PAKAIAN BAYI

Shared by: fjzhangxiaoquan
Categories
Tags
-
Stats
views:
207
posted:
12/22/2011
language:
Malay
pages:
134
Document Sample
scope of work template
							                                       KEPERLUAN BAYI

No                                         Perkara                                 Nota
     Baju Lengan Panjang 100% cotton (6)
     Baju Lengan Pendek 100% cotton (6)
     Singlet Bayi 100 % cotton (4)
     Seluar Panjang Berstokin (6)
     Seluar Panjang Tanpa Stokin (4)
     Seluar Pendek (4)
     Selimut Bertopi (1)
     Selimut Tanpa Topi (2)
     Barut (12)
     Kain Lampin (1 set)
     Topi Bayi (1)
     Sarung Kaki (Booties) (5 pasang)
     Sarung Tangan (Mittens) (5 pasang)
     Bib / Lapik dada (2)
     Stokin Lawa Untuk Jalan2 (2)
     Kasut Baby (1)
     Tuala Muka / Lap / Sapu Tangan (10)
     Tuala Mandi Bayi (2) – Jenama Pride N Joy/Pureen ada jual 2 pcs dalam 1 pek
     Lapik Plastik Untuk Menukar Baju/Diapers
     (Plastic Changing Mat) (1)
     Minyak Telon (1)
     Drapolene Untuk Ruam Lampin (2)
     Vaseline(Petroleum Jelly) Untuk Ruam Lampin (1)
     Thermometer (1) – Optional
     Minyak Limau Cap Yu Yee (1) – The best for baby so far ….
     Syringe beri ubat boleh mintak kat klinik
     Minyak Kembung/Sapu Urat Untuk Ibu
     Vicks Vapour Rub 21st Century Perisa Strawberry
     Zambuk atau MOPIKO untuk gigitan nyamuk, gatal2

     Puting Botol Susu
     Size S – 0 – 3 bulan
     Size M – 3 – 6 bulan
     Size L – 6 – 12 bulan
     Size XL – 12 bulan ke atas
     Puting X – 6 bulan ke atas (tak tumpah)

     Size puting yang hendak dibeli, harus mengambilkira size badan anak juga.
     Kalau anak bertubuh kecil, tak perlu ikut cadangan umur.
                                         KEPERLUAN BAYI

No                                      Perkara                                      Nota
     Bekas Besar Meletakkan Botol Susu - Big plastic container
     Tempat Sidai Botol Susu
     Botol Susu 2 oz
     Botol Susu 4 oz
     Botol Susu 8 oz
     Penyepit Botol
     Berus Botol
     Bottle Steriliser Pills (optional)
     Warmer (tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh)
     Bag bayi (Kecil) untuk diapers dan 1 helai baju, sekadar keluar 2-3 jam.
     Jenis Tote lebih praktikal dan sesuai.
     Bag bayi (Large) untuk keluar lebih lama, bermalam

     Diapers / Jenis Lampin Pakai Buang

     Beli jenis Tesco, Carrefour, Giant. Bayi akan ‘berak’ tiap 10 minit !!!!

     Kerana ia lebih ekonomik dan mudah didapati.

     Harga dalam linkungan RM20 – RM25 untuk 90 keping.

     Baby Wet Wipes Bekas Besar dan kecil
     Bedak Corn Starch (pakai sedikit sahaja, setiap kali menukar diapers utk elak
     ruam)
     Powder Casing (bulu-bulu)
     Perlu diingatkan, kalau dah sapu pada punggung, jangan sapu kat muka baby
     pulak !
     Bedak Bayi (biasa)
     Bath Mat Utk Besen Mandi ( elak licin utk yang tak biasa pegang bayi kecik )
     Baby Sponge / Baby Loofah
     Baby punya gayung
     Bangku kecik untuk IBU duduk mandikan baby, jangan menyangkung !!!
     Besen Mandian Bayi
     Besen kecik membilas baju baby
     Baby Oil ( Light ) – Botol paling kecil
     Soap
     Soap Container
 No                                          Perkara                                             Nota
         Shampoo Bayi
         Mandian Bayi
         Kapas
         Putik Kapas untuk mencuci kotoran di pusat bayi
         1 set bantal dan bantal peluk bayi size kecil
         1 bantal sederhana untuk travel (dalam kereta)
         Rocker Bayi
         Buaian bayi
         Kain Buaian Bayi
         Safety Pins (pin biasa utk kegunaan masa kecemasan)
         Puting kosong untuk bayi nyonyot
         Bekas susu ( milk powder container )
         Thermos air panas
         Bekas Tupperware Untuk Air Suam
         Bekas Tupperware Untuk Mengisi Botol Susu/Puting
         Breast Pump (Optional)
         Set Katil Bayi Berserta Alas dll
         Kelambu ala-tudung saji
         Nizoral Cream untuk panas, merah di bawah dan belakang leher bayi. Pakai
         sedikit ajer bila terkena.
         Lactulose untuk sembelit, dan apabila bayi tak buang air besar melebihi 5
         hari, berikan 2 ml setiap malam.
         Tiub Menyedut Hingus / Nasal Aspirator
         Set Ketip Kuku Bayi
         Sikat / Berus Rambut Lembut Bayi
         Musical Toys / Music Box Utk lenakan bayi
         Baby plastic changing mat (lapik plastic)


Nota :

Beli baju Size 14 adalah lebih bagus, boleh pakai lama. Kalau nak beli size NEWBORN atau Size 12, beli
2-3 helai ajer. Walau Nampak sedikit gelobos, Size 14 lebih selesa. Mudah untuk bapa pakaikan baju
bayi, kalau Size 12 macam ‘comel’ sikit, tapi kalau silap pulas tangan nak masukkan baju, takut tersekat
ketiak bayi tu pulak … he he he he …
                                    KEPERLUAN X-TRA IBU

No                             Perkara                             Nota
     Pad Wanita
     Tissue Biasa
     Stoking
     Selipar Dalam Bilik
     Minyak untuk mengurut
     Set Jamu
     Set Bengkung
     Folic Asid
     Calcium Lactate
     Anmum / Anlene
     Alas Puting Buah Dada (breast pad)
     Nursing Bra
     Disposable Panties
     Extra Panties
     Adjustable Girdle, bengkung ada zip atau butang, boleh beli
     di Jaya Jusco dll.
     Bephantam Cream untuk cracked nipple
     Cocoa Butter Untuk Stretch Marks
     Nivea Firming Body Lotion, sapu pada perut dan punggung
     untuk melembap dan menganjalkan kulit
     Selsun Blue shampoo ( penutup hijau)

     Nota : Selepas tempoh berpantang, perubahan hormone
     akan menyebabkan ibu keguguran rambut dengan teruk.
     Selsun Blue mampu merawat kulit kepala yang bermasalah,
     memberi ‘kekuatan’ dan membantu masalah rambut seperti
     gatal kulit kepala, kelemumur, keguguran rambut. Ibu harus
     memotong rambut dan mengawal serta menjaga rambut
     dengan betul
                                          HOSPITAL CHECK LIST

                               Item                             Remarks   Notes
Kad Lawatan Bulanan (Check Up Card)
Blouse butang depan (3)
Kain batik (3)
Baju cantik untuk dipakai masa balik rumah
Baju sejuk butang depan
Socks (4) + Slippers
Extra panties (6)
Disposable panties (1set)
Blanket kecik Ibu (1) - optional
Nursing Bra (2)
Sanitary Pads (Pureen)
Towel besar + towel kecil
Majalah/Buku
Buku Himpunan Doa
Sejadah / Telekong
Berus Gigi/Ubat Gigi
Jamu
Bengkung Ibu / Barut Baby
Kamera / Video / Bateri kamera
Duit syiling utk telefon(public) – kalau top up habis.
Reload pre-paid
Handphone Charger + 2 pin plug
Address Book
Air Selusuh/Minyak Angin
Bag plastic Baju Kotor
Sudu/Garfu untuk makan
Bekas Tupperware (simpan makanan x abis)
Bath gel / Shampoo / Facial Wash Ibu
Face cream/moisturizer
Hair brush / Clips / Hairband
Air Zam Zam
Buah Kurma / Kismis / Madu
Minyak telon / Minyak Yu Yee Cap Limau
Set baju baby (4)
Baby Diapers (3 helai)
                                     HOSPITAL CHECK LIST

                            Item                         Remarks   Notes
Tikar plastic baby (changing mat)
Baby towel
Baby handkerchief
Air Mineral Utk haus
Milo 3 in 1 atau Milo kotak
Biskut kering / Kek Lapis / Roti Krim
Apricot Kering Utk Ibu Kudap
Lactulose Utk Ibu Ambil Sehari Selepas Utk Memudahkan
Buang Air Besar (lembutkan najis bukan cirit dan ianya
bukan julap)
Botol susu baby (1)
Barut baby
Topi baby
Bantal baby utk riba dalam kereta
Bantal tidur untuk Ibu (kalau2 nak selesa)
Cushion untuk support pinggang Ibu dalam wad
PANDUAN UNTUK IBU BEKERJA MENYUSU BAYI

KEMBALI bekerja bukan alasan ibu tidak menyusukan bayi mereka. Badan Kesihatan Dunia (WHO)
menyarankan penyusuan eksklusif kepada bayi sekurang-kurangnya sehingga enam bulan pertama
dalam hidup si kecil, seharusnya menjadi galakkan ibu bekerja menyusukan bayi mereka.

Bagi majikan yang ada menyediakan tempat penjagaan bayi dan kanak-kanak di tempat kerja, waktu
penyusuan mungkin tidak menimbulkan masalah, tetapi bagi majikan yang tidak menyediakan kemudahan
sedemikian, ibu boleh memerah susu lantas menyimpannya untuk bekalan bayi menyusu ketika berada di
tempat kerja.

Susu boleh diperah menerusi pilihan manual, menggunakan bateri dan menggunakan elektrik. Anda perlu
memilih mengikut yang anda mampu, selesa dan sesuai dengan gaya hidup anda, dan paling penting ibu
perlu melakukan latihan terlebih dulu, menjadikan kerja itu sesuatu yang menyeronokkan dan bukan
bebanan.

Bagi teknik memerah menggunakan tangan urut payu dara perlahan-lahan, usap ke arah bawah
menghala ke areola, bermula di pertengahan payu dara sambil menggerakkan ibu jari perlahan-lahan.
Apabila menghampiri pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas, susu akan memancut keluar daripada
puting susu. Ulangi gerakan ini sehingga payu dara menjadi kosong, kemudian beralih ke payu dara
sebelah.

Untuk cara yang lebih mudah dan pantas, pilih pengepam yang anda selesa dan sebaiknya ibu boleh
melaraskan darjah sedutan pada pam daripada sederhana hingga kuat, dengan mudah. Manual cara
penggunaan seharusnya anda ketahui sebelum membelinya.

Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan sempurna dan cuci peralatan di dalam air panas
diletakkan dengan sabun, perahkan susu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Simpan susu ke
dalam sejuk sejurus selepas diperah itu.

Perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu dan untuk hasil
yang lebih memberangsangkan, bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan
menjadi seorang ibu, boleh melancarkan pengeluaran.

Susu yang diperah perlu disimpan sebaik mungkin. Ada ibu yang lebih selesa membuang saja susu yang
diperah itu kerana tidak pasti tahap kebersihan susu berkenaan, tetapi perasaan itu harus dibuang kerana
tabiat itu kurang baik apatah lagi ia semestinya dinikmati permata hati anda.

Untuk menyediakan perahan susu untuk bayi minum, sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan.
Letakkan bekas perahan susu ke dalam mangkuk berisi air suam untuk memanaskan susu berkenaan,
jangan memasak perahan susu ibu dan jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro.

Ibu akan dapati lemak akan terpisah menjadi dua lapisan, justeru goncangkan bekas berkenaan untuk
menggabungkan lemak susu dengan cecair lain di dalam susu. Rasa suhu susu dengan menitiskan
beberapa titik susu di bahagian dalam pergelangan tangan dan sepatutnya suam kuku sebelum boleh
dinikmati bayi anda.

Apabila pulang ke rumah, susu berkenaan perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk diberikan kepada
penjaga bayi ketika anda ke tempat kerja keesokan harinya. Susu yang disimpan sebaiknya hanya
digunakan ketika ketiadaan anda di rumah. Latih penjaga bayi anda untuk menyusukan bayi
menggunakan perahan susu daripada botol, sudu kecil atau cawan kecil.

Adalah lebih baik jika bukan anda yang memberi perahan susu berkenaan kerana bayi boleh menghidu
perbezaannya dan mungkin tidak mahu menyusu dari payu dara. Ambil sedikit masa untuk memastikan
penjaga anda memahami perkara seperti bagaimana cara menyimpan perahan susu dan cara
menyediakan susu untuk bayi. Jangan beri bayi minum air suam, susu formula atau makanan lain selain
daripada perahan susu dan paling mustahak nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada
waktu kecemasan.

Tidak rugi menyusukan bayi anda kerana nikmat itu dapat anda rasai menerusi kemesraan, keseronokan
dan kepuasan menjadi seorang ibu.

INFO: Menyimpan perahan susu

# Simpan susu dalam jumlah yang diambil oleh bayi pada setiap kali penyusuan.

# Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.

# Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.

# Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang sudah disimpan.

# Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin
beku (bukan di bahagian pintu).

# Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.



Tempoh Simpanan Susu Ibu:

Suhu Tempoh simpanan

Suhu bilik - Sehingga 8 jam

Peti sejuk 24 - 48 jam

Dingin beku (peti sejuk dua pintu) - 3 bulan

Peti sejuk beku lampau (-20) - 1 tahun
PENYUSUAN


Pengenalan

Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan.
Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk bayi yang bakal dilahirkan,
menyediakan barang-barang keperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya. Satu
perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu sendiri. Ia banyak sekali
mendatangkan faedah kepada anda dan bayi.

Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang datang
dari naluri. Sama ada anda baru mula berfikir tentang penyusuan itu atau pernah menyusukan bayi anda
sebelum ini, kami boleh membantu membimbing anda. Kami akan memandu anda, bermula dari
kehamilan, ketika penyususan sehinggalah kepada menghentikan penyusuan.

Penyusuan susu ibu: Pemberian semula jadi.

Bagi sesetengah ibu dan bayi, penyusuan dengan susu ibu berjalan dengan lancar sejak dari awal lagi.
Tetapi bagi yang lain, ia mungkin mengambil sedikit masa dan terpaksa mencubanya beberapa kali untuk
memperolehi kejayaan. Sesuatu yang baru itu biasanya memerlukan masa dan latihan.

Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda bolehlah mendapatkan nasihat dari jururawat semasa
berada di hospital, berjumpa pakar pediatrik, penasihat penyusuan atau kumpulan sokongan penyusuan
susu ibu. Mereka boleh membantu anda.

Anda harus ingat bahawa asas paling penting kepada kejayaan sesuatu penyusuan itu ialah teknik dan
kedudukan semasa penyusuan. Anda perlu banyak bersabar dan berfikiran positif kerana penyesuaian
antara anda dan bayi akan mengambil masa. Ingatlah bahawa susu ibu bukan sekadar makanan, ia lebih
dari itu. Susu ibu mengandungi antibodi penting untuk melawan jangkitan dan mempunyai kesan psikologi
dan perubatan yang penting kepada kedua-dua ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu adalah pemberian
semula jadi anda kepada bayi.

Persediaan semasa hamil

Sesuatu yang paling penting boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan menyusukan bayi ialah
membuat persediaan awal semasa kehamilan. Walaupun penyusuan ini sesuatu yang semula jadi, tetapi
ia bukanlah sesuatu yang lahir dari naluri. Dengan menghadiri kelas penyusuan bayi, anda boleh mula
mempelajari tentang penyusuan dan hubungan mesra antara anda dan bayi ketika melakukan penyusuan
itu. Sokongan dari ibu ke ibu yang diberikan oleh kumpulan sokongan ibu di kawasan anda atau kaunselor
penyusuan ini amat berguna dan berfaedah buat anda. Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, anda dapat
berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain dan mempelajari lebih lanjut teknik menyusukan bayi dengan
betul.
Adakah saya memerlukan persediaan sebelum menyusukan bayi?

Semasa kehamilan, anda tidak perlu menjaga puting atau payu dara anda secara khusus. Pastikan coli
anda dapat menyokong payu dara dengan sempurna. Oleh kerana payu dara anda semakin membesar,
anda perlu membeli coli khusus untuk penyusuan yang dapat menyediakan ruang untuk payu dara
membesar. Basuh payu dara anda dengan air suam sahaja. Jangan gunakan sebarang sabun, losyen
atau alkohol kerana ia mungkin mendatangkan kerengsaan dan menyebabkan gatal-gatal. Dapatkan
pemeriksaan payu dara dan puting dari pakar obstetrik atau doktor semasa kehamilan.

Bagaimana persediaan tubuh badan anda semasa kehamilan?

Jika anda hamil, secara semula jadi tubuh anda mula bersiap sedia untuk proses penyusuan. Semasa 4
atau 5 bulan hamil, badan anda sudah berupaya menghasilkan susu. Susu yang pertama dikenali sebagai
kolostrum yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Ia juga mengandungi bahan yang
dapat melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.

Kolostrum adalah pekat dan berwarna kekuningan atau keperangan. Badan anda akan menghasilkan
kolostrum selama beberapa hari selepas bersalin sehinggalah susu yang telah matang dikeluarkan. Susu
ini lebih cair, berwarna seperti susu dan mula menyesuaikan dengan keperluan bayi sepanjang masa
penyusuan. Satu dari sifat-sifat istimewa susu ibu adalah, ia berubah semasa anda menyusukan bayi
untuk disesuaikan dengan keperluan bayi yang membesar



Bagaimana susu ibu dihasilkan?

Semasa hamil, badan akan meningkatkan penghasilan hormon yang dipanggil prolaktin. Hormon ini akan
merangsang sel dalam payu dara untuk menghasilkan susu. Jumlah prolaktin ini akan meningkat semasa
anda menyusukan bayi. Saiz payu dara bukanlah merupakan faktor yang mempengaruhi pengeluaran
susu. Bayi yang sedang menyusu itulah yang mengawal pengeluaran susu. Dengan kata lain, semakin
kerap anda menyusukan bayi semakin banyak susu akan dihasilkan.

Oksitosin merupakan sejenis hormon lagi yang meningkat ketika kehamilan. Hormon ini menyebabkan sel
otot kecil payu dara mengecut dan memerah susu keluar dari saluran susu ke puting. Proses ini dikenali
sebagai refleks pengaliran turun yang berlaku setiap kali anda menyusukan bayi.

Soalan Kegemaran

    1.   Mengapa susu badan dianggap terbaik?
    2.   Siapakah yang dapat membantu saya?
    3.   Adakah saiz penting?
    4.   Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan?
    5.   Menyusu untuk sebulan sahaja, apakah ini memadai?
    6.   Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?
Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua
protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-
faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan
sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu
ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:

       Jangkitan dalam telinga (otitis media)
       Alahan
       Muntah
       Cirit-birit
       Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
       Meningitis

Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan
Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:

       Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
       Tidak perlu disediakan.
       Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
       Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke
        dalam tong sampah.

Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan
ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.

Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:

       Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang
        dahulu dengan lebih cepat.
       Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang
        belum putus haid.
       Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
       Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan
        (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
       Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.

Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan
diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka
seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang
terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.
Siapakah yang dapat membantu saya?

Selepas membuat keputusan untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, adalah baik jika anda
memperolehi sokongan sosial dari keluarga dan rakan-rakan. Walaupun si bapa tidak dapat merasakan
kemesraan yang wujud ketika penyusuan, mereka juga berpeluang berkongsi saat-saat indah dan
istimewa yang lain bersama bayi mereka. Adik beradiknya yang lebih tua boleh membantu dengan
memegang bayi, menukarkan lampin dan bermain -main dengannya.

Sebelum bersalin, pelajari seberapa banyak yang boleh mengenai penyusuan susu ibu. Membaca,
menonton televisyen atau video mengenai penyusuan dan berbincang sesama rakan lain yang pernah
menyusukan bayi boleh membantu anda dalam perkara ini. Anda boleh menghadiri kelas mengenai
penyusuan susu ibu. Kebanyakan hospital, klinik kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela
kesihatan mengadakan khidmat ini. Sumber-sumber seperti yang tercatat di bawah ini boleh juga
membantu anda:

       Pakar Obstetrik dan Pediatrik.
       Jururawat/Bidan.
       Kaunselor Penyusuan di hospital yang berhampiran.
       Anggota kesihatan di klinik yang berdekatan boleh membantu anda sekeluarga mengenai teknik-
        teknik penyusuan susu ibu dengan betul.

Sebelum bayi anda dilahirkan, anda perlu memberitahu doktor bahawa anda telah membuat keputusan
untuk menyusukan bayi anda dengan susu sendiri. Cara yang terbaik untuk memulakan penyusuan bayi
adalah selepas 1 jam bayi dilahirkan. Semasa anda berada di hospital, anda perlu berada di sisi bayi
sepanjang masa. Mendampingi bayi setiap ketika dapat membantu menjayakan penyusuan anda.

Berbincanglah dengan pakar Obstetrik dan Pediatrik untuk memastikan ubat-ubat yang anda ambil tidak
membahayakan bayi anda melalui penyusuan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat tidak
memudaratkan, oleh itu anda tidak perlu merasa risau.
Antara susu ibu dengan susu formula

Adakah saiz penting?

Saiz payu dara bukanlah suatu masalah. Payu dara yang lebih besar bermakna ia mengandungi lebih
banyak tisu lemak. Ini tiada kaitannya dengan penghasilan susu. Jarang sekali seseorang wanita itu
dilahirkan dengan kekurangan tisu glandular sehingga boleh menjejaskan usahanya untuk menyusukan
bayi secukupnya. (Sebenarnya, wanita yang mempunyai payu dara kecil lebih mudah mengaturkan
kedudukannya ketika menyusu berbanding mereka yang mempunyai payu dara yang besar).

Apabila bayi anda dilahirkan, ia pasti akan mendapat susu yang cukup, jika:

       Ia disusukan sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.
       Menjelang hari ketiga, bayi akan membuang air kecil sekurang-kurangnya 3 - 4 kali sehari dan air
        besar sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Pada hari ke 6 bayi akan membuang air kecil 6 - 8 kali
        sehari dan air besar 2-3 kali sehari.
       Air kencing berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau berwarna oren.
       Bayi akan kehilangan tidak lebih 10% dari berat badannya semasa lahir, dan memperolehinya
        semula semasa melakukan pemeriksaan di minggu kedua . Selepas itu berat badannya akan
        stabil.
       Bayi akan tidur lena selepas menyusu dan kelihatan sihat dan ceria.

Jangan merasa risau semasa menyusukan bayi. Bayangkan yang anda sedang menyusukan bayi anda
dan susu anda mengalir dengan begitu baik. Semuanya akan berjalan dengan baik.

Bekalan susu yang tidak mencukupi, adakah ia kerana keturunan?

Saya sedang mengandung anak yang pertama dan akan bersalin pada bila-bila masa sahaja. Bagi saya
penyusuan susu ibu sangat penting. Saya akan menyusu bayi saya sepenuhnya dengan susu sendiri dan
melakukan yang terbaik untuknya. Dulu ibu saya mencuba penyusuan dengan susunya sendiri tetapi
beliau tidak mempunyai susu. Apakah saya akan mewarisi masalah yang sama seperti itu?

Adalah sesuatu yang merisaukan jika kita mendengar cerita yang demikian rupa. Kebanyakan wanita
merasa terganggu dan risau beberapa lama bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang
menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah
fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil.

Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadinya. Kebanyakan masalah
yang wujud di awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan
menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.

Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan
susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, menghadkan masa penyusuan dan kedudukan
penyusuan yang tidak betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.
Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih dari itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu
dara anda "kosong" dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa
selama 30-40 minit untuk setiap penyusuan. Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga ia
sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.
Beberapa faktor dari ibu yang menyebabkan susu tidak mencukupi ialah seperti merokok, megambil
kafein berlebihan (mengambil lebih dari 5 cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina
atau pil perancang keluarga. Pendarahan atau turun darah yang serius selepas bersalin, anemia dan
beguk atau hipotiroidisme (tiroid yang kurang aktif), di samping pembedahan payu dara juga boleh
menyebabkan kekurangan bekalan susu. Jarang sekali terjadi di mana seseorang wanita itu kekurangan
tisu glandular.

Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Masalah kesihatan bayi yang
menyebabkan keadaan ini perlu dikenal pasti oleh doktor. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap
(biasanya ia bersifat sementara). Bayi yang dilahirkan dengan frenulum (lipatan membran mukus di
bawah lidah) yang pendek atau keras akan menghadapi kesukaran menyusu sehinggalah keadaan ini
diperbetulkan atau kadangkala ia pulih dengan sendirinya.

Menyusu untuk sebulan sahaja, apakah ini memadai?

Anda tidak perlu merasa terikat untuk menyusukan bayi anda sendiri bagi suatu tempoh yang lama, jika
itu yang menggusarkan anda. Sebanyak manapun susu ibu yang bayi anda perolehi akan memberi
faedah kepadanya. Tetapkan satu matlamat, contohnya anda ingin menyusu untuk 6 minggu pertama
sahaja (jika ini boleh membuatkan anda berasa selesa). Lakukan segala yang mungkin dalam tempoh itu
untuk memastikan bayi anda memulakan kehidupannya sebaik mungkin.

Untuk 6 minggu yang pertama itu, elak dari menggunakan susu botol atau puting tiruan. Luangkanlah
lebih banyak masa untuk menyusukan dan mendampingi bayi anda. Anda mungkin terkejut kerana
selepas 6 minggu tersebut anda masih belum bersedia untuk berpisah dan menghentikan penyusuan
susu badan. Nikmati hubungan yang terjalin pada hari ini dan jangan terlalu memikirkan hari-hari
seterusnya.

Hubungilah anggota kesihatan atau kumpulan sokongan ibu yang mungkin dapat membantu anda.

Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?

Puting yang tenggelam bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Sebenarnya terdapat antara 28-35% dari
wanita yang hamil kali pertama mempunyai puting yang tidak timbul dengan sempurna (Hyttch & Baird,
1958; Blaikeley, 1953; Waller, 1946). Kehamilan merupakan tempoh penting perkembangan dan
tumbesaran payu dara. Bakal-bakal ibu yang dahulunya memiliki puting tenggelam atau mendatar kini
mungkin mendapati puting mereka mula menonjol apabila menghampiri masa untuk bersalin. Penonjolan
dan pembentukan puting akan bertambah baik setiap kali kehamilan dan setiap kali anda melalui
pengalaman menyusu anak.

Apabila anda berada dalam trimester terakhir kehamilan, anda bolehlah memeriksa puting anda. Tekan
areola di bahagian pangkal puting. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, tekankannya ke dalam
dada. Jika puting kekal pada kedudukan yang sama dan tidak terjojol, ini bermakna anda memiliki puting
yang leper. Tetapi jika tekanan ini menyebabkan puting anda masuk ke dalam, ini menandakan puting
anda tenggelam. Sebenarnya , kes puting yang benar-benar tenggelam jarang berlaku.

Anda boleh terus menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam. Tidak semestinya anda mesti
mempunyai puting yang terjojol baru boleh berjaya menyusukan anak. Bentuk puting ketika rehat tidak
menunjukkan setakat mana ia akan menonjol ketika bayi menghisapnya.
Kedudukan yang betul ketika menyusu adalah sangat penting. Sentuhkan bibir bayi dengan puting anda
berkali-kali dan tunggu sehingga bayi membuka mulutnya dengan luas seperti menguap. Tarik sedikit
payu dara anda ke belakang dengan memastikan ibu jari dan jari-jari anda jauh dari areola apabila mulut
bayi mula melekap pada payu dara anda. Ini memberi ruang kepada bayi memasukkan seberapa banyak
yang boleh bahagian areola ke dalam mulutnya. Apabila bayi diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu
payu dara dapat dihisap dengan sempurna seolah-olah seperti puting.

Menyusu bayi dengan puting yang tenggelam kadangkala merupakan satu cabaran. Bayi yang dilahirkan
oleh ibu yang mempunyai puting yang tenggelam atau leper lebih mudah terkeliru apabila menghisap.
Keadaan ini berlaku apabila ia diberi puting tiruan di awal-awal minggu penyusuannya. Kenapa ini terjadi,
penjelasannya adalah mudah. Meletakkan bayi ke payu dara anda selepas sahaja ia dilahirkan adalah
sangat penting untuk 'mengingatkannya' bentuk puting ibunya. Bayi akan menjadi biasa dengan bentuk
puting dan payu dara anda. Dalam kebanyakan kes, bayi boleh diletakkan terus ke atas dada anda.
Biarkan ia menjilat dan menghisap puting anda.

Bayi yang dibiarkan berbuat demikian sejurus selepas dilahirkan lebih berjaya menghisap susu dari
ibunya, walaupun ibu tersebut mempunyai puting susu yang tidak terjojol. Elakkan dari mengguna puting
tiruan sehingga penyusuan dengan susu ibu telah benar-benar mantap. Jika terpaksa memberi tambahan
susu formula, picagari atau cawan boleh digunakan dari awal sementara berusaha membina hubungan
penyusuan antara anda dan bayi. Pastikan anda mendapat bantuan dan sokongan dari pihak hospital
atau kaunselor penyusuan berkaitan dengan teknik dan kedudukan semasa menyusu sejak dari mula lagi.
Dapatkan latihan yang cukup sehingga anda benar-benar mahir tentang teknik penyusuan ini ketika payu
dara anda masih lembut dan mudah dipegang. Amatlah berguna jika anda dapat memerah atau
mengepam susu untuk beberapa minit sebelum memasukkan puting anda ke dalam mulut bayi. Ini akan
membantu pengaliran susu yang baik. Memerah susu ke bibir bayi juga dapat menarik minat bayi anda.
Pemakanan semasa hamil

Satu ketika dahulu dipercayai bahawa ibu yang menyusukan bayi memerlukan diet yang berkhasiat dan
berkalori tinggi berbanding dengan wanita yang tidak menyusu bayi. Maka disyorkan setiap wanita yang
menyusukan bayi perlu mengambil 700-1000 kalori tambahan setiap hari. Hari ini pendapat itu tidak lagi
diterima pakai. Seseorang ibu yang menyusu hanya perlu mengambil 200-500 kalori sahaja setiap hari.
Buku Panduan Diet Malaysia menganggarkan 2,550 kalori sehari bagi ibu yang menyusu anak sudah
mencukupi.

Selain dari tenaga, ibu yang menyusu juga memerlukan lebih protein, kalsium, asid folik dan vitamin
terutama vitamin A, C dan B. Seseorang ibu yang menyusu bayi perlu mengambil makanan yang
seimbang dan berkhasiat. Pilihlah makanan dari bahan semula jadi dan dalam keadaan yang baik dan
pastikan sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran diambil setiap hari. Kurangkan
pengambilan makanan yang telah diproses atau makanan dalam tin. Adalah penting bagi ibu-ibu baru
mempunyai snek yang berkhasiat dan boleh terus dimakan kerana mereka sering letih dan tidak berupaya
untuk menyediakan sesuatu khusus buat mereka. Makanan yang baik untuk sajian harian adalah juga
baik dimakan ketika menyusu bayi.

Untuk mendapatkan semua zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan, di bawah ini disenaraikan
semua makanan yang perlu diambil setiap hari:



                                 Jenis makanan                                      Sajian/sehari

  Makanan untuk tenaga
  1 saiz sajian: 1 cawan nasi/bihun/mi 2 keping roti, 6 keping biskut 2 biji              6
  kentang
  Makanan protein
  1 saiz sajian: 1 ketul ayam, 1ekor ikan kembung bersaiz sederhana, 2                    5
  keping tempe/tauhu 2 biji telur, 1 cawan kekacang kering/lentil
  Susu dan hasil tenusu
                                                                                         2-3
  1 saiz sajian: 1 gelas susu = cawan dadih 1 keping keju
  Sayur-sayuran
                                                                                    2-3 atau lebih
  1 saiz sajian: = cawan sayur yang dimasak
  Buah-buahan
  1 saiz sajian: 1 biji pisang/oren = biji buah jambu batu, 1 keping                2-3 atau lebih
  betik/nenas/tembikai
                                                                                Sekurang-kurangnya
  Cecair Air, jus
                                                                                      8 gelas
Bagaimana diet yang diambil mempengaruhi kualiti susu anda?

Kualiti pemakanan yang terkandung di dalam susu ibu pada amnya sentiasa mencukupi, dan jarang
dipengaruhi oleh keadaan ibu, walaupun kalori dan pengambilan pemakanan ibu tidak mencukupi.
Jawatankuasa Taraf Pemakanan Semasa Mengandung dan Laktasi dari The Institute of Medicine, "
tersangat kagum dengan bukti bahawa ibu masih mampu menghasilkan susu yang mencukupi dari segi
jumlah dan kualitinya untuk menyokong dan menggalakkan tumbesaran dan kesihatan bayi, walaupun
bekalan nutrien dan tenaga untuk ibu itu terhad." (1991)

Ini tidak bermakna kita tidak perlu menggalakkan ibu-ibu mengambil makanan mengikut selera mereka
dan mendapatkan sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari. Pada dasarnya, seseorang ibu yang menyusu
bayi perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Sebenarnya, kebanyakan ibu telah lama
bersedia sejak mereka hamil lagi untuk menyusukan bayi. Kita perlu ingat bahawa seseorang ibu itu tidak
perlu terlalu sempurna pemakanannya semata-mata untuk membolehkannya menyusu.

