Tinta Editor Soutul Qiyadah Puisi Rindu Laporan Summer Training Camp 2008 Memahami Erti Merdeka Di Sisi Agama Penjajahan Bentuk Baru Untaian Merdeka Di Bumi Amerika Puisi Aku Bimbang, Khuatir Kelebihan Bulan Ramadhan Sepuluh Langkah Menyambut Ramadhan Rukhsah Puasa Bagi Musafir Kehebatan Malam Lailatul Qadar Ayat Hafazan Kuiz Bahasa Arab Kartun
2 3 4 5 7 9 11 13 14 15 17 19 21 22 23
September 2008
a a a a a a a
a a
a a
a a a a a a
Tinta Editor
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafaqkan kehadrat Ilahi, Titian Fitrah edisi bumper September ini berjaya kongsi bersama setelah 3 bulan e-majalah ini dihentikan. Kali ini MISG membawa bukan sahaja satu malah 2 tema dipadatkan di dalam satu edisi bumper dengan tema “Disebalik Ramadhan dan Kemerdekaan.” Merdeka membawa erti berbeza bagi tiap-tiap individu waima ia membawa kepada satu makna am yang sama yakni kebebasan. Bagi rakyat Malaysia, perkataan merdeka mengingatkan kita kepada peristiwa 31 Ogos 1957 justeru mengukuhkan semangat patriotik terhadap tanah air. Walaubagaimanapun, cukupkah kita sekadar mengingati pengorbanan perwira-perwira negara? Adakah remaja diluar sana yang betul-betul mendalami erti kemerdekaan? Dan apakah nilai kemerdekaan yang sebenar disisi Islam? Pada masa yang sama, kita sekali lagi menjenguk jendela Ramadhan Al-Mubarak. Allah menyampaikan kewajiban berpuasa ini dalam Al-Quran Surat Al Baqarah: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS. Al Baqarah [2]: 183) Sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas, salah satu alasan mengapa puasa diwajibkan adalah agar manusia bertakwa dan mampu menahan hawa nafsunya. Satu-satunya cara untuk melakukannya adalah percaya (beriman) kepada Allah dengan hati tulus, mematuhi segala perintahnya dan menjauhi godaan hawa nafsunya. Namun demikian, Ramadhan tidak wajar dijadikan satu-satunya sebab untuk beribadah. Keimanan, do’a yang tulus, zikir kepada Allah dan keinginan untuk mengekang hawa nafsu seharusnya tidak surut dengan berakhirnya bulan puasa. Edisi Titian Fitrah kali ini membawa beberapa kolum baru untuk menambah baik mutu TF dan menarik lebih pembaca. Antara kolum baru yang dimuatkan adalah pena ilmuan yang menyentuh hukum dan perspektif syariat dalam aspek tertentu. Kolum Kuiz Bahasa Arab dan Ayat Hafazan juga turut ditambah bagi mendedahkan pembaca tentang perkataan bahasa arab yang sering diturunkan dalam Al-Quran. Tidak lupa juga kolum komik ringkas yang menarik dan berinformasi. Diharap naskah bumper kali ini mampu meluaskan pandangan pembaca tentang konsep kemerdekaan dan mengingatkan pembaca, mendorong kepada keimanan dan ketakwaan. Salam Ramadhan, Salam Kemerdekaan! Najmi Aliff Che Harun, Ameer Lujnah Penerbitan MISG
Krew Penerbitan
Presiden Firdaus Hasim Ameer Najmi Aliff Che Harun Ameerah Hamidah Khairiyyah Abdul Rahman Penasihat Fatin Azwa Haruddin Ahmad Syahir Ahmad Fuad Barisan Ahli Jawatankuasa Sakina Shahabudin Wan Nurdiyana Wan Amarina Fakhrur Razi Mohd Shaha Pereka Grafik Mohd Adam Mahadi Ahmad Shafiq Shafian Mohd Hafiz Ripin Kartunis Nooraisyah Mohamad Nor Norzawani Buang M Yassin
Titian Fitrah
1
2
September 2008
a
a a a a a a
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh,
Soutul Qiyadah
a a
a a a a a a a a
===
“Rindu pada Rindu Itu”
hati ini rindu pada rindu itu.. rindu yang benar rindu yang ikhlas rindu pada yang Satu diri ini mencari semula rindu yang hilang dibuka semula pintu ilmu mencari rindu dalam Buku namun air mata kering tak jatuh kemana pergi rindu itu? lalu, membawa diri jauh dari yang maya tinggalkan diri dengan si Dia bertemu tatkala diri rebah dalam sujud air mata kering tak jatuh-jatuh entah mana pergi rindu itu.. kemana pergi? hati ini rindu. Balqis, February 2, 2008 === Fariza Amir.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Titian Fitrah MISG dapat diterbitkan semula setelah penerbitannya terhenti buat seketika waktu. Masih tak terlambat kiranya saya, bagi pihak MISG, mengucapkan selamat datang ke bumi Uncle Sam kepada sahabat-sahabat kita yg baru sahaja menjejakkan kaki mereka ke sini. Diharapkan agar peluang yg diberi untuk menyambung pelajaran di sini dapat digunakan sepenuhnya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman agar dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan apabila pulang berkhidmat di Malaysia kelak, inshaAllah. Alhamdulillah, waktu yang dinanti-nantikan semua umat Islam di dunia telah tiba, Ramadhan al-Mubarak. Di bulan yang penuh barakah inilah semua amal ibadat yang dilakukan dengan hati yg ikhlas akan mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda. Di waktu inilah seharusnya kita ambil sebanyak mungkin peluang untuk meningkatkan mutu amalan disamping menambahkan kemesraan dengan komuniti muslim dikawasan sekitar universiti dengan menghadiri iftar umum dan solat sunat tarawikh secara berjemaah di masjid-masjid. Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” Allah berfirman lagi dalam surah al-Baqarah: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (ayat 185) Di waktu ini juga seharusnya kita gunakan untuk membaca Qur’an dengan lebih kerap. Amalkan tadabbur bersama-sama rakan-rakan dan pastikan amalan itu berterusan. Pastikan juga kita tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan pahala puasa. Haruslah diingati bahawa ibadat puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata tetapi harus juga menjaga segala anggota badan dari melakukan perkara-perkara maksiat. Sabda Rasulullah SAW, “Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.” (Sahih Muslim: 1793) Di bulan Ramadhan, kita hanya berhadapan dengan nafsu diri sahaja. Di waktu inilah kita dapat menilai diri sejauh mana kekuatan diri menghadapi godaan nafsu. Adakah selama ini syaitan yang mempengaruhi keputusan atau diri sendiri yang cenderung ke arah maksiat? Tepuk dada tanya iman! Marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan nilai kembali tahap keimanan kita dan ketaqwaan kita terhadap Allah SWT. Gunakan sepenuhnya bulan Ramadhan yg penuh barakah dan rahmat ini untuk membaiki diri dengan meningkatkan mutu amalan. Sekali lagi saya bagi pihak MISG ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajarpelajar baru dan selamat menjalani ibadah puasa buat pertama kalinya di perantauan. Saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap dan jutaan terima kasih kepada pembaca-pembaca Titian Fitrah kerana masih setia membaca dan mengikuti majalah ini. Sekian dulu dari saya, wassalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh. Mohd Faidz Mohamad Shahimin. Timbalan Ameer Lujnah Dakwah dan Tarbiyyah.
Titian Fitrah
3
4
September 2008
Menyingkap Summer Training Camp ‘08
Disediakan Oleh: Noor Fariza Amir Shariffddin. Disemak Oleh: Nazirah Mohd Khairi
P
ada 4 Julai 2008, acara tahunan MISG Summer Training Camp 2008, telah berjaya diadakan di Five Pines Campground, Pennsylvania. Seramai 50 orang telah mendaftar untuk program yang berlangsung selama 3 hari sehingga Julai 6 itu, namun bilangan peserta yang berjaya menghadirkan diri adalah seramai 46 orang. Pada petang hari Jumaat 4 Julai, program bermula dengan kehadiran para peserta dan persiapan kawasan perkhemahan. Peserta kemudiannya diberi makan malam yang kemudiannya diteruskan dengan sesi ta’aruf (berkenalan). Solat Maghrib dan Isha’ kemudian disempurnakan secara berjemaah dan diakhiri dengan pengisian tazkirah. Menjelang pukul 11 malam, para peserta merehatkan diri dan mula masuk tidur. Program hari sabtu bermula apabila peserta dikejutkan seawal 2 pagi untuk aktiviti Owling. Mereka telah dibawa ke bukit sekitar kawasan khemah dan ditinggalkan bersendirian untuk bertafakur dan ‘duduk’ bersama alam. Mereka ditinggalkan selama lebih kurang 10 ke 15 minit sebelum dibawa pulang ke kawasan perkhemahan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji kekuatan mental, emosi dan spiritual individu di samping melatih mereka untuk bangun awal dan menghayati suasana gelap dinihari di dalam hutan. Lebih kurang pada pukul 4.30 pagi, solat subuh secara berjemaah disempurnakan dan diikuti dengan pengisian tazkirah. Setelah merehatkan diri, peserta mula bersiap dan makan pagi sebelum bertolak untuk aktiviti Hiking yang dibuat di bukit sekitar kawasan perkhemahan pada pukul 10 pagi. Hiking yang dijalankan selama lebih kurang 4 jam itu mempunyai beberapa checkpoint. Di setiap checkpoint, para peserta banyak menangkap gambar tumbuhan dan landskap hutan
yang menarik. Di checkpoint yang terakhir, aktiviti permainan telah diadakan dimana kumpulan peserta lelaki bermain biawak-buaya dan peserta wanita bermain menu-memasak. Sambil bermain games, beberapa peserta lelaki telah memasak air teh dan setiap kumpulan peserta kemudiannya diberikan sedikit cookies berserta air teh untuk dikongsi bersama. Seusai hiking, para peserta berehat sebelum menunaikan solat jemaah Zohor dan Asar. Pada waktu petangnya, rakaman video untuk trailer STC 2009 yang telah disertai oleh peserta lelaki telah dijalankan. Pada petang itu juga, aktiviti riadah diadakan dimana peserta lelaki telah bermain bolatimbang dan peserta wanita bermain bola tampar dan aktiviti permainan berkumpulan (Cant-See, Cant-Hear & Can-Speak Games dan Tiup Belon). Pada malam harinya setelah makan malam dan solat maghrib dan Isha berjemaah, aktiviti ‘campfire’ telah diadakan. Dalam sesi ini, peserta berpeluang untuk mengenal rakan-rakan lain dengan lebih rapat sambil duduk disekeliling unggun api. Pada hari terakhir program, Ahad 6 Julai, program telah bermula pada pukul 4 pagi dimana peserta bangun untuk solat subuh. Seusai solat, peserta mulai sibuk mengemas beg dan barang masing-masing, meruntuhkan khemah dan membersihkan sekitar kawasan perkhemahan. Lebih kurang pada pukul 8 pagi, peserta diberi sarapan pagi dan bersiap sedia untuk bertolak ke Ohiopyle untuk aktiviti white water rafting/biking. Setelah konvoi tiba di Ohiopyle, peserta dibahagikan mengikut aktiviti pilihan mereka dan berpisah bersama kumpulan mereka untuk rafting/biking. Pada sekitar pukul 4 petang, semua kumpulan berkumpul semula di kawasan letak kereta untuk sesi bergambar sebelum berpisah pulang ke universiti masing-masing. 5 6
Titian Fitrah
September 2008
“Dalam erti kata lain, dia mempunyai daya pertahanan yang sangat kukuh daripada dipengaruhi atau dibelenggu oleh mana-mana pihak termasuklah dalam bentuk kuasa, pengaruh atau idea yang tidak boleh diterima oleh agama.”
