PENDIDIKAN ISLAM

Document Sample
PENDIDIKAN ISLAM Powered By Docstoc
					                   MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Sabda Rasulullah S.A.W.
                                           ‫ِِ ُ س‬                    ً               َِِ ِ ِ َ
   ‫عَهِ أبٌِ سعَِد اخلُدرًِ رضٌَ اهلل عَِى ُ قَالَ سَمعت رَ ُولَ اهلل صلي اهلل علًَ وسلم‬
                        َ ‫ِس‬                               َ           ِ ِّ          َ ‫م‬                 ِ
    ِ‫ٍَقُوِلُ : مَه رَأَى مِِىكُمِ ُِىكرّا فَلَُْغََريُ بَِدِيِ فإِنْ لَمِ ٍَسِتَطِعِ فَبِل َاِوًِ فإِنْ لَمِ ٍَسَِتطِع‬
                                       ) ‫( رواي مسلم‬                                          ‫ِ َف‬          َ
                                                                                   . ِ‫فَِبقَلِْبًِ وذَلِكَ َأضع ُ اٍِمَان‬

Maksudnya : Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya ; Aku dengar Rasulullah SAW bersabda :
Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya
(kuasa), Jika dia tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lidahnya, Tetapi jika dia tidak
mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-
lemah iman. (Riwayat Muslim)



                                         MAKSUD KEMUNGKARAN

        Ialah : Perkara-perkara keji yang dilakukan bertentangan dengan syariat Islam dan
                 mendapat balasan dosa dari Allah SWT.
        Kemungkaran juga diertikan sebagai : Setiap perbuatan yang diharamkan oleh
         syariat Islam sama ada kesalahan terhadap Allah atau kepada manusia dan alam
         sekitar.
                                 CARA MENCEGAH KEMUNGKARAN



  MENGUBAH DENGAN                          MENGUBAH DENGAN                       MENGUBAH DENGAN HATI
      TANGAN                                  LIDAH/LISAN
                                                                                Ialah dengan cara membenci
Ialah mengubah dengan kuasa               Ialah mengubah dengan                 kemungkaran    tersebut dan
yang ada pada seseorang                   percakapan atau lisan, iaitu          menjauhkan diri dari tempat
mengikut   kemampuan     dan              dengan memberi teguran,               kemungkaran.
bidang kuasa masing-masing                nasihat dan bimbingan
                                          yang baik.                            Kita hendaklah berazam tidak
                                                                                melakukan kemungkaran dan
                                                                                berharap agar suatu ketika nanti
 KESAN TIDAK MENGIKUT PRINSIP DAKWAH YANG                                       dapat mencegahnya dengan lisan
                  BETUL                                                         dan kuasa.
                                                                                Mencegah dengan hati adalah
        Sasaran dakwah tidak dapat menerima kebenaran.
                                                                                selemah-lemah     iman    kerana
        Nama baik umat Islam tercemar.                                         kesannya      hanyalah     untuk
        Berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.                        kebaikan diri sendiri sedangkan
        Masyarakat Islam menjadi mundur dan dipandang                          kemungkaran tetap berlaku.
         rendah.
          HIKMAH TANGGUNGJAWAB SETIAP MUSLIM MENCEGAH KEMUNGKARAN



    KEPADA INDIVIDU                    KEPADA MASYARAKAT                             KEPADA NEGARA

       Menjamin                            Melahirkan masyarakat                   Kegiatan ekonomi dapat
        kesejahteraan hidup.                 yang perihatin.                          ditingkatkan.
       Dapat memperbaiki                   Melahirkan masyarakat                   Negara aman dan damai.
        sakhsiah dan                         yang berakhlak cemerlang.
        meningkatkan kualiti
        diri.


                                           PENGAJARAN HADITH

    1. Mencegah kemungkaran adalah kewajipan setiap muslim.
    2. Individu yang berilmu dan berkemahiran wajibmemberi nasihat dan bimbingan untuk mencegah
       kemungkaran.
    3. Membenci kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman.
    4. Mencegah kemungkaran faktor utama untuk mengekalkan tamadun yang berasaskan
       keimanan.


                   INFO TAMADUN                                               PENGHAYATAN

Umat Islam yang berkualiti ialah umat yang bersungguh-                  Menjauhkan diri daripada kemungkaran
sungguh menghapuskan kemungkaran dan berusaha                            dengan cara hidup berjemaah.
membuat perubahan ke arah kecemerlangan hidup.                          Mencintai keamanan dan keharmonian
Sekiranya kemungkaran dapat dihapuskan maka berlaku :                    serta bekerja sama mencegah
        Kerukunan rumahtangga.                                          kemungkaran.
        Masyarakat bersatu padu & aman damai.                          Kemungkaran membawa kehancuran.
        Negara berkembang maju.
        Pembangunan dapat dipertingkatkan.
        Tamadun dapat ditegakkan.
        Tercapai hasrat Islam Hadhari.


                                              MINDA BESTARI

       Renungkan : Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya
        tanpa takut kepada azab Allah, pada masa yang sama mereka tidak mahu menerima teguran dan nasihat
        para pendakwah Islam. Ketika itu siapakah yang akan menjadi pembela dan pembimbing mereka? Adakah
        anda bersedia menjadi pendakwah yang berketrampilan dan berjaya merubah generasi ini?
       Cuba anda ingat kembali peristiwa berlakunya Thunami. Apa sebab ianya terjadi, saipa yang menerima
        kesannya, bagaimana keadaan kesan thunami dan kenapa Thunami tidak merosakkan Masjid?



                                                  PENILAIAN

                           1.   Nyatakan tiga cara untuk mencegah kemungkaran.
                           2.   Terangkan maksud mencegah kemungkaran dengan tangan.
                           3.   Huraikan kesan tidak mengikut prinsip dakwah yang betul.
                           4.   Huraikan hikmah tanggungjawab mencegah kemungkaran.
                           5.   Jelaskan peranan anda sebagai murid untuk mencegah kemungkaran
                                yang berlaku di sekolah?

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:31
posted:12/12/2011
language:
pages:2