1. Setelah menjalani latihan amali di lapangan, apakah yang anda dipelajari.
Pengalaman untuk mengendali satu kumpulan.
Cara memberi arahan- mesti jelas
Cara meniup – demonstrasi
Dapat mengetahui apa kelemahan sendiri
Mempunyai pengalaman untuk mengajar
2. Jika anda ditugaskan untuk menubuhkan sebuah pancaragam, apakah langkah-langkah
utama yang akan diambil.
Membeli alat muzik
Pemilihan skor yang sesuai
Menggalakkan semua orang masuk pancaragam melalui uji bakat, program
promosi pancaragam di sekolah.
Cari tempat yang sesuai untuk menjalankan latihan
Membina satu organisasi yang sistematik
3. Apakah tindakan yang anda akan ambil jika anda tidak mempunyai kemahiran yang
diperlukan dalam membimbing sebuah pancaragam
Mencari bahan-bahan yang sesuai sebagai panduan
Menggunakan komputer untuk memberi penerangan
Mencari instructor yang sesuai
Minta pertolongan dari guru-guru
Bimbingan secara berkelompok
4. Apakah yang anda faham tentang modeling, verbal instruction of communication, non
verbal instruction of communication
Modeling – sebagai role-model untuk memberi penerangan. Sebagai contoh,
guru ingin menerangkan bagaimana cara untuk meniup trumpet, guru kena
menunjukkan cara bermain.
Verbal instruction of communication – cara guru memberi penerangan secara
lisan. Sebagai contoh, guru menerangkan teori-teori muzik kepada pelajar
dengan jelas supaya pelajar dapat memahaminya.
Non verbal instruction of communication – arahan yang diberikan tidak
melibatkan suara seseorang. Sebagai contoh, semasa guru conduct di depan, dia
tidak akan bersuara, malahan guru akan menunjukkan expression melalui
pergerakan tangan atau mukanya.
5. Apakah perubahan baru atau kemahiran yang anda akan lakukan dalam pasukan
pancaragam anda dari segi muzik, peralatan, pakaian seragam, prop dan sebagainya.
Dari segi muzik, saya akan lebih mementingkan kuantiti bunyi. Kalau pelajar
tidak dapat bermain dengan bagus sekali, saya akan mengajar pelajar dari basic
dulu. Sebagai contoh, dalam muzik, cara pernafasan adalah sangat penting. Jika
ia tidak dikukuhkan, bunyinya akan lemah.
Dari segi peralatan, saya akan membeli alat yang lebih canggih. Hal ini
disebabkan alat muzik yang bermutu rendah akan menyusahkan pelajar juga
untuk bermain alat itu.
Dari segi pakaian, saya akan menempah pakaian yang berkualiti baik dan pelajar
selesa untuk memakai. Sebagai contoh, jika pelajar memakai pakaian yang
berkualiti rendah, pelajar akan berasa tidak selesa apabila bermain alat muzik
dan sudah tentu pelajar tidak akan meniup dengan baik.
Dari segi prop, saya akan membuat prop yang cantik dan dapat menarik minat
penonton. Sebagai contoh, prop yang dikehendaki kena sesuai dengan tema
lagu yang ada.