Adakah anda perlu pantang mengambil makanan tertentu?

Kebanyakan ibu tidak perlu mengubah makanan berkhasiat yang mereka ambil ketika menyusu. Makanan
yang 'baik' dan 'tidak baik' ketika menyusukan bayi selalunya lebih berasaskan kepada sesuatu budaya
daripada keperluan fisiologi itu sendiri. Contohnya, di kalangan kaum Red Indian bawang putih dikatakan
sangat baik untuk penyusuan tetapi di kalangan ibu-ibu berbangsa Amerika menganggap bawang putih
tidak baik dan akan mengelak dari mengambilnya ketika menyusu.

Sensitif terhadap makanan

Kadangkala bayi yang menyusui susu ibu bertindak balas terhadap sesetengah makanan yang dimakan
oleh ibunya. Anda boleh perhatikan bahawa selepas mengambil makanan yang berempah atau makanan
yang bergas, bayi anda akan menangis atau meragam. Oleh kerana bayi yang mengalami kolik atau sakit
dalam perut juga menunjukkan gejala yang sama, cara yang terbaik untuk membezakannya ialah dengan
memerhatikan berapa lama gejala itu berlanjutan. Jika ia disebabkan oleh makanan, gejala selalunya
lebih singkat, berakhir dalam masa kurang dari 24 jam. Tetapi jika ia disebabkan oleh kolik ia akan berlaku
setiap hari dan selalunya berlanjutan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu.

Jika bayi anda mendapat gejala tersebut setiap kali anda mengambil makanan tertentu, lebih baik sahaja
anda berhenti mengambil makanan tersebut. Jika anda mempunyai sejarah keluarga menghidapi alahan,
termasuklah asma dan penyakit kulit tertentu, anda perlulah elakkan dari mengambil hasil tenusu ataupun
makanan lain yang menimbulkan alahan ketika anda menyusu bayi. Anda haruslah berbincang dengan
petugas kesihatan jika ingin menukar diet anda, supaya mereka dapat memastikan semua keperluan
nutrien anda diperolehi. Sesetengah bayi tersangat sensitif terhadap makanan tertentu di dalam diet
ibunya. Anda tidak harus mengambil tindakan sewenang-wenangnya untuk menghadkan diet anda
melainkan ada sebab-sebab tertentu yang mengganggu bayi anda. Jika bayi anda terlalu sensitif terhadap
penyusuan yang anda berikan, ini mungkin disebabkan protein asing yang terdapat dalam susu ibu.
Dalam kes ini, cuba elakkan dari makanan tertentu yang anda syaki bertanggung jawab terhadap masalah
ini, sekurang-kurangnya selama seminggu (jangan lupa untuk membaca semua label makanan). Jika
anda dapati tiada sebarang perubahan, anda boleh mengambil semula makanan itu. Cuba ambil makanan
lain sekiranya ia merupakan penyebabnya. Mungkin berguna jika anda menyimpan rekod makanan yang
anda ambil dan tindak balas bayi terhadap makanan ini. Ia akan membantu menyelesaikan masalah ini.
Hasil tenusu: Dalam beberapa kes kecil, ada ketikanya bayi mendapat alahan akibat susu lembu yang
terdapat dalam diet anda. Gejala yang mungkin timbul untuk beberapa minit atau beberapa jam selepas
menyusu ialah cirit-birit, ruam, meragam dan kembung.

Untuk mengetahui sama ada bayi anda mengalami alahan atau pun tidak terhadap hasilan ini, hentikan
semua produk tenusu dalam diet anda untuk selama 2 minggu. Kemudian ambilnya semula satu persatu
setiap hari ke dalam diet anda. Saksikan tindak balas bayi terhadapa bahan-bahan ini. Anda pasti
mendapat jawapannya.

Makanan lain yang diambil yang boleh menyebabkan bayi mengalami alahan termasuklah telur, kacang
tanah dan kekacang, gandum, soya, jagung, tomato, bawang, kubis, rempah, makanan laut, buah oren
dan jusnya serta coklat.

Kopi: Cuba elakkan kafein atau kurangkan pengambilannya ketika anda menyusukan bayi. Kafein akan
terkumpul dalam sistem tubuh bayi kerana bukan mudah untuk menyingkirkannya.. Jika meminum
secawan kopi di waktu pagi tidaklah begitu memudaratkan bayi anda, tetapi terlalu banyak kafein boleh
menimbulkan masalah seperti sukar tidur, gementar, kerengsaan dan kurang menyusu. Anda bolehlah
mengambil kopi tanpa-kafein dan juga teh. Elak dari mengambil minuman kola serta lain-lain minuman
berkarbonat yang mengandungi kafein tambahan.

Alkohol: Elak dari mengambil alkohol semasa menyusu anak anda kerana ia boleh menyerap ke dalam
susu ibu. Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, minumlah selepas anda menyusukan bayi.

Merokok: Jangan merokok semasa sedang menyusu bayi atau merokok berdekatan dengan anak-anak
anda. Perokok pasif di kalangan kanak-kanak adalah merbahaya, terutamanya di kalangan bayi. Ia boleh
meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

Pada dasarnya, ambillah makanan yang terbaik dan berkhasiat setiap hari ketika anda menyusukan bayi.

Ubat-ubatan

Kebanyakan ubat adalah selamat diambil semasa menyusu bayi, tetapi terdapat beberapa jenis ubat yang
boleh memudaratkan bayi. Untuk mendapatkan kepastian ini, beritahu doktor atau pakar pediatrik yang
anda menyusu bayi dengan susu badan. Dapatkan pengesahan untuk semua jenis ubat termasuklah ubat
yang dibeli sendiri. Anda boleh mengambil ubat anda sebaik sahaja selesai menyusukan bayi.
Sesetengah pil perancang keluarga juga boleh mendatangkan kesan terhadap penghasilan susu, tetapi
kesan yang dialami berbeza dari seorang wanita ke seorang yang lain. Ia juga bergantung kepada jenis pil
yang diambil. Berbincanglah dengan doktor anda.
Teknik penyusuan susu ibu

Permulaan awal

Menyusu bayi perlu dimulakan secepat mungkin sejurus selepas bayi dilahirkan. Kajian telah
menunjukkan bahawa dalam masa 2 jam selepas kelahiran, bayi berada dalam keadaan peka yang
disertai dengan refleks hisapan yang kuat. Pada masa inilah bayi tidak sabar untuk berada dalam pelukan
anda di samping menggesel dan menjilat puting anda. Dia mungkin ingin terus menyusu dan akan
melekap pada payu dara anda untuk merasakan kenikmatan susu yang pertama (kolostrum).

Penyusuan awal ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dan ia membantu ke arah satu permulaan
yang baik. Memulakan penyusuan lebih awal memanglah baik tetapi dalam keadaan tertentu ianya tidak
dapat dilakukan dan anda tidak boleh memaksa bayi anda untuk menghisap susu anda. Jika ini terjadi
anda tidak perlu merasa kecewa. Terdapat ramai ibu yang lewat memulakan penyusuan susu badan
tetapi akhirnya berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bayi mereka. Teruskan memberi bayi anda
peluang untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran baru ini.

Penyusuan pertama selepas kelahiran

Selepas sahaja bersalin, letakkan bayi anda ke dada atau di atas perut anda, bersentuhan kulit ke kulit.
Bayi sebenarnya sangat peka terhadap persekitarannya selepas dilahirkan, dan mereka juga selalunya
lapar. Penyusuan pertamanya boleh diberi dalam masa 30 minit hingga sejam selepas dilahirkan. Susu
manusia yang awal memberi perlindungan yang baik terhadap sebarang jangkitan. Susu ibu dapat
membekalkan zat-zat makanan atau nutrien kepada bayi untuk mencegah paras gula yang rendah di
dalam darah. Rasa awal susu yang dihisap itu akan merangsang bayi untuk menyusu dengan lebih baik
pada masa akan datang.

Jika anda bersalin dengan normal, anda boleh menyusukan bayi di katil atau di atas kerusi dengan cara
seperti berikut:

        Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.
        Dukung bayi dengan kepalanya berada di atas lengan anda. Sokong dengan lembut belakang
         badan dan punggung bayi.
        Ketika menyusukan bayi dengan cara ini, pastikan keseluruhan tubuh bayi menghala ke badan
         anda dan bukan ke arah siling.

Jika anda melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean, anda bolehlah menyusu seperti berikut:

        Duduk dan letakkan satu atau dua biji bantal tambahan untuk menyokong bayi dan melindungi
         luka pembedahan anda.
        Berbaring mengiring dengan bayi menghadap anda.
        Gunakan teknik kedudukan mengiring dan pastikan anda sentiasa dalam keadaan selesa.

Jangan merasa malu untuk mendapatkan pertolongan semasa mula menyusu kali pertama. Anda perlu
melalui beberapa sesi penyusuan sebelum dapat menguasai kemahiran ini.
Tinggal sebilik dengan bayi anda (Rooming-in)

Apabila bayi diletakkan bersama-sama anda dalam satu bilik selepas bersalin, ia memberikan banyak
masa dan peluang untuk anda berlatih menyusukannya. Amalan tinggal bersama bayi ini telah terbukti
boleh menyumbang kepada kejayaan sesuatu penyusuan. Jika anda menghadapi kesukaran,
berjumpalah penasihat penyusuan atau jururawat. Semasa berada di hospital, anda perlu memaklumkan
jururawat atau bidan supaya tidak memberi makanan lain (susu formula atau air) atau puting sedut
kepada bayi anda. Susu formula dan air tidak perlu diberi. Ia boleh mengelirukan bayi kerana bayi sedang
belajar menyusu susu ibunya.

Menyusu bayi lebih awal dan kerap

Bayi anda perlu disusukan sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 3 jam. Menyusu bayi lebih awal dan kerap
dapat menbantu melembutkan payu dara dan memudahkannya untuk dipegang. Ia juga membantu
mengurang atau mencegah payu dara dari membengkak. Awasi tanda-tanda bayi lapar seperti bunyi
menghisap atau pergerakan bibir, pergerakan mata yang cepat ketika tidur dan perubahan riak wajahnya.
Cuba ramalkan rasa lapar bayi anda melalui tanda-tanda ini. Menyusu berpandukan isyarat ini membantu
menghasilkan lebih banyak susu. Lebih kerap bayi anda menetek lebih banyak susu akan dihasilkan.


Bagaimana saya perlu menjaga payu dara saya semasa menyusukan bayi?

Menjelang hari ketiga atau keempat penyusuan , susu anda akan bertukar dari kolostrum kepada susu
yang kelihatan seperti susu skim. Payu dara akan bertukar dari lembut kepada pejal. Jika puting meleleh,
gunakan pad atau sapu tangan yang bersih, masukkan ke dalam coli untuk menyerap susu yang meleleh.
Pastikan ia ditukar selalu. Jangan menggunakan pad plastik kerana ia menghalang peredaran udara di
sekeliling puting. Semasa menyusu, lapkan puting. Ini akan mengurangkan rasa gatal dan kerengsaan.
Anda boleh perah sedikit kolostrum dan sapukannya ke puting atau gunakan susu atau lanolin untuk
mengelaknya dari kekeringan.

Melekap

Menyentuh puting anda ke tengah bibir bayi akan merangsang bayi untuk membuka mulutnya dengan
luas. Apabila keadaan ini berlaku, cepat-cepat tarik bayi terus ke puting dan areola anda. Ingat bahawa
apabila bayi telah melekap pada payu dara anda, putting dan sebahagian besar kawasan areola
sepatutnya berada di dalam mulutnya. Bibir dan gusi bayi seharusnya berada di sekeliling areola dan
bukannya di atas puting. Ini menunjukkan betapa pentingnya bayi membuka mulut dengan luas. Anda
boleh membantu bayi untuk melekap bibirnya ke payu dara anda. Letakkan jari penunjuk di bawah payu
dara dan ibu jari di bahagian atas (di belakang areola). Pastikan kedudukan bayi anda betul-betul di paras
payu dara anda. Pastikan juga jari anda jauh dari areola supaya ia tidak menghalang bayi melekapkan
mulutnya ke payu dara. Kali pertama bayi menghisap anda akan terasa tarikan/sentakan pada payu dara.
Jika anda terasa sakit, seperti dicubit kemungkinan bayi salah melekap. Masukkan jari anda di penjuru
mulut bayi untuk membuka lekapan, betulkan kedudukan bayi dan cuba sekali lagi. Ia mungkin
memerlukan beberapa percubaan. Jika puting anda tidak luka atau bermasalah, penyusuan tidak
sepatutnya menyakitkan. Jika sakit, pelekapan mulut bayi mungkin tidak betul dan anda perlu
memperbetulkannya semula.
Kedudukan lekapan adalah sangat penting kerana ia:

       Memudahkan pengaliran susu
       Mengelak puting dari membengkak.
       Memuaskan kehendak bayi anda.
       Merangsang bekalan susu yang banyak.
       Menolong mencegah payu dara dari terlalu penuh (menjadi bengkak).

Bayi menggunakan bibir, gusi dan lidah untuk menghisap susu keluar dari payu dara. Proses ini dikenali
sebagai penyusuan. Dengan hanya menghisap putting, susu tidak akan keluar sebaliknya ia boleh
menyebabkan puting terasa sakit. Kebanyakan bayi akan menghisap dengan aktif sekali jika mereka lapar
dan berada pada kedudukan yang betul.

Untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran sehingga mencapai umur 4 bulan, bayi yang diberi
susu ibu tidak sepatutnya diberikan makanan lain (air, air gula, susu formula dan sebagainya) melainkan
atas sebab-sebab perubatan. Bayi yang disusukan secara berkala dan dengan berkesan akan mendapat
segala bekalan zat-zat makanan atau nutrien dan air dari susu ibunya. Sesetengah pengkaji mendakwa
jika botol dan puting sedut diberikan kepada bayi ia boleh menyebabkan bayi kekeliruan puting dan ini
mengganggu proses penyusuan susu ibu.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses pengaliran susu (let-down )?

Refleks pengaliran susu berlaku setiap kali anda menyusu bayi. Kali pertama anda menyusukan bayi,
refleks ini akan mengambil masa beberapa minit. Selepas itu refleks ini akan berlaku lebih cepat,
selalunya dalam masa beberapa saat sahaja. Tanda-tanda pengaliran susu adalah berbeza-beza dari
seorang ibu ke ibu yang lain. Kadangkala, apabila bayi anda mula menghisap, anda mungkin akan terasa
seperti tercucuk, berdenyut atau kesakitan dalam payu dara. Ataupun susu mula menitis dari payu dara
yang sebelah lagi. Perasaan ini dan lelehan susu yang berlaku merupakan refleks pengaliran susu. Ini
bermakna badan sedang memudahkan bayi untuk menghisap susu. Anda mungkin terasa kekejangan
yang kuat dalam rahim ketika susu mengalir turun. Hormon oksitosin yang merangsang penghasilan susu
akan menyebabkan otot-otot pada rahim mengecut. Proses penyusuan membantu mengembalikan rahim
ke saiz asalnya. Kekejangan ini merupakan satu proses yang normal dan ia sebenarnya menandakan
satu penyusuan yang berjaya. Kekejangan ini akan hilang dalam masa seminggu atau lebih.

Untuk membantu proses pengaliran susu berjalan lancar, ikuti petua-petua ini:

       Duduk di kerusi dengan selesa di samping menyokong tangan dan belakang anda dengan baik.
        Kebanyakan ibu mendapati kerusi berayun sangat sesuai.
       Pastikan kedudukan bayi selaras dengan payu dara anda. Kedudukan yang betul merupakan
        satu dari faktor-faktor penting yang menentukan kejayaan sesuatu penyusuan itu.
       Mendengar muzik yang menenangkan fikiran dan meminum minuman yang berkhasiat
        menjadikan penyusuan sesuatu yang menyeronokkan.
       Jangan merokok, meminum alkohol atau mengambil dadah terlarang. Kesemua ini mengandungi
        bahan yang boleh mengganggu pengaliran susu dan mempengaruhi kandungan susu ibu. Ianya
        memudaratkan anda dan bayi.
       Pakai coli untuk penyusuan dan pakaian yang memudahkan penyusuan. Coli untuk menyusu
        boleh dibuka di bahagian depan untuk mendedahkan puting dan sebahagian dari payu dara
        anda.
       Jika keadaan di rumah terlalu sibuk, cari satu ruang atau tempat yang sunyi terlebih dahulu
        sebelum memulakan penyusuan supaya anda tidak diganggu. Kadangkala hanya dengan
        memikirkan bayi anda akan memulakan pengaliran susu.

Kesakitan semasa pengaliran susu

Selalunya, di peringkat permulaan penyusuan sesetengah ibu mengalami pengaliran susu atau refleks
pancutan susu (milk ejection reflex - MER) atau refleks pengaliran susu yang kuat. Oleh kerana
kebanyakan ibu mengalami refleks ini semasa penyusuan, ia boleh menjadikan penyusuan sebagai
sesuatu yang tidak selesa.

Refleks pengaliran susu yang kuat ini berlaku disebab oleh bekalan susu yang terlalu banyak. Jika
bekalan yang banyak ini menimbulkan masalah penyusuan yang lain seperti bayi enggan menyusu, atau
tersedak dan tercekik semasa menyusu, anda boleh berusaha mengurangkan bekalan susu selaras
dengan keperluan bayi. Contohnya, seperti menyusukan bayi dengan sebelah payu dara sahaja bagi
setiap kali penyusuan dan memerah susu dari payu dara yang sebelah lagi, akan dapat mengurangkan
masalah ini.

Susui bayi lebih kerap. Apabila payu dara telah sarat dengan susu, ibu mungkin mengalami lebih banyak
refleks pengaliran susu yang menyakitkan. Gunakan penuam panas dan lembap untuk meredakan
kesakitan. Ini boleh dilakukan sebelum atau semasa penyusuan.

Seriawan kelenjar duktus boleh menjadi salah satu dari punca kesakitan yang mendalam pada payu
dara. Walau bagaimanapun anda tidak boleh menentukan masalah ini secara sendirian. Jika langkah-
langkah yang disebutkan di atas tidak melegakan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor untuk
mendapatkan nasihat. Adalah penting untuk mengetahui penyebab kesakitan pada payu dara ini dan ia
perlu diatasi. Penyusuan seharusnya memberikan anda keselesaan.


Kedudukan Penyusuan

Langkah berikut ini menerangkan cara memegang bayi dengan betul supaya ia dapat menghisap susu
dengan banyak dan mengelakkan puting dari kesakitan.

    1. Betulkan kedudukan anda. Adalah lebih mudah jika anda dapat duduk untuk memulakan
       penyusuan. Duduklah di atas katil, kerusi menyandar yang selesa atau kerusi goyang. Gunakan
       bantal untuk mengampu belakang anda, di bawah siku dan di atas peha untuk menyokong bayi.
       Lapikkan dengan bantal atau kusyen yang lembut untuk meninggikan sedikit lutut anda. Anda
       perlu bertenang dan relaks tanpa menegangkan mana-mana otot.
    2. Betulkan kedudukan bayi. Bayi seharusnya baring mengiring menghala ke badan anda.
       Kepalanya hendaklah diletak dalam pelukan anda manakala belakangnya diampu dengan lengan
       dan pegang punggung atau paha atasnya dengan tangan anda. Kepala, bahu dan pinggang
       hendaklah diluruskan. Bayi harus dipegang di paras payu dara untuk membolehkan anda
       membongkok sedikit dan tidak menyukarkan bayi untuk mencapai puting anda. Meletakkan
       bantal di atas riba anda akan mengurangkan masalah ini.
    3. Hulurkan payu dara anda kepada bayi . Genggam payu dara anda dengan tangan dan diampu
       oleh jari-jari anda di bahagian bawahnya dan ibu jari di atas. Ibu jari dan jari telunjuk anda
       sepatutnya membentuk seperti huruf 'C'. Pastikan jari-jari anda jauh dari areola.
4. Galakkan bayi anda melekap dengan betul . Sentuhkan puting ke bibir bayi beberapa kali. Jika
   bayi berpaling ke arah lain, cuitkan pipinya yang dekat dengan anda perlahan-lahan. Bila ia
   memandang ke arah anda, sentuhkan bibirnya semula dengan puting sambil bercakap-cakap
   dan menggalakkan bayi membuka mulutnya. Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat ajukan
   puting ke tengah mulutnya dan rapatkan badannya ke badan anda. Adalah penting untuk anda
   menarik bayi rapat kepada anda dan bukan sebaliknya. Anda perlu melakukan percubaan ini
   beberapa kali sehinggalah reaksi bayi bersesuaian dengan tindakan anda untuk memastikan
   proses pelekapan ini berjalan lancar. Jika bayi gagal menyusu dengan betul, anda mungkin
   terpaksa berhenti dan memujuknya sebelum mencuba sekali lagi.
5. Teknik hisapan yang berkesan . Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan
   sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu
   diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya
   melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah
   mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan anda sehingga hujung
   hidungnya menyentuh payu dara anda. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas,
   perbetulkannya dengan mengangkat payu dara anda sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke
   badan anda.
6. Kesakitan puting. Jika bayi melekap dan menghisap dengan betul anda tidak sepatutnya terasa
   sakit. Jika bayi tidak menghisap dengan betul atau anda terasa sakit, penyusuan perlu dihentikan
   sekejap. Kemudian mulakannya semula. Masukkan jari anda ke dalam mulut bayi (di sisi yang
   menekan payu dara) untuk menghentikan hisapan atau menarik pipi bayi dengan lembut. Jangan
   biarkan bayi terus menghisap dengan cara yang salah kerana ini akan menyebabkan puting
   anda membengkak dan corak hisapan yang tidak betul ini menjadi sukar untuk diperbetulkan
   kemudian nanti. Jika puting masih terus membengkak dan sakit, kemungkinan ia disebabkan
   oleh hal-hal berikut:
        o Jangan biarkan bayi menghisap puting anda, ini bukan cara yang betul. Pastikan bayi
             membuka mulutnya dengan luas supaya puting dapat masuk ke dalam mulutnya.
             Apabila bayi mencengkam terlalu kuat ketika hendak mula menghisap, tekan rahang
             bawahnya dengan jari sambil menolak turun dagunya. Minta bayi anda membuka
             mulutnya dengan suara yang jelas dan tegas.
        o Jika puting anda masih sakit, tarikkan bibir bawah bayi semasa ia masih menghisap dan
             periksa sama ada lidahnya terletak di antara bibir bawah dengan payu dara anda
             ataupun tidak. Jika tidak dapat melihat lidahnya, bayi mungkin sedang menghisapnya
             bersama-sama puting anda. Lepaskan bayi dari penyusuan dan mulakan prosedur ini
             semula. Pastikan mulut bayi dibuka dengan luas dan lidahnya berada di bawah puting
             ketika melekap.
7. Cara menghisap dengan berkesan . Kebanyakan bayi mengetahui cara menghisap dengan
   betul sejak mereka dilahirkan. Sesetengah dari mereka yang lain mengambil masa untuk belajar
   dan memerlukan panduan tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Ia memerlukan keselesaan
   dan kesabaran yang tinggi. Tetapi apabila bayi mula menghisap dengan penuh bertenaga, anda
   akan terasa puas apabila merenungnya. Ketika ini, otot-otot di mukanya akan bekerja lebih keras
   sehingga telinganya kelihatan bergerak-gerak. Anda dapat melihat kekuatan otot rahangnya dan
   dapat mendengar bunyi ia menelan. Apabila bayi telah kenyang, ia kembali tenang, dan hisapan
   diperlahankan, dan hanya menelan sedikit demi sedikit. Dia kelihatan sedang dilamun
   kenikmatan berada dalam pangkuan ibunya.
Isu-isu penyusuan yang lain

Masa

Biarkan bayi anda menghabiskan hisapan dari sebelah payu dara dahulu sebelum menukarkan kepada
payu dara sebelah lagi. Ini memberinya peluang untuk menikmati susu akhir yang penting untuk
tumbesaran. Biarkan penyusuan itu berakhir apabila bayi melepaskan payu dara anda dengan tenang dan
puas. Pastikan anda menyusukan bayi sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam masa 24 jam. Susu
ibu mudah dihadam dan bukanlah mustahil jika bayi anda terasa lapar semula dalam masa satu atau satu
setengah jam kemudian.

Berapa banyakkah yang dikatakan cukup?

Kebanyakan ibu merasa risau sama ada bayinya telah menyusu dengan cukup ataupun tidak. Terdapat
beberapa cara untuk mengetahuinya. Salah satu daripadanya ialah jumlah lampin yang basah dalam
sehari.

Pastikan ia telah membasahi sekurang-kurangnya 6 lampin sehari dengan air kencingnya berwarna
kuning pucat, bermula sekitar hari ke 3 atau ke 4 selepas kelahiran. Bayi sepatutnya membuang air besar
beberapa kali dalam sehari (mungkin sekali selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu yang
pertama). Pada minggu pertama selepas kelahiran, bayi anda sekurang-kurangnya membuang air besar
sebanyak 2 kali sehari. Kemudian meningkat kepada sekurang-kurangnya 5 kali sehari apabila berusia 1-
4 minggu. Semakin meningkat usia bayi semakin kurang ia membuang air besar dan kadangkala tidak
membuang langsung untuk beberapa hari. Najis bayi yang menyusu dengan susu ibu kurang berbau
berbanding bayi yang menyusu dengan susu formula.

Pola atau corak penyusuan bayi juga sangat penting sebagi tanda ia menetek dengan secukupnya. Bayi
yang baru lahir akan menyusu setiap 11/2 hingga 3 jam dalam masa 24 jam. Jika bayi tidur dengan
nyenyak untuk selama lebih 4 jam dalam dua minggu yang pertama selepas kelahiran, kejutkannya untuk
disusui. Adalah penting bayi melekap dengan betul semasa menyusu (Lihat Melekap). Dengarkan bunyi
tegukan untuk mengetahui yang bayi anda menelan susu dan bukan hanya menghisap. Juga perhatikan
gerakan rahang yang perlahan dan mantap semasa menghisap susu.

Bayi anda sepatutnya memperolehi berat badan yang stabil selepas minggu pertama kelahiran. Pada
minggu pertama, sesetengah bayi kehilangan berat badan beberapa auns tetapi memperolehinya semula
di akhir minggu kedua. Doktor atau jururawat akan mengambil ukuran berat badan bayi anda setiap kali
lawatan. Ingat bahawa bayi anda mungkin lebih kerap menyusu semasa pertumbuhannya memuncak.

Tanda-tanda bayi mendapat susu yang mencukupi:

       Sekurang-kurangnya 6 lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna
        kekuningan 2- 5 kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
       Pastikan najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.
       Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.
       Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.
       Tidurnya nyenyak, bayi kelihatan cergas ketika bangun tidur.
Adakah saya perlu memberi air?

Kebanyakan bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air, vitamin, atau ferum selama 6 bulan yang
pertama. Susu ibu menyediakan semua cecair dan zat-zat makanan yang diperlukan oleh bayi untuk terus
sihat. Apabila umur bayi mencapai 6 bulan, anda boleh mula memperkenalkan makanan yang kaya
dengan ferum.

The American Academy of Pediatrics dan The American Academy of Pediatric Dentistry telah
mengesyorkan, bayi yang menyusu susu ibu (mahupun bayi yang menyusu dengan susu botol) tidak perlu
diberi florida tambahan untuk 6 bulan pertamanya. Selepas berumur 6 bulan, berjumpalah pakar pediatrik
untuk mengetahui sama ada anda perlu memberinya florida tambahan. Jika bayi anda tidak boleh atau
enggan menyusu atau anda menghadapi masalah menyusukan bayi, adalah penting berjumpa doktor
atau pakar pediatrik secepat mungkin. Keengganan menyusu mungkin disebabkan penyakit yang
memerlukan perhatian segera.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyusukan bayi?

Sesetengah bayi hanya menyusu selama 10 minit dari setiap payu dara, manakala yang lainnya lebih
lama. Sesetengah bayi masih menghisap walaupun mereka kelihatan seperti tertidur. Jika bayi anda
tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti,
leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara
anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan
hisapannya.

Menyusu dengan kedua-dua payu dara

Apabila anda menyusu, selang-selikan antara kedua-dua payu dara anda (anda boleh meletakkan tanda
pada coli untuk mengingatkan sebelah mana yang telah dihisap sebelum ini). Sememangnya anda ingin
kedua-dua payu dara dihisap sama rata, tetapi sesetengah bayi mungkin hanya lebih suka kepada satu
payu dara sahaja dan menetek lebih lama di sebelah itu. Jika ini terjadi, payu dara anda akan
menyesuaikan keadaan mengikut keperluan bayi. Ingat bahawa bayi andalah yang mengawal berapa
banyak susu yang perlu dihasilkan. Oleh yang demikian, adalah penting anda menyusukan bayi dengan
kedua-dua belah payu dara supaya kedua-duanya mendapat rangsangan yang cukup untuk
menghasilkan susu. Lama-kelamaan anda akan mengetahui pola penyusuan bayi anda yang sebenar.
Setiap bayi mempunyai caranya yang tersendiri. Sesetengahnya cepat dan sesetengahnya lambat.
Memahami corak atau pola pengambilan susunya akan memudahkan anda menentukan sama ada bayi
anda lapar, kenyang, kekerapannya menyusu dan berapa lama masa yang diperlukan untuk setiap
penyusuan.
Muntah susu, tersedu dan lain-lain reaksi

Muntah susu atau jeluak merupakan tindak balas biasa yang terjadi di kalangan bayi semasa atau selepas
menyusu. Sesetengahnya lebih mudah muntah berbanding dengan yang lain. Anda tidak perlu risau
apabila bayi anda muntah. Tidak seperti bayi yang meminum susu formula, muntah yang dikeluarkan oleh
bayi yang menyusu dengan susu ibu tidak begitu berbau dan tidak melekat pada kain atau linen. Jika bayi
anda selalu muntah susu, lakukan perkara berikut:

       Cuba menyusu dalam keadaan yang tenteram, tenang dan menyeronokkan.
       Elakkan dari sebarang gangguan, bunyi bising, cahaya yang terlalu terang dan gangguan-
        gangguan lain.
       Sendawakan bayi sekurang-kurangnya 2 kali semasa menyusu.
       Pegang bayi anda tinggi sedikit semasa menyusu.
       Pegang dan tegakkan selepas menyusu.
       Jangan menggomol atau bermain dengan lasak bersama bayi selepas sahaja menyusukannya.

Jika bayi anda muntah berulang kali, terutama jika muntahnya keluar memancut-mancut, dapatkan
nasihat doktor secepat mungkin. Kebanyakan bayi akan tersedu dari masa ke semasa. Jika ini berlaku,
anda masih boleh meneruskan penyusuan kerana sedu akan berhenti dengan sendirinya.

Hubungan penyusuan dan penyesuaian selepas bersalin

Peringkat awal selepas bersalin atau postpartum merupakan saat berlakunya perubahan besar. Anda
mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk merasa selesa menjaga dan menyusukan bayi anda
sendiri. Mengurangkan aktiviti-aktiviti luar di sepanjang tempoh yang mencabar ini membolehkan anda
mendapat rehat yang diperlukan. Anda dan bayi akan dapat menjalinkan hubungan penyusuan yang
mesra. Berbekalkan persediaan, maklumat serta sokongan yang baik, kebanyakan ibu yang menyusukan
bayi akan dapat menghadapi saat-saat selepas bersalin dengan baik. Jika tidak, dapatkan bantuan dari
jururawat atau badan-badan sokongan sosial yang ada di tempat anda.

Bekalan susu yang terlalu banyak

Sesetengah ibu menghasilkan susu terlalu banyak dan berlebihan. Bekalan yang berlebihan boleh
menimbulkan banyak masalah sampingan ketika menyusu. Bayi mungkin agak cerewet semasa menyusu,
melepaskan hisapan terutama semasa susu memancut keluar. Kadangkala mereka tersedak dan tercekik
ketika menyusu. Mereka kelihatan lapar setiap masa. Sebenarnya sesetengah ibu yang banyak susunya
masih menyangka mereka tidak mempunyai susu yang mencukupi! Bayi mereka kelihatan seperti tidak
gemar menyusu. Mereka akan melepaskan hisapan dan menangis sebaik sahaja mula disusui. Ibu pula
akan merasa tersinggung. Bayi akan menyusu sekejap sahaja, mudah kembung dan muntah. Lazimnya
bayi-bayi ini adalah sihat, berat badan meningkat dengan baik, purata 4-8 auns seminggu. Najis mereka
mungkin cair dan berwarna hijau. Ibu yang berlebihan susu selalunya mengalami lelehan susu yang
banyak di antara masa penyusuan. Saluran susunya mudah tersumbat dan terdedah kepada jangkitan
kuman.

Antara perkara yang disyorkan bagi ibu yang mempunyai susu berlebihan ialah menyusukan bayi dengan
sebelah payu dara untuk jangkamasa 3 - 4 jam. Dalam tempoh itu jika bayi anda ingin menyusu beberapa
kali berikan payu dara yang sama. Selepas 3 - 4 jam, tukar ke payu dara sebelah lagi dan terus
mengulangi corak ini. Untuk dua hari yang pertama, anda perlu memerah sedikit susu dari payu dara yang
tidak dihisap dalam sela masa berkenaan supaya merasa lebih selesa. Dengan cara demikian ia
membolehkan bayi mendapat susu akhir yang kaya dengan zat serta dapat memberi kepuasan yang lebih
lama. Ia juga boleh mengurangkan kembung dan ketidakselesaan yang dialami oleh bayi.

