A) PEMAHAMAN

W
Shared by: HC111215024524
Categories
Tags
-
Stats
views:
202
posted:
12/14/2011
language:
Indonesian
pages:
9
Document Sample
scope of work template
							A) PEMAHAMAN
Petikan 1 (6%)
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan memberi jawapan yang paling
sesuai.
        Bidang pelancongan menjadi satu industri yang amat penting kepada negara. Bidang ini merupakan
penyumbang terbesar kepada pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing.
        Malaysia yang mempunyai keunikan pelbagai adat resam kerana kewujudan pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, dan India telah memikat hati pelancong untuk sama-sama merasainya. Nilai ringgit yang
rendah membolehkan pelancong membeli barangan tempatan dan mendapatkan perkhidmatan dengan kadar
yang murah. Tempat-tempat bersejarah tinggalan nenek moyang juga ternyata turut menggamit hati para
pelancong asing.
        Walau bagaimanapun, keindahan alam semula jadi menjadi produk terpenting dalam sektor
pelancongan. Malaysia kaya dengan rimba yang menghijau, beraneka flora dan fauna, pantai serta air terjun
yang cantik, pulau-pulau yang indah telah berjaya memukau pandangan pelancong terutama dari Eropah dan
Amerika. Taman Negara, Gunung Kinabalu, Gua Niah, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, dan Pulau Langkawi
adalah tempat-tempat popular yang menjadi pilihan para pelancong.
        Justeru, keindahan alam semula jadi di bumi ini haruslah dikekalkan. Sikap sesetengah pihak yang
terlalu rakus mengejar pembangunan dan kemajuan haruslah disingkirkan. Aktiviti-aktiviti ini akan
menjejaskan pendapatan negara apabila para pelancong tidak lagi berminat untuk datang ke negara kita.
1. Apakah industri yang banyak memberikan keuntungan kepada negara?
   A) industri perkilangan                      C) industri perhotelan
   B) industri pelancongan                      D) industri perkapalan
2. Bidang pelancongan sangat penting kepada negara kerana
   A) dapat memperkenalkan negara kepada dunia luar.
   B) dapat menarik lebih ramai pengunjung dari luar.
   C) dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
   D) dapat membuktikan sikap rakyat yang mementingkan keindahan.
3. Apakah tempat yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong?
   A) kawasan taman                               C) hutan
   B) kawasan pulau                               D) kawasan perkampungan
4. Apakah tarikan utama pelancong asing berkunjung ke negara ini?
   A) Keindahan semula jadinya.
   B) Harga barang-barang dan perkhidmatan yang murah.
   C) Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
   D) Negara Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah.
5. Semua yang berikut merupakan daya tarikan pelancong untuk datang ke Malaysia, kecuali
   A) perbelanjaan yang lebih mahal.
   B) masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya.
   C) alam semula jadinya yang indah.
   D) pulau-pulau yang indah.
6. Rangkai kata flora dan fauna dalam petikan tersebut membawa maksud
   A) bunga-bungaan dan pokok-pokok.
   B) tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
   C) tumbuh-tumbuhan semula jadi.
   D) haiwan-haiwan liar yang diancam kepupusan.



