REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
REKABENTUK
Cara Mudah
“ Kini Semua Orang Boleh Memilikinya. Satu Warga Satu Home Page “
Norazman Abu Sahir
1
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
PANDUAN / TIPS
Percuma
SENARAI TOPIK
TOPIK #1
SALAH FAHAM MENGENAI LAMAN WEB
TOPIK #2
PANDUAN MEMPELAJARI LAMAN WEB
TOPIK #3
APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN DENGAN LAMAN WEB
TOPIK #4
KEPENTINGAN RANKING, INTERNET JAUH LEBIH BESAR DARI HUTAN
AMAZON
TOPIK #5
"WEB DESIGN FOR DUMMIES ?", JANGAN TERLALU NEGATIF
TOPIK #6
APAKAH LAMAN WEB ANDA MENARIK, BIASA ATAU MASIH BANYAK
KELEMAHAN ?
TOPIK #7
MAKSIMAKAN PENGETAHUAN, JADILAH WARGA INTERNETUAL
TOPIK #8
USAHAWAN SIBER ? APA YANG PERLU ANDA TAHU
TOPIK #9
PENGGODAM (HACKERS) DAN ASAS KESELAMATAN LAMAN WEB
2
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 1 - SALAH FAHAM MENGENAI LAMAN WEB
Masalah sebenar kebanyakan orang ialah mereka mempunyai perasaan
"FOBIA" terhadap apa sahaja yang melibatkan komputer dan laman web tidak
terkecuali. Ini tidaklah menghairankan kerana penggunaan Internet di Malaysia
menjadi semakin meluas hanyalah kira-kira 5 tahun dahulu. Justeru, terdapat
banyak salah faham berlaku dan biarlah saya memperbetulkan fahaman
tersebut:
Berikut adalah apa yang biasanya difikirkan :
o Laman Web hanya untuk mereka dengan pendidikan formal di bidang IT.
Anda sebenarnya tidak perlu menjadi "Saintis Roket" untuk mula mempelajari
dan membina laman web sendiri. Walaupun sesetengah teknik mungkin agak
"complicated" tetapi apa yang patut anda tanya ialah apakah asas yang perlu
anda ketahui. Asas laman web tidaklah secanggih mana dan sebaik saja anda
menguasainya langkah seterusnya akan nampak lebih mudah. Apa yang anda
perlukan hanyalah kemahiran menaip, idea mengenai konsep dan kandungan
laman web yang ingin dibangunkan serta sedikit kreativiti. Malah sesetengah
universiti tempatan yang menawarkan kursus IT sendiri tidak memasukkan
laman web sebagai salah satu dari sukatan pelajaran. Apa yang berlaku
kebiasaannya ialah kaedah pembelajaran sendiri secara tidak langsung melalui
tugasan dan projek yang diberi. Mungkin mereka dengan pendidikan formal
boleh mempelajarinya dengan lebih pantas kerana sudah biasa dengan istilah
komputer serta sedikit teori tetapi anda tidak perlu tahu secara detail semua itu.
Sebab itulah buku digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini dihasilkan.
http://www.digital-reader.com
Secara perbadi saya menyukai falsafah NIKE - "Just Do It". Bagaimana anda
boleh menilai sesuatu sebelum mencubanya sendiri ?
o Laman Web memerlukan kos yang tinggi dan tiada peluang dan ruang untuk
individu / syarikat kecil untuk mencuba
Bergantung kepada tujuan anda menyertai dunia siber, soalan sebenar yang
patut anda tanya ialah strategi apakah yang lebih sesuai untuk anda gunakan.
Terdapat banyak laman web yang menawarkan servis yang boleh anda gunakan
secara percuma seperti ruang storan internet dan lain-lain utiliti berkaitan laman
web. Selain dari itu anda juga boleh memilih khidmat web hosting yang tidaklah
semahal mana sekiranya anda mahu. Strategi berlainan diperlukan untuk
memenuhi kehendak berlainan masing-masing.Yang pasti sebesar manapun
kemampuan kewangan anda, anda sebenarnya masih boleh memiliki laman
web.
3
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
o Laman Web tiada sebarang manfaat kecuali untuk syarikat besar
Di waktu ini sebenarnya kesedaran mengenai Internet sudah semakin tinggi.
Salah satu dari faktor pendorong utama adalah inisiatif kerajaan berkenaan
projek MSC. Kita sepatutnya berbangga dengan inisiatif tersebut. Apa yang pasti
pengetahuan mengenai Internet dan laman Web akan menjadi sesuatu yang
lumrah sedikit masa lagi. Memang benar sebagai syarikat anda boleh mengambil
peluang untuk memperkembangkan perniagaan melalui Internet (walaupun agak
malang kerana masih ada yang ragu-ragu mengenainya) tetapi Internet adalah
berkaitan maklumat dan bukan sekadar wang ringgit. Internet tidak akan
mengambil masa yang lama untuk diterima sebagai cara hidup. Fikirkan tentang
telefon mudah alih, online-shopping, Bankcard dan sebagainya dan bandingkan
bagaimana keadaannya lima tahun sebelum ini. Anda sebenarnya tidak perlu
menunggu keadaan menjadi "sempurna" atau menunggu 5 tahun lagi sebelum
membuat keputusan untuk mengambil sebarang tindakan. Anda boleh
mengambil peluang mempelajarinya lebih awal berbanding orang lain. Jika anda
berasa Internet dan Laman Web tiada kena mengena dengan diri anda, tunggu
sehingga Tips berikutnya "Apa yang boleh anda lakukan dengan laman web".
Mungkin anda akan berubah fikiran setelah membaca tips tersebut.
o Laman Web dan kandungan Internet 100% Negatif
Internet sebenarnya sama sahaja seperti Televisyen dan anda sebagai
pengguna mempunyai kuasa untuk "MEMILIH" apa yang ingin ada lihat. Sama
seperti kepentingan memilih pemakanan yang betul (nutrisi) untuk badan anda
begitu juga apa yang sepatutnya anda lakukan untuk makanan minda. Tidak
dinafikan sesetengah orang masih memilih nutirisi yang salah seperti merokok
walaupun diketahui ianya hanya mendatangkan masalah tetapi anda TIDAK
PERLU menjadi seperti mereka. Walaupun kerajaan tidak bercadang utuk
menapis kandungan Internet tetapi anda masih boleh melakukan penapisan
anda sendiri. Servis seperti Net Nanny malah konfigurasi sekuriti Web Browser
seperti Internet Explorer juga mampu melakukan tugas tersebut. Fikirkan
sebaliknya, iaitu fikirkan mengenai faedah yang boleh anda perolehi seperti
memudahkan urusan perbankan, memudahkan urusniaga, belajar secara online,
mendapatkan atau memberi maklumat secara pantas dan banyak lagi. Anda juga
boleh menjadi penyumbang maklumat yang berguna kepada orang lain dengan
laman web anda kelak.
o Tiada komputer peribadi dan akaun capaian Internet sendiri(TMNet / Jaring),
maka mustahil saya boleh membuat laman web.
