Docstoc

pregnant

Document Sample
pregnant Powered By Docstoc
					Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

-1Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

PERHATIAN!!
Report Percuma ini merupakan edaran asal yang boleh dimuat turun www.MudahHamil.com. daripada laman web www.MudahHamil.com Jika anda telah mendapatkan salinan ini daripada sumber yang lain, anda dinasihatkan mendaftarkan nama dan emel anda dengan kami supaya: • Mendapat REPORT PERCUMA YANG KEDUA, yang merupakan lanjutan bagi ebook ini. • Anda akan menerima newsletter yang merupakan tip-tip percuma dan info-info terkini terus ke emel anda. • Mudah untuk kami hubungi anda jika terdapat update terbaru report ini. • Anda juga akan dihantar dengan sampel percuma produk terbaru kami sejurus setelah kami lancarkanya • Memastikan anda layak menerima bonus-bonus khas kami. • Mendapat diskaun khas bagi sebarang produk yang dikeluarkan dimasa akan datang yang hanya dibuka untuk pendaftar ‘mailing list’ kami.

Daftar di sini: http://www.MudahHamil.com

-2Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

HAKCIPTA TERPELIHARA

[Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian
rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit www.MudahHamil.com

[Anda TIDAK BOLEH] menjual report ini untuk mendapat
sebarang keuntungan.

[Anda TIDAK BOLEH] mengedar report ini secara spam atau
apa-apa cara yang tidak beretika dan salah disisi undang-undang.

[Anda TIDAK BOLEH] mengubahsuai mana-mana kandungan
dalam report ini.

WALAUBAGAIMA APU

[Anda BOLEH] mengedarkan report ini secara PERCUMA kepada
sesiapa sahaja.

[Anda BOLEH] menjadikan report ini sebagai BONUS bagi manamana produk yang ada jual.

-3Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

PE AFIA
Segala maklumat yang terkandung dalam report ini adalah untuk tujuan pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ia tidak bertujuan untuk sebarang diagnosis atau rawatan. Sebarang maklumat yang terkandung dalam report ini perlu dirujuk dengan lebih lanjut dengan mana-mana doktor. Segala kandungan dalam ebook ini bukanlah nasihat rasmi atau menepati 100% daripada apa yang dinyatakan. Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan, masa, keadaan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi hasil daripada kaedah yang dicadangkan. Penulis sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan atau maklumat yang sudah tidak relevan, ia adalah diluar jangkauan penulis. Report ini tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat dan konsultansi oleh doktor. Oleh itu, sebarang gangguan kesihatan, kesan sampingan, komplikasi, kerugian baik dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang kesan daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan dalam report ini adalah diluar tanggungjawab penulis

Disusun oleh

Abu Jarir

&

Ummu Aisyah
B.Sc. (Hons) Food Science

B.Sc. (Hons) Genetics

-4Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Isi Kandungan
Pendahuluan 1 2 3 4 5 6 Apakah Suhu Badan Asas @ BBT(Basal BodyTemperature)? Kepentingan Catatan BBT Kaedah mencatat BBT Cara-cara mencatat carta BBT(Manual) Cara-cara menganalisa carta BBT Cara-cara mencatat carta BBT(Perisian)

Penutup

-5Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Pendahuluan
Tahukah anda bahawa secara umumnya, pasangan yang tidak mengalami apa-apa masalah kesuburan mempunyai 25% peluang kehamilan bagi setiap kitar haid.

Untuk meningkatkan peluang kehamilan, hubungan kelamin perlu dilakukan dalam suatu tempoh-tempoh tertentu ketika seseorang wanita itu subur iaitu sekitar 3-6 hari bagi setiap kitaran haid. Pengiraan berdasarkan suatu kaedah yang dipanggil kaedah kalendar boleh dilakukan. Di sini, kami tidak akan menerangkan dengan lanjut tentang kaedah kalendar tersebut. Anda boleh merujuk dari sumber-sumber lain.

Jika hubungan kelamin dilakukan diluar waktu subur, kebarangkalian untuk berlakunya kehamilan adalah sangat rendah. Peluang untuk hamil adalah lebih baik jika hubungan kelamin diadakan pada waktu-waktu subur. Carta di bawah adalah hasil kajian tentang peratusan kadar kehamilan berdasarkan hari-hari dalam suatu kitaran haid.

-6Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Oleh itu, dengan mengenalpasti waktu-waktu subur akan meninggikan peluang untuk hamil.

