Embed
Email

Waktu solat dari perspektif astronomi

Document Sample
Waktu solat dari perspektif astronomi
Shared by: HC11121501613
Categories
Tags
Stats
views:
3
posted:
12/14/2011
language:
pages:
18
Tafsiran Waktu Solat Dari Sudut Astronomi

Dr(H) Kassim b. Bahali

Balaicerap AlKhawarizmi

Jabatan Mufti Negeri Melaka



1.0 Pendahuluan



Solat salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Mukallaf. Perintah

wajib mengerjakan solat lima waktu sehari semalam telah diterima oleh Rasulullah

S.A.W semasa peristiwa Isra‟ dan mikraj. Baginda telah menerima wahyu secara

langsung dari hadrat Allah SWT dalam peristiwa tersebut. Tarikh bila berlakunya

perintah solat dan peristiwa Isra‟ dan Mikraj terdapat perselisihan pendapat dikalangan

ulama atau ahli tarikh, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7

RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama

mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan;

sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain

mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut. Adapun yang terbanyak ialah

golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang

kuat. (Chalil,1999)

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang

mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi‟tsah (tahun mula diutusnya pribadi Nabi),

sebahagianya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi‟tsah; sebahagiannya berpendapat

pada tahun kurang setahun dan lima bulan dari hijrah, sebahagiannya berpendapat pada

tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum

hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagian berpendapat lain dari semuanya

itu. (Chalil,1999).





2.0 Waktu-waktu solat



Kewajipan perintah ibadat solat disebut oleh Allah di dalam AlQuraan dan diperjelaskan

melalui amali oleh Rasulullah SAW seperti yang dihuraikan di dalam sabda-sabda

baginda.



Solat dilakukan dalam batas-batas waktu yang tertentu dan Allah telah menyebut di

dalam AlQuraan yang bermaksud;



“Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang yang beriman menurut waktu-

waktu yang tertentu” An-Nisa‟ :103



“Dirikanlah solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan dirikanlah

solat subuh sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)”.

Al-Isra‟ : 78



Kursus Falak Syarie, 19 Rejab 1424 (17 Sept. 2003) anjuran Jab. Mufti Selangor, di El-Azzhar

Camp,Banting, Selangor,







1

“ Oleh itu bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan dan

beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum Matahari terbit dan sebelum

terbenamnya dan beribadat sesaat dari waktu malam dan pada sebelah siang supaya

redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan)”.

Toha : 130

“ Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu) pada dua bahagian

siang (pagi dan petang) dan pada ketika yang berhampiran dengannya dari waktu

malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan

yang buruk, itulah peringatan bagi orang-orang mahu beringat”. Hud:114





Menurut riwayat menyatakan selepas dari peristiwa Isra dan mikraj keesokkan harinya

datanglah Malaikat Jibrail kepada Rasulullah S.A.W menjelaskan dan mengajarkan

waktu-waktu solat dan cara mengerjakannya.



Dari Jabir bin Abdullah meriwayatkan “ Malaikat Jibril datang kepada Nabi S.A.W lalu

berkata: “Marilah solat”. Lalu ia melakukan solat zohor di waktu matahari telah

condong (tergelincir). Kemudian Jibril datang kepada Nabi di waktu Asar lalu berkata:

“Marilah solat”. Lalu ia solat Asar di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu jadi sama

panjangnya dengan keadaan dirinya. Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W di

waktu maghrib lalu berkata: “ Marilah Solat” lalu ia solat Maghrib di waktu matahari

telah masuk (terbenam). Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu Isya lalu

berkata: “Marilah Solat”. Lalu ia solat Isya lalu berkata; “ Marilah solat”. Lalu ia solat

Isya di waktu telah hilang tanda merah – di tempat matahari terbenam.

Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu fajar lalu berkata: “Marilah solat”

Lalu ia solat Fajar (subuh) di waktu fajar telah terbit.

Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W pada esok harinya lagi di waktu zuhur lalu

berkata: “Marilah solat”. Lalu ia solat zuhur, di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu itu

jadi sama panjangnya dengan keadaan dirinya. Kemudian Jibril datang kepada Nabi

S.A.W di waktu Asar lalu berkata: “Marilah solat”. Lalu ia solat di waktu Asar, di waktu

bayangan tiap-tiap sesuatu itu jadi dua kali panjang daripada dirinya. Kemudian Jibril

datang kepada Nabi S.A.W di waktu maghrib yang sama waktunya dengan kelmarin, lalu

ia solat maghrib. Kemudian jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu Isya, sehabis

tengah malam, lalu berkata: “marilah solat”. Lalu ia solat Isya. Kemudian Jibril datang

kepada Nabi pada waktu telah terang cuaca (sebelum terbit matahari). Lalu berkata:

“Marilah solat”. Lalu ia solat fajar. Kemudian Jibril berkata: Antara dua waktu itulah

waktu bagi tiap-tiap solat.”

