FORUM KPD 3026

Document Sample
FORUM KPD 3026 Powered By Docstoc
					                          KPD 3026 :

          PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2



                           TAJUK :
                  JAWAPAN / RESPON FORUM



                         KUMPULAN :
                          EL – D06



                      DISEDIAKAN OLEH :

        NAMA                NO. ID              NO. TELEFON

    ZARIAH BT IDRIS     D20102043492            012-9858646



NAMA TUTOR E-LEARNING       : DR. NORILA BT MD SALLEH

TARIKH SERAHAN              : 8 DISEMBER 2011     

 
Self post(s)



 |< << >> >|                                                                                                                     Page 1/5
 Author                                   Message
 Topic : Maksud Masalah Kajian Tindakan dan Evidennya
 D043492                                  General Forum : Forum 5 Posted On : 16 Nov 2011 06:34:54 PM Subject : Re : Re : Maksud
 Zariah Bt Idris                          Masalah Kajian Tindakan dan Evidennya
                                          Berdasarkan masalah yang telah dinyatakan oleh cikgu tadi,masalah-masalah tersebut dapat
 Replies :6                               dikenalpasti melalui pemantauan dan juga pemerhatian guru semasa menjalankan proses pengajaran
 Views : 52                               dan pembelajaran. Kajian tindakan harus dilakukan setelah punca masalah telah dapat dikenalpasti.
                                          Sebagai contohnya semasa pengajaran matematik dalam tajuk pembahagian,hanya segelintir murid
                                          sahaja yang menyiapkan kerjarumah yang diberikan oleh guru.Masalah ini timbul mungkin ia
                                          berpunca murid tidak memahami konsep bahagi.Disini guru harus menyelesaikan masalah dengan
                                          mencari kaedah bagaimana untuk murid dapat memahami konsep bahagi terlebih dahulu. Sekiranya
                                          guru membuat kajian tindakan ,sudah tentu tidak akan ada murid yang tidak membuat kerja
                                          rumah.Sikap Kesimpulannya Kajian tindakan adalah satu langkah yang harus ada pada guru untuk
                                          menilai dan mengesan keberkesanan amalannya sendiri.Kajian tindakan menyarankan supaya guru
                                          mengubah amalan pengajarannya semata-mata untuk membuat penambahbaiakan bagi mencapai
                                          pengajaran yang berkesan.
 Topic : Apakah Maksud Masalah Dalam Sesuatu Amalan Tindakan dan Bagaimana Cara Mengenalpastinya.
 D043492                                  General Forum : Forum 5 Posted On : 16 Nov 2011 06:13:47 PM Subject : Re : Re : Apakah
 Zariah Bt Idris                          Maksud Masalah Dalam Sesuatu Amalan Tindakan dan Bagaimana Cara Mengenalpastinya.
                                          ASSALAMUALAIKUM... Masalah dalam kajian tindakan merupakan sesuatu perkara yang
 Replies :7                               memerlukan cara atau jalan penyelesaian.Sesuatu masalah itu berpunca dari : -sesuatu yang tidak
 Views : 26                               memuaskan -sesuatu yang belum diselesaikan. -sesuatu yang ada kesukaran -sesuatu yang perlu
                                          diubah -sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Masalah yang dihadapi oleh guru
                                          ,biasanya berpunca dari isu seperti; a) personaliti guru. -Guru yang berperwatakan lembut,mungkin
                                          memberi masalah dari sudut kawalan kelas. b) Ketidakkesesuaian kaedah pengajaran. -Kaedah
                                          pengajaran yang digunakan tidak sesuai dengan isi pelajaran menyebabkan murid berasa bosan dan
                                          mungkin boleh menyebabkan ada yang tidur. c) Ketidakkesesuaian bahan yang digunakan. d) Aras
                                          kesukaran isi kandungan e) Murid itu sendiri. Apabila permasalahan itu dikenalpasti maka guru
                                          haruslah membuat penyelidikan untuk mengatasi nya.
 Topic : Apakah Maksud Masalah Dalam Sesuatu Amalan Tindakan dan Bagaimana Cara Mengenalpastinya.
 D043492                                  General Forum : Forum 5 Posted On : 16 Nov 2011 05:40:38 PM Subject : Re : Apakah Maksud
 Zariah Bt Idris                          Masalah Dalam Sesuatu Amalan Tindakan dan Bagaimana Cara Mengenalpastinya.
                                          Saya setuju dengan pandangan cikgu Norliza tu..,jadi dalam mengenalpasti masalah spesifik ayau
 Replies :7                               persoalan kajian ;ia melibatkan soalan-soalan seperti berikut : # Apa yang hendak kita ketahui ? #
 Views : 26                               Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut ? # Siapakah individu
                                          yang hendak dikaji ? # Mengapakah masalah tersebut terlalu penting ? Jadi di sini kita perlu
                                          mengenalpasti permasalahan tersebut barulah kita menguraikan permasalahan ini dengan untaian
                                          soalan-soalan di atas Contoh 1: Dalam kajian tindakan,saya telah memilih kemahiran membaca
                                          dikalangan murid-murid tahun 5.Saya telah memilih 5 orang murid yang tidak tahu membaca
                                          sebagai evidens saya.Dari permasahan itulah saya membuat penyelidikan dan kajian seterusnya
                                          sehinggalah saya dapat mengenal pasti punca sebenar murid-murid ini tidak tahu membaca. Contah
                                          2: Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran didapati ada segolongan pelajar telah tidur dan ada
