PENDAHULUAN
Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu yang berpendidikan lebih
berjaya di tempat kerja dan kurang memerlukan bantuan. Keluarga yang
berpendidikan juga akan membantu memperkukuhkan modal insan setiap individu
yang ada di dalamnya.
Di sekolah, para guru membangunkan dan menerapkan silibus yang
menekankan nilai-nilai seperti patuh kepada peraturan, berkongsi dan bekerjasama
dalam konteks yang luas. Kesedaran untuk berkongsi pengalaman dan memahami
peranan masing-masing boleh meningkatkan kepercayaan masyarakat umum
terhadap keharmonian negara pada masa depan.
Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya
sebagai guru. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja kerusi, mengurus murid-
murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik
darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dan sebagainya.
Dalam menjadikan sesebuah kelas lebih menarik serta memberikan
rangsangan minda pelajar, guru seharusnya menyediakan bahan pengajaran yang
mampu memberikan permasalahan yang boleh menyebabkan murid-murid berfikir
serta merangsang daya kreativitinya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Dengan cara ini, murid-murid bukan sahaja menerima pembelajaran secara pasif,
tetapi juga dapat terlibat aktif secara rangsangan berfikir dalam mengikuti kelas yang
dilakukan oleh guru.
Pengetahuan sedia ada murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman mereka
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Aspek kemasyarakatan tidak
boleh dipandang remeh oleh guru. Dalam norma ketamadunan manusia, setiap
individu pasti akan menghadapi, mendepani, berinteraksi dan bergaul dengan
masyarakat yang berbilang bangsa di sekeliling mereka.
1
Modal insan kelas pertama tidak hanya hebat dengan kepakaran dan
kemahiran, tetapi harus mengamalkan budi bahasa dan pekerti mulia. Untuk itu,
Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras pembinaan modal insan
berbudaya unggul. Pembentukan nilai bagi hidup seseorang bermula sejak kecil
iaitu ketika perkembangan mental dan fizikal sedang pesat berlaku (Siegler &
Alibali,2005).
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata
dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-
mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-
murid.
Oleh itu, guru sangat berperanan di dalam menyelitkan unsur dan pendidikan
yang bercorakkan masyarakat. Guru bukan semata-mata mengajarkan sesuatu
mata pelajaran tetapi juga mendidik pelajar khususnya dalam menyesuaikan diri di
dalam masyarakat. Namun, perlu diingat bahawa, elemen kemasyarakatan mestilah
berbudaya atau bercorakkan masyarakat setempat agar penerapan yang dilakukan
oleh guru dapat diterima oleh pelajar dan ibu bapa mereka serta masyarakat di
sekitarnya.
2
KOMPONEN A: TUGASAN 1
Cara-cara yang boleh diaplikasikan oleh Ustaz Abdul Halim untuk
Meningkatkan Motivasi Murid-Muridnya.
RAJAH 1
3
KOMPONEN A: TUGASAN 2
Kaedah-kaedah yang perlu dilaksanakan oleh Ustaz Abdul Halim untuk
mengatasi Masalah Disiplin dalam Pengurusan Bilik Darjah.
RAJAH 2
4
KOMPONEN B: ESEI
Menurut Weber (1999), pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang
dilaksanakan guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang
membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Pengurusan bilik darjah ialah
proses mengatur dan melaksana segala urusan bilik darjah bagi memastikan
pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan sempurna (Moore, 2001).
Merujuk rajah 1, pelbagai cara yang boleh diaplikasikan oleh Ustaz Abdul
Halim untuk meningkatkan motivasi murid-muridnya seterusnya dapat mengatasi
masalah-masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di dalam bilik darjah. Antaranya ialah membina hubungan positif guru-murid. Ini
amat penting kerana suasana bilik darjah akan menjadi selesa dan kondusif untuk
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan turut mempengaruhi pencapaian
dan perkembangan murid-murid.
