PENGAJARAN TEKNOLOGI
DAN PENTAKSIRAN 1
KPD 3016
ZARIAH BT IDRIS
(D 20102043492)
EL‐D10
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
UJIAN 1
SOALAN 1 : KEMAHIRAN MENYOAL
Kemahiran menyoal boleh menjadi satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif
di bilik darjah untuk mengalakkan interaksi antara guru dan murid serta murid dan murid.
Penyoalan berupaya mewujudkan iklim interaksi yang lebih merangsangkan di kalangan
murid serta meransangkan murid untuk terus berminat dalam pelajaran mereka. Selain daripada
itu, penyoalan berupaya mendapatkan maklumat dengan cara mencungkil pengetahuan murid,
menolong mengulangkaji pelajaran yang lepas dan mengukuhkan pelajaran yang sedang
disampaikan.
Penyoalan juga dapat meransang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat
maklum balas yang logik dan tepat.
Teknik Menyoal
Pembelajaran boleh diransang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru
menilai maklum balas secara berterusan. Oleh itu, adalah perlu guru merancang terlebih dahulu
bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-
soalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat muird juga boleh digunakan.
Soalan yang dikemukan hendaklah:
Jelas dan mengandungi satu idea.
Ringkas supaya mudah diingati oleh murid
2
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Menepati masa, diminati, mencabar dan berkaitan dengan pengajaran.
Menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid.
Mengandungi lebih daripada jawapan ‘ya’.
Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan
murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap mungkin. Penyoalan boleh
digunakan pada peringkat permulaan, perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.
Peringkat Permulaan Pelajaran
Pada peringkat ini soala digunakan untuk :
Mencungkil pengetahuan yag sedia ada pada murid.
Mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru.
Menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yag akan dipersembahkan.
Contohnya :
Siapa nama ayah Nabi Muhamad S.A.W ?
Dahului penyoalan dengan isyarat. Tujukan kepada semua murid, jawab secara sukarela
tidak memilih murid untuk menjawab soalan ini. Ini akan menggalakkan murid respon
secara aktif. Soalan tahap rendah menggalakkan respon murid untuk menjawab.
Contohnya :
Ali cuba kamu fikir betulkah jisim tidak mempengaruhi pecutan?
Beri masa berfikir yang sesuai- wait time
Masa berfikir yang sesuai bergantung kepada tahap soalan yang ditujukan. Murid
Perlu diberi peluang berbincang dalam kumpulan untuk mencari jawapan yang sesuai.
3
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Peringkat Perkembangan Pelajaran
Pada peringkat ini soalan digunakan untuk:
Menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan.
Memastikan penyertaan murid yang aktif.
Mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.
Contoh :
* Bagaimana kalau cikgu jatuhkan sehelai kertas berbanding sebuah buku dengan luas
permukaan yang sama, yang manakah akan sampai ke lantai terlebih dahulu ?
Beri respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid, tanpa mengadili
jawapan murid betul atau salah. Jika jawapan salah, kenal pasti bahagian yang betul
agar murid tidak takut untuk menjawab dan mengekalkan minat murid untuk
menjawab soalan guru dengan lebih aktif.
*‘Siapa yang dapat menjawab soalan cikgu, sila angkat tangan’.
Guru tidak memilih murid yang ingin menjawab tetapi melihat siapa yang terlebih
dahulu mengangkat tangan dan tidak menyebut nama kerana untuk berlaku adil
kepada siapa yang cepat bertindak.
Peringkat Penutup
Soalan pada peringkat ini digunakan untuk :
Membuat rumusan pelajaran
Menguji kefahaman murid secara menyeluruh.
4
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Contoh :
Apakah kesimpulan yang kita dapat jelaskan dari cerita Pak Belalang ?
Murid hendaklah mengimbas kembali jalan cerita yang di baca. Nyatakan semula
soalan utama selepas sesi soal jawab untuk menguji kefahaman murid secara
menyeluruh.
Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan seperti yang berikut:
a. Guru mengemukakan soalan kepada murid.
b. Guru memberi masa untuk murid menjawab.
c. Guru boleh tujukkan soalan tersebut kepada murid di kelas.
d. Guru boleh memanggil murid tertentu menjawab.
e. Guru memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan seterusnya ajukan
jawapan murid tersebut kepada murid lain.
Pastikan murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran. Di samping itu soalan elok
dikemukakan mengikut turutan yang logik dan jawapan murid diulangi untuk menunjukkan
pentingnya jawapan tersebut. Murid juga perlu digalakkan untuk memberikan jawapan yang
lebih mendalam dan dapat menjelaskan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’. Beri pertimbangan kepada
soalan-soalan fakta dan soalan-soalan yang memerlukan ‘pemikiran’.