gan bukanlah sekadar mencapai satu fasa tertentu yang kemudiannya bersifat statik. Di sisi agama, citacita sebenarnya semangat yang sentiasa membara untuk terus menyumbang dalam bidang atau profesion yang disandang. Seseorang individu Muslim perlu menyumbang bukan sekadar disebabkan keyakinannya terhadap kualiti yang dimiliki, akan tetapi atas keyakinannya tentang peranannya sebagai seorang khalifah yang perlu menyumbang kepada agamanya. Selaras dengan itu, individu Muslim yang merdeka dan cemerlang tidak akan berasa kecewa sekiranya usaha yang dilakukan hanya menemui kegagalan. Ini kerana tidak ada istilah putus asa dalam dirinya sebagaimana keyakinannya terhadap maksud firman Allah dalam ayat 139 surah ali-Imran yang berbunyi;
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula juga dengan perkara yang berlaku ke atas Asiah, tukang kamu bersedih hati padahal kamu adalah orang yang sisir puteri Firaun yang sanggup dicampak ke dalam paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman. air yang panas menggelegak demi mempertahankan Selain tidak berputus asa, Muslim yang memiliki jiwa agama yang dianutinya. merdeka dan cemerlang juga tidak akan mudah meErti kemerdekaan yang sebenar bukanlah kemerdekaan nyalahi takdir kerana memahami inti pati firman Allah secara fizikal semata-mata. Negara yang telah merde- s.w.t. dalam surah al-Ra’d, ayat 11 yang bermaksud; ka daripada sebarang penjajahan kuasa besar tidak bermakna sama sekali sekiranya memiliki rakyat yang tidak berjiwa merdeka. Terpengaruh dengan cara hidup orang lain sedangkan ia bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan adat serta budaya yang selama ini didukung oleh agama - memberi erti pemikiran dan jiwa golongan yang masih belum merdeka. Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Memahami erti merdeka di sisi agama
emerdekaan di sisi Islam bukan suatu perkara yang mutlak. Hakikat kejadian manusia ialah ia tetap menjadi hamba kepada Penciptanya. Walaupun demikian penghambaan manusia kepada Allah s.w.t. bukanlah bermaksud bahawa manusia itu tidak mempunyai sebarang hak untuk menjalani kehidupan dengan rasa yang tenang dan bahagia. Ia sama sekali tidak sama sebagaimana perhambaan manusia terhadap sesama manusia. Bahkan, apabila manusia berjaya menjadikan keseluruhan hidupnya sebagai suatu pengabdian kepada Allah s.w.t. bermakna dia telah menjadi seorang Muslim yang benar-benar
K
merdeka. Dalam erti kata lain, dia mempunyai daya pertahanan yang sangat kukuh daripada dipengaruhi atau dibelenggu oleh mana-mana pihak termasuklah dalam bentuk kuasa, pengaruh atau idea yang tidak boleh diterima oleh agama. Mungkin jasadnya terpenjara akan tetapi hati dan pemikirannya berpaut kepada prinsipprinsip agama yang kukuh. Kemerdekaan jiwa ini boleh dilihat bagaimana Nabi Ibrahim a.s. tidak berganjak sedikit pun dengan amaran yang dinyatakan oleh Raja Namrud untuk membakar baginda hidup-hidup sekiranya baginda tetap tidak mahu menerima berhala sebagai tempat untuk disembah. Begitu 7
Selaras dengan erti kemerdekaan di sisi Islam, piawa- ian kecemerlangan di sisi agama juga tidak sama seba- Siti Shamsiah bt. Mohd. Supi (IKIM) gaimana yang diukur oleh manusia. Manusia meletak- 05/08/2005 kan kecemerlangan dalam bentuk yang boleh dilihat atau dirasa. Sijil, ijazah, piala, pingat, trofi atau yang seumpama dengannya adalah bentuk-bentuk kecemerlangan di sisi manusia. Kecemerlangan di sisi Allah lebih istimewa bentuknya dan boleh dijadikan cita-cita oleh semua individu. Tanpa mengira sama ada individu itu normal ataupun cacat, kaya ataupun miskin, sihat ataupun sakit, termasuklah pandai ataupun kurang akalnya. Ini kerana kecemerlangan di sisi Allah s.w.t. dikira dari aspek usaha, niat dan kaedah yang digunakan dalam tindakan seseorang mencapai cita-citanya. Cita-cita di sisi agama sebagai mekanisme kecemerlan-
“Manusia meletakkan kecemerlangan dalam bentuk yang boleh dilihat atau dirasa. Sijil, ijazah, piala, pingat, trofi atau yang seumpama dengannya adalah bentukbentuk kecemerlangan di sisi manusia.”