Hasil daripada kaji selidik tidak rasmi yang dijalankan, sebahagian besar pasangan suami isteri, tidak mengenalpasti bilakah waktu-waktu subur bagi seseorang wanita.

Inilah antara punca kenapa terdapat pasangan-pasangan suami isteri gagal hamil diawal perkahwinan sedangkan keputusan diagnosa menunjukkan mereka adalah pasangan yang tidak mengalami masalah kesuburan. Maka, seseorang itu perlu mahir mengenalpasti waktu-waktu suburnya. Salah satu kaedah mengenalpasti waktu-waktu subur yang akan diterangkan disini adalah peningkatan suhu badan asas yang dapat dikesan dengan menggunakan basal thermometer.

-7Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Temperature)? 1) Apakah Suhu Badan Asas @ BBT(Basal Body Temperature)? Dalam sesuatu Kitar Ovulasi, terdapat dua fasa utama.

__________________Fasa 1___________________ • Dikenali sebagai Fasa Folikel. • Sebelum ovulasi • Kadar rembesan hormon Estrogen adalah tinggi • Hormon Estrogen memainkan peranan penting dalam proses pembebasan ovum oleh ovari • Tempohnya fasa folikel tidak tetap sebab ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi

__________ ______ Fasa 2___________________ • Dikenali sebagai Fasa Luteal • Selepas ovulasi • Kadar rembesan hormon Progesteron adalah tinggi • Tempoh fasa luteal seseorang wanita biasanya tetap iaitu sektar 12-14 hari

Dalam bahasa yang mudah, hormon Estrogen adalah hormon ‘sejuk’, manakala hormon Progesteron adalah hormon ‘panas’. Oleh itu, sebelum ovulasi, suhu badan seseorang adalah sedikit berkurangan iaitu ketika hormon Estrogen dominan. Selepas ovulasi, iaitu ketika horman Progesteron dominan, akan berlaku peningkatan dalam suhu badan seseorang. Ini dikenali sebagai peningkatan suhu badan asas (Basal Body Temperature/BBT).

-8Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Peningkatan

suhu

badan

ini

berperanan

seperti

inkubator.

Ia

menyediakan suhu yang optimum bagi proses pematangan ovum jika berlaku persenyawaan oleh sperma. Oleh itu peningkatan suhu badan asas ini adalah sebagai persediaan kearah kehamilan.

Jadi, peningkatan suhu badan asas adalah merupakan suatu petunjuk bahawa proses ovulasi telah berlaku. Walaubagaimanapun, adalah agak terlewat jika hubungan kelamin dilakukan setelah peningkatan BBT ini. Untuk menambahkan keberkesanan kaedah ini, kita perlu mendapatkan pola peningkatan BBT ini selama beberapa bulan dengan mencatatnya dalam bentuk carta. Dengan cara ini, kita akan dapat mengesan corak waktu-waktu subur dan dapat meramal untuk kitar-kitar haid yang akan datang.

-9Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

2) Kepentingan Catatan BBT

• Meramal bila berlakunya proses ovulasi supaya hubungan kelamin dapat dirancang pada waktu yang sesuai.

• Hubungan kelamin dapat diadakan lebih awal, iaitu sebelum berlakunya ovulasi dengan mengambil kira faktor bahawa sperma boleh hidup dalam rahim dalam tempoh 24-48 jam

• Maklumat yang perolehi daripada corak carta BBT juga akan membantu doktor untuk memberi khidmat nasihat kepada anda berkenaan dengan masalah kesuburan. Sebagai contoh, ia dapat mengesan jumlah hari dalam fasa luteal anda. Jika ada masalah, doktor akan memberikan suplemen progesteron untuk rawatan kesuburan.

• Jika suhu badan kekal tinggi sehingga kira-kira 18 hari selepas ovulasi, ini adalah petunjuk bahawa kemungkinan terjadinya kehamilan.

• Jika catatan suhu ini menurun sedikit setelah peningkatan, ini menjadi petanda bahawa kitar haid anda akan bermula semula selewat-lewatnya pada keesokan hari. Maka anda boleh membuat persediaan awal kearah itu.