Mengekalkan kedudukan yang betul sepanjang penyusuan adalah mustahak. Ibu yang memiliki bekalan
susu berlebihan kerap mengalami kecederaan puting disebabkan bayi melongsor turun setelah lama
menyusu. Ini adalah salah satu cara bayi mengendalikan segala susu yang diterimanya. Susu akan
dibiarkan sahaja mengalir keluar dari mulutnya. Jika bayi anda melongsor, perlahan-lahan leraikan
hisapannya dengan memasukkan jari di antara gusinya. Kemudian biarkan bayi melekapkan semula
keseluruhan mulutnya ke tisu payu dara anda.

Jika bayi anda muntah dan tercekik semasa menyusu, cuba bersandar untuk menyusukannya. Anda
boleh lepaskan bayi dari payu dara anda ketika susu memancut keluar, ini boleh berlaku beberapa kali
setiap kali penyusuan. Tadah susu di dalam lampin atau di dalam cawan. Tenteramkan bayi sebelum
membawanya semula ke payu dara anda.

Adalah penting bagi anda memantau jumlah air kencing bayi apabila membuat perubahan corak
penyusuan. (Sila lihat Tanda-Tanda bayi mendapat susu yang mencukupi).

UBATAN DAN PENYUSUAN IBU

Kesedaran terhadap peri pentingnya penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu telah banyak mempengaruhi
sebahagian besar kaum wanita untuk menyusu anak-anak mereka dengan susu badan. Walau
bagaimanapun terdapat sebahagian dari mereka ini terpaksa mengambil ubat-ubat atas sebab-sebab
tertentu ketika menyusukan anak mereka. Ini memerlukan perhatian kerana ia boleh menimbulkan kesan
ke atas anak yang menyusu.

Kebanyakan dari ubat-ubat ini mengalir melalui saluran darah dan sebahagian kecil darinya akan masuk
ke dalam susu ibu. Sesetengah dadah atau ubat-ubat ini boleh menimbulkan masalah kepada bayi. Untuk
mengurangkan kesan ini, anda perlu berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi.

Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Kesan Ubat-Ubatan Kepada Bayi Anda Adalah Seperti
Berikut:

       Beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan anak anda setiap kali berjumpa doktor untuk
        sesuatu rawatan.
       Hentikan pengambilan ubat tersebut sekiranya tidak begitu perlu.
       Mengambil ubat selepas sahaja menyusukan bayi.
       Mengambil ubat sebelum bayi tidur untuk jangka waktu yang lama.
       Hentikan penyusuan buat sementara waktu jika perlu.

Langkah berjaga-jaga:

       Dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang ubat
       Sekiranya anda perlu mengambil ubat, semasa menyusu anak anda dapatkan pemeriksaan
        untuk bayi anda bagi mengesan sebarang tindak balas yang mungkin terjadi.
       Ambil ubat sebaik sahaja selepas bayi disusukan supaya paras dadah di dalam susu adalah
        pada kepekatan terendah sebelum penyusuan seterusnya diberikan.
Jangan sekali-kali:

       Merokok
       Meminum alkohol
       Mengambil sebarang ubat kecuali sangat perlu
       Merasa bimbang
       Terasa tertekan

PENTING

Mana-mana ubat yang tidak dinyatakan di bawah ini tidak bermakna ia selamat digunakan ketika
penyusuan.

Dadah yang biasanya digunakan yang tidak memerlukan preskripsi doktor


             DADAH                                           KOMEN
                              Penggunaannya mendatangkan mudarat. Ia boleh menimbulkan risiko
   Alkohol
                              walaupun digunakan sekali-sekala.
   Analgesik (menghilangkan
   kesakitan)
                              Jika digunakan sekali-sekala ia adalah selamat, tetapi jika diambil
   Aspirin
                              selalu boleh memudaratkan.
   Parasetamol                Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.

   Codeine                    Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu.
                              Gunakan secara berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau
   NSAIDS
                              pegawai farmasi.
                              Penggunaannya tidak digalakkan. Ia mengurangkan bekalan susu dan
   Antihistamina              mengganggu bayi. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai
                              farmasi
   Ubat Antasid               Belum terdapat kesan yang memudaratkan walaupun diambil selalu..
   Antidiarrhoeals (Ubat
   menghalang cirit-birit)
   Kaolin                     Kesan berbahaya tidak diketahui.
                              Gunakannya dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau
   Loperamide
                              pegawai farmasi
   Atropin                    Penggunaannya tidak digalakkan.
                              Kandungan kafein yang tinggi dalam minuman boleh menyebabkan
   Kafein
                              gangguan pada bayi (4 cawan atau lebih sehari).
UBAT BATUK DAN SELSEMA


   Dextromethorphan               Belum terdapat kesan yang memudaratkan
                                  Guna dengan berhati-hati. Ia boleh mengurangkan bekalan susu
   Fenilproparolamin/fenilefrin   menyebabkan kerengsaan pada bayi. Berbincanglah dengan
                                  doktor atau pegawai farmasi.
   Folkodin                       Belum terdapat kesan yang memudaratkan
                                  Gunakan dengan berhati-hati. Ia boleh mengurangkan bekalan
   Pseudoefridin                  susu menyebabkan kerengsaan pada bayi. Berbincanglah
                                  dengan doktor atau pegawai farmasi.
   Penyedut bronkodilator untuk
                                Kesan berbahaya tidak diketahui.
   asthma
   Zat besi untuk anemia          Tidak terdapat kesan berbahaya dalam dos yang disyorkan.
                                  Penggunaannya dilarang -memberi kesan yang buruk ke atas
   Iodin
                                  kelenjar tiroid. (melainkan mendapat nasihat doktor).
   Laksatif atau julap            Kesan berbahaya tidak diketahui,

   Julap perangsang laksatif      Boleh menyebabkan cirit-birit jika diberi kepada kanak-kanak.
                                  Mengambil vitamin A, D, E, piridoksin, tiamin hendaklah berhati-
   Vitamin
                                  hati jika diambil dalam dos yang banyak.
   Ubat cacing:
                                  Kesan berbahaya tidak diketahui.
   Pyrantel
   Mebendazol                     Penggunaannya tidak digalakkan.
PERINGATAN

Sentiasa ingatkan doktor anda atau pegawai farmasi bahawa anda menyusukan anak anda dengan susu
badan setiap kali anda berjumpanya untuk sesuatu masalah kesihatan.

Ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan semasa menyusukan bayi:

Ubat-ubat yang tidak boleh diambil ketika menyusukan anak, termasuklah:

       Bromokriptin -parlodel

Ubat yang digunakan untuk penyakit Parkinson. Ia juga mengurangkan bekalan susu ibu. Dadah
kemoterapi untuk rawatan kanser. Memandangkan ia membunuh sel di dalam badan ibu, mungkin boleh
membahayakan anak anda.

       Ergotamin -untuk migran

Menyebabkan muntah, cirit-birit, sawan pada bayi.

       Lithium -penyakit mental

Dirembeskan melalui susu ibu.

       Methotrexate -arthritis

Mengganggu sistem pertahanan tubuh bayi.


Dadah yang disalahgunakan:

Kokain dan Phencydidine (PCP) boleh menghayalkan bayi. Manakala amphetamines, heroin dan
marijuana boleh menimbulkan pelbagai gejala termasuklah kerengsaan, masa tidur yang tidak menentu,
terketar-ketar dan muntah. Bayi akan menjadi ketagih terhadap ubat-ubatan ini.

Perokok: Ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan perlu elakkan dari merokok. Nikotin boleh
menyebabkan bayi muntah, cirit-birit dan kelesuan malah susu ibu juga akan berkurangan. Merokok
semasa mengandung, atau menyedut asap rokok orang lain (passive smoke) boleh meningkatkan risiko
kematian bayi secara mendadak (SIDS) dan meningkatkan jangkitan saluran pernafasan dan jangkitan
dalam telinga.
UJIAN PAP SMEAR


Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang
dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak
normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan
pra-malignan dalam serviks.

Bagaimana ia dilakukan?

Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:

        Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
        Negatif: tiada kanser sel ditemui ( sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks
digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

Mengapa ia sangat PENTING?

                o   Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
                o   Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi
                    lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

Di mana dan bila ujian dilakukan?

Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda
sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga
20 hari selepas hari pertama haid.

Nota penting:

        Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP smear, anda mestilah mengelakkan daripada dusing
         (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan
         untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor ).
        Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian Pap smear
SENAMAN DAN REGANGAN UNTUK OTOT PELVIK


Apakah yang dimaksudkan dengan dasar pelvis?

Otot dasar pelvis wanita merupakan otot yang besar terletak di antara hujung sakrum di belakangnya
dengan tulang pubik di hadapannya. Otot-otot ini juga menyatukan kedudukan beberapa organ seperti
rahim, pundi kencing dan sistem penghadaman. Ia merupakan dinding otot kepada saluran uretra, faraj
dan dubur.

Apakah fungsi dasar pelvis?

        Ia membolehkan anda mengawal pundi kencing.
        Ia membantu menghalang berlakunya pembuangan air besar yang tidak terkawal
        Ia dapat memberi kawalan kemutan tambahan ketika batuk, bersin atau mengangkat sesuatu.
        Ia membantu mengekalkan kedudukan pundi kencing yang betul.
        Ia juga menyokong semua organ di dalam abdomen, terutamanya ketika berdiri.

Siapa yang perlu melakukan regangan dasar pelvis?

Setiap wanita tanpa mengira umur, perlu memiliki otot dasar pelvis yang kuat. Mereka perlu dilatih untuk
menguatkan otot-otot dasar pelvis kerana otot yang lemah boleh menimbulkan beberapa masalah
kesihatan.

Golongan wanita yang perlu memberi lebih perhatian kepada perkara ini termasuklah:

        Wanita yang sedang mengandung dan mereka yang lepas bersalin terutamanya yang bersalin
         melalui pembedahan episiotomi.
        Wanita yang mengalami inkontinens stres - iaitu mereka yang mengalami kebocoran air kencing
         apabila batuk, bersin, atau bersenam.
        Wanita yang putus haid
        Pekerja wanita yang kerjanya mengangkat benda-benda berat.
        Wanita yang mengalami prolaps atau tergelincir rahim.
        Wanita yang mengalami pertambahan berat badan.
Bagaimana melakukan regangan otot dasar pelvis?

Regangan dasar pelvis adalah penting. Ia dirancang sebegitu rupa untuk menguatkan dasar pelvis.
Senaman ini terdiri dari proses pengecutan dan pengenduran otot-otot di sekitar bahagian dasar pelvis.

Pertama sekali, kita perlu ketahui kedudukan sebenar otot dasar pelvis ini:

                       Duduk di atas kerusi menghala ke depan dan bukakan kaki dan lutut anda seluas
                       yang mungkin.
 LANGKAH 1:
                       Letakkan siku anda di atas lutut dan bongkok badan ke hadapan. Kedudukan
                       dasar pelvis anda seharusnya rapat ke lantai kerusi anda.

                       Pejamkan mata dan bayangkan yang anda sedang
 LANGKAH 2:
                       menahan dari kentut atau bayangkan yang anda sedang mengalami cirit-birit.

                       Kemutkan otot-otot di sekitar saluran-saluran belakang
 LANGKAH 3:
                       dan hadapan sekuat atau sekejap-kejapnya dan angkat dasar pelvis dari kerusi itu.


Ikutilah kaedah senaman ini untuk menguatkan dasar pelvis anda

             o      Cuba ingatkan berapa lama anda boleh menahan kemutan otot-otot tersebut (jadikan 10
                    saat sebagai sasaran anda)
             o      Berehat selama 5 saat.
             o      Ulangi langkah 2 dan 3 untuk beberapa kali selagi anda mampu melakukannya (jadikan
                    10 kali sebagai sasaran anda)
             o      Tamatkan regangan ini dengan 5 kemutan yang singkat.
        Catatan:
             o      Lakukan regangan dasar pelvis ini secara rutin sebanyak 6 kali sehari. Cuba tahan atau
                    hentikan pengaliran air kencing seketika semasa membuang air kecil. Lakukan ini
                    sekurang-kurangnya sekali sehari.
             o      Senaman ini tidak akan menunjukkan kesan dalam sekelip mata. Otot-otot berkenaan
                    selalunya mengambil masa untuk menjadi kuat.
             o      Jika anda menghadapi masalah untuk melakukan senaman ini berjumpalah dengan
                    jurupulih anggota atau doktor untuk memastikan yang anda melakukannya dengan
                    betul.

Tanamkanlah sikap dan tabiat baru yang sihat dalam diri anda. Anda masih belum terlambat untuk
menjadi insan yang sihat dan cergas sepanjang hayat anda.
Perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di
dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar
.
3.   Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh
menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat
keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil
pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya
berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang
sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan,
kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan
anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana
dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10.     Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik
untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet
dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
                               Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh
anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian
ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda
yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak.
Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH
(Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian
tersebut termasuklah:

                Air kencing
                Tekanan darah
                Berat badan
                Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
                Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

                Air kencing
                Tekanan darah
                Berat badan

Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti
Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang
cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui
luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid)
Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan
kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.
                                       Pentingnya Pemakanan

1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan
penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine . Pengambilan makanan berprotein boleh
meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan
telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.

2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke
dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan
diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua
minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi
karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik,
makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di
dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati
dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku
kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji
bunga matahari.

5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan
disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan
meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk
kesihatan minda.

6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya
kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran
mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia
boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu
ujian mengingat. Vitamin E boleh menguran
gkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga
dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Satu-satunya
rumusan yang ada di pasaran untuk ibu diawal kehamilan adalah Salindah.
                                              SENAMAN

Senaman Bagus Untuk Mental
Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta
mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa
bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boelh mneingkatkan tahap
kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan
stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten beserta pengambilan STAMINEX, ENERGEE
serta EXAMO-CKM 500 akan dapat membantu anda stress atau tekanan perasaan dengan berkesan.

Meningkatkan Tenaga Otak
Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan
keupayaan mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar
oksigen ke saluran darah dan dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut
merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

Melambatkan Proses Penuaan
Dengan hanya melakukan aktiviti yang 'simple' seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh
menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan
kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan
secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Stress
William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan
mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi
kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di
samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani
maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal
dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti kita
beryoga.

Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin,
serotonin, dopamin dan endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan.
Dipresi juga dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.

Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self
esteem).
                                          POSISI TIDUR

Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat
mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.

Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang
paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan
sakit belakang.
Morning sickness selalunya berlaku pada trimester pertama

(3 bulan pertama) mengandung.

Boleh terjadi kerana pertambahan hormon yang drastik dalam darah.

Selalunya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ia juga boleh berlaku pada waktu-waktu lain dan penggunaan
ubat tidak digalakkan terutamanya pada trimester pertama.

Bagi kes-kes yang teruk, seperti sehingga hilang selera makan dan berlaku penurunan berat badan,
doktor anda boleh mencadangkan beberapa jenis ubat yang didapati selamat untuk wanita yang
mengandung. Antara yang khas untuk orang yang mengandung ialah jenama Navidoxine yang
mengandungi meclizine dan pyridoxine (sila lihat dibawah).

Boleh dibeli di farmasi.

Cuba langkah-langkah di bawah untuk mengawal rasa pening dan ingin muntah :-
    Minum air dengan banyak
    Makan makanan ringan spt biskut sblm bangun dari katil
    Makan sikit tapi kerap
    JAUHI kopi, susu dan carbonated drinks
    Rehat secukupnya
    Lakukan senaman/regangan ringan
    Makan makanan yang bercampur banyak halia, ginger capsules dsb
    Ambil Vitamin B6 (pyridoxine). Tapi adakala boleh juga membuatkan kita loya kerana
        kandungan vitaminnya, tetapi ia perlu untuk menambah mineral yang badan dan bayi perlukan.
MASALAH KETIKA HAMIL



Keguguran

Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh
ibu. Tanda-tanda awal masalah ini adalah seperti pendarahan dan kekejangan. Jika didapati terdapat
pendarahan daripada bahagian sulit, segeralah berjumpa doktor. Simpan tuala wanita yang anda pakai
untuk memerangkap darah, darah beku dan tisu kerana doktor akan meminta untuk memeriksanya
secepat yang mungkin. Imbasan ultrasound dapat membantu menentukan status kehamilan anda.

Dalam sesetengah kes, keguguran merupakan satu cara pencegahan semulajadi terhadap kelahiran janin
yang tidak berdaya hidup atas berbagai sebab. Keguguran boleh disebabkan oleh masalah kesihatan
yang tertentu, tetapi selalunya tiada sebab-sebab yang jelas. Sering kali keguguran seperti ini tidak dapat
dielakkan. Biasanya kehamilan anda yang seterusnya tidak akan terjejas, namun anda perlu berehat
seketika sebelum merancang kehamilan berikutnya sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Anemia

Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina
sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya
dapat mencegah anemia jenis ini. Ini termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran
hijau dan bijirin yang diperkaya dengan ferum.

Tambahan ferum boleh diambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi
daripada yang biasa terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis
lebih gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet
anda. Pastikan anda menyimpan pil ferum di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak.

Terdapat juga jenis anemia yang lebih serius dan jika dikesan ketika pemeriksaan awal di makmal,
kehamilan anda akan diawasi dengan teliti. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor jika anda atau
saudara mengalami anemia atau penyakit berkaitan darah, seperti Talasemia.
Rubela

Rubela selalunya merupakan penyakit yang ringan di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi
jika seseorang wanita dijangkiti sejurus sebelum atau semasa kehamilan, terutama di awal kehamilan,
rubela boleh menyebabkan penyakit jantung, buta, hilang deria pendengaran dan lain-lain masalah
kesihatan kepada bayi.

Elakkan sentuhan secara langsung dengan sesiapa sahaja yang menghidapi rubela atau jangkitan kuman
yang lain. Jika anda atau salah seorang anggota keluarga anda telah terdedah kepada rubela, maklumkan
kepada doktor dengan segera. Perkembangan bayi anda akan diawasi dengan teliti.

Walaupun terdapat vaksin untuk rubela, ia tidak boleh diberi kepada wanita hamil atau wanita yang
merancang untuk hamil dalam masa 3 bulan yang terdekat ini. Ingatlah bahawa kebanyakan wanita
adalah imun terhadap penyakit ini dan dengan itu bayi tidak menghadapi sebarang risiko.

Penyakit Kelamin

STIs adalah jangkitan yang berlaku semasa melakukan hubungan seks. Ia juga dikenali sebagai Penyakit
Venereal atau VD. Penyakit venereal yang paling serius semasa kehamilan ialah gonorea, sifilis dan
genital herpes. Rawatan segera dapat melindungi anda dan bayi. Apabila anda terdedah kepada STI atau
mengesyaki telah dijangkiti STI, adalah penting anda dan suami menjalani pemeriksaan untuk mengesan
penyakit tersebut dan dirawat dengan segera.

Gonorea

Gonorea selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala di kalangan wanita. Namun, ia boleh
menyebabkan lelehan dari faraj atau rasa pedih ketika membuang air kecil. Jika tidak dirawat ia mungkin
merebak melalui darah ke lain-lain bahagian badan. Ia boleh membahayakan bayi di dalam kandungan
dan ibu semasa kehamilan. Jenis gonorea ini boleh menyebabkan demam, sakit sendi atau ruam pada
kulit. Ia boleh merebak ke mata bayi semasa dilahirkan. Semua wanita perlu menjalani pemeriksaan
gonorea semasa di awal kehamilan. Pengesanan dan rawatan awal gonorea dapat mencegah komplikasi
terhadap ibu yang dijangkiti dan bayinya.

Sifilis

Ia merupakan jangkitan serius yang boleh menjangkiti bayi sebelum dilahirkan. Ibu-ibu akan diuji untuk
jangkitan ini semasa pemeriksaan antenatal yang dikenali sebagai ujian VDRL. Di kalangan orang
dewasa, jangkitan biasanya bermula sebagai lepuh kemerah-merahan di kawasan kemaluan atau di
dalam faraj yang tidak menyakitkan. Ia biasanya sembuh sendiri tetapi akan diikuti ruam kulit yang
lazimnya hilang sendiri tanpa atau dengan rawatan. Anda perlu memberitahu doktor mengenai sebarang
bonjolan luar biasa, lepuh atau ruam di badan. Walaupun ruam dan lepuh telah hilang, kuman sifilis masih
berada di dalam badan kecuali jika anda telah mendapat rawatan antibiotik. Jangkitan pada bayi selalunya
dapat dicegah apabila ibu telah dirawat sepenuhnya ketika hamil.
Herpes

Jangkitan virus ini akan menyebabkan lepuh yang sangat sakit pada kemaluan dan ia semakin kerap
terjadi pada masa kini. Gejala dapat diredakan dengan ubat tetapi tiada penawar untuknya. Jangkitan
boleh muncul semula dengan sendiri. Jika anda dan pasangan anda mempunyai sebarang tanda
jangkitan herpes, anda perlu memberitahu doktor mengenainya kerana penyakit ini boleh mempengaruhi
cara penjagaan kehamilan anda.

Masalah vaginitis yang lain

    1. Saya sedang hamil. Perlukah saya makan dua kali ganda daripada sebelumnya?
    2. Bagaimana saya perlu makan semasa hamil?
    3. Adakah semua bakal ibu memerlukan jumlah kalori yang sama?
    4. Bagaimana makanan yang saya makan dibahagikan di antara keperluan saya dan anak dalam
       kandungan?
    5. Berapakah jumlah berat badan yang perlu saya tambah semasa hamil?
    6. Bagaimana saya hendak menghilangkan lebihan berat badan yang bertambah semasa hamil?


Saya sedang hamil. Perlukah saya makan dua kali ganda daripada sebelumnya?

Anda tidak perlu makan sebanyak itu kerana wanita hamil memerlukan tenaga untuk tumbesaran janin,
uri, rahim dan payu dara. Tenaga juga diperlukan untuk penyimpanan lemak dan proses metabolisme
untuk mengekalkan kesemua tisu baru ini. Tubuh badan anda menjadi lebih efisien semasa hamil dan
berupaya menyerap lebih banyak nutrien yang anda makan. Dengan memakan 2 kali ganda daripada
biasa, belum tentu anda akan mendapat bayi yang sihat, sebaliknya anda mungkin mengalami
peningkatan berat badan yang berlebihan.
Bagaimana saya perlu makan semasa hamil?

Pemakanan yang baik sangat penting untuk mendapatkan bayi yang sihat. Sesuatu kehamilan
memerlukan 300 kalori tambahan sehari untuk mengekalkannya pada tahap yang sihat dan secara
puratanya, wanita bersaiz biasa boleh menjangkakan peningkatan berat badan sebanyak 12 -15 kg
sepanjang kehamilan. Bagaimanapun, kalori tambahan ini mestilah yang berkhasiat. Wanita hamil
memerlukan diet yang seimbang, lengkap dengan protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin tulen,
dan gula serta lemak yang sedikit.

Diet harian mestilah merangkumi:

       6 - 11 sajian nasi/bijirin atau roti.
       3 . 5 sajian sayur-sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya satu kaya dengan vitamin C
        manakala satu lagi kaya vitamin A).
       2 . 4 sajian susu atau hasil tenusu.
       3 . 4 sajian daging, ikan dan makanan protein yang lain termasuklah legum atau kekacang.
       6 . 8 gelas air dan satu minuman ringan atau secawan kopi sehari untuk menghadkan kafein.

Elakkan memakan makanan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna, atau makanan dimasak
yang mungkin telah tercemar di gerai atau restoran yang tidak bersih. Masakan sendiri adalah yang
terbaik.

Diet yang diubahsuai secara khusus adalah untuk bakal ibu yang menghidap diabetes dan anemia.


Adakah semua bakal ibu memerlukan jumlah kalori yang sama?

Setiap bakal ibu perlulah merujuk kepada doktor mengenai keperluan pemakanan yang tertentu.

       Wanita yang berlebihan berat badan mungkin lebih sihat jika mengurangkan pengambilan
        kalorinya.
       Wanita yang kurang berat badan perlu makan lebih banyak.
       Bakal ibu dari golongan remaja yang masih membesar dan mempunyai keperluan pemakanan
        yang lebih tinggi dari biasa memerlukan kalori yang lebih.
       Ibu hamil kembar mempunyai keperluan pemakanan yang lebih untuk setiap bayi.
       Bakal ibu yang menghidap diabetes dan wanita yang menghidap diabtetes semasa mengandung
        perlu mengawasi paras gula dalam darah dengan teliti.
Bagaimana makanan yang saya makan dibahagikan di antara keperluan saya dan anak dalam
kandungan?

Doktor tidak memahami sepenuhnya bagaimana pembahagian zat makanan di antara anda dan bayi
dalam kandungan dilakukan. Keperluan zat makanan anak diperolehi dari diet dan nutrien yang tersimpan
di dalam tulang dan tisu ibu. Dahulu, janin yang berkembang telah dianggap sebagai 'parasit sempurna'
yang mengambil semua zat makanan yang diperlukan dari ibunya tanpa mengambil kira diet ibu. Ini
bermakna, jika diet ibu kekurangan zat tertentu contohnya kalsium, ia tidak mendatangkan masalah
kerana janin dengan mudah dapat mengambil mineral berkenaan dari simpanan tulang dan gigi ibunya.
Kini pakar percaya bahawa janin yang sedang membesar adalah paling terjejas sekiranya diet ibu
kekurangan zat.




Berapakah jumlah berat badan yang perlu saya tambah semasa hamil?

Anda perlu menambah berat badan dan jangan risau apabila kelihatan bertambah besar. Sebenarnya,
bagaimana berat badan anda bertambah adalah lebih penting daripada berapa banyak tambahan berat
berkenaan. Penambahan berat badan semasa kehamilan mestilah berlaku secara beransur-ansur.

Berapa berat badan yang perlu ditambah semasa kehamilan bergantung kepada saiz badan, tahap aktiviti
dan secekap mana anda menukarkan makanan kepada tenaga.

Jika anda kekurangan berat badan, anda perlu menambah berat badan sebanyak 12 hingga 18 kg. Jika
berat badan anda biasa sahaja sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11 dan 16 kg dan jika berat
badan berlebihan, anda hanya perlu menambah antara 7 dan 11 kg. Jika anda hamil kembar, anda perlu
menambah berat badan sebanyak 16 hingga 20 kg.

Ingatlah bahawa saranan peningkatan berat badan berubah-ubah mengikut masa. Oleh itu adalah penting
untuk menumpukan perhatian kepada khasiat pemakanan anda berbanding pertambahan berat badan.

Bagaimana saya hendak menghilangkan lebihan berat badan yang bertambah semasa hamil?

Amalkan pemakanan yang sihat dan bersenamlah selalu semasa anda hamil dan selepas bersalin.

Kebanyakan berat badan yang terkumpul akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan bayi. Berat bayi
adalah lebih kurang 4 kg (bergantung kepada bila anda melahirkannya). Cecair amnion, uri, cecair badan
tambahan dan darah di dalam badan pula menambah berat badan sebanyak 3.6 hingga 5.4 kg. Rahim
dan payu dara yang semakin membesar mungkin menambah berat sebanyak 2 hingga 4 kg. Oleh itu tidak
banyak baki berat badan yang tinggal untuk disingkirkan selepas bersalin.
Masalah Kolik Di Kalangan Bayi

Tidak ada yang lebih merisaukan ibu bapa selain daripada melihat bayi menangis tidak berhenti-henti.
Semua bayi menangis. Itu adalah satu-satunya cara mereka berkomunikasi dengan kita, jadi mereka akan
menangis untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Kadangkala mereka menangis kerana lapar atau dahaga.
Kadangkala pula mereka menangis kerana memerlukan perhatian.

Apabila tidak ada sebarang gejala utama yang wujud dan pemeriksaan fisikal gagal menunjukkan
sebarang tanda penyakit, maka kita takrifkan fenomena ini sebagai 'kolik bayi'. Kolik secara kasar
dimaksudkan sebagai terasa sakit yang mencengkam di dalam perut. Definisi ini dianggap longgar dan
subjektif. Para saintis telah mengkaji tangisan bayi dan mendapati purata bayi menangis 2 hingga 3 jam
sehari. Keadaan ini telah menjuruskan mereka membuat penakrifan kolik bayi berasaskan masa
menangis yang melebihi 4 jam sehari.

Teori Kolik

Adalah perkara biasa bagi kita memikirkan bahawa bayi yang mengalami kolik mesti berada dalam
kesakitan. Sakit itu mesti ada kaitannya dengan kemasukan angin kerana mereka banyak mengeluarkan
angin. Idea ini datang dari pemerhatian hampir di seluruh dunia. Kehadiran angin ini mungkin dalam
bentuk kembung perut atau sedawa.yang berlebihan. Hari ini kita percaya bahawa bayi yang kerap
menangis akan menelan banyak udara. Apa yang masuk itu mestilah akan keluar. Jadi, dengan
sendirinya kolik itu menjelaskan tentang angin tersebut dan bukan sebaliknya.

Salah satu daripada masalah gastrousus yang dikaitkan dengan kolik ini ialah alahan terhadap makanan.
Di peringkat awalnya, bayi yang mengalami alahan makanan ini dilihat seolah-olah seperti mengalami
kolik. Walau bagaimanapun, dalam beberapa minggu selepas itu, mereka biasanya mula menunjukkan
beberapa gejala alahan makanan yang lain. Gejala-gejala ini termasuklah ekzema (sejenis penyakit kulit
yang gatal), cirit-birit, najis berdarah dan tumbesaran terbantut.

Alahan terhadap laktosa merupakan satu keadaan di mana gula utama di dalam susu tidak dapat
dihadamkan. Walau bagaimanapun, bayi yang menghadapi masalah ini selalunya akan menunjukkan
gejala-gejala lain di samping menangis, terutamanya seperti jeluak dan tumbesaran yang lambat.
Kadangkala kanak-kanak tersebut mendapat sembelit - ini selalunya disebabkan oleh najis mereka yang
agak keras sedikit dari biasa. Walau bagaimanapun, kedua-dua gejala alahan terhadap laktosa dan
sembelit ini senang dikenali dan dapat dirawat dengan mudah dengan menukar susu yang diambil dan
menggunakan ubat pelembut najis.
Rawatan

                                 Sapu atau urut minyak di kedua-dua belah tangan anda untuk
     Langkah Pertama:
                                 memanaskannya.
                                 Pegang tubuh bayi perlahan-lahan dengan tangan anda yang
     Langkah Kedua:
                                 panas tadi.
                                 Dengan gerakan seperti mendayung, urut perut bayi dari tulang
     Langkah Ketiga:
                                 rusuk ke bawah dengan tapak tangan anda.
                                 Pegang dan rapatkan kedua-dua lutut bayi dan tolak perlahan-
     Langkah Keempat:
                                 lahan ke arah perut dan tahan untuk selama 30 saat.
                                 Dengan perlahan luruskan kakinya, kemudian biarkan bayi
     Langkah Kelima:             berehat. Ulangi sebanyak 3 kali dan cuba lakukan rawatan ini
                                 sebanyak 2 kali sehari untuk selama dua minggu.




Anda juga boleh memandikan bayi dengan air yang suam selepas rawatan tersebut untuk
menyegarkannya. Kebanyakan doktor menasihati ibu bapa mengamalkan kaedah mengurut bayi mereka
yang menghadapi masalah kembung atau kolik sebagai cara untuk menangani masalah ini tanpa perlu
menggunakan ubat.

Ubat-ubatan yang boleh dibeli

Antara ubat-ubat yang boleh dibeli di kedai-kedai farmasi ialah:

        Titiasan Simethicone - ia memecahkan gelembung gas di dalam usus, supaya menjadi lebih kecil
         dan mengurangkan kesakitan.
        Gripe water - ia membantu bayi sendawa.
        Dentonox Colic Drops
MAKANAN SEMASA HAMIL


Saya sedang hamil. Perlukah saya makan dua kali ganda daripada sebelumnya?

Anda tidak perlu makan sebanyak itu kerana wanita hamil memerlukan tenaga untuk tumbesaran janin,
uri, rahim dan payu dara. Tenaga juga diperlukan untuk penyimpanan lemak dan proses metabolisme
untuk mengekalkan kesemua tisu baru ini. Tubuh badan anda menjadi lebih efisien semasa hamil dan
berupaya menyerap lebih banyak nutrien yang anda makan. Dengan memakan 2 kali ganda daripada
biasa, belum tentu anda akan mendapat bayi yang sihat, sebaliknya anda mungkin mengalami
peningkatan berat badan yang berlebihan.

Bagaimana saya perlu makan semasa hamil?

Pemakanan yang baik sangat penting untuk mendapatkan bayi yang sihat. Sesuatu kehamilan
memerlukan 300 kalori tambahan sehari untuk mengekalkannya pada tahap yang sihat dan secara
puratanya, wanita bersaiz biasa boleh menjangkakan peningkatan berat badan sebanyak 12 -15 kg
sepanjang kehamilan. Bagaimanapun, kalori tambahan ini mestilah yang berkhasiat. Wanita hamil
memerlukan diet yang seimbang, lengkap dengan protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin tulen,
dan gula serta lemak yang sedikit.

Diet harian mestilah merangkumi:

       6 - 11 sajian nasi/bijirin atau roti.
       3 . 5 sajian sayur-sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya satu kaya dengan vitamin C
        manakala satu lagi kaya vitamin A).
       2 . 4 sajian susu atau hasil tenusu.
       3 . 4 sajian daging, ikan dan makanan protein yang lain termasuklah legum atau kekacang.
       6 . 8 gelas air dan satu minuman ringan atau secawan kopi sehari untuk menghadkan kafein

Elakkan memakan makanan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna, atau makanan dimasak
yang mungkin telah tercemar di gerai atau restoran yang tidak bersih. Masakan sendiri adalah yang
terbaik.

