BAHAS ALA PARLIMEN
Shared by: HC11121501613
-
Stats
- views:
- 498
- posted:
- 12/14/2011
- language:
- Malay
- pages:
- 22
Document Sample


1
BAHAS ALA PARLIMEN
KONSEP BAHAS ALA PARLIMEN
Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan
Ala Perlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Dalam situasi sebenar di Parlimen, Pihak Kerajaan akan mengemukakan usul
untuk dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk
dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada Pihak
Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut manakala
Wakil Rakyat daripada Pihak Pembangkang pula akan memberi hujah sama ada
memperbaiki usul tersebut mahupun menolak langsung usul tersebut. Setelah perdebatan
tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli Dewan terdiri
daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan membuat pengundian sama
ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut. Usul kerajaan akan diterima
sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua per tiga daripada Ahli Dewan.
Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang daripada dua pertiga daripada Ahli
Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan dengan sendirinya Pihak Kerajaan tiada
mandat untuk melaksanakannya.
Dalam Perbahasan Ala Parlimen, perdebatan / perbahasan di Parlimen seperti
yang dijelaskan di atas menjadi model atau contohnya. Bahasa Ala Parlimen merujuk
kepada bentuk perbahasan sesuatu usul ( cadangan ) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk
Parlimen Malaysia). Dalam membahaskan sesuatu usul, Pihak Kerajaan yang diketuai
oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul
tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya
mereka mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak
dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat
2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pula
akan menterjemahkan usul ( melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi
fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab kenapa usul tersebut harus
ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Speaker Dewan ( atau
Yang Dipertua Dewan ) mendapatkan pengundian. Dalam Pertandingan Bahas Ala
Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh
Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Speaker Dewan Perbahasan
sebagai mana pengumuman yang dibuat oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat dalam
Persidangan Dewan Rakyat / Parlimen. Speaker Dewan sesuatu Perbahasan Perbahasan
Ala Parlimen akan mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut :
Dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima
@
Dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak
2
SYARAT, PERATURAN & FORMAT BAHAS BAHASA
MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH MALAYSIA
1. OBJEKTIF :
1.1 Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada
para pelajar sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat
kecemerlangan.
1.2 Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang berani
dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berhujah secara spontan.
1.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dan teratur.
2. RASIONAL
2.1 Format perbahasan yang diamalkan sekarang tidak pernah berubah semenjak
diperkenalkan 23 tahun yang lalu. Lebih daripada 80% ucapan pendebat
dalam format ini bergantung kepada teks yang telah disediakan lebih awal.
Kemahiran membidas secara spontan tidak diberi penekanan utama. Dalam
erti kata sebenar perbahasan, ucapan pendebat mestilah mengutamakan hujah-
hujah untuk „mematahkan‟ hujah-hujah pihak lawan dan mengukuhkan kes
pasukan sendiri dengan menyampaikan hujah yang tepat, rasional dan
berkesan. Perkara ini hanya dapat dilakukan jika penekanan dan ruang yang
banyak diberikan kepada bidasan. Format bahas ala parlimen memberi
penekanan kepada ruang bidasan tersebut.
2.2 Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas
ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan
pelajar-pelajar yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan mental yang
membolehkan mereka bertindak secara aktif , kreatif dan kritis.
3
CIRI-CIRI PERBEZAAN BAHAS FORMAT LAMA
DENGAN FORMAT BAHAS ALA PARLIMEN
PERKARA BAHAS FORMAT LAMA BAHAS ALA ULASAN
PARLIMEN
1. TEKS 1. Para pendebat lebih 1. Tumpuan para 1. Format bahas ala
PERBAHASAN banyak bergantung pada pendebat lebih Parlimen lebih
apa – apa yang mereka banyak kepada bermakna dan
telah sediakan dan tidak percubaan untuk berkesan kerana
banyak mengambil kira menangkis apa perbahasan
apa – apa perkara yang yang diucapkan memerlukan
diucapkan oleh pihak oleh pihak lawan semua para
lawan dan menangkis da kurang pada pendebat
kenyataan-kenyataan itu apa – apa yang mengikuti
dengan sewajarnya. telah mereka perbahasan itu
sediakan. secara teliti dari
awal hingga
2. Para pendebat akhir. Jika
mengukuhkan mereka tidak
pendirian pasukan berbuat
mereka dengan demikian
mematahkan mereka tidak
hujah-hujah pihak dapat mengesan
lawan. kelemahan
hujah-hujah
1. Para pendebat pihak lawan
sentiasa mencari untuk
helah untuk dibangkitkan
membuktikan atau dibidas
kelemahan hujah- secara spontan.