                                                                                                       1
Petikan 2 (6%)
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan memberi jawapan yang paling
sesuai.
         Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang wajib disertai oleh setiap pelajar. Setiap pelajar
diberi pilihan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah sama ada persatuan, unit beruniform, kelab
ataupun olahraga. Banyak faedah yang akan kita peroleh apabila kita menyertai kegiatan-kegiatan tersebut.
         Menyertai kegiatan kokurikulum dapat menimba ilmu dan pengalaman kita. Contohnya, apabila kita
menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah, kita akan diajar cara merawat, menyelamatkan mangsa ketika
kecemasan dan sebagainya. Selain itu, kegiatan kokurikulum melatih diri kita hidup bermasyarakat, tolong-
menolong, bertolak ansur, berdikari, dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
         Melalui kegiatan kokurikulum pelajar-pelajar berpeluang menyumbangkan tenaga dan bakti kepada
masyarakat setempat seperti aktiviti bergotong-royong. Di samping menjalin hubungan erat dengan
masyarakat sekeliling, secara tidak langsung mereka diterapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Dengan
ini lahirlah generasi yang berpekerti mulia.
         Aktiviti sukan dan permainan pula dapat membina kecergasan dan mental kita. Apabila bersukan,
kita akan berpeluh. Pada waktu itu lemak dalam badan kita akan pecah dan kita akan berasa cergas dan sihat.
         Menyertai kegiatan kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Dengan ini
dapat mengelakkan pelajar merayau-rayau atau bercampur gaul dengan budak nakal.
         Seterusnya pelajar-pelajar berpeluang mengharumkan nama sekolah apabila memperoleh sesuatu
kejayaan dalam aktiviti yang diwakili oleh mereka. Contohnya, menyertai acara olahraga sebagai wakil
sekolah. Apabila kita berjaya, nama sekolah kita akan disebut-sebut orang.
         Tidak dapat dinafikan aktiviti kokurikulum berhubung kait dengan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Oleh yang demikian, penyertaan pelajar dalam kokurikulum dapat memberikan pendedahan dan
pemahaman yang lebih mendalam berkaitan pelajaran kepada mereka.
1. Apakah faedah utama yang boleh diperoleh apabila menyertai kokurikulum?
   A) bergaul dengan rakan-rakan di sekolah
   B) menambah pengalaman dan meluaskan fikiran
   C) badan akan mengeluarkan peluh
   D) dapat mewakili sekolah dalam pelbagai aktiviti
2. Aktiviti apakah yang mudah menjadikan badan cergas dan sihat?
   A) Kelab Hoki                                 C) Kelab Seni Lukis
   B) Kelab Nyanyian                             D) Persatuan Bahasa Melayu
3. Semua pernyataan di bawah adalah kesan daripada penglibatan murid dalam aktiviti
   kokurikulum kecuali
   A) melahirkan pelajar yang berbudi bahasa.
   B) melahirkan masyarakat yang berdisiplin.
   C) melahirkan pelajar yang sentiasa sihat.
   D) melahirkan pelajar yang suka merayau-rayau.
4. Antara berikut ialah nilai-nilai murni yang akan diperoleh oleh pelajar dengan menyertai kegiatan
   kokurikulum kecuali
    A) membuang masa.                                 C) berpekerti mulia.
    B) berdikari.                                     D) hormat-menghormati.
5. Aktiviti apakah yang amat membantu pembelajaran di dalam bilik darjah secara langsung?
    A) Persatuan Bulan Sabit Merah               C) Persatuan Bahasa Melayu
    B) Kelab Berenang                            D) Kelab Taekwando
6. Rangkai kata menimba ilmu dalam petikan tersebut membawa maksud
    A) mengambil kepeluangan.                    C) menokok kekurangan.
    B) memperoleh pengetahuan.                   D) menjadi bijaksana.
                                                                                                         2
Petikan 3 (6%)
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan memberi jawapan yang paling
sesuai .

