BAHASA MELAYU

Document Sample
BAHASA MELAYU Powered By Docstoc
					                                                BAHASA MELAYU
                                          PENILAIAN AWAL TAHUN 1997
                                                        TAHUN 5

NAMA : …………………………….

Soalan 1 hingga soalan5
Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab semua soalan berikutnya.

Buah betik, buah duku,
Sungguh enak apabila dimakan,
Wahai adik tuntutlah ilmu,
Agar senang di masa depan.

Memancing ikan di anak kuala,
Dapat seekor ikan tenggiri,
Jika ilmu tiada di dada,
Tiada teratur diri sendiri.

Pergi ke laut bersama keluarga,
Hendak mandi di air pasang,
Andai ilmu tersemat di dada,
Hidup sentiasa dihormati orang.

1.     Apakah jenis puisi di atas ?
       A.     sajak             B.        pantun           C.     syair            D.      gurindam

2.     Apakah perkara yang disampaikan dalam puisi di atas ?
       A.     pentingnya ilmu dalam kehidupan       B.       keenakan buah betik dan buah duku
       C.     keseronokan berkelah di tepi laut              D.     hormat pada semua orang.

3.     Mengapakah kita perlu menuntut ilmu ?
       A.    supaya mendapat pekerjaan yang baik B.               supaya dihormati oleh semua orang.
       C.    untuk memperolehi ramai rakan.      D.               untuk memperolehi kesenangan di masa hadapan

4.     Apakah erti “tiada teratur diri sendiri” ?
       A.     hidup ini perlu ada peraturan.               B.     hidup ini tidak terurus tanpa ilmu.
       C.     hidup ini memerlukan ilmu                    D.     hidup ini tidak perlu teratur.

5.     Apakah bentuk puisi di atas ?
       A.     nasihat          B.         teguran          C.     teka-teki        D.      gurauan

Soalan 6 hingga soalan10.
Baca iklan peraduan di bawah ini dengan teliti. Jawab soalan-soalan berikutnya.

                                  PERADUAN KEMAHIRAN LIGA PERDANA 96

Menangi hadiah :                  1.   Sebuah komputer „note book‟ dari AST Computer.
                                  2.   5 buah motosikal Suzuki GSX 110 dari Lion suzuki.
                                  3.   4 buah tv warna Panasonic 20 inci.

Syarat-syarat peraduan :

1.     Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2.     Setiap peserta boleh mengirim seberapa banyak peraduan.
3.     Setiap penyertaan mestilah disertakan bersama tiket masuk menonton pertandingan bola sepak Liga
       Perdana.
4.     Jawapan hendaklah jelas dan lengkap.
5.     Setiap penyertaan layak menerima satu hadiah dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

                        Tarikh tutup      :         20 Oktober 1996
                        Penganjur         :         Mahir Events Sdn. Bhd.
                        Penaja rasmi      :         Utusan Malaysia               Suzuki GSX 110
                                                    AST Computer           Line 7
6.     Apakah tajuk iklan ini ?
       A.     Peraduan Liga Perdana 96                     B.     Peraduan Meneka Bola 96

                                                            1
       C.      Peraduan Kemahiran Liga Perdana 96 D.           Peraduan Kemahiran Perdana 96

7.     Berikut ialah hadiah-hadiah pertandingan kecuali
       A.       komputer peribadi                     B.       komputer „note book‟
       C.       TV warna Panasonic                    D.       Pakaian sukan jenama Line 7

8.     Siapakah penganjur pertandingan tersebut ?
       A.     Mahir Events                             B.      Line 7
       C.     AST Computer                             D.      Pasukan Bola Sepak Kebangsaan

9.     Perkara-perkara di bawah menepati syarat pertandingan kecuali
       A.     Salim dilahirkan pada 1978. Dia boleh menyertai peraduan ini.
       B.     Yusuf memenangi tempat ketiga. Dia menukar TV warnanya dengan wang RM1 200.
       C.     Borang penyertaan Aziz sampai pada 20 Oktober 96. Dia layak menyertai pertandingan ini.
       D.     Malik memenangi tempat pertama. Dia layak memenangi sebuah Komputer „note book‟.

10.    Chong memenangi tempat ke-2. Apakah hadiah yang dimenanginya ?
       A.    5 buah motosikal Suzuki GSX 110.    B.      4 buah TV warna Panasonic.
       C.    Sebuah motosikal Suzuki GSX 110     D.      Pakaian sukan jenama Line 7.

Soalan 11 hingga soalan 15.
Baca surat di bawah dengan teliti. Jawab soalan-soalan berikutnya.
                                                                               Blok A 235,
                                                                               Sek. Men. Tunku Kursiah,
                                                                               78000 Seremban.
                                                                               6 Januari 1997.

