Embed
Email

KERTAS KERJA

Document Sample
KERTAS KERJA
Shared by: HC111210155634
Categories
Tags
Stats
views:
131
posted:
12/10/2011
language:
pages:
17
KERTAS KERJA CADANGAN

PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH SEBAGAI

PUSAT REPOSITORI

(INSTITUTIONAL REPOSITORY) – (IR))

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA







DISEDIAKAN OLEH:









JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA UTM-IR



Puan Kamariah binti Nor Mohd Desa - Pengerusi

Encik Anuar bin Talib - Koordinator UTM-IR

Puan Noraziah binti Sharuddin - Setiausaha

Cik Haslina binti Nasir - Ahli Jawatankuasa

Puan Kamariah binti Mohamed Jong - Ahli Jawatankuasa

Encik Mohd Fuad bin Mohamed Yusof - Ahli Jawatankuasa

Encik Mohd Nasir bin Ibrahim - Ahli Jawatankuasa

Encik Mohd Razib bin Karno - Ahli Jawatankuasa

Cik Nazrinda binti A. Samah - Ahli Jawatankuasa

Encik Noor Effendy bin Hamzah - Ahli Jawatankuasa









PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

JANUARI 2007









1

KERTAS KERJA CADANGAN PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH

SEBAGAI PUSAT REPOSITORI (INSTITUTIONAL REPOSITORY- (IR))

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



1.0 TUJUAN

Tujuan penyediaan kertas cadangan ini ialah untuk memohon

kelulusan Jawatankuasa Senat Universiti Teknologi Malaysia bagi

menubuhkan satu Pusat Repositori UTM di Perpustakaan Sultanah

Zanariah.





2.0 DEFINISI PUSAT REPOSITORI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pusat Repositori Universiti Teknologi Malaysia adalah himpunan

koleksi ilmiah dan penyelidikan universiti dalam bentuk digital. Wadah

ilmiah ini menjadi pusat pengumpulan, pemeliharaan dan mengadaptasi

konsep akses secara terbuka (open access) yang dapat mengetengahkan

bahan ilmiah dan hasil penyelidikan masyarakat UTM ke peringkat

global.





3.0 JAWATANKUASA IR UTM

Sebagai langkah awal Jawatankuasa IR UTM telah ditubuhkan

dengan tugas dan tanggungjawab seperti di Lampiran 1 – Tugas dan

Tanggungjawab Jawatankuasa. Jawatankuasa telah pun mengambil

inisiatif dengan menghasilkan Dasar IR UTM (rujuk Lampiran 2 - Dasar)





4.0 LATAR BELAKANG

4.1 Peranan UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berteraskan sains

dan teknologi, sebagai pemangkin dalam penjanaan ilmu

memainkan peranan yang penting ke arah menyediakan sumber

tenaga manusia yang berkelayakan dan mahir bagi memenuhi

keperluan dan aspirasi negara. Justeru itu, UTM melengkapkan

graduannya dengan pelbagai ilmu supaya dapat bersaing di

peringkat negara dan antarabangsa. Kemudahan pembelajaran,

infrastruktur yang baik dan teknologi maklumat terkini







2

dipertingkatkan bagi memastikan kecemerlangan akademik

pelajarnya.





Sejajar dengan matlamat untuk menjadi sebuah universiti

penyelidikan dan bertaraf dunia UTM bergiat aktif dalam aktiviti

penyelidikan dan pembangunan (R&D). Aktiviti R&D yang pesat

ini akan meningkatkan lagi bilangan pelajar pasca ijazah dari

dalam dan luar negara. Pada tahun 2005 jumlah keseluruhan

pelajar melebihi 25,000 orang. Daripada jumlah ini, pelajar pasca

ijazah pada tahun 2004 ialah seramai lebih dari 3,622 orang dan

pada tahun 2005 seramai lebih dari 3,170. Penubuhan 22 buah

pusat kecemerlangan juga menunjukkan komitmen UTM dalam

menerajui penyelidikan di bidang sains dan teknologi, dan

seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.