hujah pihak lawan
dan menunjukkan 1. Format lama
bagaimana hujah- lebih banyak
hujah itu tidak tertumpu pada
dapat menggugat penghafalan teks
pendirian pasukan yang telah
mereka sendiri. disediakan.
4
PERKARA BAHAS FORMAT LAMA BAHAS ALA ULASAN
PARLIMEN
1. Para pendebat hanya 1. Peratus masa dan 1. Format baru ini
2. BIDASAN boleh membidas semasa markah untuk memerlukan para
giliran mereka berucap membidas pendebat untuk
sahaja. semakin sentiasa prihatin
bertambah dari kepada
pendebat perbahasan dari
pertama hingga awal hingga ke
ke pendebat akhir kerana
ketiga. setiap pendebat
diberi peluang
2. Masa dan markah untuk 2. Semua pendebat untuk membidas
membidas adalah terhad boleh membuat melalui „Izin
(20%) daripada bidasan secara Laluan‟
keseluruhan masa dan spontan melalui
markah yang „Izin Laluan‟ 2. Format lama
diperuntukkan. pada bila-bila tidak banyak
masa semasa memberi
pihak lawan penekanan
sedang berucap. kepada bidasan
jika
dibandingkan
dengan format
baru.
3.’IZIN 1. Melalui sistem
LALUAN’ 1. Dalam format lama, „Izin laluan‟ 1. „Izin laluan‟
sebelum atau selepas setiap pendebat memberi peluang
„Izin laluan‟ gilirannya, seseorang boleh bangun kepada para
ialah pendebat tidak boleh untuk menyoal pendebat untuk
pertanyaan atau menyoal atau memberi atau membuat terus mengambil
kenyataan yang pandangannya terhadap kenyataan yang bahagian dari
boleh apa – apa yang sedang bersesuaian pada awal hingga
dikemukakan diucapkan oleh pihak bila-bila masa akhir.
oleh seseorang lawan. Penglibatan semasa pihak
pendebat pendebat terhad kepada lawan sedang
semasa pihak giliran yang telah berucap.
lawan sedang dtentukan untuknya.
berucap.
PERKARA BAHAS FORMAT BAHAS ALA ULASAN
5
LAMA PARLIMEN
2. Format baru
memberi lebih
banyak peluang
kepada para
pendebat utuk
menyampaikan
idea atau
pertanyaan
secara spontan.
3. Setiap pendebat
menjawab dan
memberi „Izin
laluan‟
sepanjang
perbahasan itu.
4. USUL 1. Usul perbahasan 1. Usul-usul 1. Format baru
PERBAHASAN diberi lebih awal perbahasan diberi melatih para
sebelum perbahasan lebih kurang dua pelajar untuk
(Dari seminggu minggu sebelum berani
sehingga sebulan pertandingan menghadapi
tempohnya). bermula. para penonton
semasa
2. Guru penasihat sama- 2. Pendirian sama ada berucap.
sama terlibat dalam pasukan tersebut
penyediaan teks mencadang atau 2. Format ini
untuk perbahasan. membangkang benar-benar
ditentukan 1 jam memberi
sebelum perbahasan peluang kepada
bermula. para pelajar
untuk
3. Hanya pelajar dari mempamerkan
pasukan yang sama kebolehan
dibiarkan berada di berbahas.
dalam bilik
persediaan.
SYARAT-SYARAT & PERATURAN BAHAS
6
BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
1. NAMA
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
Sekolah Sekolah Menengah Malaysia.
2. FORMAT
2.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh tiga orang
pembahas utama dan dua orang pembahas simpanan.
2.2 Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding
dengan Pasukan Pembangkang.