        Ke pangkuan sahabatku Safiah yang kini berada di Ipoh, Perak iringan doa semoga saudari berolehi
kesejahteraan.

Saudari,
        Apa khabar ? Diharap saudari sama seperti dengan keadaan saya di sini yang sentiasa dalam keadaan baik.
Sudah sekian lama kita tidak berutus surat dan bersua. Saya kira hampir dua tahun lamanya. Ini bukan bermakna
yang saya telah lupakan saudari tetapi alamat saudari telah hilang. Dalam tempoh itu juga, keluarga saya telah
berpindah sekali lagi dan kini keluarga saya tinggal di Subang Jaya, Selangor. Pada bulan lepas saya bertemu
dengan Zetty, kawan lama kita. Dia yang memberikan alamat saudari kepada saya.

Saudari,
         Sebenarnya saya amat teringin untuk pergi ke Ipoh apabila cuti semester nanti. Tambahan pula, Muzium
Perak akan mengadakan pameran Warisan DiRaja Perak. Saya dan keluarga bercadang untuk pergi ke pameran
tersebut pada cuti semester nanti. Di sana bolehlah kita bertemu. Saya rasa tidak sabar hendak bertemu dengan
saudari.

Saudari,
         Buat masa ini, saudari belajar di mana ? Saya kini sedang belajar di Sek. Men. Tunku Kursiah setelah
mendapat 4 A dalam UPSR. Saya berasa amat gembira belajar di sini. Apabila berseorangan, saya selalu
teringatkan saudari dan kisah lampau kita. Kita selalu bertegang urat untuk membela diri apabila ada sesuatu
perkara yang tidak betul.

Saudari,
        Kalau ada kelapangan, datanglah ke rumah saya. Saya akan membawa saudari ke Sunway Lagoon dan
Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.
        Bagaimana dengan rakan-rakan lama kita seperti Ina, Su, Zai dan Anne ? Saya teringin untuk bertemu
mereka. Akhir kata sambutlah salam mesra daripada saya dan saya berharap kita akan bertemu pada cuti semester
nanti.

Sekian. Terima kasih.
                                                                                       Yang merindui,
                                                                                       Anis                     (
                                                                                       Anis bte Adil )

11.    Siapakah penerima surat ini ?
       A.     Anis           B.      Safiah       C.      Su              D.     Zetty
12.    Mengapakah sudah lama penulis tidak menghubungi sahabatnya ?
       A.     kerana berpindah rumah.                     B.      kerana sibuk mengulangkaji untuk UPSR
       C.     kerana lupakan sahabtanya.          D.      kerana kehilangan alamat sahabatnya.

                                                         2
13.    Antara berikut ialah mengenai penulis kecuali
       A.      penulis ialah pelajar di Sek. Men. Tunku Kursiah.
       B.      Penulis ingin ke Ipoh bersama keluarganya untuk melawat muzium.
       C.      Penulis mempelawa sahabtanya ke Seremban.
       D.      Penulis telah mendapat 4 A dalam UPSR.

14.    Antara yang berikut adalah pernyataan yang terdapat dalam surat kecuali
       A.      penulis ingin bertemu sahabatnya.      B.      penulis bertanya khabar kawan-kawannya.
       C.      penulis meminta alamat kawan-kawannyaD.        penulis ingin ke Ipoh bersama keluarganya.

15.    Bertegang urat bermaksud _______________.
       A.     bertengkar untuk membetulkan pendapat masing-masing.
       B.     Bergaduh
       C.     Berlawan
       D.     Menegang urat

Soalan 16 hingga soalan 20
Baca petikan rencana di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

        Di Malayasia, terdapat pelbagai permainan yang berbentuk budaya. Antara permainan itu termasuk Wayang
Kulit, Wayang Gedek, Wayang Siam, dan Wayang Jawa. Selain itu, terdapat juga sejenis permainan yang
masyhur seperti kuda kepang.
        Wayang kulit terkenal di negeri Kelantan. Permainan ini lebih merupakan satu bentuk drama pentas yang
dianggap tertua di negara ini. Wayang Jawa dimainkan di negeri Johor. Negeri Kelantan juaga terkenal dengan
Wayang Siam. Di utara Malaysia iaitu Kedah, terdapat pula Wayang Gedek. Di Johor, Perak dan Kedah juga ada
permainan wayang kulit.
        Bukanlah mudah untuk bermain wayang kulit. Sebagaimana permainan yang lain, wayang kulit juga
memerlukan “pemain‟ untuk menjayakan permainan itu. Seramai tiga belas orang diperlukan untuk permainan atau
persembahan wayang kulit. Muzik pula dimainkan oleh beberapa orang di samping seorang dalang dan dua
penunjuk dalang.
        Untuk menghidupkan permainan wayang kulit, muzik diperlukan untuk menhidupkan suasana. Alat-alat
muzik termasuklah sepasang gedombak, gendang, gong, serunai, kesi, dan canang.
        Untuk bermain wayng kulit, panggung diperlukan. Panggung ini berbentuk seperti anjing duduk. Sebidang
kain putih diletakkan di hadapan panggung. Pada masa dahulu, lampu minyak digantung di dalam panggung. Watak
wira dan wirawati berupakan beberapa watak patung-patung kulit. Selain itu ada juga watak pelawak, binatang dan
raksasa.