(Ahmad, Tarmizi, Nasa‟I, Ibnu Hibban dan Hakim)



Dari hadis di atas menggambarkan waktu-waktu solat fardhu yang lima dan batas-batas

waktu solat yang diajarkan oleh Jibril kepada Baginda dan juga kepada umat

Muhammad. Dari hadis tersebut menjelaskan waktu-waktu solat dan sempadan awal serta

akhir waktu-waktu solat berdasarkan kepada kesan pergerakan matahari ketara iaitu

panjang bayang, terbenam matahari, mega merah dan fajar.









2

Dari sudut fekah waktu solat fardhu seperti dinyatakan di dalam kitab-kitab fekah;



i. Waktu zohor



Waktunya bermula apabila gelincir matahari, dan berakhir apabila bayang-

bayang sesuatu benda itu sama panjang dengannya. Bayang-bayang zawal

tidak boleh diambil kira. (Matla‟ Al-Badrain).

Gelincir matahari ialah apabila matahari condong dari kedudukannya di

tengah-tengah langit. Kedudukannya di tengah-tengah langit dinamakan

„keadaan terpacak‟ (halah istiwa’). Apabila ia berpindah dari timur ke

barat maka berlakulah gelincir (zawal).

Menurut jumhur, waktunya tamat apabila bayang sesuatu benda menjadi

sama panjang dengannya, dengan tambahan bayang yang ada pada waktu

matahari terpacak; maksudnya bayang yang ada semasa gelincir.(Al

Zuhaili,1997)



ii. Waktu Asar



Waktunya berrmula apabila bayang-bayang sesuatu itu lebih panjang dari

alat pengukur dan berakhirnya sehingga matahari jatuh.

Menurut persetujuan seluruh ulama‟, waktunya berakhir sebelum beberapa

saat jatuh matahari.



iii. Waktu Maghrib



Waktunya bermula apabila matahari jatuh hinggalah hilang syafak merah.

Menurut Jumhur (ulama Hanafi, Hanbali dan qawl qadim mazhab Syafii)

ia berpanjangan sehingga hilang syafa‟ (cahaya merah).



iv. Waktu „Isya



Waktunya bermula apabila hilang syafak merah hingga terbit fajar sadiq.



v. Waktu Suboh



Waktunya bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbit matahari.

Fajar sidiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang

ufuk. (al Zuhaili,1997)









3

3.0 Pergerakan matahari

Dari keterangan hadis menjelaskan waktu-waktu solat ditentukan berdasarkan kepada

perrgerakan matahari ketara. Bagi menghitung waktu-waktu solat tersebut kita terlebih

dahulu harus mengetahui tentang pergerakan matahari sepanjang tahun.

Pergerakan matahari di dalam setahun berubah dari hari ke hari di sepanjang laluannya.

Laluan matahari dinamakan ikliptik. Jika diperhatikan di dalam setahun kedudukan

matahari terbit dan ghurub (terbenam) berubah dari sehari kesehari. Ada musim matahari

akan berada ke arah selatan dan sebahagian musim matahari bergerak ke arah utara.









21Mac, 23 Sept

22 Jun

22 Dis









Timur









Rajah 1:

Matahari terbit tepat di Timur pada 21 Mac dan 23 September , pada 22 Jun

dan 22 Disember matahari terbit 23.5 darjah dari Timur ke Utara dan Selatan masing-

masing



Matahari terbit tepat di titik Timur dan ghurub tepat di titik Barat hanya dua kali

setahun iaitu pada 21mac dan 23 september di kawasan khatulistiwa. Pada kedua-dua

tarikh ini matahari akan melintasi tepat di zenith (titik atas kepala) ketika istiwa dan

tiada bayang bagi objek tegak ketika itu.. Istiwa ialah seketika pusat cakera matahari

melintasi meridian tempatan. Meridian tempatan ialah garisan dari Utara ke Selatan

melalui titik atas kepala (zenith). Tetapi di Malaysia keadaan ini berlaku dalam akhir







4

minggu bulan Mac dan minggu kedua bulan september setiap tahun. Ini disebabkan

Malaysia tidak terletak betul-betul pada garis khatulistiwa tetapi lebih dari 2 ke utara

khatulistiwa.

