Minit Mesyuarat Guru Bil 1/2012

Document Sample
Minit Mesyuarat Guru Bil 1/2012 Powered By Docstoc
					                             MINIT MESYUARAT GURU
                                   BIL. 1/2012


Tarikh      : 29 Disember 2011

Masa        : 8.30 pagi

Tempat      : Bilik Tayang



Kehadiran: 83/90

   1. Tn. Hj Zolkaply b Yunus
   2. Pn. Hamidah bt Jasmani
   3. En. Zaid b Taib
   4. En. Mohd Amran b. Mohd Ghazali
   5. Tn. Hj Jalalludin b Ahmad
   6. Pn. Norul Akmar bt Alang
   7. Pn. Hjh Suriyani bt Madyudin
   8. Pn. Hjh Jamilah bt Ibrahim
   9. En. Zainuddin b Abdul Rahim
   10. En. Neo Kok Theong
   11. Tn. Hj. Abu Kasim b Md Jani
   12. En. Abdul Jalil b Mayassin
   13. Cik Aizawani bt Jamsari
   14. En. Abdul Salam
   15. En. Anuar b Muhammad
   16. En. Asrull b Seman
   17. Pn. Hjh Badariah bt Jantan
   18. En. Bahalu a/l Raju
   19. Pn. Fadzilah bt Bahron
   20. En. Ghazali b Husain
   21. Pn. Habibah bt Abdullah
   22. Cik Hadijah bt Sebah
   23. En. Hassim b Hamzah
   24. Pn. Haslinah bt Abdul
   25. En. Helmi b Adlan
   26. En. Jasmi b Mohd Lizah
   27. Pn. Hjh Junaidah bt Sulong
   28. Pn. Junainah bt Othman
   29. Pn. Kalthom bt Abu Bakar
   30. Pn. Khadijah bt Baharudin
   31. Pn. Khadijah bt Mohd Abd Karim
32. En. Khairul Anuar b Yahya
33. En. Khiruddin b Keling
34. Pn. Lim Choon Fah
35. Cik Lye Yong Mui
36. Cik Mageswari a/p Nalliah
37. Pn. Hjh Maimunah bt Abd Jamil
38. En.Mohd Fazil b Mohd Damin
39. En. Mohd Rozaini b Zaini
40. En. Mohd Radhi b Zaini
41. En. Nasarudin b Nasib
42. Pn. Nazlin Ruziah bt Md Said
43. Pn. Noradhilla bt Arif
44. Cik Nafsiah bt Ab Manap
45. Pn. Hjh Noor Anita bt Rahman
46. Pn. Nooraini bt Md Sayed
47. Pn. Noor Hazreena bt Sohri
48. Pn. Norhuslinda bt Hussin
49. Pn. Hjh Normah bt Abdullah
50. Cik Nor Arina bt Salahuddin
51. Cik Nor Hanani bt Ibrahim
52. Pn. Nurul Bahiyah bt Johari
53. Pn. Ong Voon Min
54. Pn. R Mageswarie
55. En. Ramat b Minhat
56. Pn. Rohana bt Abd Hamid
57. Pn. Roidah bt Jamal
58. En. Rosman b Md. Kaus
59. Pn. Rosni bt Hashim
60. Pn. Hjh Roziaili bt Ismail
61. En. Sabar b. Mohd
62. Cik Salbiah bt Ahmad
63. Tn.Hj. Seman b Md Tana
64. Cik Siti Nor Ba’ayah bt Ayub
65. Pn. Sri Haryani bt M. Yunus
66. En. K. Tamil Chelvan
67. En. Tan Beng Kion
68. Pn. Tey Siew Yong
69. Pn. Vaijanthi a/p Mayandi
70. Pn. Vasuki a/p Annamalai
71. Tn.Hj. W. Khairuazwan b W. Jaafar
72. En. Yazid b Abu
73. En. Zainalfitri b Buang
74. En. Zakwan b Che Su
75. Pn. Zakiah bt Ayub
   76. En. Ravisantharan
   77. Pn. Siti Norfaizah Md. Aris
   78. En. M. Theigarajah
   79. En. Ramli b Samat
   80. Pn. Siti Zaidah bt Ahmad
   81. Pn. Suzihaswaty bt Ismail
   82. Pn. W. Nor Hazira bt W. Hussin
   83. En. Fakhrul Hisham




Tidak Hadir Bersebab:

   1.   Pn. Hazlin bt Ramli
   2.   Pn. Ling Yuk Chii
   3.   En. Mohd Sukri b Sharif
   4.   Pn. Norlaila bt Nordin
   5.   Pn. Zamrah bt Pai
   6.   En. Zulkifli b Ahmad
   7.   Pn. Zunairah bt Mohd Nor