2.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana
Menteri, manakala dua orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan
disebut sebagai YB Menteri Kedua dan YB Menteri Ketiga. Pembahas
simpanan pasukan kerajaan disebut sebagai YB Menteri Keempat dan Menteri
Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut
sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala dua orang lagi pembahas dalam
pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua dan YB
Pembangkang Ketiga. Pembahas simpanan pasukan pembangkang disebut
sebagai YB Pembangkang Keempat dan Pembangkang Kelima.
2.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti
berikut :
KERAJAAN PEMBANGKANG MASA
1 Pertama 2 Pertama 8 minit
3 Kedua 4 Kedua 8 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 8 minit
8 Ucapan Menggulung 7 Ucapan Menggulung 4 minit
Pertama/Kedua Pertama/Kedua
2.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan
satu hujah, manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan
mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak
mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk
membidas hujah pasukan lawan.
2.6 Semasa satu pihak berucap atau berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon
‘Izin Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan
daripada pihak lawan.
7
2.7 Selepas kesemua pembahas menyampaikan ucap utama, pembahas pertama
atau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan
penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan
kerajaan.
3. KELAYAKAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga
tingkatan lima, sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia yang berumur
tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama
Penuh.
3.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan
tersebut.
3.3 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah tersebut.
4. PENGHAKIMAN
4.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga
atau lima orang hakim.
4.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
perbahasan bermula.
4.3 Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim
bahas Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah / negeri.
4.4 Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan
sekolahnya sendiri.
4.5 Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. Pasukan
bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim dipilih sebagai
pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan
yang menang.
4.6 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan
merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada tuan speaker untuk
mengumumkan keputusan perbahasan.
4.7 Selepas borang keputusan diserahkan, para hakim berkumpul untuk
berbincang dan memilih pembahas terbaik. Para hakim boleh merujuk kertas
catatan hakim untuk membuat pemilihan pembahas terbaik. Dalam penentuan
pembahas terbaik, ucapan penggulungan tidak diambil kira.
4.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
8
5. TATACARA PERBAHASAN
5.1 Pengendalian Perbahasan
5.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding
sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya pertandingan
peringkat zon dan kebangsaan.
5.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan
pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam sebelum pertandingan.
5.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat
akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing.
5.1.4 Hanya para pelajar di dalam pasukan itu ( tiga pendebat utama dan dua
orang simpanan ) yang dibenarkan berada di dalam bilik persediaan.
Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokong
adalah dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan
dikuarantinkan.
5.1.5 Pasukan boleh menggunakan bahan cetak sahaja sebagai bahan
rujukan semasa kuarantin persediaan. Semua alat elektronik seperti
komputer dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam
bilik persediaan.
5.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasan
lima minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat
dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan
ini akan dibatalkan penyertaannya.
5.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah dikehendaki keluar
dari tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan.
5.2 Peranan Yang Arif Tuan Speaker / Yang Dipertuan Dewan.
5.2.1 Pertandingan bahas ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat
Tuan Speaker dan dibantu oleh seorang penjaga masa. Beliau dapat
memastikan bahawa pertandingan bahas berjalan lancar tanpa
sebarang gangguan daripada pihak yang bertanding ataupun daripada
penonton yang juga disebut sidang dewan.
5.2.2 Tuan Speaker akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan
memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas-pembahas.
5.2.3 Tuan Speaker tidak dibenar membuat komen tentang usul perbahasan
ataupun pembahas-pembahas yang sedang bertanding.
5.2.4 Tuan Speaker akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum
menjemput pembahas untuk berucap.
5.2.5 Tuan Speaker akan mengumumkan keputusan pertandingan.
9
5.3 Peranan penjaga masa
5.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minit
diperuntukkan bagi ucap utama setiap pembahas dan empat minit
untuk ucapan menggulung. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berucap.
5.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit
pertama dan akhir minit ketujuh untuk menandakan bahawa ruang
terbuka kepada pasukan lawan membuat „Izin Laluan‟. Loceng akan
dibunyikan dua kali pada minit kelapan sebagai tanda bahawab masa
untuk pembahas berhujah telah tamat.
5.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan
bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa
persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat
penggulungan.
5.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan
membunyikan loceng amaran dan pada minit keempat loceng
dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas.
5.4 Larangan
5.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh
peribadi seseorang adalah dilarang.