Ini adalah tidak benar walaupun tidak dinafikan memiliki komputer peribadi dan
akaun capaian Internet sendiri akan memberi sedikit kelebihan. Fail internet
hanyalah fail biasa sama seperti fail Microsoft Word dan lain-lain. Anda tidak
perlu berada dalam talian Internet (online) sebaliknya boleh melakukan
rekabentuk laman web secara berasingan, Save pada disket dan hanya
4
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
memindahkannya pada Web Server apabila anda sudah bersedia. Aktiviti begini
boleh dilakukan di siber kafe, perpustakaan atau mana-mana tempat yang
menyediakan kemudahan tersebut.
o Laman Web dengan nama Domain pilihan hanya untuk Syarikat Berdaftar
Laman web sebenarnya terbuka kepada semua samada individu atau organisasi.
Apa yang membezakan di antara keduanya ialah Domain yang ingin digunakan.
Domain global seperti .com, .net, .biz dan sebagainya boleh dimiliki oleh setiap
orang atau organisasi manakala Domain tempatan seperti .com.my , .org.my dan
sebagainya hanya untuk syarikat yang berdaftar di Malaysia. Jadi pilihan di
tangan anda. Jika anda inginkan maklumat lanjut, mungkin buku digital
Rekabentuk Laman Web ini dapat membantu:
http://www.digital-reader.com
Saya harap sekurang-kurangnya anda kini sudah semakin jelas dengan
penerangan yang diberi. Sekiranya anda masih tidak berapa faham mengenai
perbincangan di atas hantarkan email kepada azhan98@tm.net.my dan saya
akan cuba memberi jawapan sebaik yang mungkin. Persoalannya adakah anda
rasa anda sudah bersedia ? Apakah sebenarnya yang menghalang anda
mempelajari dan membina laman Web sendiri ?
# Untuk 8 hari berikutnya saya akan menghantar 1 tips setiap hari. Pastikan
anda mengikutinya dan semoga anda akan dapat mempelajari sesuatu yang
baru.
Norazman Abu Sahir
Digital-Reader.com
5
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 2 - PANDUAN MEMPELAJARI LAMAN WEB
Terdapat beberapa cara sekiranya anda ingin mempelajari cara membina laman
web. Sekiranya anda masih baru anda mungkin tidak pasti kaedah mana yang
paling mudah bagi seseorang yang bergelar "Beginner" apatah lagi jika anda
tiada langsung pendidikan formal di bidang IT. Berikut beberapa pilihan yang
boleh anda pertimbangkan:
o Membeli buku
Ini merupakan cara yang paling mudah (kecuali bagi yang tidak suka membaca)
tetapi mungkin anda tidak pasti buku mana yang sesuai untuk tahap permulaan.
Dari pemerhatian saya tidak banyak buku mengenai Laman Web yang ditulis
dalam bahasa Malaysia. Ini mungkin halangan utama para pelajar (Maaf tetapi
terpaksa saya nyatakan pelajar sekolah selalunya tidak suka membaca bahan
bacaan berbahasa Inggeris malah perkara yang sama juga berlaku di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam justeru itu saya menyokong 100% langkah
kerajaan mengadakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).
Walaubagaimana pun tujuan saya menulis buku ini dalam Bahasa Malaysia tidak
lebih sekadar membantu pengguna (terutamanya pelajar) atau mana-mana
individu melepasi halangan utama yang saya nyatakan di atas. Sekiranya anda
komited sebagaimana saya komited di dalam menghasilkan buku ini serta
membimbing pengguna jika diperlukan, saya pasti tidak ada masalah untuk anda
memahami dan menguasai Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini.
http://www.digital-reader.com
Malah saya tidak akan terkejut sekiranya selepas itu anda tidak memerlukan
bantuan saya lagi kerana anda mungkin sudah boleh berdikari (mengkaji
pelbagai laman web bahasa Inggeris yang menawarkan maklumat cara
merekabentuk laman web. Sekiranya anda ingin membeli buku mengenai laman
web di kedai-kedai buku, sila ambil perhatian mengenai beberapa fakta berikut:
- Jangan bergantung pada buku yang hanya menyentuh mengenai HTML.
Ini sama seperti mempelajari DOS sedangkan semua orang sekarang
menggunakan Windows 98, XP dan sebagainya. Bagus jika anda tahu
mengenainya tetapi tidak penting lagi dalam proses membina laman Web
dewasa ini.
- Lihat pada isi kandungan dengan lebih teliti.
Walaupun saya berlatar belakangkan IT tetapi saya memperuntukkan diri saya
untuk membeli sekurang-kurangnya 2 buah buku diluar skop IT setiap bulan.
Secara peribadi saya tidak gemar perbincangan yang terlalu panjang lebar tetapi
6
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
lebih menyukai penerangan yang terus kepada fakta yang ingin disampaikan.
Mukasurat yang tebal bukan bererti buku itu lebih baik. Walaupun anda mungkin
terpaksa melabur untuk membeli lebih dari satu buku bukankah lebih elok jika
buku pertama dapat memberikan gambaran secara keseluruhan ("Helicopter
View") ? Inilah apa yang sebenarnya yang cuba saya sampaikan di dalam buku
digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah.
http://www.digital-reader.com
- Jangan membeli buku yang melibatkan pemprograman (ASP, VBScript,
PHP dan sebagainya) pada peringkat permulaan. Jika anda baru ingin
mengenali Internet dan laman web, buku sebegini sebenarnya hanya akan
menambahkah kekeliruan dan menyakinkan anda bahawa laman web sesuatu
yang sukar dan hanya untuk orang IT. Pastikan asas anda kukuh dan ambil
langkah yang sesuai satu persatu. Jika anda tidak mahu melabur wang ringgit
sekalipun cuba layari laman web http://www.informit.com . Terdapat banyak buku
mengenai IT yang boleh anda baca di sini yang mungkin bermanfaat.
o Mendaftar kelas / kursus tertentu
Mengikuti kelas atau kursus juga merupakan kaedah yang baik untuk memahami
mengenai laman web. Antara kelebihannya ialah anda boleh memberi lebih
fokus serta mungkin mempercepatkan pemahaman. Walaubagaimanapun suka
saya ingatkan bahawa berhati-hatilah di dalam memilih sesuatu kursus dan
pastikan ianya berbaloi dengan pelaburan wang ringgit anda. Sesetengah
pengajar mungkin menjanjikan Sijil yang diiktiraf sekadar untk menarik lebih
ramai pelanggan. Kos untuk mengikuti kursus membina laman web biasanya
berbeza mengikut jumlah jam, sukatan pelajaran dan syarikat yang
mengendalikannya. Mungkin maklumat di bawah boleh memberi sedikit rujukan
untuk proses "Benchmarking" anda :
1) Kursus Asas Pembinaan Laman Web RM 60 4 Jam
2) Kursus Internet (Laman Web) RM 350
3) Kursus Jangka Pendek (1 Bulan) RM 550 Kolej Sal
4) Kem Remaja Lepasan Sekolah RM 150 2 Hari (UKM)
- Kursus Pemasangan Dan Baik Pulih Komputer
- Perisian Microsoft.
- Kursus Membina Laman Web.
- Kursus Asas Pengaturcaraan Visual Basic.
P.S - Masih merasakan buku digital Rekabentuk Laman Web terlalu mahal
untuk pelaburan jangka panjang anda ? Anda pasti akan lebih bersedia untuk
mengikuti sebarang kursus laman web yang ditawarkan jika anda memilikinya.