        1.0 Ucapan Pengerusi


              1.1 Pengerusi, Tn. Hj Zolkaply mengucapkan selamat kembali ke sekolah
                  untuk meneruskan tugas masing-masing pada tahun 2012 yang akan
                  menjelma tidak lama lagi. Beliau berharap agar semua guru dapat
                  menjalankan tugas dengan penuh semangat dan berdedikasi.
                                                               Tindakan : Semua guru

              1.2 Beliau juga mengingatkan semua guru SMK Iskandar Shah agar menepati
                  masa dalam segala hal termasuklah dalam menghadiri mesyuarat mahupun
                  masuk ke dalam kelas, kecuali terdapat hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
                  Slogan yang telah dibuat oleh beliau ialah ‘Biar cepat satu jam jangan
                  lambat satu minit’.
                                                                   Tindakan : Semua guru

              1.3 Tn. Hj Zolkaply juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana
                  dapat meningkatkan prestasi yang cemerlang dalam PMR 2011 yang telah
                  diumumkan baru-baru ini. Seramai 65 orang pelajar SMK Iskandar Shah
                  mendapat keputusan 8A di dalam PMR 2011.
                                                           Tindakan : Semua guru

      1.4 Ucapan tahniah juga diberikan kepada Pn. Munira bt Ahmad kerana telah
          dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang Kemanusiaan di SM Tahfiz
          Cenderah.
                                                         Tindakan : Makluman

      1.5 Beliau juga mengalu-alukan kehadiran 5 orang guru baru iaitu:
              En. Ramli b Samat dari SMK Simpang Bekoh, Melaka.
              Pn. Siti Zaidah bt Ahmad dari SMK Nyalas, Melaka.
              Pn. Suzihaswaty bt Ismail dari SMK Jalan Tasek, Perak.
              Pn. W. Nor Hazira bt W. Hussin dari SMK Telupid, Sabah.
              En. Fakhrul Hisham dari Perak
                                                          Tindakan : Makluman

      1.6 Beliau juga memberitahu bahawa mesyuarat panitia akan diadakan selepas
          sahaja mesyuarat guru 1/2012 ini selesai. Mesyuarat panitia perlu
          dilakukan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Antara perkara-perkara
          yang perlu dibincangkan ialah:
             1.6.1 Mengenai cara-cara untuk meningkatkan prestasi subjek
             1.6.2 Mengenalpasti kelas-kelas yang menghadapi masalah
             1.6.3 Dasar panitia
             1.6.4 Hal-hal kewangan
             1.6.5 KRA
             1.6.6 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010
                                                  Tindakan: Guru yang terlibat

      1.7 Pada sesi persekolahan 2012, SMK Iskandar Shah akan mengalami
          perubahan dari segi pekerja-pekerja am iaitu mereka ini telah diswastakan.
          Bilik guru akan dibersihkan sebanyak dua kali sehari dan tandas pula akan
          dibersihkan pada waktu yang telah ditetapkan.
                                                        Tindakan       : Makluman

2.0 Strategi Lautan Biru (BOS)

      2.1 Harapan pengerusi pada tahun 2012 nanti, semua guru dapat mengikuti
          Strategi Lautan Biru seperti berikut:
             2.1.1 Beliau inginkan perubahan dalam P&P dengan menggunakan
                     konsep inovasi dalam proses pembelajaran.
             2.1.2 Terdapat empat elemen yang perlu difahami dalam strategi ini
                     iaitu Raise, Create, Reduce dan Eliminate.
             2.1.3 Strategi ini biasanya digunakan oleh ahli perniagaan dan mereka
                     akan sentiasa mengalami persaingan. Ahli perniagaan akan
                   menggunakan semua peluang yang ada untuk meningkatkan
                   perniagaannnya.
             2.1.4 Dari segi pendidikan pula, strategi ini boleh diaplikasikan untuk
                   meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik,
                   menggunakan teknologi terkini, mengurangkan penggunaan
                   pen, kertas dan menggunakan kepakaran yang ada.
                                                           Tindakan : Semua guru

3.0 Tahun Inovasi 2012

      3.1 Beliau juga mencadangkan agar tahun ini sebagai Tahun Inovasi 2012.
          Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Hari Anugerah Inovasi 2012
          yang akan diadakan pada bulan Oktober.
                                                          Tindakan : Semua guru


4.0 Latihan Berorientasikan Pertumbuhan Pemimpin Pendidikan


      4.1 Beliau juga menerangkan tentang Latihan Berorientasikan Pertumbuhan
          Pemimpin Pendidikan. Latihan ini adalah mengikut pangkat atau level
          guru iaitu semakin tinggi pangkat, semakin banyak bebanan tugas yang
          akan ditanggung.
      4.2 Setiap guru perlu fokus terhadap tugas yang telah diamanahkan.
                                                            Tindakan : Semua guru