Mengikut kebiasaan, murid-murid menghabiskan lebih kurang 5 hingga 7 jam
setiap hari persekolahan bersama dengan guru-guru mereka. Guru yang prihatin,
mudah didampingi, mengambil berat kebajikan murid-murid pasti berjaya
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan menyeronokkan. 1
Mengikut Esah Sulaiman (2004), bilik darjah atau kelas ialah tempat sesuatu
pengajaran dilaksanakan. Ada juga yang berpendapat kelas ini boleh diadakan di
mana-mana sahaja mahupun di tempat terbuka seperti mengadakan perbincangan
di bawah pokok atau di kawasan rekreasi. Walau di mana sahaja pengajaran
diadakan sama ada di taman, di bilik kuliah atau bengkel, tempat-tempat ini juga
sesuai dijadikan bilik darjah atau kelas.
Selain itu, bilik darjah juga merupakan satu sistem ekologi. Bilik darjah boleh
dianggap sebagai satu persekitaran khas (habitat) di mana kedua-dua guru dan
murid (penduduk) saling berinteraksi bagi menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran (terus hidup). Oleh itu, sifat dan proses saling bergantung iaitu
persekitaran bilik darjah dengan guru dan murid dan sebaliknya sentiasa berlaku
(Choong Lean Keow, 2008).
1
Choong Lean Keow, PhD hlmn. 55 di dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku.
5
Tidak dinafikan, susun atur bilik darjah memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi hubungan sosial di kalangan murid-murid. Persekitaran fizikal
merupakan rangka kerja bagi pembelajaran dan oleh sebab ia dapat membantu
memajukan atau menghalang pembelajaran, ia mestilah berada di bawah kawalan
guru. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1986); 44 : persekitaran fizikal bilik darjah
yang baik dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru.
Secara umum, terdapat pelbagai jenis susun atur bilik darjah seperti gaya
auditorium, seminar, bersemuka, kluster dan sebagainya. Pada pandangan saya,
Ustaz Abdul Halim harus kreatif mencipta suasana persekitaran fizikal yang sesuai.
Beliau perlu menyusun atur meja dan kerusi murid-murid dengan gaya bersemuka,
iaitu murid-murid duduk mengadap satu sama lain. Saiz meja dan kerusi juga sesuai
dengan ketinggian murid-murid agar menjamin keselesaan murid-murid. Kedudukan
sesebuah kumpulan diatur dengan memberikan jarak ruang yang selesa dan
kondusif. Murid-murid disusun dalam kumpulan-kumpulan tertentu berdasarkan
kebolehan masing-masing supaya objektif dan matlamat pengajaran mudah dicapai.
Dalam bilik darjah yang bercampur murid lelaki dan perempuan, penyusunan
seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin kerana murid yang sama jantina
biasanya suka berinteraksi bersama dan keadaan ini menggalakkan tingkah laku
nakal. Murid-murid juga digalakkan untuk berinteraksi dengan mereka yang
berlainan jantina, namun mereka perlu diberi kesedaran batasan perhubungan
dalam interaksi yang berlainan jantina. Aktiviti interaksi antara berlainan jantina ini
perlulah sesuai mengikut tugasan yang diberikan.
Beliau juga haruslah mengambil kira dan memastikan tempat duduk yang
sesuai bagi murid yang kurang baik penglihatannya atau pendengarannya dan juga
bagi murid-murid yang lemah serta memastikan penyusunan meja dan kerusi tidak
menjejaskan pembelajaran murid-murid tersebut.
Selain itu, beliau mesti menyedari bahawa sesebuah bilik darjah bukan hanya
terdiri daripada meja dan kerusi sahaja. Malah, beliau harus memberi perhatian
kepada aksesori-aksesori yang memberi ‘sentuhan peribadi’ di dalam bilik darjah
untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Contohnya seperti
pokok-pokok dalam pasu di setiap penjuru bilik darjah, gambar-gambar
pemandangan yang berbingkai, papan kenyataan di hadapan kelas yang dihiasi
6
dengan poster-poster mengenai pendidikan, hal ehwal umum, hasil karya murid,
kata-kata hikmah dan motivasi serta sudut bacaan.
Di samping tidak mengabaikan hiasan dalaman kelas yang lain seperti
memasang langsir yang berwarna ceria untuk mengekalkan ‘mood’ murid-murid,
memasang alas meja atau skirting dengan warna dan corak yang menarik untuk
memberikan motivasi kepada murid-murid. 2
Beliau hendaklah mengadakan persekitaran psiko-sosial yang baik. Beliau
perlu lebih prihatin terhadap kebajikan murid-murid dalam kelas yang beliau ajar. Ia
merangkumi aspek-aspek seperti membentuk rapo dengan murid, memupuk harga
diri murid, menjaga kepentingan mereka, meraikan kejayaan mereka dan
sebagainya. Dalam erti kata lain, ia meliputi iklim emosi keseluruhan yang wujud
dalam bilik darjah.
