BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JPT TUGASAN TAKSIRAN KERJA KURSUS PROJEK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
JABATAN : PENDIDIKAN KHAS
TAJUK : TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
KUMPULAN : PGSR (PK)
SEMESTER : ENAM (6) AMBILAN NOVEMBER 2008
TAJUK : TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
TARIKH MULA 20 OKTOBER 2011 TARIKH HANTAR 29 NOVEMBER 2011
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan keperluan terapi untuk perkembangan diri murid-murid berkeperluan khas.
2. Menghuraikan kaedah terapi yang sesuai dengan masalah murid.
3. Melaksanakan aktiviti terapi untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman pelajar.
4. Mengintegrasikan aktiviti-aktiviti terapi dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
1. Menghasilkan peta minda dan artikel berkaitan terapi dalam Pendidikan Khas.
2. Membentangkan jenis-jenis terapi yang sesuai untuk murid-murid berkeperluan khas.
3. Merancang dan membina istana pasir (terapi pasir) dalam konteks pendidikan khas.
4. Merancang, mencipta dan mendemonstrasi jenis permainan (terapi main) yang dihasilkan.
5. Menghasilkan media berkaitan terapi dalam Pendidikan Khas (rakaman video lagu
kanak-kanak).
TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK
INSTITUT : IPG KAMPUS KOTA BHARU NAMA GURU PELATIH :
MATA PELAJARAN : TERAPI DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : PGSR SEM 6
KHAS (PKB 3109)
TARIKH MULA : 20 OKTOBER 2011 TARIKH HANTAR : 29 NOVEMBER 2011
TUGASAN PROJEK
Pendekatan terapi merupakan suatu kaedah rawatan dan pemulihan yang dianggap penting pada masa kini. Ianya
dilaksanakan oleh pakar-pakar terapi (terapis) ke atas individu-individu berkeperluan khas yang menghadapi pelbagai
masalah ketidakupayaan. Perkhidmatan terapi di pusat-pusat pemulihan atau di premis-premis tertentu adalah kurang
disebabkan oleh penawaran tenaga pakar (terapis) yang sangat terhad khususnya di negara kita.
Perbelanjaan untuk mendapatkan khidmat terapi seperti terapi fisio, terapi pemulihan cara kerja, terapi pertuturan dan
sebagainya memerlukan kos yang tinggi terutama dalam menyediakan peralatan terapi yang serba canggih dan mahal.
Justeru sebagai seorang guru pendidikan khas anda perlu bijak menggunakan pelbagai kemahiran dan sumber yang ada
untuk meneruskan kesinambungan khidmat terapi kepada kanak-kanak masalah pembelajaran setelah mendapat
khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada pakar-pakar terapi yang telah dirujuk.
SUB TUGASAN
Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki:
i. Membuat carian daripada pelbagai sumber berkaitan pelbagai jenis terapi yang sesuai diaplikasikan ke atas kanak-
kanak berkeperluan khas (cth: seperti terapi fisio, terapi cara kerja, terapi muzik dan nyanyian, terapi seni visual,
terapi pertuturan, terapi pasir, terapi main dan terapi alternatif seperti terapi aroma, terapi herba, terapi ozon,
floortime, snoezelen dan sebagainya). – (Tugasan individu)
ii. Pilih tiga jenis terapi daripada carian maklumat terapi anda dan hasilkan satu peta minda bagi setiap jenis terapi
yang dipilih. Setiap peta minda perlu digarapkan di atas sehelai kertas sahaja. Ini bermakna anda perlu
menyediakan tiga peta minda bagi menjelaskan tiga jenis terapi yang dipilih (hanya tiga helai kertas sahaja). Peta
minda anda boleh dihasilkan secara bertaip atau dalam bentuk tulisan tangan. Sediakan satu fail atau portfolio
“PKB3109 : Terapi Dalam Pendidikan Khas” untuk anda menyisipkan segala carian maklumat terapi anda. –
(Tugasan individu)
iii. Dalam kumpulan bertiga anda dikehendaki menghasilkan satu artikel khas berkaitan salah satu jenis terapi
berikut:
a. Terapi fisio
b. Terapi cara kerja
c. Terapi muzik dan nyanyian
d. Terapi seni visual
e. Terapi pertuturan
f. Terapi pasir
g. Terapi main
* Sila buat undian bagi pemilihan tajuk terapi dan juga pastikan bahawa setiap kumpulan tidak menghasilkan
artikel terapi yang sama (Tindakan Ketua Kelas).
