Docstoc

fab

Document Sample
fab Powered By Docstoc
					FAKULTI ALAM BINA                                                                                 update 01.03.10


MISI

Menerajui pendidikan profesional dalam Alam Bina.

OBJEKTIF

Untuk mencapai misi ini, Fakulti telah menggubal objektif-objektif berikut:

1. Mewujudkan sistem pendidikan di bidang ikhtisas dan separa ikhtisas yang cekap untuk melahirkan para
   graduan yang terlatih dan mampu menghasilkan daya pemikiran kreatif yang berkesan, di samping menyedari
   kehendak-kehendak Agama, Warisan Kebudayaan dan Alam Bina.

2. Menggunakan kepakaran yang ada untuk merintis, menganjur, melaksana dan mengambil bahagian dalam
   kegiatan-kegiatan penyelidikan, penerbitan, perundingan dan projek khidmat masyarakat dengan organisasi
   luar.

3. Memberi perkhidmatan kepada masyarakat.


KURSUS YANG DITAWARKAN

Fakulti ini menawarkan empat program secara separuh masa iaitu :-

1. Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah - (SBW)
2. Sarjana Muda Sains Pembinaan - (SBC)
3. Sarjana Muda Senibina - (SBS)
4. Sarjana Muda Senibina Lanskap - (SBL)
5. Sarjana Muda Ukur Bahan - (SBQ)


SYARAT KEMASUKAN

Memenuhi Syarat Am Universiti dan Keperluan Khas Program.


Syarat Am Universiti

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
   Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai;

Dan

2. Mempunyai Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh Kerajaan Malaysia dan
   diluluskan oleh Senat Universiti

dan

3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET).


Keperluan Khas Program

1. Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah

1. Memiliki Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurangkurangnya
   2.70 atau;
Memiliki salah satu dari kelulusan berikut :-

     •     Diploma Senibina dari UTM/Setaraf.
     •     Diploma Penilaian dari UTM/Setaraf
     •     Diploma Ukur Tanah dari UTM/Setaraf
     •     Diploma Kejuruteraan Awam dari UTM/Setaraf
     •     Lain-lain Diploma yang diiktiraf setaraf

dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.70 atau;

2. Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun
   pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon.

3. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf atau mendapat sekurangkurangnya
   Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik atau mata pelajaran berkaitan di peringkat
   Diploma.

4. Pelajar semester akhir di peringkat Diploma juga boleh dipertimbangkan.

5. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester
   pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat
   pengesahan tamat pengajian.

6. Calon bukan buta warna yang menyukarkan kerja amali;


Catatan:

Tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.



2. Sarjana Muda Sains Pembinaan

1. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik (SPM) atau kepujian Matematik (SPM) kertas Julai;

2. Memiliki Diploma Ukur Bahan dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.70 atau ;

3. Memiliki salah satu dari kelulusan berikut :-

     •     Diploma Kejuruteraan Awam dari UTM/Setaraf.
     •     Diploma Bangunan dari UiTM/Setaraf
     •     Lain-lain diploma yang diiktiraf setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.70 atau;

Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman
bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon.

2. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf atau mendapat sekurangkurangnya
   Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik atau mata pelajaran berkaitan di peringkat
   Diploma.

4. Pelajar semester akhir di peringkat Diploma juga boleh memohon.

5. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester
   pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat
   pengesahan tamat pengajian.


Catatan:

Tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.
3. Sarjana Muda Senibina

1. Memiliki Diploma Senibina dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.70 atau; Memiliki
   salah satu daripada kelulusan berikut :-

        •   Diploma Teknologi Senibina UTM/setaraf
        •   Diploma Seni Dalaman UiTM/setaraf
        •   Diploma Seni Grafik UiTM/setaraf
        •   Diploma Seni Halus UiTM/setaraf
        •   Diploma Seni Bina Landskap UiTM/setaraf
        •   Sarjana Muda Sains Senibina (LAM Bhg I) dari Luar Negara/setaraf dengan mendapat PNGK sekurang-
            kurangnya 2.70.


2. Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun
   pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon.

3. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf atau mendapat sekurangkurangnya
   Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik atau mata pelajaran berkaitan di peringkat
   Diploma.

4. Pelajar semester akhir di peringkat Diploma dalam bidang berkaitan juga boleh dipertimbangkan.

5. Lulus temuduga dan penilaian portfolio/hasil kerja semasa yang dikendalikan oleh UTM.

6. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester
   pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat
   pengesahan tamat pengajian.

7. Calon bukan buta warna yang menyukarkan kerja amali;


Catatan:

Tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.


4. Sarjana Muda Senibina Lanskap

1. Memiliki salah satu daripada kelulusan berikut:

        •   Diploma Senibina UTM/setaraf
        •   Diploma Perancangan Bandar & Wilayah UTM/setaraf
        •   Diploma Senirupabumi UiTM
        •   Diploma Pertanian UPM
        •   Diploma Perhutanan UPM
        •   Lain-lain Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf. dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya
            2.70

atau;

Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman
bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon.

2. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf atau mendapat sekurangkurangnya
   Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik atau mata pelajaran berkaitan di peringkat
   Diploma.

3. Pelajar semester akhir di peringkat Diploma juga boleh dipertimbangkan.

4. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester
   pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat
   pengesahan tamat pengajian.
5. Calon bukan buta warna yang menyukarkan kerja amali;


Catatan:

Tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.



5. Sarjana Muda Ukur Bahan

1. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik (SPM) atau kepujian Matematik (SPM) kertas Julai;

2. Memiliki Diploma Ukur Bahan dari UTM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70;

Atau

2. Bagi calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.70 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun
   pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan layak memohon.

3. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM/setaraf dalam mata pelajaran Matematik atau
   mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Diploma dalam salah satu mata pelajaran Matematik
   atau mata pelajaran berkaitan.

4. Pelajar semester akhir pada peringkat Diploma juga boleh memohon. Calon dikehendaki menghantar
   keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga semester akhir) ke
   UTM.

5. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian.


Catatan:

Tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:7
posted:12/9/2011
language:Indonesian
pages:4