4.2 Perkembangan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ)

Perkembangan UTM yang pesat dan perubahan-perubahan

yang berlaku merupakan cabaran kepada PSZ untuk

meningkatkan keupayaan perkhidmatan yang diberikan. Sebagai

Jabatan yang menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

PSZ berperanan penting dalam memastikan perkhidmatan yang

diberikan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa

pengguna.





Peranan PSZ kini bukan sahaja sebagai sebuah

perpustakaan akademik yang memberi penekanan kepada

perkhidmatan maklumat dan pembangunan koleksi, tetapi juga

sebagai sebuah perpustakaan digital yang menyediakan sistem

rangkaian maklumat secara elektronik.





Perkembangan dan perubahan semasa seperti peningkatan

bilangan pelajar dan perubahan permintaan fakulti kepada

kemudahan mendapat maklumat dan kepantasan pencapaian







3

kepada maklumat adalah antara ciri-ciri pengwujudan sebuah

perpustakaan digital. Perkembangan teknologi maklumat (IT) juga

memerlukan PSZ membuat perancangan yang serba lengkap dan

bersesuaian dengan infrastruktur yang diperlukan oleh sesebuah

perpustakaan yang berkonsepkan Perpustakaan Digital.





Salah satu daripada kekuatan PSZ adalah sebagai

penanggungjawab mengumpul dan mengemaskini bahan-bahan

Koleksi Khas. Bahan-bahan ini terdiri daripada bahan bercetak,

bahan media serta bahan khas lain yang dihasilkan oleh para

pelajar, staf, fakulti/jabatan di UTM dan juga penerbitan

mengenai UTM dari sumber luar.





Bahan-bahan bercetak tersebut adalah seperti buku,

tesis/kertas projek, laporan penyelidikan, dokumen kontrak,

Memorandum Persefahaman (MOU), kertas kerja Senat, artikel,

kertas kerja persidangan/seminar/kursus anjuran UTM.

Manakala bahan-bahan media pula adalah seperti kaset video,

kaset, disket, slaid, cakera padat, lukisan terukur, fotograf dan

lain-lain lagi. Justeru, adalah tepat pada masanya untuk

menubuhkan satu Pusat Repositori universiti di PSZ berdasarkan

keterangan koleksi dan sistem perpustakaan yang sedia ada.





4.3 Kenyataan Masalah Perpustakaan Sultanah Zanariah

4.3.1 Kandungan digital sedia ada

Kandungan digital adalah bahan yang dihasilkan

dalam pelbagai format seperti Portable Document Format

(pdf), pemprosesan kata (word processing), ‘desktop

publication’, audio, video dan sebagainya.









4

4.3.2 Kandungan asal yang ditukar kepada format digital

Kandungan digital adalah di mana bahan analog

ditukar kepada format digital dan terdiri dari tiga bahagian

iaitu :





a) Bahan bercetak ditukar kepada format digital dalam

format PDF

b) Audio

c) Video





PSZ telah membangunkan dan mengurus repositori

UTM dan terdiri daripada :





 Tesis pasca ijazah (abstrak dan teks penuh)

 Kertas projek sarjana muda (abstrak)

 Laporan penyelidikan (abstrak dan sebahagian kecil

teks penuh)

 Artikel jurnal UTM

 Keratan akhbar

 Kertas soalan peperiksaan UTM

 Fotograf UTM

 Profil pegawai kanan UTM





Statistik Dokumen Digital PSZ (2001 – 11 Disember

2006)





Jumlah keseluruhan tesis pasca ijazah adalah 1616 judul

dimana 1194 judul tesis ijazah sarjana dan 422 judul tesis

peringkat doktor falsafah. Hanya 13.8% tesis teks penuh

siap diimbas. Jumlah ini akan bertambah anggaran 5%

peningkatan setiap tahun.





Jumlah keseluruhan laporan penyelidikan yang ada di PSZ

adalah sebanyak 1018 judul. 33.4% abstrak judul siap

diimbas manakala hanya 6% teks penuh telah diimbas.