Ahli-ahli teoris berpendapat, persekitaran yang kondusif boleh diibaratkan
sebagai ‘guru kedua’ dalam bilik darjah. Apabila hasil karya murid-murid dipamerkan
dalam ruang lantai bilik darjah dimaksimumkan untuk membolehkan perjalanan
pelbagai aktiviti sama ada dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar, mereka akan
terdorong untuk memberi perhatian kepada apa yang berlaku dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti
yang dikendalikan. Kesannya, akan berlakunya peningkatan pembelajaran dan
pengurangan tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid (Choong Lean
Keow, 2008).
Menurut Ahmad Subki Miskon (2010), peraturan dan prosedur bilik darjah
hendaklah jelas dan spesifik, selaras dengan umur murid-murid serta berkuatkuasa
sepanjang waktu persekolahan. Ini amat penting bagi memastikan pelaksanaan licin
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia merupakan jangkaan tersurat guru
mengenai tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah. Beliau haruslah melibatkan
penyertaan murid dalam pembentukan peraturan bilik darjah supaya memupuk
perasaan kepunyaan murid terhadap peraturan-peraturan kelas serta meningkatkan
sifat bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.
2
Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin hlmn. 47 di dalam bukunya Psikologi
Pendidikan 1 Pertumbuhan dan Perkembangan.
7
Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar
belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juga murid yang mempunyai sifat
pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu,
guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-
muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan
kelas (Mok Soon Sang, 2008).
Di samping itu, beliau mestilah mengubahsuai kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) untuk meningkatkan motivasi murid-muridnya. Kemudahan
papan putih dan skrin layar mampu mengkondusifkan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) seiring dengan arus pemodenan. Skrin layar digunakan
sebagai tempat paparan slide yang dipancarkan dari projektor (LCD). Perisian-
perisian komputer yang canggih digunakan berupaya mencipta bahan bantu
mengajar (BBM) yang menarik dan meningkatkan motivasi murid-murid. Aktiviti
berpusatkan murid turut dilaksanakan.
Kesannya, lahir suatu interaksi positif sesama murid dan berlakunya proses
perkembangan sosial. Menurut Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin
Maskon (2010), perkembangan sosial ialah setiap individu berinteraksi dengan
persekitaran mengikut nilai dan norma masyarakatnya. Memandangkan setiap murid
di dalam sesebuah kelas mempunyai latar belakang biologi dan budaya yang
berbeza, aktiviti yang dirancang bukan sahaja tidak menyentuh isu sensitif setiap
kaum malah mestilah mampu memupuk sikap kekitaan.
Tambahan pula, beliau haruslah memberi pengiktirafan kepada pencapaian
murid-muridnya. Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan suasana bilik darjah
yang menggalakkan semua murid untuk mengambil bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P); menghargai latar belakang dan pengalaman
mereka, dan mengambil kira unsur kepelbagaian dalam kalangan mereka.
Merujuk pada rajah 2, kaedah-kaedah yang perlu dilaksanakan oleh Ustaz
Abdul Halim untuk mengatasi masalah disiplin dalam pengurusan rutin bilik darjah
ialah membina satu pelan pengurusan disiplin yang mantap. Beliau hendaklah
mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dan mengurangkan tingkah laku yang disruptif. Setiap murid
8
diberikan tanggungjawab yang sama rata bagi mengelakkan sesetengah daripada
mereka berasa tersingkir.
Pada masa yang sama, beliau haruslah membina jaringan sokongan dengan
pihak pentadbir dan ibu bapa. Dalam pembentukan Pelan Model Disiplin Asertif,
setiap tindakan yang diambil perlu minta kebenaran pihak pentadbir dan
memaklumkan kepada ibu bapa (Canter dan Canter, 1992).
Tidak dinafikan bahawa kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
P&P. Beliau mestilah memiliki gaya kepimpinan demokratik iaitu berkongsi
tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan
desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan menyeronokkan. Di samping tidak bersifat manipulatif dan hendaklah
mementingkan keperluan murid yang berkenaan; bukannya matlamat dan agenda
beliau sendiri.
