KERTAS KERJA (DOC)

Document Sample
KERTAS KERJA (DOC) Powered By Docstoc
					           CADANGAN KERTAS KERJA


 PROGRAM KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT
         NEGERI SEMBILAN TAHUN 2011


                    PADA:
                  14 MEI 2011




                 BERTEMPAT:
 DATARAN KEMANG, TELOK KEMANG, PORT DICKSON
        NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS




                  ANJURAN:
   JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNS)


             DENGAN KERJASAMA:
    PEJABAT PELAJARAN DAERAH PORT DICKSON




                  KELOLAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG, PORT DICKSON




                                                1
1.0   TUJUAN


       1.1 Memohon kelulusan program dan bantuan kewangan, daripada Yang
            Berbahagia Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak (Pengarah Pelajaran Negeri
            Sembilan Darul Khusus), bagi mengadakan Program Karnival Bahasa
            Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.


       1.2 Memohon bantuan kewangan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
            Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan SPNS, DSNS, PSD, DSSA, ANS
            (Menteri Besar Negeri Sembilan), bagi mengadakan Program Karnival Bahasa
            Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.


       1.3 Memohon untuk mendapatkan kerjasama dan bantuan persediaan tempat dari
            Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi mengadakan Program Karnival
            Bahasa Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.


      1.4   Memohon kerjasama dan bantuan pengendalian program Karnival Bahasa ini
            dari agensi-agensi kerajaan setempat bagi mengadakan Karnival Bahasa
            Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.


      1.5   Membangkitkan kesedaran mencintai Bahasa Melayu dalam kalangan
            masyarakat setempat khasnya dan masyarakat di Negeri Sembilan amnya.



      1.6   Menyemarakkan semangat kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan
            murid-murid khasnya di Negeri Sembilan Darul Khusus ini.


      1.7   Antara tujuan lainnya kertas kerja ini diunjurkan adalah untuk mendapatkan
            sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta bagi penyediaan makanan dan
            minuman semasa Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011 ini
            berlangsung.




                                                                             2
2.0   LATAR BELAKANG


      2.1   Berikutan dengan kekangan kewangan semasa yang dialami oleh kebanyakan
            agensi kerajaan khususnya di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan sendiri,
            banyak program-program tahunan yang sebelum ini dapat dijalankan terpaksa
            diberhentikan pengoperasiannya. Program Karnival Bahasa Peringkat Negeri
            Sembilan juga tidak terkecuali dalam hal tersebut.


      2.2   Program Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan telah tidak dapat
            dijalankan sejak dua tahun kebelakangan ini. Dalam kajian tinjauan yang telah
            dijalankan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson 2010, didapati hampir
            95 peratus sekolah-sekolah di daerah Port Dickson termasuklah sekolah-
            sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
            melahirkan rasa kecewa di atas ketiadaan program Karnival Bahasa yang
            sering diikuti atau disertai oleh mereka sebelum ini.



      2.3   Pada tahun-tahun sebelum 2008, program tahunan ini telah melibatkan ramai
            murid daripada 7 daerah di seluruh Negeri Sembilan. Pelbagai acara
            kebahasaan khususnya Bahasa Melayu dipertandingkan. Di antaranya ialah
            Berpidato sekolah Menengah, Pertandingan Bercerita sekolah Menengah dan
            rendah, Berpantun, Bersajak, Drama dan sebagainya. Karnival ini telah
            melibatkan hampir 300 orang murid.


      2.4   Program Karnival Bahasa ini juga membabitkan masyarakat setempat dan luar
            yang berkunjung ke Port Dickson. Ianya sudah pasti menambahkan
            kemeriahan dan dapat menyokong penetapan matlamat program ini diadakan.
            Memandangkan Karnival Bahasa ini sebenarnya dapat mendekatkan murid-
            murid khususnya mencintai bahasa Melayu, maka pihak Sekolah Kebangsaan
            Telok Kemang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson dan
            Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan terpanggil untuk mengetengahkan perkara
            ini.