7
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
o Menyertai kumpulan perbincangan di Internet (newsgroup/mailing list)
Ini merupakan satu cara yang sangat efektif sekiranya anda ingin mendapatkan
pendapat dari ramai pengguna pada satu masa yang sama. Masalahnya ialah
tahap pemahaman anda mungkin tidak selari dari segi tahap pemahaman orang
lain kerana setiap orang menyertai kumpulan perbincangan tersebut pada masa
yang berlainan. Cara paling baik, cuba kaji apakah perbincangan terdahulu
sebelum anda mengajukan soalan. Kemungkinan soalan yang ingin anda tanya
sudah pun di jawab sebelum ini (sesetengah orang tidak suka mengulangi
jawapan yang sama). Masalah kedua kebanyakan newsgroup atau mailing list
adalah dalam bahasa Inggeris (anda walau bagaimanapun pasti akan lebih biasa
bila sudah lama menggunakannya terutama bagi para pelajar :-| ) kerana ianya
di mulakan oleh orang lain yang bukan warganegara Malaysia. Anda mungkin
perlu mencari perlahan-lahan newsgroup atau mailing list tempatan yang
membincangkan tentang pembinaan laman web secara serius kerana saya
dapati ianya boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui. Ini salah satu sebab yang
saya rasakan penting untuk anda pertimbangkan untuk menjadi pembeli
berdaftar buku digital "Rekabentuk Laman Web Cara Mudah" kerana saya ingin
menawarkan pengalaman dan tunjuk ajar saya secara peribadi. Tiada tarikh
luput dan saya akan sentiasa memberitahu anda perkembangan terbaru
mamandangkan saya terlibat secara langsung di dalam industri ini.
o Mendapat bantuan professional
Jika anda mempunyai saudara, rakan atau sesiapa sahaja yang mempunyai
pengalaman di bidang IT, mereka selalunya (walaupun tidak semua) mempunyai
pendedahan mengenai laman Web. Jadikan proses "bertanya" suatu amalan
kerana pengalaman adalah sesuatu yang tidak ada jalan pintas. Jika anda masih
tiada "Contact Person" untuk tujuan tersebut, sebagai alternatifnya jika anda
pembeli berdaftar buku Rekabentuk Laman Web Cara Mudah anda berhak
bertanya sebanyak mana soalan yang ingin dikemukakan dan secara automatik
saya menganggap anda sebagai "tanggungjawab saya". Anda boleh memberi
saya apa gelaran sekalipun: Guru, Tutor, Advisor, Consultant atau mungkin juga
kenalan biasa. Objektif saya tidak lain hanya sekadar ingin membantu.
o Melakukan kajian peribadi melalui Internet
Merupakan kaedah yang memakan paling banyak masa. Selalunya seseorang
pelayar Internet melakukannya aktiviti sebegini apabila mereka sudah tahu
perkara asas lalu ingin mendalami sesuatu topik dengan lebih mendalam.
Golongan sebegini juga selalunya perlu mempunyai komitmen yang tinggi. Cara
sebegini juga banyak bergantung kepada kaedah "Trial & Error" kerana
8
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
ketepatan maklumat yang diperolehi berbeza-beza mengikut kata carian yang
digunakan pada sesebuah enjin pencari Web (Yahoo, Googles dan sebagainya).
Tetapi cara begini juga penting kerana anda berpeluang mendapat input baru
yang berbeza berbanding sekadar berada di dalam lingkungan pemahaman
lama yang biasanya terhad.
Tidak dinafikan setiap satu dari kaedah di atas memainkan peranan masing-
masing malah saya amat menggalakkan setiap orang melakukan setiap satu dari
kesemua senarai di atas sekiranya mampu. Jika anda merasakan anda
mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan perbincangan di atas, email kepada
azhan98@tm.net.my . Sebarang maklumbalas dialu-alukan.
Norazman Abu Sahir
Digital-Reader.com http://www.digital-reader.com
9
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 3 - APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN DENGAN LAMAN
WEB
Secara am, laman web bertujuan untuk anda berkongsi maklumat. Sekiranya
dahulu anda terpaksa membuat "hardcopy" samada secara pos, cetakan atau
salinan fotostat mengenai apa-apa maklumat dan mengedarkannya secara
manual kini Internet ada cara yang lebih mudah. Bukan bermakna anda perlu
melupakan 100% kaedah lama tetapi anda perlu sedari bahawa terdapat pilihan
lain dan laman web mungkin penyelesaian yang dicari.
Ringkasnya anda perlu fikirkan pengedaran maklumat melalui dimensi baru atau
lebih tepat dengan cara "Self-Service". Anda membekalkan maklumat dan
sesiapa yang menghendakinya bolehlah mendapatkannya sendiri (namun
kadangkala anda terpaksa juga melakukan promosi terutamanya jika laman web
anda berkaitan syarikat dan menawarkan apa-apa produk untuk dijual). Dengan
cara ini banyak masa, tenaga & wang ringgit dapat dijimatkan kerana anda
menjadi semakin efisien kerana anda TIDAK LAGI MENUNGGU UNTUK
DITANYA sebaliknya sentiasa bersedia dengan maklumat yang diperlukan.
Adalah amat penting untuk anda membuat kajian awal kerana bergantung
kepada jenis laman web yang anda inginkan strategi dan pengetahuan yang
berbeza mungkin diperlukan. Ini adalah antara topik perbincangan buku digital
Rekabentuk Laman Web Cara Mudah yang saya hasilkan.
http://www.digital-reader.com
Berikut mungkin beberapa cadangan yang boleh anda pertimbangkan. Apa yang
perlu anda lakukan ialah mengambil sedikit inisiatif untuk memulakan sesuatu
sebagai percubaan awal dan jika perlu lakukan sedikit "Brainstorming"anda
sendiri untuk mengenalpasti apakah yang mahu anda paparkan di dalam dunia
siber. Apa yang saya senaraikan di bawah hanyalah sebagai idea umum
sekiranya anda tidak pasti bagaimana hendak bermula.
Sebagai pelajar atau individu:
o Laman web peribadi
Sekadar suka-suka : maklumat mengenai latarbelakang, keluarga, kampung
halaman malah mungkin asal-usul keturunan anda (ramai orang suka membuat
pertemuan keluarga besar dewasa ini dan laman web bergambar mungkin
membantu anda mengenali satu sama lain dengan lebih baik). Anda juga boleh
membina laman web untuk dijadikan tempat perbincangan (bertukar-tukar soalan
samada akademik atau perbincangan biasa) malah boleh juga dijadikan medium
untuk berdakwah.
10
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
o Laman web persatuan, kelab atau komuniti masyarakat
Jika sekolah atau institusi pengajian anda tidak memiliki laman web lagi, ambil
inisiatif dan bangunkan laman web untuknya. Jika tempat anda belajar atau
bekerja memiliki kumpulan individu yang membangunkan laman web seperti
Kelab Komputer, Fakulti atau Dept. IT atau apa sahaja tetapi tidak mampu
membangunkan semua laman web lengkap yang diperlukan, jangan jadikan itu
sebagai penghalang. Yakinkan diri anda bahawa anda boleh melakukannya
sendiri. Kemungkinan juga anda terlibat dengan aktivti sosial di tempat tinggal.