8
Titian Fitrah
September 2008
Penjajahan bentuk baru : Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar laung slogan
MERDEKA!!
anggal 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bagi semua rakyat Malaysia adalah menterjemahkan sambutan ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya. Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan kemerdekaan yang dikecapi. Kesedaran kemerdekaan bukan saja bermakna tahu bila dan di mana
T
sambutan kemerdekaan diadakan. Malah, lebih bermakna sedar bahawa kemerdekaan wajib dipertahankan kerana negara boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan saja bererti gembira dengan kemerdekaan, malah memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini. Itulah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Generasi pascamerdeka hanya mengetahui zaman sebelum merdeka daripada buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan sebenar, maka ada generasi pascamerdeka yang mengambil 9
mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Ada yang menganggap tarikh 31 Ogos cuti umum semata-mata. Hal ini sangat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita. Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama bentuknya seperti penjajahan ketenteraan suatu masa dulu. Penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang dilihat di sesetengah negara. Hakikatnya, penjajahan bentuk baru lebih berbahaya. Perkara ini kerana ia berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi. Atas sebab ini, maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding generasi terdahulu.
Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin menangkisnya? Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan nilai Barat yang bertentangan dengan nilai Islam dan ketimuran. Hakikatnya, peradaban Barat sudah mula terhakis nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban Barat, yang ada mungkin adalah ‘perbiadapan’ Barat yang menjunjung nilai songsang dengan merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran budaya. Rakyat Malaysia bangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan daripada proses globalisasi membawa masuk budaya negatif yang membawa kerosakan. Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Mengimbas kembali kegawatan ekonomi pada tahun terakhir 1990-an, kita bersyukur kerana tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara lain di rantau Asia Timur dengan menerima ‘ubat’ yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Apa yang disangka ‘ubat’ sebenarnya ‘racun’ yang dijadikan senjata untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara merdeka. Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara. Pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi pascamerdeka yang juga majoriti penduduk Malaysia hari ini. Di atas bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memastikan agar negara terus merdeka dan makmur. Islam turut menganjurkan kita mempersiapkan diri, masyarakat dan negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang perlu dibina itu bukan saja da ripada aspek ketenteraan, malah ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan dalaman yang dapat membantu mempertahankan kemerdekaan negara. Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh generasi pascamerdeka. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Antara seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian yang lain.”
Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteks Malaysia, jelas bahawa kita perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan jitu. Jika berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara tercinta. Penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka kerana perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam pada 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali merdeka. Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasakan nikmat kemerdekaan ini selama 48 tahun. Sanggupkah kita menggadainya sekali lagi? Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, 2005 10
Titian Fitrah
September 2008
Untaian Merdeka Di Bumi Amerika
ebagai freshman di institut RIT ini, aku merasakan hidupku telah berubah serba sedikit. Sejak menjejakkan kaki di bumi Amerika ini seminggu lepas, masaku banyak dihabiskan untuk menyesuaikan diri dalam kalangan rakan-rakan baru pelbagai rupa dan ragam. Homesick tak usah ceritalah, setiap malam melayan perasaan di depan monitor komputer berchatting dengan keluarga tercinta di rumah. Aku meregangkan otot-otot tangan dan tengkuk yang terasa kebas. Tiba-tiba, mataku terpaku pada Yahoo Widgets Date yang memaparkan tarikh hari ini. “30 Ogos,” detik hatiku. Ini bermakna, esok adalah hari kemerdekaan negaraku Malaysia yang ke-50.
S
bangunan awam dan kerajaan. Apabila berada di ibu negara, kelihatan bendera gergasi melatari pemandangan terutama di kawasan bangunan Angkasapuri dan Dataran Merdeka. Terbit rasa bangga melihat kehebatan bendera Malaysia berkibar megah di segenap penjuru negara. Kenangan membawa mindaku melayari suasana di rumah. Masuk sahaja bulan Ogos, ayah akan mengikat bendera Malaysia pada tiang di halaman rumah. Kadangkala gelagat adik-adikku membuat perhimpunan pagi mereka sendiri di depan tiang bendera itu sambil menyanyikan lagu Negaraku selalu mencuit hatiku. “Suka benar mereka, kalau di sekolah tak mahu menyanyi pula,” begitulah ngomelan ibu selaku PK HEM di sekolah mereka. Adik bongsuku pula asyik bermain dengan bendera kecil di atas bumbung kereta ayah hingga hampir tercabut jadinya. Apabila ke kedai, adik-adikku berebut membeli bendera Malaysia yang mengandungi coklat di dalam batang bendera tersebut. Ibu selalu menegah mereka memakan terlalu banyak coklat, nanti gigi cepat rosak. Tentu sahaja mereka tak ambil peduli, lalu menimbunkan bendera-bendera tersebut yang telah kosong kandungannya di rumah. Budak-budak kecil..