                                                                                3
3.0   MAKLUMAT PROGRAM


      3.1   TARIKH:
            14 Mei 2011


      3.2   HARI :
            Sabtu


      3.3   MASA :
            8.00 Pagi hingga 6.00 Petang


      3.4   TEMPAT :
            Dataran Kemang, Telok Kemang, Port Dickson


      3.5   SASARAN/ PENGLIBATAN
            295 orang murid
            Perinciannya ialah seperti berikut :
            Pertandingan dalam program Karnival Bahasa ini melibatkan ke semua 7 buah
            daerah di Negeri Sembilan iaitu:
                1. Seremban
                2. Port Dickson
                3. Kuala Pilah
                4. Jelebu
                5. Jempol
                6. Rembau
                7. Tampin
                   Pertandingan Mewarna Untuk Murid-murid Tahap 1
                    50 orang (SK. Telok Kemang)
                   Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu (sekolah rendah)
                    28 orang
                    4 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan (7 daerah)

                                                                             4
      Pertandingan Bercerita (Sekolah rendah dan Menengah)
       56 orang
       -   8 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan
      Pertandingan Bersajak (sekolah rendah dan menengah)
       28 orang
       -   4 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan
      Pertandingan Berpidato (sekolah menengah)
       14 orang
       -   2 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan
      Pertandingan Berpantun (sekolah menengah)
       14 orang
       -   2 orang setiap daerah, lelaki dan perempuan
      Forum Bahasa Melayu (Sekolah Menengah)
       28 orang
       -   4 orang setiap daerah (lelaki dan perempuan)
      Mini Drama (Sekolah Menengah)
       70 orang
       -   10 orang setiap daerah


Semua murid yang terlibat mewakili daerah masing-masing perlulah dipilih
melalui Karnival Bahasa di peringkat daerah. Penolong Pegawai Pelajaran
Daerah (Unit Bahasa) ialah pegawai meja yang menyelaras pelaksanaan
program di daerah masing-masing. Beliau juga bertanggungjawab dalam
penyertaan dan penghantaran peserta ke peringkat negeri. Adalah dianggarkan
setiap daerah akan menghantar seramai 35 orang murid dengan di iringi oleh 7
orang guru.




                                                                   5
3.6   PROSES ALIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

      Bil.   Tarikh          Perkara

      1.     12.3.2011       Unjuran Kertas Cadangan Program

      2.     17.3.2011       Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Program
                             - Penyelarasan di peringkat Negeri
      3.     21.3.2011       Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Program
                             - Penyelarasan di peringkat daerah masing-
                              Masing.
      4.     4 – 15.4.2011   Karnival Bahasa di peringkat Daerah masing-masing.

      5.     18.4.2011       Mesyuarat 1 Jawatan kuasa kerja di peringkat negeri.

      6.     9.5.2011        Mesyuarat 2 Jatan kuasa kerja di peringkat negeri.
                             (Penyelarasan akhir)
      7.     14.5.2011       Program Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan
                             2011 berlangsung.
      8.     19.5.2011       Mesyuarat Penilaian Program (‘Post Moterm’)




                                                                          6
3.7   AHLI JAWATAN KUASA INDUK

      Penasihat
      Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak
      (Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus)

      Penolong Penasihat
      Tuan Mohd Isah Bin Ismail
      (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS)

      Pengerusi
      Encik Mohamad Azwar Iq’bal Bin Tahir
      (Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson)

      Ahli Jawatan Kuasa
      Haji Mansor Bin Abdullah (Timbalan PPD Port Dickson)
      Haji Musa Bin Abdullah (PPD Seremban)
      Mohd Sah Bin Zainal Abidin (PPD Jempol )
      Radziah Binti Abdul Manap (P.PPD Jelebu)
      Hj. Mat Rohani Bin Kamar (PPD Kuala Pilah)
      Hj. Mad Aris Bin Azis (PPD Tampin)
      Datin Hjh. Naemah Bt. Ahmad Dahalan (PPD Rembau)
      Encik Awaluddin Bin Haji Hassan (Penolong PPD Port Dickson)




                                                                    7
3.8   AHLI JAWATAN KUASA KERJA
      Penasihat
      Encik Mohamad Azwar Iq’bal Bin Tahir
      (Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson)