Sampaikan apa yang anda lakukan itu dalam internet. Mungkin akan ada lebih
ramai individu yang berminat yang tidak anda ketahui untuk menyertai aktiviti
yang anda lakukan. Anda juga boleh membina laman web yang memberi
laporan tentang sesuatu aktiviti atau projek untuk sekolah, tempat kerja atau
komuniti masyarakat. Masih ingat pesanan ini "Anda tidak perlu menjadi Saintis
Roket untuk membina laman web". Jangan terlalu berharap orang lain akan
membangunkan laman web untuk anda.
o Laman web mengenai hobi dan kegemaran
Anda tidak perlu terlalu serius, apa sahaja yang anda minati boleh anda
paparkan dalam Internet seperti bolasepak, artis pujaan , memancing, koleksi
(muzik, foto, website kegemaran) dan sebagainya. Sebenarnya apa sahaja yang
boleh anda capai melalui 5 deria pancaindera (lihat, dengar, sentuh, hidu dan
rasa) boleh anda terjemahkan dalam bentuk laman web. Anda mungkin
mendapat lebih ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama melalui laman
web yang anda bina.
# Anda mungkin tidak mendapat manfaat secara lansung seperti ganjaran wang
ringgit dan sebagainya tetapi anda pasti memperolehi hasil sampingan lain
seperti dari segi kepuasan, keyakinan diri dan mendapat penghormatan dari
rakan-rakan lain. Malah jika kena caranya anda mungkin mendapat "Kredit
Istimewa" di atas usaha yang anda lakukan.
Sebagai organisasi kecil
o Pengenalan syarikat
Laman web boleh menjadi suatu nilai tambah pada organisasi anda. Maklumat
seperti latarbelakang syarikat, siapa untuk dihubungi bagi sebarang pertanyaan
lanjut, aktiviti yang dilakukan dan sebagainya yang akan memudahkan
pelanggan untuk berurusan dengan anda. Anda juga boleh sentiasa meminta
pelanggan merujuk kepada laman web anda semasa proses komunikasi.
o Maklumat mengenai servis atau produk yang ditawarkan
11
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
Anda boleh menyenaraikan produk anda dan lebih bagus jika ada kemudahan
pembelian secara online atau sekurang-kurangnya untuk membuat tempahan.
Selain dari itu anda boleh juga membuat PROMOSI secara online tanpa
sebarang kos. Tidak kira apa latarbelakang produk yang anda tawarkan dan
samada anda usahawan individu, pemilik kedai runcit atau sebagainya, semua
orang mempunyai peluang yang sama rata. Buat pengetahuan anda sudah
ramai juga pemilik kedai runcit yang mengambil langkah tersebut.
o Menyertai rangkaian servis atau khidmat berkaitan
Dengan adanya laman web sendiri anda boleh manyertai laman web yang
bertindak sebagai portal (individu atau syarikat yang menghimpunkan senarai
laman web berkaitan untuk memudahkan pengguna Internet bagi tujuan
pencarian dan mambuat perbandingan) berkaitan perniagaan. Atau anda juga
boleh membina portal anda sendiri. Dengan cara ini anda akan menambah
kredibiliti laman web anda dan laman web lain yang anda cadangkan.
Seperti yang pernah dinyatakan anda boleh bermula tanpa mengeluarkan
sebarang modal dan mungkin mempertimbangkan untuk membuat sedikit
pelaburan apabila anda rasakan anda ingin lebih serius. Yang penting, fikirkan
sesuatu dan lakarkan di atas kertas. Kemudian jangan teragak-agak atau
terlalu bertangguh untuk memulakannya. Sekurang-kurangnya anda akan
mendapat pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu apabila anda
ingin beralih dari kaedah suka-suka atau cuba-cuba kepada sesutu yang
mambantu diri atau organisasi anda kelak. Perbincangan mengenai perkara
tersebut juga boleh dirujuk dalam buku digital Rekabentuk Laman Web Cara
Mudah.
http://www.digital-reader.com
Semoga maklumat ini dapat membantu.
Norazman Abu Sahir
Digital-Reader.com
12
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 4 - KEPENTINGAN RANKING, INTERNET JAUH LEBIH
BESAR DARI HUTAN AMAZON
Tahukah anda statistik terkini mengenai Internet ?
Dianggarkan beberapa ribu (anda boleh mendapatkan numbor sebenar pada
laman web INTERNIC iaitu organisasi yang mengendalikan pendaftaran nama
domain) laman web baru dicipta setiap hari. Daripada perangkaan tersebut
Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Menariknya, perubahan drastik tersebut
hanya mengambil masa 5 tahun untuk mencapai tahap seperti hari ini. Mungkin
fakta tersebut sudah cukup memberikan petunjuk bahawa semua orang inginkan
laman web sendiri. Jika anda sudah memilikinya Tahniah ! (tapi jangan terlalu
gembira, baca dahulu tips yang ingin saya sampaikan) . Jika anda masih belum
memiliki laman web, jangan risau anda masih belum terlambat:
http://www.digital-reader.com
Berdasarkan fakta di atas , persoalannya bagaimanakah pengguna Internet tahu
akan kewujudan laman web anda ? Biar saya ringkaskan, pergi kepada Yahoo
dan taip kata carian Latest Fashion dan lihat hasilnya.
20000 records found ! atau mungkin lebih pada Enjin pencari berbeza !
Seperti orang lain, anda tiada masa untuk melihat kesemuanya satu persatu.
Selalunya pengguna hanya melihat 2 atau 3 mukasurat paling hadapan hasil dari
keputusan Search Engine tersebut (dan jika anda perhatikan anda pasti
menyedari bahawa Search Engine berlainan mungkin mamberi keputusan serta
ranking yang mungkin juga berlainan). Sebab itulah ranking laman web anda
dalam Search Engine sangat penting terutama jika sasaran pengguna anda
adalah pelayar Internet global. Sekalipun laman web anda bercirikan tempatan
tidak bermakna anda tidak perlu bebuat apa-apa. Tidak guna memiliki laman
web jika tiada pengunjung yang datang (kecuali laman web anda khas untuk
senarai individu tertentu sahaja).
Biasanya ini adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
1) Bina laman Web
2) Hantar alamat laman web anda kepada mereka yang ingin anda beritahu
3) Daftarkan laman Web anda pada Search Engine yang diminati
4) Uji Search Engine tersebut untuk mengetahu samada laman web anda
benar-benar wujud atau sekadar sesat dalam AMAZON SIBER.