Diet yang diubahsuai secara khusus adalah untuk bakal ibu yang menghidap diabetes dan anemia.

Adakah semua bakal ibu memerlukan jumlah kalori yang sama?

Setiap bakal ibu perlulah merujuk kepada doktor mengenai keperluan pemakanan yang tertentu.

       Wanita yang berlebihan berat badan mungkin lebih sihat jika mengurangkan pengambilan
        kalorinya.
       Wanita yang kurang berat badan perlu makan lebih banyak.
       Bakal ibu dari golongan remaja yang masih membesar dan mempunyai keperluan pemakanan
        yang lebih tinggi dari biasa memerlukan kalori yang lebih.
       Ibu hamil kembar mempunyai keperluan pemakanan yang lebih untuk setiap bayi.
       Bakal ibu yang menghidap diabetes dan wanita yang menghidap diabtetes semasa mengandung
        perlu mengawasi paras gula dalam darah dengan teliti.

Bagaimana makanan yang saya makan dibahagikan di antara keperluan saya dan anak dalam
kandungan?

Doktor tidak memahami sepenuhnya bagaimana pembahagian zat makanan di antara anda dan bayi
dalam kandungan dilakukan. Keperluan zat makanan anak diperolehi dari diet dan nutrien yang tersimpan
di dalam tulang dan tisu ibu. Dahulu, janin yang berkembang telah dianggap sebagai 'parasit sempurna'
yang mengambil semua zat makanan yang diperlukan dari ibunya tanpa mengambil kira diet ibu. Ini
bermakna, jika diet ibu kekurangan zat tertentu contohnya kalsium, ia tidak mendatangkan masalah
kerana janin dengan mudah dapat mengambil mineral berkenaan dari simpanan tulang dan gigi ibunya.
Kini pakar percaya bahawa janin yang sedang membesar adalah paling terjejas sekiranya diet ibu
kekurangan zat.



Berapakah jumlah berat badan yang perlu saya tambah semasa hamil?

Anda perlu menambah berat badan dan jangan risau apabila kelihatan bertambah besar. Sebenarnya,
bagaimana berat badan anda bertambah adalah lebih penting daripada berapa banyak tambahan berat
berkenaan. Penambahan berat badan semasa kehamilan mestilah berlaku secara beransur-ansur.

Berapa berat badan yang perlu ditambah semasa kehamilan bergantung kepada saiz badan, tahap aktiviti
dan secekap mana anda menukarkan makanan kepada tenaga.

Jika anda kekurangan berat badan, anda perlu menambah berat badan sebanyak 12 hingga 18 kg. Jika
berat badan anda biasa sahaja sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11 dan 16 kg dan jika berat
badan berlebihan, anda hanya perlu menambah antara 7 dan 11 kg. Jika anda hamil kembar, anda perlu
menambah berat badan sebanyak 16 hingga 20 kg.

Ingatlah bahawa saranan peningkatan berat badan berubah-ubah mengikut masa. Oleh itu adalah penting
untuk menumpukan perhatian kepada khasiat pemakanan anda berbanding pertambahan berat badan.

Bagaimana saya hendak menghilangkan lebihan berat badan yang bertambah semasa hamil?

Amalkan pemakanan yang sihat dan bersenamlah selalu semasa anda hamil dan selepas bersalin.

Kebanyakan berat badan yang terkumpul akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan bayi. Berat bayi
adalah lebih kurang 4 kg (bergantung kepada bila anda melahirkannya). Cecair amnion, uri, cecair badan
tambahan dan darah di dalam badan pula menambah berat badan sebanyak 3.6 hingga 5.4 kg. Rahim
dan payu dara yang semakin membesar mungkin menambah berat sebanyak 2 hingga 4 kg. Oleh itu tidak
banyak baki berat badan yang tinggal untuk disingkirkan selepas bersalin.
ANEMIA SEMASA HAMIL (KURANG DARAH)


Pengenalan

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang
rendah semasa mengandung.

Penerangan

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai
seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan
paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun
anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami
keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah
doktor.


Asas Saintifik

Sel darah merah adalah sel yang berperanan untuk mengagihkan oksigen ke seluruh badan. Komponen
darah yang memainkan peranan utama dalam hal ini dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen
ke seluruh tisu-tisu badan.

Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah penting untuk
mengekalkan                                  paras                                hemoglobin.


Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum
dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia
:

       Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
       Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah
        haid yang terlalu banyak.
       Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan
        menyebabkan berlakunya Anemia
       Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian
        daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
       Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia,
        Mediterranean dan juga Afrika.
Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :

        Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau
         muntah.
        Wanita yang mengandung kembar
        Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.



        Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil
         ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
        Merokok dan meminum alkohol berlebihan
        Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
        Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.


Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :

        Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
        Kelihatan pucat
        Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :

        Loya
        Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
        Sakit kepala dan pening
        Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
        Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :

        Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
        Sakit di bahagian perut atau abdomen
Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah
yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang,
mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan
satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan
komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.



       Ujian - ujian

        Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :

                Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
                Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras
                 asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid
                 folik.


        Rawatan farmakologi

        Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan
        ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan
        utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu
        kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah
        sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

        Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga
        vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati
        di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk
        mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik
        termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang.
        Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

        Pemantauan

        Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk
        sepanjang tempoh kehamilan.
       Prognosis

                Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk
                 anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan
                 janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang
                 bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding
                 dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
                Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik
                 tambahan yang cukup.
                Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul
                 pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang
                 mendatang.



Pencegahan

 Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

      Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari
       berlakunya masalah kurang darah.
      Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan
       kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
      Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang,
       cendawan dan juga hati.
      Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-
       sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
      Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
      Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan
PENYAKIT BAYI DAN KANAK-KANAK


IMUNISASI

Ibu bapa tidak mungkin dapat memastikan anak-anak mereka sihat sepanjang masa. Kanak-kanak lebih
mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem pertahanan badan mereka belum terbentuk
sepenuhnya. Bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit berjangkit kadangkala mudah merebak
apabila bersentuhan dengan manusia atau binatang. Sesetengah daripadanya merebak melalui udara.
Untuk mengelakkan sepenuhnya penyakit-penyakit ini adalah sukar. Dengan mendapatkan imunisasi
yang lengkap untuk anak-anak anda akan dapat mengelakkan mereka dari dijangkiti oleh beberapa jenis
penyakit berjangkit tersebut. Melalui imunisasi (menggunakan vaksin) sistem pertahanan badan dapat
dicetuskan secara tiruan. Antibodi ini akan melindungi bayi dari penyakit tertentu apabila mereka terdedah
kepada penyakit tersebut.

Memang benar, bahawa suntikan telah memungkinkan kita mengurangkan penyakit-penyakit yang boleh
dicegah melalui imunisasi kepada tahap yang paling rendah. Namun, sesetengah penyakit masih sukar
dibendung. Kita masih perlu disuntik atas dua sebab utama. Pertamanya, untuk melindungi diri kita.
Walaupun peluang untuk kita mendapat jangkitan penyakit tertentu adalah rendah, ia masih tetap wujud
dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak mendapat perlindungan.

Sebab kedua, kita perlu mendapat imunisasi untuk melindungi mereka di sekeliling kita. Terdapat
sebilangan kecil orang tertentu yang tidak boleh diberi imunisasi (disebabkan alahan yang teruk terhadap
komponen vaksin, sebagai contohnya) dan peratusan kecil individu yang tidak memberi reaksi kepapa
vaksin. Mereka ini mudah mendapat penyakit dan harapan mereka hanyalah perlindungan dari orang di
sekeliling yang telah mendapat imunisasi dan dengan itu tidak boleh menyebarkan penyakit kepada
mereka. Program imunisasi yang berjaya banyak bergantung kepada kerjasama semua pihak bagi
memastikan kebaikan untuk semua. Kita sering berfikir bahawa adalah tidak bertanggung jawab bagi
seseorang pemandu melanggar undang-undang lalu lintas sesuka hati dengan anggapan pemandu-
pemandu lain akan mematuhi dan berhati-hati di jalan raya bagi pihaknya. Sama juga keadaannya, kita
tidak sepatutnya berharap orang di sekeliling kita akan mengambil langkah-langkah mencegah penyakit
dari merebak, kita juga perlu buat sesuatu.

Semua vaksin diberi melalui suntikan, kecuali vaksin polio yang diberi melalui mulut. Ianya diberi dalam
dos yang sedikit, pada waktu-waktu tertentu di peringkat awal zaman kanak-kanak untuk mendapatkan
perlindungan yang maksimum dan mengurangkan risiko kesan sampingan. Reaksi terhadap ubat
biasanya adalah ringan dan mungkin hanya sakit kepala, demam ringan dan sedikit kemerahan dan sakit
otot atau bengkak di bahagian yang disuntik. Amnya, gejala ini akan berakhir dalam tempoh 1-2 hari
sahaja.
Carta Imunisasi Bayi

                                                                                  BULAN
                            VAKSIN                                 Ketika
                                                                              1    3   4    5    9   18
                                                                   Lahir
BCG (TB)
Hepatitis B
Polio
DPT/DT (difteria, tetanus dan batuk kohok)
Measles
Rubella (Perempuan sahaja)                                                  At 12 years of age
                         1st dose       2nd dose       3rd dose         booster dose




Melancong sama ada untuk bercuti atau atas tugas rasmi, memberi kita peluang untuk melarikan diri dari
masalah di samping dapat memahami kebudayaan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun,
melancong mendedahkan kita kepada jangkitan beberapa penyakit tertentu jika kita tidak mendapatkan
imunisasi yang mencukupi atau tidak diberi ubat-ubat pencegahan. Hampir semua risiko penyakit ini boleh
dikurangkan atau dihapuskan melalui langkah-langkah pencegahan yang munasabah.

Pelancong dewasa dan kanak-kanak kecil biasanya diberi program pencegahan perubatan peribadi
berdasarkan jadual perjalanan, sejarah perubatan, keadaan fisikal, dan risiko dedahan mereka.
Pertimbangan khas akan dibuat untuk memberi imunisasi dan menasihati pesakit yang hamil, pesakit
diabetes, sakit jantung atau sakit paru-paru atau masalah-masalah lain yang mungkin menjadi lebih sukar
ketika melancong ke luar negera.



Vaksin yang terdapat di Malaysia adalah:

             Di klinik Kementerian Kesihatan                  Di Sektor Swasta
           BCG                                  Measles, Mumps, Rubela (MMR)
           Hepatitis B                          Haemophilus Influenza
           DPT                                  Varicella (Cacar air)
           Polio                                Meningococcus
           Measles                              Pneumococcus
           Rubela                               Hepatitis A
                                                Japanese B Encephalitis
                                                Influenza
RUAM LAMPIN

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami
kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi
merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di
bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,
kelangkang dan peha.

Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

       Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
       Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia
        yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit.
        Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
       Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu
        atau apabila tumbuh gigi.
       Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci
        lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

Gejala-gejala Ruam Lampin

       Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang
        dan peha.
       Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi
        ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian
        utama yang dijangkiti.

Penjagaan sendiri

       Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang
        mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
       Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .
       Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing
        atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan
        nasihat dari pegawai farmasi).
       Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen
        lemak 'wool', zink dan krim minyak kastor).
       Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah
        mencukupi.
       Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..
       Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
       Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin
        merupakan penyebab ruam lampin.
       Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.
Jangan...

       Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
       Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.
       Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda
        mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.
DIABETES SEMASA HAMIL


Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari
menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau
jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk
membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu
badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas
iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di
mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan
berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.


Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?

Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah
tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.


Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM)
atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes
menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam
pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak
sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan
oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human
placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan
kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan
semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin
tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit
akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi
untuk                   menghidap                  Diabetes              kemudian                  nanti.
Adakah GDM kerap berlaku?

Ia        berlaku         sebanyak         3-12%          daripada         semua         kehamilan.


Siapakah yang berisiko mengalami GDM?

Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi
diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang
penyakit diabetes sebelumnya.

Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:

        Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
        Wanita berumur (>35 tahun).
        Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
        Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion
         berlebihan (polihidramnios), keguguran.
        Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan
         cacat.
        Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita
merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak
menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28
minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa
oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko
Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel
darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa
(75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah
diambil 2 jam berikutnya


Intepretasi hasil ujian

                                               Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)
                                                                 2 jam selepas glukosa
                                                   Puasa
                                                                        diambil
         Normal                                      <6                    <8
         Tolerans glukosa yang terganggu            6-8                   8-11
         Diabetes                                    >8                   >11


Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?

Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat
dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan
dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin
akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan
menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika
pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang
rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan
teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras
gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam
darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun
kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa
akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes
yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan
polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM
adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik
Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang
disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?

GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu
besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara
normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan
akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi
semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi
dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan
lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?

Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman
sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui
pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin
telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu
berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana
paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.


Mengapa diet yang khusus disyorkan?

Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan
yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula
dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum
menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan
pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah.

Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga
kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal,
pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan
hingga proses kelahiran.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:

        Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-
         buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).
        Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
        Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen,
         dan lain-lain).
        Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan
         lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.
Bagaimana mengendalikan suntikan insulin?

Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar anda teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Ia
merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan
suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas.
Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.


Penjagaan ubat-ubatan dan jarum

Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Jarum boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang
apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit



Perlukah melakukan senaman?

Program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu
pun mengelakkan sakit belakang, mengekalkan tona otot, kekuatan dan ketahanan. Bagi wanita yang
menghidapi GDM, ia sangat penting. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi
insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan par

as normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana
juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia
sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

Walau bagaimanapun, penjagaan yang khusus perlu diambil untuk mengelakkan sukan atau senaman
yang mungkin menyebabkan anda jatuh, atau yang melibatkan sentakan. Aktiviti berbasikal dan berjoging
sebelum hamil merupakan contoh senaman yang baik untuk diteruskan semasa kehamilan. Berjalan-jalan
adalah baik untuk wanita yang sebelum ini tidak aktif dan ingin mula bersenam semasa hamil. Senaman
secara tekal selama 4-5 hari setiap minggu adalah perlu untuk merendahkan paras gula dalam darah.
Berhenti bersenam jika anda merasa sakit, pening, sesak nafas, pitam, debaran jantung, sakit belakang
atau sakit di bahagian pelvis, atau pernah mengalami pendarahan faraj. The American College of
Obstetricians & Gynecolog

ists (ACOG) mencadangkan meminum cecair sebelum dan

selepas senaman dan jika perlu, semasa sedang bersenam untuk mengelakkan dehidrasi.

Terlalu kuat bersenam mungkin menyebabkan rahim dan janin tidak

mendapat bekalan darah yang cukup. ACOG mengesyorkan wanita hamil mengukur kadar degupan
jantung semasa melakukan aktiviti. Kadar degupan jantung ibu yang mengandung sepatutnya tidak
melebihi 140 denyutan seminit.
Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?

Jika paras gula di dalam darah cenderung untuk melebihi julat normal, anda perlu mengambil suntikan
insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan
dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan
menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa tidak selesa sedikit ketika suntikan
diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor bagaimana untuk
melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras gula adalah dalam julat normal
akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang
membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon kontra-insulin yang
lebih tinggi. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.


Adakah anda perlu mengambil insulin?

Ya. Ini kerana walaupun diet dijaga dengan baik, paras gula dalam darah sesetengah wanita masih tidak
berada dalam julat yang boleh diterima. Wanita hamil yang bebas dari GDM jarang mempunyai paras
glukosa dalam darah yang melebihi 6 mmol/l sebelum sarapan di waktu pagi atau 2 jam selepas
bersarapan. Sasaran optima bagi pesakit GDM ialah mempunyai paras gula dalam darah yang sama
dengan wanita yang tidak mengalami diabetes. Jika paras gula ketika berpuasa melebihi 6 mmol/l atau
jika 2 jam selepas makan, paras gula masih melebihi 8 mmol/l pada dua masa yang berasingan, terapi
insulin amnya diperlukan. Keupayaan untuk melakukan sendiri pengawasan glukosa di dalam darah
membolehkan terapi insulin dimulakan sebaik sahaja tanda awal paras gula yang tinggi dikesan. Dengan
itu janin dapat dicegah dari terdedah kepada paras glukosa yang tinggi dalam darah ibu.

Apakah yang berlaku jika paras gula di dalam darah menjadi lebih rendah?

Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan komplikasi yang mungkin berlaku jika
seseorang telah mengambil terapi insulin untuk GDM. Ini mungkin berlaku jika anda lambat mengambil
sarapan atau bersenam lebih dari yang biasa. Ia merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan
teliti. Jika terdapat gejala hipoglisemia (kekeliruan, pening, penglihatan kabur, berpeluh, terketar-ketar,
tersangat lapar) anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera. Apabila anda menggunakan
insulin, anda perlulah membawa gula atau makanan/minuman manis (kandi yang manis, minuman
berglukosa) sebagai langkah berjaga-jaga. Doktor perlu diberitahu mengenai sebarang reaksi
hipoglisemia yang berlaku. Ia mungkin menyebabkan pengubahsuaian terapi insulin yang anda jalani

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan GDM?

Diet pesakit yang mengalami GDM mestilah mencukupi untuk membekalkan pemakanan yang dapat
memenuhi keperluan ibu dan bayi yang sedang berkembang. Pada masa yang sama diet yang diambil
boleh mengekalkan paras normal glukosa di dalam darah. Ibu yang menghidapi GDM boleh diajar cara-
cara mengukur paras glukosa di dalam darah di rumah untuk memastikan ia berada di paras yang
dibenarkan. Keupayaan pesakit untuk menentukan paras gula dalam darah melalui penggunaan peralatan
merupakan satu lagi kejayaan penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Teknik ini dikenali sebagai
pemantauan sendiri glukosa di dalam darah dan ia membenarkan anda memeriksa sendiri paras gula
darah sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa melibatkan kos dan menjimatkan masa untuk
berjumpa doktor.
Apakah yang dimaksudkan pemantauan sendiri glukosa di dalam darah?

Apabila anda telah didiagnos menghidap GDM, adalah penting bagi anda mengetahui paras gula di dalam
darah dari sehari ke sehari. Anda juga harus mengetahui bagaimana corak pemakanan dan cara
senaman mempengaruhi paras gula di dalam darah anda. Semakin lanjut kehamilan, uri akan
membebaskan lebih banyak hormon yang akan bertindak ke atas insulin. Menguji paras gula di dalam
darah pada waktu tertentu dalam sehari dapat mengetahui jika diet yang sempurna dan peningkatan berat
badan dapat mengekalkan paras normal gula di dalam darah atau jika insulin yang lebih diperlukan untuk
melindungi janin.

Pemantauan sendiri glukosa di dalam darah boleh dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan
titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya. Doktor boleh
menasihatkan anda bagaimana untuk mendapatkan alat ini. Anda mungkin perlu menguji darah anda
beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Setiap pesakit boleh
mempunyai jadual sendiri untuk tujuan pengukuran


Apakah ujian-ujian lain yang perlu diketahui?

Selain daripada ujian darah, anda juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk
mengesan kehadiran keton. Keton adalah hasil sampingan dari penguraian lemak. Ia boleh dijumpai di
dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam
diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah keton yang boleh mengancam janin, keton yang banyak akan
disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin. Sebagai langkah keselamatan,
anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif
kepada doktor.

Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang
telah dirawat dengan bahan kimia. Ujian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang
pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan
berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di dalamair kencing. Warna jalur bolehlah
dibandingkan pada carta untuk menunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda
masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.


Adakah anda perlu mempunyai jadual pemeriksaan lanjutan antenatal?

Apabila anda disahkan menghidap GDM, anda dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal
setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap
minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk
mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin. Profil gula di
dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan
pengawalan diabetes anda.
DARAH TINGGI SEMASA HAMIL (HYPERTENSION)


Apakah yang dimaksudkan hipertensi semasa hamil?

Hipertensi atau tekanan darah tinggi semasa hamil merupakan keadaan di mana tekanan darah (B/P)
wanita hamil meningkat melebihi paras normal. Protein mungkin hadir di dalam air kencing (kencing
kotor), berlaku peningkatan berat badan secara mendadak dan kaki membengkak (sembab).

Tekanan darah tinggi semasa hamil berlaku lebih kurang 5 -10% di kalangan wanita hamil. Dengan
menjalani pemeriksaan antenatal secara tekal, anda dapat mengesan keadaan ini.


Adakah hipertensi semasa hamil merbahaya?

Ia adalah merbahaya jika tidak diperiksa dan dirawat. Namun, jika dikesan lebih awal, keadaan ini dapat
dikawal dan rawatan boleh diberi untuk mengelakkan komplikasi.

Kemungkinan untuk ia berulang pada kehamilan seterusnya adalah kecil. Jarakkan kehamilan anda
dengan menggunakan kaedah perancang keluarga yang bersesuaian. Jalani pemeriksaan di klinik
antenatal sebaik sahaja anda mengetahui bahawa anda hamil lagi.

Pastikan anda memaklumkan kepada doktor atau jururawat mengenai sejarah kehamilan yang lalu. Ia
mungkin     berguna  jika  anda    membawa        bersama   kad     antenatal   yang     lama.


Bagaimana untuk mengawal atau merawat hipertensi semasa hamil?

Perkembangan hipertensi adalah di luar jangkaan. Komplikasi boleh berlaku tanpa sebarang amaran.
Oleh itu anda seharusnya menjalani pemeriksaan antenatal yang kerap. Anda mungkin perlu dimasukkan
ke hospital untuk pemerhatian yang rapi. Jika anda perlu mengambil ubat, adalah penting untuk
mengambilnya seperti yang diarahkan.

Jika penyakit menjadi bertambah teruk, kelahiran awal mungkin perlu dilakukan. Anda perlu melahirkan
bayi di hospital kerana penyakit ini sangat serius.


Bolehkah hipertensi semasa hamil dirawat di rumah?

Hipertensi semasa hamil memerlukan pengawasan yang rapi oleh pegawai perubatan kerana ia boleh
menjadi teruk. Selalunya pesakit dinasihatkan supaya dimasukkan ke hospital.

Pengurusan di rumah atau rawatan pesakit luar banyak bergantung kepada keadaan anda dan doktor
merupakan orang yang paling layak menasihatkan anda mengenainya. Pengurusan di rumah dibenarkan
dalam sesetengah keadaan, dengan syarat anda dapat menghadirkan diri ke hospital untuk pemantauan
yang teliti dan berterusan. Bagaimanapun, dari masa ke semasa anda mungkin perlu dimasukkan ke
hospital.
Apakah komplikasi yang mungkin berlaku?

Komplikasi boleh berlaku terhadap ibu dan bayi. Komplikasi paling teruk yang boleh berlaku ialah
kematian ibu dan bayi. Komplikasi yang lain adalah seperti berikut:-

    1. Ibu
             o   Sawan - keadaan ini dikenali sebagai eklampsia.
             o   Risiko mendapat strok.
             o   Hipertensi yang teruk dan tidak terkawal serta kegagalan jantung.
             o   Pengumpulan cecair yang berlebihan di dalam paru-paru. (edema pulmonari).
             o   Fungsi buah pinggang dan hati terjejas menyebabkan protein terdapat di dalam air
                 kencing.
             o   Pemisahan awal uri dari dinding rahim.
             o   Darah gagal membeku disebabkan pengurangan faktor pembeku darah di dalamnya.
    2. Bayi
             o   Bayi gagal membesar dengan sempurna (tumbesaran terbantut di dalam rahim).
             o   Kecenderungan untuk bayi mati dalam rahim seperti lahir mati.

Bolehkah saya menyusukan bayi?

Ya, menyusukan bayi adalah baik untuk anda dan bayi. Malah, anda seharusnya menyusukan bayi
sepenuhnya untuk tempoh 4 bulan yang pertama. Jika bayi anda pramatang, dia memerlukan program
pemakanan yang khusus. Anda digalakkan untuk memberi susu badan kepada bayi anda sebagai
sebahagian                    dari                     pelan                    pemakanannya.


Adakah tekanan darah saya akan surut selepas proses kelahiran?

Keadaan ini berbeza-beza dari seorang ke seseorang. Tekanan darah akan menjadi stabil sebaik sahaja
selepas kelahiran. Bagi sesetengah orang, ia mungkin mengambil masa beberapa hari ke beberapa
minggu. Anda memerlukan pemerhatian yang rapi sewaktu lepas bersalin. Anda perlu mengawasi dan
memeriksa tekanan darah anda sehinggalah ia kembali ke paras normal. Hipertensi semasa hamil
biasanya akan pulih dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin

Adakah terdapat tanda-tanda amaran?

Ya, mungkin terdapat beberapa tanda amaran, sebahagiannya disenaraikan di bawah ini:

       Peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba.
       Peningkatan berat badan secara mendadak (> 1 kg seminggu).
       Bengkak di merata tempat (sembab), tangan membengkak, kaki dan / atau mata sembab, kasut,
        cincin menjadi ketat.
       Protein di dalam air kencing.
       Sakit epigastrik (sakit di bahagian atas abdomen - sakit ulu hati).
       Sakit kepala yang teruk /atau kerap.
       Gangguan visual seperti penglihatan kabur.
       Loya dan muntah.
       Jumlah air kencing yang sedikit berbanding normal
Apakah yang perlu dilakukan jika tanda-tanda amaran ini wujud?

BERJUMPALAH DOKTOR DENGAN SEGERA ATAU PERGI KE KLINIK YANG BERHAMPIRAN


Bagaimana untuk mengawal atau merawat hipertensi semasa hamil?

Perkembangan hipertensi adalah di luar jangkaan. Komplikasi boleh berlaku tanpa sebarang amaran.
Oleh itu anda seharusnya menjalani pemeriksaan antenatal yang kerap. Anda mungkin perlu dimasukkan
ke hospital untuk pemerhatian yang rapi. Jika anda perlu mengambil ubat, adalah penting untuk
mengambilnya seperti yang diarahkan.

Jika penyakit menjadi bertambah teruk, kelahiran awal mungkin perlu dilakukan. Anda perlu melahirkan
bayi di hospital kerana penyakit ini sangat serius.


Bolehkah hipertensi semasa hamil dirawat di rumah?

Hipertensi semasa hamil memerlukan pengawasan yang rapi oleh pegawai perubatan kerana ia boleh
menjadi teruk. Selalunya pesakit dinasihatkan supaya dimasukkan ke hospital.

Pengurusan di rumah atau rawatan pesakit luar banyak bergantung kepada keadaan anda dan doktor
merupakan orang yang paling layak menasihatkan anda mengenainya. Pengurusan di rumah dibenarkan
dalam sesetengah keadaan, dengan syarat anda dapat menghadirkan diri ke hospital untuk pemantauan
yang teliti dan berterusan. Bagaimanapun, dari masa ke semasa anda mungkin perlu dimasukkan ke
hospital.

Adakah ubat-ubatan yang diambil akan memberi kesan kepada bayi?

Ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor adalah selamat untuk anda dan bayi anda

Adakah saya memerlukan pembedahan Caesarean untuk proses kelahiran?

Kaedah bersalin bergantung kepada keterukan penyakit yang dihidapi dan peringkat kehamilan (usia
kandungan). Doktor akan menasihatkan anda mengenai kaedah bersalin. Kebanyakan wanita boleh
melahirkan secara normal iaitu melalui faraj. Pembedahan Caesarean mungkin diperlukan pada segelintir
wanita sahaja.


Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengesan lebih awal dan mencegah komplikasi?

       Dapatkan pemeriksaan antenatal di klinik sebaik sahaja anda hamil.
       Pastikan anda menghadiri temujanji yang ditetapkan. Jika anda salah seorang dari kumpulan
        berisiko tinggi, anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan lebih awal.
       Laporkan ke klinik dengan segera atau pergi ke hospital apabila anda mempunyai tanda-tanda
        amaran ini. Jangan tunggu temujanji yang ditetapkan.
       Selalu membawa rekod kesihatan ibu mengandung (kad antenatal) semasa pergi ke klinik
        supaya sebarang perkembangan dan keadaan anda akan direkod dan diawasi.
   Menilai aktiviti bayi anda setiap hari. Lengkapkan carta pergerakan bayi seperti yang
    dinasihatkan oleh doktor atau jururawat.
   Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi (6-8 jam).



   Mengapa anda memerlukan rehat dan apa yang perlu dilakukan?

    Berehat sangat penting kerana jika anda mendapat rehat yang mencukupi, tekanan darah anda
    akan stabil dan bayi anda akan terus membesar dengan sempurna.

    Untuk membantu anda berehat, berikut adalah panduan yang berguna yang boleh dilakukan:-

           Untuk menghilangkan rasa bosan, anda boleh memenuhi masa anda dengan aktiviti
            seperti membaca, kraftangan dan lain-lain.
           Lakukan senaman ringan seperti memusingkan tangan dan kaki atau menegangkan
            dan merehatkan otot tangan dan kaki dengan perlahan. Ini akan memperbaiki tonus otot
            anda, peredaran darah dan keceriaan diri.
           Semasa tidur, berbaring di sebelah kiri (anda boleh beralih ke sebelah kanan jika anda
            mahu).
           Gunakan teknik berehat untuk meredakan ketegangan. Rehatkan badan, satu otot pada
            satu masa atau bayangkan pemandangan atau imej yang indah. Muzik yang sedap
            didengar boleh menolong anda berehat.
           Menggalakkan ahli keluarga membantu melakukan kerja-kerja rumah.
           Meningkatkan pengambilan cecair sehingga 8 gelas sehari dan tambahkan
            pengambilan serat di dalam diet anda seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
HEPATITS B SEMASA HAMIL


Apa itu Hepatitis B?

Penyakit Hepatitis B seperti juga Hepatitis A merupakan sejenis jangkitan dari kuman virus yang
menyebabkan keradangan pada organ hati atau hepar. Selalunya ia tidak menunjukkan sebarang gejala
yang jelas. Dengan kata lainnya, anda tidak merasakan yang anda sedang sakit. Kebanyakan gejala yang
wujud semasa jangkitan di peringkat akut adalah tidak spesifik, hanya terasa seperti terkena selesema,
terasa sengal-sengal badan, hilang selera makan, loya serta muntah. Kadangkala terdapat sakit-sakit
sendi dan ruam di badan.

Seseorang yang dijangkiti sama ada diketahui ataupun tidak akan sembuh sepenuhnya dari gejala-gejala
yang timbul, waluapun sesetengah dari mereka mengambil masa berbulan-bulan. Jarang sekali keadaan
ini membawa kepada masalah kegagalan hati yang boleh membawa maut. Ia hanya berlaku kurang
separuh dari kes-kes ini. Walau bagaimanapun, tumpuan sebenar mengenai penyakit Hepatitis B ini, ialah
peranannya sebagai penyebab utama penyakit hati seperti Kronik Hepatitis dan Kanser Hati Pimer.

Selepas dijangkiti seseorang itu akan sembuh sepenuhnya dan ia akan mendapat imuniti atau keimunan
terhadap jangkitan seterusnya. Walau bagaimanupun, terdapat sesetengah dari pesakit akan membawa
kuman virus di dalam badannya dengan ataupun tanpa menunjukan gejala-gejala tertentu. Mereka
merupakan pembawa yang kronik iaitu sumber penyebaran kuman virus. Seorang ibu yang menjadi
pembawa kuman ini boleh menyebarkan virus kepada anak dalam kandungannya. Keadaan ini juga boleh
berlaku ketika di peringkat jangkitan awal atau akut, terutamanya dalam masa 3 bulan terakhir sebelum
kelahiran.

Penyakit ini merebak melalui darah atau produk darah. Perebakan juga boleh berlaku melalui aktiviti-
aktiviti seksual terutamanya bagi amalan-amalan seks yang tidak selamat. Ia juga boleh merebak melalui
ibu kepada anak semasa mengandung. Jangkitan akut yang berlaku di peringkat akhir kehamilan iaitu di
sekitar masa kelahiran merupakan jangkitan dari ibu kepada anak sebelum atau semasa kelahiran.

Penyakit ini lebih biasa dan banyak berlaku di dunia sebelah sini dan peluang untuk merebak dari ibu
kepada anak adalah lebih tinggi. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan satu program aktif
yang melibatkan saringan ibu-ibu mengandung. Rawatan-rawatan tertentu akan diberi kepada bayi yang
ibunya dikenalpasti merupakan pembawa kuman virus atau telah mendapat jangkitan semasa
mengandung. Ini dilakukan untuk mencegah perebakan penyakit dari ibu kepada bayi

Faktor - faktor risiko ?

        Penyalahgunaan dadah melalui suntikan - sekarang atau di masa yang lalu.
        Mengamalkan kegiatan seks yang tidak selamat seperti mempunyai berbilang pasangan.
        Penerima pemindahan darah atau produk darah
        Mempunyai sejarah penyakit hati yang akut atau kronik
        Seringkali terdedah kepada darah atau prosedur pergigian dalam sesuatu pekerjaan.
        Ditolak sebagai penderma darah.
        Mempunyai sejarah dijangkiti penyakit kelamin
        Menghidap masalah gangguan pada tindak balas sistem imun.
        Mempunyai hubungan dengan pembawa Hepatitis B yang disyaki.
   Individu-individu yang memiliki risiko di atas perlu disaring untuk Virus Hepatitis B (HBV) sebaik
    sahaja mereka mengandung. Ataupun lebih baik lagi, sebelum mereka merancang untuk
    mendapatkan anak. Bagi mereka yang masih mempunyai faktor-faktor risiko dan yang
    menunjukkan tanda-tanda atau gejala dijangkiti kuman HBV, ujian ulangan perlu dilakukan
    walaupun ujian awalnya untuk Hepatitis B adalah negatif.