                                          yang menunjukkan kurang berminat.Perkara itu merupakan satu masalah,disini guru harus membuat
                                          kajian dan mencari punca kenapa situasi itu berlaku.Adakah disebabkan oleh isu atau faktor guru
                                          yang menggunakan kaedah yang tidak sesuai atau juga disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri.
                                          Dari dua contoh yang diberikan,jelas betapa pentingnya sesuatu masalah itu dikenalpasti sebelum
                                          mencari jalan atau tindakan untuk membuat pembaikan.
 Topic : Masalah dalam kajian tindakan dan bagaimana ia dikenalpasti
 D043492                                  General Forum : Forum 5 Posted On : 15 Nov 2011 10:56:21 PM Subject : Re : Re : Masalah dalam
 Zariah Bt Idris                          kajian tindakan dan bagaimana ia dikenalpasti
                                          Salam untuk semua .... Dari apa yang diperkatakan oleh rakan kita ,saya memang bersetuju bahawa
 Replies :11                              kajian tindakan dapat dilakukan setelah segala permasalahan yang menjadi punca utama telah
 Views : 42                               dikenal pasti terlebih dahulu. Tanpa mengenali permasalahan dan punca utama,maka kajian
                                          tindakan tidak akan dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan. Guru akan berada didalam
                                          keadaan teraba-raba dan kabur terhadap tindakan yang akan diambil bagi menjalankan kajiannya.
                                          Terdapat juga guru yang tidak memahami masalah dan punca masalah,jadi sekiranya ini terjadi
                                          ,maka bagaimanakah guru itu mahu menjalankan kajian serta tindakan ke atas masalah jika ia tidak
                                  dikenal pasti terlebih dahulu. Masalah dapat dikenalpasti dari pelbagai cara seperti yang
                                  dimaklumkan seperti meninjau masalah,pemerhatian,soalselidik,ujian yang dijalankan,temubual
                                  atau melalui dokumen murid. Setelah masalah dikenalpasti ,maka guru harus pula memahami punca
                                  masalah ,sebelum ianya dibuat analisa sebagai satu panduan bagi tindakan selanjutnya. Perkara itu
                                  perlu dibuat tindakan supaya permasalahan itu dapat diatasi dengan penuh jaya dan kesan yang
                                  memuaskan. Itulah prosedur yang harus diikuti ubtuk menjalankan kajian tindakan,iaitu; -mengkaji
                                  masalah -menjalankan tindakan. Walaubagaimanapun tidak semestinya setiap kajian yang
                                  dilakukan bersama tindakan yang diambil akan terus menghasilkan kejayaan yang diharapkan,itulah
                                  salah satu cabaran besar seorang guru,tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha membuat
                                  penambahbaikan demi untuk kecemerlangan pelajarnya.
    Topic : MAKSUD MASALAH DALAM SESUATU KAJIAN TINDAKAN DAN BAGAIMANA IANYA DAPAT DIKENALPASTI
    D043492                       General Forum : Forum 5 Posted On : 15 Nov 2011 06:53:42 PM Subject : MAKSUD MASALAH
    Zariah Bt Idris               DALAM SESUATU KAJIAN TINDAKAN DAN BAGAIMANA IANYA DAPAT DIKENALPASTI
                                  Assalamualaikum... Masalah dalam sesuatu kajian tindakan bermaksud sesuatu yang tidak
    Replies :8                    memuaskan,belum diselesaikan,terdapat kesukaran,sesuatu yang perlu diubah dan sesuatu yang
    Views : 25                    berjalan tidak seperti yang diharapkan yang perlu dicari jalan penyelesaiannya. Permasalahan ini
                                  telah menjadi punca utama kenapa seseorang guru perlu meletakkannya sebagai sesuatu yang serius
                                  dan perlu kepada satu tindakan yang harus diambil bagi mengatasinya.Masalah yang perlu diberi
                                  perhatian dalam bab ini ialah yang bersifat khusus dan bukan bersifat klinikal serta memerlukan
                                  dalam masa yang tidak terlalu lama untuk diselesaikan .Masalah kajian tindakan ini boleh diubah
                                  melalui amalan pengajarannya (dalam kelas) supaya menjadi lebih baik dan berkesan hasil dari
                                  kajian tindakan yang dijalankan. Sesuatu permasalahan yang akan dikaji boleh dikenal pasti melalui
                                  pembuktian(eviden) seperti: a)Dengan melakukan pemerhatian ke atas murid semasa pengajaran
                                  dan pembelajaran atau pemerhatian rakan sejawat semasa guru mengajar. b)Melalui temubual dua
                                  hala bagi mengumpulkan maklumat menggunakan soalan bebas atau soalan yang sedia
                                  ada(terancang) c)Soalselidik responden yang memberikan maklumat melalui soalan bagi
                                  mendapatkan maklumat yang lebih tepat. d)Ujian/latihan sebagai satu kaedah menguji kefahaman
                                  murid. e)Dokumen murid seperti rekod salah laku,rekod kehadiran,keputusan peperiksaan,sukatan
                                  pelajaran dan sebagainya. Sebagai satu contoh ,semasa dalam prngajaran dan pembelajaran
                                  Kemahiran Hidup,guru mungkin akan berdepan dengan masalah di mana pelajarnya gagal
                                  mengenalpasti peralatan yang harus digunakan dalam kerja-kerja pertukangan.Masalah ini telah
                                  menimbulkan gangguan dalam menyempurnakan tugasan itu dengan baik.Jadi disini guru harus
                                  merancang dan mengenalpasti punca masalah bagi mengatasi kelemahan pelajarnya itu.