Aku lantas teringat pertemuan dengan sahabat sebelum bertolak ke USA. “Kenapalah aku fly sebelum kemerdekaan ke-50? Sayanglah tak dapat sambut di Malaysia,” keluhku. Sahabatku ketawa sahaja memandangkan tarikh berlepasnya pada pertengahan September. Memandangkan tahun 2007 adalah ulang tahun jubli emas kemerdekaan Malaysia, tentunya sambutan yang diadakan sangat menarik dan meriah. Seperti lazimnya menjelang sahaja bulan kemerdekaan negara, banyaklah poster dan iklan bulan kemerdekaan di mana-mana sahaja. Intisari rancangan televisyen mula dikuasai oleh program-program bersifat patriotisme. Para penaja sibuk berlumba-lumba menayangkan iklan masing-masing di kaca tv dengan mesej kemerdekaan yang tersendiri. Iklan Petronas, Maybank dan banyak lagi pasti menjadi tarikan rakyat dan memba- Sebagai ikon kemerdekaan, bendera Malaysia tuwa senyuman di wajah yang menonton. rut menjadi subjek utama dalam pertandinganpertandingan yang dianjurkan khas sempena bulan Hari kemerdekaan tidak bermakna tanpa kelibat bendera Ogos. Murid-murid sekolah melukis dan mewarnaMalaysia. Besar kecil, lama atau baru, jaluran merah kun- kan poster kemerdekaan, menyertai koir menyanyiing berhias kuning biru terpamer megah di mana-mana: di kan lagu-lagu kemerdekaan yang membangkitkan halaman rumah, atas kereta dan kenderaan, di landskap semangat patriotisme dalam jiwa masing-masing.
“Sebagai ikon kemerdekaan, bendera Malaysia turut menjadi subjek utama dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan khas sempe“Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuhhh…!!” na bulan Ogos.” Melodi lagu popular Allahyarham Sudirman tiba-tiba
Rukun Tetangga kawasan perumahan dan AJK kampung pula menganjurkan pertandingan menghias halaman rumah dengan bendera Malaysia dengan daya kreativiti yang ada. Semua aktiviti tersebut bagaikan syarat sambutan kemerdekaan pula, tak sah rasanya jika tiada sambutan sebegitu. Ada-ada sahaja yang dijalankan sempena mengambil semangat bulan Ogos, bulan kemerdekaan. Dalam pada itu, bulan kemerdekaan tidak sekadar diwakili oleh aktiviti-aktiviti seumpama itu. Kemerdekaan bukan bermakna setakat melaungkan slogan, menyambut detik-detik hari kemerdekaan 31 Ogos di Dataran Merdeka atau terkinja-kinja di konsert besar-besaran sempena hari bersejarah negara sahaja. Apa yang lebih penting ialah pengisiannya. Bagaimana kita mengisi jiwa dan semangat dengan sifat patriotisme dan rasa kesyukuran atas nikmat kebebasan yang telah dikurniakan selama separuh abad ini. Penjajahan secara fizikal telah berjaya ditentang oleh pejuang-pejuang kemerdekaan negara dan hasilnya kita kecapi hari ini. Namun apa yang
lebih bahaya iaitu penjajahan minda amat penting diperangi habis-habisan. Budaya luar yang kotor dan menjijikkan perlahan-lahan mencemarkan akal pemikiran rakyat negara ini, lalu bercampur-aduk pula dengan adat resam. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus menyedari hakikat ini, betapa mustahaknya kemerdekaan minda dan kesucian rohaniah yang lahir dari dalam diri, berupaya mengekalkan kemerdekaan budaya, komuniti dan negara.
menerjah telingaku. Secara spontan aku menoleh ke arah roommate di sebelah kananku. “Sorry sorry…volume terkuat pasang,” dia tersengih-sengih malu. Aku tersenyum. Rupa-rupanya bukan aku sahaja melayan semangat kemerdekaan di USA. Walaupun tiada keluarga dan adik-adik yang nakal di sisi menemaniku di bumi asing ini, kenangan itu masih mengintai ruang minda. Aku melirik ke arah dinding di sebelah kiriku. Bendera Malaysia yang dibawa khas dari rumah tergantung tinggi di situ. “Sambutan merdeka kat sini tak lah meriah pun, tapi asalkan kita kenang dan faham erti kemerdekaan pun sudah cukup bermakna,” ujar roommateku disambut anggukanku perlahan. Kemeriahan sambutan hari kemerdekaan di Malaysia akan tetap terngiang-ngiang dalam ingatan. Nukilan, Putri Fisabilillah 12
Titian Fitrah
11
September 2008
Aku Bimbang, Khuatir
Aku sungguh bimbang sekali Bahawa umat kita tidak akan bangkit lagi Bukan kerana tiada pemimpin berwibawa di setiap bidang Bukan kerana pertumbuhan ekonomi tidak cemerlang Bukan kerana suasana politik yang tiada aman Bukan kerana rakyat jelata malas berusaha siang malam Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi, Kerana pemimpin berwibawa di setiap bidang tidak didengarkan Suara mereka yang berani-benar tentu tidak menyedapkan Cadangan mereka mengislahkan perkara mengambil masa Bukan untuk cepat mencari untung mengira laba Bukan juga untuk menangi pilihan raya kan tiba Bukan untuk menagih liputan media massa Hanya inginkan kejayaan berkekalan Mendapat keredhaan di dua kehidupan Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi, Kerana pertumbukan ekonomi cemerlang tidak digunakan Untuk mengukuh akhlak tinggi di peringkat atasan Yang mudah berubah dengan longgokan kekayaan Yang takabbur lalu merendah bidang tak menguntungkan. Aku takut umat kita tidak akan bangkit lagi Walau ekonomi melambung tinggi Umatku sibuk membeli saham menjual budi Anggap sekolah, madrasah tidak bererti jika gagal meningkatkan gaji Universiti tidak dinilai secara insan, hanya patuh nafsu industri Yang sering berubah mengikut pasaran Pasaran berubah mengikut perasaan. Aku bimbang walaupun suasana politik begitu aman Rakyatku sentiasa ditakutkan dengan cerita khayalan Tidak berani menyata kata walau hak didusta selalu Tidak sanggup membuka mata walau muka diconteng melulu Tidak malu membuat fitnah walau berada di pintu Kaabah Tidak gentar pada al-Haqq kerana takut hilang anugerah.