Matahari akan terbit ke utara dari titik Timur selepas dari 21 Mac dan mencapai

maksimum pada 22 Jun. Pada tarikh ini matahari tidak melintasi di atas kepala ketika

istiwa, ia akan berada jauh ke utara. Selepas 22 Jun kemudian bergerak menuju ke

selatan dan melintasi garis khatulistiwa semula pada 23 september. Selepas 23 september

matahari akan bergerak ke selatan dari titik timur









22 Jun







23 sept



Bumi

21 Mac

Matahari









22 Dis









Rajah 2:

Pergerakan ketara matahari dalam setahun di dalam laluannya









Tarikh Matla' Mel Tarikh Matla' Mel

Mustaqim, Mustaqim

21 Mac 0j 0 23 Sept 12j 0

21 Jun 6j 23.5 22 Dis 18j -23.5



Matla' Mustaqim dan Mel5matahari dalam edaran tahunannya

21 Mac

23 sept









22Dis



22 Jun





Timur



Terbit









Ghurub



Barat



Rajah 3

Matahari Istiwa pada tarikh-tarikh tertentu









6

4.1 Waktu Zohor

Dalam sehari matahari kelihatan akan bergerak dari ufuk langit timur kemudian

melintasi meridian tempatan dan seterusnya ke langit barat.



M1

M2

1

1 Matahari Istiwa



Meridian









Matahari tergelincir









Barat









Rajah 3: M1, Matahari ketika Istiwa, pusat Matahari di Meridian tempatan. M2 cakera

matahari tergelincir dari Meridian tempatan ke Barat.

Waktu zohor bermula sebaik saja seluruh cakera matahari melepasi meridian tempatan.

Masa yang diambil dari Istiwa hingga seluruh cakera matahari melintasi meridian atau

'tergelincir matahari' ini selama 1 minit 4 saat.

Dirumuskan masuk waktu zohor sebagai berikut:





Waktu Zohor = Waktu Istiwa + 1 minit 4 saat





Pekara yang perlu diperhatikan ketika waktu Istiwa ialah panjang bayang ketika Istiwa.

Jika ditegakkan sebatang kayu tegak ketika matahari Istiwa, kita mungkin dapati kayu

tersebut tiada bayang atau panjang bayangnya minima. Pada akhir bulan Mac dan

minggu kedua September di Malaysia panjang bayang adalah minima ketika Istiwa.

Panjang bayang Istiwa paling minima di Kuala Lumpur berlaku pada 28 Mac dan 15







7

September. Manakala pada bulan Jun dan Disember panjang bayang Istiwa adalah

panjang. Panjang bayang Istiwa paling maksima di Kuala Lumpur berlaku pada 21 Jun

dan 21 Disember. Tetapi pada 21 Disember panjang bayang Istiwa lebih panjang dari 21

Jun dan jika ditegakkan kayu lurus panjang, maka panjang bayang Istiwa ketika tarikh

tersebut, hampir separuh panjang kayu tersebut.









Panjang bayang ketika Istiwa di K.L



50

45

40

35

30

25

20 Series1

15

10

5 28/3 15/9

0

1 30 59 88 117 146 175 204 233 262 291 320 349

Bil. Hari dalam setahun



Rajah 2

Panjang bayang sebatang tiang 100 cm ketika Istiwa sepanjang tahun. Pada Januari panjang bayang ketika

Istiwa hampir separuh tiang kemudian semakin pendek hingga Mac dan paling minimum pada 28 Mac

kemudian panjang bayang bertambah sehingga maksimum (37 cm) pada 21 Jun kemudian pendek semula

sehingga minimum pada 15 September seterusnya panjang bayang bertambah hingga maksimum (50 cm)

pada 21 Disember.









8



x



(a) (b)



Rajah 3



Rajah 3 di atas menunjukkan bayang ketika Istiwa semasa Matahari di hemisfera Selatan

dan bayang objek menghala ke arah Utara. Panjang bayang ketika Istiwa sentiasa

berubah sepanjang tahun bergantung kepada jarak zenith(titik tegak atas kepala

pencerap). Berdasarkan rajah 3(b) panjang bayang, x, ketika Istiwa dapat dirumuskan

secara matematik



Tan  = 1/ x



Di mana  = sudut altitud(tinggi) matahari ketika Istiwa

X = panjang bayang ketika Istiwa



Jarak zenith boleh diketahui dengan rumus





Z = tan-1[ 1 + tan ( -  ) ]

di mana  = latitud pencerap ;  = deklinasi matahari





9

Rajah 3.

Menggambarkan keadaan ketika Istiwa 21 Disember lokasi K. Lumpur. Jelas menunjukkan bayang pokok palma ketika

Istiwa pada tarikh tersebut.



