Rancangan Mengajar - Get Now DOC by iGYwLqtB

VIEWS: 67 PAGES: 4

									                                Rancangan Mengajar

Tema Pelajaran / Topik         Pembandaran

                               DI akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:

                                   1. Menerangkan proses pembandaran

                                   2. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran.

                                   3. Menjelaskan kesan proses proses pembandaran negara Malaysia
Objektif Pembelajaran
                                   4. Menghuraikan cirri-ciri pembandaran negara Malaysia.

                                   5. Memahirkan pelajar melayari laman web.

                                   6. Memuat turun data-data ke dalam MS Word.


                                   1. Memahami proses pembandaran negara Malaysia.

                                   2. Menerangkan proses pembandaran

                                   3. Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembandaran

                                   4. Memperkukuhkan kemahiran menggunakan komputer dalam
Hasil Pembelajaran                    mencari maklumat.

                                   5. Dapat mempertingkatkan minat untuk menggunakan TMK dalam
                                      pengajaran dan pembelajaran.

                                   6. Dapat menimbulkan kesedaran terhadap pencemaran alam sekitar
                                      akibat proses pembandaran


                                   1. Adakah pelajar memahami pengajaran guru?

                                   2. Adakah aktiviti pembelajaran berkesan kepada pelajar?
Penilaian / Refleksi
                                   3. Adakah minat murid bertambah dengan Penggunaan TMK dalam
                                      pengajaran dan pembelajaran?

                                   4. Adakah laluan internet lancar tanpa gangguan?


Peruntukan Masa                70 MInit


Ciri-ciri Kelas:

    a. Tingkatan               Dua Melor

    b. Pengetahuan Sedia Ada   - Pelajar dapat melihat kemajuan melalui bangunan-bangunan sedia ada




Liputan Kurikulum              Liputan Kurikulum Kebangsaan yang meliputi Kandungan, Pedagogi dan
                               Penilaian dan menepati KBSM/KBSR



Disediakan oleh
Puan Rohaya bt. Ahmad
                        1. Menyediakan set slaid berkenaan tajuk pengajaran dan pembelajaran.

                        2. Persediaan alatan LCD Projektor.


                         3. Menyediakan senarai laman web yang berkaitan.
Persediaan Guru
                        www.shc.ca/rp/engenuity/transport
                        http://www.who.int/vaccines.access/vacman/transpor
                         www.lapcopaintball.com./thunbs/korat

                        4. Menyediakan gambar-gambar dan carta yang berkaitan pengajaran dan
                           pembelajaran


                           1. Murid dapat pengalaman dan kemahiran dalam penggunaan
                              pengisian komputer., MS Word, MS Powerpoint dan Internet.

Penerapan TMK              2. Murid dapat menguasai teknik dan cara memuat turun data dan
                              gambar ke dalam MS Word.

                           3. Murid dapat menggunakan komunikasi eletronik melalui internet.


                           1. Menyediakan dokumen-dokumen MS Word untuk digunakan dalam
                              sesi pengajaran dan pembelajaran.

                           2. Menyediakan satu set slaid yang berkaitan dengan pengajaran dan
                              pembelajaran.
Persediaan TMK
                           3. Menyediakan visual untuk pengintegrasian

                           4. Menyediakan senarai laman web yang berkaitan

                           5. Memastikan komputer dan bahan bantu mengajar dalam keadaan
                              baik.


                           1. Sebagai set induksi, guru memaparkan gambar yang berkaitan
                              sebuah bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan
                              tinggi ( bandaraya Kuala Lumpur)

                           2. Guru meminta pelajar mengenali bandaraya tersebut dan meminta
                              pelajar menjelaskan bagaimana bandaraya tersebut membangun.

                           3. Guru memaparkan gambar yang menunjukkan proses
                              pembangunan bandaraya tersebut.

                           4. Guru memaparkan slaid yang menunjukkan faktor-faktor yang
                              mempengaruhi proses pembandaran.
Aktiviti Pelajaran
                           5. Guru menerangkan kesan proses pembandaran terhadap alam
                              sekitar.

                           6. Guru menunjukkan bagaimana cara membuat copy dan paste data-
                              data dari internet ke dalam fail MS Word.