KELEBIHAN BULAN
Ditulis oleh : Prof. Wan Mohd Nor ulan Ramadhan semakin hampir. Semua umat Islam di seluruh dunia ternanti-nantikan kedatangan bulan yang mempunyai banyak kelebihannya ini. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia, di sini dibawakan beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihan bulan Ramadhan. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan BaihaqiAbu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan BaihaqiDaripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan
Disediakan oleh: Farisha Qyrina
B
RAMADHAN
neraka akan ditutup. Ini menunjukkan bagaimana Allah S.W.T begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. Malahan, syaitan juga diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita juga perlu berhati-hati kerana nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. Dalam setiap amalan ibadat yang Daripada Abi Soleh Az-zayyat kita kerjakan, keikhlasan dan keimanbahawa dia telah mendengar Abu an adalah penting. Hurairah berkata: Rassullah S.A.W teIbadat puasa mampu menlah bersabda yang bermaksud : “Setiap amalan anak Adam baginya melaink- jadi perisai kepada diri kita daripada an puasa maka ia untukKu dan Aku terjebak ke lembah maksiat, dan ia akan membalasnya. Dan puasa ada- juga mampu menghapuskan segala lah perisai, maka apabila seseorang dosa-dosa yang lepas jika kita benarberada pada hari puasa maka dia di- benar bertaubat kepada Allah S.W.T. larang menghampiri(bercumbu) pada Kita mesti berpuasa pada segala ashari itu dan tidak meninggikan suara. pek termasuk nafsu syahwat bukanSekiranya dia dihina atau diserang nya pada makan dan minum sahaja. maka dia berkata : Sesungguhnya aku Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa demi Tuhan yang mana diri berpuasa lebih harum daripada bauan nabi Muhammad ditanganNya maka kasturi. Orang yang berpuasa juga perubahan bau mulut orang ber- akan mengecapi dua kegembiraan puasa lebih harum di sisi Allah pada iaitu ketika berbuka dan apabila berhari qiamat daripada bau kasturi, dan temu Allah S.W.T kelak. Dalam menubagi orang berpuasa dua kegembi- naikan ibadat puasa, kita hendaklah raan yang mana dia bergembira den- banyak bersabar dan kurangkan tabiat gan keduanya apabila berbuka dia berbual kosong dan meninggikan subergembira dengan waktu berbukan- ara apabila bercakap. Renungkanlah ya dan apabila bertemu Tuhannya dia kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan gembira dengan puasanya.” -Hadis ri- dan selamat berpuasa! wayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban Sumber artikel: Ashtech Holdings Sdn Bhd: dan Baihaqihttp://www.ashtech.com.my/bulanisDaripada hadis-hadis di atas, lam/Ramadhan.html jelas menerangkan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. Sepanjang bulan Ramadhan juga, pintu meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).”Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
Aku bimbang umatku tidak akan bangkit lagi Kerana yang malas selalu diganjari Kerana pandai memuji tinggi Kerana terlalu tunduk mematuhi Tanpa mengira ajaran amaran Ilahi Tanpa mengikut undang-undang negeri Ulama dapat dibeli, hakim dapat ditakuti. Bagaimana kita akan bangkit semula melawan musuh Jika ayam jantan yang senang berkokok setiap subuh Membuka mata bangsa, menjernihkan yang lama keruh Dipotong lidahnya, disepak terajang si anak bodoh? Aku sungguh bimbang kita akan terus begini Kerana puyuh pentadbir diangkat mengawal helang ilmi Tata-cara sekolah rendah diguna-pakai di universiti tinggi Kaedah mengurus wang dipertuhankan, dianggap suci Diguna membangun insan, menilai sumbangan ulama dan Nabi. Kita akan terus begini seribu tahun lagi Kerana tabiat buruk membazir sentiasa diulangi: Suka merungkai semula ikatan yang telah diikat kejap Membuka kembali tenunan halus nan telah lama siap Menebang pokok meranti tinggi, rendang dan tegap Semata-mata kerana benci, dengki dan hasad! Bagaimana kita akan bangkit semula Memimpin dunia mendapat syurga? Jika ibu-bapa pintar melahir anak cuma Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja Jika guru, pensyarah kehilangan arah Ilmu terpaku di dada ijazah Jika peniaga bermain politik, bertuhankan laba Ahli politik memperniaga prinsip dan akhlak segala Jika cendekiawan cuma mengikut dan membuat komentarCekap mengubah fakta, meminda makna, mengejar kuasa Adam akan menyesal Dan Iblis berkenduri besar.