 

                      Page 2/5
Author                            Message
Topic : PERBEZAAN
D043492                           General Forum : Forum 4 Posted On : 08 Nov 2011 12:28:44 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                   PERBEZAAN
                                  Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Suzani,jadi sebagai kesimpulannya kita
Replies :11                       boleh buat satu rumusan bahawa guru yang telah membuat kajian tindakan
Views : 35                        adalah guru yang telah menjadikan amalan perguruannya sebagai satu
                                  profesion. Kajian tindakan adlah satu langkah berterusan yang dilakukan oleh
                                  guru dalam menilai dan mengesan keberkesanan amalan nya sendiri. Melalui
                                  langkah -langkah mengesan dan menilai itu,segala data dapat dikumpulkan
                                  untuk dijadikan panduan untuk mengubahsuai amalan ,lalu pengubahsuaian
                                  dan penambahbaikan dapat meningkatkan lagi mutu D AN JUGA
                                  KEBERKESANAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANNYA. Kajian
                                  tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar.Perubahan
                                  amalan yang disarankan bukanlah perubahan yang dibuat secara drastik atau
                                  mengubah kepada sesuatu yang asing.Perubahan yang disarankan ialah dari
                                  segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah
                                  dikutip.
Topic : PERBEZAAN
D043492                           General Forum : Forum 4 Posted On : 08 Nov 2011 11:53:24 AM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                   PERBEZAAN
                                  Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,kajian tindakan adalah sangat relevan
Replies :11                       dijalankan bukan sahaja diinstitusi sekolah malah dalam sektor lain juga.Ini
Views : 35                        kerana kajian tindakan akan dapat menyelesaikan masalah serta membuat
                                  penambahbaikan.Hasilnya tentu akan memberangsangkan. Bagi seorang guru
                               pula,kajian tindakan akan dapat mengembangkan kemampuan guru sebagai
                               peneroka pengetahuan yang profesional.Guru sebagai profesional tidaklah
                               semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang
                               lain,tetapi berupaya merintis jalan bagi menangani pelbagai masalah
                               pengajaran dan pembelajaran.Dalam kajian tindakan ,guru sebagai penyelidik
                               ,akan mengkaji amalan kerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan
                               pembelajaran dikalangan murid-murid yang diajarnya.Aamalan kerjanya ,iaitu
                               amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid,latihan-
                               latihan yang disediakan,gaya penyampaian,soalan-soalan yang digunakan dan
                               sebagainya.Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah
                               yang menganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya
                               dan masalah itu perlulah ditanganinya sendiri. Manakala bagi guru yang tidak
                               mengamalkan kajian adalah seorang guru yang ego dan menganggap dirinya
                               yang terbaik.Ia tidak memerlukan sebarang kajian semasa menjalankan
                               pengajarannya.
Topic : KAJIAN TINDAKAN
D043492                        General Forum : Forum 4 Posted On : 08 Nov 2011 11:30:29 AM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                KAJIAN TINDAKAN
                               Salam untuk semua ,saya setuju dengan penjelasan cikgu tadi cuma disini saya
Replies :8                     ingin menekankan betapa pentingnya kajian tindakan ,kerana dapat
Views : 33                     menyelesaikan masalah yang timbul,bahkan pada masa yang sama guru dapat
                               membuat penilaian kendiri adakah amalan yang diamalkan selama ini berkesan
                               dan sesuai untuk pelajarnya. Guru yang menjalankan kajian juga dapat
                               membuat satu perancanagan pengajaran yang lebih terancang dan teratur
                               mengikut tajuk yang di ajar,pelajar akan lebih cepat memahami dan mengikuti
                               pengajaran guru dengan lebih baik.Dengan kata lain objektif pengajaran
                               tercapai.Bagi guru yang tidak menjalankan kajian sudah tentu tidak dapat
                               menghasilkan mutu pembelajaran yang baik kerana guru mengajar tanpa
                               persediaan dan ini sudah tentu tidak dapat menarik perhatian murid.Hasilnya
                               akan mengecewakan dan murid akan rasa bosan dan malas dan tidak
                               bersungguh-sungguh. Dikesempatan ini saya menyeru agar jadilah seorang
                               pendidik yang sentiasa peka dengan arus globalisasi dan sentiasa ada motivasi
                               untuk menjadi guru yang kreatif dan inovasi bagi merealisasikan mutu
                               pendidikan negara kearah yang lebih tinggi dimata dunia.
Topic : Perbezaan antara menjalankan kajian tindakan dengan tidak menjalankan kajian tindakan
D043492                        General Forum : Forum 4 Posted On : 08 Nov 2011 11:07:08 AM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                Perbezaan antara menjalankan kajian tindakan dengan tidak menjalankan
                               kajian tindakan

