Embed
Email

kajian lepas berkaitan taska.doc - images.shv4193.multiply ...

Document Sample
kajian lepas berkaitan taska.doc - images.shv4193.multiply ...
Shared by: HC111206011151
Categories
Tags
Stats
views:
18
posted:
12/5/2011
language:
Malay
pages:
14
KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK DI PERINGKAT TASKA









Mahani Abdullah

Norasikin Yusof

Nurul Aida Akma Zulkifli

Mohd Yusman Yussof

Jabatan Kemahiran Hidup

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Pendidikan Sultan Idris





18 OKTOBER 2010









Abstrak

Dalam konteks Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak di peringkat taska bermula

sejak dilahirkan hingga umur 4 tahun. Kajian-kajian mengenai kanak-kanak seawal usia

ini telah menunjukkan banyak dapatan mengenai perkembangan mereka. Pelbagai isu

dibincangkan dan dikaji berkaitan perkembangan awal kanak-kanak pada peringkat ini

walaupun kajiannya tidak terlalu meluas seperti kajian perkembangan awal kanak-

kanak pada peringkat pra sekolah. Justeru, pelbagai kajian perlu dilakukan untuk

mengkaji mengenai keperluan, kepentingan, pengajaran dan pembelajaran pada

peringkat taska ini bagi meningkatkan lagi mutu penjagaan. Kajian ini menunjukkan

hasil-hasil kajian lepas mengenai isu-isu berkaitan kanak-kanak pada peringkat taska.

Dalam kertas kerja ini menunjukkan hasil kajian lepas mengenai isu dan cabaran

kepada ibu bapa dalam pemilihan taska dan tempat asuhan kanak-kanak dan juga

kajian lepas mengenai keberkesanan penulisan dan bahasa untuk pengasuh di pusat

jagaan kanak-kanak.









1

Pengenalan





TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak. Di mana ianya



merupakan tempat penjagaan kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah.



Taska adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak. Tujuan



TASKA diadakan ialah untuk membantu ibu bapa menjaga anak-anak mereka



sepanjang ketiadaan ibu bapa. Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih



kanak-kanak di bawah umur empat tahun diterima masuk untuk dijaga dengan upah



(Dipetik dari http://www.jkm.gov.my).





Terdapat empat jenis taska di Malaysia iaitu taska di rumah, taska di institusi,



taska di tempat kerja dan taska komuniti. Taska dirumah bermaksud suatu taman



asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-



kanak dalam rumah orang yang didaftarkan. Taska institusi pula bermaksud suatu



taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau



lebih. Taska di tempat kerja adalah suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja



yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak manakala taska komuniti



merupakan taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau



lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada



kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri (Dipetik dari http://www.jkm.gov.my).



Selain itu ia merupakan satu alternatif baru khas kepada ibu bapa yang berpendapatan



rendah untuk memenuhi keperluan penjagaan dan pengasuhan anak-anak bagi ibu-ibu



yang bekerja.









2

Peringkat perkembangan yang berbeza memerlukan kaedah pengajaran dan



pembelajaran yang berbeza dari segi psikososial, emosi,dan psikologi. Program



PERMATA diwujudkan apabila timbulnya kesedaran mengenai kepentingan



perkembangan awal kanak-kanak seawal bayi dilahirkan sehingga empat tahun.



Dengan wujudnya program PERMATA, satu garis panduan iaitu Kurikulum PERMATA



telah dilaksanakan sebagai panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang



menguruskan taska atau Pusat Anak Permata Negara (Aminah Ayob et.al 2008).