Panjang bayang ketika Istiwa bergantung kepada latitud pencerap dan deklinasi matahari.

Bagi latitud yang semakin jauh dari khatulistiwa perubahan panjang bayang Istiwa

adalah ketara. Bagi latitud Mekah 21U, di antara akhir Mei hingga pertengahan Julai

panjang bayang Istiwa adalah minimum. Manakala panjang bayang Istiwa paling minima

berlaku pada 27 Mei dan 16 Julai







Bayang ketika Istiwa di Kaabah





100

90

80

70

60

Panjang bayang 50

40 Series1

30

20

10

0

1 33 65 97 129 161 193 225 257 289 321 353

Bil. Hari dalam setahun









10

4.2 Waktu Asar





Waktu asar bermula apabila panjang bayang objek tegak (seperti tiang) sama dengan

tinggi objek atau tiang itu. Tetapi harus diingat keadaan itu jika ketika istiwa tiada

bayang tiang itu. Sekiranya ketika istiwa ada bayang maka hendaklah ditambah dengan

panjang bayang ketika istiwa.

Matahari ketika

Istiwa









Matahari ketika

Asar



Tiang

1m

Bayang tiang ketika asar 1m

0.3m



Bayang ketika Istiwa

0.3m









 1 X



Rajah 4(a) Rajah 4(b)





Dari rajah 4(b) Panjang bayang Asar dapat dirumus sebagai





1

Tan  di mana  = Sudut altitud (tinggi) matahari ketika mula waktu Asar

1 x

x = panjang bayang ketika Istiwa



Jarak zenith waktu Asar diberikan mengikut rumus ;



ZAsar = tan-1[ 1 + tan ( -  ) ]



di mana  = latitud pencerap ;  = deklinasi matahari









11

Panjang bayang Asar di K.L



160

140

120

100

Panjang

80

bayang

60 Series1

40

20

0

01/01/00 01/04/00 01/07/00 01/10/00 01/01/01

Bil Hari dalam setahun







Panjang bayang Asar adalah jumlah panjang bayang Istiwa dan panjang bayang objek.

Panjang bayang yang menandakan masuknya waktu asar berubah-ubah sepanjang tahun.

Rajah 4 di atas menunjukkan perubahan panjang bayang Asar, berlaku dua kali yang

menunjukkan panjang bayang Asar paling minima dan tarikhnya sepadan dengan panjang

bayang Istiwa. Panjang bayang paling minima menunjukkan panjang bayang sama

dengan panjang objek itu.



Sudut waktu ,t, Asar dapat dihitung berdasarkan rumus;



kos z Asar  sin  sin 

kos tasar 

kos  kos 



di mana zAsar = jarak zenith Asar

 = deklinasi matahari ketika Asar

 = latitud pencerap



Waktu Asar = Waktu Matahari Istiwa + tasar









12

4.3 Waktu maghrib



Waktu maghrib bermula apabila seluruh cakera matahari di bawah ufuk ketara tempatan.

Ufuk ketara bergantung kepada ketinggian tempat. Jika ketinggian tempat itu melebihi

100m dari paras laut pembetulan junaman ufuk (dip) perlu dibetulkan

Junaman ufuk = 0.0293 h (darjah)

= 1.76 h (minit) di mana h ialah ketinggian tempat dari paras laut

(meter).





Sebagai tanda masuknya waktu maghrib ialah perubahan warna ufuk langit. Menurut

Ibnu Yunus perubahan warna langit bermula dengan warna kuning diikuti warna oren dan

merah. Cahaya merah ini dinyatak sebagai 'Syafaq Ahmar' (Baharuddin). Dengan

munculnya cahaya merah ini bermulalah waktu maghrib.

Jarak zenith Matahari terbenam faktor semi diameter matahari, SD dan kesan biasan

atmosfera perlu diambil kira, maka Jarak zenith waktu maghrib Z maghrib dapat

dirumuskan;



Z maghrib = 90 + SD + Biasan



Di mana SD = 16‟ ; Kesan Biasan = 34‟



Maka Zmaghrib = 90 + 16‟ + 34‟

= 90 50‟



Istiwa









Ufuk Barat Ufuk Timur









13

Sudut Waktu maghrib, tmaghrib







kos zmaghrib  sin  sin 

kos tmaghrib 

kos  kos 



di mana zmaghrib = jarak zenith maghrib

 = deklinasi matahari ketika maghrib

 = latitud pencerap







Maka

waktu solat maghrib = Waktu matahari Istiwa + tmaghrib





4.4 Waktu Solat Isya



Waktu Isya' bermula apabila hilangnya cahaya merah atau Syafaq Ahmar di langit.