- 10 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

3) Kaedah mencatat BBT Sebelum anda mencuba kaedah mencatat BBT ini, perlu di ambil perhatian bahawa kaedah ini hanya sesuai jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Kaedah ini tidak sesuai jika kitaran haid bulanan anda tidak teratur. Sebelum anda mula mencatat BBT, anda perlu terlebih dahulu menyediakan 2 perkara iaitu Basal Thermometer/BBT Thermometer dan Carta BBT (a)Basal Thermometer/BBT thermometer Apakah Basal termometer? Apa bezanya dengan termometer biasa(glass thermometer) yang selalu digunakan untuk mencatat suhu badan ketika demam? Peningkatan suhu badan asas ini adalah sangat kecil iaitu 1/10 darjah dan sukar dikesan jika digunakan termometer biasa. Termometer khas yang lebih sensitif diperlukan iaitu Basal Thermometer. Ketepatannya adalah sehingga 0.1 darjah(1/10) berbanding termometer biasa yang mempunyai ketepatan 0.2 darjah(2/10). Selain ketepatan, ia juga mencatat bacaan dengan lebih cepat dan mempunyai ketahanan yang tinggi.

- 11 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Anda boleh mendapatkan Basal Thermometer ini di farmasi-farmasi berdekatan anda. Alternatifnya anda boleh order melalui internet melalui link di bawah.
http://www.accuratepregnancytests.com/digital_basal_thermometer.html

Anda digalakkan untuk mendapatkan Basal Thermometer jenis digital yang lebih mudah digunakan. Digital Basal Thermometer dapat merekod dan menyimpan bacaan. Jadi anda tidak perlu terus mencatatnya pada carta pada awal pagi kerana bacaan direkod pada termometer. Sesetengah Basal Themometer pula akan berbunyi ’beep’ jika sudah sedia atau dilengkapkan dengan nyalaan LED.

Gambar di bawah adalah antara jenama yang biasa didapati di farmasi-farmasi tempatan. Walaubagaimanapun terdapat juga Basal Thermometer yang bukan digital. Biasanya adalah produk dari Negara China. Walaupun harganya murah, ketepatan bacaan suhu tidak sebaik termometer digital.

- 12 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

(b) Carta BBT

Carta BBT adalah sejenis carta yang digunakan untuk mencatat suhu badan asas dan diplot pada carta untuk mengesan proses ovulasi. Proses mencatat suhu ini perlu dilakukan selama beberapa bulan (sekurang-kurangnya 3 bulan) untuk mengenalpasti pola ovulasi seseorang wanita. Maklumat yang didapati daripada carta ini digunakan untuk meramalkan waktu subur seseorang. Jika anda beli Basal Thermometer, biasanya carta BBT ini akan dibekalkan bersama-sama. Walaubagaimanapun, kami ada

menyediakan contoh carta BBT untuk kegunaan anda. Anda boleh download carta ini dalam bentuk PDF daripada link di bawah. Unit 0Fahrenheit

http://mudahhamil.com/bbt/cartabbt.pdf Unit 0Celcius

http://mudahhamil.com/bbt/cartabbtcelcius.pdf

- 13 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Cara4) Cara-cara mencatat carta BBT(Manual) Suhu badan asas adalah suhu badan normal seseorang yang dicatat di waktu pagi sejurus selepas bangun daripada tidur. Jika berlaku ovulasi, suhu basal ini akan meningkat. Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk mencatat BBT. 1 Gunakan Basal Thermometer diawal pagi sejurus selepas terjaga dari tidur. Jangan terus bangun dari katil kerana sebarang aktiviti akan mempengaruhi catatan suhu badan. Oleh itu, untuk memudahkan anda, letakkan Basal Termometer di tepi katil sebelum tidur.

2

Cuba dapatkan bacaan pada masa yang sama setiap hari. Kalau boleh, jangan lebih atau kurang dari setengah jam. Contohnya jika anda mula mencatat bacaan pada jam 6 am, bacaan masih boleh diterima pada jarak masa 5.30 am – 6.30 am. Ini adalah kerana variasi suhu adalah sebanyak .2 darjah bagi setiap jam. Catatan suhu akan lebih rendah jika diambil terlebih awal atau lebih tinggi jika diambil lewat.

3

Sebaik-baiknya tidur selama 5 jam atau lebih. Jangan kurang daripada 3 jam kerana ia akan mempengaruhi ketepatan bacaan.

4

Sebaik-baiknya anda dapatkan bacaan Basal Termometer dari mulut. Walaubagaimanapun, anda juga boleh mendapatkan bacaan suhu dari faraj. Pastikan kekal dengan kaedah yang sama bila setiap kali mencatat.

5

Masukkan Basal Thermometer pada lokasi dan jarak kedalaman yang sama pada mulut atau faraj setiap kali mengambil bacaan.
- 14 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

6

Plot catatan suhu pada carta BBT setiap hari. Anda hanya perlu catat sahaja. Tidak perlu untuk meneliti catatan anda setiap hari. Hanya setelah lengkap satu kitaran haid barulah anda perlu teliti corak yang ditunjukkan.