Kajian 1: Kewujudan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Ditempat Kerja Di Malaysia :



Isu Dan Cabaran





Isu penjagaan kanak-kanak menjadi isu yang penting bagi pasangan keluarga yang



bekerjaya, ibu atau bapa tunggal, dan ibu yang berkerjaya. Hal ini melibatkan mereka



yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Walaupun mempunyai anak-anak yang



masih kecil, ibu bapa terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk memenuhi keperluan



kewangan keluarga mereka. Masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang berkerjaya ini



adalah penjagaan anak-anak mereka. Mereka memerlukan tempat untuk menempatkan



anak-anak sewaktu mereka berada di tempat kerja. Bagi menyelesaikan masalah ini



kebanyakkan ibu bapa memilih pusat penjagaan kanak-kanak bagi menempatkan anak-



anak mereka.





Berdasarkan perubahan demografi di tempat kerja banyak organisasi sekarang



telah mewujudkan polisi keluarga/prastis seperti menyediakan pusat penjagaan kanak-



kanak untuk pekerja mereka. Pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja dapat



memudahkan lagi keadaan ibu bapa yang bekerja. Mereka tidak perlu risau dengan

3

keadaan anak-anak mereka kerana mereka sudah tahu bahawa anak-anak mereka



berada berdekatan dengan mereka. Hal ini juga dapat membantu meningkatkan



produktiviti kerja mereka kerana mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian



kepada kerja-kerja di tempat kerja. Dapatan kajian di malaysia mendapati, penglibatan



penjawat awam telah bertambah dari 65.1% pada tahun 2001 kepada 66.9% pada



tahun 2006 dan penglibatan pekerja wanita turut bertambah dari 44.4% pada tahun



2001 kepada 46.1% pada tahun 2006.





Bagi ibu bapa yang tidak berpendapatan tinggi dan kurang berkemampuan,



mereka terpaksa memilih alternatif penyelesaian yang lain selain menghantar anak-



anak ke pusat jagaan. Hal ini kerana mereka perlu memperuntukkan wang yang banyak



untuk dibayar kepada pusat jagaan. Antara penyelesaian yang sering dipilih oleh ibu



bapa ini adalah menghantar anak-anak mereka kepada saudara mara atau bukan



saudara mara untuk dijaga dirumah. Saudara mara mereka mungkin sama ada ibu, ibu



saudara, sepupu, kakak atau adik. Manakala bukan saudara mara pula adalah



pengasuh atau seseorang yang menjaga anak-anak mereka di rumah mereka sendiri



atau di rumah pengasuh itu sendiri. Pengasuh ini mungkin tidak mempunyai lesen



perkhidmatan untuk mengasuh kanak-kanak.





Kebanyakkan ibu bapa memilih pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka di



rumah mungkin disebabkan oleh upah yang tidak terlalu mahal. Ia juga mungkin



disebabkan oleh ibu bapa yang bekerja dalam bidang yang menuntut mereka untuk



memperuntukkan lebih masa untuk bekerja. Oleh itu, mereka terpaksa bekerja melebihi



waktu pejabat dan mungkin hingga waktu malam. Sekiranya mereka meletakkan anak-



4

anak di pusat penjagaan kanak-kanak tempat itu akan menghadkan masa penjagaan.



Apabila masa pusat jagaan akan ditutup, ibu bapa wajib datang mengambil anak-anak



mereka. Ia berlainan dengan meletakkan anak-anak kepada pengasuh. Pengasuh



mungkin masih boleh bertolak ansur dengan ibu bapa waktu penjagaan anak-anak



mereka.





Cabaran penjagaan kanak-kanak kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah



adalah mencari pusat penjagaan kanak-kanak. Walaupun banyak pusat jagaan yang



dibuka pada masa kini namun ibu bapa perlu mencari pusat jagaan yang mereka



mampu mengikut kedudukan kewangan mereka. Kebanyakan keluarga yang



berpendapatan rendah menggunakan khidmat pangasuh sebagai jalan penyelesaian



kerana ianya lebih murah berbanding menghantar anak mereka ke pusat penjagaan



kanak-kanak. Pengasuh anak-anak mereka juga mungkin berada berdekatan dengan



tempat tinggal ibu bapa jadi ia akan memudahkan ibu bapa untuk menghantar dan



mengambil anak-anak mereka. Ia disokong lagi oleh laporan Aminah (2007), seramai



52.7% wanita dan berkerjaya menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh



manakala hanya seramai 3% sahaja yang menghantar anak-anak mereka ke pusat



penjagaan kanak-kanak.Kebanyakkan kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan



kanak-kanak merupakan anak-anak mereka yang berkemampuan dari segi kewangan



dan masa.