Mengikut Ma’rof Redzuan (2002), tingkah laku murid-murid boleh dibentuk
walaupun ada sesetengah tingkah laku memerlukan pengukuhan secara
berperingkat, manakala ada pula yang berjaya dibentuk melalui hanya sekali
pengukuhan sahaja.
Oleh itu, beliau hendaklah memberi ganjaran kepada murid terhadap tingkah
laku yang dingini agar meningkatkan berlakunya tingkah laku tersebut. Menurut ahli
behavioris, pengukuhan amat berkesan untuk mengajar tingkah laku baru yang
wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar. Pengukuhan
menekankan kepentingan pengukuh sama ada positif atau negatif yang digunakan
untuk meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tingkah laku positif. 3
Di samping itu, beliau perlu bijak menangani tingkah laku murid yang tidak
wajar melalui cara tidak mengendahkan salah laku berkenaan dengan harapan
penghapusan akan berlaku. Ini adalah selari dengan proses dalam teori pelaziman
operan Skinner; di mana tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya
tidak diperkukuh.
3
Choong Lean Keow, PhD hlmn. 74 di dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku.
9
Beliau hendaklah berusaha memupuk autonomi dalam diri murid iaitu murid
mestilah bertanggungjawab atas tindakan dan pilihan mereka. Seperti mana
Dreikurs mencadangkan supaya guru menggunakan akibat logikal berpegang
kepada prinsip bahawa murid harus diberikan pilihan untuk membetulkan tingkah
laku mengikut arahan. Kesannya, murid-murid akan mempelajari untuk menjadi lebih
bertanggungjawab. 4
Mengikut Glaser (1965) di dalam Terapi Realiti Glasser yang berlandaskan
kepada tiga prinsip di mana salah satu daripada prinsip tersebut ialah setiap individu
bertanggungjawab atas tingkah laku masing-masing. Tingkah laku tidak boleh
dianggap sebagai hasil masyarakat, warisan atau masa lampau seseorang.
Dalam usaha untuk mengatasi masalah disiplin dalam pengurusan rutin bilik
darjah, beliau hendaklah menghukum murid tersebut atas salah laku yang timbul.
Tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap atau pun
langsung tidak akan berlaku. Ia adalah bertepatan dengan andaian asas tentang
konsekuan tingkah laku seperti mana yang diutarakan oleh Skinner berkaitan satu
konsep yang dikenali sebagai pengukuhan kontingensi; iaitu hubungan antara
tingkah laku dan konsekuen yang membawa kepada kawalan tingkah laku secara
berkesan.
Tambahan pula, beliau perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan
yang boleh dijadikan rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan
buruk. Penalti akan diberikan kepada mereka yang terus melakukan salah laku. 5
Menurut Mok Soon Sang (2008), salah satu aspek guru yang efektif ialah
kebolehan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui kemahiran
motivasi, komunikasi, teknologi, strategi pengajaran dan penentuan matlamat serta
perancangan pengajaran.
Oleh itu, beliau hendaklah proaktif dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling
menghormati antara murid-murid. Ini akan memberi kesan baik terhadap prestasi
4
Ee Ah Meng hlmn. 63 di dalam bukunya Pendidikan di Malaysia 1
5
Model Disiplin Asertif Canter yang dipelopori oleh Lee and Marlene Canter (1976).
10
keseluruhan. Murid-murid akan dapat memberi perhatian dan fokus kepada proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berlangsung.
Seperti yang kita ketahui, murid-murid dirangsangkan untuk memenuhi empat
keinginan seperti keinginan untuk dipunyai, kuasa, kebebasan dan bersuka ria. 6
Antara usaha lain untuk mengatasi masalah disiplin dalam pengurusan rutin bilik
darjah ialah beliau mestilah mencipta suasana bilik darjah yang bersifat demokratik
di mana murid-murid rasa dipunyai. Menurut Dreikurs di dalam Model Akibat Logikal
Dreikurs, 7 masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong oleh motif-motif murid
seperti inginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam dan
memaparkan kekurangan.