    Mengenal pasti individu-individu yang memiliki faktor-faktor risiko di atas akan membantu
    mengurangkan penyakit ini dari merebak. Mereka yang terdedah kepada faktor-faktor risiko ini
    boleh diberikan suntikan jika mereka masih belum dijangkiti atau belum memiliki imuniti. Begitu
    juga dengan pasangan individu yang dijangkiti yang masih belum memiliki imuniti boleh diberikan
    suntikan untuk mengurangkan perebakan penyakit. Bayi yang dilahirkan dari ibu yang dijangkiti
    dan pembawa yang kronik boleh diberikan rawatan yang berkaitan untuk mencegah penyakit itu
    dari berlaku kepada mereka. Risiko bayi-bayi ini menjadi pembawa yang kronik adalah lebih tingi
    berbanding dengan golongan dewasa.

    Telah terbukti bahawa pelaksanaan program yang menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengenal
    pasti individu yang mempunyai faktor-faktor risiko, melakukan usaha-usaha ke arah mencegah
    perebakan dan menjalankan kempen suntikan di kalangan mereka yang berisiko telah
    menunjukkan kejayaan. Antaranya, ia dapat mengurangkan kejadian atau insidens penyakit dan
    prevalens pembawa yang konik seperti yang dijalankan di bahagian Barat Amerika Syarikat.

    Apa yang perlu saya lakukan jika ujian saya adalah positif?

    Anda tidak perlu bimbang. Bantuan sentiasa ada. Doktor anda boleh membantu, menasihati dan
    merangkakan satu pelan pengurusan jangka panjang untuk anda dan keluarga anda. Dengan
    mengamalkan gaya hidup sihat serta menjalani pemeriksaan secara berkala, anda akan dapat
    menjalani kehidupan sihat yang berpanjangan tanpa menghadapi apa-apa komplikasi. Walaupun
    HBV sering dikaitkan dengan penyakit hati, mereka yang didiagnoskan sebagai pembawa tidak
    seharusnya merasa terganggu. Kehidupan mereka akan terus sihat dan berpanjangan.

    Di sini dikemukakan beberapa saranan untuk mereka yang dikatakan pembawa kuman HBV
    tetapi sihat sejahtera:

        1. Mintalah doktor anda berunding dengan pakar penyakit hati, jika beliau bukan doktor
           pakar tersebut, bagi merangkakan satu pelan pengurusan jangka panjang atau merujuk
           anda kepada pakar tersebut.
        2. Dapatkan pemeriksaan berkala yang termasuk pemeriksaan untuk mengesan penyakit
           hati seperti kanser hati dan sirosis. Ia mungkin setahun sekali atau setiap 6 bulan atau
           lebih kerap lagi bergantung kepada apa yang anda dan doktor anda telah persetujui.
        3. Jika anda mengandung , kuman HBV akan menular dari ibu yang merupakan pembawa,
           kepada anak baru lahir semasa kelahiran. Pastikan doktor anda tahu kedudukan anda
           yang sebenar dan membuat sesuatu untuk melindungi bayi anda dari jangkitan kuman
           HBV apabila dilahirkan nanti. Dengan ini ia akan melindungi bayi anda dari dijangkiti
           kuman HBV.
             1. Pastikan ahli keluarga dan mereka yang sering mendampingi anda diberi imunisasi
                menentang penyakit ini, jika mereka belum lagi mendapatkannya.
             2. Berhati-hati supaya anda tidak menyebarkan darah anda kepada orang lain:
                    o Balut semua luka dengan pembalut
                    o Buangkan tampon dan lampin wanita yang telah dipakai dengan cermat.
                    o Jangan menderma darah atau organ
                    o Elak dari melakukan hubungan seks yang tidak selamat dengan pasangan
                         yang tidak diimunisasikan.
                    o Amalkan kebersihan diri yang baik dan jangan berkongsi peralatan peribadi
                         yang boleh menyebarkan darah kepada orang lain seperti berus gigi, alat
                         pengetip kuku, subang bercucuk, jarum suntikan dan pisau cukur.
                    o JANGAN MEMINUM ALKOHOL. Ia sangat merbahaya kepada hati anda.
                    o Elakkan dari toksin-toksin hati




Cendawan dari nasi basi, roti atau kacang tanah yang lama adalah merbahaya kepada hati anda.

Elak memakan makanan dari laut yang mentah kerana ia mempunyai risiko jangkitan kuman bakteria
vibrio.

Jangan menyedut terlalu banyak wasap dari cat, bahan penipis cat, gam, dan bahan-bahan pencuci.
Sebahagian dari bahan-bahan ini mengandungi fenol, iaitu bahan kimia yang boleh menjadi toksik kepada
hati.

       Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat


Jangkitan HBV semasa mengandung

Jangkitan kuman virus Hepatitis B (HBV) yang berlaku di penghujung waktu kehamilan dan di peringkat
masa hendak bersalin kemungkinan besar boleh merebak kepada bayi sebelum dan di sekitar waktu
bersalin. Risiko di waktu 3 bulan pertama kehamilan adalah kecil dan kira-kira 6% dalam 3 bulan kedua
kehamilan. Penyakit ini akan melalui peringkat-peringkat yang sama seperti ketika tidak mengandung.
Kebanyakannya akan sembuh sepenuhnya dan membentuk keimunan (imuniti) atau daya ketahanan
badan. Sebahagian kecil dari mereka akan menjadi pembawa kuman yang kronik.

Jangkitan kuman HBV semasa mengandung setakat ini tidak pernah dikaitkan dengan sebarang
kecacatan semasa kelahiran atau keabnormalan kongenital.

Tidak ada sebarang rawatan khusus untuk ibu yang terkena jangkitan ini, kerana kebanyakan gejala akan
hilang dengan spontannya. Tumpuan utama adalah kepada bayi yang akan lahir dan .doktor anda perlu
menyedari mengenai perkara ini. Persediaan hendaklah dibuat untuk memberi rawatan segera apabila
bayi tersebut dilahirkan. Segala cairan buangan yang keluar ketika bersalin hendaklah diurus dan dibuang
dengan cermat bagi mengelakkannya menjangkiti orang lain terutamanya anggota kesihatan yang
mengendalikan kelahiran tersebut .
Bolehkah saya mendapat imunisasi semasa mengandung?

Walaupun pihak pengeluar vaksin tidak mengesyorkan imunisasi diberi ketika mengandung, tetapi dalam
amalan perubatan tidak ada ketetapan dibuat untuk menidakkan kaedah ini dilakukan. Setakat ini tidak
terdapat sebarang kesan sampingan yang timbul di kalangan mereka yang telah menerima imunisasi ini,
kemudian menyedari yang mereka sebenarnya sedang mengandung.

Dinasihatkan wanita yang mengandung terutama mereka yang berisiko tinggi seperti anggota kesihatan
dan perubatan yang terdedah kepada jangkitan ini perlu diberikan imunisasi. Vaksin ini tidak dibuat dari
kuman virus yang lengkap dan terpaksa melalui beberapa peringkat prosedur yang ketat. Oleh itu vaksin
tersebut dianggap selamat dan tidak berisiko untuk menyebabkan penyakit.

Imunisasi ini diberikan sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan mengikut jadualnya supaya perlindungan
sepenuhnya dari jangkitan kuman HBV diperolehi. Vaksin ini telahpun digunakan di seluruh dunia dan
amat sedikit sekali kesan sampingannya dilaporkan.



Memahami ujian darah untuk Hepatitis B

Sebelum dijelaskan mengenai ujian ini, di sini terdapat 2 istilah perubatan asas yang perlu difahami.

    1. Antigen (Ag): Ini merupakan sejenis bahan yang akan mencetuskan amaran bahaya dalam
       badan supaya melindungi dirinya (dalam kes ini, antigen ialah virus Hepatitis B).
    2. Antibodi (Ab): Ini dihasilkan oleh badan untuk melindungi dirinya dari bahan antigen. Antibodi ini
       akan mengikat kepada antigen dan menjadikannya tidak aktif lagi.

Ujian-ujian darah biasa yang dijalankan untuk jangkitan Hepatitis B

    1. HbsAg (antigen permukaan Hepatitis B) ini merupakan permukaan luar virus Hepatitis B
       (HBV) yang mencetuskan tindak balas antibodi. Jika Hbs

         Ag itu positif atau reaktif ianya bermaksud seseorang itu telah dijangkiti dengan kuman HBV dan
         berpotensi untuk menjangkiti orang lain yang sering berdamping dengannya.

    2. Anti-HBs (antibodi kepada antigen permukaan Hepatitis B) Kewujudan antibodi menandakan
       seseorang itu telahpun terdedah kepada kuman HBV, tetapi telah berjaya membersihkan virus
       tersebut dari badannya dan dianggap tidak lagi merbahaya kepada kepada orang lain. Antibodi
       tersebut melindungi tubuh dari sebarang pendedahan kepada jangkitan kuman HBV di masa
       hadapan. Seseorang itu telah "diimunisasikan secara semula jadi". Antibodi juga boleh dihasilkan
       dari beberapa siri vaksin HBV.
    3. Anti- HBc (antibodi kepada teras Hepatitis C) ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti
       jangkitan kuman virus Hepatitis B (HBV) pada masa lalu dan masa kini. Ia dihasilkan semasa
       dan selepas jangkitan HBV yang akut. Antigen teras merupakan sebahagian dari HBV dan
       antibodi kepada antigen teras ini selalunya ada di dalam badan pembawa yang kronik. Walau
       bagaimanapun, jika ianya wujud bersama anti-HBs "yang positif" (antibodi perlindungan) ini
        menandakan seseorang itu telahpun sembuh dari jangkitan ini dan ia bukanlah pembawa.
        Tafsiran ujian ini bergantung kepada keputusan ujian pertama dan kedua tadi.



Apakah yang dapat difahami dari keputusan ujian-ujian tersebut?

       HbsAg - negatif
       Anti-HBc - negatif
       Anti-Hbs - negatif

Anda adalah rentan atau mudah dijangkiti penyakit ini. Tidak terdapatnya virus atau antibodi di dalam
badan anda. Jika anda tergolong di kalangan mereka yang berisiko tinggi, adalah dinasihatkan supaya
anda mendapatkan imunisasi, walaupun anda kini sedang mengandung. Anda perlu diuji sekali lagi di
akhir-akhir kehamilan anda sekiranya terdapat kemungkinan anda telah terdedah kepada jangkitan ini.

       HbsAg - negatif
       Anti-HBc - negatif atau positif
       Anti-HBs - positif

Terdapatnya antibodi di dalam badan anda dan badan anda telah memiliki ketahanan terhadap jangkitan
ini. Jika anda tidak pernah mendapat imunisasi, kemungkinan besar anda telah pernah dijangkiti penyakit
ini sebelumnya.

       HbsAg - positif
       Anti-HBc - negatif atau positif
       Anti-Hbs - negatif

Keputusan ini menunjukkan anda sedang menghidapi jangkitan ini ataupun anda merupakan seorang
Pembawa. Memberi imunisasi ketika ini tidak akan memberi apa-apa faedah. Anda akan diberi bantuan
perubatan dan nasihat. Jika anda sedang mengadung, ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi
mengurangkan risiko penyakit ini menular kepada bayi anda.

       HbsAg - negatif
       Anti-HBc - positif
       Anti-Hbs - negatif

Di sini terdapatnya beberapa kemungkinan:

       Mungkin anda sedang sembuh dari jangkitan HBV yang akut
       Mungkin telah wujudnya daya ketahanan dalam badan anda dan ujian yang dijalankan itu tidak
        begitu sensitif untuk mengesan paras anti HBs yang terlalu rendah dalam serum.
       Mungkin rentan (mudah dijangkiti) dengan anti HBs positif yang palsu.
       Mungkin terdapatnya paras HbsAg yang tidak dapat dikesan di dalam serum dan seseorang itu
        sebenarnya merupakan seorang pembawa.

Terdapat beberapa ujian lain yang dapat membantu menentukan sama ada penyakit ini sangat mudah
berjangkit ataupun tidak tetapi ianya bukanlah merupakan ujian yang rutin.
Saringan Penyakit Hepatitis B semasa mengandung


KENAPA?

Terdapat bukti yang baik mengatakan bahawa pengesanan awal HbsAg (antigen/virus) di kalangan ibu
mengandung boleh mencegah jangkitan ini kepada bayi baru lahir. Vaksin Hepatitis B dan gabungannya
dengan imunoglobulin hepatitis B (Hblg) didapati berkesan untuk mencegah kejadian jangkitan virus
Hepatitis B (HVB) di kalangan bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang didapati HbsAg positif.

BILA?

Saringan akan dilakukan semasa ibu membuat lawatan kali pertama ke klinik ibu mengandung. Jika ujian
itu didapati negatif, tetapi ibu merasa kurang sihat yang menandakan ia berkemungkinan dijangkiti vius
Heptitis B (HBV) terutama bagi mereka yang berisiko tinggi, maka ujian perlu dilakukan sekali kali lagi
semasa 3 bulan terakhir kehamilan.

Mengesan jangkitan virus Hepatitis B sama ada yang akut atau kronik dianggap penting untuk mencegah
perebakan kuman virus kepada orang lain selain dari bayi. Individu-individu yang dikesan boleh diberikan
nasihat tentang bagaimana hendak mencegah perebakan kuman virus kepada orang lain terutama
kepada yang disayangi.

Kita tidak perlu merasa cemas apabila seseorang itu didapati positif ujian HBVnya. Ini kerana kebanyakan
pesakit akan menjalani kehidupan yang sihat seperti biasa dengan bantuan dan nasihat yang baik. Ia
mungkin melibatkan rawatan dan penjagaan kesihatan yang berpanjangan tetapi ianya berbaloi.

DI MANA?

Objektif utama saringan adalah untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya perebakan kuman
Hepatitis B (HBV) kepada bayi dan orang lain. Dengan ini, ia dapat mengurangkan kejadian atau
prevalens jangkitan kuman virus Hepatitis B. Ia merupakan satu ujian yang mudah yang boleh didapati di
semua kemudahan perubatan dan kesihatan sama ada milik kerajaan atau swasta. Ianya didapati lebih
berkesan jika dilakukan sebelum seseorang itu bercadang untuk memulakan sebuah keluarga. Imunisasi
ini sentiasa ada, selamat dan berkesan untuk diberi kepada mereka yang belum lagi membentuk
ketahanan badan terhadap kuman.
KEHAMILAN EKTOPIK


      Pengenalan

       Kehamilan ektopi berlaku apabila embrio atau telur yang telah disuburkan tertanam dengan
       sendirinya di bahagian luar rahim/uterus. Kehamilan ektopi biasanya berlaku di dalam tiub
       Fallopio dan mungkin juga boleh berlaku di dalam abdomen .

       Kehamilan ektopi boleh mengancam nyawa si ibu dan bayinya.

       Jika kehamilan ektopi tidak dikesan di peringkat awal kahamilan ia boleh mengancam nyawa ibu
       . Tiub fallopian merupakan tempat yang biasa terbentuknya embrio baru, tetapi ia juga boleh
       terjadi dalam ovari, di abdomen, dalam pangkal rahim yang boleh menyebabkan berlakunya
       pendarahan faraj. Pendarahan dalaman selanjutnya boleh terjadi jika tiub pecah menyebabkan
       sakit abdomen yang amat sangat.


       Asas Saintifik

       Kehamilan ektopi biasanya berlaku di dalam tiub Fallopio.

       Tiub Fallopio kelihatan seolah-olah seperti paip yang berongga yang ditumbuhi bulu-bulu kecil
       pada dindingnya (dipanggil silia). Silia ini bergerak seperti deruan ombak untuk menolak telur-
       telur ke dalam rahim. Tiub Fallopio bolehlah dianggap seperti jalan raya utama untuk telur
       bergerak ke rahim. Jika tiub tersebut tersumbat atau silia mengalami kerosakan, maka ini akan
       menggalakkan telur-telur tersebut terlekat dan tertanam pada dinding tiub.


       Penyebab

       Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kebanyakan kes kehamilan ektopi ini dikaitkan
       dengan parut yang terjadi hasil dari jangkitan pada tiub.

       Setengah dari penyebab kehamilan ektopi termasuk:

               Mempunyai sejarah perubatan mengidap salpingitis atau penyakit keradangan pelvis
                (PID)
               Wanita yang memiliki abnormality pada tiubnya sejak lahir (congenital tubal
                abnormalities)
               Endometriosis
               Tiub berparut dan terpintal disebabkan oleh penbedahan tiub di masa lalu atau pernah
                mengalami kepecahan apendiks
               Mendapat rawatan hormon terutamanya estrogen dan progestron yang boleh
                mengubah pergerakan biasa silia dari epitelium tiub. Ini boleh memperlahankan
                pergerakan telur yang subur dalam tiub Fallopio yang boleh mnenyebabkan ianya
                tertanam pada tiub tersebut.
        Faktor - faktor risiko

        Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko pembentukan kehamilan ektopi ialah (3) :

                Penyakit keradangan pelvis (PID)
                Pembedahan pada tiub
                Mengalami kehamilan ektopi di masa lalu
                Penyuburan secara in-vitro (IVF) dan ovulasi yang diaruhkan.
                Wanita yang hamil ketika mengambil pil pernacang keluarga
                Merokok

Setengah dari factor-faktor risiko yang boleh menyumbang kepada kehamilan ektopi ini termasuklah:

       Penyakit keradangan pelvis (PID) seperti gonorea atau klamidia di masa lalu
       Bagi wanita yang pernah mengidap salphingitis (3) dan/atau penyakit keradangan pelvis risikonya
        meningkat 7 kali ganda. Ini menyebabkan tisu parut itu melekat di dalam tiub dan boleh
        merosakkan silia.
       Pembedahan tiub
        Parut hasil dari pembedahan yang lalu akan meningkatkan risiko kehamilan ektopi.
       Sejarah kehamilan ektopi Peluang untuk mendapat kehamilan ektopi ini adalah tinggi di kalangan
        wanita yang pernah mendapat kehamilan jenis ini di masa yang lalu.
       Kesuburan in-vitro atau bayi tabung uji dan ovulasi cetusan.
       Wanita yang mengandung ketika mengambil pil perancang keluarga
             Mengambil progestron walaupun melalui mulut akan meningkatkan risikonya 5 kali
                 ganda .
             Mengguna Alat Dalam Rahim (IUD) yang mengandungi progestron akan meningkatkan
                 risiko antara 5 - 15% (1) .
             'Morning after pill' meingkatkan risiko 10 kali ganda.

Insidens

Lebih kurang 10 - 20% dari wanita berkemungkinan mengalami kehamilan ektopi yang berulang jika
mereka mempunyai sejarah kelahiran ektopik di masa yang lalu . Insidensnya lebih kurang 1 bagi setiap
40 hingga 100 kelahiran .


Komplikasi

Komplikasi biasa yang berlaku termasuk:

       Pecah
       Kemandulan

Pecah

Komplikasi yang selalunya berlaku ialah pecah yang menyebabkan berdarah dan pendarahan dalaman.
Keadaan ini boleh membawa kepada renjatan dan mungkin boleh membawa maut.
Kemandulan

Komplikasi lain ialah kemandulan yang berlaku kepada lebih dari 50% wanita yang mempunyai sejarah
mendapat kehamilan ektopi yang dirawat melalui pembedahan.


Ujian - Ujian

Ujian-ujian berikut mungkin dilakukan bagi mendiagnoskan kehamilan ektopi:

       Ujian kehamilan melalui air kencing
       Imbasan ultarsound
       Ujian serum B-hCG
       Ujian hematokrat
       Ujian sel darah putih
       Laparoskopy



       Beberapa ujian berikut dilakukan bagi mendiagnoskan kehamilan ektopi:

                   Ujian kehamilan melalui air kencing
                    Menggunakan teknik ELISA. Jika ujian ini negatif ianya bermakna wanita berkenaan
                    tidak mengidapi kehamilan ektopi.

                   Imbasan Ultrasound
                    Imbasan transvaginal ultrasound boleh mengesan sesuatu kehamilan ektopi.

                   Ujian serum B-hCG bersiri (untuk memeriksa paras hormon kehamilan hCG) .
                    Bagi kehamilan yang normal kadar B-hCG meningkat dalam serum. Walau
                    bagaimanapun bagi kes kehamilan ektopi terdapatnya gangguan pada pengeluaran
                    hCG di mana peningkatan serum B-hCG adalah kurang dari 66% dalam masa 2 hari. Ini
                    bermnakna kadarnya adalah rendah atau telah sampai ke paras mendatar.

                   Ujian hematokrat
                    Keputusannya mungkin normal atau menurun.

                   Ujian kiraan sel darah putih
                    Kiraan mungkin normal atau meningkat.

                    Apabila sahaja anda didiagnoskan mendapat kehamilan ektopi. Doktor mungkin
                    meminta anada menjalani satu prosedur pembedahan yang dipanggil laparoskopi
                    (pembedahan yang jalankan mengguna alat teleskop yang nipis dan di bantuan oleh
                    kamera video). Alat laparoskop ini dimasukkan ke dalam abdomen untuk mengesan
                    kelahiran ektopi. Prosedur ini dilakukan di bawah pengaruh bius am.

       Rawatan Farmakologi
       Dadah yang digunakan ialah Methotrexate.
    Jika kehamilan ektopi dikesan awal, doktor mungkin merawat menggunakan dadah yang
    bernama Methotrexate dari melakukan pembedahan. Dadah tersebut akan diberi melalui
    suntikan. Dadah ini akan menghentikan sel darah dari membiak, menyebabkan kehamilan ektopi
    akan kecut. Walau bagaimanapun, hanya sedikit sahaja dari kes kehamilan ektopi ini boleh
    dirawat kerana ianya terpaksa memenuhi beberapa kriteria seperti memiliki paras hormon hCG
    yang rendah sebelum dadah ini dapat digunakan.
   Rawatan bukan farmakologi
   Pesakit akan dirawat jika mengalami renjatan.

    Kehamilan ektopi yang pecah merupakan adalah kes kecemasan perubatan. Walaupun
    kehamilan itu gagal, si ibu masih boleh diselamatkan melalui pembedahan yang selalunya
    memerlukan pembuangan tiub Fallopio.


    Keadaan Kecemasan

    Lazimnya, rawatan awal yang diberi ialah memanaskan tubuh wanita berkenaan, mengangkat
    kakinya ke atas dan memberinya oksigen. Pemindahan darah akan dilakukan secepat mungkin
    jika                   pendarahan                     semakin                     teruk.

    Pembedahan

    Ada 2 pilihan: pertama ialah pembedahan laparoskopi di mana tiub akan dibuang
    (salpingektomi). Keduanya ialah pembedahan terbuka (laparotomi) dilakukan bagi menghentikan
    segera kehilangan darah. Satu insisi sepanjang 5 sm akan dibuat pada bahagian pubik (tiub
    akan diperiksa dan dibuang keluar jika ianya telah pecah) untuk memastikan diagnosis
    kehamilan ektopi.

    Pemantauan

    Jika anda secara tiba-tiba mendapat sakit abdomen yang teramat sangat di awal kehamilan,
    sama ada berdarah ataupun tidak, dapatkan nasihat doktor segera bagi memastikan kehamilan
    ektopi.
Prognosis

Prognosis kehamilan ektopi bergantung kepada beberapa faktor terutamanya, berapa cepatkah
diagnosisnya dibuat, jenis pembedahan yang dijalankan atau wujudnya kerosakan dapa tiub
Fallopio selepas pembedahan. Selepas pembedahan doktor mungkin meminta anda melalui
ujian darah bagi memastikan tidak ada tisu embrionik yang tertinggal. Seseorang itu boleh
mendapat kehamilan normal di masa hadapan. Walau bagaimanapun, anda perlu sekurang-
kurangnya      melalui    2    kali   waktu     haid    biasa      sebelum    mengadung.

Telah didapati bahawa risiko mendapat kehamilan ektopi berulang ialah lebih kurang 9% sahaja,
jika ianya tidak dibuang dan 12% jika tiub ditinggalkan (3) . Tidak ada sebarang perbezaan
tentang kesannya. Sama ada ianya satu pembedahan terbuka atau laparoskopi. Walau
bagaimanapun penyembuhannya adalah lebih cepat jika laparoskop dijalankan. Kadar kehamilan
normal mungkin meningkat jika tiub dikekalkan. Bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk
mengandung, kadar kehamilan ialah antara 70 - 85% tanpa dilakukan salpingktomi atau
salpinggotomi (3) . Walau bagaimanapun, bagi wanita yang menghadapi kesukaran ini, kadarnya
ialah 10% jika tiub dibuang keluar dan 25% jika tiub dikekalkan (3) . Sesetengah wanita gagal
untuk hamil semula dan yang lainnya menggugurkanya secara spontan dalam masa 3 bulan
pertama.



Pencegahan

Langkah yang boleh diambil bagi mengelak kehamilan ektopi ialah:

       Elakkan diri dari faktor risiko penyakit keradangan pelvis (PID) seperti mengadakan
        hibungan seks secara rambang dengan berbilang pasangan.
       Ubah                                      gaya                                 hidup
        Berhenti merokok kerana ia boleh meningkatkan risiko kehamilan ektopi
PENDARAHAN KETIKA HAMIL



Pengenalan

Pendarahan semasa mengandung boleh berlaku berpunca dari pelbagai sebab. Ia boleh berlaku di
peringkat awal atau akhir kehamilan. Jika seorang wanita itu mengalami pendarahan pada bila-bila masa
ketika mengandung, adalah amat penting baginya memberitahu doktor ataupun bidan dengan segera.

Pendarahan ini boleh berlaku dari hanya setompok darah hinggalah kepada pendarahan yang berlebih-
lebihan. Ia boleh jadi ringan dan kadang-kadang boleh mengancam nyawa ibu itu sendiri dan janinnya.


Penyebab

Peringkat awal kehamilan

       Keguguran
       Kehamilan ektopik atau di luar rahim
       Kehamilan molar

Peringkat akhir kehamilan

       Abrupsi plasenta
       Plasenta previa
       Kelahiran berdarah

Punca Lain

       Ektropion - perubahan di pangkal rahim (serviks)yang tidak merbahaya yang berlaku di
        pertengahan kedua kehamilan.
       Jangkitan pada faraj atau kecederaan
       Sebab-sebab yang berkaitan dengan pangkal rahim atau serviks - polips, neoplasia atau
        servisitis
       Pendarahan selepas persetubuhan
       Tidak diketahui - 50% dari pendarahan yang berlaku ialah di trimester pertama di mana
        puncanya tidak diketahui.



       Faktor - faktor risiko

        Berbeza-beza bergantung kepada punca pendarahan.l>

        Tanda - tanda risiko

                Pendarahan yang sedikit hinggalah berlebih-lebihan
            Boleh jadi sakit dan boleh jadi tidak
            Warna darah berbeza-beza dari warna perang hinggalah ke warna merah cerah.


    Komplikasi

            Anemia
            Renjatan (shock)
            Kematian janin atau ibu
            Infeksi atau jangkitan kuman
            Koriokarsinoma atau invasive mole dalam kes ketumbuhan yang berlaku dalam uterus
             hidatidiform (hydatidiform mole).
            Kelahiran bayi pramatang berserta komplikasi yang berkaitan
            Koagulopati- gangguan pada mekanisma pembekuan darah

    Ujian - ujian

    · Doktor mungkin menjalankan pemeriksaan di bahagian pelvis

    · Ujian darah, termasuklah:

            Kiraan sel darah lengkap
            HCG (Human Chorionic Gonadotrophin), iaitu sejenis hormon yang yang dihasilkan
             ketika hamil.

             Paras HCG

                     Menurun bagi kes keguguran spontan
                     Meningkat begitu tinggi dalam kes kehamilan molar
                     Meningkat secara beransur-ansur untuk kehamilan ektopik atau kehamilan luar
                      rahim.
            Kumpulan darah dan pengkelasan Rhesus (Rh)
                   Pesakit yang Rhnya negatif memerlukan imun globulin Rho(D) (RhoGAM)
                   Jika berlaku pendarahan berlebihan, pemindahan darah mungkin diperlukan
            Kajian pembekuan darah (fibrinogen, produk fibrin, platelet)
                   Biasanya bagi pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan atau
                      sewaktu pengguguran tertinggal, kajian ini dilakukan.

    · Ultrasound

            Mendiagnosis kehamilan molar(dengan ketepatan sebanyak 98%)
            Menentukan bilangan bayi yang dikandung
            Menolak atau mengecualikan kehadiran kehamilan ektopik
            Mendiagnosiskan plasenta previa.



   Rawatan
Am

        Kebanyakan pesakit di trimester pertama (3 bulan pertama) yang mengalami
         pendarahan tidak perlu dimasukkan ke hospital. Bagi yang memerlukan, biasanya,
         mereka hanya dikehendaki berehat di katil dan diawasi dengan rapi.
        Pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan memerlukan pemantauan dalam
         hospital. Jika pendarahan terus berlaku dan boleh mengancam nyawa ibu atau
         janinnya, maka pembedahan Caeserean kecemasan mungkin terpaksa dilakukan atau
         langkah berjaga-jaga akan diambil sehingga janin menjadi lebih matang.

Pembedahan

        Bagi keguguran yang tidak dapat dielakkan atau tidak lengkap, tatacara Pendilatan dan
         Pengkuretan atau dikenali sebagai D&C (dilatation & curettage) dilakukan.
        Jika keguguran tersebut tidak dapat ditentukan samada lengkap atau tidak: D&C juga
         dijalankan untuk membuang sisa-sisa yang tertinggal
        Untuk kehamilan molar atau kehamilan ektopik: pembedahan yang sesuai akan
         dijalankan selepas disahkan diagnosisnya.


Prognosis

Bergantung kepada:

        Penyebab pendarahan faraj
        Keterukan pendarahan
        Kepantasan dan ketepatan diagnosis yang dibuat. selepas disahkan diagnosisnya.

Pencegahan

Tidak ada satu peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelak kejadian pendarahan sewaktu
mengandung. Walau bagaimanapun, punca pendarahan tersebut perlu diambilkira. Berikut
adalah langkah-langkah yang boleh diambil:

        Bagi kes abrupsi plasenta, terdapat risiko untuk keadaan ini berulang lagi pada
         kehamilan yang akan datang (lebih kurang 1 dalam 10). Pemantauan yang rapi dan
         tindakan yang pantas terhadap segala bahaya yang mungkin berlaku pada bayi boleh
         menjamin keselamatan ibu dan bayi itu sendiri untuk sepanjang waktu kehamilan tanpa
         gangguan dari sebarang penyakit. Bagi mengelak abrupsi dari terus berlaku,
         pengambilan        asid       folik       tambahan          adalah       disyorkan.

        Kedudukan plasenta yang rendah atau pendarahan yang berlaku di waktu awal
         kehamilan - dinasihatkan supaya berehat secukupnya dan elakkan dari mengadakan
         hubungan kelamin buat sementara waktu.
        Pendarahan sewaktu mengandung tidak boleh diabaikan! Sebarang pendarahan yang
         berlaku terutamanya pada trimester ketiga, perlu dilaporkan kepada doktor dengan
         segera.
Keadaan-Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Pendarahan

Keguguran

Kehilangan janin di minggu ke 28 kehamilan diistilahkan sebagai keguguran. Keguguran boleh berlaku di
mana-mana peringkat kehamilan dalam separuh waktu pertama kehamilan, tetapi kebanyakannya terjadi
dalam masa 12 minggu pertama. Keguguran adalah perkara biasa: lebih kurang 1 dalam 10 kehamilan
berakhir dengan keguguran.

Jika anda mengalami pendarahan melalui faraj yang disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah
abdomen, ada kemungkinan keguguran berlaku. Pendarahan tersebut boleh berhenti dan kehamilan terus
berjalan dengan normal, ataupun, pendarahan dan kekejangan menjadi semakin teruk dan keguguran
boleh berlaku.

Sebarang tisu yang tertinggal di dalam rahim sewaktu keguguran boleh dibuang melalui prosedur
pembedahan yang dipanggil pembersihan secara sedutan (suction currettage) iaitu pembuangan tisu-tisu
yang tertinggal melalui proses sedutan, atau D&C (dilatation & currettage). Prosedur D&C ini biasanya
dilakukan dengan mengembang dan melebarkan serviks dan mengikis sisa-sisa tisu janin dari pengalas
endometrium secara perlahan-lahan.

Kehamilan ektopik (luar rahim)

Merupakan satu keadaan di mana kehamilan berlaku di luar rahim, biasanya di salah satu tiub Fallopio.
Pesakit biasanya mengadu sakit di bahagian pinggang atau pelvis dan pendarahan melalui faraj.
Kehilangan darah boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock). Kehamilan ektopik
merupakan satu kes kecemasan dan memerlukan rawatan segera.

Mereka yang menghadapi kehamilan jenis ini termasuklah mereka yang pernah menghidap penyakit
keradangan pelvis (PID), memilik sejarah kehamilan ektopik atau pernah menjalani pembedahan pada
tiub Fallopio.

Kehamilan molar

Keadaan ini dikenali juga sebagai penyakit trofoblastik atau hydatidiform mole. Ia mengakibatkan
ketumbuhan sejenis tisu yang luar biasa tetapi bukannya embrio. Rawatan biasanya dengan melakukan
pengkuretan atau pembersihan uterus. Lebih kurang 10% dari kes ini boleh menjadi kanser dan
memerlukan rawatan yang selanjutnya dengan ubat-ubatan atau dadah.