Terdapat kebimbangan mengenai tahap penjagaan anak-anak oleh pengasuh.



Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai latihan penjagaan bayi



dan tidak berlesen. Penjagaan anak-anak oleh pengasuh melaporkan banyak kes



5

penderaan kanak-kanak berlaku. Ibu bapa yang bekerja atau ibu dan bapa tunggal



yang bekerja berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menjaga dan mendidik anak-



anak. Mereka perlu memainkan peranan dalam keluarga dan juga sebagai pekerja.



Peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sama ada dirumah atau di



tempat kerja menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dan konflik dalaman dan



luaran. Oleh sebab itu, apabila mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat



penjagaan kanak-kanak, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit sebanyak



tekanan yang dihadapi oleh mereka. Mereka tidak perlu risau dengan anak-anak



sewaktu mereka sedang bekerja kerana mereka telah menempatkan anak mereka di



tempat yang sepatutnya.



Dalam berdepan dengan cabaran keluarga yang bekerja, kerajaan malaysia



yang diketuai oleh kementerian wanita, keluarga dan masyarakat telah memandang isu



ini sebagai sebuah agenda negara. Mereka telah membuka dan membina beberapa



pusat penjagaan kanak-kanak untuk menolong ibu-ibu yang bekerja untuk menjaga



anak-anak mereka. Hal ini dapat menjamin keselamatan kanak-kanak dan dapat



membantu perkembangan kanak-kanak itu sendiri (Zoharah Omar et. Al (2007).







Kajian 2: Keberkesanan Latihan Penulisan Dan Bahasa Untuk Pengasuh Pusat



Penjagaan Kanak-Kanak





Berdasarkan kajian, perkembangan bahasa kanak-kanak telah terbukti dipengaruhi oleh



kualiti dan kuantiti pengasuh (Hart & Risley, 1995; Hoff-Ginsberg, 1998). Berdasarkan



kajian juga salah satu hasil positif dalam pembangunan program latihan ibu bapa



adalah untuk mengurangkan bilangan pengasuh. Namun, masih terdapat ramai ibu

6

bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan. Hal ini menyebabkan



kebanyakan masa kanak-kanak itu dihabiskan bersama pengasuhnya. Oleh yang



demikian, terdapat program-program latihan yang disediakan kepada pengasuh untuk



mengajar mereka bagaimana menguruskan kanak-kanak. Oleh itu, keperluan ini dilihat



khususnya berkaitan dengan penyusunan penjagaan kanak-kanak yang mempunyai



keluarga yang berpendapatan rendah.



Selain itu, berdasarkan kajian yang dilaporkan, keluarga-keluarga yang



berpendapatan rendah ini menerima penjagaan kanak-kanak yang tidak memuaskan



berbanding golongan keluarga yang berpendapatan tinggi (Anderson, Nagle, Roberts &



Smith, 1981; Goelman & Pence,1987; Howes & Stewart, 1987; Kontos & Fiene, 1987).



Sebagai langkah pertama, kajian telah menunjukkan lebih banyak pembelajaran



mengenai pengetahuan dan kemahiran yang dijalankan oleh agensi-agensi penjagaan



kanak-kanak. Pemerhatian literatur dibahagikan kepada tiga seksyen di mana kajian



pertama beliau ialah mengkaji semula bagaimana pusat-pusat penjagaan kanak-kanak



meningkatkan kualiti dan bagaimana ia dapat membekalkan keperluan latihan untuk



kemudahan. Dalam kajian kedua, beliau telah membuat penyusunan semula mengenai



tingkah laku dan sikap agensi –agensi penjagaan kanak-kanak. Hasil kajian ini penting



dan berguna untuk mengenalpasti jenis-jenis tingkahlaku para pengasuh yang



dikeluarkan oleh agensi dalam program latihan. Akhir sekali, beliau telah mengkaji



semula satu kajian mengenai uji kaji satu program latihan dalam kumpulan untuk agensi



penjagaan kanak-kanak.



