. Dalam masa yang sama, R & R,
tempat rehat di Pengkalan Kubor, kita namakan Pengkalan Kubor sebelah tempat rehat
itu ada kubur cina. Di Gerik dulu kubur cina tu yang paling duduk di hutan banat. Tapi
hari ini kubur cina itu sebenarnya duduk ditengah-tengah medan. Jadi tempat rehat tu
cantik, cumanya JKR tak sudahkan kerja. Dia ada lagi yang patut boleh kita bagi
cantikkan R&R di Pengkalan Kubor. Saya berpendapat kerana itu dalam DUN saya. R
& R Pengkalan Kubor, R & R Sg. Lebih, R & R Puncak Baring. Semua ni JKR jaga.
Tapi kebersihan kurang memuaskan. Saya mencadangkan dalam dewan pada hari ini
supaya ketiga-tiga R & R ini kita serahkan kepada pentadbiran Majlis Daerah. Kalau
Majlis Daerah tak boleh jaga juga kita tak tau nak serah kepada siapa. Kerana di
Puncak Baring cukup maju. Puncak Baring makna yang pertemuan antara Kelantan
dan Grik itu di atas bukit sekali. Yang paling sejuk. Ada seorang, pengusahanya sedap
masakan tapi kelilingnya agak kurang bersih. Begitu juga jadi saya minta supaya kalau
boleh ketiga-tiga R & R ini kita serahkan kepada Majlis Daerah Grik. Dan satu lagi
dalam pemerhatian saya selaku DUN Temenggor jalan bermula daripada sempadan
Kelantan, Grik membawa ke Kulim tak ada satu pun masjid di tepi jalan. Saya dah
mengusahakan bersama-sama pemimpin di Grik untuk dapatkan satu tanah di wakafkan
lebih kurang 2.5 ekar dan tanah ini berhampiran dengan Jalan Grik Kulim tak jauh
daripada Sekolah Menengah Teknik dan ada 6, 7 apa nama itu taman, Taman MK,
Taman Batu 3, Batu 2 yang mempunyai ramai penduduk dan saya rasakan tiba
masanya kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sediakan budget untuk membina
masjid. Dulu dah diminta tapi tak ada dapat tapak, tapi saya dah usahakan dalam masa
4, 5 bulan ini untuk dapatkan budgetnya dan insyallah kalau ada peruntukan maka
masjid tersebut akan dapat dibangunkan demi untuk kemudahan penduduk setempat
dan juga orang yang menggunakan jalan daripada Kelantan hendak pergi ke Grik , ke
Penang ataupun ke Kulim dan sebaliknya, jadi kerana itu saya minta dalam RM 9 ini
dimasukkan juga iaitu pembinaan tanah, pembinaan masjid RM 1 juta.

Dato’ Yang Dipertua, di Grik juga satu pekan yang baru dalam proses membangun
tetapi kita nampak berselerak dari segi bengkel-bengkel kereta ini. Dan dalam
mesyuarat tanah kita telah bersetuju ada satu pihak nak bagi 30 ekar, ini individu
tukarkan taraf tanah tadi kepada tapak industri maka saya mengharapkan dalam Dewan
yang mulia ini kalau ada permohonan daripada Pejabat Tanah Gerik disegerakanlah
proses tersebut supaya Grik dapat pembangunan pekan Grik ini dapat disusun dengan




                                          78
baik, terancang, teratur dari mana satu masa kalau kami dah tak ada Menteri Besar
yang datang daripada situ Grik tetap akan dipandang elok akan dilihat maju sampai bila-
bila. La ni tak apalah, Dato Menteri Besar daripada Grik. Itu pun dia wakil rakyat
Pengkalan Hulu . Tapi masa depan melainkan lah kut kut dicalonkan kami menjadi
Menteri Besar juga tak tahulah kan.

Y.B. ENCIK NGA KOR MING: Boleh boleh minta laluan. Adakah Yang Berhormat
Mencadangkan Yang Amat Berhormat Pengkalan Hulu Perak terus memegang satu lagi
jawatan.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN: Itulah, Yang Berhormat tak relevant soalan
yang ditanya. Seterusnya apa nama satu lagi program yang paling besar akan
dibangunkan di Grik, tapi ini melibatkan kawasan DUN Kenering, iaitu kita nak
cadangkan apa nama tanah kawasan industri projek berimpak besar.KKLW di Air Ganda
dan sedikit Mukim Temenggo makna lebih kurang 3 ribu ekar, Kementerian Luarbandar
akan bangun untuk dibuat lebih kurang macam FELDA, tanam pokok getah, sediakan
kawasan peneroka di mana kalau berjaya program ini 400 orang apa nama ni
penduduk-penduduk miskin tegar akan di tempatkan di situ. Maksud saya bangkitkan
benda ini ialah Kementerian Pembangunan Luarbandar telah menyediakan peruntukan,
tak silap saya RM 40 juta, jadi minta perkara ini disegerakan di mana saya berpendapat
bila dibangunkan kawasan ini di belakang Kampung Ganda dia dekat menghubung di
sebelah seberang Sungai Perak untuk bertemu dalam DUN saya di Kampung
Bandariang. Hari ini penduduk-penduduk dalam DUN saya di Kampung Bandariang, di
Kampung Perah di Kampung apa nama ini di Kampung Bongok, Kampung Besiar minta
dibuat satu jambatan daripada Kuala Way menghubung seberang Sungai Perak kerana
diseberang sungai banyak tanaman pokok getah, pokok dokung dan pelbagai tanaman
lagi. Saya nampak kalau projek ini dapat dibangunkan kita boleh bina jalan daripada
kawasan sana dia tembus ke Bandariang, dengan ini selesai masalah, kita bina jalan di
sebelah sana dan kita dapat bina jambatan dan tiba masanya JKR kena buat
perancangan bila projek ini dibangunkan satu perancangan supaya jalan dibuat untuk
tembus ke Bandariang dan dalam masa yang sama cuba tengok juga dekat dengan
Sungai Siput tempat tombak Pakeh Adam, maknanya daripada Air Ganda sana dia
boleh masuk ke Sungai Siput. Harapan saya supaya dia serampang dua mata,
pembangunan boleh membantu kemiskinan tegar dalam masa yang sama boleh
membangun kawasan DUN Temenggo di sebelah Bandariang dan juga di sebelah
Simpang Perah. Dalam masa yang sama saya dah bangkitkan masalah banjir di Grik.
Saya bangkitkan sekali lagi dengan harapan saya supaya, supaya JPS jangan buat,
saya dah cerita ini sebelum banjir dulu dalam tindakan daerah dah dibangkitkan supaya
diperdalamkan sungai Hulu Kenderong, Hulu Kenderong ini kampung saya, tapi dia
duduk dalam DUN YB. Termizi, kalau tak dalam sungai Hulu Kenderong ini, pasir
banyak kan, begitu juga air hangai, Sg. Hangai kena perdalamkan supaya banjir segera
yang berlaku di Pekan Grik, walaupun Gerik berada di ketinggian yang tinggi. Jadi
kerana itu kita mintak JPS buat perancangan kerana maklumlah kalau kita tengok
sidang dewan kali ini tajuk yang paling hangat banjir, kalau orang tak pernah sebut
pasal banjir pun dia akan sebut pasal banjir juga. Dato’ Yang Dipertua.

Y. B. TUAN HAJI TARMIZI BIN HAJI IDRIS: Minta laluan. Terima kasih Dato Yang
Dipertua, berhubung dengan banjir, dalam jawapan penggulungan Yang Amat
Berhormat, pada sidang yang lalu peruntukan RM 1 juta telah disediakan . Adakah
sehingga kini pelaksanaan dilakukan oleh pihak JPS untuk Sg. Kenderong.




                                          79
Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN: Kita minta Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
jawab dalam penggulungan. Dalam pada itu, minta maaf ya, dalam pada itu apabila
siap, ini saya turun balik ya, apabila siap jalan Grik Kulim saya bimbang daripada Grik
ke Kampung Lalang membawa ke Pengkalan Hulu akan sunyi dan kita bimbang juga di
Pengkalan Hulu juga dia akan ada masalah walaupun cadangan dah dibuat kita lihat
dalam RMK 9 tidak dimasuk, susur keluar melalui Kg. Tasek di Pengkalan Hulu, kalau
dapat JKR mintak cari dapatkan peruntukan supaya ini dalam DUN Yang Amat
Berhormat Menteri Besar kerana saya berpendapat apabila jalan susur keluar daripada
Kg. Tasek menebusi jalan Grik Kulim dia akan membangunkan lagi Pengkalan Hulu
sama dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak membangunkan
dalam RMK 9 Negeri apa nama negeri di sebelah utara. Yang mana kalau daripada
Keroh ada simpang atau melalui apa nama tu tasek tadi dan terus ke jalan tersebut ke
Pulau Pinang dekatnya lebih kurang nak sampai Pulau Pinang Cuma 45 minit tapi kalau
lalu ikut Baling dia akan mengambil masa 1 jam 45 minit. Dengan kata lain
pembangunan northgate, pembangunan PGA di Pengkalan Hulu, pembangunan MRSM
semua benda ini akan membantu kalau jalan ini lagi elok. Yang mana dekatnya Hulu
Perak dengan Pulau Pinang, dekat dengan pelabuhan dan juga dekat dengan Airport.
Jadi saya berpendapat sepatutnya pembangunan yang ada di Kulim, apa nama
Hightech, dia dah penuh dah di Kulim tadi , dia akan turun pergi ke Grik, tetapi bila
dicadangkan bak cyber tadi dibuat di Meru Raya bukan buat di Grik, kalau buat di Jalan
Grik, Kulim, hak penuh di Kulim itu dia lari ke Grik lah. Tapi pasal Ipoh lebih utama lagi
itu kita menyedari tapi untuk jangka panjang, untuk jangka panjang diminta dibuat dan
saya minta pejabat tanah Pengkalan Hulu dan juga Perancang Bandar pelankan
pembangunan sepanjang jalan daripada Jalan Tasek membawa ke apa nama itu Jalan
Grik Kulim sebab tanah di sini, tanah di sekitar Pahat, Pahit apa nama ini Kampung
Tasek tanah yang paling baik untuk tanaman dokong elok, untuk montan botak, apa
nama ini buah pulasan, kalau tuan-tuan dibagi buah pulasan Pengkalan Hulu, huh,
besar, saya ingat dalam 5 biji satu kilo kot. Dia punya buah agak besar tapi tanah yang
baik ini disekitar tasik ini, Tasek, Pahit, Pahat, Gunung Kenderong dua biji. Dulu Yang
Berhormat Datuk Daud dah komplen kepada saya. Ya.

