teknik pukulan dalam sukan badminton

Document Sample
teknik pukulan dalam sukan badminton Powered By Docstoc
					OLEH: MUHAMMAD FIRDAUS BIN BASRI MOHD AFFIQ BIN AMIR ABDULLAH









Pergerakan pukulan kilas atas kepala adalah seperti merejam tuala ke arah siling.Pukulan ini sering dilakukan oleh pemain yang berada di sepertiga belakang gelanggang anda. Apabila bulu tangkis di hantar ke atas bahagian pukulan kilas, pasakkan kaki dan pusingkan badan agar belakang badan anda menghadap ke jaring. Mulakan langkah dengan kaki dominan anda ke arah sudut belakang gelanggang. Alihkan berat badan ke kaki tersebut. Sekiranya perlu, heret kaki sehingga kedudukan anda betul-betul berada di belakang sedikit daripada bulu tangkis. Ini merupakan posisi bersedia untuk memukul bulu tangkis. Perlakuan pergerakan pergerakan pukulan kilas yang baik akan menghasilkan pemanjangan lengan dominan yang pantas serta halaju maksimum pada riket dan seterusnya kepada bulu tangkis.

 Fasa

persediaan:

1. Genggam salam atau genggam pistol dengan ibu jari di atas pemegang riket. 2. Posisi memukul dengan berdiri sisi hingga belakang. 3. Tangan yang memegang raket selari dengan lantai dan kepala raket menghala ke bawah. 4. Berat badan di atas kaki belakang iaitu kaki dominan.



Fasa perlaksanaan:
1. 2. 3. 4. 5. Pemanjangan tangan dimulakan dengan siku. Gerakkan tangan bukan dominan ke bawah. Pusingkan bahagian atas badan. Jangkau tinggi untuk membuat pukulan. Kepala raket mengikut lajakan.



Fasa Ikut lajak:
1. Ikut lajak raket melalui kawasan sentuhan ke arah bawah sejajar dengan hantaran kembali. 2. Tolak ke hadapan dengan kaki belakang untuk menolak anda balik ke tengah gelanggang. 3. Gunakan peralihan berat badan untuk momentum serta daya tambahan.





Pukulan depan pemain adalah mengikut tangannya yang dominan. Jika tangan kanan merupakan tangan yang dominan maka bahagian kanan merupakan bahagian pukulan depan. Pukulan depan adalah berlawanan dengan pukulan kilas.



Fasa persediaan:
1. Pusingkan pinggul dan pinggang ke kanan. 2. Bawa Kaki kanan ke belakang . (jika tangan dominan ialah tangan kanan)



Fasa perlaksanaan:
1. 2. 3. 4. 5. Pandang bulu tangkis. Ayun raket ke belakang. Sebelah tangan lagi diluruskan. Ayun raket dengan tangan lurus. Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.



Fasa ikut lajak:
1. Lajakan ayunan ke atas. 2. Kembali ke posisi sedia.


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:6753
posted:9/3/2009
language:Malay
pages:10