13
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
Jika laman web anda untuk pengguna tempatan, mungkin senarai Search
Engine atau Portal tempatan ini dapat membantu anda mendaftarkan laman web
yang anda bina:
BlueHyppo http://www.bluehyppo.com
Skali.com http://www.skali.com/
Cari.com http://www.cari.com.my/
Catcha.com http://www.catcha.com.my/
Malaysia Directory http://www.malaysiadirectory.com/
Jejak Malaysia http://www.lib.usm.my/jejak/
Melayu Net http://www.melayu.net/
Malaysia Central http://www.mycen.com.my/
New Malaysia http://www.newmalaysia.com/
Klue http://www.klue.com.my/
BuySell http://auc.buysell.com.my/
Mol.com http://www.mol.com/
MyWeb http://www.myweb.com.my/
Mesra Net http://www.mesra.net/
Virtual Malaysia http://www.virtualmalaysia.com/
Student.com.my http://www.student.com.my/
Jika anda mandaftarkan laman web anda pada Search Engine global seperti di
bawah maka anda perlu strategi yang lebih dari sekadar pendaftaran:
Yahoo http://www.yahoo.com
Googles http://www.googles.com
WebCrawler http://www.webcrawler.com
Alta Vista http://www.altavista.com
Untuk memudahkan tugas anda, gunakan servis "URL Submission" yang
terdapat dalam Internet (sesetengahnya percuma manakala sesetengah lagi
berbayar kerana ia melakukan lebih dari sekadar pendaftaran). Contohnya
http://www.addme.com. Apa yang dilakukan ialah laman web anda akan
didaftarkan secara otomatik kepada berpuluh-puluh, beratus-ratus atau beribu-
ribu Search Engine yang wujud (Jadi sekarang anda patut tahu bahawa Search
Engine bukan sekadar Yahoo, Googles dan Alta Vista semata-mata :-| ) .
Saya juga ada membincangkan mengenai kaedah-kaedah promosi lain di dalam
buku digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah sekiranya anda inginkan
maklumat lanjut.
http://www.digital-reader.com
Ini apa yang perlu anda ketahui. Sebelum Internet menjadi terlalu besar para
pembangun laman web biasanya menggunakan META TAG sebagai cara untuk
memasukkan "keyword" tertentu yang mungkin akan diguna oleh pelayar internet
14
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
untuk mendapatkan maklumat. Ini adalah sebahagian dari kod HTML laman web
anda yang terletak di bahagian atas kod HTML tersebut. Jika "keyword" yang
diguna sama atau hampir sama dengan "keyword" yang anda nyatakan maka
kemungkinan laman web anda akan tersenarai. Selain dari itu "Description" bagi
sesuatu laman web juga biasanya diguna oleh Search Engine sebagai rujukan.
Namun memandangkan Internet kini sudah terlalu besar dan menjadi AMAZOM
SIBER maka anda tidak boleh lagi terlalu berharap kepada META TAG semata-
mata. Pada hari ini terdapat suatu servis baru yang dipanggil OPTIMIZATION.
Apa yang ia lakukan ialah memastikan laman web anda mempunyai Indeks yang
tertinggi di dalam pangkalan data Search Engine. Optimization ini menggunakan
kod-kod pemprograman yang kompleks dan biasanya anda perlu membayar
untuk menggunakan servis tersebut. Bagi syarikat syarikat besar, ini tidaklah
menjadi halangan kerana bagi mereka yang penting pemasaran sesuatu produk
dapat dicapai oleh seramai mungkin bakal pembeli. Pembekal servis
OPTIMIZATION juga pada kebiasaannya mempunyai hubungan perniagaan
dengan syarikat Search Engine dimana laman web anda didaftarkan.
Walaubagaimanapun anda tidak perlu terlalu risau kerana walaupun Internet
semakin besar tetapi ia juga bergantung kepada kategori mana laman web anda
boleh diklasifikasikan. Yang pasti Malaysia masih memerlukan banyak lagi laman
web bercirikan tempatan dan persaingannya tidaklah terlalu sengit.
Jika anda merasakan ini masa yang sesuai untuk anda bersama-sama menyertai
alam siber maka buat sesuatu mengenainya. Jangan berlengah dan lakukan
rekabentuk laman web anda sendiri hari ini. Komputer anda terlalu mahal untuk
dijadikan sekadar hiasan (atau sekadar tempat bermain Games) . Lakukan
sesuatu yang lebih bermanfaat.
http://www.digital-reader.com
Walaupun anda masih baru, saya rasa maklumat ini dapat menambah lagi
pemahaman anda berkaitan laman web. Semoga anda memanfaatkannya dan
Selamat Mencuba !
Norazman Abu Sahir
Digital-Reader.com
15
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 5 - "WEB DESIGN FOR DUMMIES ?", JANGAN TERLALU
NEGATIF
Jika anda jenis individu yang suka pergi ke kedai-kedai buku pastinya anda
mendapati banyak tajuk buku yang menggunakan perkataan "Dummies" sebagai
tarikan kepada seseorang yang tiada asas dalam topik yang ingin disampaikan.
Bagi saya "Dummies" berbunyi terlalu negatif. Berdasarkan pengalaman bekerja
saya dapati ramai orang yang berminat untuk mempelajari cara pembinaan
laman Web. Saya akui ini adalah salah satu faktor pendorong mengapa saya
menghasilkan buku digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah tersebut.
http://www.digital-reader.com
Sebabnya adalah mudah. Dari pemerhatian saya (samada di dalam atau di luar
pejabat ), individu yang bertanya dan yang berminat untuk mempelajari
mengenai rekabentuk laman web adalah tergolong dari latarbelakang yang
berbeza-beza samada Pengurus Besar, Jurutera, Juruteknik, Kerani malah ada
yang bertanya soalan bagi pihak anak mereka (saya agak terkejut juga kerana
semasa saya menawarkan latihan formal percuma mengenai laman web di
pejabat, sambutannya sangat menggalakkan). Dari situ saya membuat
kesimpulan bahawa laman web adalah untuk semua. Walau tinggi atau rendah
tahap pendidikan anda, anda sebenarnya bukanlah "Dummies" tetapi hanya
mereka yang TIDAK MENDAPAT PENDEDAHAN. Samalah seperti kemahiran
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pastinya anak-anak di bandar
mempunyai kelebihan berbanding yang berada jauh di pendalaman. Apa yang
anda perlukan sebenarnya ialah sedikit bimbingan, maklumat yang betul dan
yang paling utama minat dan kesungguhan. Dengan adanya 3 elemen tersebut
laman web sebenarnya mampu anda hasilkan dengan mudah dan sebab itulah
saya percaya dan memilihnya sebagai tajuk buku tersebut.
Ramai rakan-rakan saya (kebanyakannya Jurutera) yang dahulunya tidak tahu
langsung mengenai pembinaan laman web kini mampu membinanya sendiri
setelah saya mengajar hanya tentang perkara-perkara asas. Kini sekurang-
kurangnya mereka sudah mampu berdikari dan jangan anda salah anggap,
pelajar biasa atau individu tanpa pendidikan di bidang IT juga tidak ada bezanya
dengan Jurutera. Jika anda tiada pendedahan anda sebenarnya sama sahaja.
Dengan kata lain anda bermula dengan sifar. Jika anda melihat kelas orang
belajar memandu kereta atau kelas renang mungkin anda faham maksud saya
(sebenarnya saya salah seorang yang baru hendak belajar berenang tanpa
sebarang asas pada umur 29 tahun :-| ). Mengapa tidak ? Ini adalah salah satu
perkara yang saya pelajari dari buku 'The Magic Of Thinking BIG" dimana antara
lain menyatakan "USE ACTION TO CURE FEAR". Jadi bertindaklah sekarang.