* Penulisan artikel anda sekurang-kurangnya mempunyai sub-sub tajuk berikut iaitu;
1.0 Pengenalan
2.0 Konsep dan Definisi Terapi
3.0 Sejarah Terapi (jika ada)
4.0 Kepentingan Terapi
5.0 Peralatan Terapi
6.0 Cara Pelaksanaan
7.0 Masalah Dalam Pelaksanaan
8.0 Cadangan
9.0 Penutup
iv. Anda boleh memasukkan gambar-gambar yang berkaitan tetapi tidak melebihi 5 keping gambar. Setiap gambar
yang dikepilkan berukuran tidak melebihi saiz 4” x 5” setiap satu. Panjang artikel tersebut adalah sekitar 8 hingga
12 muka surat. - (Tugasan kumpulan)
v. Kumpulan anda perlu menghasilkan “power-point” persembahan yang menarik dan melaksanakan pembentangan
terapi berdasarkan artikel terapi anda. - (Tugasan kumpulan)
vi. Kumpulan anda juga dikehendaki memuat turun 10 video lagu yang bersesuaian dengan kanak-kanak masalah
pembelajaran dalam bentuk CD/cakera padat. - (Tugasan kumpulan)
vii. Merancang dan mendemonstrasi terapi main (akan dilaksana semasa sesi interaksi nanti).
viii. Pertandingan Membina Istana Pasir (akan dilaksana semasa sesi interaksi nanti).
ix. Melaksanakan Ujian Amali Terapi (akan dilaksana semasa sesi interaksi nanti).
x. Menulis laporan keseluruhan (5 hingga 8 muka surat) berkaitan keseluruhan tugasan projek anda. - (Tugasan
individu)
xi. Menulis refleksi kendiri (1½ hingga 2 muka surat) berkaitan tugasan yang telah dilaksanakan. - (Tugasan
individu)
ARAHAN PENTADBIRAN:
1. Hasil penulisan anda hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau 1½ baris.
2. Sumber / bahan rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA).
3. Sebarang rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabel dan dinomborkan.
4. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
4.1 Nama Institut: IPG Kampus Kota Bharu
4.2 Nama Pelajar:
4.3 No. Kad Pengenalan:
4.4 No. Telefon
4.5 Unit dan Ambilan: PGSR (PK) Ambilan November 2008
4.6 Tajuk:
4.7 Tarikh Hantar: 29 NOVEMBER 2011
4.8 Nama Ahli Kumpulan:
4.9 Nama Pensyarah: En. Nik Azhar bin Nik Ab. Rahman
Cik Siti Fatimah bt. Salleh
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Kota Bharu.
5.Tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini melibatkan tugasan individu dan kumpulan.
6.Bahan “powerpoint” yang dihasilkan perlu menarik.
7.Persembahan terapi (berdasarkan artikel) perlulah menyakinkan, sistematik dan bersifat ilmiah.
8.Amalan plagiat adalah dilarang (merupakan satu kesalahan).
9.Semasa melaksanakan tugasan ini anda perlu mengadakan kolaborasi dengan pensyarah pembimbing, individu
yang mempunyai kepakaran dan maklumat berkaitan projek serta rakan-rakan anda. Gunakan borang kolaborasi
dan lampirkan bersama tugasan anda.
10. Tugasan yang perlu anda hantar ialah a) Portfolio (yang mengandungi maklumat carian terapi sahaja) dan
b) Assignment (yang mengandungi satu artikel terapi, tiga peta minda, satu laporan keseluruhan, satu penulisan
refleksi, sekeping CD yang mengandungi ”power-point” pembentangan dan rakaman 10 video lagu yang
bersesuaian dengan kanak-kanak masalah pembelajaran serta borang kolaborasi. - (Tugasan individu)
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(EN. NIK AZHAR BIN NIK AB. RAHMAN) (Dr. ABDULLAH BIN YUSOFF))
Pensyarah Pendidikan Khas, Ketua Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Kota Bharu IPG Kampus Kota Bharu
Tarikh : 20 Oktober 2011 Tarikh : 20 Oktober 2011