      Pengerusi
      Haji Mansor Bin Abdullah (Timbalan PPD Port Dickson)
      Timbalan Pengerusi
      Encik Awaluddin Bin Haji Hassan (Penolong PPD Port Dickson)
      Setiausaha / Penyelaras
      Guru Besar SK. Telok Kemang
            -     Pn. Rosni Bt. Pilus (Wakil GB)
      Penolong Setiausaha
      Pengetua SMK. YAM Tuan Radin, Lukut
      Bendahari
      Guru Besar SK. Port Dickson
      Ahli Jawatan Kuasa
      1. Pengetua SMK. Tinggi Port Dickson         Makanan dan Minuman
      2. Guru Besar SK. Telok Kemang               Persiapan Tempat
      3. Pengetua SMK. Bukit Saujana               Pengangkutan
      4. Guru Besar SK. Panglima Adnan             Hadiah dan Cenderahati
      5. Pengetua SMK. Kg. Baru Si Rusa            Siaraya
      6. Guru Besar SK. Kg. Gelam                  Publisiti dan Banting
      7. Guru Besar SJKC Chung Hua, PD             Keselamatan dan Kebajikan
      8. Pengetua SMK. Pasir Panjang               Sambutan dan VIP
      9. Pengetua SMK. YAM Tuan Radin              Juru acara
      10 Guru Besar SK. Pasir Panjang              Hakim
      11. Pengetua SMK. Tanah Merah                Buku Program
      12. Guru Besar SJKT Port Dickson             Peralatan Pertandingan


        * Rujuk Lampiran 1 (Perincian Tugasan)




                                                                           8
3.9    TENTATIF PROGRAM


       8.00 pagi          Pendaftaran peserta
       8.30 pagi          Sarapan Pagi
       9.00 pagi          Taklimat Pertandingan
                          - (Taklimat oleh ketua hakim)
       9.30 pagi          Pertandingan bermula serentak di lokasi masing-masing
                          *Rujuk Lampiran 2 (Pelan)
                          - Mengarang Bahasa Melayu (NO.1)
                          - Bersajak (NO.2)
                          - Berpantun (NO.3)
                          - Forum Bahasa Melayu (NO.4)
                          - Berpidato (NO.5)
       1.00 Tengah hari   Makan tengah hari / rehat
       2.30 petang        Pertandingan bersambung
                          - Mewarna terbuka (kanak-kanak) (NO.6)
                          - Bercerita (NO.7)
                          - Mini Drama (NO.8)
       5.00 petang        Upacara Penutupan Rasmi
                           oleh YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji
                           Hasan SPNS, DSNS, PSD, DSSA, ANS (Menteri Besar
                           Negeri Sembilan)

                          - Penyampaian Hadiah

       6.00 petang        Bersurai




3.10   CADANGAN TETAMU KEHORMAT


       Majlis Perasmian Penutup
       YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
       SPNS, DSNS, PSD, DSSA, ANS (Menteri Besar Negeri Sembilan)



                                                                       9
4.0   JUSTIFIKASI PROGRAM


      4.1   Program Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan ini seharusnya disokong
            memandangkan penglibatan dan impaknya yang meluas untuk semua murid di
            Negeri Sembilan ini.


      4.2   Keberkesanannya melibatkan bukan sahaja kaum bumiputera tetapi semua
            murid samada berbangsa Cina, India dan bangsa-bangsa lain. Pemilihan
            peserta untuk karnival ini mengikut kaedah pembahagian kaum secara integrasi
            bangsa iaitu 5:3:2 (Melayu:India:Cina)


      4.3   Dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, program
            seumpama ini dilihat dapat menunjukkan kepada masyarakat setempat
            khususnya dan masyarakat luar amnya bahawa kerajaan Negeri Sembilan ingin
            mewujudkan semangat perpaduan melalui penyatuan bahasa dalam Karnival
            Bahasa Melayu ini.


      4.4   Antara lainnya program ini mengajak semula seluruh bangsa Melayu, India,
            Cina, Iban, Kadazan dan lain-lainnya mencintai dan memartabatkan Bahasa
            Melayu sebagai bahasa Kebangsaan melalui Karnival Bahasa yang telah
            beberapa tahun tidak diadakan.