16.    Di manakah wayang kulit boleh didapati di negara ini ?
       A.     Negeri Kelantan sahaja.                 B.        Negeri Kelantan dan Johor.
       C.     Negeri Kelantan, Johor dan Kedah.       D.        Negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Johor.

17.    Di manakah Wayang Siam dimainkan ?
       A.     Negeri Kelantan.                                  B.      Utara Malaysia.
       C.     Negeri Kelantan dan Kedah                D.       Negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Johor.

18.    Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai negeri Johor ?
       A.      Wayang Kulit merupakan permainan budaya paling penting.
       B.      Wayang Jawa turut dimainkan di negeri itu.
       C.      Di negeri itu juga terdapat permainan kuda kepang.
       D.      Wayang Kulit turut dimainkan di negeri itu.

19.      Yang manakah pernyataan berikut tidak benar dalam petikan di atas ?
         A.     wayang Gedek dimainkan di negeri Kedah.
         B.     Wayang Jawa dimainkan di negeri Johor.
         C.     Wayang Kulit cuma dimainkan di negeri Kelantan.
         D.     Wayang siam turut dimainkan di negeri Kelantan.
         E.
20.      Berapa orangkah penunjuk dalang dalam permainan Wayang Kulit ?
         A.     Tiga belas orang                              B.      Tiga orang.
         C.     Seorang                                       D.      dua orang.
Soalan 21 hingga soalan 36.
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

21.    Polis menyoal Harpreet _______________ kemalangan itu boleh berlaku.
       A.      apakah         B.     kenapakah    C.      berapakah       D.            bagaimanakah


                                                        3
22.    Hilyah terkejut _______________ namanya diumumkan sebagai pemenang peraduan itu
                A.      semenjak     B.    apabila       C.      sebab        D.       jika

23.    Siti Aisyah terpaksa pulang ke Kuala Lipis _____________ ibunya sakit tenat.
       A.       oleh            B.     kerana          C.     dengan          D.      sedang

24.    Ayahnya masih _______________ sampai ke rumah walaupun hari telah larut malam.
       A.     akan          B.    belum          C.     sudah           D.       telah

25.    Ridhuan _______________ jalanya ke permukaan tasik itu untuk menangkap ikan tilapia.
       A.     menyibarkan B.       menebarkan     C.       membukakan D.         membentangkan

26.    Ziana membeli _______________ pisang emas di kedai Pak Azim.
       A.     setongkol     B.     sesisir       C.       sebiji              D.      serumpun

27.    Pak Shahril menjual _______________ tanah untuk menampung perbelanjaan anak perempuannya di
       Universiti Malaya.
       A.      sekeping       B.    sebaris        C.     sehelai       D.      sebidang

28.    Perompak itu melepaskan dua _______________ tembakan ke arah anggota polis yang cuba memberkas
       mereka.
       A.     butir          B.     das          C.     pucuk          D.       laras

29.    Suasana di Kampung Parit Pulai menjadi _______________ apabila ramai anak-anak muda berhijrah ke
       bandar.
       A.      hiruk-pikuk B.       riuh-rendah    C.     huru-hara      D.      sunyi-sepi

30.    Sampah-sarap dan _______________ di sekeliling balai raya itu telah dibersihkan oleh penduduk kampung.
       A.    semak-samun B.       tanah-tanih      C.       bukit-bukau       D.     hutan-rimba

31.    Madana ______________ ketika dipelawa makan oleh tuan rumah yang baik hati itu.
       A.    murah-hati   B.       panjang tangan C.      isi perut     D.       malu-malu kucing

32.    Azman Adnan hampir _______________ apabila tidak dapat menyelesaikan masalah matematik itu.
       A.    putus rezeki   B.    putus akal     C.      putus asa      D.     putus nyawa

33.    Pada hari pertabalan ______________ akan diadakan majlis keramaian tiga hari tiga malam.
       A.     beta            B.     patik         C.     mereka           D.       baginda