Abrupsi plasenta

Jika plasenta yang membekalkan nutrien kepada janin terpisah dari tempat asalnya ke dalam dinding
uterus (keadaan ini dipanggil abrupsi plasenta), pendarahan mungkin berlaku. Pesakit mungkin
mengalami kesakitan di bahagian abdomen dan ketegangan pada uterus.

Jika ada tanda-tanda yang ibu tersebut dalam bahaya, proses kelahiran perlu disegerakan. Jika
pendarahan semakin teruk, ibu tersebut mungkin memerlukan transfusi darah. Pembedahan Caeserean
mungkin perlu walaupun dalam keadaan tertentu proses kelahiran secara biasa boleh dilakukan. Keadaan
janinlah yang akan menentukan kesegeraaan kelahiran.

Placenta previa

Dalam keadaan ini, plasenta terletak di bahagian bawah rahim dan menutup sebahagian ataupun
kesemua pangkal rahim/serviks. Ini membahayakan ibu dan janin. Ia boleh menyebabkan pendarahan
berlebihan sebelum dan semasa kelahiran.

Jika plasenta tersebut didapati berdekatan dengan pangkal rahim tetapi tidak menutupnya dan pesakit
tidak mengalami pendarahan, beliau dibenarkan berehat di rumah sahaja. Namun begitu, pesakit
dinasihatkan supaya menelefon doktor atau hospital dengan segera jika berlaku pendarahan. Sebaliknya,
jika pendarahan tidak dapat dikawal, kemungkinan besar pembedahan Caeserean perlukan dilakukan
dengan segera untuk menyelamatkan bayi tersebut, walaupun kelahiran itu belum cukup masa (pramasa).

Proses kelahiran

Pendarahan yang banyak merupakan petanda yang seseorang itu hendak bersalin. Ia biasanya bermula
dengan terkeluarnya sedikit mukus dan darah melalui serviks.

Jika ini berlaku lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin, ia mungkin merupakan tanda-tanda kelahiran
pramasa. Maklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan dengan segera
KELAHIRAN / PELAHIRAN

Pengenalan

Pendarahan semasa mengandung boleh berlaku berpunca dari pelbagai sebab. Ia boleh berlaku di
peringkat awal atau akhir kehamilan. Jika seorang wanita itu mengalami pendarahan pada bila-bila masa
ketika mengandung, adalah amat penting baginya memberitahu doktor ataupun bidan dengan segera.

Pendarahan ini boleh berlaku dari hanya setompok darah hinggalah kepada pendarahan yang berlebih-
lebihan. Ia boleh jadi ringan dan kadang-kadang boleh mengancam nyawa ibu itu sendiri dan janinnya.

Penyebab

Peringkat awal kehamilan

       Keguguran
       Kehamilan ektopik atau di luar rahim
       Kehamilan molar

Peringkat akhir kehamilan

       Abrupsi plasenta
       Plasenta previa
       Kelahiran berdarah

Punca Lain

       Ektropion - perubahan di pangkal rahim (serviks)yang tidak merbahaya yang berlaku di
        pertengahan kedua kehamilan.
       Jangkitan pada faraj atau kecederaan
       Sebab-sebab yang berkaitan dengan pangkal rahim atau serviks - polips, neoplasia atau
        servisitis
       Pendarahan selepas persetubuhan
       Tidak diketahui - 50% dari pendarahan yang berlaku ialah di trimester pertama di mana
        puncanya tidak diketahui.

Faktor - faktor risiko

Berbeza-beza bergantung kepada punca pendarahan.l>

Tanda - tanda risiko

       Pendarahan yang sedikit hinggalah berlebih-lebihan
       Boleh jadi sakit dan boleh jadi tidak
       Warna darah berbeza-beza dari warna perang hinggalah ke warna merah cerah.
Komplikasi

        Anemia
        Renjatan (shock)
        Kematian janin atau ibu
        Infeksi atau jangkitan kuman
        Koriokarsinoma atau invasive mole dalam kes ketumbuhan yang berlaku dalam uterus
         hidatidiform (hydatidiform mole).
        Kelahiran bayi pramatang berserta komplikasi yang berkaitan
        Koagulopati- gangguan pada mekanisma pembekuan darah

Ujian - ujian

Doktor mungkin menjalankan pemeriksaan di bahagian pelvis

Ujian darah, termasuklah:

        Kiraan sel darah lengkap
        HCG (Human Chorionic Gonadotrophin), iaitu sejenis hormon yang yang dihasilkan ketika hamil.

Paras HCG

                o   Menurun bagi kes keguguran spontan
                o   Meningkat begitu tinggi dalam kes kehamilan molar
                o   Meningkat secara beransur-ansur untuk kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim.

        Kumpulan darah dan pengkelasan Rhesus (Rh)
              o Pesakit yang Rhnya negatif memerlukan imun globulin Rho(D) (RhoGAM)
              o Jika berlaku pendarahan berlebihan, pemindahan darah mungkin diperlukan
        Kajian pembekuan darah (fibrinogen, produk fibrin, platelet)
              o Biasanya bagi pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan atau sewaktu
                  pengguguran tertinggal, kajian ini dilakukan.

Ultrasound

        Mendiagnosis kehamilan molar(dengan ketepatan sebanyak 98%)
        Menentukan bilangan bayi yang dikandung
        Menolak atau mengecualikan kehadiran kehamilan ektopik
        Mendiagnosiskan plasenta previa.

Rawatan

Am

        Kebanyakan pesakit di trimester pertama (3 bulan pertama) yang mengalami pendarahan tidak
         perlu dimasukkan ke hospital. Bagi yang memerlukan, biasanya, mereka hanya dikehendaki
         berehat di katil dan diawasi dengan rapi.
       Pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan memerlukan pemantauan dalam hospital.
        Jika pendarahan terus berlaku dan boleh mengancam nyawa ibu atau janinnya, maka
        pembedahan Caeserean kecemasan mungkin terpaksa dilakukan atau langkah berjaga-jaga
        akan diambil sehingga janin menjadi lebih matang.

Pembedahan

       Bagi keguguran yang tidak dapat dielakkan atau tidak lengkap, tatacara Pendilatan dan
        Pengkuretan atau dikenali sebagai D&C (dilatation & curettage) dilakukan.
       Jika keguguran tersebut tidak dapat ditentukan samada lengkap atau tidak: D&C juga dijalankan
        untuk membuang sisa-sisa yang tertinggal
       Untuk kehamilan molar atau kehamilan ektopik: pembedahan yang sesuai akan dijalankan
        selepas disahkan diagnosisnya.


Prognosis

Bergantung kepada:

       Penyebab pendarahan faraj
       Keterukan pendarahan
       Kepantasan dan ketepatan diagnosis yang dibuat. selepas disahkan diagnosisnya.




Pencegahan

Tidak ada satu peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelak kejadian pendarahan sewaktu
mengandung. Walau bagaimanapun, punca pendarahan tersebut perlu diambilkira. Berikut adalah
langkah-langkah yang boleh diambil:

       Bagi kes abrupsi plasenta, terdapat risiko untuk keadaan ini berulang lagi pada kehamilan yang
        akan datang (lebih kurang 1 dalam 10). Pemantauan yang rapi dan tindakan yang pantas
        terhadap segala bahaya yang mungkin berlaku pada bayi boleh menjamin keselamatan ibu dan
        bayi itu sendiri untuk sepanjang waktu kehamilan tanpa gangguan dari sebarang penyakit. Bagi
        mengelak abrupsi dari terus berlaku, pengambilan asid folik tambahan adalah disyorkan.
       Kedudukan plasenta yang rendah atau pendarahan yang berlaku di waktu awal kehamilan -
        dinasihatkan supaya berehat secukupnya dan elakkan dari mengadakan hubungan kelamin buat
        sementara waktu.
       Pendarahan sewaktu mengandung tidak boleh diabaikan! Sebarang pendarahan yang berlaku
        terutamanya pada trimester ketiga, perlu dilaporkan kepada doktor dengan segera.

Keadaan-Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Pendarahan

Keguguran
Kehilangan janin di minggu ke 28 kehamilan diistilahkan sebagai keguguran. Keguguran boleh berlaku di
mana-mana peringkat kehamilan dalam separuh waktu pertama kehamilan, tetapi kebanyakannya terjadi
dalam masa 12 minggu pertama. Keguguran adalah perkara biasa: lebih kurang 1 dalam 10 kehamilan
berakhir dengan keguguran.

Jika anda mengalami pendarahan melalui faraj yang disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah
abdomen, ada kemungkinan keguguran berlaku. Pendarahan tersebut boleh berhenti dan kehamilan terus
berjalan dengan normal, ataupun, pendarahan dan kekejangan menjadi semakin teruk dan keguguran
boleh berlaku.

Sebarang tisu yang tertinggal di dalam rahim sewaktu keguguran boleh dibuang melalui prosedur
pembedahan yang dipanggil pembersihan secara sedutan (suction currettage) iaitu pembuangan tisu-tisu
yang tertinggal melalui proses sedutan, atau D&C (dilatation & currettage). Prosedur D&C ini biasanya
dilakukan dengan mengembang dan melebarkan serviks dan mengikis sisa-sisa tisu janin dari pengalas
endometrium secara perlahan-lahan.

Kehamilan ektopik (luar rahim)

Merupakan satu keadaan di mana kehamilan berlaku di luar rahim, biasanya di salah satu tiub Fallopio.
Pesakit biasanya mengadu sakit di bahagian pinggang atau pelvis dan pendarahan melalui faraj.
Kehilangan darah boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock). Kehamilan ektopik
merupakan satu kes kecemasan dan memerlukan rawatan segera.

Mereka yang menghadapi kehamilan jenis ini termasuklah mereka yang pernah menghidap penyakit
keradangan pelvis (PID), memilik sejarah kehamilan ektopik atau pernah menjalani pembedahan pada
tiub Fallopio.



Kehamilan molar

Keadaan ini dikenali juga sebagai penyakit trofoblastik atau hydatidiform mole. Ia mengakibatkan
ketumbuhan sejenis tisu yang luar biasa tetapi bukannya embrio. Rawatan biasanya dengan melakukan
pengkuretan atau pembersihan uterus. Lebih kurang 10% dari kes ini boleh menjadi kanser dan
memerlukan rawatan yang selanjutnya dengan ubat-ubatan atau dadah.

Abrupsi plasenta

Jika plasenta yang membekalkan nutrien kepada janin terpisah dari tempat asalnya ke dalam dinding
uterus (keadaan ini dipanggil abrupsi plasenta), pendarahan mungkin berlaku. Pesakit mungkin
mengalami kesakitan di bahagian abdomen dan ketegangan pada uterus.

Jika ada tanda-tanda yang ibu tersebut dalam bahaya, proses kelahiran perlu disegerakan. Jika
pendarahan semakin teruk, ibu tersebut mungkin memerlukan transfusi darah. Pembedahan Caeserean
mungkin perlu walaupun dalam keadaan tertentu proses kelahiran secara biasa boleh dilakukan. Keadaan
janinlah yang akan menentukan kesegeraaan kelahiran.

Placenta previa
Dalam keadaan ini, plasenta terletak di bahagian bawah rahim dan menutup sebahagian ataupun
kesemua pangkal rahim/serviks. Ini membahayakan ibu dan janin. Ia boleh menyebabkan pendarahan
berlebihan sebelum dan semasa kelahiran.

Jika plasenta tersebut didapati berdekatan dengan pangkal rahim tetapi tidak menutupnya dan pesakit
tidak mengalami pendarahan, beliau dibenarkan berehat di rumah sahaja. Namun begitu, pesakit
dinasihatkan supaya menelefon doktor atau hospital dengan segera jika berlaku pendarahan. Sebaliknya,
jika pendarahan tidak dapat dikawal, kemungkinan besar pembedahan Caeserean perlukan dilakukan
dengan segera untuk menyelamatkan bayi tersebut, walaupun kelahiran itu belum cukup masa (pramasa).

Proses kelahiran

Pendarahan yang banyak merupakan petanda yang seseorang itu hendak bersalin. Ia biasanya bermula
dengan terkeluarnya sedikit mukus dan darah melalui serviks.

Jika ini berlaku lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin, ia mungkin merupakan tanda-tanda kelahiran
pramasa. Maklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan dengan segera.
PLASENTA PREVIA


      Apakah Plasenta previa ?

       Semua masalah pendarahan melalui faraj adalah merbahaya kepada ibu mengandung dan ia
       memerlukan rawatan segera.

       Sebab-sebab paling utama pendarahan yang serius di akhir pertengahan kehamilan ialah
       abrupsi plasenta dan plasenta previa yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi dalam
       kandungannya.

       Penjagaan yang baik adalah sangat mustahak, seperti memasukkan pesakit ke hospital,
       menstabilkan keadaan ibu jika perlu dan merawat uri menggunakan ultrasound. Di samping itu,
       melakukan penilaian ke atas kedudukan janin dalam kandungan melalui penggunaan
       pemantauan elektronik, juga perlu untuk memantau denyutan jantung janin.Semua ini penting
       untuk menjamin keselamatan ibu dan bayi dalam kandungannya.

       Plasenta previa dikatakan terjadi apabila plasenta atau uri berada di bahagian bawah rahim
       menyebabkan bukaan pangkal rahim/servik tersekat.

       Apakah jenis-jenis plasenta previa?

       Salah satu penyebab pendarahan yang paling biasa berlaku ketika hamil ialah plasenta previa.
       Plasenta previa boleh terjadi secara lengkap, separa, pinggir, atau mendatar.

              Previa lengkap (sepenuhnya) bermaksud uri menghalang keseluruhan bukaan pangkal
               rahim
              Previa separa bermaksud hanya sebahagian uri menghalang bukaan pangkal rahim.
              Previa pinggir bermaksud uri berada sedikit sahaja di bahagian bukaan pangkal rahim
               dan tidak menghalang bukaan tersebut.
              Previa mendatar ialah keadaan di mana uri berada berhampiran dengan bukaan
               pangkal rahim.

       Previa lengkap boleh mengancam nyawa, kerana itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan
       Caesarean bagi mengelakkan pendarahan yang banyak jika cuba dilahirkan melalui saluran faraj
       biasa.


       Apakah yang sebenarnya berlaku ketika terjadinya plasenta previa?

       Plasenta ialah organ vaskular yang menempelkan janin pada dinding rahim dan
       menghubungkannya dengan ibu melalui tali pusat. Hubungan ini adalah penting kerana ia
       membolehkan oksigen dan nutrien daripada ibu sampai kepada janin. Plasenta biasanya terletak
       di satu bahagian dinding rahim berjauhan dari pangkal rahim. Sebarang gangguan ke atas uri
       akibat ditarik atau diregang akan menyebabkan saluran darah yang menghubungnya dengan
       dinding rahim akan pecah dan menyebabkan pendarahan. Oleh yang demikian, jika uri terletak
       berhampiran atau di atas bukaan pangkal rahim, saluran darah ini akan terpecah atau terputus
       menyebabkan         berlakunya     pendarahan       yang      banyak       melalui     faraj.
        Apakah penyebab plasenta previa?

        Punca sebenar plasenta previa tidak diketahui, tetapi ia lazimnya dikaitkan dengan beberapa
        faktor yang meletakkan wanita dalam keadaan berisiko tinggi (akan dibincangkan dalam
        bahagian                                 faktor-faktor                               risiko).

        Apakah faktor-faktor risiko plasenta previa?

        Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko plasenta previa ialah:

       Wanita berumur 35 tahun ke atas.
       Kehamilan kembar.
       Pernah didiagnos mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu.
       Pernah melalui pembedahan rahim termasuk D & C(pendilatan dan pengkuretan).

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, punca sebenar plasenta previa tidak diketahui. Walau
bagaimanapun, risikonya meningkat jika wanita berkenaan berumur melebihi 35 tahun, hamil kembar,
pernah mengalami plasenta previa pada kehamilan terdahulu, pernah melalui pembedahan Caesarean
dan merokok. Kesemua faktor ini mengundang bahaya terhadap bayi anda seperti kelahiran pramatang,
tumbesaran dalam kandungan terbantut dan meningkatkan risiko kematian janin sebelum atau selepas
kelahiran.

Bagaimanakah insidens plasenta previa di kalangan penduduk?

Insidens atau kejadian plasenta previa ialah satu bagi setiap 250 kehamilan. Insidens ini berganda bagi
kehamilan kembar seperti kembar dua dan tiga. Wanita berumur lebih dari 30 tahun lebih cenderung
mendapat plasenta previa.

Apakah tanda-tanda dan gejala plasenta previa?

Gejala yang lazimnya berlaku ialah:

       Pendarahan faraj yang tidak sakit.
       Renjatan (peluh dingin, kulit lembab, pernafasan cepat, kadar denyutan nadi yang cepat, rasa
        mengantuk dan tidak sedar diri).
       Bersalin pramatang (sakit di bahagian abdomen dan pengecutan rahim).

Mujurlah, plasenta previa boleh dikesan sewaktu menjalani pemeriksaan rutin ultrasound. Anda mungkin
mengalami plasenta previa buat pertama kalinya jika anda merasai satu atau kesemua gejala berikut:

       Pendarahan faraj secara tiba-tiba dan banyak tetapi tidak sakit.
       Faraj berdarah merah terang yang mungkin disebabkan oleh pengecutan rahim.
       Pendarahan berbentuk gumpalan darah beku berwarna merah keperangan atau gumpalan darah
        beku berwarna merah terang keluar dari faraj. Lazimnya terjadi di antara minggu ke 30 - 34
        kehamilan.
       Pendarahan selepas persetubuhan atau selepas pemeriksaan pelvis.
Apakah komplikasi plasenta previa?

Bayi akan menghadapi risiko yang lebih besar, oleh itu doktor anda akan melakukan kelahiran lebih awal
(selalunya pada minggu ke 38).

Beberapa komplikasi plasenta previa termasuklah:

       Pendarahan yang berlebihan selepas kelahiran

       Turisan Caesarean akan dibuat pada tempat yang sama dengan kedudukan plasenta previa
        dalam rahim untuk melahirkan bayi. Ini bermakna, uri atau plasenta tersebut dipotong pada
        waktu yang sama dengan kelahiran menyebabkan pendarahan bagi kedua-dua ibu dan bayinya.
        Doktor biasanya akan cuba mengelak dari memotong uri.

       Pendarahan berlebihan selepas kelahiran bayi dan uri
             Keadaan ini dipanggil pendarahan postpartum. Ini disebabkan kesukaran ibu yang
                menghidap plasenta previa mengecutkan bahagian bawah rahimnya. Bila ini terjadi
                pembuluh darah akan terbuka dan berdarah.
       Plasenta yang melekat secara abnormal - akreta
             Selalunya, uri jenis ini boleh berfungsi secara normal semasa hamil. Walau
                bagaimanapun, apabila tiba masanya untuk dipisahkan dari dinding uri, selepas
                kelahiran, ianya tidak dapat dilakukan. Biasanya, pembedahan histerektomi akan
                dilakukan kerana kesukaran untuk mengeluarkan uri yang boleh menyebabkan
                pendarahan.

Apakah ujian yang dilakukan untuk mengesan keadaan ini?

Ujian-ujian yang mungkin dijalankan termasuklah:

Pengimbasan ultrasound

Plasenta previa boleh dikesan melalui penggunaan peralatan ultrasound. Kebanyakan kes dapat dikesan
menggunakan teknik ini walaupun di peringkat kehamilan yang lebih awal. Jika uri menutup bahagian
bawah rahim semasa 7 bulan mengandung, diagnosis plasenta previa akan dibuat.


Apa yang perlu saya lakukan jika saya disyaki mendapat plasenta previa

Jika anda mengalami apa-apa bentuk pendarahan, laporkan kepada doktor secepat mungkin. Jika
didiagnoskan mengalami plasenta previa, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital, kerana pada saat
itu pendarahan boleh berlaku secara spontan. Rawatan terbaik untuk anda ialah berehat atau berbaring di
tempat tidur untuk mengelak pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan. Cuba elakkan dari
melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan.
Bagaimanakah plasenta previa dirawat? Bagaimanakah plasenta previa dirawat?
Rawatan Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas hanya diperlukan jika pesakit mengalami pendarahan yang teruk dan akan mendapat
renjatan. Apa yang anda perlu lakukan ialah:

                 Dapatkan khidmat kecemasan. Letakkan pesakit dalam keadaan yang selesa.
                 Tenangkan pesakit. Ia mungkin dalam keadaan cemas dan risau.
                 Memeriksa gejala renjatan pada pesakit (lihat di bawah - ia mungkin menghadapi
                  pendarahan dalaman).
                 Jika pesakit menunjukkan gejala-gejala berikut, ia mungkin menghadapi renjatan:

                          Keresahan atau kegelisahan.
                          Nadi berdenyut lemah dan pantas.
                          Kulit sejuk, lembap dan pucat.
                          Menggigil.

             o    pernafasan singkat dan pantas.
             o    pening dan terasa letih.
             o    loya atau muntah.
             o    tidak sedarkan diri.
                        Jika anda tidak dilatih untuk mengendali pertolongan cemas, bawa pesakit
                           segera ke hospital.
                        Jika anda mempunyai kemahiran melakukan pertolongan cemas, periksa
                           saluran udara, pernafasan dan edaran darah. Lakukan resusitasi
                           kardiopulmonari (CPR) jika pesakit tidak bernafas atau nadi dan denyutan
                           jantungnya tidak dapat dirasai.

Rawatan Farmakologi

Apakah jenis ubat-ubatan yang diberi bagi merawat plasenta previa?

Dadah yang digunakan untuk rawatan plasenta previa merangkumi 3:

        Kortikosteroid
        Tokolitik

Jika pesakit tidak berada di sekitar pelahiran dan janinnya berumur kurang dari 34 minggu, kortikosteroid
seperti betametason mungkin diberi untuk mempercepatkan kematangan paru-paru janin.

Kadangkala ubat tokolitik seperti magnesium sulfat atau terbutalin disyorkan untuk mengurangkan
pengecutan rahim.

Doktor akan menasihati anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang rawatan.
Rawatan bukan farmakologi

Apakah bentuk rawatan am yang diberi untuk plasenta previa?

Rawatan bergantung pada peringkat kehamilan dan jumlah pendarahan yang berlaku2.

       Jika kehamilan anda berusia 35 minggu atau lebih, doktor mungkin melakukan pembedahan
        Caesarean. Walau bagaimanapun, jika pendarahan berlaku sebelum tempoh ini, anda mungkin
        diminta untuk berehat di hospital dan diberi rawatan konservatif.
       Berbaring dan berehat di tempat tidur adalah rawatan yang terbaik untuk mengelakkan
        pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan.
       Jika kehamilan anda berada dalam minggu ke 28 atau lebih dan anda mengalami plasenta
        previa, tetapi tidak berdarah, doktor mungkin menasihat anda supaya berehat dan berhenti dari
        melakukan kerja-kerja berat. Jika pendarahan berlaku, anda mungkin dimasukkan ke hospital
        untuk dipantau dan diberi rawatan lanjutan, jika perlu.
       Anda mungkin diperiksa untuk mengesan anemia dan kesesuaian kumpulan darah sekiranya
        timbul keperluan untuk pemindahan darah.
       Jika anda mengalami pendarahan, doktor mungkin terpaksa memasukkan cecair melalui vena
        (IV) di lengan anda.
       Kadar denyutan jantung bayi anda akan dipantau dan kiraan sel darah anda akan diawasi dari
        masa ke semasa.

Apakah prognosis bagi plasenta previa?

       Bagi kebanyakan kes, plasenta previa boleh dikesan dengan tepat menggunakan teknik seperti
        ultrasound sebelum janin berada dalam keadaan bahaya. Kematian bayi dan ibu boleh
        dikurangkan jika mereka yang berisiko ini dimasukkan ke hospital dan pembedahan Caesarean
        dilakukan, jika perlu.


        Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil untuk masalah ini?
       Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak berlakunya plasenta previa ialah:
       Mengubah gaya hidup
             o Berhenti merokok
             o Elak dari mengambil alkohol semasa mengandung.
       Jika anda mempunyai sejarah plasenta previa, jagaan kehamilan yang lebih awal untuk
        kehamilan yang akan datang adalah langkah yang terbaik. Ini kerana jika plasenta previa ini
        berlaku semula ianya dapat dikesan lebih awal dan pemantauan rapi boleh dilakukan. Dengan ini
        pengurusan yang baik dapat diberi kepada ibu tersebut.
JAGAAN SEMASA MENGANDUNG

Apakah itu jagaan semasa mengandung?

Jagaan semasa mengandung merupakan khidmat yang diberi kepada ibu mengandung apabila sahaja ia
disahkan hamil. Khidmat tersebut meliputi lawatan berjadual secara berkala ke klinik ibu mengandung,
penilaian berterusan ke atas tumbesaran janin dan mengenalpasti faktor-faktor risiko yang mungkin wujud
di kalangan ibu tersebut. Pengurusan seterusnya adalah sangat penting di samping memberi pendidikan
dan nasihat kepada ibu serta keluarganya.

Jagaan ini akan berterusan sehinggalah ibu bersalin.

Apakah tujuan jagaan semasa mengandung?

Tujuannya adalah untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung itu sentiasa berada dalam keadaan
sihat. Ini dilakukan dengan memantau kehamilan dan merawat segala masalah yang timbul. Jagaan
semasa mengandung yang anda akan terima mungkin dianggap membebankan tetapi ia adalah untuk
kebaikan anda bagi mengenalpasti masalah di peringkat lebih awal. Oleh yang demikian, adalah perlu
bagi anda untuk membuat lawatan secara berkala seperti yang dinasihatkan. Pemeriksaan yang dibuat
secara tekal akan menghasilkan satu kehamilan yang sihat dan menjamin kelahiran yang selamat.

Siapakah yang memberi khidmat ini?

Bagi kebanyakan ibu, adalah lebih senang jika jagaan ini diberikan oleh doktor keluarga dan pihak
hospital. Bagi ibu-ibu yang mempunyai faktor risiko yang minima, seorang doktor, jururawat atau bidan
sudah cukup untuk memberi sebahagian besar dari khidmat jagaan ini. Di Malaysia, jagaan semasa
mengandung asas diberi oleh:

       Jururawat Masyarakat yang ditempatkan di klinik masyarakat.
       Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak yang dianggotai oleh jururawat kesihatan/jururawat
        terlatih dan jururawat masyarakat/bidan.
       Doktor, jururawat dan bidan di klinik-klinik pakar Obstetrik dan Ginekologi di hospital-hospital.
       Klinik-klinik doktor swasta.
       Klinik pakar swasta.
       Hospital bersalin swasta.
Apakah jagaan sebelum mengandung?

Jagaan sebelum mengandung merupakan jagaan yang diberi kepada wanita-wanita yang bakal menjadi
ibu yang merancang untuk hamil di masa akan datang. Taraf kesihatan am bakal-bakal ibu ini boleh
diperiksa dan usaha-usaha akan dilakukan untuk menstabilkan pengurusan sesuatu masalah yang wujud
seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang, paru-paru atau masalah-masalah
neurologi yang kronik. Implikasi atau kesan masalah-masalah ini semasa hamil ke atas ibu dan bayi akan
dibincangkan kemudian. Keimunan atau ketahanan terhadap demam cacar air atau rubella, kesan bahaya
dari pengambilan bahan-bahan tertentu seperti rokok, alkohol perlu diubahsuai. Terapi ubat-ubat tertentu
mungkin     perlu     diubah      atau    dihentikan  buat     sementara     waktu     ketika     hamil.
Pada umumnya, jagaan sebelum mengandung perlu meliputi:

       Suntikan.
       kaunseling genetik.
       pengurusan beberapa masalah perubatan.
       nasihat mengenai makanan atau diet.
       nasihat mengenai dadah, alkohol dan merokok.
       pengambilan pil perancang keluarga atau kontraseptik.
       nasihat mengenai kehamilan di masa hadapan.
       pendidikan kesihatan untuk kehamilan.

       Lawatan semasa mengandung yang pertama

        Jika ujian kehamilan anda positif, doktor atau jururawat anda akan memeriksa dan menasihatkan
        sewajarnya. Pada lawatan permulaan, sejarah atau latar belakang anda akan diambil
        sepenuhnya. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan. Beberapa pemeriksaan asas yang rutin akan
        dibuat.

       Dari sejarah yang diambil beberapa perkara berikut akan dijalankan:
              Pengiraan jangkaan tarikh kelahiran (EDD) akan dibuat. Bagi wanita yang mempunyai
                 perjalanan haid yang tekal, pengiraan ini adalah berdasarkan kepada kedatangan haid
                 yang terakhir. Anda perlu menyimpan diari kedatangan haid anda dan bawanya ke klinik
                 ketika membuat lawatan yang pertama nanti. Ini sangat penting terutamanya jika
                 kedatangan haid yang tidak menentu.
              Sejarah kehamilan sekarang seperti muntah, kesakitan atau pendarahan.
              Sejarah sakit puan (obstetrik) yang lalu yang penting, seperti:
                      o Tarikh dan tempat bersalin yang lepas.
                      o Jangka masa kehamilan, berat anak yang lahir (adakah bayi tersebut
                          dilahirkan pramatang atau beratnya kurang dari 4 kg?)
                      o Kesan-kesan ke atas janin (adakah bayi yang dilahirkan itu hidup atau
                          dilahirkan mati?
                      o Permulaan dan jangka masa pelahiran.
                      o Jenis kelahiran (adakah ia kelahiran normal, songsang, forseps, vakum atau
                          Ceasarean?).
                      o Komplikasi-komplikasi yang berkaitan seperti penyakit tekanan darah tinggi,
                          pendarahan postpartum (pendarahan selepas bersalin).
                      o Komplikasi pelahiran dan selepas bersalin.
                      o Jenis penyusuan yang diberi.
              Sejarah keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi atau tibi
           Kewujudan masalah-masalah perubatan sebelum ini.
           Sejarah pembedahan yang lalu terutamanya yang melibatkan pangkal rahim atau
            pernah mengalami D&C (pendilatan dan pengkuretan) sebelum ini.
           Sejarah sosial - seperti merokok, pengambilan dadah (yang diberikan oleh doktor atau
            yang disalahgunakan) dan alkohol.

    Apakah yang dilakukan ketika pemeriksaan fizikal?

    Pemeriksaan fizikal selalunya dilakukan oleh doktor atau jururawat semasa lawatan pertama
    dibuat. Ketinggian, berat badan dan tekanan darah ibu akan diambil. Sebarang bentuk
    keabnormalan akan direkodkan dan jantung, paru-paru serta payudara akan diperiksa.
    Pemeriksaan-pemeriksaan lain yang akan dijalankan adalah termasuk pemeriksaan gigi dan gusi
    kerana penyakit gigi dan gusi ini adalah biasa dan kemungkinan jagaan lanjut diperlukan

   Abdomen dan pelvis juga akan diperiksa untuk menentukan saiz rahim. Pemeriksaan
    menggunakan spekulum perlu dijalankan untuk mengambil calitan pangkal rahim bersama swab
    faraj bagi memeriksa kewujudan sebarang jangkitan. Beberapa perkara akan dilakukan di klinik,
    seperti:
          Pemeriksaan tekanan darah - peningkatan tekanan darah merupakan satu dari tanda-
             tanda tekanan darah tinggi ketika hamil. Ini adalah satu masalah yang serius

   Ujian air kencing untuk mengesan bahan protein (merupakan tanda praeklampsia) gula, nanah,
    darah dan lain-lain. Diabetes adalah perkara yang sangat biasa berlaku ketika hamil. Kewujudan
    gula dalam air kencing merupakan tanda pertama masalah ini.
   Berat badan - berat badan yang berlebihan mungkin disebabkan pengumpulan lemak atau
    cecair. Kurang penambahan berat badan mungkin menandakan bayi dalam kandungan tidak
    mendapat zat makanan atau nutrien yang cukup.
   Memeriksa perut - pemeriksaan abdomen dibuat untuk menentukan kedudukan bayi dalam
    kandungan; sama ada normal ataupun songsang. Periksa kedudukan kepala, sama ada ianya
    masih bebas atau telah "engage". Memeriksa saiz rahim untuk memastikan sama ada ia
    membesar mengikut tarikhnya ataupun tidak. Ini dapat dipastikan melalui palpitasi atau
    menggunakan pita ukuran untuk mengukur lilitan perut.
   Ujian-ujian darah.
   Pemeriksaan ultrasound.
Apakah pemeriksaan yang lazimnya dilakukan pada kali pertama melawat klinik?

Antaranya termasuklah:

        Anggaran paras hemoglobin - untuk menentukan anemia.
        Kumpulan jenis darah ABO dan Rhesus - adalah penting untuk mengenalpasti ibu yang
         mempunyai negatif Rhesusnya lebih awal bagi membolehkan mereka menerima anti-D globulin
         (rhogam) berikutan dari sesuatu keguguran, penamatan atau menjalani sesuatu prosedur yang
         invasif seperti amniocentesis. Penyerasian silang darah pesakit juga dilakukan sebagai langkah
         berjaga-jaga sekiranya pesakit menghadapi pendarahan yang teruk dan memerlukan
         pemindahan darah.
        Ujian serologi untuk penyakit sifilis dan VDRL (veneral disease research laboratories) - ibu yang
         seropositif untuk penyakit sifilis perlu dirujuk ke klinik pakar venerologi supaya rawatan awal
         boleh diberikan.
        Ujian serologi untuk Hepatitis B - ujian ini bukanlah rutin tetapi hanya dilakukan untuk ibu
         mengandung yang disyorkan sahaja. Bagi pembawa Hepatitis B yang positif, anggota kesihatan
         yang melakukan pemeriksaan dan kelahiran ibu tersebut perlu lebih berhati-hati.
        Di sesetengah klinik ujian saringan untuk HIV juga diljalankan.