Sekiranya orang lain yang tiada asas laman web boleh melakukannya tidak ada
sebab mengapa anda tidak boleh melakukan perkara yang sama.
16
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
Yang perlu anda ketahui, sebenarnya masih ada yang ingin membantu. Biar
saya beri sedikit pendedahan yang dimaksudkan untuk anda fikirkan kemudian:
1) Laman Web hanyalah fail biasa seperti fail-fail lain (.doc, .xls atau .ppt)
tetapi dengan akhiran tersendiri (.htm , .asp dan sebagainya).
Anda hanya perlu menggunakan perisian khas yang dipanggil web authoring
seperti MS Front Page (terdapat banyak jenis lagi sebenarnya di pasaran) untuk
tujuan tersebut.
2) Kandungan laman web bertukar tukar-tukar apabila anda klik pada
bahagian tertentu disebabkan ianya melompat dari satu fail/tempat ke satu
fail/tempat lain atau apa yang dipanggil sebagai Hyperlink.
Dengan kata lain anda hanya perlu belajar cara dan teknik-teknik yang betul
bagaimana hendak membuat Hyperlink.
3) Supaya semua orang boleh melihat fail laman web anda (.htm, .asp dan
sebagainya) melalui Internet, fail tersebut perlu di simpan di dalam Web Server
(sama seperti komputer biasa tetapi dengan kemampuan lebih tinggi dan perlu
sentiasa berada dalam keadaan online). Perkara ini ada di bincangkan dengan
lebih mendalam dalam buku digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah
tersebut.
http://www.digital-reader.com
Hanya dengan mempelajari 3 perkara di atas (yang sebenarnya agak mudah),
anda sudahpun memiliki kemampuan mencipta laman web (semakin besar
laman web anda hanyalah bermaksud anda mempunyai lebih banyak fail laman
web dan anda sebenarnya hanya mengulangi pengetahuan tentang 3 perkara di
atas untuk sebanyak mana fail yang anda mahu).
Walaubagaimana pun satu lagi ciri yang penting ialah KREATIVITI. Inilah yang
akan menjadikan laman web anda menarik atau tidak kerana unsur-unsur
kosmetik (Gambar, Susunatur, Warna dan Animasi) adalah daya penarik kepada
pengunjung. Malah 2 perkara yang lebih sukar sebenarnya ialah Kreativiti dan
Perancangan. Perkara ini menjadi salah satu fokus utama buku digital tersebut
kerana 3 perkara asas yang dinyatakan tadi boleh anda fahami dengan cepat.
Bagi saya bagi seorang yang baru ingin bermula anda mungkin hanya
memerlukan 1 atau 2 minggu (bergantung kepada secepat mana anda membaca
buku tersebut) untuk memahami perkara asas serta pendedahan yang
17
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
diperlukan. Selebihnya anda mungkin boleh berdikari sendiri atau anda sentiasa
di alu-alukan untuk bertanya sebarang malumat lanjut kepada saya selepas anda
menjadi pembeli berdaftar. Sementara itu, mungkin anda boleh mencuba
sesuatu sebagai permulaan:
http://www.learningwebdesign.com/
http://www.dreamink.com/beginners/
http://www.make-a-web-site.com/
http://www.dotsndashes.com/archives/articles.php
Buku saya ditulis hanyalah dengan tujuan untuk meringkas (Helicopter View),
memudahkan (berdasarkan fakta dan apa yang perlu diketahui sahaja) dan
sebagai bahan bacaan pilihan alternatif (Bahasa Melayu).
http://www.digital-reader.com
Akhir kata, sebagai pesanan saya dari saya : anda bukanlah "DUMMIES" dan
buku ini akan membuktikannya.
Norazman Abu Sahir
Digital-Reader.com
18
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 6 - APAKAH LAMAN WEB ANDA MENARIK, BIASA ATAU
MASIH BANYAK KELEMAHAN ?
Laman Web adalah suatu perkara yang SUBJEKTIF. Rekabentuk anda mungkin
disukai oleh Rakan A dan pada masa yang sama tidak disukai oleh Rakan B.
Sebagai contoh mudah, pemilihan warna sahaja mungkin menyebabkan anda
dan sesiapa yang terlibat dalam pembangunan laman web tersebut berada
dalam keadaan perbincangan yang tak berkesudahan. Jika anda membina
laman web untuk kegunaan sendiri mungkin anda tidak menghadapi sebarang
masalah tetapi jika anda disuruh oleh orang lain atau bekerja sebagai satu
pasukan, jangan sesekali kecewa atau berputus asa jika anda terpaksa
melakukan beberapa pusingan perubahan demi perubahan untuk memuaskan
hati orang lain. Adakalanya laman Web memerlukan banyak kesabaran kerana
walaupun mudah kadangkala melakukan proses perubahan adalah agak
cerewet. Sebenarnya itu adalah suatu perkara yang normal dan nasihat saya
jangan terlalu sangat memikirkannya dan buat apa yang terbaik yang mampu
anda lakukan. Cara terbaik untuk mengurangkannya ke tahap yang paling
minimum adalah dengan melakukan perancangan yang seteliti yang mungkin.
Topik ini ada di sentuh dalam buku digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah.
http://www.digital-reader.com
Walaubagaimanapun ada masanya 2 pendapat lebih elok dari 1. Setelah anda
menyiapkan laman web yang anda bangunkan, pertimbangkan untuk ianya
disemak oleh orang lain.Anda perlulah berkompromi dan tidak terlalu mengikut
pandangan peribadi semata-mata. Di dalam Internet, terdapat juga beberapa
laman web yang memberi khidmat nasihat mengenai laman web anda. Sebagai
contoh mungkin terdapat banyak lagi ruang yang mungkin masih boleh anda
perbaiki seperti Broken Links, Server Response Time, Graphic Optimization dan
sebagainya. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh anda pertimbangkan
(sesetengahnya percuma dan ada juga yang berbayar):
http://www.netmechanic.com/
http://www.siteinspector.com/
http://www.hitbox.com/cgi-bin/page.cgi?tools/doc
Setelah anda selesai dan berpuas hati, satu lagi langkah yang boleh anda
pertimbangkan ialah dengan cara membuat sedikit analisis. Terdapat beberapa
cara untuk membuat analisis dan pada asasnya ianya adalah berdasarkan Hits.
Hits ini pula boleh dicipta pada sesetengah Web Editor, boleh dicipta sendiri
menggunakan kod-kod percuma yang boleh anda download atau Copy/Paste
19
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
dari Internet atau anda juga boleh melanggan perkhidmatan sedemikian.
Bergantung pada kekompleksan analisis yang anda mahu, sesetengahnya
percuma manakala yang lain memerlukan anda membuat sedikit pembayaran.
Tidak lupa, cara termudah yang boleh anda lakukan ialah dengan menyediakan
sedikit ruang untuk pengguna yang melayari laman web anda memberikan
sedikit pandangan, maklumbalas atau pertanyaan. Maklumat sebegini
kadangkala memberi input yang sangat berguna.
