Ruj. Fail : MGG/W (2) 11
Tarikh : 21 Disember 2011
Bersamaan : 1432H
Kepada
Semua ahli Persatuan Guru dan Kakitangan TYITR
Cawangan Wakaf Tembesu
Tuan/Puan,
Mesyuarat Persatuan Guru-Guru dan Kakitangan Tadika Yayasan Islam Terengganu
Cawangan Wakaf Tembesu Kali Ke 2/2011
Adalah dimaklumkan bahawa semua ahli persatuan dijemput menghadiri mesyuarat sepertimana
tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan seperti dibawah :-
Tarikh : 21 Disember 2011 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Makan, Tadika Wakaf Tembesu
2. Kehadiran adalah diwajibkan.
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
3.3 Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan
3.4 Perkara-perkara berbangkit
3.5 Hal-hal lain
Semoga dengan kehadiran tuan puan dapat melicinkan lagi perjalanan mesyuarat pada kali ini.
Sekian. Terima kasih.
‘’MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN’’
‘’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’
Saya dengan hormatnya,
……………………………………
(MUNA AZRAA BT AMRAN)
Setiausaha
Persatuan Guru dan Kakitangan TYITR
Cawangan Wakaf Tembesu.
s.k
1) penyelia tadika (untuk makluman
MINIT MESYUARAT PERSATUAN GURU - GURU DAN
KAKITANGAN (CAW. WAKAF TEMBESU)
TERENGGANU
TAHUN 2011 (NO.3/2011)
TARIKH : 27 September 2011 ( )
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : PEJABAT TADIKA WAKAF TEMBESU
KUALA TERENGGANU.
Bil. Perkara Tindakan
1. Perutusan oleh Pengerusi
Puan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan Makluman
ribuan terima kasih kepada para ahli yang hadir mesyuarat pada
kali ke 3/2011 ini. Beliau membuat sedikit rumusan mengenai minit
mesyuarat yang lepas.
2. Pengesahan minit mesyarat yang lalu
Pn. Zainaton Najar mengesahkan minit mesyuarat dan ia telah
disokong oleh Pn. Rokiah.
3. Pembentangan Kewangan Kelab
Pn. Roslawati Mazura selaku Bendahari Kelab telah Bendahari
membentangkan penyata kewangan Kelab Tadika dan Persatuan
YITR Cawangan Wakaf Tembesu sehingga Jun 2011 dan meminta
hadirin merujuk kepada helaian tersebut.
4. Perubahan Jadual
4.1 Bermula pada 3hb Oktober sehingga 18hb Nov 2011, perubahan Makluman
jadual guru kelas dan guru terapung 5 dan 6 tahun.
4.2 Guru dibahagikan mengikut kepada tahap bacaan Bahasa Melayu
kanak-kanak.
4.3 Kanak-kanak 5 dan 6 tahun rehat serentak iaitu pada 10.15 pagi
sehingga 10.45 pagi.
4.4 Bacaan doa mengaji dibaca awal setengah jam iaitu pada pukul
7.45 pagi.
5. Program / Aktiviti Tadika Tahun 2011
5.1 Menyatakan tarikh Majlis Konvokesyen yang akan dijalankan pada Makluman
13hb November 2011 bertempat di Menara Yayasan Islam
Terengganu
5.2 Pemberian tugas guru-guru akan dimaklumkan oleh Pn Zainaton
Najar.
Lain-lain hal
Pembelian baju batik masih ditangguhkan. Makluman
7. Penutup
7.1 Pengerusi membuat ucapan penangguhan mesyuarat. Mesyuarat Makluman
akan datang akan ditentukan pada satu tarikh yang akan diberitahu
kelak. Akhir sekali beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang hadir dan juga komitmen yang diberikan sepanjang
menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ditangguhkan dengan
membaca surah Al-Ansr.
Mesyarat bersurai.
.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
……………………… …………………….
MUNA AZRAA BT AMRAN PN. FATIMAH ABU BAKAR
(Setiausaha) (Pengerusi)
Agenda Mesyuarat Kali pertama (1)
1. Ucapan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Berbincang mengenai perkara-perakara berikut
- Borang Laporan PQ
-Laporan perlu dihantar 2 kali setiap bulan (10hb & 22hb )
- hantar mengikut senarai nama kanak-kanak
-Laporan 10hb-mengikut jumlah pencapaian dari setiap kelas
5. Takwim tadika – 2011
6. Laporan guru-guru kelas dan subjek
7. Lain-lain hal