        Yang Berbahagia Tuan Pengetua, guru-guru, dan rakan yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya
ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian para hadirin menghadiri majlis ini. Tujuan majlis ini diadakan
adalah untuk meraikan pengetua kita, Tuan Haji Muhamad Shafie, yang akan bersara pada hujung bulan ini.
        Sebagaimana yang kita semua ketahui, Tuan Haji Muhamad Shafie telah bertugas di sekolah ini
sebagai pengetua sejak 13 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh itu, beliau telah banyak mencurahkan jasa
beliau kepada sekolah ini. Atas usaha dan galakan beliau, beberapa orang pelajar di sekolah ini telah berjaya
mencipta nama dalam bidang sukan, pelajaran, dan kegiatan kokurikulum.
        Walaupun Tuan Haji Muhamad Shafie sentiasa bersikap tegas semasa menjalankan tugas beliau,
terutamanya dalam menghadapi masalah disiplin pelajar, tetapi tindakan beliau itu telah meninggalkan kesan
yang mendalam kepada kita. Sehingga sekarang, mutu disiplin pelajar sekolah ini berada pada tahap yang
membanggakan.
        Di sini, saya selaku wakil pelajar-pelajar lain melahirkan perasaan yang amat sedih kerana kita semua
akan kehilangan seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi. Kami diibaratkan sebagai anak-anak yang
akan kehilangan bapa yang telah lama membimbing kami ke arah kecemerlangan. Ribuan terima kasih juga
kami ucapkan atas segala jasa dan pengorbanan beliau. Cikgu, segala jasamu tidak akan kami lupa sehingga
akhir hayat kami.
        Akhir kata, kami harap Tuan Haji Muhamad Shafie akan terus mencurahkan baktinya kepada sekolah
ini melalui kerja-kerja amal. Kami mendoakan agar cikgu beroleh ketenangan dan sentiasa berada dalam
kesejahteraan. Sekian, terima kasih.
1. Siapakah yang menyampaikan ucapan ini?
    A) pengetua                                            C) pelajar
    B) guru                                                D) Tuan Haji Muhamad Shafie
2. Siapakah yang diraikan dalam majlis perpisahan ini?
    A) pelajar-pelajar                                     C) guru-guru
    B) pengetua                                            D) kakitangan sekolah
3. Apakah galakan yang diberikan oleh Tuan Haji Muhamad Shafie kepada pelajar-pelajar beliau?
    A) menggalakkan pelajar-pelajarnya menceburkan diri dalam pelbagai bidang
    B) menggalakkan pelajar-pelajarnya aktif dalam bidang sukan sahaja
    C) menyuruh pelajar-pelajarnya supaya memberi tumpuan dalam pelajaran sahaja
    D) meminta pelajar-pelajarnya supaya patuh akan arahan guru-guru
4. Bagaimanakah sikap Tuan Haji Muhamad Shafie semasa menjalankan tugas?
    A) tidak mahu menerima pendapat orang lain
    B) sentiasa marah akan guru-guru dan pelajar-pelajar
    C) sentiasa tegas apabila menjalankan tugas
    D) menjalankan tugas dengan sambil lewa
5. Mengapakah pelajar-pelajar berasa sedih dengan persaraan Tuan Haji Muhamad Shafie?
    A) kerana Tuan Haji Muhamad Shafie akan mencurahkan bakti beliau melalui kerja-kerja amal di luar
       sekolah
    B) kerana Tuan Haji Muhamad Shafie akan terus melupakan mereka
    C) kerana Tuan Haji Muhamad Shafie akan meninggalkan mereka selama-lamanya
    D) kerana mereka akan kehilangan seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi




                                                                                                           3
6. Rangkai kata kerja-kerja amal dalam petikan bermaksud
    A) kerja-kerja yang dijalankan secara sukarela.
    B) kerja-kerja yang dilakukan secara terpaksa.
    C) melakukan kerja-kerja untuk mendapat bayaran.
    D) melakukan kerja-kerja untuk mendapat nama dan dipuji orang lain.

B) TATABAHASA
(a) Kata nama am dan kata nama khas (12%)
Senaraikan kata nama am dan kata nama khas daripada petikan di bawah.
       Para pengunjung Zoo Negara kini berpeluang bermesra dan bermain dengan beberapa haiwan
kesayangan mereka apabila pihak pengurusan memperuntukkan masa selama sejam pada setiap hari Ahad
untuk berbuat demikian.
Kata nama am:
1. ________________                               2. ________________
3. ________________                               4. ________________

Kata nama khas:
5. ________________                               6. ________________


(b) Kata nama terbitan (8%)
Senaraikan kata nama terbitan daripada petikan di bawah.
      Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menanam semangat cinta akan alam sekitar kepada ahli
dan menyaksikan keindahan alam semula jadi serta hidupan yang terdapat di taman ini.
Kata nama terbitan:
1. ________________                               2. ________________
3. ________________                               4. ________________


(c) Kata ganti nama diri (10%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Pegawai Pendidikan Daerah akan datang sebentar lagi. ________________ dijangkakan berada
    bersama-sama kita selama sejam.
    A) Beta                                      C) Beliau
    B) Mereka                                    D) Dia
2. “________________ tidak pasti sama ada akan pergi melawat Ah Chai atau tidak petang ini,” kata
    Yunus.
    A) Hamba                                     C) Baginda
    B) Saya                                      D) Patik
3. ________________ ialah para pemain bola jaring pasukan sekolah yang akan bertanding di padang
    Sekolah Menengah Yak Chee petang esok.
    A) Dia                                       C) Mereka
    B) Beliau                                    D) Ia
4. Seluruh rakyat Malaysia mestilah bersatu padu untuk menjamin keamanan negara Malaysia.
    ________________ tidak boleh mengharapkan orang luar menjaga keamanan negara ini.
   A) Kami                                         C) Mereka
   B) Kita                                         D) Dia