YB. CHEN: Bagi laluan. Nak tanya pasal pulasan. Berat kulit ke berat isi.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN: Bila buah besar, dua-dua sama berat. Jadi
diharapkan benda-benda ini dapat dijayakan dan dalam masa yang sama saya melihat
satu masalah Pejabat Tanah, kita dalam mesyuarat, saya ingat mesyuarat
Jawatankuasa Tanah Daerah, biasa kita kata cadang lulus RPT lulus itu, lulus ini, tiga
tahun kita cadang lulus, tak lulus juga kan. Bila kita tanya ke PTG tak bawa ke EXCO ,
bila kita tanya sini, jadi saya minta buatkan satu pelarasan semua daerah, kami
mungkinlah di Hulu Perak dia nasib baik bolehlah bertanya-tanya tapi pada saya
apabila kita sudah putuskan dalam mesyuarat tindakan daerah, tindakan, mesyuarat
tanah di daerah mesti ada tindakan segera. Setiap wakil rakyat dia ada harapan dan
janji pada orang kawasan. Kalau perkampungan sampai tiga empat tahun tidak lulus, ini
apa akan jadi, jadi kerana itu mungkin PTG perlu tengok macam mana cara untuk
membantu daerah-daerah dan saya lihat sama ada di Grik ataupun di Pengkalan Hulu
kerana kedua-dua ini saya jadi Jawatankuasa Tanahnya jadi saya minta dibuatkan satu
pelarasan supaya boleh dibangunkan dengan segera. Seperkara lagi tadi ditanya
tentang pembangunan orang Asli dalam RMK 9 ada budget untuk pembangunan orang
Asli. Saya bangkitkan ke dalam dewan , saya ada dalam DUN saya ada dua RPS Banun




                                           80
dan RPS Kema. Kerajaan Negeri telah luluskan 1000 ekar untuk membangun orang-
orang Asli di RPS Banun dimana saya lihat selama ini dalam perjumpaan orang-orang
Asli kita dah bagi semangat pendekatan bahawa orang Asli tidak boleh berpindah
randah lagi. Orang-orang Asli mesti ada satu cita-cita, orang Asli mesti berubah diri
bukan satu pendekatan berpindah dari satu tempat ke satu tempat ini boleh
menyelesaikan masalah. Orang Asli mesti berusaha sendiri berdikari, kerajaan boleh
bagi rumah tapi kalau dia tak dapat cari makan dia akan berpindah dari rumah yang
dibina oleh Kerajaan. Saya lihat satu tempat dalam DUN Kenering, air bah kerana disitu
masa itu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri menjadi ADUN ketika itu, rumah kerajaan
buat elok-elok tapi mereka hendak cari makan macam mana. Keliling tak ada pokok
getah, apakah mereka sentiasa dapat pergi masuk hutan mencari kayu gaharu, mencari
rotan, yang mana hutan semakin ke dalam. Jadi kerana itu saya amat bersetuju
dibangunkan segera 1000 ekar ini di RPS Banun dengan tanaman getah. Peruntukan
dah ada. Dan untuk RPS Kema pun juga berlaku sedikit perbalahan di antara orang Asli
dengan FELCRA dan JOA. Selesaikan mereka ada 2000 ekar , saya bimbang pokok
dah nak mati dah pokok getah di sana, minta buat satu pemulihan supaya jangan nanti
timbul masalah di RPS Kema.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Ada lagi, habis dah? Ada lagi?             Banyak lagi nak
bercakap ni.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN: … apa nama itu di Kampung Hulu Gerik dan
Kampung Cendawin dan satu lagi saya tak puas hati iaitu di sempadan antara Perak
dengan Kedah dan juga di sebelah Perak, Kelantan kurang berlaku iaitu penerokaan
haram daripada penduduk luar negeri Perak.          Maka saya cadangkan supaya
Perbadanan Pertanian dapat bangunkan lebih kurang 3 atau 4,000 ekar border di antara
sempadan Kedah dan Perak untuk dijadikan apa nama mungkin ladang rakyat kita boleh
bangunkan bantukan balik kepada PPRT.
Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:        Terima kasih.

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN: Apa nama ni saya juga nak ucapkan tahniah
kepada yang ini biar kita sama-sama berlawan iaitu UPSR keputusannya baru ini minta
speaker jangan stop saya.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:          Lawan speaker nampak..

Y.B. DATO’ HASBULLAH BIN OSMAN: Saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar
yang dapat 5A. Tempat yang pertama Daerah Kinta, yang dapat A , 1,608 orang ,
tempat kedua, Larut Matang, dapat 483 orang 5A , tempat yang ketiga Manjung, 410
orang, tempat yang keempat, Hilir Perak, 352 orang, tempat kelima, Kuala Kangsar,
dapat 5A 244 orang, tempat keenam, Batang Padang dapat 215 orang, tempat yang
ketujuh, Kerian dapat 214 orang 5A, tempat yang kelapan, Hulu Perak, Nombor 8 ya
187 orang dapat 5A, dan tempat yang paling akhir, Perak Tengah, 144 orang. Saya nak
ambil kesempatan di dewan yang mulia ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada seluruh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar UPSR kerana pencapaian yang
cemerlang di mana kalau kita tengok saya nak tengok tahun depan biarlah kami Hulu
Perak pula berada di tempat yang pertama, insyaAllah. Dan dengan kata-kata ini, saya
nak tadi Muhaimin bagi saya satu pantun, dan mengakhiri ini, orang daik bermandi
embun, longgok jerami di rumpun selasih, benih yang baik menjadi rimbun, barulah kami
menumpang kasih. Maka Temenggor mohon menyokong.




                                         81
Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Terima kasih. Ada lagi, Kenering.             Kita sambung
sampai habis.

Y.B. TUAN HAJI MOHD TARMIZI BIN IDRIS: Assalamualaikum, salam sejahtera Yang
Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana turut memberi peluang kepada
saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul enakmen perbekalan dan usul
kumpulan wang pembangunan 2007 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Diraja Menteri Besar Perak pada hari Isnin, 20 November yang
lalu. Saya menyokong penuh pembentangan bajet ini dan ingin mengambil kesempatan
di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada Kerajaan Negeri.
Seperti mana yang dijangkakan Negeri Perak akan mencapai pertumbuhan ekonomi
pada paras 5.9% dalam tahun 2007 dan sudah tentu bagi mencapai matlamat tersebut
sebanyak RM 572 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM 249.9 juta
diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan dan dalam masa yang sama sebanyak
34.78 mengalami difisit. Bagi mencapai satu bajet yang lebih seimbang dan saya minta
untuk tahun-tahun yang akan datang supaya bajet difisit ini tidak akan berterusan dan
dengan ini saya ingin juga mencadangkan agar jentera kerajaan khususnya di Bahagian
Kewangan dan yang terlibat dalam pengutipan hasil dan cukai agar berpadanan dengan
lebih pesat dan giat lagi. Tingkatkan lagilah keberkesanan perkhidmatan kakitangan
dan penuhilah jika perlu kekosongan jawatan-jawatan agar hasrat dan cita-cita kita
untuk melihat satu bajet yang benar-benar menguntungkan rakyat akan dapat
disempurnakan. Disamping itu juga, program pendekatan integriti serta pengujudan
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan Negeri benarlah mencapai hasrat dan
matlamat pengujudannya.

Dato’ Yang Dipertua, apabila kita memperkatakan Perak Maju 2015, setinggan sifar
2010 k-state dan miskin tegar 2009, maka apa yang terbayang kepada pemikiran kita
dan diperkatakan oleh rakyat yang menjadi penonton kepada hasrat dan cita-cita
Kerajaan Negeri ini apakah perancangan ini mencapai kejayaan.Sebagai contoh
sehingga kini pelan strategik Perak Maju 2015 iaitu 9 tahun dari sekarang, belum dapat
dibentangkan lagi. Bagaimanakah mungkin dalam tempoh 9 tahun hasrat ini akan
menjadi kenyataan kalau ianya tidak diterjemahkan mulai kini. Dalam masa yang sama
pembangunan yang kita hajatkan untuk menjadikan Perak Maju 2015 bukanlah hanya
pembangunan ataupun kejayaan di sekitar daerah-daerah khsususnya Kinta, Kuala
Kangsar dan Taiping begitu juga Manjung, apa yang membimbangkan saya
pembangunan yang kita hajat dan juga hasrat kita untuk maju adalah secara bersama
bagaimana mungkin daerah-daerah khususnya Hulu Perak, Selama, dan beberapa
daerah lain di negeri ini yang mana pada masa kini tahap pencapaiannya adalah terlalu
membimbangkan.Begitu juga untuk memajukan sebuah daerah sudah pasti peringkat
Mukim dan Kampung juga perlu dimajukan.            Ianya mestilah berteraskan kepada
pemajuan daripada semua sudut.

Dato’ Yang Dipertua, mengenai apabila kita memperkatakan setinggan sifar hasil
pemantauan dan juga rekod yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah-daerah,
masih kedapatan senarai mereka-mereka yang terlibat didalam setinggan ini untuk
pendaftaran dan dalam masa yang sama masih kedapatan yang disenaraikan ini adalah
mereka-mereka yang menduduki perkampungan tersusun dengan kata lain PPMS di
bawah program-program miskin tegar. Dimana rumah-rumah PPRT yang dibina ini juga
turut disenaraikan sebagai setinggan kerana mereka tidak mempunyai hakmilik ataupun




                                         82
tapak yang didiami adalah bukan hakmilik masih lagi tanah kerajaan dan mereka ini juga
didaftarkan sebagai setinggan. Oleh yang demikian ditempat saya contohnya, ada dua
tiga perkampungan PPRT ini jadi saya cadangkan mereka-mereka ini diberi hakmilik
ataupun geran kepada rumah kediaman yang mereka miliki dan dikeluarkan daripada
senarai setinggan. Begitu juga dalam masa yang sama, contohnya di Kampung
Kelantan ini melibatkan Tasik Raban, kedapatan keluarga nelayan yang mendiami
kawasan tersebut telah lebih daripada 50 tahun tetapi mereka ini juga didaftarkan
sebagai setinggan kononnya tanah yang mereka diami ini berada di pergigian tasik yang
mana memanglah samada milik TNB atau Pejabat Tanah kita tak pasti tetapi apa
salahnya mereka ini dikeluarkan daripada senarai setinggan dan kalau perlu walaupun
di dalam tasik, bagilah hakmilik kepada mereka.

Dato’ Yang Dipertua, apabila kita membincangkan mengenai miskin tegar, saya
berterima kasih dan ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri baru-baru ini, pada bulan
yang lalu,bertempat di Kuala Terengganu satu bengkel pembasmian kemiskinan
peringkat Negeri Perak telah diadakan. Sebanyak, selama tiga hari bengkel ini
berlangsung dan merancang bagaimana untuk pastikan miskin tegar ini benar-benar
dapat dijayakan pada 2009 nanti. Tetapi pengharapan saya bukanlah hanya sekadar
kita berbengkel bukanlah hanya sekadar kita berbincang tetapi langkah-langkah
seterusnya perlu kita susun dan kita laksanakan agar harapan kita untuk melihat miskin
tegar ini benar-benar dapat diselesaikan. Dalam masa yang sama, sebagai
memperjelaskan lagi program yang telah dilaksanakan, yang telah dirancang oleh pihak
Kementerian Kemajuan Wilayah, pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah dimana agensi pelaksananya adalah RISDA. Pihak Kementerian telah
mencadangkan satu ladang rakyat dimana kata wakil Temenggor tadi iaitu ladang rakyat
agro politan dengan menempatkan mencadangkan kawasan tanah kerajaan di Wilayah
Ganda seluas 3,000 ekar untuk ditempatkan 400 keluarga di peringkat daerah dan
Pegawai Daerah pun bersama-sama membincangkan perkara ini dengan wakil daripada
pihak Kementerian dimana Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian pun hadir dan
dinyatakan peruntukan yang diluluskan untuk projek ini adalah berjumlah RM 55 juta
untuk kita bangunkan kawasan pertanian secara getah dengan menempatkan 400
keluarga didalam Rancangan Malaysia Ke9 dan apa yang menjadi kelewatan pada
pihak Kementerian mereka telah mempunyai peruntukan tetapi kelewatan sekarang ini
adalah didalam proses untuk kelulusan tanah kerana ini adalah dibawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri. Maka di dewan ini saya ingin menyarankan agar kelulusan ini dapat
disegerakan kerana kita bimbang kalau peringkat kerajaan negeri tidak dapat
meluluskan dengan kadar segera kita bimbang projek ini berpindah ke negeri lain.