Secara tuntasnya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak
sahaja bergantung kepada bagaimana cara untuk mengorganisasikan kemudahan
yang terdapat di dalam bilik darjah dan kawalan emosi murid-murid tetapi juga
bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar, serta kecekapan dan
kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.
6
Choong Lean Keow, PhD hlmn. 99 di dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku.
7
Model ini juga dikenali sebagai Model Disiplin Sosial.
11
PENUTUP
Seperti yang kita sedia maklum, negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang-
bilang kaum. Kesannya, sekolah menjadi salah satu tempat tumpuan untuk murid-
murid yang berbilang kaum bertemu dan bersosial sesama mereka. Oleh itu, kita
sebagai seorang guru perlu bijak memainkan peranan dan cakna akan senario
pendidikan pada masa kini.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana yang
kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 8 Yang dimaksudkan dengan
suasana yang kondusif ialah rutin bilik darjah berjalan dengan lancar (bilik darjah
bersih dan ceria, susun atur perabot tersusun dan kemas), disiplin kelas terkawal,
penggunaan bahan atau sumber pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal.
Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor,
2007).
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata
dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-
mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-
murid. Untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan disukai oleh murid, guru
mestilah bijak memainkan peranan sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan
mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal,
sosial, emosi, dan teknikal demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum.
Kesimpulannya, amat penting untuk guru mengemaskini ilmu dan kemahiran
dalam pelbagai bidang melalui pengajian akademik serta perkembangan profesional
berkaitan dengan perkembangan penyelidikan yang terkini dan amalan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang berkesan.
8
Shahbuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2007) hlmn. 122
di dalam bukunya Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan.
12
REFLEKSI BERKAITAN PELAKSANAAN KKBI ILMU PENDIDIKAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya,
saya telah berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi
matapelajaran Ilmu Pendidikan. Bagi tugasan pada semester ini, saya telah
ditugaskan membuat tugasan mengenai “Cara-cara yang boleh diaplikasikan untuk
Meningkatkan Motivasi Murid-murid” dan “Kaedah-kaedah yang perlu dilaksanakan
untuk Mengatasi Masalah Disiplin dalam Pengurusan Rutin Bilik Darjah”. Bagi saya,
tugasan pada kali ini amat menarik.
Dalam usaha menyiapkan tugasan ini banyak kekangan yang hadir.
Antaranya adalah halangan dan kekangan dari diri sendiri yang ada kalanya terlalu
melayan perasaan malas. Justeru, proses memulakan tugasan bermula lebih lewat
dari rakan-rakan yang lain. Namun, Alhamdulillah berkat nasihat dan teguran dari
keluarga dan orang di sekeliling telah banyak mendorong saya untuk menyiapkan
tugasan ini. Tambahan pula, saya beranggapan bahawa setiap tugasan perlulah
disiapkan dengan segera supaya kekangan masa tidak dijadikan sebagai alasan
bahawa tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.
Tugasan KKBI pada semester ini agak mencabar dan membuatkan saya
hampir berputus asa semasa menyempurnakan tugasan ini. Bayangkan, dengan
jadual kelas yang amat padat pagi, petang, siang dan malam, saya dan rakan-rakan
diminta untuk menyiapkan tugasan KKBI dalam tempoh yang ditetapkan sedangkan
dalam masa yang sama, banyak lagi tugasan lain yang menuntut komitmen saya
dan kekangan masa yang agak singkat memberikan tekanan yang tidak kurang
hebatnya kepada saya.
Kesibukan yang melampau, keletihan saban hari tatkala mengunjungi sekolah
demi mencari sesuap ilmu sebagai bekalan pada hari muka menjadi antara punca
kesihatan saya agak terjejas. Bukan sedikit tekanan emosi, perasaan dan 1001 rasa
yang lain terpaksa saya telan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Terkadang,
hampir rasa berputus asa menjengah saya dalam saya terkial-kial menyesuaikan diri
dengan situasi ini.
Namun, ketika saya berada di dalam ‘kemurungan’ menyiapkan tugasan,
pendengaran saya disapa oleh bait-bait lirik lagu IPGM…
13
Institut Pendidikan Guru,
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Lirik lagu ini menyedarkan saya agar terus bersemangat menghadapi semua
rintangan ketika menyiapkan tugasan ini. Di samping Allah s.w.t menggerakkan hati
dan memberikan saya kudrat untuk menyiapkannya... Jika tidak, mungkin tugasan
ini belum sampai kepada pensyarah pembimbing saya.