5.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah
adalah dilarang sama sekali.
5.5 Peranan Pembahas
Pembahas Pertama Kerajaan (YAB. Perdana Menteri) – 8 Minit
5.5.1 . Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau
penakrifan terhadap tajuk atau usul yang dibentangkan dalam
perbahasan tersebut.
5.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan
berhubung dengan usul yang dibentangkan.
5.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak
Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri Kedua dan
Menteri Ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.
5.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu
hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.
5.5.5 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan
pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah
dibentangkan.
5.5.6 Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa
yang dibenarkan berbuat demikian.
10
Pembahas Pertama Pembangkang ( YB. Ketua Pembangkang )- 8 Minit
5.5.7. Tugas pertama Ketua Pembangkang ialah untuk menyatakan pendirian
pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usul
yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau nenolak definisi tersebut.
Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut, mereka
boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka.
5.5.8. Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas pendirian
dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas
Pertama Kerajaan).
5.5.9. Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian
pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam
perbahasan tersebut.
5.5.10. Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi
pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh
pembangkang kedua dan pembangkang ketiga bagi mengukuhkan
pendirian pihak pembangkang.
5.5.11. Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu
hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak
pembangkang.
5.5.12. Tugas keenam ketua pembangkang adalah untuk mempertegas
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.
5.5.13. Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan pada
masa yang dibenarkan berbuat demikian.
Pembahas Kedua Kerajaan ( YB. Menteri Kedua)- 8 Minit
5.5.14 Tugas Pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian
pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baru yang
telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi
tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak
pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang
definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
5.5.15 Tugas kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah
dikemukakan oleh ketua pembangkang.
5.5.16 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi
huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh
pihak kerajaan.
5.5.17 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas pendirian
pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.
5.5.18. Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa
yang dibenarkan berbuat demikian.
11
Pembahas Kedua Pembangkang (YB. Pembangkang Kedua)- 8 Minit
5.5.19 Tugas pertama Pembangkang Pertama adalah untuk membidas
pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.
5.5.20 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian
dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri..
5.5.21 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi
huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh
pihak pembangkang.
5.5.22 Tugas keempat Pembangkang Pertama adalah untuk mempertegas
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibbentangkan oleh kerajaan.
5.5.23. Pembangkang Pertama boleh menerima dan memohon izin laluan pada
masa yang dibenarkan berbuat demikian.
Pembahas Ketiga Kerajaan (YB. Menteri Ketiga)- 8 Minit
5.5.24 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan
hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.
5.5.25 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian dan
hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.
5.5.26 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah
dibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan
bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.
5.5.27 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa
yang dibenarkan berbuat demikian.
Pembahas Ketiga Pembangkang ( YB. Pembangkang Ketiga)- 8 Minit
5.5.28 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian
dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.
5.5.29 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian
dan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.
5.5.30 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendirian
dan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.
5.5.31 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul
berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan mempertegas
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telah
dibentangkan oleh kerajaan.
5.5.32. Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada
masa yang dibenarkan berbuat demikian.
12
5.6 Peranan Penggulung
Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit
5.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas kes/
usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/ kesilapan
yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul
tersebut.
5.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan
bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup kes
pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh
kerajaan.
Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit
5.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas kes/ usul
dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut.
5.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi
pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk menutup kes Kerajaan dalam
menyokong usul yang telah dibentangkan.
5.7 Peranan Pembahas Simpanan ( YB. Menteri Keempat / Menteri Kelima /
Pembangkang Keempat / Pembangkang Kelima )
5.7.1 Tugas pembahas simpanan ( YB. Wakil Kerajaan Keempat dan Kelima dan
Pembangkang Keempat serta Kelima ) adalah untuk membantu membuat
catatan hujah pihak lawan / bidasan / izin laluan dan memberikan kepada
pasukannya.
5.7.2 Tugas pembahas simpanan juga adalah untuk memberi idea dalam
perbincangan untuk sesi penggulungan.
5.7.3 Markah akan dinilai daripada kerjasama sepasukan antara pembahas
simpanan dengan pembahas utama. Markah maksimum 10 diberi kepada
pasukan.