34.    Udang harimau itu diternak oleh _______________ di kuala Sungai Johor.
       A.     pemburu          B.      penulis      C.      nelayan        D.         pengemis

35.    Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Johor dan Kedah akan diadakan di _______________.
       A.     Zoo Negara                              B.     Panggung Negara
       C.     Perpustakaan Negara                     D.     Stadium Shah Alam

36.    Ayah _______________ wang saku kepada saya semasa Hari Raya Puasa yang lalu.
       A.     memberi      B.     membaiki      C.     meminjam       D.     menyertai

Soalan 37 hingga soalan 39.
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
37.      A.      “janganlah awak asyik termenung sahaja!” Kata Zetty kepada Lina ?
         B.      janganlah awak asyik termenung sahaja, kata Zetty kepada Lina.
         C.      “Janganlah awak asyik termenung sahaja,” kata Zetty kepada Lina.
         D.      “Janganlah awak asyik termenung sahaja,” Kata zetty kepada lina

39.      A.     Anwar, menjadi tentera semenjak tamat persekolahan. Dan kini dia berpangkat koperal.
         B.     Anwar menjadi tentera semenjak tamat persekolahan! Dan kini dia berpangkat koperal.
         C.     Anwar menjadi tentera semenjak tamat persekolahan, dan kini dia berpangkat koperal.
         D.     Anwar menjadi tentera semenjak tamat persekolahan dan kini dia berpangkat koperal.
Soalan 40 hingga soalan 41
Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.

40.    Mereka pergi ke bandar untuk membeli buku latihan.
       A.     Bilakah mereka pergi ke bandar ?                B.      Siapakah yang pergi ke bandar ?


                                                        4
       C.      Ke bandar manakah mereka pergi ?               D.        Apakah tujuan mereka pergi ke bandar ?

41.    Taman burung Kuala Lumpur terletak tidak jauh dari Masjid Negara.
       A.    Di manakah letaknya Taman Burung Kuala Lumpur ?
       B.    Bilakah Taman Burung Kuala Lumpur diadakan ?
       C.    Apakah tujuan Taman Burung Kuala Lumpur diadakan ?
       D.    Mengapakah Masjid Negara terletak dekat dengan Taman Burung Kuala Lumpur ?

Soalan 42 hingga soalan 45.
Pilih jawapan yang seerti dengan perkataan bergaris.

42.    Warna cat bangunan sekolah saya semakin pudar.
       A.     cerah         B.      luntur        C.          hitam            D.      hilang

43.    Bas persiaran yang sesak dengan penumpang itu rosak di tepi jalan.
       A.     padat          B.     riuh           C.      banyak              D.      sedikit

44.    Angin yang bertiup di puncak bukit itu sejuk sekali.
       A.     segar            B.     nyaman           C.     dingin           D.      kuat

45.    Sekumpulan pelancong tiba di Pulau Pinang apabila hari sudah hampir senja.
       A.    mari          B.       pergi          C.      datang          D.     sampai

Soalan 46 hingga soalan 47.
Pilih jawapan yang berlawan dengan perkataan bergaris.

46.    Suara lelaki yang berjambang itu sangat garau
       A.      nyaring         B.      halus         C.       lantang          D.      merdu

47.    Tugas Rozali ialah memungut bola tenis dalam sesuatu perlawanan.
       A.     mengutip       B.     membaling       C.     membuang            D.      merejam

Soalan 48 hingga soalan 50.
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat yang bergaris.

48.    Jurulatih badminton itu bertanya, “Mengapakah awak tidak datang berlatih semalam ?”
       A.       Saya berjanji akan berlatih bersungguh-sungguh.
       B.       Kaki saya terseliuh dan terpaksa mendapat rawatan daripada doktor.
       C.       Saya akan datang berlatih seperti biasa.
       D.       Saya berlatih secara sendirian di rumah.

49.    Siapakah yang memenangi pertandingan memasak itu ?
       A.     Ibu saya turut menyertai pertandigan itu.
       B.     Ibu saya memasak masakan tradisional negeri Kelantan.
       C.     Ibu saya dibantu oleh dua orang rakannya.
       D.     Ibu saya yang memenangi pertandingan memasak itu.

50.    Apakah perasaan saudara apabila diumumkan sebagai pemenang ?
       A.     Ibu bapalah yang banyak mendorong saya untuk menyertai pertandingan ini.
       B.     Kejayaan saya ini ialah kejayaan seluruh keluarga saya.
       C.     Saya berasa sungguh gembira dan bangga atas kejayaan ini.
       D.     Saya akan sertai lagi pertandingan ini pada tahun hadapan.



                                                       SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SUBANG JAYA

                                                                        1997




                                                         5

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:37
posted:12/7/2011
language:
pages:5