Dato’ Yang Dipertua, mengenai jawapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Timbalan
Perdana Menteri di dalam perhimpunan Agung UMNO yang lalu, mengenai cadangan
pembukaan tanah oleh FELDA kerana sebelum ini FELDA telah membekukan kegiatan
pembukaan tanah dan kemasukan peneroka didapati pada jawapan beliau tempohari
ada menampakkan bahawa FELDA bersedia untuk membuka semula ladang-ladang
dan menempatkan peneroka tetapi kemungkinan katanya dalam konsep yang boleh
diperbaiki lagi daripada apa yang ada sekarang. Oleh yang demikian, memandangkan
khususnya di daerah Hulu Perak adalah kawasan yang cukup luas dengan hutan, perlu
kita bangunkan maka saya fikir dan saya ingin mencadangkan di dewan ini agar lebih
banyak lagi kawasan-kawasan pertanian ini dibuka dalam konsep FELDA dan samada
ianya hendak dimajukan oleh FELDA ataupun Perbadanan Pertanian Negeri sendiri itu




                                         83
tidak menjadi masalah, yang penting rakyat mendapat pembelaan dan peluang daripada
apa yang ada.

Dato’ Yang Dipertua, dalam memperkatakan mengenai usaha kita untuk terus
mempertingkatkan dalam bidang pertanian, di kawasan saya khususnya di Seberang
Sungai Perak mempunyai kawasan yang cukup luas bermula daripada kawasan
Temenggor iaitu di sebelah Wilayah Ganda sehinggalah ke sempadan Sungai Siput,
dari segi jumlah keluasannya tanah cukup hebat tetapi apakah kita nak biarkan tanah ini
hanya sekadar dipenuhi dengan hutan simpan sebahagiannya semak samun belukar.
Oleh yang demikian, mana-mana tanah-tanah kerajaan yang masih lagi ada di sini di
kawasan ini perlu dibangunkan dan kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana
pihak khususnya agensi kerajaan di peringkat negeri bagi membantu pembangunannya.
Dalam masa yang sama saya juga mengucapkan tahniah dan syabas terima kasih
banyak-banyak kepada kerajaan negeri dan persekutuan di atas kelulusan peruntukan
untuk pembinaan jalan daripada Temenggor ke Labik, di Lenggong dan juga jalan
daripada Kampung Ban ke Intan Suraya sepertimana didalam ucapan Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri pada hari pembentangan bajet 20 haribulan yang lalu, terima kasih
kerana saya cukup yakin dengan pembangunan laluan jalan yang elok di kawasan
Seberang Sungai Perak ini sudah pasti akan memperhebatkan lagi proses
pembangunan yang sebenarnya di kawasan-kawasan di seberang Sungai Perak di
daerah Hulu Perak. Tetapi dalam masa yang sama saya juga amat kecewa dengan
projek-projek yang telah dilaksanakan sebelum ini khususnya jalan daripada Kuala
Kangsar ke Gerik melintasi Pekan Lenggong yang tidak mengambil kira dari segi kesan,
banjir di kawasan terlibat dalam erti kata lain samada pihak JKR berunding ataupun
tidak dengan pihak JPS. Baru-baru ini satu banjir besar telah berlaku di Lenggong hasil
daripada pembinaan jalan tersebut yang telah menyekat laluan air untuk turun ke anak
sungai disediakan, akhirnya limpahan air ini telah menimbulkan suatu banjir yang cukup
besar di Pekan Lenggong.Jadi perkara yang sedemikian tidak sepatutnya berlaku
kerana setiap projek yang kita hendak lakukan kita mempunyai perancangan semua
jabatan dan agensi yang terlibat kita panggil duduk berbincang, tetapi menghalang
laluan air bak kata pepatah, kalau ayor dah banyak, empang pun pecah, jadi oleh yang
demikian, satu tindakan segera perlu dilakukan bagi mempastikan pekan Lenggong
tidak tenggelam apabila banjir kilat berlaku. Dan dalam masa yang sama sehingga kini
lebih daripada hampir 10 tahun Sekolah Kebangsaan Kenering, Sekolah Kebangsaan
Kenering didalam kawasan yang saya wakili setiap tahun tidak kurang daripada tiga kali
mengalami banjir dan ini boleh disahkan dengan Tuan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah
kerana pada Cikgu yang mengajar di situ banjir di sekolah ini dah perkara biasa. Kalau
hujan lebat je banjir, dan menjejah dua hingga ke tiga kaki di dalam kelas. Oleh yang
demikian, satu langkah perlu diambil samada perpindahan sekolah ataupun
mendalamkan sungai Kenering dilakukan. Jadi ini perlu ditangani kerana kita tidak mahu
perkara yang berterusan berlaku akan menjejaskan persekolahan anak-anak kita dan
untuk makluman sekolah ini adalah sekolah gred A dengan lebih daripada 600 pelajar.

Dato’ Yang Dipertua, dalam kita memperkatakan mengenai memajukan Negeri Perak
untuk Perak Maju 2015 saya amat bersetuju dengan saranan wakil saya daripada
Selama dimana peranan yang hanya perlu bukan hanya perlu dilakukan oleh kerajaan,
dan kita semua tetapi dalam masa yang sama kita hendak lihat juga agensi-agensi
kerajaan anak-anak syarikat kerajaan di LC turut berperanan menjayakan hasrat
tersebut, tidak mungkin kita ataupun kerajaan negeri bersendirian boleh memajukan
tanpa sokongan dan dokongan yang kuat daripada semua agensi yang terlibat serta




                                          84
juga anak-anak syarikat yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri.Saya amat
bersetuju dan amat dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kejayaan
Perbadanan Pertanian Negeri Perak di dalam membangunkan ladang-ladang bukan
hanya di negara kita, bukan hanya di negeri kita, malah mencecah hingga ke
Palembang Indonesia. Ini satu contoh yang baik dan dalam masa yang sama kita juga
dapat lihat akan kejayaan LAP yang telah diswastakan dan hari ini telah menampakkan
keuntungan yang besar. Ini semua perlu kita sokong dan kita dokong supaya hasrat
dan cita-cita kita untuk melihat Perak maju mencapai sasaran yang dihajatkan dan
sudah pasti kejayaan ini adalah hasil dari pengurusan, hasil dari kerja kuat bermula
daripada pihak atasan, pengurusan hinggalah ke kakitangan bawahan. Tetapi dalam
masa yang sama, masih ada lagi anak-anak syarikat yang begitu besar namanya tetapi
tidak berfungsi sepertimana yang dihajatkan. Di luar dewan rakyat kita berbicara pasal
ini, rakyat kita pun bercakap macam ini, apakah terjadi dengan Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak. Sejauh manakah peranan mereka untuk membantu, memajukan ekonomi
negeri dan begitu jugalah lain-lainnya yang kalau kita nak sebut satu persatu
mengambil masa.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Sebelum saya mengakhiri saya ingin
membangkitkan satu perkara yang sehingga kini tidak selesai-selesai khususnya di
kawasan saya di Lawin itu sendiri. Terlalu lewat pembangunannya. Kelulusannya dah 3
tahun yang lalu untuk membangunkan satu bangunan rumah kedai pun mengambil
masa yang terlalu lama untuk disiapkan dilaksanakan sampai hari ini pun belum ada
nampak naiknya bangunan lagi baru di peringkat meratakan tapak, itu sahaja. Jadi saya
fikir tidak perlu terlalu lama untuk membangunkan kawasan kerana kita bimbang kalau
ianya berterusan akan mengundang rasa kecewa khususnya penghuni-penghuni di
kawasan saya dan dalam masa yang sama isu di Tasik Raban itu sendiri. Ini di
kawasan bersebelahan dengan saya, isu kiambang di dalam tasik telah meliputi telah
menyelaputi tasik itu sendiri, jadi tak nampak dah air di bawah, apabila kita, beberapa
tahun yang lalu pihak JPS mengeluarkan tender membersihkan. Lepas tu dia mari balik
kiambang tu, dia beranak banyak, dia tutup balik tasik tu, satu kawasan yang luas hari
ini kalau kita lihat seolah-olah padang ragut tetapi sebenarnya di bawah adalah air. Jadi
oleh yang demikian, kita mintalah samada JPS ataupun TNB duduk bincang laksanakan
tugas sosial ini kerana kita nak lihat Tasik Raban ini satu tasik yang indah kerana di situ
juga merupakan jalan utama laluan utama Kuala Kangsar Hulu Perak yang mana
keindahan jambatan Raja Tuanku Nazrin Shah terbina dengan megah.

Jadi saya sedar ini semua dapat dilakukan kalau kita mempunyai kerjasama secara
berpasukan dan akhirnya saya pun nampak Yang Berhormat Dato’ Yang Dipetua dah
tengok saya, saya pun nak bagi laluan kawan-kawan lain, tetapi saya juga dipesan, ini
pesanan daripada rakan-rakan lama saya supaya melihat semula khususnya Kerajaan
Nyegeri melihat semula walaupun kita tahu ianya berada di bawah kerajaan pusat,
penstrukturan kemas iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat lihat semula apa peranan dan
tugas, apa yang tersurat dan tersirat apa yang perlu dilakukan dan dalam masa yang
sama penstrukturan semula ini penstrukturan semula ini cukup baik tetapi dalam masa
yang sama pengwujudan beberapa jawatan khususnya di peringkat daerah Pegawai
Kemas Daerah dan sebagainya biarlah melaksanakan fungsi dan tanggungjawab
dengan mengambil kira pandangan pemimpin-pemimpinan tempatan, ini rungutan
daripada kawan-kawan yang minta saya kemukakan berbincanglah dengan mereka-
mereka yang lebih arif dengan persekitaran supaya tidak timbul rasa kecil hati rasa
tersisih dan rasa dibelakangkan dalan dalam masa yang sama tidak melaksanakan




                                            85
sepertimana yang dihajatkan dengan pengwujudannya sejak sekian lama.            Oleh
demikian Kenering menyokong, sekian terima kasih.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA : Titi Serong.

Y.B. ENCIK ABU BAKAR BIN MAT ALI: Tak bangkit baru panggil, terima kasih.
Assalamualaikum salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Diraja Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-ahli Dewan
sekalian, dan Ketua Pengarah serta semua Ketua-ketua Jabatan. Saya mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih di atas ruang yang diberikan kepada
saya untuk membahas usul-usul rang undang-undang dan usul perbelanjaan enakmen
perbekalan 2007.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam pembentangan usul belanjawan kali ini kita
melihat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Menteri Besar memperuntukkan bajet
yang begitu besar dan menaruh harapan supaya pelaksanaan yang disusun dengan
telus tanpa ketirisan. Kecekapan dan kualitinya bergantung kepada agensi yang
melaksanakan. Oleh itu agensi dan badan pelaksanaan berperanan penting bagi
menjayakan perancangan RMK 9 dan plan strategi perak maju 2015. Anggota
perkhidmatan awam adalah petugas utama yang akan menentukan tahap
pencapaiannya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Oleh itu dalam pengawasan saya saya ingin
menyentuh mengenai perkhidmatan awam, perkhidmatan awam Negeri Perak adalah
salah satu perkhidmatan yang terpuji dan melaksanakan sistem kerja yang berkualiti di
bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Yang
Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Apa yang dibahaskan pada hari ini adalah
untuk penambahbaikan supaya ketirisan atau kebocoran atau kurang “efficiencinya”
seperti yang disarankan akan dapat ditampung dan dibaiki.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya suka memberi tumpuan kepada PBT, pihak
berkuasa tempatan, bersamamu PBT, kepasan keselesaan penduduk di kawasan PBT
bergantong kepada perkhidmatan majlis perbandaran dan juga majlis daerah. Jelas
bahawa PBT memberi direct servis dan sering menjadi rungutan orang ramai, parit
tersumbat, banjir kilat, sampah tak diangkut, rumah haram, ekonomi daerah merancang
bandar adalah tanggungjawab PBT. Dan sering orang ramai mempertikaikan sistem
penyampaian atau develivery sistemnya, dalam kontek ini kita hanya perlu melihat
kelemahan sesebuah jabatan itu jika deliveri sistemnya tidak mencapai kehendak
pelanggan namun kita juga harus melihat beberapa masalah yang dihadapi oleh PBT
dan jabatan yang lain sehingga melemahkan sistem pentadbiran dan hasilnya gagal
untuk memberi perkhidmatan yang baik sepertimana yang dipiagamkan. Malah
siapakah yang akan melihat salah PBT, apa kita mahu rakyat melihat, namun rakyat
adalah pelanggan yang sentiasa betul.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya tujukan kepada seluruh PBT di Negeri Perak
dan khususnya Majlis Daerah Kerian, bagaimanakah orang ramai akan dapat
perkhidmatan yang baik jika penyediaan pengurussan yang tidak lengkap dan soal
modal insan serta pengurusannya tidak diselesaikan dahulu.        Pertama soalan
perjawatan dan kebajikan di PBT. Perjawatan di PBT tidak seimbang dengan
perkhidamtan yang dikeluarkan, kerja banyak, orang kerja tidak cukup. Kekurangan




