Embed
Email

Gerakan Nasionalisme

Document Sample
Gerakan Nasionalisme
Shared by: HC12010419934
Categories
Tags
Stats
views:
5
posted:
1/4/2012
language:
pages:
5
Gerakan Nasionalisme

Pengenalan

Secara umum, dalam konteks Tanah Melayu, nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan

taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan

bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan

dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan

kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan

kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah

seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan

itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti bangsa yang berbudaya

tinggi. Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di

kalangan orang Melayu. Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu

dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar

belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:

Tahap Tahun Pendidikan

Agama 1906 – 1926 Arab

Sosioekonomi 1926 – 1937 Inggeris

Politik 1937 – 1941 Melayu



Faktor yang mendorong kepada nasionalisme

Pengaruh luar

a. Gerakan Pemulihan Islam di Mesir

Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini

dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat

ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899

hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Matlamat-matlamat Gerakan

Pemulihan Islam ialah:

 Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di

seluruh dunia.

 Membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang

tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar.

 Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam

al-Quran dan Hadith.

 Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran

dan Hadith.

 Membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.



Konsep Gerakan Pemulihan Islam telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar

Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara

sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah

Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah

Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad

Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan

idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-

Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam.



b. Gerakan di Turki



 Gerakan Pan-Islam

Perkembangan di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu. Sultan

Turki dianggap sebagai Khalifah (pemimpin Islam). Gerakan Pan-Islam

ialah gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar

Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan Pan-Islam mahu menentang

penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno yang bertentangan

dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun

1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin menyatukan

Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan menubuhkan

Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang mendapatkan

bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet

Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi

gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat

menentang kuasa Berikat. Umat Islam di Tanah Melayu sangat

menghormati Empayar Turki dan segala perkembangan di Turki

mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan peperangan jihad terhadap

kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba

menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita yang sampai ke

Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan-

Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan Nur

Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan

dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-

Turki akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari,

askar India melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh

askar British. Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British

dan hampir berjaya menakluki Singapura.



 Gerakan Khilafat

Pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British

cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat

untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang

ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British.



 Gerakan Turki Muda

Golongan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk

bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan

semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik pada

tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi

mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat.

Golongan Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-

undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul

Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh,

al-Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda.

Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda,

iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki

dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan

Kerajaan Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk

menguasai bidang ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang

kepada golongan Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang

penguasaan British. Kaum Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan

Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 untuk bergiat dalam

politik.



c. Pengaruh dari Jepun

Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat.

Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan

negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun

berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895.

Pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun.

Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan

tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia.

Kejayaan Jepun menjadi pendorong kepada penduduk Tanah Melayu untuk

menentang penjajahan.



d. Pengaruh di Indonesia



 Sarekat Islam

Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun

1909. Nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun

1912. Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin

Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus

Salim. Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di

Indonesia supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di

Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan

Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan.

Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh

Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor.

Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman.

Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di

Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-

an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera.

Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed

Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-

Hadi mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang

di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit

akhbar Sinaran Zaman di Sumatera.

 Parti Komunis Indonesia (PKI)

PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920.

Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis

yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan

Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak

berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi

kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat

mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.



 Parti Nasional Indonesia (PNI)

PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda

Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan

sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI

yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak

bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang

diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideology yang

menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh

dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan

semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk

memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Penduduk

Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan

diri daripada kuasa penjajah.


Related docs
Other docs by HC12010419934
UNIDAD DID�CTICA DE NUTRICI�N
Views: 1  |  Downloads: 0
SAMANDIRA LISESI
Views: 2  |  Downloads: 0
Histoire d'Angleterre
Views: 2  |  Downloads: 0
2010
Views: 17  |  Downloads: 0
PRODUCTOS
Views: 97  |  Downloads: 0
MANIPULACION GENETICA
Views: 60  |  Downloads: 0
PIUSI
Views: 28  |  Downloads: 0
SAMS/SUBFINDER � EMPLOYEE FAQ
Views: 3  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!