contoh analisis soal selidik

Document Sample
contoh analisis soal selidik Powered By Docstoc
					ANALISIS SOAL SELIDIK

SOALAN 1

Projek ini telah dijalankan dengan jayanya.




Sebanyak 70 % orang yang setuju bahawa projek ini telah dijalankan dengan jayanya. Mugkin mereka

dapat melihat bahawa majlis berlangsung dengan lancar.



SOALAN 2

Projek ini memberikan saya banyak pengalaman dan pengajaran.




60% penghuni kolej bersetuju bahawa projek ini memberikan banyak pengalaman dan pengajaran kerana

sedikit sebanyak mereka dapat menimba ilmu pengetahuan dalam memgetahui sejarah kemerdekaan

selain dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.
SOALAN 3

Projek ini seharusnya diteruskan pada masa akan dating kerana menerapkan pelbagai nilai murni.




Seramai 60% yang berpendapat bahawa projek ini harus diteruskan pada masa akan datang. Hal ini

membuktikan bahawa projek ini mampu memberi pengajaran dan kepentingan kepada mereka.



SOALAN 4

Penyertaan penghuni kolej sangat memuaskan.




Kebanyakan kurang bersetuju bahawa penyertaan penghuni kolej sangat memuaskan. Hal ini kerana

kebanyakkan penghuni kolej tidak berada di kolej atau tidak berminat menyertai aktiviti kolej.
SOALAN 5

Kerjasama sesama ahli sepanjang menjayakan projek ini adalah amat memuaskan.




Seramai 50% orang bersetuju bahawa kerjasama antara ahli adalah amat memuaskan berbanding seorang

yang berpendapat sangat tidak setuju. Hal ini ungkin dapat melihat bahawa komunikasi dann hubungan di

antara ahli adalah baik.

SOALAN 6

Projek ini mengeratkan silaturrahim antara junior dan senior.




Sebanyak 66.67% orang bersetuju bahawa projek ini mengeratkan silaturrahim antara senior dan junior.
Hal ini kerana projek ini melibatkan penyertaan senior dan junior.
SOALAN 7

Projek ini terdiri daripada daripada AJK yang terdiri daripada pelbagai kaum.




Seramai 53.33% orang berpendapat bahawa projek ini terdiri daripada AJK yang pelbagai kaum. Di

dalam projek ini kami melibatkan semua kaum utama Melayu, Cina dan India untuk bekerjasama

menjayakan projek ini.



SOALAN 8

Projek ini mampu menaikkan nama kolej dan seharusnya projek ini dibawa ke peringkat antarabangsa.




Soalan ini mencadangkan projek ini mampu menaikkan nama kolej dan seharusnya dibawa ke peringkat

antarabangsa. Seramai 43.33% orang yang setuju agar ia mampu menaikkan nama kolej. Oleh itu

diharapkan projek ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
SOALAN 9

Seharusnya tempoh masa persediaan bagi projek ini deberikan lebih panjang.




Seramai 36.67% orang bersetuju bahawa tempoh masa persediaan bagi projek ini diberikan lebih panjang.

Mereka mungkin berpendapat bahawa jika lebih banyak masa diberikan hasil yang akan diperolehi akan

baik. Manakala selama 36.67% orang juga menyatakan kurang setuju agar tempoh masa persediaan bagi

projek ini tidak seharusnya diberikan masa yang lebih panjang. Hal ini kerana mereka merasakan jika

masa yang diambil singkat, maka para AJK mampu berfikir dengan lebih cepat dan menghasilkan

kejayaan yang baik.



SOALAN 10

Kerjasama daripada pihak JTK/JIK amat memuaskan.
Sebanyak 53.33% orang merasakan kerjasama daripada pihak JIK/JTK amat memuaskan. Penghuni

melihat sendiri bahawa kedatangan daripada pihak JIK/JTK adalah memuaskan.



SOALAN 11

Sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada staf-staf kolej seperti staf pejabat dan staf kantin.




Seramai 48.28% orang adalah kurang setuju bahawa adalah sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada

staf-staf kolej seperti staf pejabat dan staf kantin. Hal ini mungkin kerana mungkin sebahagian daripada

penghuni kolej pernah berurusan dengan staf-staf kolej dan merasakan bahawa staf kolej telah

memberikan kerjasama yang baik kepada penghuni kolej.



SOALAN 12

Projek ini meyumbang kepada perpaduan warga kolej.
Seramai 11 orang menjawab setuju bahawa projek ini menyumbang kepada perpaduan kolej. Hal ini

kerana penghuni dapat melihat sendiri bahawa terdapat penghuni yang terdiri daripada pelbagai kaum

turun dan menyertai aktiviti kolej.



SOALAN 13

Untuk tujuan penambahbaikan, sila berikan cadangan/kritikan anda:

Di antara cadangan yang diberikan adalah diharapkan agar aturcara program lebih sistematik. Selain itu

juga, ada cadangan yang mengatakan bahawa program ini sepatutnya diberitahu lebih awal agar dapat

bersedia. Terdapat juga penghuni yang mengatakan bahawa persembahan 1 Malaysia menarik dan harus

diteruskan lagi.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags: pelajar, buat
Stats:
views:195
posted:1/4/2012
language:Malay
pages:7