                           7. Murid memuat turun data-data ke dalam fail MS Word.

                           8. Rumusan pelajaran

                           9. Latihan Ulangkaji


Disediakan oleh
Puan Rohaya bt. Ahmad
Aktiviti Guru                                          Aktiviti Pelajar


    1. Sebagai set induksi, guru memaparkan                1. Pelajar di minta mengenali bandaraya tersebut
       gambar yang berkaitan sebuah bandaraya                 dan menamakan bandaya-bandaraya tersebut..
       yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan                 (2 Minit )
       tinggi ( bandaraya Kuala Lumpur) ( 2minit )
                                                           2. Murid melayari internet mengikut arahan guru.
    2. Guru meminta pelajar mengenali bandaraya               ( 10 Minit ) www.jas.gov.my
       tersebut dan meminta pelajar menjelaskan
       bagaimana bandaraya tersebut membangun.             3. Murid memuat turun data-data yang diperlukan.
       ( 2 minit )                                            ( 10 Minit )

    3. Guru memaparkan gambar yang                         4. Murid menjawab soalan interaktif di dalam slaid
       menunjukkan proses pembandaran                         persembahan. ( 10 Minit )
       bandaraya tersebut. ( 2 Minit )
                                                           5. Murid memahami arahan yang diberikan oleh
    4. Guru Memaparkan fungsi Bandar serta peta               guru. ( 2 Minit )
       menunjukkan kawasan-kawasan Bandar.
       (3 minit)                                           6. Murid menjawab soalan subjektif dan
                                                              menghantar jawapan kepada guru ( 14 Minit)
    5. Guru memaparkan slaid yang menunjukkan
       faktor-faktor yang mempengaruhi proses
       pembandaran. ( 5 Minit )

    6. Guru menerangkan kesan proses
       pembandaran terhadap alam sekitar. (5Minit)

    7. Guru menunjukkan bagaimana cara membuat
       copy dan paste data-data dari internet ke
       dalam fail MS Word. ( 3 Minit )

    8. Guru membuat rumusan pembelajaran
       (5 Minit)


                                          1. Projektor LCD

                                          2. Komputer
Keperluan Khusus
                                          3. Talian Internet

                                          4. Bahan- bahan rangsangan – peta, carta, gambar dan buku teks.

                                      www.shc.ca/rp/engenuity/transport
Laman Web                             http://www.who.int/vaccines.access/vacman/transpor
                                      www.lapcopaintball.com./thunbs/korat


                                          1. Murid membaca nota yang terdapat di dalam MS Word dan
                                             Internet.
Literasi
                                          2. Murid menterjemah data-data dari internet ke bahasa Melayu.

                                          3. Murid mengaplikasikan maklumat dari internet.


                                          1. Murid dapat mengetahui statistik perkembangan jaringan
                                             pengangkutan darat.
Numerasi
                                          2. Murid dapat mengetahui statistik pengangkutan darat di negara
                                             Malaysia

Disediakan oleh
Puan Rohaya bt. Ahmad
                           Bahan Rujukan TMK
                           1. Slaid persembahan dan Internet
Bahan Rujukan TMK dan
                           Bahan Rujukan Bukan TMK
Bukan TMK
                           1. Buku Teks Geografi Tingkatan Dua
                           2. Peta Malaysia
                           3. Carta dan Gambar


                           1. Mencintai alam sekitar

                           2. Bersyukur kerana negara Malaysia aman dan makmur serta
                              mempunyai sistem pengangkutan yang baik

Penerapan Nilai Murni      3. Menghayati kempen berkongsi kereta untuk menjimatkan
                              penggunaan petrol.

                           4. Menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi kemajuan
                              pengangkutan.



                           1. Murid diminta menilai kebaikan dan keburukan penggunaan
                              kenderaan bermotor.

                           2. Murid dapat mengaplikasi ilmu dan teknologi dalam kehidupan
Kemahiran Berfikir
                              seharian.

                        Murid dapat menyemai semangat inkuiri dalam kehidupan mereka.




Disediakan oleh
Puan Rohaya bt. Ahmad

								
To top