7

Mulakan pada helaian yang baru yang berasingan bagi setiap kitar haid.

8 9

Lukiskan TITIK HITAM (●) pada kolum/lajur suhu yang berkenaan. SAMBUNGKAN titik hitam (●) yang mewakili suhu kelmarin dan hari ini.

10

BULATKAN titik hitam (ʘ) pada hari-hari dimana anda melakukan hubungan kelamin.

11

Tukarkan titik hitam dengan BINTANG ( ) jika terdapat perubahan suhu mendadak yang disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti demam, selesema, kurang tidur, pengambilan ubat-ubatan dan lain-lain.

12

Mulakan carta yang baru pada hari pertama datang haid. Tandakan (X) pada hari-hari haid anda.

13

Bagi sesetengah wanita, akan berlaku sedikit penurunan suhu ketika ovulasi.

14

Apa yang anda perlu perhatikan adalah peningkatan suhu sekurang-kurangnya .4 darjah.
- 15 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Cara5) Cara-cara menganalisa carta BBT

Haid (X)

Hubungan Catatan harian (●) Seks (ʘ) Abaikan bacaan ini ( )

PENINGKATAN SUHU OVULASI

www.MudahHamil.com www.MudahHamil.com

* Unit suhu yang digunakan dalam contoh di atas adalah dalam unit fahrenheit

Berdasarkan contoh carta BBT di atas, wanita ini mengalami peningkatan suhu sebanyak 0.4 darjah pada hari ke-17. Ini menunjukkan ovulasi telah berlaku pada hari sebelumnya iaitu pada hari ke -16. Hari paling subur bagi wanita ini adalah pada 14,15,16 dan 17.

Hubungan kelamin telah diadakan pada hari ke-14, 16 dan 17, maka wanita ini mempunyai peluang yang baik untuk hamil.
- 16 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Persoalan yang timbul adalah, kenapa hari ke-14,15 dan 17 termasuk dalam hari-hari subur? Ini adalah berdasarkan beberapa fakta iaitu:

• Ovum boleh hidup selama 24 jam untuk disenyawakan. Maka hari ke-17 masih dikira sebagai hari subur. Jika hubungan kelamin dilakukan pada hari ke-17, iaitu sehari selepas ovulasi, seseorang itu masih berpeluang untuk hamil.

• Sperma boleh hidup di uterus dan tiub fallopio sehingga 48 jam. Oleh itu, jika hubungan kelamin dilakukan pada hari ke-14 dan 15, iaitu sebelum ovulasi pada hari ke-16, peluang kehamilan adalah tinggi. Ini adalah kerana sperma telah tersedia sebelum ovulasi. Bahkan ada pendapat yang menyatakan bahawa sperma boleh bertahan sehingga 3 – 6 hari.

Hubungan kelamin yang dilakukan sebelum ovulasi adalah lebih baik daripada selepas ovulasi. Walaubagaimanapun, peningkatan suhu badan asas ini hanya berlaku setelah ovulasi. Maksudnya jika hari ini dikesan berlakunya peningkatan suhu badan asas, ini menunjukkan ovulasi telah berlaku pada hari sebelumnya. Maka agak terlewat jika hubungan kelamin dilakukan setelah peningkatan suhu. Oleh itu, proses mencatat BBT ini perlu dilakukan selama beberapa bulan (sekurangkurangnya 3 bulan) untuk mengenalpasti pola ovulasi seseorang wanita. Berdasarkan pola inilah kita dapat meramal waktu ovulasi dibulan-bulan berikutnya supaya hubungan kelamin dapat dirancang supaya dilakukan sebelum ovulasi. Oleh itu, kaedah BBT tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai kitar haid yang tidak teratur. Walaubagaimanapun terdapat kaedah lain bagi mengesan waktu ovulasi bagi golongan ini.

- 17 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Caramencatat 6) Cara-cara mencatat carta BBT(Perisian) Sebagai alternatif, terdapat beberapa laman web yang membolehkan anda mencatat carta BBT secara online. Saya hanya akan

menyenaraikan 3 cara. Terdapat pelbagai lagi pilihan jika anda rajin mencari.

1) www.fertilityfriend.com.