Soalan perbincangan
Jawapan untuk soalan jenis ini memerlukan murid memberikan pandangan tentang
sesuatu isu. Murid mestilah memberikan fakta serta hujah yang menyokong
pendapatnya.
5
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Soalan pernyataan
Jawapan bagi soalan ini tidak perlu terlalu panjang dan memerlukan fakta yang tepat
dan spesifik sahaja.
Soalan perbincangan
Langkah jawapan bagi soalan perbincangan ini memerlukan murid memberikan
pandangan tentang isu. Murid mesti memberikan fakta atau hujah yang menyokong
pendapatnya.
Soalan huraian
Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian. Huraianya mestilah tepat dan
ringkas.
Contoh :
Apakah yang akan berlaku sekiranya remaja bertindak memilih cara hidup sendiri
tanpa kawalan ibu bapa.
Soalan perbandingan
Perbandingan ialah menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau
lebih. Jawapan bagi soalan jenis ini sebaik-baiknya dijawab dalam bentuk petak,
mesti terdapat perbezaan antara kedua-dua bahagian. Jika menjawab dalam satu ayat
mesti mempunyai ayat sendi kata, contohnya manakala, adapun, sedangkan dan
seumpamanya.
6
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Contohnya :
Jelaskan tiga perbezaan antara sistem sosial Islam dengan sistem barat.
Soalan penerangan
Jawapan bagi soalan ini mestilah dalam fakta yang spesifik dan tidak memerlukan
huraian yang panjang.
Contoh :
Jelaskan kepentingan ibadat dalam pembentukan akhlak yang mulia.
Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan soalan mencapah.
Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.
Soalan Menumpu
Jenis soalan ini berdasarkan kepada kepada susunan beberapa soalan bersiri. Soalan jenis ini
bertujuan unutk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan.
Contohnya :
Nyatakan 4 peringkat perkembangan kupu-kupu?
Namakan 3 jenis tumbuhan yang dibiakkan daripada keratan batang?
Perihalkan 4 peringkat perkembangan rama-rama.
Terangkan bagaimana ikan dapat bernafas dalam air.
7
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Soalan Mencapah
Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran kritis, analitis dan rasional murid sebelum
memberikan jawapan. Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada
hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas.
Contoh :
1. Mengapakah agaknya ramai orang tidak mengendahkan tentang masalah
pencemaran?
2. Ceritakan apa akan berlaku jika planet bumi berputar menghampiri matahari.
3. Pada pendapat anda, berikan alasan kesan sampingan tentang teknologi kepada
manusia.
Soalan-soalan susulan termasuk soalan yang mencungkil mengubahsuai soalan yang
terlampau susah untuk dijawab oleh murid, soalan yang meneroka meminta murid untuk
memberi penerangan lanjut untuk jawapan yang kurang jelas dan soalan alih dan bincangkan.
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyoal termasuk :
Soalan sesuai dengan umur dan kebolehan murid.
Kemukan soalan sebelum menyebut nama.
Masa diberi untuk murid berfikirkan jawapan.
Taburkan soalan keseluruh kelas.
Susun soalan supaya pemikiran logis dapat diwujudkan.
8
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Kemahiran menyoal jua merangkumi aras-aras kognitif penyoalan yang berbeza iaitu
lebih dikenali sebagai Taksonomo Bloom. Semasa mengemukakan soalan, guru harus menyoal
mengikut aras kognitif dari aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analis, sintesis sehingga aras
penilaian.
Contoh :
Aras 1 - Item yang mempunyai aras kesukaran rendah.
Aras 2 - Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana.
Aras 3 - Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi.
KESIMPULAN :
Kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara satu
perkara penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Dalam bilik darjah, setiap murid akan
mengemukakan soalan kepada guru bertujuan untuk memahami setiap konsep yang disampaikan
oleh guru semasa dalam kelas. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan menerangkan isi-isi
penting agar pelajar dapat memahami serta membolehkan murid meningkatkan pemikiran
mereka ke tahap yang lebih tinggi. Melalui teknik penyoalan ini, pelbagai ilmu dapat dikuasai
oleh setiap pelajar samada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun
IPT. Guru juga perlulah mengemukan soalan kepada pelajar agar dapat berfikir mengenai topik
yang dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan berkesan. Oleh itu,
kemahiran menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam bidang pendidikan.
SOALAN 2 :
Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan
bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyiasatan tentang
perhubungan antara pembolehubah. Kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan.