5

Jumlah profil dokumen keseluruhan adalah 30,839 rekod

dimana 1,567 rekod adalah terdiri dari tesis, laporan

penyelidikan dan artikel jurnal. Statistik berikut

dikeluarkan dari Sistem Pengurusan Dokumen PSZ ia

meliputi dari tahun 2002 sehingga 11 Disember 2006.

Terdapat 4,026 rekod keratan akhbar dan kertas soalan

peperiksaan yang perlu ditukar format PDF dan ianya

dirancang dibuat sebagai projek housekeeping rekod untuk

tahun 2007.





Kategori Jumlah Format Akses oleh Housekeeping

Bahan rekod dokumen pengguna rekod tahun 2001

(tiff & htm)

Tesis 444

Abstrak 221 

Teks penuh 223

Laporan 398

penyelidikan

Abstrak 340 

Teks penuh 58

Artikel jurnal 725

UTM

Keratan 25,796 htm –  447

akhbar 2,537

Kertas soalan 3,476 tiff – 110  932

peperiksaan

UTM



JUMLAH 30,839 2,647 1,379









6

Kategori Jumlah Format Akses oleh pengguna

Bahan rekod dokumen

Media 14 Preview 

streaming Prehear

Fullview





4.3.3 Penerimaan bahan

 Masih terdapat segelintir staf akademik dan penyelidik

yang tidak menyerahkan kertas kerja yang

dibentangkan di luar UTM kepada PSZ walaupun

perkara ini telah ada di dalam polisi dan surat tuntutan

telah dihantar daripada PSZ.

 Masih terdapat beberapa fakulti yang tidak

menyerahkan tesis pasca ijazah dalam bentuk cakera

padat kepada PSZ walaupun telah diputuskan di

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Mengenai

Perpustakaan

 Secara keseluruhan, masih terdapat fakulti/jabatan

yang tidak mematuhi polisi penyerahan bahan yang

telah ditetapkan oleh universiti.





4.3.4 Polisi

a) Hakcipta tesis / latihan ilmiah

 Hakcipta tesis / latihan ilmiah adalah milik individu

tetapi penemuannya menjadi milik bersama individu

dan universiti sekiranya ia dikomersilkan. (Minit

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Mengenai

Perpustakaan Bil. 1/92 pada 17 Mac 1992)





b) Penyerahan Bahan

 Kertas kerja seminar bukan anjuran UTM, peserta

dikehendaki menghantar kerta kerja terus ke

perpustakaan.





7

 Kertas projek yang mencapai gred B dan ke atas

dihantar ke PSZ.

(Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat

Mengenai Perpustakaan Bil. 2/92 pada 21 Julai

1992)

 Kakitangan yang telah diluluskan cuti belajar

dikehendaki menyerahkan satu salinan tesis/latihan

ilmiah kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Pembangunan) untuk dimajukan ke perpustakaan.

Hanya salinan asal tesis diserahkan kepada

perpustakaan.

 Kerta kerja persidangan

Penganjur dikehendaki menyerahkan 8 naskhah

bahan bercetak atau 5 naskhah bahan tidak

bercetak ke perpustakaan dimana 5 naskhah bahan

bercetak dan 2 naskhah bahan tidak bercetak akan

diserahkan ke Perpustakaan Negara Malaysia

sementara 3 naskhah lagi adalah untuk koleksi khas

PSZ. (Merujuk Akta Penyerahan bahan Perpustakan

1986 (Akta 331), penerbit/penganjur

seminar/persidangan dikehendaki menyerahkan 5

naskhah bahan bercetak dan 2 naskhah bahan tidak

bercetak ke Perpustakaan Negara Malaysia) - (Minit

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Mengenai

Perpustakaan Bil. 2/91 pada 14 Oktober 1991)





c) Akses Kepada Bahan

 Dokumen yang telah dihasilkan seperti tesis

(abstrak), laporan penyelidikan (abstrak), kertas

soalan dan keratan akhbar sahaja yang boleh

diakses oleh pengguna dari INFOLAN2 kerana perlu

mengikut polisi yang sedia ada yang telah

ditetapkan.