Replies :7                     Salam untuk semua. Saya bersetuju dengan pandangan cikgu Azran ,cuma di
Views : 29                     sini saya ingin menokok tambah sedikit tentang pandangan cikgu dimana guru
                               yang menjalankan kajian tindakan adalah merupakan seorang guru yang
                               dikatakan profesianal manakala guru yang tidak menjalankan kajian adalah
                               tidak profesional dalam etika keguruan yang sebenarnya. Apabila seorang guru
                               itu menjalankan kajian tindakan ,ia dapat membuat penambahbaikan dan
                               pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.sekiranya ini
                               berlaku secara berterusan sudah tentu satu peningkatan keatas
                               pengajarannya.Tahap pencapaian murid juga akan semakin lebih baik .
                               Manakala bagi guru yang tidak mengamalkan kajian tidak akan dapat mengesan
                               tahap keberkesanan pengajarannya.Ia akan sentiasa menganggap dirinya
                               sentiasa hebat.Ia mengajar mengikut kehendaknya sendiri tanpa memikir
                               masalah murid.Ia mengajar ikut syok sendiri tanpa memikirkan keperluan
                               murid pada masa dan situasi itu. Di sini saya ingin berpesan pada rakan-rakan
                               agar jadilah seorang guru yang sentiasa mementingkan kualiti dan masa depan
                               pelajar.Sesungguhnya masa depan pelajar berada ditangan kita .
Topic : PERBEZAAN ANTARA GURU YANG MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KONTEKS
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
D043492                        General Forum : Forum 4 Posted On : 08 Nov 2011 10:43:37 AM Subject
Zariah Bt Idris                : PERBEZAAN ANTARA GURU YANG MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN
                               DALAM KONTEKS PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Replies :7                     Kajian tindakan adalah kajian yang dijalankan oleh guru untuk mengkaji
Views : 28                     masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru.Ia
                                juga merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
                                pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan. Guru akan menjadi lebih
                                sedar tentang amalan mereka sendiri,menjadi kritis terhadap amalan dan
                                bersedia mengubah amalan mereka. Guru yang mengamalkan kajian tindakan
                                akan: 1)Dapat mengkaji masalah harian dalam pengajarannya sebelum ia
                                memilih satu strategi yang lebih sesuai untuk digunakan kepada muridnya
                                mengikut situasi dan keadaan yang sesuai pada masa itu.Segala tindakan yang
                                betul akan memberi satu kualiti yang terbaik pada setiap keputusannya.
                                2)Dapat menambahkan ilmu untuk memperkembangkan pengajaran kerana
                                ilmu pengetahuan bertambah ketika membuat penyelidikan.Guru berfikiran luas
                                dan peka dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara sistematik kerana
                                sebagai penyelidik guru akan mengumpul dan menganalisa data,mencadangkan
                                dan mengambil tindakan serta melaksanakan amalan. 3)Dapat menyumbang
                                kepada perkembangan kendiri,menambah baik amalan
                                profesional,meningkatkan keberkesanan institusidan memberi sumbangan
                                kepada masyarakat. Manakala guru yang tidak menjalankan kajian tindakan
                                ,mereka tidak dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu
                                pendidikan,mereka juga tidak dapat menjadi guru yang kreatif kerana mereka
                                tidak bersedia untuk mengubah dan mempertingkatkan amalan mereka kearah
                                yang lebih baik.Dengan itu,perkembangan profesionalisme mereka juga akan
                                berkurangan dan tidak dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
 