Seperkara yang perlu anda ingat ialah laman web biasanya tidak terhenti sebak
sahaja anda siap membangunkannya mengikut jadual atau kandungan yang
ditetapkan. Kemaskini adalah satu lagi perkara yang perlu anda ambil berat. Dari
masa ke semasa perbaiki laman web anda dan mungkin menambah ciri-ciri unik
boleh memberi lebih daya tarikan. Anda tidak perlu menunggu sehingga
semuanya "sempurna" dan dalam masa yang sama lakukan sedikit demi sedikit
proses pembangunan laman web sehingga anda benar-benar berpuas hati. Buku
saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai ciri-ciri tambahan yang boleh
anda pertimbangkan.
http://www.digital-reader.com
Sehingga di TIPS yang akan datang
Norazman Abu Sahir
Digital-Reader.com
20
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 7 - MAKSIMAKAN PENGETAHUAN, JADILAH WARGA
INTERNETUAL
Saya pasti anda adalah salah seorang dari pengguna Internet yang setia. Sudah
pasti anda menyedari bahawa Internet kini semakin menjadi trend di Malaysia.
Untuk tips kali ini saya hanya bercadang untuk memberi anda beberapa
maklumat yang berkaitan samada secara langsung atau tidak mengenai laman
web. Mudah-mudahan dengan input tersebut anda lebih berminat menjadi warga
Internetual dan mungkin juga semangat untuk membina laman web anda sendiri
akan semakin membara. Atau sekurang-kurangnya, anda kini salah seorang
diantara ribuan masyarakat Malaysia yang lebih berinformasi.
Pastikan anda tidak ketinggalan walau satu pun daripada perkara-perkara berikut
(Saya cuba memberi sebahagian dari laman web yang saya rasakan agak unik,
abaikan sekiranya sesetengahnya telahpun anda ketahui):
1) Portal Malaysia - banyak yang boleh anda ketahui dari sini.
http://centre.com.my
http://www.stargate.com.my/
http://www.malaysiayellowpages.net/index.html
http://www.hotelmalaysia.com/
http://smiportal.com/
http://ww.jobstreet.com.my
2) Internet Banking - mulakannya jika anda masih belum mencuba
http://www.maybank2u.com
http://www.channel-e.com.my/index.html
http://www.pbebank.com/
https://www.bankislam.biz/
http://www.ambb.com.my/echa/am_direct.asp
http://www.citibank.com/malaysia/internet/english/index.htm
3) Utiliti berguna pengguna Internet - semua orang patut tahu
https://www.gotomypc.com/
http://www.freedrive.com/index.jsp
http://www.mail2web.com
http://www.ferretsoft.com/
http://ebooks.searchking.com/
http://www.informit.com
http://download.com.com/
Tujuan saya menyenaraikan laman web di atas hanyalah sekadar untuk menguji
sejauh mana pemahaman anda mengenai web serta memberitahu secara tidak
langsung menyampaikan mesej bahawa sebenarnya anda boleh melakukan apa
sahaja di dalam Internet. Dan saya pasti kini anda sudah semakin menyukainya
21
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
(Internet). Jika anda merupakan seorang yang suka mencuba atau meneroka
perkara-perkara baru, tidak mustahil anda juga mampu menghasilkan suatu
laman web yang unik. Laman web yang mampu memberi sesuatu samada
berbentuk maklumat atau perkhidmatan yang berguna tidak ada sebab untuk
ianya tidak dikunjungi dan diminati ramai. Namun anda perlulah bermula sedikit
demi sedikit kerana setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama. Mungkin
buku digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini dapat membantu anda
mengambil langkah tersebut.
http://www.digital-reader.com
Di dalam TIPS yang berikutnya saya akan cuba menceritakan salah satu perkara
yang boleh anda lakukan di dalam Internet iaitu apa yang perlu anda tahu untuk
bergelar Usahawan Siber. Jadi pastikan anda mengikutinya.
P.S - Di dalam buku Digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah yang saya
hasilkan, saya turut menyenarai serta membincangkan 12 servis yang terdapat di
dalam Internet yang boleh anda gunakan secara langsung di dalam proses
membina laman web. Dapatkannya jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih
lanjut.
Norazman Abu Sahir
Digital Reader.com
22
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 8 - USAHAWAN SIBER ? APA YANG PERLU ANDA TAHU
Terdapat 2 pilihan sekiranya anda berminat untuk menjadi Usahawan Siber
samada:
1). Anda mempunyai produk sendiri (berbentuk perkhidmatan, fizikal atau digital)
2). Anda menjual produk orang lain (reseller atau bertindak sebagai Affiliates)
Walau apapun produk yang ingin dipasarkan anda perlulah merangka strategi
yang betul. Seringkali juga perniagaan yang dijalankan secara Online dilaporkan
gulung tikar selepas beberapa bulan atau dalam tempoh 2 tahun pertama. Untuk
mengelakkan anda mengalaminya pastikan anda menanamkan konsep "DO IT
RIGHT THE FIRST TIME" di dalam pemikiran anda. Salah satu dari caranya
ialah dengan memperolehi serta mengukuhkan pengetahuan asas ("Back to
Basic").
http://www.digital-reader.com
Bergantung kepada saiz perniagaan yang ingin anda jalankan, berikut beberapa
perkara yang perlu anda ketahui serta pertimbangkan.
1) Memiliki nama domain sendiri
Ini merupakan faktor penting kerana imej anda di dunia siber akan
menentukan tahap keyakinan bakal pembeli terhadap produk yang
ditawarkan. Beri nama domain yang bersesuaian dengan produk yang ingin
dipasarkan.
2) Menerima bayaran secara online (Kad Kredit)
Merupakan faktor penting kerana tujuan Internet adalah untuk memudahkan.
Walaupun membeli belah secara online ini agak baru bagi rakyat Malaysia
tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi negara-negara yang maju terutamanya
di Amerika Syarikat. Ini penting terutamanya jika anda ingin pergi lebih jauh
iaitu ke peringkat pasaran global.
Apa yang anda perlukan ialah melanggan servis iaitu dengan membuka akaun
dengan Internet Merchant Bank yang menawarkan khidmat sedemikian. Atau
anda juga boleh melanggan dengan syarikat-syarikat yang membekalkan
perkhidmatan menerima bayaran melalui Kad Kredit secara online. Sama seperti
mendaftar nama domain, anda tidak perlu terhad kepada servis yang terdapat di
Malaysia tetapi boleh juga menggunakan servis global. Mungkin maklumat
berikut dapat membantu (sekadar sebahagian dari senarai).
23
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
Global :
http://www.charge.com
http://www.bizhosting.com
http://clickbank.com
http://www.paypal.com
http://www.aismedia.com/ecommerce/index.htm
http://www.ibill.com/
Tempatan:
http://www.netmyne.com/comm_host/comm.htm
http://www.malaysiaindex.com/miva.html
http://www.icommerce.com.my/
http://www.e-globalhosting.com
Mungkin laman web ini juga menarik untuk anda kunjungi :
http://www.ec.com.my/. Selalunya tiada masalah bagi kebanyakan kad kredit
diterima untuk tujuan transaksi di Internet seperti Master Card dan Visa.
