Embed
Email

Tatacara menghadapi temuduga

Document Sample
Tatacara menghadapi temuduga
Categories
Tags
Stats
views:
8
posted:
12/28/2011
language:
pages:
4
TATACARA MENGHADAPI TEMUDUGA



Persaingan untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi semakin hebat. Ini adalah

kerana pelajar-pelajar berkelulusan SPM dan STPM semakin ramai setiap tahun.



Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, pelajar juga akan dinilai dari

beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam pelbagai aktiviti maktab,

persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan serta perkara-perkara lain yang

dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan mereka.



Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap

pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling

sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga

untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati

sesuai dan seterusnya dipilih.



Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang

dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga.,

bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak

penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan

menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si

penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.



Berasaskan kepada laporan ahli-ahli panel temuduga yang telah menemuduga pelajar-pelajar

MRSM, perkara-perkara berikut telah didapati:



1. Pelajar-pelajar lemah dalam membuat ‘arguement’.

2. Bersikap pasif semasa temuduga.

3. Tidak boleh bertutur dalam Bahsa Inggeris dengan baik.

4. Tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.

5. Tidak tahu menahu mengenai kursus yang hendak diambil.

6. Belum/tidak tahu membuat pilihan kerjaya yang akan diambil.

7. Tidak tahu menahu mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti

tempatan dan luar negeri.

8. Kurang pengetahuan am.

9. Berpakaian tidak kemas.



Adalah menjadi tanggungjawab anda agar kelemahan-kelemahan seperti di atas dapat diatasi.

Selain dari berusaha bersendirian untuk mendapat keterangan/memperbaiki perkara-perkara

berkenaan, anda juga boleh berhubung dengan Kaunselor, guru-guru dan mungkin ibu bapa dan

kawan-kawan bagi mendapat pertolongan yang sewajarnya.

TAMBAHAN:



Kesalahan mengisi borang permohonan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki

dengan lengkap , tulisan tangan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi

gambaran sikap, watak dan perlakuan calon. Jadi, perlu ditekankan bahawa proses temuduga

bermula dari masa mengisi borang permohonan.



PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA:



Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga.

Berikut adalah beberapa perkara yang elok dijadikan panduan:



1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan

kerjaya yang menjadi pilihan. Antara sumber-sumber yang boleh membantu anda dalam hal ini

ialah:



 Kaunselor.

 Guru-guru kaunseling.

 Guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kerjaya tertentu.

 Buku-buku ‘Occupational Outlook Handbook’ dan ‘Dictionary of Occupational Tittles’

yang boleh diperolehi di bilik Kaunselor.

 Prospektus dari pelbagai universiti tempatan dan luar negeri yang terdapat di

Perpustakaan Maktab.

 Pegawai-pegawai di Bahagian Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Pekerjaan,

Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.

 Pegawai-pegawai yang bekerja di dalam bidang kerjaya yang dipohon.

 Risalah-risalah dan bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh dipohon dari Bahagian

Penganjuran Pelajaran MARA, Jabatan Buruh dan sebagainya.

 Ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.



2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan

sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon. Janganlah semata-mata bergantung

pada nasib dan ‘angan-angan’ sahaja.



3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan.

Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak,

supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang

permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap,

tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan

perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi

borang permohonan lagi.



4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan

sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

PADA HARI TEMUDUGA:



1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali

leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,

berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan.

Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga,

anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.

2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.

3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi

perempuan.

4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas

pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan

asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang

dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur.

(Jangan digulung-gulung sijil anda).

5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai

antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan

bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali

datang lambat.

6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu

terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang

serta penuh yakin.



TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:



1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja.

Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu,

atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak

membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.

3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk,

ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan

menggelisah.

4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.

5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-

barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.

6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya

ke sana sini.

7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang

terdapat di atas meja penemuduga.

8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.

9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.

10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang

ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah

tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali

menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.

11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke

semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama

seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan

Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.

12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan

mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat

sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.

13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan

sempurna.

14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian

penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik

perhatian mereka.

15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu

dengan penuh semangat.

16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang

munasabah.

17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong

ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-

baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.

18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.

19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau

berbincang sesuatu di antara mereka.

20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.

21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb.,

selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang

tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa

temuduga.

22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda

tunjukkan.

23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan

gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini

begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa

Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam

Bahasa Inggeris.

24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga.

Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang

calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan

soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau

tidak.

25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi

peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.



Related docs
Other docs by Amir Syahid Ib...
Ethical network analysis
Views: 4  |  Downloads: 0
Asal usul kehidupan
Views: 17  |  Downloads: 0
Ethical teaching
Views: 5  |  Downloads: 0
Anak itu anugerah
Views: 2  |  Downloads: 0
Peranan Belia Dalam Pembangunan
Views: 40  |  Downloads: 0
Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
Views: 30  |  Downloads: 0
Professional Ethics
Views: 3  |  Downloads: 0
Fakta Tentang Lipas
Views: 10  |  Downloads: 0
IT Dalam Industri Permotoran
Views: 0  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!