                                         86
perjawatan menyebabkan beberapa sistem penyampaian tidak dapat dilaksanakan pada
waktu dan kadar yang ditetapkan. Ianya juga membebankan penjawat yang sedia ada.
Pengalamana saya semasa berkhidmat dengan PBT, permohonan untuk jawatan baru
dipohon JPA melalui PBT negeri kelulusan jawatan mengambil masa yang agak panjang
bertahun dan ditolak berdasarkan justifikasi jawatan, contoh jawatan yang diluluskan 20
tahun lalu masih lagi tidak banyak perubahan. Samada lulus atau tidak lulus parit perlu
dicuci, sampah perlu diangkat, PBT mengambil alternatif dengan mengambil
pekerjadengan lantikan taraf kontrak. Difahamkan hampir 116 orang pekerja kontrak
diwujudkan di Majlis Daerah Kerian dengan berbanding 118 orang pekerja tetap.
Mereka telah berkhidmat melebihi 10 tahun masih kontrak tanpa skim pencen, tanpa
kemudahan yang dinikmati pekerja kadangkala pekerja kontrak ini lebih baik dari pekerja
tetap. Telah banyak diperuntukan kursus kepada mereka dan banyak pengalaman
mereka terpaksa memohon kerja lain. Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri
perlu berbincang dengan JPA dengan mengkaji semula struktur perjawatan di PBT
supaya seimbang dengan perkhidmatan dan tenaga pekerja. Juga mengkaji mengenai
taraf pekerja kontrak di serapkan ke jawatan tetap.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seperti kata pepatah inggeris, dengan izin, “good
product comes from the good workers”. Sumber manusia dan modal insan serta
kekurangan kakitangan bukan sahaja di PBT malah dia jabatan lain juga perlu diberi
perhatian kerana ianya menjejaskan imej perkhidmatan awam. Yang kita lihat sekarang
kaunter telah disediakan begitu cantik tapi kaunter servisnya tidak secantik kaunter.
Sudahlah pula pembantu tadbir ditempat secara “ad-hoc”, tidak berkursus, masalah
bergaduh dengan suami di bawa ke pejabat. Contohnya seorang pelanggan mengikut
piagam yang ditetapkan 7 hari selesai proses lesen. Apabila pelanggan itu datang pada
hari ketujuh orang kampung Dato’ datang naik bas, bila sampai Pembantu Tadbir
memaklumkan belum siap. Beliau bertanya mengapa, jawab pembantu tadbir saya
hanya ganti di tempat ini. Kerani di sini telah beranak. Tak tau la pakcik kerap sangat
dia beranak. Jadi ini ketua-ketua jabatan kena lihat sekali-kali kena buat “check-up”
bukan saja di majlis daerah tetapi berlaku juga di jabatan lain. Banyak lagi sistem
keluarga yang perlu dibaiki. Cara pemilihan anugerah cemerlang perlu juga dikaji
semula.     Kadang-kadang yang bekerja macam nujum pak belalang tapi diberi
cemerlang. Ini juga ada kesan kepada pentadbiran. Produktiviti dari segi sumber
manusia dapat ditingkatkan khususnya PBT. Salah satu kelemahan PBT yang kita
nampak ialah perkhidmatan tertutup ataupun “close service” di kalangan pegawai
khasnya di kumpulan A dan kumpulan B. Perkhidmatan tertutup telah mewujudkan
berapa keadaan seperti pertama produktiviti seseorang kakitangan tidak dapat
ditingkatkan. Yang kedua peluang kerjanya terbatas walaupun beliau mempunyai
kemampuan dinaikan pangkat yang lebih tinggi. Menyebabkan wujudnya suasana
“comfort zone” atau zon selesa yang menyebabkan PBT tidak dapat bergerak ke arah
penambahbaikan. Yang keduanya saya nak bangkitkan mengenai masalah kewangan
dan pentadbiran PBT.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tugas perkhidmatan awam ialah memberi
perkhidmatan kepada pelanggan. Pelanggan adalah pengundi yang menentukan masa
kuasa pemerintahan. Tidak akan tercapai perkhimatan yang baik jika masalah hasil
peruntukan kurang peruntukan menyebabkan sesebuah agensi itu tidak mampu
menghasilkan perkhidmatan yang baik.




                                          87
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di sini saya ingin tekankan perkhidmatan yang
diperlukan oleh rakyat banyak bergantung kepada perkhidmatan PBT. Kita tahu PBT
hidup bergantung kepada kutipan hasil cukai dan peruntukan yang tidak mencukupi itu
menyebabkan banyak PBT yang hampir muflis. Kalau tidak banyak tidak bayar bil
elektrik TNB boleh potong bekalan. Kalau tidak bayar cukai pintu kita nak potong apa?
Kalau kita nak sita pun sekarang dah sita pun dah tak relevan lagi. Kerajaan harus
melihat masalah PBT di mana cukai yang dikutip tidak dapat menampung kos
perbelanjaan perkhidmatan. Kenaikan harga minyak juga meningkatkan kos
perbelanjaan, kos secara sendiri naik, tarif elektrik naik dan berbagai-bagai lagi
kenaikan barang. Bonus tahunan dan kenaikan gaji yang diumumkan oleh kerajaan
terpaksa ditanggung ratus ribu oleh PBT tanpa diberi bantuan gaji. Penguasaan yang
tidak dapat dikuatkuasakan contohnya seorang pengusaha sering dimaki oleh penjaja
setelah beberapa kali dimaki berbulan dimaki beliau dan rakannya terus bertindak kasar
terus dimasukkan dalam akhbar di bawa ke TV3 dan dituduh Majlis Daerah membela
samseng.       Saya mencadangkan penguasaan diberi taraf anggota polis dan
diinsuranskan. Kakitangan yang mengutip sewaan pula kutip sewaan harta majlis tiap-
tiap bulan dianggap sebagai along Kerajaan. Sikap-sikap orangramai yang meletakkan
semua perkhidmatan keapda Majlis Daerah contohnya pemusnahan harga awam
semakin meningkat dan membaikinya beratus ribu setahun. Pegawai Daerah adalah
merangkap Yang DiPertua kita melihat tanggungjawab mereka terlalu berat. Pegawai
Daerah dan juga SU mereka ini macam pelakon apa sahaja yang dikata oleh
Direktornya. Pening kepala fikir nak cari hasil, merekalah wakil rakyat, merekalah
pegawai Kerajaan, merekalah pegawai kebajikan dan merekalah yang menjalankan
tugas-tugas di daerah-daerah. Dengan begitu juga ahli-ahli Majlis yagn dibayar oleh
Ahli Majlis RM390 sebulan yang sama dengan ketua kampung dan imam-imam.
Dicadangkan Ahli Majlis dinaikkan. Yang ketujuhnya, kadangkala kami wakil rakyat tidak
jauh daripada PBT setiap pembangunan yang dibuat oleh PBT tidak diselaraskan
dengan wakil rakyat. Dan ada juga pembangunan yang dilaksanakan oleh PBT bukan
keperluan rakyat dan akhirnya mereka menyalahkan wakil rakyat. Saya mencadangkan
supaya ADUN-ADUN dilantik sebagai ahli majlis sepertimana ADUN menjadi ahli
jawatankuasa tindakan daerah, oleh itu ADUN dapat bersama merancang
pembangunan. Bersetuju? Nombor lapan, kita balik kepada soalan kebajikan. kita ambil
perbezaan seorang tukang kebun dan berkhidmat di Jabatan Pendidikan dibanding
dengan seorang yang bekerja di Majlis Daerah dengan gred gaji yang sama tetapi tugas
mereka jauh beza. Pekerjaan di Majlis hampir berjalan 3km sehari mengangkut sampah
dari rumah ke rumah dan risikonya tinggin menghadapi penyakit dari bahawan kotoran
malah kalau mereka sakit seperti kanser, luekimia atau buahpinggang yang memerlukan
kewangan yang tinggi maka majikan tidak mampu membiayainya kerana tidak ada
tabung khas. Saya mencadangkan Dato’ Yang DiPertua, supaya jawatan yang berisiko
tinggi ini diberi elaun khas seperti di Lembaga perubatan juru xray dan juga seperti
elaun khas yang telah diberi kepada pembantu tadbir (kewangan). Di samping itu PBT
perlu mewujudkan panel kesihatan sendiri untuk kebajikan pekerja-pekerja.

Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan supaya Kerajaan jangan meletakkan PBT
kepada pekerjaan yang ketiga memberi perhatian yang khusus kepada PBT dengan
menambah peruntukan pembangunan. Bantuan jentera dan kenderaan tidak hanya
memberi perkhidmatan berdasar kutipan hasil mereka. Perumahan semakin bertambah,
penduduk semakin berhijrah ke bandar. Parit perumahan makin banyak tetapi parit
masih tidak mencukupi. Dan inilah menyebabkan banjir kilat.




                                         88
Saya mencadangkan peruntukkan yang besar harus diluluskan kepada PBT bagi tujuan
membina parit longkang membersih parit-parit dan juga peruntukan bagi menyediakan
pam bagi PBT di kawasan paras air tinggi untuk mengelakkan banjir. Tuan-tuan dan
puan-puan, Kita sedar bahawa kawasan bandar adalah kawasan yang selalu kalah
dalam pilihanraya kerana masalah PBT. Di samping itu juga, PBT itu juga perlu
merancang untuk mensifarkan kutipan hasil, tunggakan hasil jangan dibiar banyak. Ahli-
ahli Majlis perlu memainkan peranan untuk menyedarkan pembayar cukai. PBT juga
mesti bertukar sistem ke arah pentadbiran secara berkoporat. Jika dinaikkan cukai wakil
rakyat yang menjadi mangsa maka pentadbiran dan ahli majlis perlu memikirkan
pertambahan cukai dan hasil bukan cukai. Contohnya menambah pusat atau menarik
pelabur atau menambah skim perumahan di samping itu juga perlantikan ahli majlis juga
disyorkan oleh Ketua Bahagian dibuat mengikut professionalis supaya dapat membantu
majlis mencari peluang pertambahan hasil dan membuat dasar yang lebih baru.
Kerajaan perlu menambah peruntukan kepada PBT sebagaimana tambahan yang telah
diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam RMK9, Geran keseimbangan perlu
dinaikkan. Juga menambahkan peruntukan projek yang boleh menambahkan hasil
contohnya gerai-gerai yang usang yang diroboh digantikan oleh 2 tingkat atau disewa
untuk dijadikan pusat niaga. Sudah tentu sewanya akan meningkat. Bagi meningkatkan
mutu perkhidmatan, serta keselesaan kepada pelanggan untuk melaksanakan
dwisistem yang baik saya dengan ini mencadangkan khususnya di parlimen parit buntar
supaya pejabat daerah dan pejabat tanah yang digunakan hampir 50 tahun dinaikkan
taraf dan mengubahsuai bilik gerakan dan anggotanya. Yang keduanya, Jabatan
Persekutuan antaranya Pejabat Pos Parit Buntar yang masih menggunakan rumah
kuaters Kerajaan yang lama juga hampir 60 tahun perlu dibina semula dengan memberi
keselesaan kepada pelanggan sama seperti pengurusan di bank-bank. Juga begitu,
hospital Parit Buntar yang dulu digelar rumah sakit yang digunakan semasa perang
masih lagi diperlukan dan dibina semula di tapak yang lebih selesa. Yang lainnya juga,
pejabat bomba, Parit Buntar yang terletak di hujung pekan lama telah melebihi 45 tahun
perlu diubah supaya perjalanan bomba tidak melalui jalan-jalan dalam pekan yang
begitu sibuk serta rumah hangus baru bomba sampai.