                                                                                                    4
5. ________________ bertiga berasal dari negeri yang sama,” beritahu Felis semasa memperkenalkan ahli-
    ahli kumpulannya.
    A) Kami                                       C) Baginda
    B) Beliau                                     D) Tuanku
6. Sultan negeri Indragiri bertitah, “________________ akan menganugerahkan pingat kepada sesiapa yang
    dapat menangkap penyamun itu.”
   A) Saya                                         C) Aku
   B) Patik                                        D) Beta
7. Ini jiran saya. ________________ baru pindah ke sini kira-kira dua minggu yang lalu.
    A) Awak                                       C) Dia
    B) Beliau                                     D) Kalian
8. Bolehkah saya tahu nama dan tempat asal ________________ ?
   A) kamu                                       C) hamba
   B) anda                                       D) engkau
9. ________________ ialah sultan bagi negeri ini. Kami sangat menyenanginya.
    A) Baginda                                     C) Beliau
    B) Ia                                          D) Kalian
10. Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah ________________ harap diampun.
   A) saya                                     C) dikau
   B) daku                                     D) patik

(d) Kata ganti nama tempat (2%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
                                          situ     sana      sini
1. “Marilah tinggal dengan datuk di ________________ . Kita pergi memancing ikan
    bersama-sama,” pelawa Pak Ali.
2. Jalan di hujung kampung _______________ terpaksa ditutup akibat kejadian tanah runtuh.

(e) Kata ganti nama tunjuk (2%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
                                        ini      itu      demikian
1. _______________ lah berakhirnya cerita tersebut.
2. “Baju _______________ saya punya,” kata Lily sambil menyimpan baju itu di dalam almari.

(f) Kata ganti nama tanya (12%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
        apa      bila      berapa          bagaimana          mengapa        mana          siapa
        apakah    bilakah   berapakah      bagaimanakah       mengapakah     manakah      siapakah
1. Pukul _______________ kamu akan tunggu saya di sana?
2. _______________ makanan kegemaran kamu?
3. Di _______________ pelarian-pelarian itu ditempatkan?
4. Kita perlu berhati-hati ketika membeli barang _______________?
5. Kepada _______________ lagu itu ditujukan?
6. Ibu bapa kamu berkahwin ________________?

                                                                                                         5
(g) Kata ganti nama tak tentu (4%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
           apa-apa     mana-mana       bila-bila     sesiapa      masing-masing     sesuatu
1. _______________ yang datang lewat akan dicatat nama.
2. Pada _______________ masa saja bangunan yang lapuk itu akan runtuh.
3. Kami akan beredar jika tiada _______________ yang hendak dibincangkan lagi.
4. Selepas perhimpunan, para pelajar balik ke kelas ________________.


(h) Kata adjektif (8%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
                  bengis   ramah     comel    benjol   bulat     tegap      deras
                   pantas    mendung    panas    segan     kecut       aneh
1. Bayi yang berusia empat bulan itu sungguh ________________.
2. Kepalanya ________________ kerana terhantuk dinding.
3. Badan anggota polis itu sungguh ________________.
4. Air sungai menjadi ________________ apabila hujan turun dengan lebat.
5. Dia tercengang apabila mendengar cerita yang ________________ itu.
6. Pelacong asing kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang ________________ .
7. Kami menjadi ________________ mendengar ugutan samseng itu.
8. Ibu tidak menjemur baju kerana cuaca ________________ sejak pagi tadi.


(i) Kata seru (5%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
                   Wah       Cis     Syabas        Hai    Wahai      Aduh     Nah
1. _______________ , berani kamu menentang aku!
2. _______________ anakku, jadilah insan yang berguna!
3. _______________, rasakan tikamanku ini!
4. _______________, pedihnya perut aku!
5. _______________ atas kejayaan kamu!


(j) Kata bantu (4%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
          masih     akan     sudah        belum pernah     masih sedang     sedang hendak
1. Saya ________________ melawat ke Afrika Selatan setakat ini.
2. Walaupun _______________ kecil, kematangannya seperti orang dewasa.
3. Sesiapa yang _______________ menyiapkan kerja dibenarkan balik.
4. Kami telah lama menunggu hidangan masakan, malah ibu dan nenek ________________ memasak di
   dapur.