6. IZIN LALUAN
6.1 Semasa seorang pembahas sedang menyampaikan ucap utama, pihak lawan
dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan
formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap. Izin laluan
boleh dilakukan dalam bentuk :
soalan;
kenyataan;
fakta;
ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan
oleh pembahas.
13
6.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat
mengenai sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh membetulkan
fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk
meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.
6.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan
haruslah padat dan bernas.
6.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak
lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan
jika melanggar etika ini.
6.5 Etika izin laluan.
6.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit
kedua dan minit ketujuh ucapan pembahas. Izin laluan tidak boleh
dilakukan pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahas
sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan
permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan.
6.5.2 Tiada terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.
6.5.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau
berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan.
Pelakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau
tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa
sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan
menyebabkan pengurangan markah.
6.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan
berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang
tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah
dilarang.
6.5.5 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak
dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya.
Pembahas yang sedang berucap boleh:
Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang
hormat;
Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
Menerima izin laluan tersebut ketika itu.
6.6 Memohon dan menerima izin laluan
6.6.1 Sepanjang perbahasan seorang pembahas DIWAJIBKAN memohon
sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti
menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan
kepadanya.
14
6.6.2 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akan
kehilangan markah isi dan strategi.
Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.
Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan
sebagai pembahas.
6.6.3 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada
pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.
Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas
tidak memberi peluang kepada pihal lawan.
Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas tidak
menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapi
cabaran.
6.6.4 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat
secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan
menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.
RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN
1.0 Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut :
ISI
STRATEGI
GAYA
BAHASA
1.1 ISI
a. Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang disampaikan dan
bukannya gaya menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya menilai
ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian
pembahas berkata-kata.
b. Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi ketepatan dan
kemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai mengikut tahap
kemampuan murid sekolah menengah.
c. Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta ketepatan hujah
dan bukannya kebolehan pasukan lawan membidas hujah yang diberi.
d. Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan adalah lemah,
dan hujah tersebut tidak dapat dibidas oleh pihak lawan, telah
melakukan kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan membidas
hujah yang lemah tersebut. Namun begitu bidasan yang diberi harus
berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang
dilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada
membidas perkara-perkara yang lebih penting.
15
e. Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh
kepercayaan, prejudis atau pengetahuan dalam bidang kerjaya masing-
masing. Contohnya, jika anda seorang peguam dan anda mengetahui
perkara yang diperkatakan oleh pembahas telah diumumkan oleh
Mahkmah Penghakiman Antarabangsa ( MPA ) pada minggu lepas,
anda tidak seharusnya mengambil kira pengetahuan itu melainkan
pengumuman MPA itu telah diketahui umum dengan meluasnya.
1.2 STRATEGI
a. Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi meliputi dua konsep:
i) Struktur dan tempoh masa penghujahan .
ii) Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.
b. Struktur
Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup
yang jelas. Semasa penghujahan diberi, kata kunci akan diberi sebagai
panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan
menunjukkan kesinambungan. Hal ini adalah penting terutamanya semasa
pembahas pertama mewakili kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak
pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu, gaya
menyampaikan hujah merupakan salah satu komponen strategi.
c. Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua aspek berkenaan
dengan hal ini :
i. Berhujah dalam had masa yang dibenarkan.
ii. Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu penghujahan.
d. Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang lebih penting
dan mengemudiankan yang kurang penting. Secara umumnya adalah lebih
baik jika pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu /
hujah. Hal ini kerana, adalah lebih logik untuk menafikan pendirian pihak
lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula.
e. Oleh itu, hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan
penghujahan sahaja, tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dan
keutamaan isu.
f. Pemahaman tentang isu
Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Membazir
masa jika persoalan yang penting tidak dibidas. Pembahas tidak akan
mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi, sekiranya
pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu. Sebaliknya,
pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat membidas
dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi.
16
g. Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi. Bayangkan
dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang cuba membidas isu / hujah
akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah.
Walau bagaimanapun pembahas itu akan mendapat markah agak baik
untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut.
