Embed
Email

tips utk hilangkan stress

Document Sample
tips utk hilangkan stress
Shared by: Alias Hassan
Categories
Tags
Stats
views:
3
posted:
1/8/2012
language:
pages:
9
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEKTOR PELANCONGAN NEGARA



Malaysia menjadi salah satu pusat pelancongan di dunia dan menjadi tumpuan para

pelancong.Dasar ekonomi,politik dan sosial negara Malaysia menjadi kayu ukur di

mata para pelancong untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan.Bukan

mudah untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai dasar sosial,ekonomi dan

politik yang cemerlang serta mendapat pujian pelancong luar negara.Oleh

itu,terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sektor pelancongan negara

Malaysia.

Antaranya,keamanan dan keselamatan negara mendapat kepercayaan pelancong

untuk bercuti serta melancong di Malaysia.Kawalan ketat oleh pasukan marin di

perairan sekitar Kepulauan Malaysia dan tiada peperangan menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara yang aman berbanding negara lain seperti negara jiran

Malaysia sendiri iaitu Thailand yang sering berlaku peperangan di Pattani.

Kedudukan geografi Malaysia juga menjadi faktor yang mempengaruhi sektor

pelancongan negara di mana Malaysia tidak berada dalam Lingkaran Api Pasifik

walupun dikelilingi negara yang sering berlaku bencana alam seperti tsunami dan

gempa bumi.Iklim yang tidak terlalu sejuk dan terlalu panas serta cuaca yang

lembap membuatkan keadaan yang sesuai untuk melancong.Selain

itu,pergunungan seperti Gunung Kinabalu dan Gunung Ledang menjadi tumpuan

pelancong.

Kebudayaan dan keadaan sosial seperti Batu Caves di Selangor berjaya menarik

ramai pelancong walaupun ianya merupakan pusat ibadat bagi penganut Buddha di

Malaysia.Sambutan seperti Thaipusam atau Hari Gawai yang dijalankan oleh

rakyat Malaysia dan kepelbagaian kaum dalam sebuah negara menjadikan

Malaysia sebuah negara yang unik dan amat penting dalam sektor pelancongan

negara.

Di samping itu,sukan-sukan yang mempunyai peminat yang ramai seperti

Monsoon Cup,F1 Sepang,tenis,badminton,squash dan sebagainya yang

dipertandingkan di Malaysia merancakkan semangat kesukanan para peminatnya

dan membuatkan ramai yang ingin menyaksikannya.Oleh itu,sektor pelancongan

negara mendapat keuntungan berlipat ganda hasil daripada kemasukan pelancong

di Malaysia.

Konklusinya,faktor-faktor yang mempengaruhi sektor pelancongan negara

merangkumi pelbagai aspek yang penting.Sektor pelancongan juga mementingkan

kepuasan pelancong dalam negara mahupun dari luar negara.Pelancongan amat

penting dalam sesebuah negara untuk membangun dan secara tidak langsung amat

membantu peniaga-peniaga yang menjual cenderahati serta mampu meningkatkan

ekonomi negara.

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA INGGERIS



Sebagai rakyat Malaysia,untuk menguasai bahasa Inggeris amat penting tidak kira samada

secara formal atau tidak formal.Semua lapisan masyarakat tidak kira umur dan jantina perlu

mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris untuk kemajuan diri,masyarakat dan negara.Selain

itu,penggunaan bahasa Inggeris perlu ditingkatkan di Malaysia agar tidak dilabel sebagai sebuah

negara yang mundur dan tidak maju.

Industri pekerjaan sekarang memerlukan individu yang mempunyai penguasaan bahasa

Inggeris yang tinggi.Pengunaan bahasa Melayu sahaja tidak cukup bagi seorang penganggur

untuk mendapat pekerjaan.Tambahan pula,industri pekerjaan sekarang mensyaratkan

penggunaan bahasa Inggeris sebagai syarat utama dalam pemilihan pekerjaan.Seseorang yang

berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan lancar lebih cerah peluangnya untuk

mendapat pekerjaan yang diinginkannya berbanding individu lain yang hanya menguasai bahasa

Melayu sahaja.Bilangan penganggur yang berlebihan serta kegawatan ekonomi menjadikan

peluang pekerjaaan terhad meyebabkan berlakunya persaingan yang kuat.Oleh itu,hanya individu

yang berjaya menguasai bahasa Inggerisdiutamakan.Bahasa Inggeris yang lancar dan baik akan

menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan dan mampu berdaya saing.

