PKS 15/4
SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH
MINIT MESYUARAT KALI KE 4
Panitia Mata Pelajaran : Kimia
Tarikh : 5 November 2008
Masa : 1.30 petang
Tempat : Makmal Kimia
Pengerusi : En T.J. Pereira
Kehadiran(Bilangan) : 4/4
Nama Yang Hadir :
1. En T.J Pereira
2. En Paramasivam
3. Pn Mutulachimi
4. Pn Zauyah
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru
kerana dapat menghadiri mesyuarat panitia kali keempat 2008.
1.2 Berdasarkan peringatan daripada Puan Pengetua, pengerusi memaklumkan
beberapa perkara yang perlu diber perhatian oleh semua guru.
1.2.1 Kepimpinan pendidikan melibatkan semua guru dengan tujuan untuk
meningkatkan prestasi akademik pelajar. Proses pengajaran di sekolah
adalah melibatkan guru mengajar dan murid belajar. Pengetua dan
pihak pentadbir perlu menjalankan proses penilaian dan pemantauan
berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu
sikap dan minat guru serta persekitaran sekolah perlu dibangunkan
untuk hidupkan P&P.
1.2.2 Mesyuarat mesti diadakan 4 kali setahun untuk memantapkan
pengajaran dan pembelajaran. Minit mesyuarat panitia mesti dihantar
kepada setiausaha kurikulum untuk dibukukan. Pengetua akan hadir
dalam mesyuarat panitia yang penting terutama bagi subjek yang
kritikal.
1.2.3 SMART SCHOOL
RPS adalah antara 60 buah sekolah yang telah dipilih untuk membuat
penarafan kendiri SSQS ( Smart school Qualification standard ). 30
orang guru telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah
disediakan. Sekolah bestari banyak melibatkan penggunaan ICT dan
Puan Pengetua akan memberikan satu slot – Penggunaan ICT dalam
P&P pada tahun 2009. Sekolah menjurus kepada Smart School akan
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa
01 20 Disember 2006 0 0 03 Januari 2007
PKS 15/4
SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH
cuba kearah penggunaan Kurang Kertas.
1.2.4 Kompetensi dalam Domain Instructional dan Pencapaian ( lihat
lampiran ) perlu digunakan sebagai garis panduan untuk memantapkan
panitia.
A Orientasi Pencapaian
B Pembangunan Instruktional
C Perkongsian Ilmu
D Berfokuskan Kurikulum
E Penyeliaan
Tindakan : Makluman
2. Perkara Berbangkit
2.1 Weekly Workshop akan dijadikan program sepanjang tahun
pada tahun 2009
2.2 Pada tahun 2009 – kelas relief digantikan dengan modul relief
yang disediakan oleh guru dan perlu disemak dan di bincangkan bersama
pelajar oleh guru mata pelajaran yang bertanggungjawab.
2.3 Sijil Peka untuk PMR dan SPM telah selesai dibuat dan akan diberikan
kepada pelajar semasa keputusan peperiksaan diumumkan.
Tindakan : Semua Guru
2.4 Kajian semula dan pelaporan semua program panitia
2.4.1 Pada tahun 2009, semua program akan dipantau sepenuhnya
menggunakan E-text and Familiarising Construct – hanya fokus
kepada benda utama dan bangunkan maklumat tersebut supaya boleh
ditukarkan kepada konstruk peperiksaan.