Berdasarkan kajian, McCartney (1984) menyatakan bahawa perbezaan pada



penjagaan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan bahasa mereka. Dalam kajian



7

yang telah dibuat, terdapat sembilan pusat rawatan kanak-kanak di Bermuda telah



dipilih sebagai satu pusat penyelidikan untuk melihat perkembangan bahasa kanak-



kanak. Dua pengukuran telah dikumpulkan iaitu, pertama the Early Childhood



Environment Rating Scale (ECERS; Harms dan Clifford, 1980) yang digunakan sebagai



indeks kualiti manakala pengukuran kedua ialah kualiti agensi penjagaan kanak-kanak



yang diuji melalui enam sesi pemerhatian. Kecerdasan verbal dan perkembangan



bahasa dinilai menggunakan The Peabody Picture Vocabulary Test (PPVT-r; Dunn,



1979), The Preschool Language Assessment Instrument (Plai; Blank, Rose & Berlin,



1978), pengasuh dinilai dari Adaptive Language Inventory (ALI; Feagans & Farran,



1979) dan pengukuran pemerhatian kanak-kanak ke atas aktiviti komunikasi. Antara



contoh aktiviti-aktiviti komunikasi ialah menceritakan kembali cerita, berbual di telefon,



dan menghabiskan cerita.





Selain itu, analisis menunjukkan bahawa kualiti keseluruhan dari pusat



penjagaan kanak-kanak adalah ramalan dari semua empat tahap perkembangan



bahasa kanak-kanak. Analisis tersebut juga menunjukkan bahawa kemahiran interaksi



verbal antara pengasuh dengan kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan



bahasa kanak-kanak.





Dalam kajian, Philips, Voran, Kisker, Howes, dan Whitebrook (1994) mereka



mengkaji tentang kualiti penjagaan kanak-kanak yang miskin. Terdapat beberapa



pembolehubah yang dikaji oleh penyelidik iaitu saiz kumpulan, nisbah anak kakitangan,



peratusan guru dengan pelbagai peringkat pendidikan, peratusan guru dengan



sekurang-kurangnya sepuluh jam latihan dalam perkhidmatan, dan tempoh tamat



8

perkhidmatan guru. Analisa kajian dilakukan dalam dua set data, iaitu Profiles of Child



Care Settings Study (Profiles Survey) dan The National Child Care Staffing Study



(Staffing Study). Sampel ini telah menyediakan pusat-pusat untuk keluarga yang



berpendapatan rendah dengan menggunakan kriteria yang berbeza daripada dua set



data tersebut. Namun begitu, kedua-dua sampel ini menerima sumber pendapatan



utama mereka daripada sumber kerajaan, mendaftar sebahagian besar anak-anak



bersubsidi, dan membahagikan sebahagian besar kanak-kanak dan kakitangan yang



berkulit hitam dan berkulit putih.





Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tentang kelakuan kanak-kanak dan guru-



guru di pusat penjagaan kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian yang dikaji semula



oleh Venturella yang mana kajian asalnya adalah kajian daripada Girolametto,



Weitzman, van Lieshout, dan Duff (2000). Kajian ini boleh digunakan untuk mengenal



pasti jenis-jenis kelakuan dan aktiviti-aktiviti guru-guru dan kanak-kanak di dalam kelas



semasa sesi pengajran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian tersebut, kanak-kanak



belajar mengikut arahan yang diberikan oleh guru-guru semasa kanak-kanak bermain



play doh dan semasa aktiviti membaca.