Titian Fitrah
13
14
September 2008
1 0
B
ulan Ramadhan menjelang tiba. Terdapat banyak peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan sendiri seperti Perang Badar. Kalau diikutkan pada zaman dahulu, para sahabat cukup memahami erti sebenar kehadiran bulan Ramadhan sehinggakan mereka ternanti-nanti kehadiran Ramadhan dan menangisi pemergian Ramadhan. Alangkah indahnya jika diri kita dapat mengembalikan zaman tersebut. Di sini terdapat 10 langkah-langkah untuk kita sama-sama menghadapi bulan Ramadhan.
Langkah Menyambut Ramadhan
Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah S.W.T. telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah S.W.T. membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Riwayat Ahmad). Salafus-salih sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah S.W.T. akan membantunya dalam melaksanakan agendaagendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Muhamad (47): 21]
4
3
5 7
9
Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
1
Berdoalah agar Allah S.W.T. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, salat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat Ahmad dan Tabrani) Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, “Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.”
Sambutlah Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah S.W.T., hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]
6
8
Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah S.W.T. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah S.W.T. dalam Al-Quran surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.
Titian Fitrah
15
2
Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.
Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas salat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
Sumber Artikel: MUHAMMAD ZA’IM BIN KAMARRULZAMAN haluantarbawi.com: 16
1 0
Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah S.A.W., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
September 2008
Rukhsah Puasa bagi
ebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185:”Maka barang siapa di antara kamu dalam keadaan sakit atau sedang bermusafir maka dia boleh meninggalkan puasa dan menggantinya di hari yang lain”.
berbuka dalam perjalanannya sekalipun dia sudah memulai puasanya pada hari itu. Ulama Hambaliyah membolehkan musafir berbuka sekalipun dia baru memulai perjalanannya pada siang hari sebagaimana riwayat Abu Dawud dari Abu Bashrah Al-Ghiffâri yang pernah membatalkan Bermusafir yang dibolehkan untuk berbuka adalah musafir puasanya dalam perjalanan, dan ia berkata bahawa yang perjalanannya kira-kira 89 km dan menurut jumhur “hal itu merupakan sunnah Rasul.” ulama, harus dilakukan sebelum terbitnya matahari. Jika dia telah berpuasa ketika memulai perjalanan, maka dia Ulama Syafi’iyah, ada satu syarat lagi iaitu hendaktidak boleh membatalkan puasanya. Keadaan begini jika lah orang yang bermusafir tersebut bukan termasuk ternyata dia tidak mampu meneruskan puasanya kerana orang yang selalu bermusafir. Dia tidak boleh berbuperjalanan yang amat melelahkan, maka dia boleh berbu- ka kecuali jika dia betul-betul menemui masyaqqah ka dan wajib mengqadha’nya, sebagaimana hadis riwayat (kepayahan) yang luar biasa. Jabir: “Bahawasanya Rasulullah berangkat menuju ke Makkah pada ‘Aam al-Fath. Sampai masuk kawasan Kurâ’ Jumhur ulama selain Hanafiyah ada dua syarat lain al-Ghamîm (nama sebuah jurang di Asfân, dataran tinggi lagi, iaitu: Madinah) Nabi masih berpuasa, maka para sahabat pun Perjalanan yang dilakukan bukan untuk kemakikut berpuasa. Kemudian Rasul mendengar berita bahawa siatan. (Hanafiyah memperbolehkan membatalkan “rombongan sudah merasa amat berat untuk meneruskan puasa sekalipun perjalanan itu demi kemaksiatan) puasa, mereka hanya menunggu apa yang dilakukan Ra- Tidak berniat untuk menetap di tempat yang dituju sul”. Maka lantas Rasul mengajak meminum air sehingga selama 4 hari. Asar. Sebahagian mereka mangikut membatalkan puasa, dan sebahagian yang lain masih tetap bertahan menerus- Ulama Malikiyah menambah syarat lain: berniat kan puasanya. Setelah diberitahu bahwa masih ada yang tidak berpuasa pada malam harinya. berpuasa, maka Rasul pun bersabda: “Mereka yang tidak membatalkan puasanya itu orang-orang yang keras”. Hadis ini menunjukkan bahwa seseorang musafir boleh
S
Musafir
Mengqada’ Puasa Seandainya seorang musafir telah memulai puasanya sampai pagi hari, lantas ia hendak membatalkannya? Menurut jumhur ulama hal itu tidak menjadi masalah dan dia tidak berdosa. Namun tetap wajib mengqadha’nya sebagaimana Rasul pernah melakukan hal yang sama, seperti yang ditunjukkan hadis di atas. Sementara ulama Hanafiyah dan Malikiyah berpendapat bahawa hal itu tidak boleh dan ia berdosa jika melakukannya serta wajib mengqadha’nya dan membayar kafarat. Mana yang lebih baik bagi musafir, berpuasa atau tidak? Menurut ulama Hanafiyah, Malikiyah dan Syafi’iyah, berpuasa lebih baik jika tidak ada sebab yang mendesak untuk membatalkan puasa. Hanafiyah menambahkan, bila sesama rombongan musafir pada membatalkan puasa, atau bekal mereka jadi satu, maka lebih baik membatalkan puasanya. Namun jika keadaan tidak memungkinkan untuk meneruskan puasa maka wajib hukumnya membatalkan puasa. Dalil yang mengukuhkan pendapat mereka adalah firman Allah: “Dan berpuasalah kerana itu lebih baik bagi kamu”. Lain pula bagi Hanbaliyah yang mengharuskan untuk membatalkan puasa dan memakruhkan berpuasa sekalipun tidak ada masyaqqah(kepayahan) sama sekali, berdasar sabda Rasulullah (dalam hadis di atas) “Mereka yang tidak membatalkan puasanya itu orang-orang yang keras.” Diperkuat lagi dengan riwayat Syaikhain Bukhari dan Muslim bahwa Rasul bersabda: “Berpuasa dalam perjalanan bukanlah termasuk perbuatan yang baik”.