1.3 GAYA
a. Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang keterlaluan.
b. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:
i) sebutan
ii) bahasa gerak badan ( „body language‟ )
Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan yang berbeza oleh
pembahas.
c.Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak seharusnya didenda
kecuali jika pembahas ternyata membaca daripada nota.
d.Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan
menyampaikan hujah dan markah hanya boleh dipotong jikalau gaya
perbahasan melampaui batas.
1.4 BAHASA
a. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:
i) Gaya bahasa
ii) Struktur ayat
iii) Tatabahasa
b. Hal ini juga termasuk:
i) sebutan baku
ii) kelancaran
iii) nada
iv) intonasi
Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu memastikan
bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta struktur
tatabahasa yang betul.
c. Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti pengunaan kiasan, peribahasa
dan sebagainya tepat mengikuti situasi,sewajarnya diberikan markah yang tinggi
dalam bahagian bahasa.
17
1.5 BIDASAN
a. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas contoh. Misalnya,
pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi
hujahnya tepat dan mantap. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan
contoh kerana itulah kehendak perbahasan.
b. Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan
hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat memberi
satu bidasan untuk menumbangkan kesemua contoh yang diberi maka pembahas
tidak perlu membidas setiap contoh.
1.6 PENGGULUNGAN
a. Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan pembahas
mengenai isu bahas yang diperdebatkan. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya
menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut.
1.7 IZIN LALUAN
a. Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang seseorang pembahas
menyampaikan hujahnya. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin
laluan itu. Jika izin laluan itu diterima, pihak lawan boleh membetulkan
maklumat perbahasan itu atau menanyakan soalan tentang isu yang sedang
diutarakan dalam perbahasan itu.
b.Dengan adanya izin laluan, bermakna setiap pembahas akan mengambil
bahagian dari awal hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika
menyatakan hujah msing-masing.
c. Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberi pandangannya.
Walaupun pandangannya mungkin tidak diterima, tetapi sekurang-kurangnya
hal ini menunjukkan pembahas itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan
diri dalam perbahasan itu. Malah pembahas yang tidak memberi / menerima izin
laluan akan mendapat markah yang rendah dalam bahagian isi dan strategi.
18
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
SISTEM PEMARKAHAN
1. UCAP UTAMA (JUMLAH = 100 MARKAH) – MASA – 8 MINIT
1.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian berikut:
(a) Isi = 30 markah
(b) Strategi = 30 markah
(c) Gaya = 20 markah
(d) Bahasa = 20 markah
1.2 GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH
(ANGGARAN)
NO MUTU/TAHAP ISI STRATEGI GAYA BAHASA JUMLAH
(30) (30) (20) (20) (100)
1 Cemerlang 26- 30 26 – 30 18 – 20 18 – 20 86 – 100
2 Sangat baik 21 – 25 21 – 25 15 -17 15 – 17 70 – 85
3 Baik 16 – 20 16 – 20 12 – 14 12 – 14 56 -69
4 Sederhana 11 – 15 11 – 15 9 – 11 9 -11 40 – 55
5 Lemah 6 – 10 6 – 10 6–8 6–8 24 – 39
1.3 PERTIMBANGAN PEMARKAHAN
ISI
a. Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan berdasarkan:
- ketetapan hujah
- kemantapan hujah
b. Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan bidasan.
c. Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya penyampaian hujah.
d. Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan kemantapan hujah dan
bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi.
Begitulah sebaliknya.
Contohnya: USUL: Pengambilan Pekerja Asing Perlu
Diteruskan Di Malaysia
Hujah Pembankang : Pekerja asing telah menimbulkan pelbagai
masalah sosial.
- Masalah jenayah – perogol bersiri
- pembunuh upahan
- rompakan
- Mengganggu ketenteraman masyarakat
- ganggu gadis
- amalan dan tingkah laku
- Masalah setinggan
- Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para
remaja
19
e. Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi ketepatan dan
kemantapan dan hujah itu tidak dibidas, justeru pihak yang tidak
membidas hujah tersebut telah melakukan kesilapan yang lebih serius
berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu
kerana gagal mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu.
f. Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan hujah dan bukannya
berdasarkan contoh. Perkara-perkara penting yang terlebih dahulu perlu
dibidas.
g. Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaan dan
prejudis atau pengetahuan dalam sesuatu bidang.
h. Mutu soalan / jawapan izin laluan boleh mempengaruhi markah isi.
i. Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah / isi mengikut tahap
kemampuan murid sekolah menengah.