Anda boleh download perisian percuma yang disediakan. Dengan menggunakan perisian tersebut, anda cuma perlu upload suhu harian anda ke laman web tersebut. 2) www.tcoyf.com

Jika anda memerlukan servis yang lebih professional dan mampu dari segi kewangan, terdapat laman berbayar yang dikendalikan oleh pakar kesuburan iaitu di www.tcoyf.com.

3) www.ovulation-calendar-calculator.com Laman web ini pula menjual perisian untuk mengesan kesuburan. Setelah membuat pembayaran, anda boleh download perisian tersebut ke komputer anda. Walaubagaimanapun, jika anda masih belum bersedia untuk membeli, bolehlah muat turun versi trial selama 15 hari.

- 18 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Cuba buat perbandingan dengan memuat turun versi trial bagi perisianperisian yang lain untuk memudahkan anda membuat pilihan yang tepat.

Penutup
Peningkatan suhu badan asas adalah merupakan salah satu petunjuk bagi mengesan hari-hari subur seseorang wanita. Kaedah BBT ini adalah kaedah yang paling popular tetapi agak merumitkan. Terdapat beberapa kaedah lagi bagi mengesan beberapa petunjuk yang lain yang lebih senang dan tepat. Kaedah-kaedah ini kami akan dedahkan dalam ebook RAHSIA MUDAH HAMIL yang akan dilancarkan dalam tempoh yang terdekat ini. Sila perhatikan e-mail dari kami untuk mendapat tawaran diskaun harga pengenalan yang hanya akan diberikan kepada subscribers mailing list kami. Anda juga boleh mendapatkan artikelartikel menarik dan terkini menerusi blog kami di:

www.MudahHamil.com/blog
- 19 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Hadiah Istimewa
Sebagai tanda terima kasih kerana memuat turun report Panduan Praktikal Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT ini, kami akan berikan anda satu lagi report percuma yang lebih menggemparkan. Anda mesti download report ini sebab ia hanya khas untuk subscribers mailing list kami dan tidak dibenarkan diedar di laman lain walaupun ianya percuma. Ia juga tidak terkandung dalam ebook Rahsia Mudah Hamil. Oleh itu downloadlah segera.

PENEMUAN YANG MENGGEMPARKAN! Ubat Batuk Untuk Kesuburan
Ubat batuk! Di Malaysia ada 2 kegunaan utama: 1 2 Sebagai ubat batuk. Sebagai minuman khayal bagi remaja-remaja yang rosak akhlak.

Jangan terkejut jika kami beritahu bahawa ubat batuk juga ada kegunaan lain, iaitu 3 untuk meningkatkan kesuburan wanita.

Betul ke? Hmmm...tak percaya? Takpe. Anda bukan orang yang pertama yang memberi reaksi sebegini. Kami juga begitu ketika pertama kali mendapat tahu tentang perkara ini. Saya tak nak cerita panjang, klik link di bawah untuk download percuma.

www.MudahHamil.com/guai.htm
- 20 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Biodata Penulis

Hariri Mustapha(Abu Jarir) dan Iffah Mohamad Diali(Ummu Aisyah) adalah pasangan suami isteri yang juga merupakan bapa dan ibu kepada 2 si comel iaitu Aisyah Sofiyyah dan Muhammad Jarir. Abu Jarir memiliki Ijazah Sarjana Muda Genetik dengan kepujian dari Universiti Malaya pada 1997 manakala Ummu Aisyah pula adalah lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dengan kepujian pada 1999. Pasangan ini hanya dikurniakan anak setelah lebih 2 tahun melangsungkan perkahwinan. Hanya mereka yang belum dikurniakan anak sahaja yang memahami perasaan dan tekanan yang dihadapi. Lebih-lebih lagi apabila menerima ‘soalan-soalan cepumas’ dari saudara mara dan rakan-rakan. Keadaan menjadi lebih tertekan apabila terdapat rakan-rakan lain yang sudah berjaya hamil dan mendapat zuriat. Maka, pasangan ini telah berazam untuk membuat penyelidikan tentang kesuburan dan masalah yang berkaitan, termasuk petuapetua dan doa-doa. Pada peringkat awal, mereka menghadapi masalah untuk membuat rujukan kerana TIDAK TERDAPAT SEBARANG BUKU KHAS DI MALAYSIA YANG DI TULIS KHUSUS BERKENAAN DENGAN KESUBURAN. Mana perginya pakar-pakar kesuburan dan pakar-pakar sakit puan di Malaysia? Sebenarnya kita memang kekurangan pakar-pakar dalam bidang ini. Oleh itu, kesibukan mereka dalam memberi rawatan telah menyebabkan mereka tidak cukup tangan sehingga sampai sekarang, tidak ada buku khusus tentang kesuburan yang telah di tulis oleh pakar-pakar tersebut. Kalau ada pun hanyalah artikel-artikel ringkas 1 muka surat yang diselit dalam majalah-majalah keibubapaan atau kewanitaan.