Melalui kajian ini, penyelidik menggunakan lima jenis arahan iaitu kawalan



respon, kawalan topik, kawalan mengambil alih, kawalan tingkah laku , dan kawalan



perbualan. Penyelidik telah menggunakan sampel dua puluh orang guru pendidikan



awal kanak-kanak, lima puluh orang kanak-kanak dan lima puluh orang kanak-kanak



pra sekolah. Bagi setiap buah bilik darjah ditempatkan seorang guru dan lima orang



kanak-kanak.



9

Seterusnya penyelidik telah mengadakan satu aktiviti di mana sepuluh orang



guru tersebut merupakan penjaga kepada lima orang kanak-kanak dan sepuluh orang



guru lagi ialah penjaga kepada kanak-kanak pra sekolah. Kedua-dua kumpulan ini



ditempatkan di dalam setiap bilik darjah masing-masing. Jadi ini bermakna terdapat dua



puluh bilik darjah yang diselia oleh seorang guru bagi lima orang pelajar. Kemudian,



penyelidik akan merakamkan setiap pergerakan guru dan lima orang kanak-kanak di



setiap bilik darjah selama 30 minit. Tujuan penyelidik merakam setiap pergerakan guru



dan lima orang kanak-kanak tersebut adalah untuk melihat tingkah laku guru dan



kanak-kanak semasa mereka menjalankan aktiviti bermain play doh dan semasa aktiviti



membaca buku. Selepas satu hingga tiga minggu video tersebut dirakam, penyelidik-



penyelidik merakam sekali lagi aktiviti yang sama yang dijalankan terhadap kanak-



kanak dan guru yang sama.





Keputusannya ialah kanak-kanak dalam kedua-dua kumpulan menerima jumlah



input arahan yang sama dari guru-guru mereka. Keputusan tersebut juga



memperlihatkan arahan guru-guru adalah lebih berhasil berbanding konteks interaksi



sesama kanak-kanak pada usia mereka.





Dalam kegiatan ini, guru-guru lebih menumpukan perhatian dalam komunikasi



secara individu oleh kanak-kanak di mana kanak-kanak dibiarkan meneroka aktiviti



bermain mengikut cara mereka tanpa menerima arahan daripada guru. Hal ini dapat



membantu kanak-kanak supaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain.





Dalam soalan soal selidik yang dibuat, penyelidikan pertama menyelidik



bahagian yang mana dalam komunikasi dan bahasa yang mahir dan paling diketahui

10

oleh guru. Keputusan menunjukkan guru-guru memberikan jawapan yang tinggi pada



soalan yang berkaitan dengan bermain, seterusnya pada soalan am berkaitan dengan



perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak dan akhir sekali berkaitan dengan



pembacaan.



Soalan penyelidikan kedua tertumpu sama ada terdapat peningkatan dalam



latihan bacaan dan bahasa selepas mereka menjalani latihan tersebut. Dapatan



mendapati daripada 30 item yang diberi, kadar statistik meningkat dari sebelum kepada



selepas. Latihan ini juga memberi kelebihan dalam peningkatan pengetahuan dan



kemahiran agensi penjagaan kanak-kanak dalam tiga aspek iaitu perkembangan



ucapan dan bahasa, bermain dan membaca.



Soalan penyelidikan ketiga pula menyelidik sama ada pertambahan bagi setiap



aktiviti mampu untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran agensi



penjagaan kanak-kanak. Tiada keputusan yang nyata dapat ditemui sebagai analisis



kepada soalan ini (Katelyn Beth Venturella, 2004).







Kesimpulan





Kesimpulannya taska dan pusat jagaan dianggap sebagai institusi yang amat penting



kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat sesebuah negara. Daripada kedua-dua



kajian didapati terdapat pelbagai masalah yang dialami dalam perkembangan kanak-



kanak yang berumur antara 0-4 tahun. Berdasarkan kajian-kajian tersebut membuktikan



pelbagai masalah yang wujud dalam taska dan perlu di ambil tindakan segera untuk



meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak agar dapat melahirkan insan yang



cemerlang, gemilang dan terbilang.