Dengan siapnya tugasan ini, maka banyak input yang saya perolehi
daripadanya. Pertamanya, saya dapat belajar cara untuk mengumpulkan maklumat
dari pelbagai sumber yang berbeza. Contohnya, sumber dari buku-buku, jurnal,
ensiklopedia serta bahan-bahan dari internet. Mempunyai bahan dari pelbagai
sumber dilihat dapat memudahkan tugasan.
Namun, kadangkala turut memeningkan kepala kerana saya perlu membaca
semua bahan dan memilih sumber yang terbaik dari sumber-sumber tersebut.
Malah, kadangkala timbulnya perbezaan dan percanggahan mengenai idea yang
diutarakan dalam bahan-bahan rujukan tersebut. Walau bagaimanapun,
Alhamdulillah, semuanya dapat ditangani.
Saya mengakui sepanjang menyiapkan tugasan ini banyak perkara yang saya
sendiri berasa keliru dan musykil. Justeru, pandangan dan penerangan daripada
mereka yang berada di sekeliling saya sedikit sebanyak dapat membantu.
Tugasan yang diberikan ini juga mengajar saya supaya lebih bijak
menguruskan masa. Hal ini kerana seperti yang dimaklumi bukan tugasan ini sahaja
yang perlu disiapkan tetapi ada juga tugasan-tugasan lain yang turut menanti. Oleh
itu, saya perlu bijak menguruskan masa antara menyiapkan tugasan ini dan juga
tugasan-tugasan lain. Saya tidak boleh hanya memfokuskan sepenuh perhatian
14
pada tugasan ini sehingga mengabaikan tugasan yang lain seperti kata pepatah “If
we fail to plan, we plan to fail”.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa interaksi dengan pensyarah juga
penting dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Selaku pelajar, tidak dapat dinafikan
bahawa pensyarah merupakan individu penting dalam kehidupan kami. Sebarang
masalah yang timbul berkaitan pelajaran perlu dirujuk dengan pensyarah
pembimbing inikan pula jika melibatkan tugasan. Bimbingan dan tunjuk ajar dari
pensyarah dapat membantu dalam menyiapkan tugasan dengan lebih kemas dan
sempurna. Tambahan pula, sebarang kemusykilan berkaitan dengan tugasan juga
dapat ditangani dengan mudah.
Pada masa yang sama, tugasan ini juga dapat menambah pengetahuan
sedia ada saya dengan info-info baru yang tidak pernah dipelajari sebelum ini
terutamanya perkara-perkara yang berkaitan pedagogi pendidikan. Saya menyedari
hakikat sebagai seorang guru, saya bakal menghadapi pelbagai cabaran dan
halangan dalam menangani bermacam-macam karenah dan ragam anak-anak
murid kelak.
Pada pandangan saya, pendedahan tentang ilmu dan kemahiran tentang
pedagogi ini sangat penting kepada guru-guru supaya ilmu dan kemahiran ini dapat
diaplikasikan oleh semua guru-guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berlangsung dan juga dapat dimanfaatkan oleh guru-guru untuk mengatasi masalah
di kalangan murid-murid bermasalah terutama ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Melalui tugasan ini juga dapat membuka minda saya tentang sejauh mana
keberkesanan penggunaan pelbagai strategi dan pendekatan, faktor persekitaran
fizikal, psiko-sosial, kepentingan membina hubungan positig antara guru dengan
murid dan seb
Tidak dinafikan, ianya dapat membantu murid-murid untuk mengurangkan
tekanan yang mereka hadapi sama ada tekanan dari luaran atau pun dalaman. Di
samping dapat mewujudkan suasana bilik darjah baru yang lebih kondusif serta
mampu menggalakkan murid untuk lebih bermotivasi dan berkeyakinan tinggi dalam
menyelesaikan masalah-masalah berkaitan subjek yang mereka pelajari.
15
Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan impak dalam proses
pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) ini yang mana budaya
pembelajarannya adalah berbeza dengan budaya pembelajaran di sekolah. Guru-
guru dilatih supaya lebih berdikari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
samping tunjuk ajar oleh pensyarah-penyarah pembimbing. Ia merupakan satu
langkah bagi melatih pelajar dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran
samada kemahiran interpersonal mahupun kemahiran intrapersonal untuk
diadaptasikan dalam profesion perguruan pada masa hadapan.