                                                                                                6
(k) Kata penguat (3%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Rumah yang ________________ besar di daerah ini ialah rumah Pegawai Daerah.
    A) nian                                    C) betul
    B) paling                                  D) sekali
2. Dialah gadis yang cantik ________________ di sekolah kami.
    A) sekali                                    C) paling
    B) terlalu                                   D) agak
3. Pemandangan di tepi laut ________________ indah pada waktu senja.
    A) nian                                     C) amat
    B) sekali                                   D) benar


(l) Kata bilangan (4%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
                       tiga    ketiga       segala     satu perlima    pelbagai
1. Ibu menyediakan _______________ juadah untuk berbuka puasa.
2. _______________ persiapan bagi majlis itu telah dibuat.
3. Saya akan pergi ke rumah kamu _______________ hari lagi.
4. _______________ daripada kanak-kanak di kampung ini tidak tahu membaca.


(m) Penjodoh bilangan (8%)
Pilih jawapan yang paling sesuai.
                     tongkol      batang    rangkap    cubit    bilah     das
                      sisir    pucuk     laras    naskhah    ulas     ketul
1. Perompak itu bersenjatakan se________________ pistol.
2. Azmin makan tiga ________________ durian daripada sebiji durian yang dibelinya.
3. Encik Wong membeli se________________ akhbar setiap pagi.
4. Ayah membawa se________________ pisang dari kedai buah-buahan.
5. Harga se________________ jagung yang sudah direbus seringgit.
6. Majlis peminangan itu diserikan oleh beberapa ________________ pantun.
7. Kakak memasukkan se________________ garam ke dalam gulai lemak itu.
8. Perompak itu melepaskan beberapa ________________ tembakan ke arah polis yang mengejarnya.



****************************SEMOGA MENJAWAB*****************************




                                                                                                7
KERTAS JAWAPAN BAHASA MELAYU 2 (KELAS BUKAN PMR) TINGKATAN 2

Nama: __________________(         )                        Markah: __________
Kelas: ________                                            Tarikh : __________

A) PEMAHAMAN
Petikan 1 (6%)
1.B                                         2.C
3.B                                         4.A
5.A                                         6.B

Petikan 2 (6%)
1.B                                         2.A
3.D                                         4.A
5.C                                         6.B

Petikan 3 (6%)
1.C                                         2.B
3.A                                         4.C
5.D                                         6.A

B) TATABAHASA
(a) Kata nama am dan kata nama khas (12%)
Kata nama am:
1.haiwan, kesayangan                        2.masa, hari
3.pihak, pengurusan                         4.pengunjung

Kata nama khas:
1.Zoo Negara                                2.Ahad

(b) Kata nama terbitan (8%)
1.tujuan                                    2.keindahan
3.lawatan                                   4.hidupan

(c) Kata ganti nama diri (10%)
1.C                                         2.B
3.C                                         4.B
5.A                                         6.D
7.C                                         8.A
9.A                                         10.D

(d) Kata ganti nama tempat (2%)
1.sini                                      2.sana

(e) Kata ganti nama tunjuk (2%)
1.Demikian                                  2.ini

(f) Kata ganti nama tanya (10%)
1.berapakah                                 2.Apakah
3.manakah                                   4.mengapa
5.siapakah                                  6.bila
                                                                                 8
(g) Kata ganti nama tak tentu (4%)
1.Sesiapa                              2.bila-bila
3.apa-apa                              4.masing-masing

(h) Kata adjektif (8%)
1.comel                                2.benjol
3.tegap                                4.deras
5.aneh                                 6.ramah
7.kecut                                8.mendung

(i) Kata seru (5%)
1.Cis                                  2.Wahai
3.Nah                                  4.Aduh
5.Syabas

(j) Kata bantu (4%)
1.belum pernah                         2.masih
3.sudah                                4.masih sedang

(k) Kata penguat (3%)
1.B                                    2.A
3.C

(l) Kata bilangan (4%)
1.pelbagai                             2.Segala
3.tiga                                 4.Satu perlima

(m) Penjodoh bilangan (8%)
1.pucuk                                2.ulas
3.naskhah                              4.sisir
5.tongkol                              6.rangkap
7.cubit                                8.das


*********************** SEMOGA MENJAWAB ***************************




                                                                      9

						
Related docs
Other docs by HC111215024524
koll april 2010 prayer letter
Views: 2  |  Downloads: 0
concursos 9759
Views: 278  |  Downloads: 0
Cost-Volume-Profit Relationships - PowerPoint
Views: 13  |  Downloads: 0
TABEL - DOC
Views: 581  |  Downloads: 0
relev 2005 1
Views: 1046  |  Downloads: 0
BAB I
Views: 25  |  Downloads: 0
Partea I
Views: 608  |  Downloads: 1
Hoja1
Views: 336  |  Downloads: 0