Dato’ Yang Dipertua, saya amat merayu rakyat di DUN saya mereka kata kepada saya
Yang Berhormat cakap dalam Dewan jangan tak cakap. Saya kata, saya dah cakap,
cakap sekali lagi.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: itu yang dibagi tadi...

Y.B. ENCIK ABU BAKAR BIN MAT ALI: cakap 2 perkara yang dibangkitkan dalam
Dewan yang lalu, mengenai tapak pelupusan sampah dan lalulintas, saya mengucapkan
terima kasih kepada Majlis daerah dan kepada KPKT yang meluluskan RM300,000
untuk pelupusan sampah tetapi peruntukan yang diluluskan ialah untuk menaikkan taraf
sahaja. Soalannya sekarang pelupusan sampah di dalam sungai yang ada dan menjadi
isu utama dan fokus utama TV3 tidak boleh digunakan lagi. Saya juga merayu apa saja
usaha yang perlu dibuat untuk mengubah tempat sampah tersebut samada diuruskan
oleh Majlis ataupun diswastakan. Isu kesesakan lalulintas terutama sekali di lintasan
keretapi pekan parit buntar, tamparan hebat bagi wakil Parit Buntar semasa menjelang
hari raya, saya dah cakap kepada rakyat untuk menjadi anakpun perlu 9 bulan dan
membina jambatan tersebut tunggulah RMK9. Saya memohon peruntukan ini diberi
keutamaan khas dibina sebelum pilihanraya dan sekiranya tidak dapat dibina saya
mencadangkan jalan tersebut dilebarkan. Saya dah maklum kepada Dato’ Seri Samy,




                                          89
dia kata ini jalan kecik saja bukan jalan RM2 ini jalan Dato’ Seri Menteri Besarpun boleh
selesai. Saya yakin semua yang dibahaskan boleh diselesaikan kami pemimpin kecil
tidak takut kerana pemimpin besar Dato’ Seri DiRaja dan juga Exco-exco ada di
hadapan kita . Oleh itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima
kasih kepada Dato’ Seri DiRaja dan EXCO dan kepada semua pengarah-pengarah dan
ketua jabatan dan Pegawai Daerah Kerian di atas sokongan tuan-tuan dalam
menjayakan usaha untuk kepentingan rakyat.             Yakinlah tuan-tuan kita menang
pilihanraya bukan kerana bendera yang banyak tetapi sejauh manakah perkhidmatan
dan pembangunan yang diberikan kepada rakyat. Bak pepatah kata “cok cok kendung
kendung menali-nali, bendera pembangkang penuh kampung BN menang lagi” saya
dengan ini mengakhiri dengan serangkap pantun: Wawasan Kerajaan kita sama jaya,
Menteri Besar jadi Penyokong, akhir sudah perbahasan saya dengan ini Titi Serong
mohon menyokong. Terima kasih.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Terima kasih. Kalau Yang Berhormat nak rasa pejam
mata jangan berbunyi sudah.. Slim..

Y.B. DATO’ MOHD KHUSAIRI BIN ABD. TALIB: Terima kasih Dato’ yang DiPertua
kerana memberikan perluang kepada saya untuk mengambil bahagian menyokong usul
rang undang-undang enakmen perbekalan tahun 2007 dan Kumpulan wang
Pembangunan 2007 yang dibawa oleh YAB Menteri Besar Perak. Tahniah kepada YAB
Menteri Besar kerana mengemukakan satu baget yang berstrategi walaupun mengalami
defisit buat 3 tahun berturut-turut. Saya dan rakyat kawasan Slim yakin bahwa Kerajaan
Negeri berhasrat mengemukakan baget realistik bersesuaian dengan iklim dunia dan
negara ketika ini. Disebabkan ramai rakan-rakan saya sebelum ini telahpun menyentuh
banyak perkara, berkaitan dengan negeri dan juga negara. Jadi saya ingin mengambil
sedikit sahaja masa untuk menyuarakan hasrat rakyat di kawasan saya terhadap
kepimpinan negeri yang sudah tentulah sebagai wakil rakyat kita menjadi wadah kepada
mereka untuk menyampaikan apa juga hasrat dan aspirasi yang hendak rakyat inginkan
daripada Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan baget yang telah dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar baru ini satu perkara yang menarik perhatian saya adalah
mengenai sasaran setinggan sifar tahun 2010. Di bawah Pelan Perak Maju Tahun
2015. Saya mengalu-alukan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani
masalah setinggan di negeri ini dan selain penubuhan e-setinggan bagi tujuan yang
sama.

Dato’ yang Dipertua, di dalam kawasan saya Slim terdapat 8 buah felda iaitu felda
gugusan besout ada 5 dan gugusan trolak ada 3 felda. Dengan penduduk dijangka
lebih kurang 25,000 orang. Dan di dalam kawasan felda ini masalah setinggan
bukanlah merupakan masalah asing lagi kepada mereka dan kebanyakan daripada
anak-anak peneroka khususnya pada generasi kedua dan juga generasi ketiga masih
lagi tinggal bersama dengan ibubapa. Kalau sekiranya ada lagi dua tiga orang telah
berkahwin dalam keluarga berkenaan masih lagi tinggal bersama ibubapa dan kalaupun
agak sempit mereka membina rumah-rumah setinggan berhampiran dengan rumah
ibubapa mereka. Setiap peneroka di kawasan felda diberikan tanah tapak rumah seluas
lebih kurang suku ekar dan kalau sekiranya 3 orang anak daripada peneroka ini telah
berumahtangga dan anak-anak ini juga telahpun mempunyai anak mereka yagn juga
telah berumahtangga maka dimanakah tempat generasi kedua dan ketiga ini untuk




                                           90
tinggal? Untuk menyambung hidup mereka di kawasan Felda. Saya mengalu-alukan
supaya jawatankuasa khas yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar
dalam pembentangan baget begitu juga dengan e-setinggan yang diujudkan akan dapat
membantu masalah setinggan yang begitu serius ketika ini di kawasan-kawasan felda di
dalam kawasan saya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kalau nak katakan tanah rezab di dalam kawasan
Felda memang banyak tanah rezab. Saya rasa tidak ada masalah untuk Kerajaan
Negeri berbincang dengan pihak Felda untuk menempatkan keluarga yang tidak
berumah ini di kawasan-kawasan yang strategik yang tidak jauh pun daripada kawasan
di mana ibu bapa mereka tinggal ketika ini di dalam kawasan Felda juga. Jadi saya
mengharapkan supaya kepada Kerajaan Negeri dan juga pihak Felda dapat memikirkan
perkara ini dengan serius kerana pada ketika saya pertama kali membahaskan ucapan
bajet pada tahun 2004 pun inilah masalah yang saya bawa dan setiap kali ada majlis di
kawasan Felda ataupun ada dialog di peringkat pusat saya selalu membangkitkan
masalah setinggan di kawasan Felda ini. Jadi saya mengharapkan Kerajaan Negeri dan
pihak Felda dapat duduk bersama-sama berbincang bagi mengatasi masalah setinggan
di kawasan Felda.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga mengalu-alukan enam objektif Projek
Pembangunan Komoditi Ternakan yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri
Besar di bawah kelolaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak. Untuk makluman dewan
yang mulia ini, di Gugusan Besout dan juga Trolak, selain daripada Kg. Kelawar di
dalam DUN Behrang dan juga Felda Sg. Behrang di dalam DUN Behrang. Terdapat
banyak kolam-kolam terbiar yang tidak diusahakan yang tidak komersial, malah
ditinggalkan terbiar begitu sahaja. Oleh itu, saya mengharapkan supaya Projek
Pembangunan Komoditi Ternakan dapat memberikan tumpuan bagi membangunkan
kolam-kolam ternakan yang terbiar. Untuk makluman dewan yang mulia ini, popularity
ikan air tawar, mahupun ikan sungai bukan sahaja terletak di Lenggong malah juga di
Slim River. Kalau kita pergi ke Slim River sebelah pagi, kita akan nampak peniaga-
peniaga daripada kampung-kampung berniaga di tepi-tepi kaki lima menjual ikan-ikan air
tawar yang menjadi kegemaran di kalangan masyarakat khususnya di kawasan luar
bandar. Jadi dengan adanya Projek Pembangunan Komoditi Ternakan yang dinyatakan
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Bajetnya semalam, dua
hari yang lepas. Kita mengharapkan supaya kolam-kolam terbiar, kalau di Felda Sg.
Behrang itu ada lebih 100 buah kolam terbiar yang tidak diusahakan langsung,
ditinggalkan begitu sahaja, tidak komersial. Perkara ini juga saya telah bangkitkan di
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk diatasi. Tetapi malangnya
sehingga sekarang Jabatan Penternakan ataupun Jabatan Pertanian ya, langsung tak
memberikan apa-apa tindakan bagi mengatasi masalah kolam-kolam yang terbiar, yang
tidak diusahakan ini. Kalau sekiranya kolam-kolam terbiar ini dapat diberikan sokongan,
diberikan bantuan, dimajukan. Ianya bukan sahaja dapat membantu mengatasi
masalah kemiskinan di kalangan masyarakat luar bandar tetapi juga dapat menunaikan
hasrat Kerajaan Negeri iaitu untuk meningkatkan sasaran pengeluaran ikan air tawar,
ataupun ikan akuakultur dengan jumlah sebanyak 94,234 tan metrik pada tahun 2007.
Jadi saya percaya bahawa sekiranya, kolam-kolam terbiar ini dibangunkan penduduk
kampung juga akan mendapat sumber pendapatan tambahan selain dapat membantu
kerajaan mencapai, meningkatkan sasaran untuk mengeluarkan lebih banyak lagi ikan
air tawar atau ikan akuakultur di negeri kita. Yang Amat Berhormat pulak dah, Dato’
Seri, ha Dato’ Seri..




                                          91
Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Jangan peril-perli, marah oo, perli.