Seluruh dunia mempunyai bahasa pengantar sendiri bagi negara masing-masing bagi

menentukan identiti sesebuah negara.Selain itu,bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dunia

dan amat penting untuk berkomunikasi.Terdapat individu yang tidak mampu menguasai bahasa

Inggeris sepenuhnya maka amat sukar baginya untuk membuat urusan di luar negara dan urusan

yang berkaitan dengan orang luar negara.Bahasa Inggeris juga amat penting dalam urusan

perdagangan dunia.Urusan perdagangan amat penting bagi sesebuah negara untuk membangun

serta mampu bersaing dengan negara luar.Pihak yang mengendalikan perdagangan dunia perlu

sepenuhnya menguasai bahasa Inggeris dan mampu untuk menjalankan urusan dengan mudah

tanpa memikirkan cara komunikasi lain.

Pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Inggeris amat penting untuk pelajar menguasai

bahasa ini dengan mudah.Pertuturan dalam bahasa Inggeris daripada pengajar juga

mempengaruhi para pelajar.Pelajar juga mudah mendapatkan ilmu yang diajar sekiranya pelajar

tersebut mahir dan berjaya menguasai penggunaan bahasa Inggeris.Kebayakan bahan-bahan

rujukan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.Bahan-bahan rujukan seperti ensiklopedia,buku-

buku dan sebagainya ditulis oleh penuis luar negara.Penguasaan bahasa Inggeris yang baik

sangat membantu para pelajar memahami bahan rujukan dengan mudah serta melatih diri pelajar

untuk sentiasa berfikir.

Kesimpulannya,bahasa Inggeris bukannya mudah untuk mempelajarinya serta sukar bagi

seorang individu untuk berjaya sekiranya tidak menguasai bahasa Inggeris.Dunia yang semakin

mencabar membuatkan persaingan hidup semakin membebankan.Penggunaan yang meluas

sedikit sebanyak membantu pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris.Contohnya,percakapan di

dalam keluarga,pertuturan dengan rakan-rakan dan proses pembelajaran dalam bahasa Inggeris

memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar adlam menuntut ilmu.

TIPS UTK HILANGKAN STRESS...

Antara tips yang boleh diamalkan:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum

melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

Selain itu kita juga akan diangkat darjat dan dicintai Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku

tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan

dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah.

Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun

dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (Hadis riwayat

Muslim)”



Firman Allah:

”…Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-

orang yang bersih (Al-baqarah : 222)”



2) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang

cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-

aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan

menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa bersama rakan pergi

beriadah. Ikatan persahabatan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda

dan sebagainya. Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi

para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar panah seraya mengalakkan

mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian’

Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang

Mu’min yang lemah’

Pepatah Arab yang berbunyi “Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat”



3) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran

walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah

selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur.

Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Hazrat Abu Sa’id r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Allah Taala berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiku

dan berdoa kepadaku kerana sibuk dengan al-quran maka aku akan mengurniakan

kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa

kepadaku. Ketinggian perkataan Allah Taala ke atas segala perkataan adalah

seumpama ketinggian Allah Taala ke atas segala makhluk (ciptaanNya) .” (Hadis

riwayat Tirmizi, Darimi, dan Baihaqi)

"Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah yang

menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang dengannya dan

berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba' dengannya)".

4) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu

faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah

mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan

menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah

jantung, darah tinggi, kencing manis.

Fakta Sains menyatakan:

“Tekanan dapat mengurangi vitamin B dari tubuh dan mengurangi penyerapan nutrisi

vital. Menjadi penting untuk memastikan makanan memiliki diet yang seimbang. Sikap

dalam satu pengalaman atau bagaimana merespon terhadap peristiwa stress

tergantung daripada seberapa banyak diet makanan seperti halnya pada kecakapan

induvidu. Memakan makanan yang betul dan menjaga diet seimbang dapat menolong

mengurangi stress dan mendorong lebih banyak tenaga. Cuba untuk membuat waktu

makan menjadi tenang dan santai. Makan dalam perjalanan biasanya membuatkan

pemilihan makanan yang buruk dan suatu persekitaran penuh kesibukan yang hanya

akan menyumbang terjadinya tekanan yang lebih besar.”

5) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita

sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat

taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam

Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut

agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

"Dan pada sebahagian malam dirikanlah solat sebagai solat tambahan bagimu, mudah-

mudahan Tuhanmu akan meletakkan engkau di suatu tempat yang terpuji." (Surah al-

Israk : 79)

6) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai

keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu

pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh

melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang

dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan

memulakan hidup dengan lebih ceria.