Pertimbangkan 2 fakta berikut sebelum anda membuat pemilihan akhir:
a) Kadar "charge" yang dikenakan bagi setiap transaksi
b) Yuran tahunan (sekitar RM 1000 - RM 3000 setahun bergantung kepada
pakej yang ditawarkan)
3) Menggunakan servis URL Submission dan Search Engine Optimiztion
- Ini adalah apa yang kita bincangkan di dalam TIPS-4 sebelum ini
4) Menggunakan servis Auto Responder
- Seperti yang anda ketahui, "follow-up" merupakan antara faktor terpenting
di dalam pemasaran dan inilah apa yang servis ini tawarkan. Dengan cara ini
anda sebenarnya boleh menjimatkan banyak masa menyakinkan serta
meningkatkan potensi pembelian pengguna.
- Antara servis yang boleh anda langgani:
a) http://autorpro.com/
b) http://www.getresponse.com/
c) http://hotresponders.com/
Di waktu ini sebenarnya sudah semakin ramai individu atau syarikat Malaysia
yang melibatkan diri dalam perniagaan melalui Internet. Di sini juga saya
24
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
senaraikan beberapa laman web berkaitan usahawan siber di Malaysia:
http://smiportal.com/
http://www.usahawan.com.my/
http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/dumei.html
http://www.mfa.org.my/index.php
Akhir sekali, jika anda sudah bersedia untuk melibatkan diri sebagai
USAHAWAN SIBER pastikan anda memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan
mengenai rekabentuk laman web kerana di situlah (Internet) anda akan
beroperasi kelak. Samada anda melakukannya sendiri atau mengupah orang
lain, saya pasti buku digital Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini akan dapat
membantu.
http://www.digital-reader.com
" Knowledge Is Not Enough, We Must Apply. Willingness Is Not Enough, We
Must Do"
Norazman Abu Sahir
Digital Reader.com
25
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
TIPS 9 - PENGGODAM (HACKERS) DAN ASAS KESELAMATAN
LAMAN WEB
Selain dari aspek rekabentuk dan penyelenggaraan laman web ada baiknya
anda mengetahui sedikit sebanyak mengenai "HACKERS". Ini kerana sekiranya
laman web anda diceroboh maka sia-sialah segala penah lelah yang telah anda
curahkan semasa membangunkan laman web tersebut. Jika anda menggunakan
khidmat web hosting atau storan percuma, perkara ini tidak perlu anda risaukan
sangat kerana kebiasaannya mereka yang membekalkan khidmat tersebut akan
memantaukannya bagi pihak anda. Namun ini menjadi kritikal jika anda
menyelenggarakan web server anda sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut apa
itu storan Internet percuma, Web Hosting dan Web Server dapatkan buku digital
Rekabentuk Laman Web Cara Mudah ini.
http://www.digital-reader.com
Jika anda tidak memiliki atau tidak bercadang memiliki Web Server sendiri maka
anggap sahaja ini sebagai pengetahuan am yang perlu anda ketahui.
Siapakah penggodam (Hackers) dan apa yang mampu mereka lakukan
Apa yang anda perlu ketahui, tidak semua hackers adalah genius. Ini kerana
terdapat banyak laman web yang mengajar pengguna bagaimana hendak
menjadi HACKERS.
http://www.ciwstudy.com/info/beg.htm
http://www.penetrationtest.com/1_hacker_tools_hacking_tips_internet_security.ht
m
http://www.users.on.net/johnson/resourcehacker/
http://members.fortunecity.com/physkoklown420/id3.htm
Selain dari itu "Hacking" terhadap laman web biasanya berlaku apabila mereka
dapat memasuki web server anda menggunakan pelbagai teknik tertentu.
Apabila ini berlaku maka sebenarnya mereka kini mempunyai kebolehan
"mengusik" apa-apa sahaja yang terdapat di dalam web server tersebut. Ini
boleh jadi menukar kandungan fail laman web (html), membuang fail tersebut
atau mungkin juga menyebarkan virus yang mungkin menyebabkan laman web
anda semakin lambat atau tidak berfungi sama sekali. Kebiasaannya mereka
melakukan aktiviti tersebut hanya atas dasar suka-suka (tetapi ia tetap sesuatu
ancaman yang serius ) walaupun ramai juga yang professional seperti memintas
transaksi pembayaran Kad Kredit secara online.
Seperkara lagi ancaman Hackers sebenarnya agak minimum jika anda
menggunakan sambungan ke ISP menggunakan talian telefon untuk mencapai
26
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
Internet kerana IP address anda adalah dipilih secara rawak. Sebaliknya
rangkaian organisasi lebih terdedah kerana selain IP address yang tetap
kebiasaanya juga terdapat lebih banyak protokol yang perlu dijaga yang
selalunya berhubungkait antara satu sama lain seperti FTP & TELNET selain
protokol HTTP.
Bagaimana laman web boleh ditembusi Hackers ?
o Jika anda melawati laman web dengan fungsi Java atau Active X yang tak
diketahui. Maklumat mengenai komputer anda boleh dicuri dari situ iaitu dengan
menggunakan apa yang dipanggil Cookies.
o Jika anda menggunakan password yang mudah di duga.
o Jika ada file sharing yang tidak sepatutnya. Imbasan terhadap port web
server (biasanya port 80) boleh dilakukan terhadap komputer anda dan
terhasillah pintu belakang untuk dimasuki.
o Jika administrator anda tidak menukar default password semasa proses
installation sesuatu Server atau perisian tertentu.
Bagaimana hendak mengatasinya dan asas keselamatan laman web
1) Menggunakan FIREWALL
Iitu sistem yang memastikan polisi keselamatan antara 2 network berlainan
ntuk maklumat lanjut kunjungi site berikut:
http://www.interhack.net/pubs/fwfaq/#SECTION00030000000000000000
Sebagai contoh : Black Ice Defender
2) Menggunakan perisian keselamatan (Website Protection Software)
Sebagai contoh : WebAgain version 2.5
Zone Alarm 2.0 (percuma)
3) Mengenakan password untuk laman web yang dirasakan sensitif. Ini boleh
dilakukan dengan dengan sedikit pemprograman Internet.
# Terdapat banyak bahasa pemprograman Internet yang popular dewasa
ini. Buku digital Rekabentuk Laman Web ini ada membincangkan mengenainya.
http://www.digital-reader.com
4) Mencuba tahap keselamatan laman web anda
Sebelum anda berasa laman web anda cukup kebal, fikirkannya sekali lagi .
Anda boleh mencuba servis seperti SecurityLogics yang akan melakukan
beberapa siri ujian untuk tujuan tersebut.
http://www.securitylogics.com/securitycheck.adp
Mungkin juga anda perlu meluangkan sedikit masa di laman-laman web berikut
untuk mendapatkan maklumat lanjut :
· CERT Coordination Center http://www.cert.org
· Conqwest.Com http://www.conqwest.com/
27
REKABENTUK LAMAN WEB
_____________________________________________________________________Cara Mudah
· SecurityFocus.Com http://www.securityfocus.com/
· SecurityWatch.Com http://www.securitywatch.com/
· Information Security Magazine http://www.infosecuritymag.com/
Ingatlah bahawa Laman Web anda adalah hasil penah lelah anda. Lungkan
sedikit masa untuk menjamin keselamatannya. Saya rasa cukuplah setakat ini
dulu. Harapan saya semoga apa yang disampaikan ini dimanfaatkan.
Norazman Abu Sahir
Digital Reader.com
28