Embed
Email

Lelaki lebih banyak penyakit

Document Sample
Lelaki lebih banyak penyakit
Categories
Tags
Stats
views:
3
posted:
12/27/2011
language:
pages:
2
Fakta kesihatan: Benarkah Lelaki lebih banyak penyakit

SEJAUH manakah kebenaran pendapat mengatakan wanita kaum yang lemah. Daripada segi

fizikal dakwaan ini mungkin benar tetapi tahukah anda ada banyak bukti yang menunjukkan

lelaki sebenarnya jauh lebih lemah berbanding wanita terutama dalam aspek kesihatan.





Ini bukan setakat cakap kosong tetapi mempunyai sokongan statistik. Mungkin faktor keturunan

dan hormon mempengaruhi beberapa aspek tertentu seperti taburan lemak badan.



Pada lelaki lemak berkumpul di bahagian abdomen (bentuk epal) yang dikaitkan dengan

peningkatan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan strok.



Manakala bagi wanita, pengumpulan lemak lebih tertumpu pada punggung dan paha. Walaupun

kegemukan atau obesitibentuk pir juga berbahaya tetapi ia tiada kaitan rapat dengan penyakit

jantung yang boleh menyebabkan kematian.



Laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) 2004 menyenaraikan 10 pembunuh utama lelaki

Amerika diterajui penyakit jantung (28.4 peratus), kanser (24.1), kemalangan (5.8), strok (5.2),

penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD, 5.1), kencing manis

(2.8), influenza dan pneumonia (2.4), bunuh diri (2.1), buah pinggang (1.6) dan penyakit hati

kronik (1.5).



Senarionya mungkin berbeza sedikit dengan keadaan di Malaysia tetapi penyakit jantung masih

menjadi pembunuh nombor satu negara ini, diikuti kanser. Jumlah pesakit COPD juga dijangka

bertambah kerana jumlah perokok di negara kita semakin meningkat. Pesakit kencing manis dan

tekanan darah tinggi juga berkali ganda jumlahnya.



Malah, berdasarkan maklumat kesihatan Mayo Clinic, tabiat atau gaya hidup lelaki juga

menyumbang kepada kematian awal kerana lelaki lebih ramai merokok, minum minuman keras,

menyalahguna dadah, terbabit aktiviti seks bebas dan menjadi mat rempit.



Namun satu perkara yang jelas dan nyata, kebanyakan kes kematian awal dapat dielakkan.



Sakit jantung menjadi pembunuh utama rakyat negara ini tetapi lebih banyak kes membabitkan

lelaki. Kes sakit jantung di kalangan wanita biasanya hanya berlaku selepas menopaus iaitu 10

hingga 15 tahun lebih lewat berbanding lelaki.



Risiko penyakit jantung boleh dikurangkan dengan amalan gaya hidup sihat, mendapatkan

rawatan sewajarnya untuk merendahkan kolesterol, kencing manis dan tekanan darah tinggi.



Pembunuh kedua ialah kanser. Walaupun ada kanser yang tidak diketahui puncanya, kajian

menunjukkan rokok boleh menyebabkan banyak jenis kanser terutamanya kanser paru-paru dan

mulut. Justeru jalan mudah untuk lebih sihat ialah berhenti merokok.



Angka kematian akibat kemalangan di jalan raya tidak pernah susut. Sedihnya masih

ada stigma memandang rendah kepada sikap berhati-hati dan menganggap pemandu perempuan

lebih cenderung terbabit dalam kemalangan.



Begitu juga dengan kemalangan di tempat kerja, jenis pekerjaan berbahaya dan berisiko tinggi,

terdedah kepada bahan kimia berbahaya serta pencemaran yang kesemuanya berkait rapat

dengan lelaki.



Peluang mendapat strok antara lelaki dan perempuan adalah sama. Malah kajian menunjukkan

lelaki mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh.



COPD adalah antara penyakit yang dimonopoli lelaki tetapi kini lebih ramai wanita turut

berisiko menghidapnya. COPD juga berkait rapat dengan kanser paru-paru kerana kedua-duanya

disebabkan tabiat merokok.



Kencing manis dan kegagalan buah pinggang juga boleh menyebabkan kematian jika tidak

mendapat rawatan sewajarnya. Pada 2002, dianggarkan lebih 34,000 lelaki Amerika mati akibat

kencing manis dan kegagalan buah pinggang berfungsi meragut lebih 19,000 nyawa.



Komplikasi kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang,

strok dan penyakit jantung.



Dianggarkan satu pertiga pesakit tidak sedar menghidap kencing manis sehinggalah mengalami

kesan penyakit seperti mati pucuk atau disfungsi erektil (ED), kerosakan saraf terutama pada

kaki yang menyebabkan kaki selalu rasa kebas, pandangan menjadi kabur dan buah pinggang

rosak.



Related docs
Other docs by Amir Syahid Ib...
Pengertian Pembangunan
Views: 53  |  Downloads: 1
20 Fakta Menarik Tentang Malaysia
Views: 27  |  Downloads: 0
Peranan Belia Dalam Pembangunan
Views: 46  |  Downloads: 0
Ethical decision making
Views: 36  |  Downloads: 0
Benefits of Speaking Effectively in English
Views: 8  |  Downloads: 0
Produk Pengguna & Makanan
Views: 3  |  Downloads: 0
Ethics_Public_Service
Views: 0  |  Downloads: 0
Ethic business conduct
Views: 5  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!