                   Page 3/5
Author                          Message
Topic : INKUIRI ATAU MASTERI
D043492                         General Forum : Forum 3 Posted On : 28 Oct 2011 09:41:12 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                 Re : INKUIRI ATAU MASTERI
                                Maaf,saya kurang setuju dengan pandangan guru yang mengatakan pendekatan
Replies :9                      masteri lebih sesuai untuk subjek sains,kerana bagi saya sains memerlukan
Views : 33                      pelajar membuat kajian siasatan ,membentuk hipotesis dan juga membuat
                                rumusan,Jadi ia lebih sesuai menggunakan kaedah inkuiri kerana ia
                                memerlukan teknik menyoal untuk menyelesaikan sesuatu persoalan,seperti; a)
                                Bagaimanakah pokok bernafas? b) Mengapa kita perlu bernafas untuk hidup?
                                Pendekatan inkuiri juga memberi peluang dan ruang kepada murid untuk
                                menjalankan penyaisatan sebelum menbuat kesimpulan.Jadi di sini jelas
                                pendekatan inkuiri lebih sesuai untuk subjek sains kerana keserasiannya
                                dengan tabii sains yang bersifat emperikal,tentatif dan memerlukan ulasan
                                kritikal pihak luar. Manakala pendekatan masteri adalah pendekatan yang
                                sesuai digunakan untuk subjek matematik kerana dalam matematik guru
                                terpaksa mengajar ikut kemahiran dan setiap kemahiran dalam matematik
                                sentiasa berkait ,jadi guru harus memastikan muridnya menguasai sesuatu
                                kemahiran sebelum berpindah kekemahiran lain.Bagi murid yang masih belum
                                menguasai ,aktiviti pemulihan harus diberikan. Dalam pembelajaran masteri
                                guru harus mempelbagaikan kaedah ,membuat perancangan secara sistematik
                                bagi memastikan semua murid atau sekurang-kurangnya 80% menguasai
                                kemahiran yang diajar.
Topic : Perbezaan Prinsip Pengajaran Pendekatan Inkuiri atau Masteri
D043492                         General Forum : Forum 3 Posted On : 28 Oct 2011 09:00:40 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                 Perbezaan Prinsip Pengajaran Pendekatan Inkuiri atau Masteri
                                Memang benar apa yang diperkatakan oleh rakan kita di ma na pendekatan
Replies :3                      inkuiri adalah pendekatan kepada teknik penyoalan.Selain dari itu inkuiri juga
Views : 14                      merupakan satu pendekatan dimana murid digalakkan untuk belajar sendiri
                                iaitu murid mencari ,mengumpul dan menyelidik sesuatu ilmu.Ia juga
                                merupakan satu saranan KBSM yang mahukan proses pemgajaran dan
                                pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar.Kaedah ini telah mengatasi cara
                                tradisional dalam mempertingkatkan sikap dan pencapaian pelajar.Oleh itu
                                pendekatan ini perlu dipupuk dengan menggalakkan murid mendapatkan
                                maklumat atau sumber dari sumber -sumber yang terkini seperti dari talian
                                internet dan sebagainya. Tiada satu kaedah yang terbaik untuk pembelajaran
                               masteri kerana pelajar berbeza dari segi kebolehannya dan mereka juga
                               mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.Kaedah yang dicadangkan untuk
                               pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan ABM yang sesuai dan
                               menarik .Guru juga harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah
                               dengan mengambil kira faktor kebolehan dan gaya pembelajaran
                               pelajarnya.Guru juga harus menyayangi murid dan yakin dengan kebolehan
                               muridnya disamping selalu memberi rangsangan.
Topic : Re : Perbezaan pendekatan pembelajaran inkuiri dam masteri
D043492                        General Forum : Forum 3 Posted On : 28 Oct 2011 08:23:03 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                Re : Perbezaan pendekatan pembelajaran inkuiri dam masteri
                               Di sini saya ingin membuat sedikit tambahan tentang perbezaan antara
Replies :5                     pendekatan Masteri dan juga pendekatan inkuiri. Pendekatan masteri adalah
Views : 17                     pendekatan yang lebih berpusatkan kepada guru, dimana guru perlu
                               mempunyai kemahiran dalam mempelbagaikan kaedah p&p bagi memastikan
                               murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dalam masa yang ditetapkan
                               sebelum beralih ke kemahiran yang lebih tinggi.Dalam pendekatan ini guru
                               seharusnya lebih peka dengan permasalahan murid ,di mana setiap murid
                               berbeza dalam gaya pembelajarannya seperti murid visual,lisan atau
                               kinestetik.Jadi di sini guru harus pandai menggunakan kaedah yang sesuai
                               untuk menangani masalah itu. Manakala pendekatan inkuiri pula memerlukan
                               murid meneroka ilmu itu secara kendiri ataupun perbincangan yang mana ia
                               lebih berpusatkan pada murid.Guru cuma bertindak sebagai pembimbing atau
                               fasilitator sahaja.Contoh matapelajaran yang menggunakan pendekatan ini
                               ialah pada subjek sains dimana murid melakukan aktiviti penerokaan
                               ,menganalisa,mensintesis dan seterusnya membuat kesimpulan.
Topic : Re : Perbezaan pendekatan pembelajaran inkuiri dam masteri
D043492                        General Forum : Forum 3 Posted On : 28 Oct 2011 11:47:46 AM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                Re : Perbezaan pendekatan pembelajaran inkuiri dam masteri
                               Assalamualaikum,,, Di sini saya ingin menambah apa yang diperkatakan oleh
Replies :5                     cikgu tentang pendekatan masteri.Antaranya ialah; * pelajar normal boleh
Views : 17                     menguasai apa sahaja yang diajar oleh guru. * proses pengajaran dan
                               pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan
                               yang lebih kecil. * pelajar memerlukan masa untuk menguasai pengetahuan
                               dan kemahiran. * arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kumpulan
                               mestilah jelas. * aktiviti pembelajaran mestilah bermakna, berkesan menarik
                               dan mengembirakan murid. * Bahan pembelajaran harus sesuai dan relevan
                               dengan kebolehan murid. Manakala prinsip-prinsip pendekatan inkuiri ialah;
                               *rancangkan objektif pelajaran yang baik. *terangkan tugasan kepada murid.
                               *Guru perlu memberi bimbingan jika perlu tetapi tidak sampai ke tahap
                               memberikan jawapan secara langsung. *Diakhir ,guru perlu memberi ulasan
                               ,menilai pengalaman yang diperolehi. *murid boleh berkongsi pandangan dan
                               pengalaman yang diperolehi di akhir inkuiri
Topic : PERBEZAAN ANTARA PRINSIP PENDEKATAN INKUIRI ATAU MASTERI
D043492                        General Forum : Forum 3 Posted On : 28 Oct 2011 11:25:01 AM Subject
Zariah Bt Idris                : PERBEZAAN ANTARA PRINSIP PENDEKATAN INKUIRI ATAU MASTERI
                               PENDEKATAN INKUIRI Pendekatan inkuiri adalah proses dimana murid bekerja
Replies :7                     sendiri untuk menemu pengetahuan baru dalam suasana pengajaran dan
Views : 27                     pembelajaran yang menekankan penyoalan.Ia melibatkan penaakulan
                               induktif,dimana murid mengkaji hubungan ,saling kaitan serta pola dan
                               seterusnya membuat kesimpulan. prinsip inkuiri ialah; -Guru mengemukakan
                               persoalan atau masalah.Murid pula terlibat dalam merancang
                               ,menyiasat,mengumpul data dan maklumat dan seterusnya membuat
                               kesimpulan. -Penyoalan guru bergantong kepada faktor kebolehan murid dan
                               tajuk yang hendak diajar. -Berorientasikan kepada pengembangan
                               intelektual.Murid berinteraksi ,bertanya dan berfikir. PEMBELAJARAN MASTERI
                               Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua
                               murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit
                               pembelajaran.sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. prinsip
                               masteri ialah; -Guru merancang kaedah pengajaran secara sistematik untuk
                               memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran. -Berfokus kepada
                               penguasaan murid.Setiap murid harus boleh menguasai jika keadaan yang
                              sesuai dan masa yang mencukupi. -Penilaian berasaskan URK perlu di jalankan.
                              -Tahap masteri mesti melebihi 80% pada setiap tajuk sebelum berpindah ke
                              topik lain. -Aktiviti pengayaan hanya dilaksanakan untuk murid yang mencapai
                              tahap masteri sahaja,manakala murid yang gagal harus diberi aktiviti pemulihan
                              dengan bimbingan guru sehingga mencapai tahap masteri.
 