      4.5   Kedudukan lokasi di Dataran Kemang, Telok Kemang sudah pasti memanggil
            ramai pengunjung luar dan dalam daerah mahu pun luar negeri dapat
            memerhati kesatuan bangsa Malaysia ‘1 Malaysia’. Justeru ianya juga dapat
            menterjemah tujuan penganjuran Program Karnival Bahasa ini diadakan iaitu
            meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya memartabatkan
            Bahasa Melayu.




                                                                              10
5.0   IMPAK PROGRAM


      5.1   Sesungguhnya Program Karnival Bahasa ini amat bermakna kepada murid-
            murid di seluruh Negeri Sembilan. Melalui Karnival ini, tahap penguasaan
            berbahasa mereka akan bertambah baik. Banyak kemahiran-kemahiran
            berbahasa yang dikandung dalam Karnival Bahasa ini khususnya Bahasa
            Melayu. Murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan
            berani dalam pengucapan awam. Pertandingan yang sihat ini juga secara tidak
            langsung dapat menyemai rasa perpaduan dalam kalangan murid-murid yang
            menyertai Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan 2011


      5.2   Guru-guru juga akan mendapat impak yang langsung dan tidak langsung
            melalui Karnival Bahasa Melayu ini. Guru-guru sebenarnya dapat menajamkan
            kemahiran berbahasa mereka. Apa tidaknya, melalui pertandingan dalam
            Karnival Bahasa ini, guru-guru akan menggunakan segala kemahiran berbahasa
            mereka untuk melatih anak-anak didik mereka agar mendapat kemenangan
            dalam pertandingan yang dianjurkan tersebut. Begitu juga guru-guru yang
            dijemput untuk menghakimi pelbagai pertandingan yang diketengahkan dalam
            Karnival Bahasa ini.


      5.3   Seterusnya wujud semangat bekerjasama dalam kalangan pentadbir atau
            pengendali program ini. Tanpa kerjasama yang erat adalah mustahil karnival
            ini akan dapat dijelmakan kelak. Kerjasama guru dengan guru, pegawai
            pelajaran daerah dengan daerah lain, begitu juga tidak kurang pentingnya akan
            wujud kerjasama erat Jabatan Pelajaran dengan agensi-agensi kerajaan dan
            swasta setempat. Di antaranya ialah Majlis Perbandaran Port Dickson, Polis Di
            Raja Malaysia, PD Power dan Jabatan Penerangan Daerah Port Dickson.


      5.4   Tidak kurang pentingnya, Program ini bakal menemukan rakyat dengan
            pemimpin yang dikasihi. Melalui aturcara program yang dirancang serta
            sokongan yang diberikan oleh pemimpin negeri ini, pastinya ia akan
            menambahkan rasa sayang dan kasih di antara rakyat dengan pemimpin.

                                                                              11
            Seterusnya pertemuan yang mesra ini akan mentafsirkan maksud ‘Rakyat
            didahulukan, Pencapaian diutamakan’.


6.0   IMPLIKASI KEWANGAN
      6.1   Implikasi kewangan terhadap cadangan ini adalah seperti berikut :
                                                     Anggaran
                                                                                Jumlah
      No.   Item / Perkara                           harga se     Kuantiti
                                                                                (RM)
                                                     unit (RM)
      1.    Penyediaan makan/ minum (Rujuk Lampiran 3 – Perincian Bilangan Terlibat)
            Sarapan pagi                             3.00         392 orang     1,176.00
            Makan Tengah hari                        5.00         392 orang     1,960.00
            Minum Petang                             3.00         392 orang     1,176.00
            Minum Petang (VIP)                       5.00         20 orang       100.00
            Air Mineral                              10.00        10 kotak       100.00
      2.    Pengangkutan (Bas)                       400.00       7 daerah      2,800.00
      3.    Banner                                   150.00       4 keping       600.00
      4.    Hadiah / cenderahati (Rujuk Lampiran 4 – Perincian Bilangan terlibat)
            Hadiah Pertandingan Karnival                          8 acara       1920.00
            Sijil Penyertaan dan Penghargaan         1.50         392 orang      588.00
            Cenderahati                              100.00       3 orang        300.00
            Sagu hati hakim                          20.00        33 orang       660.00
      5.    Buku Program                             2.00         300 orang      600.00
      6.    Kertas A4                                10.00        4 Rim           40.00
      7.    Dokumentasi                              100.00                      100.00
      8.    Kertas lukisan                           5.00         10 naskah       50.00
      9.    Peralatan Pertandingan                   200.00                      200.00
      10.   Peruntukan Karnival Bahasa Peringkat 2,500.00         7 Daerah      17,500.00
            Daerah.
      11.   Perbelanjaan luar jangka             1,000.00                       1,000.00
                  Jumlah Keseluruhan                                          RM 30,870.00