Y.B. DATO’ MOHD. KHUSAIRI BIN ABDUL TALIB: Perkara yang ketiga ingin saya
bangkitkan disini satu perkara yang menggembirakan saya dan juga rakyat di kawasan
Slim termasuklah di Gugusan Bersout khususnya di dalam Kawasan Felda Besout iaitu
dimana di bawah RMK-9 ini satu projek yang telah saya cadangkan ketika saya mula-
mula bercakap dalam dewan ini iaitu pembinaan jalan, pembinaan jalan baru diantara
Kg. Kuala Slim membawalah ke Felda Besout 1 sejauh 11 km telahpun diluluskan oleh
Kerajaan Pusat dengan kos sebanyak RM16.5 juta. Dan projek ini sudah tentu akan
dapat memberikan faedah kepada masyarakat di Gugusan Besout khususnya, kerana
kalau dahulu masyarakat di Gugusan Besout ini kalau hendak pergi ke Slim River
terpaksa mengambil masa kira-kira 30 minit ataupun setengah jam dengan membawa
kenderaan, kalau kereta membawa lebih kurang 50km sejam daripada Felda Besout 1
akan sampai ke Slim River lebih kurang dalam tempoh setengah jam. Tetapi dengan
terbinanya jalan baru ini jarak daripada 40km telah dapat dikurangkan kepada hanya
17km. Dulu setengah jam untuk sampai ke Slim River daripada Besout sekarang ini
boleh sampai dalam tempoh 10 minit sahaja. Jadi inilah bukti bahawa kerajaan sentiasa
memberikan pembangunan, memberikan kemudahan bagi memastikan bahawa rakyat
sentiasa mendapat kemudahan-kemudahan yang diinginkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mengharapkan supaya projek pembinaan
jalan daripada Kuala Slim ke Felda Besout 1 ini akan dapat disegerakan dan yang
pentingnya bukan sahaja disegerakan tetapi apabila dilaksanakan memastikan bahawa
projek ini dapat disiapkan mengikut jadual. Saya tidak mahu sebagaimana berlakunya
pembinaan ataupun perlebaran jalan daripada Slim River ke Trolak, projek ini
terbengkalai dari tahun ke tahun dari tahun 2001 barulah siap tahun 2006, 5 tahun
mengambil masa dan dalam tempoh 5 tahun itu berbagai-bagai kemalangan dan
masalah telah dihadapi oleh masyarakat dalam DUN Slim. Jadi saya mengharapkan,
saya minta kementerian yang terbabit, supaya apabila projek ini dilaksanakan, apabila
dimulakan ianya dapat disiapkan mengikut jadual, bukan sahaja disiapkan mengikut
jadual tetapi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh jabatan ataupun
kementerian berkenaan. Kita tak mahu cepat siap tetapi spesifikasinya tidak diikuti akan
menyebabkan jalan berkenaan akan cepat rosak dan memberikan masalah kepada
masyarakat yang tinggal di kawasan berkenaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara banjir ini telah banyak dibangkit oleh
rakan-rakan saya di dalam dewan yang mulia ini. Ini bukanlah merupakan satu masalah
baru, tapi merupakan satu masalah yang telah lama dihadapi, khususnya apabila tiba
sahaja musim hujan ianya merupakan satu masalah yang membingungkan. Bukan
sahaja membingungkan kepada rakyat malah juga kepada wakil-wakil yang mereka
pilih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, nama-nama tempat banjir di kawasan saya ini
memang banyak. Di Felda Trolak Utara, di Pekan Trolak, di Kg. Kuala Slim, di Kg.
Manggis di Kg. Klah Baru, itu di bawah DUN Slim belum lagi saya sebut di DUN
Sungkai. Sebab saya Ketua UMNO Bahagian kena jaga semua Yang Berhormat Dato’
Yang Dipertua, daripada Sungkai sampailah ke Tanjong Malim. Kalau di Sungkai di Kg.
Cegar, Kg. Dikap, Kg. Kuala Gepai, Pekan Bidor itupun banjir. Kalau di DUN Behrang,
Kg. Beirut, Kg. Lintah Piung, Kg. Kelawar, Pekan Tanjong Malim itupun banjir. Jadi




                                          92
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, masalah banjir ini bukanlah merupakan masalah
baru, telah banyak kali dibangkitkan bukan dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia
ini tetapi juga di peringkat PBT. Ketika saya menjadi Ahli Majlis juga saya bangkitkan
perkara ini. Ketika dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah juga saya bangkitkan
perkara ini. Tetapi masalah ini tidak selesai-selesai. Saya percaya bahawa Jabatan
Pengairan Dan Saliran telah berusaha sedaya upaya bahawa bagi memastikan masalah
banjir ini dapat diatasi sebaik mungkin. Saya percaya bahawa mereka juga tidak akan
lelap tidur, sebagaimana wakil rakyat juga tidak akan lelap tidur. Apabila berlaku sahaja
hujan lebat, maka pemikiran dalam hati dan pemikiran wakil rakyat adalah sama ada
banjir berlaku di kampung ini, kampung itu, sekejap-sekejap tunggu panggilan telefon,
memang sah ada sahaja panggilan telefon, tanpa mengira waktu, pukul 2.00 pagi pun
ada yang menelefon. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kerana banyak yang
membantu adalah daripada pihak Penghulu yang telahpun banyak membantu bagi
meninjau masalah-masalah selain daripada kita sendiri juga turun melihat masalah-
masalah yang dihadapi.

Saya ingin memberi satu contoh. Seorang penduduk di Felda Trolak Utara, masih lagi
menelefon saya sejak 3 hari yang lepas pun ada menelefon saya. Ketika saya mula-
mula menjadi wakil rakyat tahun 2004 yang lalu, saya bersama-sama dengan pegawai
ataupun kakitangan JPS telahpun pergi ke rumah beliau nama beliau ialah Gulam Bin
Muhammad yang beralamat 416, Lorong Bunga Raya, Felda Trolak Utara telah pertama
kali saya pergi lebih 2 tahun yang lepas dan kemudian pergi juga lagi setahun yang
lepas melihat masalahnya. Masalahnya adalah di mana hakisan yang melanda Sg.
Trolak ketika ini telahpun hampir sampai untuk meruntuhkan rumah beliau sendiri. Dah
2 tahun setengah dah masalah yang dihadapi oleh Gulam Bin Muhammad di Felda
Trolak Utara. Kesian saya bawa kakitangan JPS ini, dia mengaku sendiri bahawa
masalah ini kalau tidak diselesaikan dalam tempoh yang terdekat berkemungkinan
Gulam Bin Muhammad dan keluarganya akan masuk ke dalam sungai kalau sekiranya
tidak diatasi segera. Sampai sekarang masalah ini belum lagi diatasi. Dua hari yang
lepas, wakil daripada kerajaan ada mengatakan bahawa apabila kita bangkitkan sahaja
soal banjir. Beliau kata masalah ini akan dikaji. Kalau sekiranya wakil rakyat pergi
berjumpa dengan Gulam Bin Muhammad ini, saya pergi tengok jumpa dia. Dia tanya
macam mana masalah saya ini Dato’. Saya cakap masalah ini akan dikaji. Saya risau,
saya bimbang kalau sekiranya Gulam Bin Muhammad ini memang penyokong saya,
pengundi saya, dia pun akan mengkaji balik, kaji balik. Pilihanraya akan datang, saya
akan kaji Dato’. Kita bimbang, soal kaji-mengkaji ini memang perlulah kita kaji apa juga
masalah kita kaji. Tetapi kalau kajian itu sampai dua setengah tahun pun tak selesai
lagi. Apa sebenarnya kita nak kaji. Kemudian wakil kerajaan negeri juga ada semalam
mengatakan dalam soalan lisan mengatakan bahawa kedudukan ini akan dibawa dalam
Rancangan Malaysia Ke-9. Rancangan Malaysia Ke-9, dua kali cakap. Kalau kita pergi
kepada Gulam bin Muhamad ni kata dekat dia, masalah pakcik ni akan diselesaikan
dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Dia pun akan lari malam. Kalau hujan terpaksa lari
malam. Wakil rakyat pun terpaksa lari malam. Dan bila tiba pilihanraya wakil rakyat pun
haup, haup pasal masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat ini tak dapat diatasi. Jadi
saya mengharapkan supaya masalah banjir ini perlu diberikan perhatian yang serius
oleh kerajaan supaya obligasi sosio dapat diberikan tumpuan yang utama kerana setiap
masalah yang berkaitan dengan banjir ini akan turut membimbangkan semua pihak.
Bukan sahaja mereka yang dilanda banjir tetapi juga oleh rakyat jiran disekitar
termasuklah wakil rakyat. Jadi saya mengalu-alukan sebagaimana yang dinyatakan
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan bajet bahawa sebuah




                                           93
satu langkah akan diberikan supaya konsesi pasir sungai diswastakan dan sebahagian
penjualan hasil pasiritu digunakan untuk kerja-kerja penyenggeraan sungai. Memang
langkah ini satu langkah yang baik, cuma kita mengharapkan supaya ianya tidak hanya
tertumpu dalam soal komersial sahaja tetapi hendaklah juga menitikberatkan soal
obligasi sosial supaya rakyat dikawasan kita yang menghadapi masalah hakisan sungai
dan sebagainya dapat menerima habuan juga daripada proses penswastaan yang
dicadangkan oleh Kerajaan Negeri ini.

Dato’ Yang Dipertua, ketika saya minum di dewan tadi ada juga kawan-kawan yang
minta saya supaya membangkitkan perkara ini iaitu berkaitan peruntukan kepada pihak
berkuasa tempatan. Kita ada 15 PBT. Satu daripadanya adalah Dewan Bandaraya, 4
Majlis Perbandaran dan 10 Majlis Daerah., 15 PBT, tetapi peruntukan yang disalurkan
untuk projek-projek pembangunan dan juga pembaikan longkang dan sebagainya untuk
satu negeri sebanyak ringgit Malaysia 2 juta ringgit. Kalaulah dua juta ini dibahagikan
kepada 15 PBT ianya lebih kurang 133 ribu untuk satu PBT. Apakah 133 ribu ini
mampu untuk menangani masalah-masalah seperti longkang pecah, seperti jalan
rosak, jalan berlubang, dalam tempoh satu tahun di mana setahun ringgit Malaysia 130
ribu, itulah yang hendak digunakan untuk menjaga masalah-masalah seperti longkang
pecah, jalan berlubang dan sebagainya. Saya percaya bahawa Dewan Bandaraya Ipoh
sendiri kalau diberi 130 ribu untuk membiayai masalah-masalah longkang, ianya tidak
akan mampu untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.                   Jadi saya
mengharapkan supaya peruntukan bagi projek-projek pembangunan untuk PBT
diseluruh Negeri Perak sebanyak 15 PBT semua, supaya dapat dipertingkatkan dan
juga ditambah, bukan sahaja daripada 2 juta tetapi mungkin lebih daripada itu lagi, kalau
PBT atau Majlis Daerah Tg. Malim tu kuat le sikit. Di situ ada Proton City, malah saya
amat berbanggalah kerana Tg. Malim merupakan Majlis Daerah yang menerima hasil
yang paling tinggi kalau tak silap saya dalam Negeri Perak. Tetapi bagaimanakah
dengan PBT- PBT lain yang terpaksa menanggung masalah ini sejak sekian lama. Jadi
saya harapkan supaya 2 juta ini dapat ditambah pada tahun-tahun yang akan datang.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:            Panjang lagi ke?