                  Page 4/5
Author                        Message
Topic : MIKRO PENGAJARAN-PENUTUP
D043492                       General Forum : Forum 2 Posted On : 12 Oct 2011 09:02:05 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris               MIKRO PENGAJARAN-PENUTUP
                              Salam untuk semua rakan PJJ. Di sini saya ingin menjelaskan sedikit berkaitan
Replies :10                   dengan kemahiran penutup.Sebagaimana yang sedia maklum setiap pengajaran
Views : 48                    harus dimulai dengan permulaan dan diakhiri pula dengan penutup. Menutup
                              Pengajaran dengan cara yang baik akan meninggalkan kesan positif kepada
                              murid.Dalam fasa penutup,seorang guru seharusnya menggunakan aspek
                              kognitif dan juga aspek afektif iaitu seorang guru harus mengajak muridnya
                              melihat apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai.Disini guru boleh
                              mengaju soalan sebagai satu penilaian atau pengukuhan.Selain itu guru juga
                              boleh memberi latihan secara lisan untuk dijawab secara spontan oleh
                              murid.Pengukuhan dari guru dalam bentuk rumusan juga harus diberi pada
                              akhir pembelajaran untuk membolehkan guru memperkukuhkan lagi objektif
                              pengajarannya ,disamping guru boleh menyelitkan unsur-unsur motivasi dan
                              nilai pada penutup pembelajaran. Ini akan mengekalkan rangsangan dan
                              ingatan murid tentang apa yang diperkatakan oleh guru tadi dalam proses
                              pengajarannya.Ingatan yang berkekalan akan menjadikan pembelajaran itu
                              berkesan.
Topic : Kemahiran Mikropengajaran
D043492                       General Forum : Forum 2 Posted On : 12 Oct 2011 08:38:29 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris               Kemahiran Mikropengajaran
                              Saya ingin menambah satu lagi kemahiran yang terdapat didalam mikro
Replies :2                    pengajaran iaitu kemahiran Mengilustrasi dengan contoh.Menguasai kemahiran
Views : 29                    ini juga penting buat seorang guru kerana ia dapat membimbing murid dari
                              konsep yang mudah kepada yang lebih rumit.Ia merujuk kepada penggunaan
                              analogi,cerita,objek konkrit,gambar,video,simulasi,rajah dan lain-lain lagi.
                              Seperti penggunaan animilasi yang menunjukkan gambar atom terbelah bagi
                              pengajaran melibatkan tajuk Pembelahan Nukleas sesuatu atom.Dalam
                              kemahiran ini guru harus mengikut prinsip-prinsip seperti; - memberi contoh
                              mudah yang berdasarkan pengetahuan sediaada murid. - Guru juga harus
                              pandai memilih media yang bersesuaian separti penggunaan komputer untuk
                              memberi kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan prinsip yang
                              hendak diajar.Penyediaan contoh-contoh yang mencukupi dan pelbagai juga
                              merupakan perkara-perkara yang boleh menjadikan seorang guru itu
                              dapatmenyamnpaikan pengajaran dengan penuh keyakinan ,ini sudah tentu
                              pengajaran itu berkesan dan mencapai objektifnya.
Topic : Kemahiran Menerang
D043492                       General Forum : Forum 2 Posted On : 12 Oct 2011 08:10:31 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris               Kemahiran Menerang
                              Selain dari kemahiran Menerang yang cikgu Nik Maimun kemukakan itu ,disini
Replies :4                    saya ingin menambah satu lagi kemahiran mikro yang harus dikuasai oleh
Views : 31                    setiap guru untuk menjadikan setiap pengajarannya brkesan. Kemahiran
                              Menyoal adalah salah satu kemahiran mikro yang harus dikuasai oleh setiap
                              guru bagi membantu muridnya mencapai hasil pembelajaran sebagaimana yang
                              dihasratkan. Kemahiran menyoal @ teknik penyoalan yang baik amat diprlukan
                              terutama apabila guru menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri atau juga
                              pembelajaran berasakan masalah. Penyoalan yng baik adalah penyoalan yang
                              dapat merangsang pemikiran murid.Dalam menyoal,seorang guru harus
                              mendahului penyoalan dengan isyarat dan juga soalan harus ditujukan kepada
                               keseluruhan kelas.Soalan tidak ditujukan pada seseorang kerana cara yang
                               sedemikian dapat mengancam dan menimbulkan rasa takut pada sesetengah
                               murid.Dalam mengemukakan soalan ,seorang guru juga harus pandai memilih
                               atau mengemukakan soalan mengikut kebolehan murid ,ini untuk memberi
                               keyakinan pada murid dan menimbulkan rasa keseronokan ,secara tidak
                               langsung mereka dapat melibatkan diri secara aktif.Guru juga seharusnya
                               pandai mengolah setiap jawapan murid yang salah agar mreka tidak rasa
                               terpinggir dan ini memberi peluang pada murid tadi memperbetulkan jawapan
                               dengan memberi sedikit klu atau isyarat untuk membolehkan murid tadi berjaya
                               memberi jawapan yang lebih tepat. Dengan cara tadi akan mewujudkan satu
                               pembelajaran yang aktif dan dapat melibatkan semua murid .Pengajaran guru
                               tadi akan lebih berkesan kerana ada interaksi dari semua murid,tanpa mengira
                               tahap penguasaan mereka.
Topic : Set Induksi sebagai salah satu kemahiran mikropengajaran yang cukup penting
D043492                        General Forum : Forum 2 Posted On : 12 Oct 2011 03:14:23 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                Re : Re : Set Induksi sebagai salah satu kemahiran mikropengajaran yang
                               cukup penting