Kaedah ini dipolopori oleh John Dewey (1916). Pada permulaan abad ke 20 Dewey menonjolkan
kelemahan-kelemahan yang memusatkan guru. Pendidikan yang tulen adalah lebih daripada
9
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
pemberian maklumat sahaja. Strategi ini berperanan di domain aras kognitif tinggi seperti
membuat analisis, sintesis dan penilaian. Dengan menggunakan kaedah ini dapat membina
kemahiran berfikir aras tinggi, disamping itu juga dapat melahirkan kemahiran insaniah yang
membentuk sahsiah, komunikasi terkawal dan belajar sepanjang hayat.
SOALAN 2(A) :
Kenalpasti satu hasil pembelajaran bagi setiap domain hasil pembelajaran yang boleh
dicapai melalui aktiviti tersebut.
JAWAPAN :
Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan
bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu untuk memperolehi satu
hasil pembelajaran bagi setiap domain yang dicapai melalui aktiviti tersebut dibawah :
Eksperimen mengukur suhu air selepas 20 minit ke atas dua botol air paras isipadu yang sama
pada suhu 90'C. Dua botol itu ditutup dengan bahan yang berbeza.
Jenis bahan yang digunakan menutup botol air panas Suhu air selepas 20 minit
1. Kapas 82'C
2. Kertas 65'C
Mengenal pemboleh ubah :
(I) dimanipulasi : Jenis bahan yang di gunakan untuk menutup botol air panas
(II) bergerak balas : Suhu air selepas 20 minit
10
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Secara tidak langsung, apabila murid cuba mengenalpasti pembolehubah yang
dimanipulasi, murid juga dapat mengenalpasti pembolehubah bergerakbalas.
SOALAN 2(B) :
Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda berpendapat hasil
pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran melalui kaedah ini.
JAWAPAN :
Hasil pembelajaran yang telah dicapai melalui kaedah ini sebagaimana dibawah,
Eksperimen mengukur suhu air selepas 20 minit ke atas dua botol air paras isipadu yang sama
pada suhu 90'C. Dua botol itu ditutup dengan bahan yang berbeza.
Jenis bahan yang digunakan menutup botol air panas Suhu air selepas 20 minit
1. Kapas 82'C
2. Kertas 65'C
1) Murid menemui sendiri konsep isi pembelajaran dapat mengawal pembolehubah, kaedah
ini amat realistik kerana pelajar memerhati menyiasat dengan sungguh lalu mendapat
jawapan tanpa bantuan guru, guru hanya memberi soalan dan gambaran pelajar
menjelajah mengaitkan unsur-unsur yang diberi untuk mendapat jawapan sendiri.
11
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
2) Murid lebih memahami isi pembelajaran melalui pengalaman sendiri. Kaedah ini membantu
murid-murid mempelajari bagaimana mengikuti petua-petua serta membuat rumusan-rumusan.
Dengan cara ini murid dilengkapi kemahiran menguruskan situasi yang bermasalah.
3) Dapat mengawal pembolehubah dalam eksperimen lain. Minat murid-murid dalam bidang
yang disiasat itu akan bertambah. Murid juga memperolehi sikap kendiri, kefahaman yang
mendalam tentang pemboleh ubah yang lain. Ia menggalakkan pemikiran intuitif. Juga
menyediakan peluang untuk murid-murid membuat andaian daripada data-data dengan
pemikiran logis sama ada induktif atau deduktif.
SOALAN 2(C) :
Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan pembelajaran (struktur /
menstruktur semula idea) mengikut modul pengajaran 4 fasa dengan memberikan contoh
spesifik merujuk kepada tajuk yang terpilih dengan peruntukan masa lebih kurang 30
minit.
JAWAPAN :
Tema : Alam kehidupan
Pembelajaran: Untuk mengenal pasti bahan yang dapat mengekalkan suhu.
Kelas : 4
Masa : (30 minit)
Guru menceritakan pengalaman semasa
berkelah, iaitu jika keluarga kita pergi berkelah
Set induksi : kita akan membawa makanan dan minuman
(bercerita) yang sesuai dengan suasana, iaitu air sejuk,
bagaimana kita hendak mengekalkan kesejukan
ais tin untuk diminum ditempat perkelahan,
12
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Adakah kita perlu membawa peti ais atau
sebaliknya.
Guru menyoal murid :
1. Apakah keadaan yang kita lakukan untuk
Langkah 1 : minuman yang paling sesuai sewaktu berkelah?
(bersoal jawab)
Murid menjawab : Tentulah minuman sejuk.