8

 Tesis digital (teks penuh), laporan penyelidikan (teks

penuh) dan artikel jurnal UTM yang telah dihasilkan

tidak diberikan akses kepada komuniti UTM secara

atas talian.

 Polisi sedia ada menetapkan kandungan asal hanya

boleh diberikan akses kepada komuniti UTM sahaja

misalnya datang sendiri ke PSZ (akses terhad)

 Tesis asal boleh dirujuk di dalam perpustakaan

(dasar JPM)

 Tesis yang akan dirujuk oleh pengguna di PSZ

adalah dalam bentuk cetak manakala cakera padat

untuk disimpan.





5 JUSTIFIKASI

5.3 Menjadi pusat penyerahan dan akses kepada hasil pendidikan

dan penerbitan ilmiah UTM.

5.4 Menyokong dan menambah-baikkan kewujudan dan

kegunaannya PR.

5.5 Menggalakkan perkongsian pengetahuan dengan penyerahan

salinan hasil penyelidikan setelah disemak dan boleh diterima

sebagai bahan PR.

5.6 Menggunakan sistem pengkelasan yang standard untuk

penyerahan dan akses kepada bahan digital.

5.7 Menyumbang kepada jumlah akses terbuka dokumen digital dan

secara tidak langsung menaikkan ‘ranking’ UTM dalam senarai

universiti terbaik sedunia.

5.8 Menggunakan indikator ‘webometric’ bagi menunjukkan

komitmen universiti dalam penerbitan Web dan menjurus ke arah

inisiatif akses terbuka.

5.9 Memberi impak atas salah satu kriteria yang dinilai iaitu Kualiti

Penyelidikan (Research Quality) dalam senarai universiti terbaik

sedunia









9

6 KEPERLUAN





6.1 Platform sistem

Di peringkat permulaan Jawatankuasa IR UTM telah

memutuskan untuk menggunakan 2 perisian ‘open source’ iaitu

EPrints dan Dspace bagi menyokong usaha ini.





6.2 Perkakasan





Item Perkara Kuantiti Kos (RM)

1. Server & software 1 set 50,000.00

2. Software development 1 50,000.00

3. High end scanner (A4 size) 1 unit 950,000.00

4. Conversion workstation 2 unit 100,000.00

5. Scanner for A2 size 1 unit 200,000.00

6. Storage management system + 1 set 800,000.00

backup system (auto-loader)

7. Staff PC 10 unit 35,000.00

8. MySQL & Apache -

9. Training 200,000.00

Jumlah 2,385,000.00





6.2.1 Justifikasi keperluan perkakasan

- Lihat Lampiran 3 – Justifikasi Keperluan Perkakasan









10

6.3 Penstrukturan semula PSZ

6.3.1 Menaiktaraf unit-unit tertentu kepada jabatan

Unit Pengurusan Dokumen Digital (UPDD) di bawah

Jabatan Pembangunan Sumber perlu dinaiktaraf dan

dibangunkan sebagai jabatan baru di PSZ. Sebahagian

tugas dan aktiviti di Unit Aplikasi dan Multimedia (JBA),

Unit Media Pemeliharaan dan Pemuliharaan (JPK), dan

Unit Koleksi Khas (JPK) diselaraskan di bawah satu

jabatan baru.





6.3.2 Objektif jabatan baru

Membangunkan dan menguruskan Repository UTM (IR)

dalam bentuk digital bagi menyokong tujuan pembelajaran,

pengajaran, penyelidikan dan perundingan dalam

perkhidmatan perpustakaan.





6.3.3 Fungsi Jabatan





 Memproses, membangun dan memantau penghasilan

dokumen digital mengikut piawaian yang telah ditetapkan

bagi tujuan pengumpulan, penyimpanan, penyebaran dan

penyediaan akses maklumat IR melalui Internet.