Apakah tujuan melakukan saringan ultrasound semasa mengandung?

Di Malaysia, pemeriksaan ultrasound bukanlah sesuatu yang rutin dilakukan untuk semua ibu
mengandung. Di tempat-tempat yang memiliki kemudahan ini ianya sangat baik jika dilakukan di trimester
pertama dan pada minggu yang ke 18. Kemudian diulang, mungkin di minggu ke 34 untuk melihat
tumbesaran janin dan kedudukan uri.


Ia dilakukan apabila tarikh kedatangan haid yang terakhir tidak diketahui dan juga di kalangan pesakit
yang kedatangan haidnya tidak menentu.


Tujuan ultrasound ialah:

        Dilakukan di awal kehamilan untuk mendapat maklumat berhubung dengan jumlah janin,
         kebolehhidupannya dan untuk menentukan umur janin dengan tepat.
        Ia membantu mendiagnoskan komplikasi kehamilan lebih awal, seperti pengguguran tertinggal,
         kehamilan ektopik dan kehamilan molar.
        Ia membantu mendiagnoskan keadaan janin seperti anensefali, spina bifida dan keabnormalan
         kromosom seperti sindrom Down. Juga mengesan masalah yang mungkin wujud di penghujung
         kehamilan seperti plasenta previa juga boleh didiagnoskan.
        Pengimbasan awal boleh membantu menentukan jangkaan tarikh kelahiran.
Bagaimanakah ultrasound ini dilakukan?

Prosedur ini tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Anda hanya perlu berbaring di atas kerusi panjang
dan gel ultrasound akan disapukan ke perut anda supaya imej bayi anda akan dapat dilihat dengan jelas.
Gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi akan dihasilkan oleh kuar ultrasound dan ia digunakan untuk
menghasilkan gambar bayi. Anda akan dapat melihatnya di skrin. Gambar yang terbaik dapat dihasilkan
apabila pundi kencing anda penuh. Oleh itu anda akan diminta untuk minum lebih banyak cecair sebelum
prosedur ini dijalankan. Ini dilakukan di peringkat awal kehamilan. Di akhir kehamilan anda, rahim akan
menonjol keluar dari rerongga pelvis dan anda tidak lagi perlu mengisi pundi kencing sebegitu banyak.
Prosedur ini akan mengambil masa antara 5 minit hingga setengah jam, bergantung kepada bentuk
pengimbas.


Bagaimanakah ibu mengandung yang berisiko dapat dikenalpasti?

Jagaan ibu mengandung yang berkala dan tekal seharusnya dapat mengenalpasti mana-mana ibu hamil
yang berisiko.

Faktor risiko selalunya dikaitkan dengan:

        umur dan pariti (jumlah anak yang berjaya dilahirkan hidup).
        faktor yang menunjukkan umur janin yang tidak pasti.
        Faktor-faktor yang terdapat pada sejarah kehamilan masa lalu yang ada kaitannya dengan
         kematian janin dan penyakit-penyakit tertentu.
        Masalah-masalah kesihatan ibu mengandung seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit
         buah pinggang, masalah jantung yang boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan. Pada
         masa yang sama meletakkan ibu berkenaan dalam ketegori mereka yang berisiko tinggi.

Bagi ibu-ibu yang berisiko tinggi ini jagaan semasa mengandung perlu dikongsi bersama dengan doktor
swasta ataupun hanya diletakkan di bawah jagaan pakar-pakar dalam satu pasukan di hospital.

Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan semasa mengandung?

Di setiap lawatan:

        Pesakit akan ditanya mengenai keadaan kesihatan amnya terutamanya mengenai selera makan,
         loya, muntah, mabuk hamil, masalah usus yang berkaitan, kesakitan dalam abdomen atau
         pendarahan melalui faraj.
        Pesakit akan ditimbang. Puratanya berat badan seorang ibu mengandung harus meningkat pada
         kadar 0.5 kg setiap minggu antara minggu ke 15 hingga minggu ke 38.

        Tekanan darah akan diambil setiap kali lawatan. Hanya bacaan sebelum minggu ke 12 sahaja
         yang memberi garis dasar tekanan darah yang betul.
        Kaki dan buku lali akan diperiksa untuk melihat sama wujudnya sembab (bengkak) ataupun tidak
         yang selalunya disebabkan oleh pembendungan air dan garam. Ini juga menunjukkan adanya
         masalah lain yang lebih serius seperti penyakit jantung atau buah pinggang, praeklampsia atau
         anemia yang teruk.
Ujian-ujian yang dilakukan secara rutin di setiap lawatan ialah:

        Sampel air kencing - ujian batang celup selalunya digunakan untuk mengesan bahan protein dan
         gula dalam air kencing. Jika terdapatnya bahan protein yang berterusan dalam air kencing atau
         jika pesakit menunjukkan gejala jangkitan saluran kencing, sampel air kencing yang di tengah-
         tengah akan diambil untuk pemeriksaan kultur.
        Paras hemoglobin juga akan diperiksa setiap bulan. Ibu mengandung digalakkan mengambil pil
         zat besi dan asid folik tambahan. Bagi ibu yang memiliki paras hemoglobin kurang dari 10 gml
         perlu disiasat lebih lanjut dengan menjalani pemeriksaan gambaran darah lengkap, air kencing
         untuk kultur dan najis untuk ujian ova dan sista.
        Ibu mengandung yang negatif rhesus (D) tanpa antibodi pada lawatan pertama mereka perlu diuji
         sekali lagi pada minggu ke 28 dan minggu ke 34 - 38. Jika antibodi rhesus dikesan pada lawatan
         yang pertama atau berlaku ketika hamil, ujian-ujian antibodi seterusnya perlu dilakukan lebih
         kerap dan diberi rawatan yang sepatutnya. Mereka juga perlu dirujuk kepada doktor pakar.

Apakah harapan ibu mengandung ke atas khidmat jagaan semasa mengandung selepas 28 minggu
kehamilan?

Apabila kehamilan itu meningkat, beberapa perkara menjadi semakin penting. Antaranya ialah:

        Penambahan berat badan merupakan petanda keseluruhan kesejahteraan ibu dan bayi dalam
         kandungannya.
        Saringan untuk mengesan praeklampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung) kerana
         keadaan ini boleh membawa komplikasi yang serius kepada ibu dan kandungannya. Kewujudan
         protein, walaupun sedikit, dalam air kencing (proteinuria) adalah satu petanda yang penting.
        Pengukuran ketinggian fundus boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan saiz janin
         dan tumbesarannya.
        Palpitasi rahim boleh diguna untuk menentukan:
             o Kedudukan janin (kekaitan paksi membujur janin dengan ibunya). Perubahan pada
                   kedudukan adalah perkara biasa selepas minggu ke 32 bagi wanita yang mengandung
                   kali pertama dan selepas minggu 36 bagi ibu yang telah biasa mengandung.
             o Presentasi janin seperti songsang.
             o Engagemen (apabila kedudukan janin telah menurun ke bahagian pelvis) janin ketika
                   lawatan susulan.

Rahim lebih besar dari tarikhnya dan juga sama ada terdapat lebih dari satu janin. Ini boleh dipastikan
melalui pengimbasan ultrasound


        Penilaian pergerakan janin boleh digunakan sebagai panduan kasar untuk menentukan keadaan
         kesihatan janin. Carta gerakan janin atau carta tendangan selalunya digunakan oleh ibu-ibu
         untuk memantau gerakan janin mereka sendiri. Ibu-ibu boleh mula menggunanya selepas
         minggu ke 34.
        Pemeriksaan ultrasound yang bersiri perlu dilakukan untuk ibu yang berisiko tinggi seperti
         mereka yang menghadapi masalah perubatan untuk memantau tumbesaran janin mereka.
        Sebarang pendarahan selepas 28 minggu kehamilan perlu diberi perhatian yang serius dan perlu
         disiasat untuk memastikan puncanya. Penyebab pendarahan yang berlaku dalam semester
         ketiga adalah termasuk plasenta previa dan abrupsi plasenta (pautkan ke topik berkenaan).
         Kedua-dua masalah ini memerlukan rujukan segera kepada pakar untuk rawatan selanjutnya.
Apakah yang diharapkan dari jagaan ibu mengandung ini?

Kebanyakan ibu akan melalui satu pengalaman kehamilan yang tidak menarik. Jika timbulnya masalah
yang membahayakan ibu dan kandungannya, kelahiran awal adalah disyorkan. Oleh itu, adalah penting
untuk memastikan adanya kemudahan pediatrik sebagai khidmat sokongan. Jika boleh, adakan
kemudahan unit jagaan intensif untuk neonatal atau kemudahan nurseri jagaan khas bagi menampung
keperluan ibu-ibu mengandung yang berisiko tinggi untuk bersalin.

Apakah masalah-masalah yang selalunya dihadapi di awal kehamilan?

Masalah-masalah biasa yang berlaku ketika kehamilan ialah:

       Mabuk hamil
           o Ia selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau
               13. Kadangkala ia berlarutan melepasi minggu ke 13.
           o Ia mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah
               semasa hamil. Inilah yang menyebabkan mabuk hamil.
           o Tidak seperti loya yang dikaitkan dengan sesuatu penyakit, loya mengandung
               meningkat apabila perut kosong. Untuk mengelakkan keadaan ini, makanlah lebih kerap
               tetapi sedikit-sedikit. Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari
               tempat tidur. Elakkan dari makanan yang berlemak dan berempah. Pastikan pengaliran
               udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.

       Sembelit
            o Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu perlahan melalui
                sistem penghadaman disebabkan oleh kesan progestron, iaitu sejenis hormon yang
                meningkat ketika hamil. Progestron akan mengendurkan otot usus. Oleh yang demikian
                ia memperlahankan pergerakan bahan makanan.
            o Minumlah lebih banyak air dan tambahkan lebih banyak serat dalam makanan seperti
                buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian.
            o Anda perlu elak dari mengambil julap semasa hamil.
       Pedih hulu hati
            o Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di
                bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.
            o Ubat antasid boleh membantu melegakan pedih hulu hati ini. Ingat bahawa anda perlu
                mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini.

       Sakit Belakang
            o Berat badan bayi dalam kandungan menyebabkan perubahan kepada pusat graviti.
                Keadaan belakang akan diburukkan lagi jika anda mempunyai postur yang tidak baik.
            o Untuk mengurangkan sakit belakang:
            o Pakai kasut tumit yang rendah.
            o Ampukan belakang anda apabila duduk.
            o Tidur di atas tilam yang keras.
            o Berjumpa doktor anda jika sakit belakang menjadi semakin teruk.
   Buasir
        o    Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk semasa hamil
             dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin berdarah semasa hamil.
        o    Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir tersebut.
        o    Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan ubat untuk
             buasir.



   Tidak dapat tidur (insomnia)
        o Kesukaran untuk tidur di waktu malam disebabkan oleh naik turunnya emosi
            mengandung.
        o Elakkan dari makan terlalu banyak sebelum tidur. Cuba tidur dalam kedudukan yang
            lebih selesa.
        o Jika perlu, elak dari mengambil ubat penenang atau ubat tidur semasa mengandung.
            Ubat penenang dan pil tidur ini boleh membahayakan anak dalam kandungan.
            Dapatkan nasihat doktor jika anda benar-benar memerlukannya ketika anda sedang
            mengandung.



   Gatal-gatal
        o Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan
            tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak
            zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut.
        o Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal
            yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu
            anda tidur di waktu malam.



   Sembab/bengkak di kaki dan buku lali
       o Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan lazimnya tidak
          diperlukan.
       o Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar. Jika sembab
          menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.



   Vena varikos
       o Vena varikos selalunya terjadi di kaki. Di kalangan sesetengah wanita ia berlaku di bibir
            faraj.
       o Elakkan dari berdiri terlalu lama
       o Gunakan stoking untuk melegakan keadaan.
       o Kekejangan kaki
       o Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan kalsium
       o Biasanya dirawat dengan tablet kalsium.
   Serangan pengsan
   Selalunya berlaku dalam minggu ke 28 yang pertama dan seringkali disebabkan postur.
    Pembesaran rahim menekan saluran aorta dan vena cava yang merupakan saluran darah besar
    terletak di belakang rahim. Pengurangan pengaliran darah balik ke jantung akan berlaku jika
    anda bangun secara tiba-tiba.
   Tukar postur anda secara perlahan-lahan untuk mengelak dari masalah ini.
   Kerap membuang air kecil
   Ini kerapkali berlaku di awal kehamilan disebabkan pembesaran rahim yang memberi tekanan ke
    atas pundi kencing.
   K eadaan ini tidak memerlukan rawatan.
   Terasa sakit, kerap membuang air kecil dan bangun pada waktu malam lebih dari sekali mungkin
    merupakan tanda jangkitan saluran kencing yang sangat biasa semasa mengandung.
   Peningkatan lelehan dari faraj.
   Ini disebabkan oleh peningkatan rembesan yang dihasilkan oleh pangkal rahim.
   Terasa kebas dan berdenyut-denyut di jari-jari?

    Ini boleh diatasi melalui fisioterapi dan senaman
PENJAGAAN SELEPAS MENGANDUNG


Apa akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit jantung semasa hamil?

Penyakit jantung boleh membebankan kehamilan. Perubahan peredaran darah akan menambahkan lagi
bebanan pada jantung. Semasa hamil, jantung bekerja dengan lebih kuat dari biasa untuk membekalkan
oksigen dan juga nutrien terutamanya kepada bayi di dalam kandungan. Di pertengahan kehamilan,
jantung bekerja 50% lebih keras berbanding jantung wanita yang tidak hamil. Mujurlah jantung yang sihat
dan normal masih mampu mengatasi bebanan yang meningkat yang disebabkan oleh kehamilan. Tetapi
bagi jantung yang bermasalah atau berpenyakit, ia tidak mungkin dapat menahan bebanan ini. Oleh
sebab itu, wanita yang mempunyai masalah jantung perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor
sebelum mengambil keputusan untuk mengandung.

Apakah penyebab penyakit jantung semasa hamil?

    1.      penyakit jantung kongenital (wujud sejak lahir) ataupun perolehan (diperolehi selepas
         dilahirkan).

    2.     ubat yang digunakan mungkin menyebabkan kegagalan jantung untuk memampasi fungsinya,
         seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelahiran pramatang.

    3.     masalah yang berkaitan dengan jantung yang mungkin berlaku pada wanita yang sihat seperti
         komplikasi praeklampsia dan juga sesetengah jenis penyakit kardiomiopati (kelemahan otot
         jantung).

Penyakit jantung reumatik

Pada penyakit ini, injap jantung yang menyempit atau mengalami kecacatan menimbulkan masalah.
Peningkatan kadar denyutan jantung, penambahan isipadu darah dan bebanan kerja yang berlaku
semasa hamil akan memburukkan lagi keadaan berbanding dengan kehamilan yang sihat dan normal.

Penyakit jantung kongenital

Jika kecacatan jantung yang dihidapi itu tidak mewujudkan sebarang gejala sebelum kehamilan, maka
kehamilan ini tidak akan banyak menimbulkan masalah. Walau bagaimanapun, jika kecacatan itu
memberi kesan pada bahagian kanan jantung dan juga paru-paru, pesakit mungkin akan jatuh pengsan
atau meninggal dunia selepas kelahiran. Ini kerana ibu tersebut mungkin menghadapi sianosis (tidak
cukup oksigen) yang disebabkan oleh gangguan pada proses pengoksigenan darah. Ibu tersebut mungkin
tidak menerima oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya semasa pelahiran.
Prolaps injap mitral
Pada penyakit ini, gejalanya termasuklah:

       deruan jantung.
       Debaran.
       rentak jantung yang tidak seragam.

Apakah faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit jantung semasa hamil?

Wanita yang telah menghidap penyakit jantung sebelum ia hamil berisiko tinggi untuk menghadapi
kesulitan semasa mengandung. Terdapat beberapa faktor lain yang boleh memburukkan lagi gejala dan
komplikasi. Antaranya:

       jangkitan.
       tekanan darah tinggi.
       Kegemukan.
       kehamilan kembar.
       anemia (masalah kurang darah).
       gangguan rentak jantung.
       Hipertiroidisma
       Bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah jantung, kehadiran faktor- faktor risiko ini
        boleh meningkatkan risiko untuk mendapat masalah berkaitan dengan jantung semasa hamil.

        Penyusuan susu ibu

        Sejurus selepas bersalin, suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil,
        terutamanya jika wujudnya masalah sebelum ini, seperti praeklampsia atau pendarahan yang
        banyak. Jika ibu melalui pembedahan episiotomi, atau kelahiran tersebut telah menyebabkan
        berlakunya koyakan pada faraj, maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada
        di hospital. Nasihat mengenai senaman dasar pelvis dan mengempiskan perut mungkin akan
        diajar kepada ibu bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga. Setelah keluar
        dari hospital, pemeriksaan akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia
        membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi. Ibu juga akan ditanya
        mengenai lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang
        seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih.

        Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik
        untuk pemeriksaan terakhir. Berat badannya akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya
        akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas
        perhatian. Pada masa yang sama, bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ianya juga sihat.
        Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing. Payudara,
        abdomen dan jahitan jika ada, akan diperiksa. Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk
        memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda dan PAP smear akan diambil jika telah sampai
        masanya. Ibu boleh berbincang dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.
           Senaman selepas bersalin

           Selepas bersalin perut ibu akan mengeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang
           teregang di abdomen. Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan
           membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj. Senaman
           juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas. Senaman untuk
           menguatkan dasar pelvis adalah antara senaman-senaman yang penting yang perlu diamalkan
           oleh ibu-ibu. Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum.
           Oleh yang demikian, adalah mustahak kedudukan organ-organ ini dipulihkan kembali setelah
           mengalami kelasakan bersalin.



          Lelehan dari faraj

           Berikutan kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang dipanggil lokia. Ianya kelihatan
           seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa hari dan
           beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti dalam seminggu dua. Gunakan lampin bersalin
           atau tuala lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang keluar dengan banyak itu
           kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan
           di awal-awal minggu selepas bersalin. Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk
           kembali ke saiz asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia akan terasa organ
           tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.

           Kesakitan

       Jika perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan
       atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan
       kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais
       (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencurahkannya dengan air
       suam. Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian
       sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapkannya. Jangan memegang pengering
       rambut itu terlalu dekat dengan kulit. Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air.
       Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.

Diet

Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam
selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu.
Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak
kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman. Jangan berdiet apabila anda menyusu anak
dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.
Kemurungan selepas bersalin (meroyan)

Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali
sebagai "muram hari ketiga" (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan
penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang
berlaku di dalam badan. Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu
berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan
selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan
tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan.
Gejalanya:

       Terasa sedih dan sugul.
       Kerengsaan dan keletihan.
       Tidak boleh tidur.
       Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas
        perbuatan tersebut.

Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan
ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak
bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk
sekali tetapi tidak kepada yang lain.

Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan. Jangan menidakkan
keadaan ini. Anda memerlukan pertolongan. Semakin cepat anda mendapat pertolongan semakin
cepatlah anda terlepas dari seksaan ini dan mampu mengembalikan kehidupan anda seperti biasa.
    PREMATURE BABIES / KELAHIRAN PRAMATANG



Pengenalan

Kelahiran pramatang juga dikenali sebagai kelahiran sebelum masa atau tidak cukup bulan. Ia merujuk
kepada bayi yang dilahirkan sebelum usia kandungannya mencukupi 37 minggu - 40 minggu. Lazimnya,
sesuatu kelahiran itu dianggap pramatang apabila bayi dilahirkan sebelum mencapai tempoh 37 minggu
kehamilan (1) .

Keguguran pula ditakrifkan sebagai kehilangan janin sebelum usia kandungannya mencapai tempoh 20
minggu.

Bagi kes kelahiran pramatang, usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan
organ dalam janin yang sedang berkembang, terutamanya paru-paru. Kematangan organ ini pula akan
menentukan peluang untuknya hidup (mandiri).

Jadual di bawah ini menunjukkan peratusan peluang untuk hidup bagi bayi di Amerika Syarikat yang
dibuat anggarannya pada akhir tahun 1990. Di Malaysia, usia kandungan yang dianggap "selamat" bagi
bayi ialah lebih dari 32 minggu.

                Usia kandungan semasa kelahiran,
                                                                      Kadar kemandirian
             merujuk kepada kitaran haid yang terakhir
                       21 minggu atau kurang                               0%

                             22 minggu                                   0 - 10 %

                             23 minggu                                   10 - 35 %

                             24 minggu                                   40 - 70 %

                             25 minggu                                   50 - 80 %

                             26 minggu                                   80 90 %

                             27 minggu                                   > 90 %

                             30 minggu                                   > 95 %

                             34 minggu                                   > 98 %
Asas Saintifik

Bagi kehamilan yang normal, janin biasanya mengambil masa selama 37 minggu - 40 minggu untuk
membesar dengan sempurna. Malangnya, dalam keadaan tertentu, seseorang wanita itu mungkin
melahirkan bayinya sebelum usia kandungan mencapai 40 minggu. Keadaan inilah yang dikenali sebagai
kelahiran pramatang.

Seperti yang tertera pada jadual di atas, risiko kematian adalah sangat tinggi jika bayi dilahirkan sebelum
23 minggu, tetapi peluang untuknya hidup akan meningkat dengan meningkatnya usia sesuatu
kandungan.

Kematian bayi pramatang lazimnya disebabkan oleh penyakit 'Respiratory Distress Syndrome' (RDS).
RDS terjadi apabila surfaktan paru-paru berkurangan. Surfaktan ini merupakan sejenis bahan yang
dikeluarkan oleh sel-sel yang melapisi alveolus paru-paru bagi menghalang dinding-dinding alveolus dari
melekat sesama sendiri. Penghasilan surfaktan dalam paru-paru janin akan meningkat mengikut usia
kandungan dan ia mencapai tahap yang mencukupi menjelang 36 minggu kehamilan untuk membolehkan
paru-paru berfungsi dengan normal. Didapati, 35-50% daripada keseluruhan bayi yang lahir pada usia
kandungan 27-31 minggu akan mengalami RDS.

Penyebab

Dari sudut perubatan, penyebab utama bagi kelahiran pramatang ialah :

        Iatrogenik (kelahiran dicetuskan atas-sebab-sebab perubatan)
        Jangkitan kuman
        Selaput amnion yang melindungi janin pecah sebelum masanya
        Hamil kembar
        Polihidramnios (cecair amnion yang terlampau banyak)
        Kematian janin dalam rahim
        Janin abnormal (cacat)
        Struktur rahim yang abnormal (luar biasa)
        Pangkal rahim lemah/terjejas fungsinya

Faktor - faktor risiko

Terdapat banyak faktor risiko yang boleh meningkatkan kejadian kelahiran pramatang. Antara faktor-faktor
itu ialah:

        Selaput amnion yang pecah sebelum masanya (Premature Rupture of the membranes - PROM)
         Kira-kira 2/3 dari kelahiran pramatang yang berlaku adalah berpunca dari PROM.
        Hamil kembar: Saiz rahim adalah salah satu faktor yang menentukan waktu bersalin. Rahim ibu
         hamil yang lebih besar dari biasa akan meningkatkan risiko pengecutan rahim (sakit bersalin)
         lebih awal dari waktunya. Kadar kelahiran pramatang bagi ibu-ibu yang hamil kembar ialah
         sebanyak 50%.
        Polihidramnios (berlebihan cecair dalam rerongga amnion ) juga boleh menyebabkan rahim
         mengembang dan menjadi lebih besar. Dengan itu meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
        Keabnormalan pangkal rahim, rahim dan uri
            o    Abrupsi plasenta iaitu pemisahan sebahagian dari uri atau sepenuhnya daripada
                 dinding rahim, menyebabkan rahim mudah rengsa dan mengecut yang akhirnya
                 membawa kepada kelahiran pramatang.
             o Plasenta previa (kedudukan uri yang rendah) juga cenderung ke arah menyebabkan
                 rahim mengecut lebih awal.
             o Pangkal rahim yang lemah pula akan menyebabkan bukaan rahim tidak dapat menutup
                 dengan sempurna. Ini akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
             o Uterus bikornu (hujung bahagian atas rahim terpisah dua). Dalam keadaan begini risiko
                 kelahiran pramatang adalah setinggi 80%.
             o Mioma rahim atau fibroid (ketumbuhan benigna dalam rahim) juga meningkatkan risiko
                 kelahiran pramatang.
       Fibronektin Faraj (fFN) Ia merupakan sejenis bahan glikoprotein yang dihasilkan oleh janin yang
        membantu mengikat sel-sel itu sekali. Ini akan mengekalkan kedudukan uri terlekat pada dinding
        rahim. Jumlah fFN yang semakin banyak dalam rembesan servikovagina boleh menjadi petanda
        kepada kelahiran pramatang.
       Umur dan Bangsa Pesakit yang lanjut usia lebih cenderung mengalami kelahiran pramatang.
        Bangsa kulit hitam juga lebih berisiko mengalami kelahiran pramatang.
       Pernah Mengalami Kelahiran Pramatang Jika ibu pernah melahirkan bayi pramatang sebelum ini,
        risikonya untuk mengalami keadaan yang serupa amat tinggi pada kehamilan seterusnya.
       Jangkitan kuman

Jangkitan pada saluran bukan-pembiakan

            o   Bakteriuria asimptomatik iaitu air kencing yang mengandungi bakteria, tetapi pesakit
                tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan. Keadaan ini berkait rapat dengan
                kejadian kelahiran pramatang.
            o   Pielonefritis akut yang tidak dirawat iaitu sejenis jangkitan bakteria pada buah pinggang.
                Risiko untuk mengalami kelahiran pramatang bagi ibu-ibu yang mendapat jangkitan ini
                ialah sebanyak 30%.
            o   Pneumonia - risiko kelahiran pramatang ialah sebanyak 25%.

Jangkitan saluran pembiakan

            o   Jangkitan oleh Treponema pallidum (sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit
                sifilis). Keadaan ini berkait rapat dengan kejadian kelahiran pramatang.
            o   Sifilis primer atau sekunder yang tidak dirawat - kadar kelahiran pramatang bagi
                keadaan ini ialah sebanyak 50%.
            o   Jangkitan gonokokus (penyebab gonorea). Ia dikaitkan dengan peningkatan kejadian
                kelahiran pramatang
            o   Vaginosis bakteria (apabila flora faraj yang normal digantikan dengan bakteria lain).
                Keadaan ini juga dikaitkan dengan peningkatan kejadian kelahiran pramatang.
            o   Jangkitan cecair amnion (selaput amnion masih kekal)
                Ruang dalam selaput amnion yang biasanya steril (bebas kuman) boleh dijangkiti dan
                membiakkan pelbagai jenis organisma dan ini akan menyebabkan berlakunya
                pengecutan rahim lebih awal.
            o   Iatrogenik (kelahiran yang dicetuskan atas sebab-sebab perubatan)
                Cetusan kelahiran mungkin terpaksa dilakukan atas sebab-sebab perubatan. Sebagai
                contohnya, bagi ibu-ibu yang menghidapi praeklampsia yang serius (darah tinggi) atau
                eklampsia, bayi terpaksa dilahirkan lebih awal untuk menyelamatkan nyawa ibu.
Faktor risiko untuk kelahiran pramatang

                                            Kadar risiko relatif (berasaskan perbandingan dengan
                         Faktor
                                                          wanita yang tidak berisiko)
        Kehamilan kembar                                            6-7
        Kelainan pada rahim                                        2-10
        Fibronektin faraj                                           3-7
        Bangsa kulit hitam                                           2
        Sejarah kelahiran pramatang                                  2
        Vaginosis bakteria                                           2
        PH faraj > 4.5                                               2

Insidens

Kelahiran pramatang hanya merangkumi 10% dari keseluruhan kehamilan. Di United Kingdom, kejadian
kelahiran pramatang ialah lebih kurang 7% tetapi di banyak negara membangun, angka ini lebih tinggi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala pelahiran yang normal biasanya merangkumi salah satu dari yang berikut:

         Pengecutan rahim yang biasa
         Wujudnya "show" (rembesan lendir dan darah ketika hampir hendak bersalin)
         Lelehan cecair ("kantung air" pecah)

Bagaimanapun, sebelum berlakunya sesuatu kelahiran pramatang, beberapa tanda dan juga gejala akan
timbul. Ia membayangkan bahawa satu kelahiran yang tidak dijangka akan berlaku. Tanda-tanda yang
berkaitan adalah termasuk :

         Kekejangan atau pengecutan seakan-akan kesakitan semasa haid.
         Rembesan faraj semakin banyak dan berubah sifat
         Rembesan lendir dan darah
         Kesakitan di bawah bahagian belakang badan
         Mengalami tekanan di bawah bahagian belakang badan, pelvis, abdomen dan juga peha
         Kebocoran cecair amnion
Komplikasi

Kelahiran pramatang ialah punca utama kematian dan kecacatan pada bayi yang baru lahir.

Kebanyakan komplikasi yang terjadi akan memberi kesan pada bayi yang baru lahir. Ini adalah kerana
perkembangan organ mereka masih belum sempurna terutamanya paru-paru yang sangat penting untuk
bernafas.

Terdapat juga pelbagai masalah lain yang boleh memberi kesan pada bayi pramatang. Sesetengah dari
masalah yang akan timbul termasuklah :

       "Respiratory Distress Syndrome" (RDS)

 Kekurangan surfaktan dalam paru-paru bayi pramatang akan menyebabkannya sukar untuk bernafas. Di
dapati seramai 35 - 50% bayi yang lahir pada usia kandungan 27 - 31 minggu akan mengalami RDS. Bayi
yang mengalami masalah ini perlu diberi bantuan oksigen untuk bernafas dan fungsi-fungsi badan yang
penting hendaklah sentiasa diawasi.

       Hipotermia (suhu badan di bawah paras normal)

  Kehilangan haba tubuh yang banyak kerana bayi pramatang biasanya mempunyai keluasan permukaan
badan lebih banyak dari berat badannya. Ia juga tidak mempunyai kandungan lemak bawah kulit dan
"lemak perang" yang mencukupi. Lemak bawah kulit bertindak sebagai penebat, manakala lemak perang
mempunyai kadar metabolisma yang tinggi untuk menghasilkan tenaga haba.

Bayi berkenaan perlu diletakkan dalam inkubator untuk memanaskannya atau ditempatkan dalam ruang
yang mempunyai suhu persekitaran yang sentiasa tinggi (suhu terbaik ialah di antara 25 - 270C atau 76 -
80oF)

       Mudah dijangkiti kuman

Bayi mungkin dijangkiti kuman jika ia menunjukkan gejala-gejala berikut:

             o   Enggan makan
             o   Kelesuan
             o   Demam
             o   Hipotonia (otot menjadi kendur)
             o   Apnea (Pernafasan terhenti untuk seketika)

Sampel kultur bakteria perlu diambil dan diuji terlebih dahulu sebelum bayi diberi rawatan antibiotik.
Refleks untuk menyusu dan batuk bagi bayi-bayi pramatang adalah lemah. Oleh yang demikian, makanan
yang terkeluar semula seperti muntah/jeluak susu mudah tersedut ke dalam paru-paru dan boleh
menyebabkan pneumonia.
        Jaundis

  Jaundis atau hiperbilirubinemia berlaku apabila paras bilirubin (sejenis pigmen hempedu) dalam darah
meningkat. Bayi biasanya menunjukkan tanda-tanda kulit atau mata putih berwarna kekuningan. Dalam
keadaan normal, bilirubin diproses di dalam hati dan seterusnya dihantar ke usus dan di buang melalui
najis. Oleh kerana bayi pramatang tidak mempunyai organ yang lengkap atau sempurna, maka bilirubin
tersebut tidak boleh diproses atau dibuang sepenuhnya

Apabila paras bilirubin dalam darah bayi meningkat terlalu tinggi, rawatan yang sering diberi kepada bayi
ialah fototerapi. Fototerapi ialah teknik rawatan yang menggunakan sejenis cahaya khas (sinaran Ultra
Ungu - UV). Bayi diletakkan di bawah sinaran UV tersebut dan sinaran ini dapat membantu memecahkan
bilirubin. Dengan itu, paras bilirubin darah akan menurun. Ini sangat penting kerana paras bilirubin yang
terlalu tinggi boleh menjejaskan otak bayi dan membawa kepada kerencatan akal.

        Apnea

 Apneaialah keadaan di mana penafasan terhenti buat seketika untuk selama 15 hingga 20 saat. Bayi
yang mengalami apnea juga selalunya pucat dan kadar degupan jantungnya menurun. Rawatan masalah
apnea ini termasuklah pemberian dadah untuk merangsang pernafasan. Rawatan lain yang boleh
diberikan termasuklah penggunaan oksigen bertekanan dan mesin bantuan pernafasan untuk
meningkatkan penafasan bayi.

        Ketidakupayaan menghisap susu ibu

 Ketidakupayaan untuk menghisap susu badan juga merupakan masalah biasa yang dialami bayi
pramatang. Pernafasannya yang terganggu (tidak selaras) melemahkan keupayaannya untuk menghisap
puting dan ini akan menjejaskan lagi keadaannya.