11

Kementerian perlu mengambil tindakan tegas dan pemantauan ke atas



pengusaha-pengusaha taska dan pusat jagaan yang tidak memohon lesen. Jika



kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan ia akan menunjukan kelemahan kerajaan.



Dengan Konsep Satu Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,



pertumbuhan taska dan pusat jagaan yang sihat dan teratur di negara ini haruslah



menjadi matlamat utama pembangunan keluarga dan masyarakat.









Rujukan





Aminah Ayob, et.al (2008). Kurikulum PERMATA, Panduan Pendidikan Awal Kanak-

Kanak 0-4 Tahun. Tanjong Malim : Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak Negara.

Anderson, C., Nagle, R., Roberts, W., & Smith, J. (1981) Attachment to substitute

caregivers as a function of center quality and caregiver involvement. Child

Development, 52, 53-61.



Blank, M., Rose, S., & Berlin, L., (1978). PLAI: The Language of Learning In

Practice. New York: Grune & Stratton.

Dunn, L.M. (1979). Peabody Picture Vocabulary Test-Revised. Circle Pines.



12

MN: American Guidance Service.

Feagans, L., & Farran, D. (1979). Adaptive Language Inventory. Unpublished,

University of North Carolina at Chapel Hill.

Girolametto, L., Hoaken, E., Weitzman, E., & van Lieshout, R. (2000). Patterns of adult-

child linguistic interaction in integrated day care groups. Language, Speech, and

Hearing Services in Schools, 31, 155-167.



Goelman, H., & Pence, A. (1987). Effects of child care, family, and individual

characteristics on children’s language development: The Victoria day care

research project. In D.A. Phillips (Ed.), Quality in child care: What does research

tell us? (pp. 89- 104). Washington, DC: National Association for the Education of

Young Children.









Harms, T., & Clifford, R. M. (1980). Early Childhood Environment Rating Scale.

New York: Teachers College Press.

Hart, B., & Risely, T. (1995). Meaningful differences in the everyday experience

of young American children. Baltimore: Brooks.

Howes, C. & Stewart, P. (1987). Child’s play with adults, toys, and peers: An

examination of family and child care influences. Developmental Psychology, 23,

423-430.



Katelyn Beth Venturella(2004) .The Effectiveness Of Language-Literacy Training For

Child Care Workers. Tesis Sarjana, Louisiana State University





Kontos, S. & Fiene, R. (1987). Child care quality compliance with regulations, and

children’s development: The Pennsylvania study. In D. A. Phillips (Ed.) Quality in

child care: What does research tell us? (pp. 57-80). Washington, DC: National

Association for the Education of Young Children.



McCartney, Kathleen. (1984). Effect of quality of day care environment on children’s

language development. Developmental Psychology, 20, 244-260.



Phillips, D., Voran, M., Kisker, E., Howes, C., & Whitebrook, M. (1994). Childcare for

children in poverty: Opportunity or inequity? Child Development, 65, 472-492.



Zoharah Omar et. Al (2007). Establishing a childcare center at workplace in Malaysia :

Issue and challenges. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia, Serdang.





13

Diperoleh pada September 25, 2010 dari World Wide Web :http://www.jkm.gov.my



Diperoleh pada September 25, 2010 dari World Wide Web http://rahsiabisnestaska.com









14


Related docs
Other docs by HC111206011151
121
Views: 2  |  Downloads: 0
???????????????? ? ??????? ?? 8 ...
Views: 0  |  Downloads: 0
RUBRIC FOR
Views: 1  |  Downloads: 0
prays list lokery
Views: 0  |  Downloads: 0
???????? ? ???????, ?? ????????? ? ...
Views: 6  |  Downloads: 0
Mr
Views: 0  |  Downloads: 0
OmniForm Form
Views: 0  |  Downloads: 0
I HPRP Brochure
Views: 1  |  Downloads: 0
By registering with docstoc.com you agree to our
privacy policy

You are almost ready to download!

You are almost ready to download!