2.4.2 Mastery Design
- Fokuskan kepada tajuk
- Mencipta sesuatu yang kreatif untuk memudahkan pelajar mengingat
2.4.3 Weekly Workshop
- Akan dijadikan program wajib panitia dan perlu juga melibatkan
guru yang bukan kelaspeperiksaan untukmeningkatkan
keberkesanan
Tindakan : Semua Guru
2.5 Perancangan tahun 2009 – termasuk anggaran perbelanjaan
2.5.1 Agihan guru mengajar melibatkan 5 kategori :-
a) mengajar tingkatan 5 dan 6
b) mengajar tingkatan 1,2,3 atau 1,2 (carry system)
c) mengajar tingkatan 3 dan 4
d) mengajar tingkatan 4 dan 5 (carry system)
e) mengajar tingkatan 3,4 dan 5
Berdasarkan opsyen dan pengalaman
Jawatankuasa Jadual Waktu akan dipertanggungjawabkan untuk
membuat jadual waktu peribadi, kelas, relief dan blok.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa
01 20 Disember 2006 0 0 03 Januari 2007
PKS 15/4
SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH
Pada tahun 2009, semua prosedur ISO mesti diamalkan sepenuhnya
Tindakan : Guru yang terlibat
2.5.2 Agihan Tugas Kurikulum
- Jawatankuasa baru Head Count (TOV) dibentuk dan Pn Fong sebagai
setiausaha. Jawatankuasa yang lain akan dimaklumkan dalam
mesyuarat guru pertama 2009.
Tindakan : Makluman
4.3.3 Anggaran Perbelanjaan Panitia
- Semua perbelanjaan panitia pada tahun 2009 akan mengikut
anggaran perbelanjaan yang dirancang. Pengisian nota minta pada
tahun 2009 akan merujuk kepada anggaran perbelanjaan yang
telahdibuat.
Tindakan : Ketua Panitia
2.6 Perancangan program peningkatan akademik 2009
( Rujuk pelan Taktikal Panitia 2009 )
- Matlamat yang perlu dicapai ialah meningkatkan ketrampilan guru,
ketrampilan murid dan pencaapaian Peperiksaan Awam ( public exam
performance ).
- Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dioptimumkan dan setiap guru
perlu membuat rumusan untuk setiap tajuk dan mengaitkan dengan
konstruk peperiksaan.
- Pencerapan pengajaran dan pembelajaran mesti menekankan kepada E-text,
mastery design dan konstruk peperiksaan.
- Dalam usaha untuk memantapkan ketrampilan murid, pemantapan
kemahiran generik, latihan pembudayaan jati diri, mind mapping,
pemantapan budaya berfikir, pembelajaran sepanjang hayat perlu
dititikberatkan dalam program-program yang akan dilaksanakan. Guru
perlu membentuk program yang bergerak selaras dengan teras PIPP.
Tindakan : Semua Guru
2.7 Semakan tugas sebelum bercuti
2.7.1 Semakan Fail Panitia - Guru perlu menyemak fail panitia dan
mengemaskini bahan bagi tahun 2007, 2008, 2009.
2.7.2 Fail Panitia akan dimuatkan dalam laman web yang telah
dikemaskinikan.
2.7.3 Semua kunci bilik khas perlu dipulangkan ke pejabat untuk dilabelkan
Tindakan : Ketua Panitia
3. Hal-hal lain
3.1 Rancangan pelajaran perlu diserahkan pada minggu pertama bulan Januari.
Tingkatan 4 - Pn Mutulachimi
Tingkatan 5 – Pn Zauyah
Tingkatan 6 - En Paramasivam
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa
01 20 Disember 2006 0 0 03 Januari 2007
PKS 15/4
SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH
3.2 Guru perlu membuat laporan pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir
tahun 2008 iaitu kelemahan yang dikenalpasti dan tindakan yang sewajarnya
diambil.
3.3 Guru-guru diingatkan bahawa sukatan pelajaran mesti diselasaikan. Laman
Web yang dikemaskinikan boleh memudahkan pembelajaran. Laman web
juga akan dijadikan saluran feedback dari pelajar tentang matapelajaran.
3.4 Modul masa cuti ( Modul Cemerlang )dan modul relief (Modul Gemilang ).
Modul Cemerlang perlu difotostat dan diberikan kepada pelajar tingkatan 1, 2 dan
4 (2008) sebelum cuti. Manakala Modul Gemilang perlu diserahkan pada
mesyuarat guru kali pertama 2009. Semua modul perlu dimuatkan didalam laman
web sekolah.
Tindakan : Semua Guru
4. Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.
Disediakan oleh,
………………….
(En T.J. Pereira)
Ketua Panitia Kimia
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa
01 20 Disember 2006 0 0 03 Januari 2007