Akhir kalam, segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan yang
buruk itu juga datangnya dari Allah s.w.t. tetapi disandarkan ke atas kelemahan diri
saya sendiri. Semoga kualiti dan mutu tugasan akan dapat ditingkatkan dari semasa
ke semasa dengan bantuan pensyarah pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan.
Wallahu a’alam..
DISEDIAKAN OLEH:
SITI KHALIDAH HAYATI BINTI ABDUL AZIZ
(840219-14-5610)
KPLI j-QAF AMBILAN JANUARI 2011
IPG KAMPUS KOTA BHARU.
16
BIBLIOGRAFI
BUKU
i. Abd Majid Mohd Isa. Rahil Mahyuddin. (1998). Psikologi Pendidikan 1
Pertumbuhan dan Perkembangan. Selangor Darul Ehsan: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
ii. Ahmad Subki bin Miskon & Syed Ismail bin Syed Mustafa . (2010). Guru
dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
iii. Aminah Hj. Hashim, Arthur P.Lloyd. (1995). Bimbingan dan Kaunseling
dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Federal Publications Sdn. Bhd.
iv. Bryan Coombs. (1999). Pengajaran Cemerlang Buku Panduan Praktik.
Oxford: Heinemann Publishers.
v. Choong Lean Keaw. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat
Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
vi. Choong Lean Keaw. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
untuk Program Perguruan dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
vii. Ee Ah Meng. (1988). Pendidikan di Malaysia 1. Selangor Darul Ehsan:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
viii. Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor Darul Takzim:
Univesiti Teknologi Malaysia Skudai.
ix. Kamaruddin Hj. Husin. (1986). Panduan Latihan Mengajar. Selangor
Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
17
x. Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2002). Psikologi. Malaysia:
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
xi. Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan
Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
xii. Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
xiii. Prof. Dr. Isahak Haron & Prof. Madya Dr. Koh Boh Boon. (1982). Asas-
asas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
xiv. Shahbuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007).
Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
xv. Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
xvi. Yahya Don. (2006). Psikologi Sosial dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
18
INTERNET
i. http://mdyusoffdaud.blogspot.com/2009/01/persekitaran-pembelajaran-bilik-
darjah.html
Diakses pada 3 Jun 2011.
ii. http://www.scribd.com/doc/4429510/Pengurusan-Bilik-Darjah
Diakses pada 3 Jun 2011.
iii. http://www.scribd.com/doc/16551081/Langkahlangkah-Penyediaan-Pelan-
Bilik-Darjah
Diakses pada 3 Jun 2011.
iv. http://myais.fsktm.um.edu.my/4917/1/8.pdf
Diakses pada 7 Jun 2011.
v. http://www.scribd.com/search?cat=redesign&q=susun+atur+bilik+darjah+yang
+kondusif&sa.x=23&sa.y=10
Diakses pada 7 Jun 2011.
vi. http://www.scribd.com/doc/14269856/peranan-pendidik-di-dalam-kelas
Diakses pada 7 Jun 2011.
vii. http://www.scribd.com/doc/12731666/Pen-Gurus-An-Bilik-Darjah
Diakses pada 10 Jun 2011.
viii. ttp://permatapemulihan.blogspot.com/2009/06/pengurusan-bilik-darjah-dan-
faktor-yang.html
Diakses pada 10 Jun 2011.
19
ix. http://www.scribd.com/doc/8154415/PTK3-Pembelajaran-Kondusif
Diakses pada 10 Jun 2011.
x. http://www.amaljaya.com/guru/Powerpoint/Teori%20Pembelajaran.pdf
Diakses pada 10 Jun 2011.
xi. http://www.scribd.com/doc/4875845/teori-pembelajaran
Diakses pada 12 Jun 2011.
xii. http://belajarpsikologi.com/teori-belajar-behaviorisme/
Diakses pada 12 Jun 2011.
xiii. http://jmat.ipgmksm.edu.my/pdf/teori2011.pdf
Diakses pada 12 Jun 2011.
xiv. http://elearning.ipislam.edu.my/course/info.php?id=18
Diakses pada 12 Jun 2011.
20