Y.B. DATO’ MOHD KHUSAIRI BIN ABD. TALIB: Saya mengambil peluang ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada pihak FELDA yang telah turut membangunkan
beberapa projek di dalam Dewan Undangan Negeri Slim. Antaranya pembinaan
Maktqab Rendah Sains MARA, FELDA atau pun MRSM FELDA yang pertama
seumpamanya di negara kita. Dengan kos awalan sebanyak 50 juta ringgit yang akan
dilaksanakan pada awal tahun hadapan. Begitu juga dengan pembinaan FELDA Trolak
Jaya Utara di Trolak yang ketika ini sudah pun hampir 90% siap dan tunggu masa
sahaja diduduki. Kemudian kompleks mini sukan futsal pertama seumpamanya dalam
Parlimen Tg. Malim, saya tak tahu le tempat-tempat lain. Dalam Tg. Malim itulah
pertama kali sebuah dewan futsal dibina di Felda Besout 3 dengan kos lebih kurang 2.1
juta menempatkan tiga gelanggang futsal. Yang ketika ini menjadi sukan yang popular
dikalangan remaja kita. Begitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
pihak Felda khususnya kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri,
Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga Felda kerana memberikan kelulusan
berbagai-bagai kelulusan termasuklah pembinaan dewan serba guna seperti yang wujud
di Felda Besout 1 dan juga di Felda Trolak Timur dan tak lama lagi Felda Trolak Utara.
Di Trolak Utara Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan
peruntukan sebanyak ringgit Malaysia 530 ribu ringgit dan saya mengharapkan supaya




                                           94
projek ini dapat dilaksanakan dengan segera kalau boleh mulakanlah dalam tahun ini
juga oleh pihak Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, selain itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan
Negeri kerana peruntukan pembinaan Masjid Sultan Iddris Shah di Slim River telah pun
siap sepenuhnya dengan kos sebanyak 3 juta ringgit dan saya mengharapkan juga
sebuah masjid baru dapat dibina di Kg. Kuala Slim.           Begitu juga saya ingin
mengucapkan terima kasih atas segala yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri
dikawasan saya. Terima kasih kepada ketua-ketua jabatan dan kakitangan-kakitangan
kerajaan yang saya percaya telah bertungkus lumus mempastikan bahawa Negeri Perak
dapat membangun dari masa ke semasa. Kalau bukanlah disebabkan dedikasi dan
juga semangat kerja yang ditunjukkan oleh kakitangan kerajaan dan juga ketua-ketua
jabatan sudah pasti kita tidak akan dapat menikmati apa yang telah kita nikmati pada
hari ini. Sudah tentulah kerja yang dilakukan oleh ketua-ketua jabatan dan juga
kakitangan-kakitangan kerajaan ini wajar diberi penghargaan, wajar diberikan penilaian
yang terbaik daripada pihak Kerajaan Negeri. Oleh itu saya mengalu-alukan supaya
kakitangan yang cemerlang dan juga kakitangan yang separa cemerlang ini diberikan
penghargaan oleh Kerajaan Negeri baik dalam apa juga cara penghargaan yang perlu
kita berikan.

Dato’ Yang Dipertua, dengan kata-kata yang demikian, saya ingin mengambil
kesempatan ini mengucapkan sekali lagi syabas dan tahniah kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar kerana berjaya memimpin negeri kita menuju kehala tuju yang
kita harapkan iaitu sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2015.
Dato’ Yang Dipertua, Slim mohon menyokong.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:          Simpang Pulai

Y.B. ENCIK CHAN CHIN CHEE:       Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Kerana
memberi peluang kepada saya untuk membahaskan bajet Kerajaan Negeri Perak bagi
tahun 2007 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Kita juga
seharusnya merakamkan kesyukuran kita di dewan yang mulia ini kerana negara kita
telah menikmati perpaduan dan kerjasama yang erat diantara kalangan rakyat dan
suasana yang aman damai dan membolehkan semua rakyat bergiat cergas dibidang
masing-masing tanpa sebarang halangan. Apa yang kita nikmati selama ini adalah
berkat dari perpaduan dan kerjasama yang erat dikalangan rakyat yang dibajai oleh
semangat muhibbah dan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam kontek ini
seperti yang kita sedia maklum, usaha membina kejayaan dan kemakmuran
memerlukan semangat perpaduan, usaha dan kerja keras dikalangan segenap lapisan
masyarakat

Dato’ Yang Dipertua, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
Kerajaan Negeri Perak atas usaha akan menyediakan perkhidmatan internet tanpa
wayar diseluruh Negeri Perak. Melalui keratan akhbar yang tersiar di surat khabar The
Star menyatakan bahawa 35% kawasan Negeri Perak sudah mempunyai perkhidmatan
internet tanpa wayar dan saya ingin memberikan sedikit pandangan berkenaan perkara
ini. Semenjak dari bulan September hingga sekarang kami dapat mengesan signal
wireless connection atas nama free internet access melalui computer. Dan saya cuba
menyambungkan computer saya menggunakan signal ini namun setelah beberapa kali
saya cuba computer saya masih tidak dapat disambungkan ke internet. Kemudian saya




                                         95
cuba mengesan apakah stesyen gateway yang disediakan saya mendapati bahawa free
internet access tidak disambungkan ke mana-mana station yang disediakan. Yang
disediakan oleh internet service provider iaitu syarikat yang menyediakan perkhidmatan
internet seperti Strimyx atau Tmnet. Ini bererti perkhidmatan internet tanpa wayar yang
disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak ada mempunyai signal wireless tetapi
jikalau perkhidmatan itu tidak disambungkan ke mana-mana perkhidmatan internet
maka kami masih tidak dapat melayari internet. Sebenarnya jika computer kita dapat
menyambung melalui perkhidmatan tanpa wayar, namun computer kami akan
memberitahu bahawa sudah dapat sambungan, menyambung ke internet. Dalam
komputer ada memberitahu penggunanya sudah hantar ke stesyen internet yang
dipanggil sebagai default gateway. Jikalau gateway sudah disambungkan dengan
perkhidmatan internet dibahagian aktiviti iaitu receive akan menunjukkan sebarang nilai.
Selain daripada itu, jika diperiksa melalui support jika komputer dapat disambungkan ke
internet connection status akan menunjukkan bahawa default gateway adalah
mempunyai angka barulah kami menyatakan komputer kami sekarang ada keupayaan
melayari internet. Buat masa sekarang, perkhidmatan internet tanpa wayar yang
disediakan oleh Kerajaan Negeri tidak menunjukkan sebarang informasi seperti yang
saya telah sebutkan tadi yang membuktikan bahawa perkhidmatan tanpa wayar masih
tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh rakyat negeri dan saya berharap Kerajaan
Negeri akan mempercepatkan proses ini.

Dato’ Yang Dipertua, pembangunan industri perumahan di dalam kawasan Bandaraya
Ipoh kini berkembang dengan begitu pesat khasnya di kawasan Simpang Pulai.
Terdapat beberapa projek perumahan yang besar seperti Pulai Heights dan Bandar
Taman Botani. Ini adalah satu kesan yang positif bagi perkembangan ekonomi sesuatu
kawasan tetapi ada juga keadaan yang sungguh menyedihkan. Di kawasan saya itu
saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai yang mengatakan bahawa
rumah atau rumah kedai mereka yang sampai masa untuk serahan tapi sampai
sekarang masih tidak dapat disiapkan walau pun tarikh perjanjian kontrak diantara
pemaju dan pembeli sudah pun luput kerana masalah-masalah yang tertentu oleh
pemaju dan kontraktor. Perkara projek-projek yang tertinggal atau pun terbengkalai itu
sudah banyak menyusahkan pembeli-pembeli rumah atau rumah kedai yang tersebut
mereka bukan sahaja kerugian dari segi kewangan tetapi juga dari segi tidak dapat
menduduki rumah atau rumah kedai yang dibayar insurans sekian lama ini. Dato’ Yang
Dipertua, kejadian yang sedemikian tidaklah sihat dan akan mencemarkan nama baik
Kerajaan Negeri. Walau pun ia bukan projek kerajaan tetapi biasanya pandangan orang
ramai selalu berharap sangat terhadap kerajaan negeri supaya boleh bertindak ke atas
pemaju atau kontraktor yang tidak bertanggungjawab itu.

Dato’ Yang Dipertua, industri pelancongan merupakan salah satu bidang yang dikenal
pasti berupaya menjana pertumbuhan ekonomi Negeri Perak. Industri itu boleh
mendatangkan pendapatan yang lumayan khususnya kepada para pengusaha dan juga
boleh beri peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Negeri kita mempunyai banyak
tempat-tempat yang menarik untuk industri pelancongan khasnya di bandaraya yang
bergunung-ganang yang begitu cantik yang memang boleh menarik kedatangan
pelancongan ke Negeri Perak ini. Selain daripada bergunung-ganang, Bandaraya Ipoh
juga pada suatu ketika telah dianggap sebagai hottest heaven di pekan lama Ipoh di
mananya cukup baik cukup banyak penjualan makanan, makanan tempatan seperti
taugeh ayam, nasi kandar , sate dan lain-lain.




                                          96
Dato Yang Dipertua, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melalui Majlis
Perbandaran Ipoh mewujudkan satu kawasan khas yang sesuai dan penuh dengan
infrastuktur yang bersesuaian    untuk peniaga-peniaga makanan tempatan yang
dimaksudkan tadi dan saya percaya dengan adanya kawasan khas untuk penjualan
pelbagai makanan tempatan yang menarik dan terkenal ini, namun ini bolehlah menjadi
salah satu tarikan yang boleh menghidupkan bandar raya Ipoh, khasnya di bandaraya
lama.

Dato Yang Dipertua, kita sudah mempunyai lebuhraya Utara Selatan yang begitu
memunafaat warganegara.        Kita sudah menikmati penjimatan         masa apabila
menggunakannya, tetapi apa yang saya rasa boleh menambah baik lagi ialah dengan
mengadakan satu papan tanda yang menandakan jalan masuk ke Ipoh melalui jalan
keluar ke Simpang Pulai, bukan hanya jalan masuk melalui pintu keluar , melalui Ipoh
Selatan, oleh kerana, kerana keadaan sekarang cuma ada papan tanda jalan raya yang
menunjukkan ke Simpang Pulai tapi tiada ada ke Ipoh dan salah satu jalan keluar ke
Ipoh pada hal kawasan Simpang Pulai ini juga berada di kawasan dalam kawasan
Bandaraya Ipoh. Oleh itu saya mencadangkan diletakkan papan tanda Ipoh Selatan
yang menandakan boleh keluar ke Bandaraya Ipoh melalui jalan keluar di Simpang Pulai
dan dengan ini dengan adanya papan tanda ini, maka ini akan menyenangkan
pengguna jalan raya untuk masuk ke Bandaraya Ipoh melalui ke Simpang Pulai dan ini
akan secara tidak langsung meningkatkan nilai tanah di persekitaran kawasan tersebut
dan dengan ini Simpang Pulai menyokong.

YB. DATO YANG DIPERTUA: Pasir Berdamar.

Y.B. ENCIK SEAH LEONG PENG: Terima Kasih Tuan Yang Dipertua,Dato’ Yang
Dipertua, budget 2007 merupakan satu budget yang agak menyeluruh berbanding
dengan tahun lepas. Tetapi malangnya ia telah gagal menyeluruh banyak isu ekonomi
dan politik . Yang pertama, dana pelaburan asing terus ataupun FDI, Budget 2007 tidak
menyentuh tentang jala-jala kerajaan ingin menarik kemasukkan FDI ke negari kita.
Sekiranya kita membuat satu perbandingan diantara kemasukan FDI di rantau ini kita
akan mendapat Malaysia merupakan negara yang menikmati kemasukan FDI yang
paling kurang. Contohnya. rakan saya Pantai Remis telah diberikan semalam.
Kerajaan , kerajaan mesti mengkaji kenapakah pelabur asing enggan datang ke
Malaysia Negara. Negara kita mempunyai sumber asli yang banyak dan pekerja yang
berpendidikan tinggi yang semakin bertambah. Kenapakah kita gagal menarik mereka
untuk terus melabur ke Malaysia , apakah ini disebabkan oleh negara kita kekurangan
alam perniagaan business environment, dengan izin yang memuaskan, apakah ini
disebabkan oleh negara kita kekurangan alam perniagaan, sorry, apakah ini disebabkan
oleh korupsi kekurangan defisit efektif dan ketidak adilan dari segi peluang persaingan
diantara kaum yang berlainan yang telah menjadi budaya di negara kita. Kenyataan
yang diluahkan Menteri Penerangan dan Perindustriaan bahawa pelabur asing yang
tidak suka tentang sistem 30% kuota kepada kaum bumiputera adalah lebih baik tidak
datang ke Malaysia . Kenyataan yang angkuh dan sombong seperti itu sudah tentu
menakutkan pelabur asing daripada datang ke Malaysia dan kita akan rugi pada
akhirnya.