        Pendarahan intrakranium (pendarahan dalam tengkorak kepala)

 Imbasan ultrasound mungkin dapat membantu menentukan kewujudan dan kedudukan sebenar
pendarahan intrakranium. Bayi yang mengalami pendarahan intrakranium biasanya menunjukkan gejala-
gejala serangan apnea, hipotonia atau terjejasnya gerakan tangan dan kaki secara spontan.



        Anemia (kekurangan sel darah merah)

Bayi pramatang lazimnya mendapat anemia kerana jangka hayat sel darah merah mereka adalah pendek
dan pengeluarannya pula adalah perlahan.
Ujian - Ujian

Tidak ada ujian tertentu untuk kelahiran pramatang. Ujian hanya akan dibuat atas sebab-sebab yang
munasabah atau bagi ibu-ibu yang berisiko. Sebagai contoh, imbasan ultrasound dapat mengesan faktor-
faktor risiko kelahiran pramatang iaitu kehamilan kembar, kandungan bendalir amnion yang berlebihan
(polyhydramnios) atau rahim yang abnormal.

Kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang hanya dapat dipastikan apabila pangkal rahim membuka
lebih awal (sebelum tarikh kelahiran sebenar) dan langkah-langkah pencegahan yang telah diambil gagal
untuk menghentikan kelahiran tersebut.

Pemantauan

Apabila seseorang ibu hamil menunjukkan tanda-tanda dan gejala kelahiran pramatang seperti
pengecutan rahim yang berulang-ulang dan pangkal rahim membuka (melebihi 3 cm) disertai dengan
penipisan pangkal rahim, ibu berkenaan perlu diawasi dalam hospital yang mempunyai NICU sebagai
persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang.

Jika penggunaan agen tokolitik, rehidrasi dan berehat tidak dapat menghentikan pelahiran, maka
persiapan untuk kelahiran bayi pramatang perlu dibuat.

Kelahiran bayi pramatang secara biasa akan mengurangkan kecederaan atau trauma yang mungkin di
hadapi kelak. Seorang pakar kanak-kanak perlu hadir ketika kelahiran, untuk menguruskan bayi
berkenaan sebaik sahaja ia dilahirkan.

Lazimnya, bagi kes-kes kelahiran pramatang, bayi memerlukan lebih perhatian berbanding ibunya. Ini
adalah kerana bayi yang lahir pramatang menghadapi cabaran yang lebih besar untuk terus hidup
berbanding dengan bayi yang normal.

       Jaundis, masalah pernafasan dan kesukaran untuk disusukan dengan susu badan adalah di
        antara masalah yang paling lazim dihadapi oleh bayi pramatang. Mereka biasanya perlu
        ditempatkan di dalam inkubator untuk beberapa waktu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
       Ibu bapa kepada bayi pramatang ini perlu diberitahu tentang semua masalah yang mungkin
        dihadapi oleh anak mereka kelak dan kaunseling perlu diberikan kepada mereka sebagai
        persediaan untuk menghadapi situasi tersebut.

Prognosis

Prognosis atau jangkaan peluang untuk bayi itu hidup biasanya bergantung kepada usia kandungan
semasa kelahiran. Semakin kurang kematangan bayi, semakin sukar untuknya hidup. Walau
bagaimanapun, dengan bantuan teknologi moden, prognosis bagi seseorang bayi pramatang itu adalah
lebih baik.
Pencegahan

Wanita yang berisiko untuk mendapat kelahiran pramatang perlu dikenal pasti dan didaftarkan dalam
program pranatal khas.

Wanita-wanita ini perlu diajar bagaimana hendak mengenali tanda-tanda awal pelahiran pramatang
seperti yang disenaraikan di bawah ini dan melaporkan kepada doktor sekiranya mereka mengalaminya.
Wanita-wanita ini juga perlu mengelak dari melakukan aktiviti atau kerja berat dan banyakkan berehat.
Mereka juga sepatutnya mengurangkan rangsangan seksual semasa hamil kerana hormon yang
dihasilkan ketika itu akan menyebabkan pengecutan rahim.

        Tanda-tanda awal pelahiran pramatang:
        Pengecutan rahim dan kekejangan pelvis semakin meningkat
        Rembesan faraj atau pendarahan yang luar biasa
        Kebocoran cecair amnion
        Sakit belakang

Jadual lawatan antenatal bagi mereka yang berisiko ialah seperti berikut:

Dari tempoh 22 minggu hingga 32 minggu kehamilan, wanita yang berisiko perlu diperiksa setiap 1 hingga
2 minggu. Ketika lawatan ini, perkara-perkara berikut akan diperiksa:

        Berat badan
        Tekanan darah
        Paras gula dan albumin dalam air kencing
        Ukuran ketinggian fundus rahim
        Degupan jantung janin

Pesakit perlu diingatkan mengenai tanda-tanda pelahiran pramatang dan diberi kaunseling mengenai diet
(pemakanan). Pemeriksaan faraj mungkin dilakukan untuk mengesan jangkitan faraj atau sebarang
perubahan pada pangkal rahim.

Secara amnya:

Tiada pencegahan yang khusus bagi mengelak kelahiran pramatang dari berlaku. Tetapi, beberapa
langkah boleh diambil untuk mengurangkan risikonya:

        Jika boleh, rawat sebarang masalah yang mungkin timbul seperti jangkitan kuman dan pangkal
         rahim yang lemah dan sebagainya (sekiranya didiagnos awal)
        Mengurangkan aktiviti harian untuk wanita yang hamil kembar. Ini dapat mengurangkan risiko
         pengecutan rahim.
        Hentikan gaya hidup yang tidak baik seperti merokok dan tabiat meminum minuman keras
         semasa hamil.
    RUAM LAMPIN

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami
kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi
merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di
bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,
kelangkang dan peha.

Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

Gejala-gejala Ruam Lampin

       Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
       Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia
        yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit.
        Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
       Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu
        atau apabila tumbuh gigi.
       Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci
        lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).
       Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang
        dan peha.
       Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi
        ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian
        utama yang dijangkiti.

Penjagaan sendiri

       Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang
        mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
       Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .
       Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing
        atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan
        nasihat dari pegawai farmasi).
       Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen
        lemak 'wool', zink dan krim minyak kastor).
       Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah
        mencukupi.
       Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..
       Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
       Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin
        merupakan penyebab ruam lampin.
       Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.
Jangan...

       Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
       Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.

Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin
hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.
VENA VARIKOS

APAKAH ITU VENA VARIKOS?

                Vena verikos ialah sejenis salur darah vena yang besar membenjol dan berliku-liku (ia
                 kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol).
                Tempat yang lazimnya terjadi ialah di kaki dan di bahagian belakang labu betis. Ia jelas
                 kelihatan di permukaan kulit tempat-tempat tersebut.
                Vena verikos ini juga berlaku di bahagian-bahagian badan yang lain dalam bentuk:
                      o Buasir
                      o Varises Esofagus
                      o Varikosel (dalam saluran sperma - skrotum)
                Ia disebabkan oleh sama ada pengaliran darah yang perlahan di dalam vena yang
                 menyebabkan darah terkumpul di dalamnya atau injap di dalam vena tidak berfungsi
                 dengan baik menyebabkan darah yang mengalir turun mengikut graviti terkumpul dalam
                 vena kaki.
                Hampir 15% dari orang dewasa menghadapi masalah ini.
                Kaum wanita lebih mudah mendapatnya berbanding dengan kaum lelaki.

KENAPA SAYA MENDAPAT VENA VARIKOS DI KAKI SAYA?

Vena varikos terjadi atau menjadi lebih teruk ketika mengandung disebabkan oleh pembesaran janin yang
menekan ke atas vena di bahagian pelvik dan vena kava bawah (inferior) (iaitu vena yang besar, terletak
di bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian kaki dan sebahagian besarnya dari
bahagian pelvis dan organ-organ abdomen). Keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah dalam vena
di kaki dan menyebabkan pembentukan vena varikos.

Di samping itu, peningkatan hormon progesteron menyebabkan dinding saluran darah mengendur.
Apabila anak dalam kandungan membesar, rahim juga turut membesar, menjadikan vena-vena tersebut
semakin jelas kelihatan.

Ketika mengandung, anda akan lebih mudah mendapat vena varikos di kaki - walaupun ianya boleh
terjadi di mana-mana sahaja bahagian badan, seperti di leher. (Buasir, sebenarnya ialah vena varikos
yang terjadi di bahagian dubur). Anda akan dapat melihat vena-vena yang berwarna biru di bawah kulit
dengan jelas atau ia mungkin membonjol. Anda mungkin merasa sakit atau langsung tidak mengalami
apa-apa masalah.

Vena varikos ini akan beransur-ansur hilang selepas bersalin. Ada beberapa faktor yang menyumbang
kepada kejadian ini seperti sejarah keluarga yang pernah mengalami vena varikos dan berat badan
berlebihan
BOLEHKAH SAYA MENCEGAH VENA VARIKOSA INI?

       Anda mungkin tidak dapat mencegahnya, tetapi anda boleh mengurangkan masalah ini dari
        terjadi. Elakkan diri anda dari mengenakan terlalu banyak tekanan ke bahagian kaki anda
        terutamanya ketika mengandung. Amalkan petua-petua berikut dalam amalan cara hidup anda
        sebelum timbulnya masalah ini:
       Bersenam selalu - cukup hanya dengan berjalan-jalan secara pantas di sekitar kawasan rumah
        anda.
       Angkat kaki anda sekerap yang boleh. Letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda
        ketika di pejabat. Ketika di rumah, anda boleh baring mengiring ke kiri dengan meletakkan kaki
        anda di atas bantal. Oleh kerana vena kava bawah terletak di bahagian kanan badan anda,
        berehat dengan mengiring ke sebelah kiri akan dapat mengurangkan tekanan ke bahagian kaki.
       Cuba tidur mengiring ke sebelah kiri dengan meletakkan kaki anda di atas bantal. Letakkan sebiji
        lagi bantal di belakang anda untuk menyokong badan anda supaya terus mengiring ke kiri.
       Sebelum bangun dari tidur waktu pagi, sarungkan pantihos yang dapat menyokong bahagian
        kaki anda. Dengan memakai sarung tersebut sebelum anda berdiri ia boleh mengelakkan darah
        yang berlebihan dari terkumpul di bahagian kaki. Terdapat sejenis stoking khas untuk menangani
        masalah ini yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Stoking ini tebal, setebal dua lapis
        pantihos biasa. Ianya ketat di bahagian buku lali dan agar longgar sedikit di bahagian atasnya. Ia
        akan mencengkam darah di bahagian labu betis dan menyokong vena permukaan (yang berada
        betul-betul di bawah kulit). Jika anda memakainya semasa mengandung ia akan membantu
        mengatasi masalah vena bengkak. Malangnya ia tidak boleh menghilangkan vena varikos yang
        telah terjadi tetapi ia boleh mencegahnya dari menjadi teruk. Walau bagaimanapun, hos/stoking
        ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada anda terutama ketika cuaca panas.
       Jangan berdiri terlalu lama.
       Jangan menyilang kaki anda ketika duduk.
       Cuba kekalkan berat badan anda pada sekitar julat yang disyorkan sewaktu mengandung.

ADAKAH VENA VARIKOS INI SERIUS?

Vena varikos boleh menimbulkan kesakitan atau terasa gatal. Ia jarang sekali menyebabkan berlakunya
masalah peredaran darah yang kronik ataupun darah beku. Cuma kira-kira 5% dari mereka yang kurang
bernasib baik mendapat vena varikos ini akan menghadapi masalah darah beku dalam vena mereka.

Jika terdapat bahagian yang kelihatan lembut, merah di permukaan vena varikos, diikuti dengan demam
dan sakit kaki serta nadi anda berdenyut dengan pantas, berjumpalah doktor atau jururawat dengan
segera. Dalam beberapa kes kecil di mana pesakit terasa nadinya berdenyut dengan pantas/sesak nafas,
ia mungkin merupakan tanda-tanda embolisma pulmonari (darah beku di dalam paru-paru). Jika anda
mengalami gejala-gejala tersebut di atas segeralah ke klinik atau hospital berdekatan.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGHILANGKANNYA?

Kadangkala vena varikos ini hilang dengan sendirinya dalam masa 3 atau 4 bulan selepas bersalin. Tetapi
jika vena yang membonjol itu sering menyiksakan hidup anda, rawatan pembedahan mungkin boleh
dilakukan. Jika anda merasakan perlu mendapatkan pembedahan tersebut, anda terpaksa menunggu
sehingga telah mendapat bilangan anak yang anda inginkan. Kemudian barulah menjalani pembedahan
tersebut. Ini kerana, masalah vena varikos akan menjadi semakin teruk setiap kali mengandung.
Anda mempunyai beberapa pilihan sekiranya anda memilih untuk menghapuskan vena-vena yang
bengkak tersebut, seperti:

       Lurutan kecil (mini stripping) atau flebektomi ambulatori - satu turisan kecil dibuat di sepanjang
        vena yang terlibat. Sejenis pencangkuk kecil digunakan untuk mengeluarkan beberapa bahagian
        atau seksyen kecil vena. Prosedur ini dilakukan di bawah pengaruh bius setempat dan pesakit
        hanya dirawat sebagai pesakit luar sahaja. Melalui prosedur ini, pesakit terpaksa menghadapi
        beberapa risiko kecil pembedahan seperti kemungkinan berlakunya jangkitan dan terjadinya
        parut.
       Skleroterapi - menggunakan jarum. Larutan salina atau sejenis larutan seperti bahan cuci
        disuntik ke dalam vena yang membonjol itu. Larutan ini akan mengganggu/merengsa lapisan
        membran vena dan saluran darah akan runtuh serta merta sepanjang lebih kurang 7.5 sm.
        Skleroterapi boleh dilakukan di waktu makan tengah hari dan selepas itu jika anda mahu, anda
        boleh pergi ke gimnasium untuk melakukan senaman.


Selepas beberapa minggu dinding vena akan melakur. Vena tersebut kemudiannya akan menjadi kering
dan diserap balik ke dalam badan. Ini kerana vena-vena yang terdapat di permukaan kulit biasanya
membawa sedikit sahaja darah, badan kita dengan mudah boleh melencongkan darah ke vena-vena yang
lebih dalam. Anda mungkin memerlukan beberapa sesi rawatan bergantung kepada jumlah dan saiz vena
yang terlibat. Setiap sesi mengandungi 10 hingga 40 suntikan. Selepas itu anda perlu memakai stoking
atau sarung kaki yang mampat untuk beberapa jam hingga ke beberapa minggu untuk menahan vena
yang telah kecut dari diisi semula dengan darah.

Skleroterapi berpotensi menimbulkan bahaya terutamanya dari segi jangkitan dan meninggalkan parut di
sekitar tempat suntikan, tindak balas terhadap larutan ubat yang mengecutkan vena, lebam dan bintik-
bintik darah seperti jagat yang terdapat di bawah kulit. Ia boleh kekal sehingga hampir setahun. Jika vena
varikos ini terjadi hanya di belakang lutut atau di bahagian labu betis kanan anda, maka kaedah
skleroterapi ini merupakan pilihan yang paling cepat, murah dan selamat. Tetapi jika terdapat lebih banyak
vena varikos dan keadaannya lebih meluas, maka gabungan antara kaedah lurutan kecil dengan
skleroterapi akan dapat memberi kesan yang lebih baik.

Jika anda masih bimbang mengenai vena anda selepas bersalin, berjumpalah doktor anda. Beliau
mungkin dapat membantu anda memilih pakar masalah vaskular (salur darah) untuk membantu anda
menangani masalah ini. Cuma anda perlu ingat bahawa ini hanyalah penyelesaian sementara. Jika sekali
anda mendapat vena varikos, anda mungkin mendapatnya lagi.
PENGURUSAN SENDIRI...

      Anda perlu mengatasi masalah berat badan dan sembelit yang dialami.
      Amalkan senaman secara tekal seperti berjalan kaki, melompat tali, senamrobik atau yoga.
       LAKUKAN senaman yang dapat membantu menegangkan otot kaki anda. Atau anda boleh
       memusingkan buku lali beberapa kali atau menggerakkannya ke atas dan ke bawah secara
       perlahan-lahan atau melakukan apa sahaja yang dapat mengerakkan otot.
      Berlatih bernafas dengan lebih berkesan. Dapatkan nasihat jurupulih anggota.
      Berhenti menggunakan pil perancang keluarga dan dapatkan nasihat doktor.
      Jangan memakai pakaian yang ketat terutamanya di bahagian pinggang dan jangan memakai
       kasut bertumit tinggi kerana biasanya ia akan menghentikan
      pengecutan otot di kaki yang akan memberi kesan kepada peredaran darah.
      Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa berdiri, atau ketika mengandung atau jika anda
       mempunyai berat badan berlebihan, pakailah hos atau stoking panjang. Stoking ini bukan sahaja
       dapat meliputi bahagian labu betis tetapi juga keseluruhan paha. Anda perlu mengenakannya di
       waktu pagi sebelum turun dari katil.
      Angkat kaki katil setinggi 6 inci (dengan meletakkan batu bata atau buku). Ini sepatutnya
       memberi keselesan pada anda dan membantu pengaliran balik darah dalam vena pada waktu
       malam.
      Jangan berdiri terlalu lama. Tukarkan dari satu kaki ke kaki sebelah lagi atau angkatkannya
       perlahan-lahan ke atas dan ke bawah untuk memastikan otot kaki anda terus bergerak.
      Apabila duduk, jangan menyilangkan kaki kerana ini akan menyekat peredaran darah. Cuba
       alaskan kaki anda dengan sesuatu supaya ketinggiannya selaras dengan paras pinggang
       ataupun, tinggi sedikit.
      Elakkan dari mandi dengan air panas. Jika anda menggunakan air suam bilaskan dengan air
       sejuk atau menggunakan pancutan (shower) ke bahagian kaki.
      Gunakan krim vitamin E jika anda mendapat kerengsaan kulit.
      Teh herba seperti Mullien dan Buckwheat adalah baik. Bawang putih merupakan bahan yang
       sangat mujarab untuk mengurangkan tahap kelikatan darah dan ia sangat disyorkan untuk
       diambil sama ada secara mentah ataupun dalam bentuk kapsul (dua atau tiga kali sehari)
OVARIAN CYST

Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?

Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa
jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkab kebimbangan
mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah
ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia
tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang
menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan
rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari
biasanya tidaklah membimbangkan.

Tanda dan Gejala

Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia
termasuklah:

       Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen Berat badan bertambah. Sakit yang tidak menyucuk
        dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis. Kesakitan semasa
        melakukan seks Haid tertunda, tidak teratur atau sakit. Semakin banyak timbulnya bulu roma di
        muka.
       Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan
        ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.

Jenis-jenis sista ovari

       Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang
        normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan
        biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan
        hormon. Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan
        telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu
        berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul
        dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari. Sista yang abnormal atau sista
        neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan
        benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini
        memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:
                        Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan
                           lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.
                        Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda
                           menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan
                           berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan
                           ketaksuburan atau kemandulan
Perkara yang perlu diingat:

Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah
mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari
melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai
risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih
serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari)
adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal
biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid
lebih mudah mengalami malignansi.

Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak,
tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih
baiklah peluang anda untuk sembuh.

Pengesanan

Anda boleh mengesan sista ovari melalui:

             o   Pemeriksaan pelvis di mana doktor dapat merasa saiz ovari dan mengesan sebarang
                 keabnormalan yang wujud. Ultrasound - alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk
                 menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat di atas
                 abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj. Laparaskopi - satu
                 pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam
                 abdomen anda.
             o   Ujian darah bagi mengesan tumor- ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya
                 malignansi.

Rawatan

Bergantung kepada:

             o   Saiz dan jenis sista. Umur, sama ada anda berada dalam tahun-tahun yang subur atau
                 telah putus haid.. Ingin mendapatkan anak Tahap kesihatan keseluruhannya.
             o   Keterukan gejala yang dialami.

Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya
tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat
dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin
dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin
melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.
Soalan untuk ditanya

  Adakah anda mengalami sakit abdomen yang amat sangat,
                                                                 JIKA YA Berjumpalah doktor.
  demam dan muntah-muntah?

  JIKA TIDAK
  Adakah anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

               o   Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
               o   Haid tertunda, tidak teratur atau sakit
               o   Kesakitan semasa melakukan seks               JIKA YA      Hubungi doktor
               o   Kesakitan yang tidak menyucuk dan berlaku
                   berterusan sama ada di sebelah atau di
                   kedua-dua belah pelvis.


  JIKA TIDAK
  Gunakan rawatan/pengurusan sendiri

PENGURUSAN SENDIRI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

           o   Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala seperti yang disarankan oleh doktor.
           o   Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah ubat penahan sakit.
           o   Kurangkan pengambilan kafein.
KOLEKSI PETUA


1) Petua Mengatasi Sakit Pinggang Ketika Dalam Pantang

~ Khasnya buat ibu yang mengambil epidural sewaktu bersalin semoga petua ini membantu.

a) Amalkan meminum halia muda sebesar ibu jari (ditumbuk halus ) kemudian direbus dengan 2 gelas air
serta dicampur sedikit gula. (Minum ketika ia suam-suam kuku. )Amalkan 2 kali sehari iaitu pagi dan
petang sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

b) Ambil akar kapas boleh menguat dan memulihkan pinggang iaitu ambil akar kapas dalam ukuran 8-
10cm, cuci dan rebus dengan air secukupnya untuk minuman 3 kali minum. Lakukan ia untuk 3 hari
berturut-turut.

c) Memperkuatkan pinggang – mengamalkan ulaman petai mentah.

2) Mengembalikan Seri Wajah Selepas Bersalin.

a) Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (Jangan terlalu halus). Kemudianambil sebuku kunyit hidup,
kikis kulitnya basuh dan kisar. Bancuhkan beras halus tadi dengan kunyit tadi dengan air suam untuk
dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan
bedak sejuk pada wajah secara perlahan juga pada leher bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki.

b) Mengembalikan seri bibir - ambil sedikit halia dan tumbuk sapu pada bibir dan biarkan kering sehingga
memperolehi hasil yang dikehendaki.



3) Petua Untuk Payu Dara.
a) Buah keras ditumbuk dan digoreng hingga keluar minyak dan sapu serta diurut pada PD.

b) Daun turi diramas ambil airnya disapu dan urut pada PD.

c) Daun pegaga dan daun inai dikisar kering/ditumbuk. Campur sedikit tepung beras dan air. Gentel bulat-
bulat dan jemur. Setelah kering bolehlah dijadikan pupur pada PD.

d) Air embun sapu pada PD urut keatas disertai selawat Nabi.

e) Daun Sireh disapu minyak zaitun/kelapa dilayur atas lilin dan tekap pada PD. Lakukan 2 @ 3 kali
seminggu.

f) Kobis putih sejuk ditekap pada PD sehingga lecur untuk mengurangkan bisa/sengal susu.

h) Ambil segelas susu lembu asli. Sediakan sepotong asam jawa sebesar ibu jari kemudian dipanggang di
dalam oven sehingga hangus dan ketuk agar pecah kasar masukkan ke dalam air susu tadi biarkan
selama 1 jam. Minum setiap malam sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
4) Khasiat Manjakani Dipetik
a) Mengatasi kesakitan haid/keputihan - Rebus segenggam manjakani hingga mendidih. Minum air
rebusannya. Lebihannya direbus kembali bagi menghasilkan rebusan yang lebih pekat untuk
membersihkan alat sulit.

b) Untuk awet muda dan menegangkan kulit wajah - Selepas mandi air rebusan manjakani disapu pada
wajah dan biarkan kering.

c) Untuk seri wajah - Manjakani diasah kemudian sapu minyak zaitun sedikit, sapu pada wajah agar licin
dan halus.

d) Bagi yang berkahwin amalkan meminum air rebusan manjakani secara 3 kaliseminggu. Manjakani yang
rebus tadi dijadikan ulaman. (Segelas pagi dan
segelas petang)

5) Petua Melangsingkan Badan/ Menghancurkan Lemak Di Badan.
a) Sebiji peria dikisar bersama secubit garam dan air. Tapis air dan simpan di dalam peti sejuk. Minum air
ini setiap pagi disertai selawat.

b) 3 potong halia ditumbuk dengan sedikit jintan manis, jintan putih bersama beberapa biji lada hitam.
Masukkan kedalam 1/2 gelas air suam dan tapis serta ditambah 1/2 gelas lagi. (Buat 2 kali sehari)

c) Perahan air asam jawa dicampur sedikit madu bertujuan menghancurkan lemak/ membersihkan
kotoran dalam badan juga melawaskan sistem perkumuhan
.
d) Chinese tea dicampur perahan limau nipis.

e) Halia bara, jintan manis, lada hitam dan air suam dikisar. Tapis kemudianminum airnya.(Amalkan 2 kali
seminggu)

f) Kekal Langsing - 5cm halia bara, 10 biji lada hitam, sedikit ikan bilis ditumbuk kemudian dicampur
dengan perahan limau nipis, enak dihidang bersama nasi panas untuk santapan sepanjang tempoh
berpantang.

6) Khasiat Madu Lebah
a) Meminum sesudu madu setiap hari berupaya mencuci/membersihkan usus atau hampas yang
menempel di perut.

b) Minum madu lebah bercampur air panas mampu membuang makanan berlebihan di dalam badan.

c) Madu lebah dicampur air asam jawa berupaya bertindak sebagai pelawas dan menyusutkan lemak di
perut.

d) Minum madu mahupun airnya mampu membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.

e) Segelas perahan air limau Sunkist panas dicampur sedikit madu lebah dapat membantu mengelakkan
masalah buang air besar selain berperanan mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka dalam
perut. (Makanan yang kaya dengan Vitamin C)
7) Menjarakkan Kehamilan

    a. Ambil lengkuas sebesar ibu jari, halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ ragi tapai,
       kemudian ditumbuk halus dan campurkan segelas air mendidih kemudian tapis. Campuran tadi
       dicampur dengan sedikit garam dan perahan limau nipis. Minum ia sebulan sekali sebelum tidur.

b) Ambil 2 batang kunyit sepanjang 3cm dipanggang 2hingga 3 minit jangan sampai hangus. Kemudian
ditumbuk hingga halus dan dicampur ¼ sudu the garam serta satu gelas air lalu diperah dan tapis. Minum
airnya selama 1 minggu.

8) Merawat Peranakan Turun – Ambil tunas pisang batu, ditumbuk sehingga halus dan diperah ambil
airnya. Minumlah air perahannya setiap pagi dan malam dalam jangka waktu tidak lebih seminggu. Tetapi
harus diingat jangan sampai sekalipun mencampurkan air perahan tersebut dengan garam kerana
kesannya tidak baik pada hempedu.
KOLEKSI PETUA MENYERI / MENCANTIKKAN WAJAH.

   1. Menghalus dan Memutihkan wajah dengan cara PENGELUPASAN SEMULAJADI – 1 biji tomato,
      250ml susu cair & air secukupnya hendaklah diblend dan disimpan di dalam peti sejuk. Gunakan
      kapas, sapu pada wajah dan selepas 10 minit bilas dengan air biasa.



   2. Menghindarkan kulit berkedut – Sebatang lobak merah diparut setelah itu dicampur dengan sebiji
      telur kuning dan satu sudu tepung jagung, kacau ia hingga sebati dan sapukan pada wajah.
      Lakukan sehari sekali di waktu petang hingga mendapat hasil yang dikehendaki.



   3. Menyerikan wajah yang pucat – Ambil segenggam daun inai ditumbuk hingga halus setelah itu
      gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis, masukkan ke dalam peti sejuk, bila sudah
      sejuk makanlah sebiji sehari selepas minum pagi.



   4. Menegangkan kulit wajah – Menggunakan ragi tapai yang dicampuir sedikit air,sapu pada wajah
      biarkan lebih kurang ½ jam, kemudian bilas dengan air suam dan air ais. Insyaallah wajah akan
      lebih tegang.



   5. LULUR ~ beras pulut direndam semalaman, kemudian ditos dan disaring tanpa minyak.
      Kemudian dikisar kering bersama beberapa keping kayu manis. Nak mandi ambil 3 sudu bahan
      yang telah dikisar halus tadi diadun bersama perahan limau nipis dan bolehlaa dijadikan lulur
      wajah mahupun tubuh. InsyaAllah segala sel-sel mati mahupun kulit serta wajah yang kusam
      mampu kembali putih, bersih dan halus dengan kaedah ini. (Jangan terkejut kalau orang
      tanya....U pakai clorox apa wajah U cantik, halus dan berseri...dulu zaman-zaman rajin dan
      kurang busy rajin gak buat lulur sendiri kesannya memang puas hati...lepas lulur kulit bukan
      sahaja lebih bersih tetapi tubuh juga rasa lebih segar dan ringan...apatidak menyental diri
      sendirikan....berpoluh makcik....tapi memang puas hati...Kalau ada lebih tu bukan setakat boleh
      lulur diri sendiri...sekali-sekala untuk mengeratkan siratulrahim dan kasih sayang suami
      isteri...bolehlaa try lulurkan cik abg roomate lak...sure one dia bertambah sayang...)
RESIPI MASA PANTANG

Ikan Masin Lada Hitam
Bahannya:
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam
Caranya:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau dan gaulkannya sebati.

Ikan Tenggiri Kering
Bahannya:
1 keping ikan tenggiri kering
2 biji lada besar
½ biji bawang besar dihiris
Caranya:
Ikan digoreng layur bersama hirisan halia. Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi
jangan hancur. Hidang bersama nasi panas.

Sambal Tok-tok
Bahannya:
Ikan bilis
Cili padi
Bawang
Caranya :
Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahannya:
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Lada hitam
Caranya:
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam dan hidang bersama nasi panas
Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahannya:
Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Sedikit air asam jawa & gula
Caranya:
Tumis semua bahan yang dihiris. Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahannya:
100g ikan bilis putih
3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
1 biji bawang besar dimayang
2cm halia dimayang
6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
6 biji cili padi diketuk
Minyak
Caranya:
Goreng ikan bilis hingga ranggup, kemudoian masukkan bahan hirisan.

Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahannya:
Sebiji bawang besar dimayang
Ikan bilis
Jeruk lobak
Sebiji telur
Cili mesin 1 sudu
Caranya:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak,
masukkan jeruk lobak & ikan bilis. Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
Pegaga Masak Lada Hitam.(Resepi K.Niza)
Bahannya:
Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Garam
Caranya:
Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk. Kemudian masukkan santan
direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat. Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan
perasa.

Hati Masak Limau Purut
Bahannya:
1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm hirisan halia muda
½ camca ketumbar
½ camca jintan manis
½ camca jintan putih
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Caranya:
              i.    Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
             ii.    Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka
                    boleh tambah air untuk berkuah.
            iii.    Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
Hati Goreng Lada
Bahannya:
600g hati lembu direbus dan dipotong
4 sudu besar lada putih
2 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa
½ sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kunyit
2labu bawang besar
Garam/ Ajinomoto secukup rasa
1 batang daun bawang untuk hiasan
Caranya:
Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut. Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah
dimasukkan air asam jawa dan taburkan hirisan daun bawang.

Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahannya:
4cm halia muda
3cm kunyit hidup
Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Caranya:
Bakar ayam/daging dengan bahan perap. Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada
hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa.


Daging Goreng Halia
Bahannya:
Daging batang pinang dihiris nipis
Halia dimayang halus
Bawang Putih diketuk
Bawang besar dihiris bulat
1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa
masukkan sedikit air asm jawa.
Caranya:
i) Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
ii) Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut
kesesuaian.
iii) Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.Nak berkuah
bolehlaa ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa
Caranya:
i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah
dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi
memastikan daging lembut.
iii)Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut
keperluan dan juga hirisan bawang besar.

Ayam Panggang Selera Pantang
Bahannya:
Ayam
1 batang serai dititik
1 sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
garam
Air asam jawa
½ cawan air
caranya:
i)Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga
lengkuas.
ii) Panggang ia, setelah OK masak
iii)Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah
sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlaa disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
Ayam Percik Chinese Style
Bahannya:
1 ekor ayam
Daun salam dan daun kunyit
BahanA:
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis
Lada Hitam
Serai & Halia
Gula Melaka - dicincang halus
Lemon - diperah
Santan
Garam
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Caranya:
i)Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam. Panggang @ goreng
dalam minyak penuh (deep fried)
ii) Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula
melaka, garam. Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan
santan pekat.
iii) Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

Lengkuas Muda Masak Lada Merah ~ Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita @ dengan lain
perkataan mengetatkan sistem kacip kak timah, gitu...

Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
Sedikit ikan bilis
Bawang merah
Bawang Putih
Lada merah
Caranya :
Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
Turi Masak Asam Rebus ~ Bagus Utk Menambah Susu Ibu.

Daun Turi
Ikan Bilis
Asam Keping
Bawang merah
Kunyit Hidup
Ikan Bilis
Lada merah
Caranya :
Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus. Masukkan
garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

						
Related docs
Other docs by fjzhangxiaoquan
Gedichte - lettern.de - Das Lite
Views: 108  |  Downloads: 0
Protection Against Environmental
Views: 1  |  Downloads: 0
PowerPoint Presentation - PCC -
Views: 79  |  Downloads: 0
Suence de 10 heures de cours su
Views: 13  |  Downloads: 0
Water - visualcatechesis.com
Views: 17  |  Downloads: 0
Wild Harbor Yacht Club Parents G
Views: 20  |  Downloads: 0
Francis Hunter Everyday Homeopat
Views: 50  |  Downloads: 0
ASPARAGUS-HAM BAKE.doc - Zimmer
Views: 1  |  Downloads: 0
Brussels sprout and almond soup
Views: 30  |  Downloads: 0