Replies :8                     Saya setuju dengan pandangan cikgu Marina mengenai penggunaan bahan
Views : 39                     maujud dalam set induksi dapat merangsang minat murid,cuma di sini saya
                               ingin menambah sedikir pandangan dimana selain daripada penggunaan alatan
                               ,guru juga harus pandai memainkan peranan yang dapat menimbulkan motivasi
                               pada murid kerana sebagaimana yang kita maklum bahawa cara menimbulkan
                               motivasi juga adalah sebahagian daripada perkara yang harus dimiliki dalam
                               kemahiran memulakan pengajaran. Untuk menimbulkan motivasi pada murid
                               guru harus pandai mewujudkan satu hubungan yang baik antara guru dengan
                               murid. Guru juga harus menunjukkan sikap yang betul-betul ghairah untuk
                               mengajar seperti penyediaan alatan dan mengemukakan soalan yang boleh
                               menaikkan semangat astau merangsang sifat ingin tahu murid.Penceritaan yang
                               sesuai dan menarik juga boleh menimbulkan motivasi murid.Bila murid sudah
                               berada dalam keadaan yang betul-betul teranngsang ,maka murid akan
                               bersedia menerima apa yang bakal guru perkatakan.Dengan cara ini barulah
                               pengajaran guru akan berkesan .
Topic : KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN
D043492                        General Forum : Forum 2 Posted On : 12 Oct 2011 02:05:59 PM Subject
Zariah Bt Idris                : KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN
                               KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN Kemahiran untuk memulakan sesuatu
Replies :6                     pengajaran amat penting bagi seorang guru kerana permulaan yang baik akan
Views : 25                     dapat manarik minat murid untuk meneruskan pembelajaran selanjutnya.
                               Dalam kemahiran ini ,gaya penyampaian guru yang mempunyai nada suara
                               yang baik,pandai menggunakan isyarat badan dan pergerakan mata @ eye
                               contact merupakan senjata yang paling ampuh dan penting untuk menarik
                               perhatian murid.Penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai dan menarik
                               juga merupakan salah satu elemen yang harus dimiliki oleh guru untuk
                               menjadikan pengajaran dikelas betul-betul mampu menarik perhatian murid
                               agar pembelajaran yang diajar oleh guru tidak membosankan murid. Seorang
                               guru yang telah berjaya memulakan pengajaran yang baik akan dapat
                               membawa kepada perkembangan pengajaran yang selanjutnya.Permulaan yang
                               baik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan.Guru yang tidak
                               berjaya memulakan pengajaran yang menarik akan mengakibatkan murid tidak
                               ada motivasi untuk mendengar dan mengikuti pengajaran guru,ini sudah pasti
                               pengajaran guru tadi bertemu dengan kegagalan dan objektif tidak akan
                               tercapai.
 

                   Page 5/5
Author                         Message
Topic : REFLEKSI PENGAJARAN DAN KEBAIKAN
D043492                        General Forum : Forum 1 Posted On : 02 Oct 2011 04:54:08 PM Subject : Re :
                               REFLEKSI PENGAJARAN DAN KEBAIKAN
Zariah Bt Idris                   Amalan membuat refleksi dalam pengajaran amat berguna untuk
                               dipraktikkan oleh setiap guru kerana ia merupakan proses berfikir secara
                               aktif,berterusan bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Replies :2
Views : 21
                               Refleksi dapat membantu menyelesaikan masalah kerana ia menyediakan
                               situasi yang kondusif untuk pembelajaran berlaku.Ia akan mengalakkan
                               pembinaan pengetahuan baru dan mewujudkan kesedaran kendiri dan
                               metakognisi yang lebih tinggi.Ia juga membantu kita berhadapan dengan
                               cabaran pembelajaran dan pada masa yang sama ia dapat membantu kita
                               mengenal pasti bagaimana ia boleh mempengaruhi tingkah laku pembelajaran.