                                                                                 12
           6.2   Kuantiti yang dinyatakan di atas berdasarkan penglibatan seramai 295 orang
                 murid, 97 orang guru dan pegawai. Ianya juga termasuklah kos-kos pembiayaan
                 program karnival Bahasa Melayu dari peringkat daerah dan di peringkat negeri.
                 Jumlah kos keseluruhan yang dicadangkan untuk Program Karnival Bahasa
                 Melayu Peringkat Negeri Sembilan ini adalah sebanyak RM 30,870.00.




7.0       SYOR / PENUTUP


          7.1    Adalah dengan penuh harapan agar program ini diberikan kelulusan demi
                 kebaikan anak bangsa yang akan mencorakkan negara ini pada masa akan
                 datang.


                 Oleh hal yang demikian, pihak kami memohon pertimbangan pihak tuan, Yang
                 Berbahagia Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak (Pengarah Pelajaran Negeri
                 Sembilan Darul Khusus), untuk meluluskan kertas kerja ini agar dapat
                 dilaksanakan Program Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan
                 2011 ini mengikut jangka masa perlaksanaan yang ditetapkan.




Sekian, terima kasih.




                                                                                    13
8.0   PENGESAHAN KERTAS KERJA

      Disediakan oleh:


      .....................................
      ROSNI BINTI PILUS
      Setiausaha/ Penyelaras
      Program Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan 2011
      Tarikh: 10hb Mac 2011


      Disemak oleh:


      ............................................
      HAMZAH BIN JANTAN
      Pengerusi Pengelola
      Program Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan 2011
      Tarikh:


      Disemak oleh:


      .............................................................................
      MOHAMMAD AZWAR IQ’BAL BIN TAHIR
      Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson
      Merangkap Pengerusi
      Program Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan 2011
      Tarikh:



                                                        KELULUSAN

      Diluluskan / Tidak Diluluskan oleh:


      ..............................................................................
      TUAN ABDUL HALIM BIN ABDUL RAZAK
      Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan,
      Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus.
      Tarikh:




                                                                                       14
                                                   Lampiran 1 (Perincian Tugasan)

Bil.   Jawatan Kuasa        Perincian Tugas
1      Pengerusi            -   Mempengerusikan mesyuarat Jawatan kuasa kerja di peringkat
                                daerah./ negeri.
                            -   Memastikan semua ahli jawatan kuasa menjalankan
                                tanggungjawab masing-masing.
                            -   Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa

2      Timbalan Pengerusi   -   Melaksanakan semua tugas pengerusi jika pengerusi tiada di
                                tempatnya
                            -   Menerima laporan dari Penolong Penyelaras & Ketua JK yang
                                lain

3      Setiausaha/          -   Memastikan kelancaran program sebelum, semasa dan selepas
       Penyelaras           -   Menyediakan jadual program
                            -   Mengadakan post mortem dan menyediakan laporan
                            -   Melaporkan dari masa kemasa perkembangan perjalanan
                                program
                            -   Memastikan program dapat dijalankan dengan jayanya
                            -   Menyelaraskan semua bajet daripada semua J/K
4      Penolong             -   Membantu semua tugasan setiausaha
       Setiausaha           -   Membuat panggilan mesyuarat dan mencatit minit mesyuarat