 Menyediakan kemudahan aplikasi dan multimedia yang

terbaik dalam membantu perkhidmatan perpustakaan

berfungsi ketahap yang paling optima.

 Menghasilkan video on demand bagi tujuan akses kepada

pengguna melalui laman web PSZ





6.4 Penempatan jabatan

 Ditempatkan di bangunan sedia ada PSZ

 Keperluan ruang untuk penempatan staf dan peralatan









11

6.5 Staf

 1 Ketua Jabatan (S48)

 1 Pustakawan Kanan (S44)

 2 Pustakawan (S41)

 5 Pembantu Perpustakaan (S17)

 1 Juruteknik (J17)

 1 Jurutaip (N11)









7.0 KESIMPULAN

Jawatankuasa Senat UTM dengan segala hormatnya diminta untuk

mempertimbang serta meluluskan cadangan penubuhan Pusat Repositori UTM

ini.









17 Januari 2007









12

LAMPIRAN 1 – TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA

‘INSTITUTIONAL REPOSITORY’





JAWATANKUASA KERJA ‘INSTITUTIONAL REPOSITORY’



UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA





JAWATANKUASA



Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris - Pengerusi

Puan Kamariah binti Nor Mohd Desa - Timbalan Pengerusi

Encik Anuar bin Talib - Koordinator UTM-IR

Puan Noraziah binti Sharuddin - Setiausaha

Prof. Madya Mohd Mun’im bin Ahmad Zabidi - Koodinator IT



AHLI JAWATANKUASA





Prof. Dr. Safa’ai bin Deris - Ahli

Jawatankuasa

Dr. Nor Azman bin Ismail - Ahli

Jawatankuasa

Prof. Dr. Rose Alinda binti Alias - Ahli Jawatankuasa

Prof. Dr. Hishamuddin bin Jamaluddin - Ahli Jawatankuasa

Prof. Madya Dr. Mohamed Noor bin Hassan - Ahli Jawatankuasa

Prof. Madya Hanizam bin Sulaiman - Ahli Jawatankuasa

Puan Siti Mariyam binti Mamat - Ahli

Jawatankuasa

Encik Syed Rahazuan bin Syed Deraman - Ahli Jawatankuasa

Encik Abdul Karim bin Abd Aziz - Ahli

Jawatankuasa

Cik Mardiah Hayati binti Abu Bakar - Ahli

Jawatankuasa

Encik Khalid bin Mazlan - Ahli

Jawatankuasa

Cik Nazrinda binti A. Samah - Ahli Jawatankuasa

Encik Noor Effendy bin Hamzah - Ahli Jawatankuasa

Cik Haslina binti Nasir - Ahli Jawatankuasa

Encik Mohd Razib bin Karno - Ahli Jawatankuasa

Puan Kamariah binti Mohamed Jong - Ahli Jawatankuasa

Encik Mohd Nasir bin Ibrahim - Ahli Jawatankuasa

Encik Mohd Fuad bin Mohamed Yusof - Ahli Jawatankuasa









13

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA ‘INSTITUTIONAL

REPOSITORY’





1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan

‘Institutional Repository’ UTM.

2. Memantau dan menyelaraskan perlaksanaan ‘Institutional Repository’

serta mengenalpasti isu yang berkaitan yang dapat menjejaskan

kelancaran perlaksanaan ‘Institutional Repository’ UTM.

3. Menjadi unit/kumpulan rujukan kepada fakulti/jabatan dan staf

Universiti dalam melaksanakan ‘Institutional Repository’ UTM.

4. Memastikan ‘Institutional Repository’ yang dibangun berkualiti,

memenuhi kehendak Universiti dan bersesuaian dengan tanda aras yang

ditetapkan.

5. Menyediakan laporan perkembangan dan/atau laporan tahunan untuk

dimajukan kepada pihak Universiti.







TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB





AHLI JAWATANKUASA KERJA ‘INSTITUTIONAL REPOSITORY’







1. Memberi komitmen dan idea bagi memastikan usaha-usaha ke arah

pembentukan ‘Institutional Repository’ dapat dilaksanakan dengan

jayanya

2. Memberi input ke atas usaha-usaha merangka rancangan kerja dan

melaksanakan pembentukan ‘Institutional Repository’ UTM

3. Mengambil tanggungjawab dalam memastikan ‘Institutional Repository’

dilaksanakan sepertimana yang diputuskan dalam Mesyuarat

Jawatankuasa ‘Institutional Repository’ UTM.

4. Memberi maklumbalas terhadap isu-isu yang timbul berkait dengan

‘Institutional Repository’ di Mesyuarat Jawatankuasa ‘Institutional

Repository’ atau apabila diperlukan.









14

5. Mengambil tanggungjawab terhadap perkara-perkara berkait dengan

‘Institutional Repository’ yang melibatkan fakulti/jabatan yang diwakili

6. Mengambil tanggungjawab melaporkan sebarang masalah yang dihadapi

dalam perlaksanaan program dari masa kesemasa kepada

Jawatankuasa ‘Institutional Repository’.

7. Mengambil inisiatif dalam meningkatkan lagi kelancaran pembangunan

‘Institutional Repository’ UTM seta memastikan ‘Institutional Repository’

yang dibangun berkualiti dan memenuhi kehendak Universiti.









15

Lampiran 2 – Dasar

* telah diedarkan pada Mesy. J/Kerja UTM-IR Bil. 3/07 (18/01/07)







Lampiran 3 - Justifikasi Keperluan Perkakasan





Ditempatkan di bangunan sedia ada PSZ





1. Pengimbas

Bagi mempertingkatkan produktiviti mengimbas sediada di PSZ, Pengimbas

dokumen automatik (Automatic page turning scanner) diperlukan dan berikut

adalah keperluan dan ciri-ciri peralatan yang diperlukan :

a) Pengimbas berteknologi tinggi diperlukan

bagimembolehkanpengimbasan bahan terutama bahan berjilid dapat

dilakukan pada kadar kelajuan 1,200 mukasurat/jam. Ia boleh

mengurangkan 80% penurunan kos berbanding mengimbas secara

manual menggunakan pengimbas flatbed. Kadar mengimbas dapat

dipertingkatkan berbanding kaedah konvensional iaitu hanya 900

mukasurat/jam (jika menggunakan kaedah ADF – sesuai bagi bahan

tidak berjilid). Peralatan ini secara tidak langsung dapat membantu

meningkatkan kesediaan maklumat diakses dengan cepat melalui

proses pendigitalan bahan yang efektif.

b) Boleh mengimbas dokumen yang mempunyai ketebalan sehingga 4 inci.

c) Mukasurat bahan diimbas satu persatu secara automatik tanpa

membuka secara manual berbanding menggunakan pengimbas

flatbed.

d) Bahan tidak perlu diterbalikkan dan ini akan

mengurangkan/mengekalkan kerosakan fizikal bahan asal.

e) Peningkatan produktiviti disebabkan kadar pengimbasan yang

tinggi dan kos yang berkesan dapat dicapai

f) Kualiti dokumen digital yang dihasilkan bermutu tinggi









16

2. Video Editing Room



Kemudahan ini diperlukan bagi aktiviti animasi, audio video, grafik dan

dokumentasi multimedia dan produksi video. Cadangan bilik kedap bunyi bagi

tujuan proses editing audio video.









17


Related docs
Other docs by HC111210155634
�THE GREAT FEAR� by J
Views: 2  |  Downloads: 0
STERLING INSTITUTIONAL REVIEW BOARD
Views: 1  |  Downloads: 0
Grammar on Your Feet
Views: 0  |  Downloads: 0
Signal Words
Views: 0  |  Downloads: 0
Sayfa1 - Yenisarbademli Belediyesi
Views: 14  |  Downloads: 0
ABERDEEN CITY COUNCIL
Views: 5  |  Downloads: 0
Closeout letter
Views: 6  |  Downloads: 0
Club des Exportateurs
Views: 6  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!