jika ia tidak mahu mengambil kesempatan rukhsah tersebut ia harus kembali pada hukum asalnya: wajib berpuasa Ramadhan. Sehingga, jika seorang musafir atau orang sakit melakukan puasa selain Ramadhan pada saat itu, maka puasanya batal. Berbeza dengan Hanafiyah, jika yang dilakukan adalah puasa wajib maka sah, karena jika musafir itu boleh berbuka maka dia juga berhak untuk melakukan puasa lain yang wajib atasnya.
Bermusafir dalam Puasa Jika seorang musafir atau orang sakit tidak mahu mengambil kesempatan rukhsahnya, lantas ia berpuasa dalam perjalanannya atau dalam keadaan sakit, apakah puasanya sah? Menurut keempat madzhab Hanafiyah, Malikiyah, Syafi’iyah, Hanbaliyah, puasanya diangap sah. Sementara Menurut penulis (Wahbah al-Zuheily--pent), penda- ulama Dhahiriyah berpendapat bahwa puasanya diangpat jumhur lebih diterima, setidaknya kerana dua gap batal. alasan: (1) kerana sesuai dengan firman Allah: “dan berpuasalah kerana itu lebih baik bagi kamu”, dan (2) ================== kisah dalam hadis di atas terjadi saat ‘Aam al-Fath, Sumber: THE ISLAMIC JURISPRUDENCE AND ITS EVIDENCiaitu ketika terjadi perang. ES, Jilid III, karya Prof. Dr. Wahbah Al Zuhaili. (Penterjemah: Hendra Suherman, Eva Fachrunnisa, Ali Mu’in AmBerpuasa selain Puasa Ramadhan ketika bermusafir nur, dan Zaimatussa’diyah) Walaupun bermusafir itu memperoleh rukhsah (kemudahan) untuk tidak berpuasa dalam bulan Ra- (Sheikh Prof Dr Wahbah Az-Zuhayhli ialah pengarang madhan, secara implisit hal itu menunjukkan ia juga kitab fiqh moden terbesar al fiqh al Islami wa adillatuh tidak boleh berpuasa wajib selain Ramadhan. Kera- dan tafsir moden terbesar al tafsir al munir) na diperbolehkannya ia tidak berpuasa Ramadhan, itu sekadar kemurahan/kemudahan (rukhsah). Maka http://www.pesantrenvirtual.com/ramadhan/012.shtml 18
Titian Fitrah
17
September 2008
Kehebatan Malam Lailatul Qadar
D
alam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Lailatul Qadar seperti berikut :
PERTAMA Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi S.A.W. secara berperingkat). Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir AlBaidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 ) KEDUA Dituliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu. Ini diambil dari firman Allah S.W.T :-
Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah S.W.T. menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126) Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam AnNawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung. Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi? Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?
Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram. Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah. Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita. Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu ‘shopping’ dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja. KETIGA Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat. Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
pada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah S.W.T. akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan. KELIMA Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera. Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah S.W.T. dalam surah al-Qadr.
“Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam ranErtinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Ses- cangan ‘Air Crash’ terbitan ungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul ( National Geogharphic ChanAd-Dukhan : 4-5) Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, nel.”
diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 ) Imam Al-Qurtubi mencatatkan: Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan ‘Air Crash’ terbitan National Geogharphic Channel. Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar ‘bodoh’ oleh orang lain. 19
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah “beramal di laylatul Qadar sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadar” ( selian bulan Ramadhan) ( At-Tabari, 30/259) Imam Malik dalam al-Muwatta’ membawakan satu hadis Nabi S.A.W yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad S.A.W. yang amat panjang seperti Nabi Nuh A.S. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami’ Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan). KEEMPAT Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail A.S.) Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah alQadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan ke20
“Berusahalah. Sama-sama kita hidupkan malammalam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita”
KEENAM Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah S.W.T. Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251) Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan. Sekian. Sumber Artikel: Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 15 Ramadhan 1428 H 27 September 2007
Titian Fitrah
September 2008
iiiiii
iiiiiiiiii
iiiiiiiiii
Ayat Hafazan-Hadith 40 Hadith Pertama
Kuiz bahasa Arab
Cari maksud pada pasangan yang betul:
Homeland, Grass Father Men among you Close, The end Bird Camel His father We will get permission And he denied But they both declined And Allah will not allow To escape
iiiiii
D
ari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : “ Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’
Titian Fitrah
21
22
September 2008