5      Bendahari            -   Menyemak budget untuk keperluan program
                            -   Memastikan perbelanjaan mengikut apa yang diputuskan
                                mesyuarat dan perbelanjaan berhemah

                            -   Membuat anggaran perbelanjaan dan menguruskan bayaran
6      Makanan dan          -   Menubuhkan J/K Kecil(Bilangan mengikut Kesesuaian
       Minuman                  /Keperluan)
                            -   Menguruskan minuman dan makanan, sarapan, makan tengah
                                hari , minum petang dan jamuan majlis penutup
                            -   Menyemak bilangan dan masa jamuan
                            -   Menentukan cara penyediaan jamuan khas untuk VIP
                            -   Membuat anggaran perbelanjaan dan menguruskan bayaran

7      Persiapan Tempat     -   Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian
                                /Keperluan) Memantau persiapan dan keperluan tempat
                                kejohanan
                            -   Mengambilkira keperluan peralatan / persiapan tempat majlis

                                                                                 15
                           penutup karnival
                       -   Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

8    Pengangkutan      -   Memastikan setiap kontijen daerah mempunyai pengangkutan
                       -   Menyemak insuran keperluan murid
                       -   Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

9    Hadiah dan        - Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian
     Cenderahati         /Keperluan)
                       - Menyediakan & memastikan jenis,bilangan hadiah dan sijil
                         mencukupi
                       - Berbincang dengan J/K Induk tentang VIP yang akan
                         menyampaikan hadiah
                       - Bertindak sebagai penyelia dan mengenalpasti pemenang
                       - Sentiasa berhubung dengan Juru acara Majlis untuk penyelarasan
                         aturcara majlis penyampaian hadiah
                       - Memberi taklimat kepada penerima hadiah sebelum upacara
                         dijalankan
                       - Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

10   Siaraya            - Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian
                          /Keperluan)
                       - Memastikan Siaraya yang diperlukan (acara penutup / juru acara)
                          ada dan sentiasa dalam keadaan baik.
                       - Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

11   Publisiti dan     -   Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian
     Banting               /Keperluan)
                       -   Menyebarkan berita kejohanan dalam mass media,surat
                           khabar,radio dan kain rentang
                       -   Menentukan tempat dan memasang kain rentang / bena
                       -   Menyebarkan maklumat kepada sekolah – sekolah
                       -   Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

12   Keselamatan dan   -   Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian
     Kebajikan             /Keperluan)
                       -   Memastikan perkara yang berkaitan , keselamatan dan lalulintas
                       -   Memberi kerjasama dengan J/K Pertandingan untuk memastikan
                           perjalanan kejohanan adalah licin dan lancar tanpa gangguan
                       -   Membuat Pemantauan di Tempat Pertandingan
                       -   Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

                                                                            16
13   Sambutan dan VIP   -   Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian
                            /Keperluan)
                        -   Mendapatkan maklumat bekaitan dari urus setia
                        -   Mengedarkan kad / Surat Jemputan
                        -   Mendapatkan maklumat kehadiran jemputan / VIP
                        -   Menyambut VIP / tetamu yang hadir
                        -   Menyediakan Upacara Sambutan VVIP
                        -   Menentukan tempat duduk jemputan
                        -   Mengedarkan buku program kepada tetamu
                        -   Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

14   Juru acara         -   Menyediakan teks ucapan pengarah pelajaran dan YAB Dato’
                            seri utama...
                        -   Menyemak teks ucapan dengan PA pengarah dan Menteri Besar

15   Hakim              -   Melantik hakim-hakim yang berkelayakan
                        -   Menyediakan alatan keperluan hakim
                        -   Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

16   Buku Program       -   Menubuhkan J/K Kecil (Bilangan mengikut Kesesuaian
                            /Keperluan)
                        -   Menyediakan buku program
                        -   Sentiasa merujuk dengan setiausaha/penyelaras untuk catatan
                            yang tepat
                        -   Rujuk kepada pengerusi untuk semakan akhir sebelum dicetak
                        -   Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan

17   Peralatan          -   Menyediakan anggaran perbelanjaan dan laporan
     Pertandingan




                                                                             17
                                                                                             Lampiran 2 (Pelan)




                                     DATARAN KEMANG



                                               KHEMAH
                                                  A



                                                         NO.
                                                          5
                      KHEMAH




                                                                           KHEMAH URUSETIA
                         B

                                             PENTAS UTAMA


                      NO.
                       2                    NO.   NO.
PANTAI                                       4     8                                                    JALAN
TELOK                                                                                                   RAYA
KEMANG
                                                          KHEMAH
                                                             D
                        NO.
                         7
                                   KHEMAH
                                      C                              NO.
                                                                      1
                                                               NO.
                                                                6

                                      NO.
                                       3




         PETUNJUK :

         KHEMAH A              -      NO.5 (Pidato)
         KHEMAH B              -      NO. 2 (Sajak)
         KHEMAH C              -      NO. 3 (Pantun)
                               -      NO. 7 (Cerita)
         KHEMAH D              -      NO.1 (Mengarang)
                               -      NO. 6 (Mewarna)
         PENTAS UTAMA          -      NO.4 (Forum)
                               -      NO. 8 (Drama)


                                                                                                            18
                                                               Lampiran 3



                      Penyediaan makan/ minum        (Perincian Bilangan Terlibat)


Sarapan pagi        392 orang x RM 3.00                             RM 1,176.00
                       -   295 orang murid
                       -   49 orang guru pengiring
                       -   33 orang hakim pertandingan
                       -   8   orang urusetia
                       -   7   orang pegawai Pelajaran
Makan Tengah hari   392 orang x RM 5.00                             RM 1,960.00
                       -   295 orang murid
                       -   49 orang guru pengiring
                       -   33 orang hakim pertandingan
                       -   8   orang urusetia
                       -   7   orang pegawai Pelajaran
Minum Petang        392 orang x RM 3.00                             RM 1,176.00
                       -   295 orang murid
                       -   49 orang guru pengiring
                       -   33 orang hakim pertandingan
                       -   8   orang urusetia
                       -   7   orang pegawai Pelajaran




                                                                        19
                                                                          Lampiran 4

Hadiah / cenderahati (Perincian Bilangan terlibat)
               Berpidato                        RM 60.00 X 2
               Johan :    RM 30.00              (lelaki dan perempuan)          RM120.00
               N. Johan: RM 20.00
               Ketiga : RM 10.00                Sekolah menengah
               Berpantun
Hadiah                                          RM 200.00
               Johan : RM 100.00                                                RM200.00
Pertandingan
               N. Johan: RM 60.00               Sekolah menengah
Karnival
               Ketiga : RM 40.00
               Bercerita                        RM 60.00 X 4
               Johan :    RM 30.00              (lelaki dan perempuan)          RM240.00
               N. Johan: RM 20.00
               Ketiga : RM 10.00                Sekolah Rendah dan menengah
               Forum
               Johan : RM 100.00                RM 200.00
                                                                                RM200.00
               N. Johan: RM 60.00               Sekolah menengah
               Ketiga : RM 40.00
               Bersajak                         RM 60.00 X 4
               Johan :    RM 30.00              (lelaki dan perempuan)          RM240.00
               N. Johan: RM 20.00
               Ketiga : RM 10.00                Sekolah Rendah dan menengah
               Mini Drama
               Johan : RM 300.00                RM 600.00                       RM 600.00
               N. Johan: RM 200.00              Sekolah menengah
               Ketiga : RM 100.00
               Mengarang                        RM 60.00 X 2
               Johan :    RM 30.00              (lelaki dan perempuan)          RM 120.00
               N. Johan: RM 20.00
               Ketiga : RM 10.00                Sekolah menengah
               Mewarna Gambar
               Johan : RM50.00
               N.Johan RM30.00                  RM 200.00
                                                                                RM 200.00
               Ketiga : RM20.00                 (Terbuka bawah umur 8 tahun)
               Keempat – ketiga belas :
               RM 10 x 10 = RM 100

                                                               ( 2,955 patah perkataan)



                                                                                   20

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:1657
posted:12/16/2011
language:
pages:20