Petikan kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah:

Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan

semua yang kita buat. Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu Anda kena

berlatih mengawal perbuatan Anda dan mengawal percakapan Anda. Fikir dulu

sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap. Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila

Anda bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan Anda dikawal

oleh emosi. Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan

perbuatan apabila Anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air

muka yang tegang, yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi

menguasai Anda, bukan Anda yang menguasai emosi. Biar kita nampak cool dan

tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan

ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan

juga lakonan berterusan. Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja,

tenang setenang-tenangnya. Jika sebelum ni Anda orang yang tak yakin, bahkan tidak

ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika,

bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya Anda

merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri.

Orang yang kita nampak konfiden, biasanya tenang-tenang saja. Program

minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,

katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,

berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut

sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas

mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya,

hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan

orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita

berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan

menjalani hidup penuh dengan tekanan.

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita

menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci

hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

7) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita

disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan.

Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi

sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah,

Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita

perlulah sedar bahawa sebarang kemahuan tidak akan datang bergolek sekiranya

tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai

sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan untukmu.

(Surah al-Mukmin: 60)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah)

bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang

berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)

8) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada

maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri

sendiri terlebih dahulu dalam situasi memahami dan menyintai orang lain. Diri kita yang

selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara

yang terbaik. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan

senyuman. Senyuman itu umpama pemakai wangian yang bukan hanya si pemakainya

sahaja yang harum, namun keharuman itu turut dirasai orang sekitarnya.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan

menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat

terhadap kesejahteraan jasmani dan rohani.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan,

mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan

pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari

ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta rohani membangkitkan rasa yakin dan ingin mendekati Al-Khaliq yang mana

segala apa sesuatu di bawah kendalian-Nya.

Rasulullah bersabda dengan bermaksud:“Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan

merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang

lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan

kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia

enggan dimasukkan ke dalam neraka” – Mutafakun alaih.

9) Mengadu hanya kepada Allah

Mungkin tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat

diredakan melalui luahan hati dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam

sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati kadangkala boleh

menyebabkan diri merana. "Luaran lain, hati lain" ada sesetengah individu apabila

mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan

permasalahan mereka itu. Bagaimanapun langkah terbaik sebagai Muslim ialah

bersabar dan mengharap Allah semata-mata.

Firman Allah swt

“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2

yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg

berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

“Orang2 yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah, bahawa

dengan mengingati Allah, hati itu akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan

memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya

pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-

Tirmizi)

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah SWT melainkan Allah akan

memenuhinya dgn keamanan dan keimanan” (hadith riwayat Abu Daud)

10) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian

dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan

menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Yakinlah yang ianya adalah kesilapan dari

kita sendiri. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah

menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa

tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi (bakhil kedekut);

apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan pabila ia beroleh

kesenangan, ia sangat bakhil kedekut." (Al-Maarij:19- 21)

“Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku

kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya

Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan

mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal,

Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan

mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang

kepadanya dengan berlari-lari anak.” (Al-Bukhari)



“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu

Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu

Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik

untukmu

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun

kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya”





* Semogabermanfaat

Herba

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



Lompat ke: pandu arah, gelintar









Selasih, sejenis herba yang mudah dijumpai



Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan

dan baunya.



Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan

dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.



Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.

Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain

tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok

herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan

sebagai herba.



Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan

herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang

digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.



Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh

memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan

bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil

pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan

standard penggunaan yang tinggi dan tepat.





Pokok herba

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



Lompat ke: pandu arah, gelintar









Salvia lyrata, salah satu tumbuhan herba



Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Biasanya, pokok herba

mempunyai batang lembut dan mengandungi banyak air. Pokok herba telah lama digunakan

orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.



Banyak pokok herba juga telah digunakan oleh orang Melayu sebagai ulam untuk dimakan

bersama nasi.



Terdapat juga pokok herba yang tidak dimakan secara langsung, tetapi digunakan sebagai bahan

untuk menghasilkan minyak atau dipuput (hancurkan dengan lumat seperti krim) sebelum

diletakkan di bahagian yang sakit.



Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan

herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang

digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.



Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh

memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan

bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil

pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan

standard penggunaan yang tinggi dan tepat.


Related docs
Other docs by Alias Hassan
pengurusan sumber cover isi
Views: 5  |  Downloads: 0
14.docx
Views: 0  |  Downloads: 0
7.docx
Views: 0  |  Downloads: 0
premium control deparmen 1
Views: 0  |  Downloads: 0
universiti kuala lumpur
Views: 0  |  Downloads: 0
pengawal
Views: 3  |  Downloads: 0
faktor
Views: 6  |  Downloads: 0
20.docx
Views: 0  |  Downloads: 0
topez name tag
Views: 0  |  Downloads: 0
21.docx
Views: 0  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!