STRATEGI
a. Strategi meliputi dua konsep:
i. Struktur dan tempoh masa penghujahan.
ii. Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.
b. Struktur
Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup
yang jelas. Semasa penghujahan, kata kunci diberi sebagai panduan arah
tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan ada kesinambungan.
c. Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua aspek:
i. Berhujah dalam masa yang dibenarkan.
ii. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk aspek-aspek
penghujahan.
d. Susunan isi perlu dititikberatkan. Isi-isi yang penting perlu didahulukan
dan diikuti isi yang kurang penting.
e. Daripada segi strategi, adalah lebih wajar pembahas mengemukakan
bidasannya sebelum menyatakan hujah / fakta.
f. Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu ketika
mempertimbangkan markah strategi.
20
g. Pemahaman tentang isu.
Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Persoalan
penting perlu dibidas. Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam
perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian
strategi.
Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang diperbahaskan dan dapat
membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam
bahagian strategi.
h. Penglibatan pembahas dalam memberi / menerima izin landuan juga perlu
dinilai dalam bahagian strategi.
i. Hakim mesti dapat membezakan antara strategi dan isu. Bayangkan
dalam satu situasi , seorang pembahas cuba membidas isu akan mendapat
markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau
bagaimanapun, pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk
strategi kerana dapat membidas hujah yang diutarakan oleh pihak lawan.
GAYA
a. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:-
i. daripada segi sebutan – suara yang jelas.
ii. bahasa gerak badan (body language)
- dipelbagaikan
- bersesuaian dengan pengucapan yang dilafazkan.
b. Penggunaan nota dan kod nota dibenarkan dan tidak harus didenda kecuali
jika pembahas ternyata terlalu banyak bergantung pada nota atau
membaca daripada nota.
c. Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan.
d. Hakim dinasihati menitikberatkan cara berhujah yang berbeza oleh para
pembahas.
e. Gaya yang berjaya menarik / memikat hati penonton perlu diberi
pertimbangan.
f. Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak keterlaluan atau
melampaui batas.
21
BAHASA
a. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:
i. gaya bahasa
ii. strtuktur ayat
iii. tatabahasa
b. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah::
i. sebutan (baku)
ii. kelancaran
iii. nada
iv. intonasi
Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Hakim perlu memastikan
bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan serta struktur
ayat yang betul.
c. Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa kiasan, peribahasa
dan seumpamanya tepat mengikut situasi dan isi, sewajarnya diberi
markah tinggi dalam bahagian bahasa.
2. UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) – MASA = 4 MINIT
2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut:
a. Isi = 15 markah
b. Strategi = 15 markah
c. Gaya = 10 markah
d. Bahasa = 10 markah
--------------------------------------------------
Jumlah 50 markah
==============================
2.2 GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN)
NO MUTU/TAHAP ISI STRATEGI GAYA BAHASA JUMLAH
(15) (15) (10) (10) (50)
1 Cemerlang 14 – 15 14 – 15 9 – 10 9 – 10 46 – 50
2 Sangat baik 12 – 13 12 – 13 7–8 7–8 38 – 42
3 Baik 10 – 11 10 -11 5–6 5–6 30 – 35
4 Sederhana 8–9 8–9 4 4 24 – 29
5 Lemah 6 -7 6 -7 3 3 18 – 23
22
2.3 Pertimbangan Pemarkahan
ISI
a. Isi dinilai daripada aspek:
i. Kemampuan pembahas merumus dan membidas hujah
pihak lawan.
ii. Kemampuan pembahas menggulung dan menegaskan hujah
pasukan.
b. Ketepatan dan kemantapan bidasan dan penggulungan yang
dibentangkan oleh pembahas mempengaruhi markah isi.
c. Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi.
STRATEGI
a. Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi tujuan
membidas dan menggulung kes pasukan mempengaruhi markah
strategi.
b. Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti dengan
penggulungan.
c. Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah pihak lawan.
d. Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung perlu diambil
kira oleh hakim.
*** Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberian
markah strategi semasa sesi penggulungan.
GAYA / BAHASA
a. Rujuk pertimbangan pemarkahan bahagian ucap utama.
Get documents about "