Lampiran:
1. SEBELUM hadir ke PPD, sila cetak akuan penerimaan pada lampiran (word
attachment), seterusnya lengkap dan serahkan semasa pengambilan CD berkenaan.
2. Berikut dimaklumkan juga tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah
SELEPAS memperolehi CD berkenaan:
a) Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 2 Literasi Membaca dan Manual
Instrumen Literasi Membaca serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap
guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi) Tahun 1.
b) Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 5 Literasi Membaca dan Manual
Instrumen Literasi Membaca serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap
guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi) Tahun 2.
c) Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 2 Numerasi Lisan dan Manual
Instrumen Numerasi Lisan serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru
yang mengajar kelas LINUS (Numerasi) Tahun 1.
d) Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 5 Numerasi Lisan dan Manual
Instrumen Numerasi Lisan serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru
yang mengajar kelas LINUS (Numerasi) Tahun 2.
e) Mencetak Borang Pelaporan Penguasaan Individu mengikut bilangan murid
LINUS yang tidak memiliki borang ini bagi Tahun 1 dan Tahun 2 (boring
dilampirkan di bahagian belakang manual)
f) Memasukkan data Saringan 2 dan Saringan 5 mulai 1 hingga 12 Ogos 2011.