Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

KERTAS KONSEP by TB38T6q

VIEWS: 0 PAGES: 2

									                                        KERTAS KONSEP
                    KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-59,2010
                           SMK. RAJA PEREMPUAN, IPOH.

1.0 Pendahuluan :
    Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan peristiwa penting dalam kelendar aktiviti sekolah. Aktiviti
    yang diadakan setiap tahun ini mampu menggabungkan semua warga sekolah dalam merealisasikan
    kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan. Selain itu pelajar-pelajar didedahkan dengan
    pengelolaan dan pengurusan sukan melalui penglibatan mereka sebagai atlit dan pembantu guru atau
    pegawai kejohanan.

2.0 Matlamat :
    1. Penyertaan 100% Pelajar dalam aktiviti olahraga dan pengurusan sukan.
    2. Meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecergasan fizikal pelajar

3.0 Objektif :
    3.1 Membentuk dan mencari bakat bagi Pasukan Olahraga Sekolah
    3.2 Mempertingkatkan persediaan mental bagi mencapai kecemerlangan dan meningkatkan motivasi
        kendiri.
    3.3 Memupuk semangat setiakawan, bekerjasama dan bertolak ansur.

4.0 Sasaran :
    Semua pelajar Tingkatan 1 hingga 6, SMK. Raja Perempuan, Ipoh.

5.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan :
    Tarikh   :      6 MAC 2010 ( SABTU )

6.0 Tempat :
    Padang SMK. Raja Perempuan, Ipoh

7.0 Atur cara Program

   7.20 Pagi  Guru Mengambil Kedatangan Pelajar
   7.40 Pagi  Peserta Mengambil Tempat Perbarisan
   8.00 Pagi  - Ketibaan Tetamu Kehormat
              - Perarakan Masuk Bendera-bendera
              - Perarakan Masuk Pasukan-pasukan
                      Unit Beruniform
                      Pasukan Rumah Sukan
                      Kelab dan persatuan
                     - Perarakan Masuk Bendera Kejohanan
                     - Bacaan Doa
                     - Lagu Negaraku
                     - Ucapan Pengetua
                     - Ucapan Tetamu Kehormat
                     - Memeriksa Perbarisan
                     - Melafaz Ikrar
                     - Perasmian Kejohanan
                     - Perarakan Keluar Pasukan-pasukan
   8.45 Pagi Pegawai Sukan Mengambil Tempat Bertugas
                  - Persembahan
                  - 4 x 100m Jemputan B.15 dan B.18
                  - Acara Olahraga Bermula
   11.00 Pagi Upacara Penutup
                   Penyampaian Hadiah
                   Upacara menurunkan bendera kejohanan
                   Lagu Sekolah
                   Sorakan ‘ RPS GEMILANG ‘
   12.00 Tgh. Jamuan Ringan
              Bersurai
8.0 Kewangan :
    7.1 Anggaran Perbelanjaan – Rujuk lampiran
    7.2 Sumber Kewangan
    7.2.1Sumbangan– Sukan Tahunan
    7.2.2 PIBG sekolah

9.0 Perlaksanaan Program :
    Dikendalikan oleh :
    Guru-guru SMK. Raja Perempuan, Ipoh

10.0   Jawatankuasa Pelaksana :
        Pengerusi                            -    Cik Rusnani bt. Sharuddin ( Pengetua )
        Timb. Pengerusi                      -    Pn. Latipah Ahmad Sudan ( PK Kokurikulum )
        Naib Pengerusi                       -    Pn. Rohimah Mohd Amin ( Penolong Kanan )
                                             -    Pn. Zuraidah Ahmad Khulaimi ( PK HEM )
                                             -    Pn. Hjh. Emsakiah Zulkifli ( PK Petang )
         Setiausaha                          -    Puan Mashidah bt. Hj. Abu Bakar
         Penolong Setiausaha I               -    Puan Hasnah bt. Hamid
         Penolong Setiausaha II              -    Puan Nor Azliha bt. Noor Azhar Ahli
         Jawatankuasa                        -    Penolong Penyelia Petang
                                             -    Ketua-Ketua Rumah

11.0   Penutup :
       Diharapkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 ini akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya
       daripada semua pihak yang terlibat demi memastikan matlamat dan objektif program akan
       tercapai.



Disediakan oleh,


………………………………….
( Pn. Mashidah bt. Hj. Abu Bakar )
Setiausaha Majils Sukan 2010

								
To top