Yang Dipertua, Look Mate Perak Negeri Maju 2015, yang digariskan oleh Yang Amat
Berhormat dalam budget 2007, mesti memastikan rakyat dapat berkongsi kemakmuran
ekonomi, menghapuskan ketipisan pembangunan dan rasuah serta menggantikan




                                          97
dasar kuota kaum atau politik dengan keperluan . Rakyat tidak mahu ditunggukan baik
oleh para pelancung ataupun oleh ketelusan projek pembangunan yang hanya
menguntung pihak atau kroni tersebut sahaja tertentu sahaja. DAP nak ingatkan bukan
semua Melayu kaya seperti Dato’ R yang mampu membelanjakan RM 3.5 juta untuk
kahwin baru ataupun semua Cina, atau semua Cina kaya seperti Timbalan President
Pemuda MCA, Dato’ Lee Chee Leong, ataupun semua India kaya seperti Dato Samy
Velu. Yang pasti ada melayu

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Jangan sebut nama, jangan sebut nama.

Y.B. ENCIK SEAK LEONG PENG: Itu contoh.Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua:
Contoh nama lain sikit. Yang pasti ada Melayu, Cina dan India yang susah dan lebih
banyak Melayu miskin daripada yang kaya. Akan tetapi kerajaan Barisan Nasional
suka lebihkan Melayu miskin atau Cina kaya ataupun hanya mahu mewujudkan
golongan jutawan bumi daripada menjadikannya dengan semua bumi dengan rasa
pecah dan menurut perintah.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Apa pecah perintah. Boleh duduk apa. Tapi sokong
kerajaan boleh kut.

Y.B. ENCIK SEAH LEONG PENG: Ini salah kerana bantuan dan kontrak kerajaan
tidak patut berbau kaum dan berbau politik tetapi berdasarkan kepentingan. Mengapa
perlu kuota diskaun untuk perumahan untuk rumah mewah bila yang belinya sudah kaya
dan berkemampuan. Dasar kuota perumahan semata-mata mengukuhkan kuasa politik
Barisan Nasional dan tidak praktikal dalam dunia globalisasi yang penuh cabaran ini.
Mengapa perlu diskaun perumahan untuk rumah mewah bila pembelinya sudah kaya
dan yang miskin sama sama miskin, bukannya sistem kuota perumahan sudah gagal
bila memberi bumi sendiri sekarang enggan membeli rumah kuota , bumi tak mahu pilih
lot-lot bukan bumi. Semua rakyat di Perak tanpa mengira kaum dan agama kini
menghadapi masalah inflansi di mana semua harga barangan naik kecuali gaji mereka.
Kerajaan telah memberikan bantuan dalam bentuk pelepasan cukai bila yang diperlukan
oleh rakyat ialah penambahan pendapatan, apa gunanya pelepasan cukai sekiranya
tidak ada pendapatan mencukupi untuk membayar cukai.

Y.A.B. MENTERI BESAR: Dato’ Yang Dipertua, saya ingin bertanya kepada
Ahli Yang Berhormat di mana yang ada kita bagi potongan kepada bumiputera ini? Di
Perak atau Negeri lain?

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:          Bagi peluang Pasir Berdamar, dia pun sama juga.
Sitiawan duduk Sitiawan. Bagi peluang dia, dia boleh jangan rendahkan dia, dia boleh .

Y.B. ENCIK NGEH KOO HAM: Itu contoh baik, yang dalam sesi lalu saya sudah
katakan DBI membina bangunan 4 tingkat di Greentown bernilai RM 800 ribu dan
diberikan diskaun 7% kepada bumiputera iaitu RM 56 ribu kenapa kita yang tolong
yang kaya, kenapa kita tidak ambil duit ini, RM 56 ribu ini untuk menolong yang miskin.

Y.A.B. MENTER BESAR: Adakah Yang Berhormat sedar bahawa hari ini kerajaan
tidak lagi memberi potongan harga kepada bumiputera? Tapi yang kita syaratkan ialah
kalau kita hendak jual rumah untuk yang kurang berupaya membayar RM70 ribu untuk
rumah satu tingkat RM110 ribu untuk dua tingkat ini yang ditetapkan , di Perak pun kita




                                          98
kurang mengadakan dasar 30% untuk bumiputera, kerana 30% untuk bumiputera tidak
praktikal lagi, jadi kita tetapkan harga.

Y.B. ENCIK SEAH LEONG PENG:                Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Tukar tajuk lain. Tukar tajuk lain.

Y.B SEAH LEONG PENG: Swasta

Y.A.B. MENTERI BESAR: Untuk swasta pun kita tidak ada syarat bagi 5 % potongan
kepada Bumiputera kerana kalau rumah harga 400…….

Y.B. ENCIK SEAH LEONG PENG: Itu memang ada dalam suratkhabar. Memang ada.

Y.B. ENCIK NGEH KOO HAM: Yang Berhormat….: Setahu saya masih dipraktikkan.
Melainkan polisi kalau sudah berubah.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:          Sitiawan ke Pasir Berdamar ini.    Pasir Berdamar
cakap, Sitiwan duduk.

Y.A.B. MENTERI BESAR: Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di negeri Perak pun
kita sudah , kita memang ada dasar itu tapi kita kurang laksanakan. Kerana meletakkan
30% untuk Bumiputera tidak ada makna kalau harga rumah yang dijual RM 300 , RM
400 ribu lebih baik kita tetapkan harga RM 70 ribu ke bawah untuk satu tingkat, RM110
ribu ke bawah untuk dua tingkat. Tapi yang mana yang 70% itu lagi kita benarkan dijual
dengan harga pasaran yang dikehendaki.

Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA: Sila tukar tajuk lain.

Y.B. ENCIK SEAH LEONG PENG : Terima kasih Yang Dipertua, satu tentang satu hal
tentang tanah lagi, menurut aduan daripada 15 orang peserta di Kg. Batu 12 Jalan
Bidor Teluk Intan, tanah yang diusahakan oleh mereka sejak berpuluh-puluh tahun yang
lalu kini telah diberikan kepada orang-orang lain yang langsung tidak mengusahakan
tanah-tanah tersebut. Mereka adalah peneroka-peneroka yang telah berusaha di tanah
tersebut selama 50 tahun ke atas mereka akan kehilangan rezeki setelah tanah yang
diteroka diluluskan kepada orang yang bukan berusaha. Pelepasan tanah tersebut
kepada orang-orang yang tidak          mengusahakan tanah-tanah tersebut adalah
bertentangan dengan polisi di Negeri Perak. Bahawa peneroka-peneroka awal harus
diberi keutamaan dalam pemberian tanah kerajaan. Walaupun aduan-aduan telah
dikemukakan kepada beberapa pihak berkenaan seperti MCA, Gerakan tetapi aduan,
tetapi tanah-tanah tersebut juga dilupuskan kepada orang-orang yang tidak
mengusahakan tanah-tanah tersebut dan adalah disyaki terdapat penipuan dalam
pelupusan tersebut. Oleh itu kami berharap Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan
segera sebelum orang- orang yang tidak patut mendapat tanah-tanah tersebut
melupuskan tanah-tanah yang diterima dilupuskan kepada pihak ketiga. Oleh yang
demikian saya berharap minta kerajaan negeri boleh dapat mengambil satu ketetapan
untuk memastikan bahawa pemberian tanah-tanah tersebut kepada orang-orang yang
tidak mengusaha tanah-tanah tersebut di tarik balik dan keutamaan diberikan kepada
peneroka-peneroka awal. Terima kasih Yang Dipertua.




                                         99
Y.B. DATO’ YANG DIPERTUA:           Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya
tangguhkan mesyuarat persidangan ini ada usul tergempar daripada Pasir Berdamar,
bunyi macam sama yang dia cakap tadi.. Usul tergemparnya begini bunyinya : Dengan
ini saya ingin mengusulkan satu usul tergempar di perintah tetap berbunyi seperti
berikut bagi persidangan Dewan negeri pada 23.11.2006 menurut aduan daripada 14
orang peserta di Kampung. Bt 12 Jalan Bidor Teluk Intan tanah yang diusahakan oleh
mereka sejak berpuluh-puluh tahun lalu kini telah diberikan kepada orang-orang lain dan
yang langsung tidak mengusahakan tanah-tanah tersebut. Pelupusan tanah-tanah
tersebut kepada orang-orang yang tidak mengusahakan tanah tanah tersebut adalah
bertentangan dengan polisi Negeri Perak. Bahawa peneroka awal diberi keutamaan di
dalam pemberian tanah kerajaan walaupun ada aduan telah dikemukakan kepada pihak
kerajaan negeri tanah-tanah tersebut telah dilupuskan kepada orang-orang yang tidak
mengusahakan tanah-tanah tersebut. Dan adalah disyaki terdapat penipuan dalam
pelupusan tersebut.. Tindakan segera patut diambil sebelum orang-orang yang tidak
patut mendapat tanah tersebut melupuskan tanah-tanah yang diterima dilupuskan
kepada pihak yang ketiga, menyedari bahawa pelupusan tersebut telah menimbulkan
kesangsian terhadap keteria-keteria ataupun kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam
pelupusan tanah tersebut dan juga secara langsung menjejaskan imej dan sistem
pentadbiran awam, saya dengan ini mengusulkan supaya dewan yang mulia ini
mengambil satu ketetapan untuk memastikan bahawa pemberian tanah-tanah tersebut
kepada orang-orang yang tidak mengusahakan tanah tersebut di tarik balik dan
keutamaan diberikan kepada peneroka-peneroka awal.             Kerajaan Negeri     juga
seharusnya memastikan bahawa pelupusan tanah kerajaan adalah telus dan saksama.

Ahli Yang Berhormat saya pakai perintah tetap 17(2) dan didapati perkara ini ialah tidak
patut disegerakan dan saya serahkan kepada pihak Pentadbir Tanah dan Pihak
Kerajaan dan juga pihak PTG. Jadi usul ini ditolak. Ahli Yang Berhormat, ada satu lagi
usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Pantai Remis. Mengikut peraturan perintah
tetap 17(4) tidak lebih daripada satu usul menangguhkan Dewan di bawa perintah tetap
ini boleh dibawa pada persidangan dan itu usul ini ditolak.

(GANGGUAN)

Usulnya berbunyi begini dengan ini saya ingin mengusulkan satu usul tergempar
dibawah perintah tetap berbunyi seperti berikut bagi Persidangan Dewan Negeri pada
23.11.2006. Menurut aduan nelayan-nelayan di Hutan Melintang di Negeri Perak
beberapa hari ini warga nelayan telah mengadakan demonstrasi secara beramai-ramai
dan mengemukakan bantahan terhadap kegiatan menculik dan memeras ugut nelayan
yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia oleh tentera Negara Indonesia.
Mengikut keterangan nelayan-nelayan yang terlibat, kes menculik dan peras ugut
sedemikian semakin berleluasa dan berlaku 4 hingga 5 kali setiap minggu di mana
jumlah bayaran wang peras ugut yang berjumlah lebih kurang RM8 juta, menyedari
kerisauan perkara ini yang telah mengugat keselamatan nyawa nelayan-nelayan Negeri
Perak dan turut menjejaskan industri –penangkapan ikan negeri, pihak saya ingin
mengusulkan supaya Dewan yang mulia ini mengambil satu ketetapan supaya
Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas meminta kerajaan Indonesia memberi
pampasan kepada nelayan Negeri Perak yang menjadi mangsa kes culik serta
memohon maaf kepada mereka. Kerajaan juga seharusnya memerintahkan Tentera
Laut DiRaja Malaysia dan pasukan Polis Marin yang bertapak di Lumut supaya




                                          100
mempertingkatkan rondaan demi melindungi keselamatan nyawa nelayan yang terjejas.
Dengan ini mengikut perintah tetap 17(4) usul iniditolak.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan dewan ini sehingga hari Jumaat,
24.11.2006 jam 9.00 pagi. Dewan ditangguh.




                                      101

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags:
Stats:
views:198
posted:1/9/2012
language:
pages:101