2. Macammana cara untuk menyejukkkan
1. Guru menyediakan satu polisterin ais dan
memasukkan tin ke dalamnya.
Langkah 2 2. Murid membuat kesimpulan bahawa
polisterin dapat membantu mengekalkan suhu
dalam masa yang agak lama.
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
2. Membincangkan hasil kajian mengawal
pembolehubah bagi mengekalkan suhu yang
Langkah 3 tinggi pada masa yang agak lama.
3. Murid dapat membuat kesimpulan bahawa
bahan kapas dapat mengekalkan suhu paras pada
masa yang agak lama.
Lembaran kerja :
Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan yang
dijalankan oleh Zainal. Dia menggunakan bahan
berlainan untuk membalut dua botol yang berisi
air panas dengan isipadu yang sama dengan suhu
90'C
Thermometer
-----
-----
------
----
P Kertas -------
-------
-------
Kapas --------
13
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
Jadual 1 menunjukkan suhu air dalam setiap
botol selepas dua puluh minit.
Botol Suhu air selepas 20 minit
P 82
Q 65
(a) Apakah tujuan bagi penyiasatan ini?
-------------------------------------------
(b)Berdasarkan keputusan di atas,bahan
manakah adalah penebat haba yang paling baik.
--------------------------------------------------------
(c) Berikan satu sebab jawapan anda di 1(b)
---------------------------------------------------
(d) Berdasar penyiasatan ini, nyatakan yang
berikut.
-------------------------------------------------------
I .Apakah yang dimalarkan?
--------------------------------------------------
ii. Apakah yang diukur ?
---------------------------------------------------
1. Murid membuat kesimpulan bahawa
i) Menggunakan polissterin dapat mengekalkan
Penutup suhu rendah
ii) Menggunakan kapas dapat mengekalkan suhu
tinggi.
Kesimpulan daripada pembelajaran dan pengajaran di atas, guru telah aplikasikan inkuiri
induktif, pelajar teransang dan hasil pembelajaran cukup memuaskan, semua murid dapat
merumuskan hasil dapatan dalam eksperimen tersebut. Dengan kaedah ini ingatan pelajar lebih
kekal berbanding belajar memusatkan guru, kaedah ini banyak melibatkan murid, penglibatan
14
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
yang aktif meransang otak dan perasaan ingin tahu yang kuat, menghasilkan jawapan yang tepat
dan berfakta.
SOALAN 2 (D) :
Apakah ciri utama dan aktiviti anda janakan itu yang menunjukkan pengajaran dan
pembelajaran itu mengaplikasikan pendekatan induktif terbimbing.
JAWAPAN :
Pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan pendekatan inkuiri induktif
terbimbing, ciri-cirinya ialah, Pembelajaran berpusatkan murid, murid-murid diberikan satu
situasi atau bahan yang bermasalah untuk diselesai dengan bimbingan guru. Strategi ini menarik
dan meransang murid-murid kerana mereka perlu menggunakan kreativiti, pemikiran, penakulan
serta penilaian.
Ciri seterusnya murid meneroka sendiri pembelajaran mereka, guru hanya mencipta soalan
dan menyatakan bahan, murid membuat penilaian dan penerokaan sendiri terhadap eksperimen
untuk menemukan jawapan serta rumusan.
Selain itu murid-murid mudah memahami satu-satu pelajaran dan ingatannya kekal lama
berbanding pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Murid langsung tidak
mengambil bahagian, kognitif pelajar tidak bercambah seterusnya akan sentiasa mengharapkan
pertolongan guru, keadaan ini mewujudkan murid makan disuap, malas berusaha sentiasa
mengharapkan apa yang ada tanpa mencari dengan kreatif dan kristis.
15
ZARIAH BT IDRIS (D 20102043492) – 660611-03-5792 ( KPD 3016 )
SOALAN 2(E) :
Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri terbimbing yang
tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara pembolehubah.
JAWAPAN :
Aktiviti fasal 2 menggunakan kaedah inkuiri terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan
perhubungan antara pembolehubah. Rancangan mengajar langkah tiga yang mana menunjukkan
aktiviti yang tidak memerlukan penyiasatan, dimana lembaran kerja diberi kepada pelajar,
pelajar menjawab soalan demi soalan yang ada perkaitan diantara soalan satu hingga akhir.
Tanpa memerlukan penyiasatan pelajar mendapat jawapan yang betul.
Pelajar membuat rumusan, menumpukan kepada aktiviti mengumpul dan mentafsir data
untuk menemui, hukum, teori melalui fasa ini.
16