- 21 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Maka penulis terpaksa beralih mencari sumber rujukan dari luar negara, khususnya dengan mencari artikel-artikel dan jurnal-jurnal perubatan berkaitan dengan kesuburan. Dengan berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang sains, bukan menjadi suatu masalah bagi mereka untuk membuat kajian dengan merujuk kepada artikel-artikel perubatan dan kajian-kajian terkini dari jurnal-jurnal perubatan dari barat. Istilah-istilah Sains dan Perubatan telah sebati dalam diri mereka. Rakan-rakan dan saudara mara yang berkerjaya sebagai doktor sentiasa menjadi tempat untuk merujuk. Sebahagian daripada hasil penyelidikan mereka adalah mengejutkan termasuklah perkara-perkara remeh dan kecil yang boleh menjadi punca kenapa sesuatu pasangan itu tidak berjaya hamil setelah bertahun-tahun. Akhirnya mereka telah berjaya mengumpul bahan-bahan yang sangat berguna ini sebagai panduan lengkap ilmu-ilmu tentang kesuburan. Pada asalnya mereka bercadang untuk mengemukakan manuskrip ini kepada penerbit buku tempatan, tetapi memandangkan potensi dan kesesuaian dengan peredaran zaman, maka ia bakal diterbitkan dalam bentuk ebook bertajuk RAHSIA MUDAH HAMIL.

- 22 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

kemunculannya…Ebook Tunggu kemunculannya…

R a h s i a M u d ah H a m i l
Tips kesuburan, rawatan, petua & doa untuk MUDAH DAPAT ZURIAT

Sekarang dalam fasa terakhir. Dijangka mencecah lebih 200 m/s yang penuh dengan informasi yang berkualiti. Jika anda berpuas hati dengan kualiti isi kandungan 2 report percuma kami yang berinformasi dan praktikal, maka kami jamin anda akan lebih berpuas hati dengan ebook ini. Ditulis dalam bahasa yang mudah difahami. Dibantu dengan ilustrasi-ilustrasi yang menarik. Merangkumi tips-tips kesuburan, kaedah pemakanan, petua-petua, doa-doa dan amalan untuk mudah dapat zuriat.

www.MudahHamil.com
Kami akan maklumkan hari pelancarannya melalui email bagi mendapat

diskaun 25%
- 23 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

LAMPIRA : CO TOH CARTA BBT *Gambar dibawah adalah merupakan contoh carta BBT yang kami telah sediakan untuk kegunaan anda. Sila download dari link di bawah. Unit 0Fahrenheit http://mudahhamil.com/bbt/cartabbt.pdf Unit 0Celcius http://mudahhamil.com/bbt/cartabbtcelcius.pdf *Buka dan print dari fail cartabbt.pdf yang telah kami sertakan untuk hasil cetakan yang lebih jelas.

- 24 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Anda Mengalami Masalah Endometriosis?

•

•

•

• •

• •

•

Treatment options if you are trying to get pregnant - as well as how your statistical chances for getting pregnant vary by what stage of endometriosis you have. How to get your body to function as nature intended - find out how the human body is similar to a clock and how you can use this information to ensure your body functions at a high level all the time! How a few simple changes in your eating habits can dramatically reduce your endometriosis symptoms - what you read here may very well surprise you! What foods to eat to feel better - as well as what foods to avoid at all costs! How to reduce your endometriosis symptoms through exercise including tips to ensure you get started off on the right foot and make exercise a regular part of your life from now on! How to reduce your stress - and begin feeling better immediately! What nutritional supplements, vitamins and herbs to take to reduce your endometriosis symptoms - follow this advice and you'll be feeling better in no time! And much, much more!

KLIK LINK DI BAWAH

http://hmjebat.endomet.hop.clickbank.net/?tid=ENDOMET

- 25 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com

Mengesan Kesuburan dengan Kaedah BBT

Bahan Bacaan Cadangan Bagi Merawat Uterine Fibroid

KLIK LI K DI BAWAH

http://hmjebat.fibroids.hop.clickbank.net/?tid=FIBROID

- 26 Hakcipta Terpelihara © 2009 www.MudahHamil.com


				
DOCUMENT INFO