                               Guru yang ingin menambahbaikan harus berfikiran terbuka dan bersungguh-
                               sungguh juga bertanggungjawab secara intelektual terhadap permasahan yang
                               dihadapi.
Topic : Maksud Refleksi dan Kebaikannya.
D043492                        General Forum : Forum 1 Posted On : 02 Oct 2011 04:37:22 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                Re : Maksud Refleksi dan Kebaikannya.
                                  Assalamualaikum ...
Replies :5
Views : 25
                                  Dikesempatan ini saya ingin memperkatakan tentang makna refleksi dimana
                               ia merupakan suatu proses kognitif yang memerlukan penglibatan aktif individu
                               hasil dari cetusan sesuatu pengalaman dengan melibatkan pengujian
                               tindakbalas,kepercayaan dan dasar pemikiran untuk menghasilkan integrasi
                               antara pemahaman baru dengan pengalaman yang telah dilalui.

                               Bagi guru yang berfikir secara refleksi akan sentiasa mencari kekuatan diri bagi
                               memperbaiki setiap tindakan berdasarkan pengalaman sendiri dan apa-apa
                               yang dipraktikkan.Dengan cara yang sedemikian segala kelemahan akan dapat
                               diperbaiki segera .
Topic : KONSEP DAN KEBAIKAN REFLEKSI
D043492                        General Forum : Forum 1 Posted On : 02 Oct 2011 04:22:52 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                KONSEP DAN KEBAIKAN REFLEKSI
                                   Disini saya ingin memperjelaskan lagi maksud refleksi dimana ia merupakan
Replies :4                     satu proses merenung,menganalisa masalah ,mencari alasan,cadangan dan
Views : 28                     tindakan untuk memperbaiki lagi diri.

                               Penerapan amalan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya
                               mempertingkatkan keberkesanan guru dalam menilai dan memperbaiki proses
                               pengajaran.

                               Guru yang sentiasa mengamalkan refleksi selepas pengajarannya akan dapat
                               segera mencari kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya dan dengan ini
                               guru tersebut akan segera mencari kaedah atau alternatif yang berlainan demi
                               menambahbaikan lagi cara pengajarannya.Dengan cara yang demikian setiap
                               pengajaran guru akan dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Objektif
                               pengajaran guru akan tercapai.
Topic : MAKSUD REFLEKSI DAN KEBAIKANNYA
D043492                        General Forum : Forum 1 Posted On : 01 Oct 2011 05:34:34 PM Subject : Re :
Zariah Bt Idris                MAKSUD REFLEKSI DAN KEBAIKANNYA
                                   Assalamualaikum,di sini saya ingin menambah sedikit lagi kebaikan kepada
Replies :7                     guru yang telah melakukan refleksi iaitu bagi guru yang telah melakukan
Views : 37                     refleksi ia akan menjadikan guru itun seorang yang ktitis dan kreatif kerana
                               guru tersebut akan sentiasa berfikir dan mencari idea atau kaedah yang
                               berlainan bagi setiap pengajaran agar murid sentiasa mampu memahami dan
                               sekaligus dapat menarik minat kepada pengajaran yang diajarkan.

                                  Selain itu guru yang berfikir secara refleksi juga akan sentiasa mencari
                               kekuatan diri bagi memperbaiki setiap tindakan berdasarkan pengalaman
                           sendiri dan apa -apa yang diperhatikan.Minda guru itu juga akan mampu
                           mengaitkan idea yang lalu dan membuat andainan terhadap pengalaman.

                             Jadi disini jelas menunjukkan guru yang sentiasa nmelakukan refleksi akan
                           dapat menjadikan pengajarannya lebih berkesan.
Topic : MAKSUD REFLEKSI PENGAJARAN DAN KEBAIKAN
D043492                    General Forum : Forum 1 Posted On : 01 Oct 2011 04:02:21 PM Subject
Zariah Bt Idris            : MAKSUD REFLEKSI PENGAJARAN DAN KEBAIKAN
                               Maksud refleksi pengajaran adalah proses berfikir secara mendalam dan
Replies :9                  bersungguh -sungguh,menganalisis dan juga menilai kekuatan dan kelemahan
Views : 31                 diri bagi merancang tindakan secara rasional.Ia juga boleh dikatakan sebagai
                           satu proses muhasabah diri sendiri dengan tujuan menambahbaik
                           amalan.Refleksi berlaku secara sendirian atau kolaboratif.

                               Guru yang melakukan refleksi akan mampu berfikir akan kelemahan
                           dirinya.Sebagai contoh guru yang sering bertanya atau mengemukakan soalan
                           tapi pelajar masih juga tidak mampu menjawab sebagaimana yang
                           diharapkan.Guru yang membuat refleksi akan berfikir dan membuat beberapa
                           andaian iaitu,mungkin ;

                              -bentuk soalan,nada suara atau perkataan yang diajukan pada murid itu tidak
                           sesuai dengan tahap kefahaman pelajar,jadi guru tersebut perlu bersikap
                           fleksibel untuk segera mengubah soalan dengan menggunakan ayat yang lebih
                           mudah difahami .Dengan cara itu permasalahan dapat diatasi dan pembelajaran
                           berlaku dengan lebih berkesan



 

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2630
posted:12/7/2011
language:
pages:10