5.0 KRA dan KPI sekolah

      5.1 Pengerusi juga berharap usaha dan komitmen sentiasa hangat dan
          berterusan bagi memastikan KRA dan KPI dapat dicapai seperti yang telah
          dirancang.
                                                       Tindakan: Semua Guru

6.0 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010
       6.1 Semua guru boleh memperolehinya dengan memuat turun sendiri di laman
           sesawang dengan menaip SKPM 2010.
       6.2 Pengerusi berharap semua guru mendapat markah 6 dalam setiap skala
           SKPM dan membaca setiap aspek dengan teliti.
       6.3 SKPM berfungsi sebagai mengira prestasi guru dan pelajar serta
           meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam pendidikan.
       6.4 Pencerapan guru dan pelajar akan dilakukan pada masa yang telah
           ditetapkan. Guru perlulah membetulkan kesalahan semasa menyemak buku
           latihan pelajar dan memberikan kata-kata penghargaan serta disemak pada
           tempoh masa yang sesuai.
                                                          Tindakan : Semua guru

7.0 Membentang dan mengesahkan minit

        7.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat 4/2011 yang lalu. En. Mohd
            Rozaini bin Kamar mencadangkan minit mesyuarat 4/2011 untuk disahkan
            dan di sokong oleh En. K Tamil Chelvan. Minit disahkan tanpa sebarang
            pindaan.

8.0 Analisis keputusan PMR 2011

        8.1 Analisis ini dibentangkan oleh Pn. Hamidah bt Jasmani (GPK 1).
            Keputusan PMR 2011 telah mencapai pencapaian yang cemerlang dalam
            bidang akademik.
        8.2 Seramai 65 orang telah mendapat semua A. Peratus peningkatan lulus
            (99.1% ke 100%), peratus A (61.3% ke 65.0%) dan peratus mendapat
            semua A (31.0% ke 32.66%).
                                                        Tindakan : Makluman

9.0 Dasar Pentadbiran dan Pengurusan Pentadbiran

        9.1 Keterangan lanjut tentang dasar tersebut boleh dibaca dalam portal SMK
            Iskandar Shah. Pn. Hamidah menegaskan agar semua guru mengikuti dasar
            tersebut dengan sebaik-baiknya dan dapat meningkatkan kecemerlangan
            akademik pelajar.
                                                             Tindakan: Semua guru

10.0    Laporan Unit HEM
        10.1 En. Zaid bin Taib telah merasmikan laporan Unit HEM dan unit
              tersebut boleh dilihat di portal SMK Iskandar Shah. Beliau juga
              berharap semua guru boleh mendapatkan keterangan yang lebih lanjut
              dengan melayari portal tersebut.
                                                        Tindakan: Semua guru

11.0    Laporan Unit Kokurikulum
       11.1   En. Mohd Amran bin M. Ghazali telah merasmikan laporan
              Kokurikulum dan unit tersebut boleh dilihat dalam portal SMK
              Iskandar Shah. Beliau juga berharap semua guru boleh mendapatkan
              keterangan yang lebih lanjut dengan melayari portal tersebut.
       11.2   Penerangan yang lebih lanjut juga akan dibincangkan pada 4/1/2011,
              jam 2.30 petang.
                                                            Tindakan : Semua guru
12.0   Laporan AJK Tingkatan 6

       12.1   Keterangan lanjut oleh dilayari dalam portal SMK Iskandar Shah.
                                               Tindakan: Semua Guru Tingkatan 6

13.0   Hal-hal lain
       13.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar hadir awal ke sekolah pada
             4/1/21012 kerana akan diadakan perhimpunan rasmi sekolah sempena
             hari pertama sesi persekolahan 2012. Pada perhimpunan tersebut akan
             diadakan satu gimik penyampaian sijil kepada 65 orang pelajar yang
             mendapat semua A dalam PMR 2011 dan beberapa pelajar lain.
       13.2 Buku rekod mengajar boleh diambil selepas mesyuarat selesai dan
             dihantar pada 4/1/2012 kepada pengetua untuk disemak.
                                                         Tindakan : Semua guru

       13.3   En. Helmi b Adlan menerangkan tentang jadual suai kenal pelajar
              tingkatan 1. Program ini akan bermula pada 4/1/2012 - 6/1/2012 dan
              nama-nama guru yang terlibat bolehlah melihat dalam portal sekolah.
                                                    Tindakan : Guru yang terlibat


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.




Dicatat oleh,
Pn. Suzihaswaty bt Ismail
Pn. W. Nor Hazira bt W. Hussin

Disemak oleh,
Pn. Hjh Suriyani binti Madyudin

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:402
posted:1/2/2012
language:
pages:7