Kesehatan Anda

Document Sample
Kesehatan Anda Powered By Docstoc
					Ketahui Rahsia Penyakit Melalui Jari Anda




                         ….

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda…Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh
dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti
sembelit.Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman
perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing
atau bengkok, maknanya haid tak teratur,keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita
jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang
suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik
angin aje.Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab
ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung,
alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang
pengidap gastric.Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,sepanjang jari
dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang
wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di
setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu
jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah…
Siapakah Wanita Yang Cantik?




                          ….

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah

2.Tersenyum saat tertekan

3.Tertawa saat hati sedang menangis

4.Tabah di saat terhina

5.Mempersona kerana memaafkan

6.Mengasihi tanpa balasan

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi
masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang
datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian Allah padanya untuk
meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya
kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana
terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada
masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia
mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula
dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup
segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah
surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari
manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia
meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari
yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala
hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila
melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun
bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan
malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya
untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana
mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk
meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang
membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang
wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan
ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus
berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak
mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka
sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada
YANG ESA.
Cinta Itu Nikmat Tetapi Awas
Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang
memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.

Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta.
Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam
kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta
sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Tepuk dada tanya Iman.

Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu
sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.

Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam
segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat
Islam yang berpegang kepada agama yang suci.

Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai,
dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.

Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja
sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.

Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk
menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja
memerintah akal fikiran yang waras.

Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke
mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang
lelaki tergoda.

Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah
pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal
dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka
menghancurkan hidup mereka sendiri.

Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu “trend” dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung
mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau „couple‟ itu kolot, ketinggalan zaman atau
mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.
Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai „cinta
monyet‟ merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai
cinta suci itu.

Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?

Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat „show case‟ lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang
mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah
pula jatuh tergolek-golek.

Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini
tanpa segan silu?
Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang
sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang
keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki
satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.

Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-
dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.

Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan
mengejar „cinta monyet‟ yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada
akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.

Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di
atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.

Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati
perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?

Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul
sendiri?

Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana „bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi‟. Sebenarnya
dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan
sejati „berani buat, berani tanggung‟ bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa
jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi
bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.

Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat.
Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita
sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita.
Bukan oang lain.

Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak
berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu,
berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan
hingga tergadai maruah.

				
DOCUMENT INFO
Tags:
Stats:
views:9
posted:1/2/2012
language:Malay
pages:5