Keadaan ini berlaku apabila matahari berada semakin jauh di bawah ufuk.Amalan di

Malaysia keadaan ini berlaku bila matahari berada 18 di bawah ufuk kecuali negeri

Kelantan 17

Istiwa









Ufuk Barat Ufuk Timur

18







Jarak zenith waktu Isya

ZIsya’ = 90 + 18 = 108







14

Sudut waktu Isya’, t Isya’





kos z Isya'  sin  sin 

kos t Isya' 

kos  kos 



di mana zIsya‟ = jarak zenith Isya‟

 = deklinasi matahari ketika Isya‟

 = latitud pencerap



Maka

Waktu solat Isya’ = Waktu matahari Istiwa + t Isya’





4.5 Waktu Solat Subuh





Waktu subuh bermula apabila terbitnya fajar Saddiq (twilight)iaitu cahaya putih yang

memancar di ufuk Timur berhampiran kedudukan matahari terbit. Sebelum terbitnya fajar

Saddiq, fajar kazib kelihatan lebih dahulu. Cahaya fajar kazib kelihatan dalam bentuk

cahaya yang menegak manakala fajar Saddiq kelihatan dalam bentuk cahaya yang

melintang. Amalan di Malaysia keadaan awal subuh ini berlaku apabila matahari berada

20 di bawah ufuk.



Istiwa









Ufuk Barat Ufuk Timur

20









15

Jarak zenith waktu subuh. Zsubuh



Zsubuh = 90 + 20 = 110





Sudut waktu subuh, t subuh



kos z subuh  sin  sin 

kos t subuh 

kos  kos 



di mana zsubuh = jarak zenith Subuh

 = deklinasi matahari ketikaSubuh

 = latitud pencerap



Maka



Waktu subuh = Waktu Istiwa - t subuh









16

5.0 Ringkasan



Zohor

Istiwa









Asar









Ufuk Barat Ufuk Timur

108 110 Syuruk

Maghrib

Subuh







Isya'









Waktu Istiwa apabila tengah matahari melintasi meridian tempatan.



Waktu zohor apabila cakera matahari tergelincir ke barat iaitu selepas 1 minit 4 saat dari waktu Istiwa.



Waktu Asar apabila matahari berada ketinggian terrtentu dimana panjang bayang adalah sama dengan dua

kali ganda panjang objek dan bayang objek ketika Istiwa.

Jarak zenith asar, z = 90 - tan h. dimana h = altitud matahari



Waktu maghrib apabila seluruh cakera matahari berada di bawah ufuk tempatan.

Jarak zenith matahari ketika maghrib z = 90.8333



Waktu Isya' apabila jarak zenith matahari z = 108



Waktu Subuh apabila jarak zenith matahari z = 110



Waktu Terbit matahari (syuruk) = Waktu Istiwa - t

Di mana sudut waktu matahari terbit bersamaan dengan sudut matahari ghurub. t (terbit) = t (ghurub)





17

Rujukan



1. AlQuraan dan terjemahan

2. Azhari Muhammad(2002) Tafsiran waktu Solat dari Sudut Astronomi, Kursus

Falak Syarie Negeri Selangor, Jab. Mufti Negeri Selangor

3. Baharrudin Zainal(2002), Pengenalan Ilmu Falak, Dewan Bahasa dan Pustaka, K.

Lumpur

4. Hasbi Assidieqy, Pedoman Solat, Bulan Bintang, Jakarta

5. Kassim b Bahali(2002), Modul Kuliah Dwi Mingguan Ilmu Falak, Jabatan Mufti

Melaka

6. Moenawar Chalil (1991), Kelengkapan Tarikh Rasulullah S.A.W

7. Syyid Sabiq, Fiqh Sunnah (terj.) Bulan Bintang, Jakarta

8. Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (2001), Hitungan Jadual waktu solat

9. Wahab al Zuhaili,(1997) Fiqh dan Perundangan Islam, Dewan Bahasa dan

Pustaka, K.Lumpur









18


Related docs
Other docs by HC11121501613
13Girls
Views: 2  |  Downloads: 0
THI
Views: 13  |  Downloads: 0
APROVADOS DO BACHARELADO
Views: 73  |  Downloads: 0
Contract Carrier Name
Views: 1  |  Downloads: 0
RPT_AKARMYO
Views: 0  |  Downloads: 0
CHAPTER OVERVIEW
Views: 0  |  Downloads: 0
ALFONZO RIVAS & C�A, S
Views: 1  |  Downloads: 0
Management of Miscanthus sinensis
Views: 0  |  Downloads: 0
doc1309777574
Views: 0  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!